October 11, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 5

Assalamualaikum,

Bebelan demi bebelan, apalah guna insan tanpa bebelan, kalau mak bebel kat kita, kita rasa sakit telinga,tapi bila mak diam langsung tak cakap apa, lagi rasa berdosa, rasa macam tak cukup berkat hidup setiap hari yang berlalu selagi mak belum bersuara.

Esoklah aku taip entry mode pendapat, hari ni nak compilekan dulu bebelan aku yang sama kaedahnya seperti Volume 1, Volume 2, Volume 3 dan Volume 4.

***************************

1. Sultan Yang Tawadhuk

Jikalau Sultan Kelantan sanggup mencemar duli melawat Tuan Guru Nik Aziz di rumahnya yang tidak sihat walhal Sultan Kelantan itu pemimpin di puncak kuasa.

Takkan Rakyat Marhaen macam kita tak boleh nak menghormati pemimpin. Tak kisahlah pemimpin dari Pakatan atau Barisan. Selagi ia nama pemimpin, kau hormatlah mereka,

Kalau tidak pun cenderungnya hormat itu kerana fahaman politik, hormatlah mereka sebagai pemimpin atau orang tua.

Kalau kita boleh cakap "aku bangga dengan Sultan yg macam ini" kenapa anda hari-hari nak kurang ajar dengan PM dan Menteri?

Itu baru korang jadi rakyat, kalau korang jadi pemimpin,entah macam mana korang pijak-pijak dan hina-hina orang yang berlainan pendapat dengan korang kan?

Akhlak bermula dari diri bukan bermula dari parti.

p/s suka tengok Sultan Kelantan yg merendah diri.

*****************************

2. Ferrari, Kancil dan Van Jenazah

"Si miskin naik kereta KANCIL. Si kaya naik kereta FERRARI. Bila mereka sudah meninggal, dua dua naik VAN JENAZAH. See, Allah maha Adil :')"   <--- quote terkenal facebook.

Keadilan Allah Swt bukan terletak pada orang kaya miskin naik van jenazah, keadilan Allah itu pada rahmatNya, yang meletakkan sesuatu pada haknya yang sesuai. Yang memberi hak Insan pada kesesuaiannya.

Mana boleh kira hipotesis naik Van Jenazah. Habis kalau orang kaya tu tak naik van jenazah dia naik kereta kuda pergi kubur mcm mana?

Kalau yang pembesar-pembesar yang mayatnya diusung berpuluh kilometer sampai ke tanah perkuburan macam mana?

Belum kira Mayat yang naik kapal terbang lagi. jenuh macam tu nak buat ayat nak bagi adil.

Kalau orang miskin rumah dia depan kubur? lepas mati orang kampung usung atas bahu mcm mana?

Tak payah kiralah orang kaya naik apa, orang miskin naik apa, kau hidup dekat dunia, buat yang Allah suruh dan tinggal yang Allah larang sudah, nanti kalau mati masuk syurga, boleh mohon Ferrari di sana.

****************************

3. Bonus Dari Belanjawan

Awak serius ke bila cakap kerajaan patut bagi bonus dekat pekerja swasta?

Pekerja swasta ni kerja dengan syarikat swasta masing-masing, gaji, bonus dan apa-apa benefit datang dari syarikat masing-masing.

Adalah tidak logik meminta kerajaan membayar bonus atau benefit dari perbendaharaan negara kepada pekerja swasta. Perlaksanaan ia tidak praktikal, berkos tinggi dan tidak selari dengan konsep negara demokrasi kapitalis.

Lagipun gaji pekerja swasta secara relatifnya tinggi dari gaji bulanan pekerja kerajaan. Dan bonus tahunan pekerja swasta nak nak syarikat GLC dan Konglomerat lebih banyak dari 1 bulan setengah yang diberi kerajaan kepada Govt servant.

Cuma yg boleh kita persoalkan,kenapa ada segelintir pekerja kerajaan yang kerja tak seperti org yg layak dapat bonus sahaja.

Eh aku masih tak paham la daya pemikiran orang yang minta kerajaan bagi bonus pada pekerja swasta ni. Benda ni common sense kot, masa universiti dulu tak belajar ekonomi asas ke?

abang aku kerja UMW, adik aku kerja astro.. Bonus 3, 4 bulan gaji kot!

p/s aku buang masa merungkai persoalan ini,sebab sejak berzaman tiap kali bajet,mesti ada org tak paham akan tanya kerajaan taknak bagi bonus dkt pekerja swasta ke?

**********************

4. Bajet

Kesimpulan bajet 2013 adalah bajet terus kepada rakyat, rakyat dapat hasil secara langsung, bukan bajet mcm dulu, bajet banyak kepada infrastruktur dan industri.

Pendapat aku, Bajet 2013 adalah strategi "bakar telaga minyak"

Jika PRU 13 BN menang, maka BN perlu gali telaga minyak baru, jika PR menang, telaga minyak dah habis dibakar dan PR perlu cari sumber telaga baru.

Gajah sama gajah bergaduh, kancil kat tengah tak mati, tapi dia duduk rilek je tengok gajah gaduh sambil makan kuaci.

***********************

Rajah 1 : Pada tahun 1991, tentera Iraq telah diusir dari Kuwait oleh tentera Amerika,  Untuk memastikan Amerika tidak dapat hasil dari minyak Kuwait, tentera Iraq telah bakar telaga minyak di Kuwait, " Aku tak dapat, jangan harap kau nak dapat, sama-sama tak dapat baru puas hati aku, padan muka kau!"

