October 4, 2012

Setengah Botol Vicks

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas aku ada mengadu yang aku demam, badan aku ni dari kecil susah nak demam, tapi bila sekali kena demam, dia punya meragam mashallah, umpama kalau baik demam tu nak sedekah ke masjid setandan pisang!

Bila aku demam, aku selalu kena 3 serangkai iaitu demam, batuk dan selsema. Bila kena selsema aku teringat vicks, zaman dulu bila demam sapu vicks dekat hidung, terus hidung rasa lapang. Zaman sekarang vicks ada lagi, cuma dah banyak jenama balm lain.

Bila sebut fasal vicks, ia mengingatkan aku pada satu kisah nostalgia yang tak pernah padam dalam ingatan.

"Nampak tak pattern zulfikar tu? dari demam ke batuk ke selsema ke vicks dan kini bertabahlah kamu semua sebab dia nak cerita pasal zaman kanak-kanak dia."

Vicks Vaporub, botol sebijik macam ni sentiasa ada dalam beg tangan mak aku,tapi aku taktau lah kenapa sekarang dia dah takde vicks dah? yang ada tiger balm. rindu pulak nak tengok vicks ni dalam beg tangan dia.

**********************************

Pada tahun 1992 iaitu semasa aku darjah 2, masa tu zaman mengaji muqaddam dan bukan alquran, kerana aku start naik level alquran masa darjah 4 dan qatam masa darjah 5 nak naik 6.

Satu malam tu, aku kayuh basikal nak pergi mengaji, patutnya keluar dari laman rumah aku belok kiri, tapi entah apa yang menghasut jiwa raga hingga aku boleh belok ke kanan. Bila konar je basikal ke arah kanan, aku start tonggeng punggung. Kiranya kayuh dalam keadaan berdiri, konon nak dapat pikap, power sikit berdiri kaki pijak pedel basikal.

Sekali kayuh, dua kali kayuh tiga kali kayuh empat kali kayuh berdesup basikal pergi, elok nak duduk bila basikal dah start dapat lajak...

"Gedebukkkkkk"

Aku terlanggar kucing hitam melintas jalan dari rumah Nenek Timah. Bergulung badan kucing tu dalam tayar basikal depan, apa lagi, basikal pun macam mengejut brek sendiri, tayar belakang terangkat dan aku terhumban ke depan, mcm aksi mat rempit buat wekang!



senang cerita wekang tu mcm ni lah,kau bygkan penceritaan aku tu sebijik mcm dalam gambar ni,cuma gantikan motor tu dengan basikal BMX dan depan tayar tu ada kucing hitam tengah tahan sakit menggelupor kena langgor.


Sepanjang ingatan aku, itulah kali pertama aku rasa betapa mesranya ciuman antara anak teruna dengan tar jalan kampung sungai tua. Enak sangat rasa, ramai yang gemarkannya, resepi uncle slogum, tinggi kualiti jalan tar, sungguh enak dicium begitu saja, OoOoo Jalan tar sungguh enak dicium begitu saja.

"alah jangalah nafikannya, sudah tentu saudara saudari membaca perenggan di atas dengan nada lagu iklan roti"

Bila dah jatuh, apa yang awak harapkan sangat pada budak lelaki umur lapan tahun? bangun dan bermegah diri? bangun dan terus berpencak silat? haram tidak lah. Sudah tentulah budak 8 tahun itu menjerit macam kena rasuk polong.

Aku bukanlah nak kata aku ni lembik,tapi masa jatuh tu dia punya sengsara macam nak mati, pesen jatuh yang tulang rusuk terhentak kuat tu, kau tau macam mana rasa dia? senak sampai tak boleh bernafas. kau tarik angin masuk dalam badan tapi kau tetap rasa lemas.

Eh panjang pula nak describe padahal bukan orang tak tau senak tu macam mana kan, agak korang keliru senak tu macam mana, kau try lari laju-laju, aim tombol pintu tang perut, lagi cantik tang tulang rusuk bawah, kalau nak lebih bunyi saintifik, aim tepat dekat diafragma. Dijamin lazat tidak terhingga.

Aku ingat lagi macam mana bunyi aku meraung...

Gedebuk!!!!!

" Mamaaaaa, adddddduhhhh, sakit! tak boleh nafas, mamaaaaaaaa, tolong!!!!"

