Assalamualaikum....
Tengah-tengah malam macam ni aku teringat kisah-kisah cinta aku yang telah berlalu, banyak jugak kisah cinta, tapi tak banyak bekas awek, mungkin sebab aku kurang hensem, atau aku kurang gentleman, ataupun aku lambat sangat nak bagitau yang aku suka kat dia... tapi sebenarnya yang aku tau.. aku kurang duit dulu, jadi kalau diri sendiri pun soru selalu miss, macam mana nak melabur kat anak dara orang ye dak? kalau nak makan nasik campur lauk ayam pun kena kira duit syiling tabung, macam mana nak beli tiket wayang couple seat.. mau rabak RM 28.00...
Tapi sekurang-kurangnya, adalah sikit kisah-kisah yang bersisa, yang aku kalau teringat balik boleh mengembalikan semangat kejantanan aku, aku bukan apa, aku teringat balik saat-saat mengorat girl ni sebabnya masa ekspedisi mendaki Gunung Datuk baru-baru ni, aku ada ushar sorang awek atas gunung, berani tak berani la kan. bagi business card, tau-tau masa makan tengahari tu. dia sms...
Ai,ni aez..just nak bagitau, kalau pict dah siap nanti, roger eh, tq so much..peace No war.. :)
tet tet..bunyi sms...
Hai aez, Thanks for sms me, ok nanti kalau i dah siap upload pict tu nnt, i roger u, boleh kita lunch sama nanti :P
Berkata-kata aku dalam hati, "ada lagi charming kualiti pada aku ni ye?, eh ke aku yang syok sendiri, minah tu nak mintak gambar je kot.."
Okey berbalik pada kisah myeera edora, kisah ni berlaku pada tahun 2007, masa tu aku ngan kawan-kawan kelas buat trip ke Langkawi, masa pergi kami naik Air Asia...whoaa syoknye, balik lak kami dah sepakat nak naik bas ekspres. Walaupun sampai sekarang aku masih tak bersetuju kenapa perlu nak naik Bas balik, dah la buang masa, penat lagi, tapi dek kerana memikirkan nak memeriahkan majlis, berehat rumah Atuk Fadhli dan nak bagi Can kat kawan2 yang tak pernah naik bas ekspres, aku pun iye kan jugak..tapi ada baiknya...sebab apa? sebab dalam bas ekspress Kuala Perlis - KL ni lah aku dapat ngorat Myeera Edora..
Tengah aku duduk bersandar sambil menikmati pemandangan jelapang padi yang menguning, aku terpandang awek kecil molek, comel duduk innocent je sebelah makcik tua, aku bagitau kat Debe kawan aku ni,
"Debe, cun la awek tu, aku rasa aku jatuh cinta la, macam mana nak buat ha?"
"Ala Ikar, apa ko nak tunggu lagi, ko gi la ngorat dia, itu pun kalau ko berani la.. ko kata ko terer..takkan nak ngorat awek pun ko takut kot"
"ishkkk ko ni buat aku serba salah la, takpe2, ko tengok aku gi ngorat dia, kalau aku tak dapat no henpon dia, ni bukan Zulfikar la... tapi kalau aku dapat, ko banje aku nasik Hakim"
"Orite, deal, jadi...tapi aku rasa ko cakap je berani.. tapi ko takkan berani punya.."
Belum sempat Debe habiskan ayat dia, aku pintas bangun gi duduk seat sebelah Myeera Edora, seat sebelah tu kosong, nasib baik, macam dah dirancang2 pulak kan. aku pun memulakan langkah tanpa planning dan susun strategy, laju je ayat2 arjuna terpacul dari mulut aku kan...
" Hai awak, erm, nak gi mana ni? boring kan jalan2 jauh mcm ni.."
"erm..hye, bas ni kan bas ekspres Perlis -KL, mesti lah saya nak gi kl, takkan saya nak gi Singapore pulak"
"ehehehe, ye tak ye gak, apa la saya ni, rupa je macam pandai, tapi tanya soalan bodoh, buat malu anak bangsa je kan? tapi ye la, tau la awak nak pergi KL, KL tu kan besar, mana la tau awak nak pergi Zoo ke, Muzium Negara ke, daftar masuk IPTA ke"
"ihik ihik ihik, awak ni kelakar la, by the way, saya nak balik rumah mak saya, saya sekolah kat Perlis, rumah saya kat Cheras, ni cuti2 ni, saya nak balik kampung la.. eh bukan kampung, balik KL la.. ironik kan u, orang lain sekolah kat bandar balik rumah kat kampung, saya sekolah kat kampung, balik rumah kat bandar.. ehh nama u siapa ye?"