Rajah 2. Bukan semua mayat naik Van Jenazah, ada mayat naik kapal terbang,  "tapi zulfikar, bukan ke lepas mendarat dia naik van jenazah juga?" .... "ye tak ye jugak,tapi nampak gayanya lagi kayalah dia, combo,dah naik kapal terbang naik van jenazah pula"

*******************tamat******************


p/s 1 Ye ye... aku tau korang dah baca kat wall fb aku pasal semua bebelan ini, cumanya bukan semua org pembaca senyap blog ini ada link ke fb aku, bertabahlah kamu semua, esok kita sembang cerita lain ye, sabar ye sayang.

p/s 2 Takde penambahan hujah dalam kompilasi di atas walaupun batin aku menjerit-jerit supaya aku taip dengan lebih detail masalah-masalah itu bagi orang tidak keliru. Ini demi memastikan keaslian entry bercorak "kompilasi bebelan saya"

p/s 3 kalau aku malas, aku patut taip pendek-pendek je setiap entry isu mcm bebelan atas tu, buat entry setiap hari kan?  tah pape nak tanya pembaca, takde keyakinan diri, buat jelah kan? tengok tanya lagi, tah pape kan? eh tanya lagi.

p/s 4 aku ada teka teki. Teka teki teka tekuk, tekuk tu apa?

17 comments:

  1. sengajalah tu nak cari perhatian, makna tekuk pun nak tanya orang, googlelah sendiri! :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak sari, eh kat yus.. eh kat sari, amboi, awalnye mangkit tido...

      Delete
  2. erk.. apsal ai rasa macam tak puas lak ni.. ke sebab pendek sangat kompilasi ni..

    ReplyDelete
  3. owhhh!! patut la...macam pernah ku baca ini ayat tp di mana yea...hahaha

    ReplyDelete
  4. Keh keh keh.
    Best pulak rasanya baca entry ni :)
    Pemikiran Gill tak ke arah isu2 ni semua sgt sblm ni kecuali kereta kancil, ferrari dan van jenazah tu :)

    Thanks :)
    Thanks sebab tulis entry mcm ni dan share dgn bloggers @ silent reader. :)

    ReplyDelete
  5. tekuk tu sebenarnya tengkuk. Orang dulu dulu tu ter-taipo.

    ReplyDelete
  6. Haha...so true about the budget!

    Yang keje private ni mmg atas nasib la dpt employer cmne...ada yg keje ngan big2 firm mmg confirm la every year dpt bonus + increment depends on ur performance tapi bagi yg keje kat company yg biasa2 aje, untung employer jenis jaga kebajikan staff ada la habuan tuk staff, klau dpt employer yang xkisah staff nk cabut ke sbb berlambak lagi org lain yg blh di ambik bekerja mmg kebajikan staff tu hal plg last diorg nk pikir...

    Untuk yg mmg kempunan sgt nk bonus dr kerejaan (ni perkataan yg lecturer ekonomi time matrikulasi dulu suka guna...hehe), so berusaha lah kamu tuk jadi government servant...huhuuu

    ReplyDelete
  7. Point no 3 tu yang aku suka. Ibarat aku bekerja di KFC tapi bos aku bagi bonus kepada pekerja MCD. Tak adil woii. hahaha.

    ReplyDelete
  8. bebelan di FB yang berfaedah... Lagi baik dari membebel dan merungut-rungut dan sekadar mengupdate statement "lapar la..."

    teruskan membebel... lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  9. saya suka akan pantun itu

    Gajah sama gajah bergaduh, kancil kat tengah tak mati, tapi dia duduk rilek je tengok gajah gaduh sambil makan kuaci

    ReplyDelete
  10. dpt je 250 nnt nak beli cincin kawen

    ReplyDelete
  11. as salam,

    hi zulfikar. saya salah sorang silent reader blog anda. terlebih dahulu, terima kasih atas semua perkongsian artikel anda.

    bila anda sebut abang anda bekerja di UMW, fikiran saya terus tertumpu kepada seorang kenalan saya. namanya sama dan paras rupa beliau juga seiras dengan anda.

    rupa-rupanya profil zulkarnaen yang saya baca selama ini dalam blog "Rasa Hati" adalah salah seorang kenalan saya.

    sampaikan salam saya kepada beliau. salam hormat dan teruskan blogging.

    muzammir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Tadi saya ada tanya Abg, memang dia kenal awak. lepas tu dia ckp ramai kawan2 UMW dan uitm segamat ada baca blog saya.. agak segan pulak bila org yg kenal secara peribadi mula ikut cerita saya yang kadang2 merapu ni..

      anyway, terima kasih kerana sudi membaca...

      Delete
    2. hi ikar, no problems for me. kalau x silap saya, ikar ade mention in one of ur articles, sincerity is a MUST in blogging. so, ur opinions, ur experiences, ur childhood stories, etc. are all urs n they comes from ur sincere heart and mind. merapu ke ape ke, it's ur blog n u have ur rights to put them down for people to read. (selagi status blog ni open to public, hehe).

      anyway, i have nothing personal on ur blogs/articles/childhood stories of ur brothers n urself, and in fact, i respect n enjoy reading them. so, x yah segan2 (lumrah manusia la perkara "segan" ni kan) n keep on blogging.

      notes : i found ur blog while blog hopping suatu masa dulu.. bile tahu ade "connection" to one of ur subject, cannot contain myself to put down comments. hehe.. apologize for that n hoping dat it wouldn't block/limit ur style of blogging.. (which i'm sure they wouldn't) ;)

      cheers!

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...