Kelam kabut mak bapak aku lari keluar rumah, cari aku dekat mana, tak jauh mana pun,baru 5,6 kali kayuh dari laman rumah,baru basikal start jejak jalan tar dari rumput laman. Apalagi menggelupur mak aku berlari kencang mendapatkan anak kesayangannya yang petah, comel lagi manja, khabarnya juga anak beliau itu disayangi ramai.

" Mama, tolong..Uuuuukkkk...errrkkk. tak boleh bernafas!"

" Ya Allah anak akuuuu. Ha kamu kenapa ikar? apa kena kamu baring atas jalan ini, apa kena ni ikar?"

" Hitam..Hitam....langgar, lari, laju..."  korang baca ayat ni bayangkan aku tengah cuba cakap dalam keadaan senak tak bernafas tapi gigih nak terangkan senario kemalangan.

" Ya Robbi, dah dah cepat masuk dalam, mama sapu ubat!"

Bapak aku ada jugak masa tu,tapi dia tak datang dekat, dia duduk dekat kawasan simen parking kereta sambil jenguk-jenguk kepala tengok macam mana isteri dia hendel aku.

Dasar Ikar, langgar kucing je pun,dia punya senak nak berjalan tu macam baru lepas langgar lori simen, jalan berdengkut-dengkut masuk rumah. Masuk je dalam rumah cepat-cepat baring atas kusyen. Mama pun keluarkan ubat ajaibnya! ubat pelbagai guna.

VICKS!

Anak kembung perut? kencing malam? hingus hidung tersumbat? kaki lenguh? sengal tulang? semut gigit? kucing langgar? vicks mampu mengubatnya. hanya sapukan di tempat yang sakit, dan pufffff!!! panas nak mampus.

Rasa malam tu penuh kemesraan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, tapi aku penuh penyesalan juga, disebabkan senak yang buatkan aku tak boleh bercakap tu, macam-macam andaian dibuat oleh kedua orang tua aku.

" Kamu ni kenapa ikar? apa kena kamu ni? kenapa ni? Ya Allah...."

" senak. sesak napas, errrkk.. urkkk.. errkkk..hitam, ..langgar..lari" yelah yelah aku transletkan
( mama, ikar senak ni,macam mana nak cakap,sesak nafas rasa nak mati, tadi kayuh basikal, ada kucing hitam langgar depan, ikar jatuh tertonggeng. kucing tu lari)

Tapi nasib aku malang, mak aku gagal diagnosis sakit aku, sebabkan mak aku ni masa aku kecik dia over protective dan kuat panik, habis dilumurnya Vicks tu setengah botol kat aku, start dari bawah hidung bahagian misai tu, melarat ke tengkuk, sapu lagi kat dada, sapu terus ke perut, sapu lagi ke belakang badan, sapu lagi ke kaki.

Aku malas nak melawan, jenis kalau melawan pun mak aku mesti degil nak sapu vicks tu jugak, redha je lah kaedah terbaik yang dapat aku fikirkan. Korang rasa aku patut ke terangkan pada korang betapa azabnya aku malam tu? dah la senak tak boleh bernafas, sakit jatuh tertonggeng cium tar lagi, tambah lagi hangat pijau kena sapu vicks satu badan.

Korang rasa kalau tanpa bantuan aku, korang dapat bayangkan tak betapa bermentoliumnya badan aku pada malam itu? korang dapat selami tak rasa seksa tahan panas balm sapu ke badan?

belum habis lagi penyeksaan malam tu...

Bapak aku yang tak paham apa cerita, dia boleh cakap macam ni...

" Ikar, kamu tadi terlanggar hantu raya ke? apa yang teruk sangat macam kena sampuk polong ni ikar? kamu nampak lembaga hitam nak makan kamu ke ikar?"

Korang bayangkan, selama 20 tahun bapak aku percaya malam itu aku kena langgar dengan lembaga hitam,habis dijajanya cerita aku langgar hantu polong ke satu kampung, padahal jenuh aku cerita nak yakinkan dia yang malam tu aku langgar kucing je.

Korang jangan hyperbola sangat, bapak aku tau aku langgar kucing hitam,tapi dia saja buat teruk, dia kan suka buli anak-anak dia. buli-buli manja katanya.