"Nama saya Zulfikar, u boleh panggil i Zul, kawan2 rapat dengan family panggil i Ikar, nama ganas i Damak, tapi nama manja Ikar la, tapi kalau u dah panggil i dengan nama manja, haruslah i bermanja dengan u nanti kan"
(perghh masa ni aku sendiri rasa geli geleman, apa punya ayat ngorat, tak inteligent langsung, tapi nama pun tengah ngorat ye dak? kena la notty2 sikit..i loikeeee.....)
"Nama i u dah tau, tak fair la kan, bagitau la nama u pulak"
"Nama I Myeera Edora, bukan Mira edora tau, tapi M.Y.E.E.R.A E.D.O.R.A" (siap eja lagi tu, buat masa 5 saat tu, aku rasa mcam kena ajar mengeja ngan cikgu tadika la pulak) nice to meet u Ikar! (got u!....dia panggil aku ikar. maknanya dia nak close dengan aku la tu)
Dipendekkan cerita, berborak la kami.. pung pang pung pang pung pang,hikhikhik hup hap hup hap hikhikhik. bla bla bla bek bek bla hikhikhik ngum ngam ngum ngam...bila dah separuh perjalanan, aku pun buat langkah ke dua.
"Myeera, penat la nak sembang jauh-jauh macam ni, meh la duk sebelah seat i ni, lagipun kosong ni"
"errrrrmmmmm.... Okey U... jap eh..." (angkat beg letak atas kusi dia dengan sweater, bangun dan duduk sebelah aku)
"ha kan senang nak borak cam ni, takde la i terjengah-jengah2 kan"
" Ikar, ermm henpon i ada problem sikit la u, bila ada coming call je kan, henpon i tak bunyi, i takut nanti mama i kol i tak dapat la u, u boleh tolong miskol kan tak?"
" laaaaaaaaa..kenapa pulak mcm tu, nak kena repair la tu.. takpa2 meh no u, i try call, dont worry, kecik tapak tangan... KLCC park i tadahkan" (perrghhhh ayat Cliche habis, ayat basi ngorat beb)
ok, u try kol nombor ni ye u... 017-56* 1***....... (dialing) *no matter what i do, all i think about is u, even when i with my boo..no u know i'm crazy over u* .... (sekali ringtone Dilemma laaa.. hehe)
Haha, tak sangka Myeera Edora ni licik, dia nak bagi no phone tanpa diminta malu, tunggu mamat Zulfikar ni mintak tak mintak2 jugak, Station Puduraya dah dekat dah.. dah kat Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dah.. bila la mamat ni nak mintak no phone kan, kang melepas aku nak Kapel ngan dia kan kan kan....(aku teka hati dia mesti bermonolog macam ni)
Bila dah kat Jalan Hang Tuah, nak sampai Puduraya......
"Eh Myeera, kita dah nak sampai dah kan Myeera, cepatnya, nanti i mesti rindu kat u nanti..canner?"
"Ikar, jangan la canni...kan u ada nombor phone i tu, nanti senang2 kita sms2 la ye, calling2 tau.. nanti free-free.. kita hangout sama2 okey!"
" Okey, nanti kita jumpa next time ye Myeera, by the way.. i kagum gak la dengan u tau"
" why?"
" U muda2... dah la anak dara, cun pulak tu.. dah berani travelling sorang2 naik bas jauh2 macam ni..tabik arr"
" ehhh...siapa cakap i travelling sorang2????... u ni..... yang duduk sebelah i ni NENEK i la.."
"Hah..nenek U??? maksud u selama kita borak tadi.. nenek u duduk sebelah kita ke??"
"ha, yelah!.. ni nenek i, belakang tu Atuk i.. i kat perlis duduk umah atuk & nenek i la"
"GUuuUUuuLPpppPp... Assalamulaikum Nek, Tok!"
Entah ke mana la Myeera sekarang ni, aku pun tak tau, lost contact dah, last info aku tau dia further study kat Universiti, maybe dia dah kapel dengan mamat2 kelas fakulti dia la kot. nak buat mcm mana, dah takde jodoh...*this entry i dedicate for u Myeera Edora - awek bas Perlis-KL*..
P/s kisah di atas hanya sekadar untuk perkongsian hiburan semata-mata, tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak, by the way, takda apa-apa yang aib pun..hehehe..*menaip entry ni sambil dengar lagu Dilemma by kelly rolland dan Nelly di Youtube*
hahaha..
ReplyDeletesilap2 esok myeera edora muncul..:P
Kalau dia taip nama dia sendiri dalam Google.. agak2 jumpa tak entry saya nih?
ReplyDeletetry google search tgk..hehehe
ReplyDeleteeh gambar station bus tu mcm shahab perdana kt alor star je..
:)
entah tak baper ingat dah.. tu stesen mana, yg ingat naik kat perlis, pastu singgah amik org kat kedah kot... :P
ReplyDeletewah kisah cinta.. hehee komen dlu.. bc blm lg.. nk bc mlm skit.. kene feel angin sepoi n jiwa melara utk bc kisah cinta.. brulah smpai der...:P
ReplyDelete