Sekarang, bila nampak botol balm je, atau terdengar orang sebut Vicks, mesti abah cakap..

" Kesian Ikar, dah lah jatuh basikal langgar hantu raya hitam, kena sapu vicks setengah botol lagi, kenapa kamu buat anak kamu macam tu awie? hahahahhaha"

***************tamat**************

p/s 1 Rasa bila dapat gaji ni nak beli vicks sebotol la, konon mcm nak mengembalikan kenangan lama, harap2 murah tak lebih 5 ringgit sebotol.

p/s 2 ada ke orang yang lahir 80-90an yang tak kenal vicks?

p/s 3 Patutnya aku caj iklan editorial dekat syarikat Vicks kan? barulah boleh untung, nanti kaya boleh makan roti kaya. ok lawak hambar, tak payah paksa diri untuk gelak.

40 comments:

  1. sakitnye jatuh mcm tu...

    uuu......

    aku vicks penah letak kt ketiak..pastu pedih sgt..taknak kawan lg dgn beliau dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak jadi kau ni shila, vicks pegi sapu dekat ketiak. pelik2 la kau ni shila...

      Delete
  2. Vicks tak lebih dari RM5.
    Skarang vicks pun dah ada macam2 bau, stoberi pun ada.

    #wanita baru bersalin ada anak kecik, vicks tu umpama nyawa!#

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tau vicks ada bau stoberi, dah mcm aiskrim pedelpop pulak..

      Delete
  3. wah...suke vicks..nak2 time selsema..mmg menyamankan..hahahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama tak pakai vicks, nanti nak belilah, saja simpan nak buat2 kenang2an.. hehe

      Delete
  4. yg macam stick cocok kat dalam hidong masa selsema tu vicks kan? aku suka maen natang alah tu..best oo sumbat dalam hidung..haahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah simpan benda tu dlm rumah, tapi pernah beli sekali, pastu abang aku kongsi, geli nak pakai dah sebab berkongsi lubang hidung yg sama. hahaha

      Delete
  5. Ikar, setengah botol akak sapu vicks kat dahi.. pening baca cete kamu ni Ikar... hehehehehe..

    Vicks tu masih murah lagi, tak yah tunggu gaji pun boleh belilah Ikar... untuk kembalikan nostalgia tu akak cadangkan awk sapu satu badan setengah botol, belen setengah botol tu awk masuk dalam beg mak awk, hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ni memang, suka ngajor yang bukan2, kalau saya sapu setengah botol, mau saya senak, malam mimpi kena makan dengan hantu raya hitam kak!

      Delete
  6. kita suka letak viks dalam lubang hidung dlm2. kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak kat misai pun dah panas, ni pesen mcm mana letak kat lubang hidung ni? ni pesen apa reply komen lebih panjang dari komen ni? haihhh

      Delete
  7. vicks lah besfren aku sebab jadi ubat sapu bila nyamuk n agas gigit aku..kira jadik ubat gatallah ni..memang mujarab.
    Tapi oleh kerana aku dah berkecimpung dengan vicks ni aku merasakan yang kepanasannya dah tak berapa power.

    Kalau dada terhentak macam tu senang je caranya(aku selalu kena bola kat dada n terus sesak nafas)

    bongkok dan tegakkan badan,buat 2,3 kali..cikgu aku yang ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noi, org kata kalau dah biasa dia tak rasa, aku cadangkan kau beli minyak boxing kaler merah, minyak kayu putih, lumur satu badan, pasti kau bahagia noi...

      rasanya memang Nombol satu!

      Delete
  8. saya sejak kecik dah dikenalkan dengan vicks dan masih menggunakannya sampai sekarang. kalau hidung saya betul2 tersumbat,saya letakkan sedikit vicks dalam bekas berisi air panas,lepas tu kacau2 bagi dia sebati. then halakan hidung dan sedut bau campuran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada belen, letak dalam handbeg, nanti kita pegi detting, kita main calit calit vicks nak tak?

      Delete
    2. boleh jugak. tengok sapa yang paling menggelupur kena panas vicks!

      Delete
  9. vicks best ouh. aku pun suke...

    ReplyDelete
  10. encik zilfikar hazri,
    dulu sy juga pengguna vicks tegar... demam, selsema, batuk, vicks selalu disisi tambahan pula saya juga pengidap asthma... selalu batuk2...

    tetapi encik zulfikar, sejak 4, 5 tahun kebelakangan ini, dikatakan vicks byk membawa masalah. bila di google, kesahihannya ada tapi tidak lah saya begitu pasti 100%.

    dan mengikut kajian saya sebagai pengguna vicks, bila sapu utk batuk kat dada, or selsema, memang rasa panas n berangin, lega hanya sekejap dan hingus or kahaknya tidak melegakan bertambah banyak.

    kemudian sejak itu saya menggunakan minyak angin cap kapak. selsema, batuk dan sebagainya. alhamdulillah, sejak menggunakan minyak angin cap kapak, selsema punya hingus, kahak tak begitu ketara. lawas lubang idung.

    maka, saya cadangkan supaya trylah minyak angin cap kapak. saya bukan agen minyak angin cap kapak tetapi saya hanya ingin berkongsi idea dengan anda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau rahsia tak? saya dari dulu memang tak suka langsung minyak2 yang berangin ni, memang jenis tak suka rasa panas kat kulit.

      minyak kapak tu pun saya tak suka, sebab org kata nanti boleh jadi ketagih, lagi satu kalau sapu kat dahi, dia boleh pedih menusuk ke dalam mata...

      Delete
  11. sampai skrg masih lagi guna vicks...takde la beli yang botol besar mcm nie..beli yang kecik2 je..senang simpan dlm handbag...selalu sapu time sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah laaaa kak shida, ada botol vicks yang besar 50sen tu tapi tebal kan? baru teringat, hehehehe

      Delete
  12. kalau tensen.. memang blog nielah ku terjah..
    mujur hari nie ada entry..

    thanks syer kisah dulu2..

    kak Ayu tak suka vick sbb baunya.. heheheh tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam ni, lepas ni saya akan berusaha bersungguh-sungguh update blog agar lebih kerap dan padu! hiargghhhhh~~~

      Delete
  13. hilang tensen..otomatik gelak punyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik2 gelak,jgn terjatuh taik hidung,... baik baik...

      Delete
  14. hahahha. aku dapat bayangkan betapa peritnya sakit ko tu ikar. hahahah.


    kesian ikar. wkwkwk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan? perit dia tu, astgha, rasa mcm nak nangis! eh tapi masa tu pun dah sipi2 nangis dah... haha

      Delete
  15. sebagai pencinta kucing, aku demand nak tahu ape jadi kepada kucing tersebut?.. hah! Jawab Ikar! Jawab! wakakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing tu takde apa2, sihat walafiat, dia kena langgar2 manja. apa nak takut, kucing kan ada 9 nyawa, percayalah. kalau tak caya takpe. taknak belanja laksa.

      Delete
  16. patut la anaknya boleh tahan jugak lawaknya...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan? tapi org kata, tumpah ke lantai tu pun perkara biasa.

      Delete
  17. apa jadi dengan miaow tu? kesian dia.. hurmm.. dah dua puluh tahun dia hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. miow tu sehat asip, kau jangan risau, aku dah kautim dah dengan dia.

      Delete
  18. agaknya Nyah kucing tu lepas kena langgar berapa lama dia idup?? kena sapu 1 badan vicks.. tu kategori penderaan secara manja penuh dgn kasih sayang.. hahahahahahaha.. dalam beg aku pun sekarang macam2 ada kalau nak keluar. vicks baby la... minyak yuyi la.. losyen baby johnsons la.. diaper bagai.. baju.. susu, botol susu.. aduhai.. susah ko tau x jadi mak orang ni nak2 lagi anak masih baby. nak keluar macam nak balik kg jer begnya. berangkut macam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dulu mak aku ada mcm2 dalam beg dia,macam kau jugak nyah, sampai sekarang ada macam2 dalam beg dia, tapi pampers susu tu takde lah kan, melampau aaaaa.. hahahaha

      Delete
  19. aku ada satu kat lam beg! bagus vicks ni dr aku kecik sampai da besa ni maintain je bau dia.. aku lak jenis xley calit-calit tapi bau sahaja.. sebab tu vicks aku xpenah luak.. ko nak? nanti aku bagi kat kau.. sian kau.. hhahahahha

    ReplyDelete
  20. Kenapa vicks skang aku rasa dah tak power mcm dulu?? Huhu

    ReplyDelete
  21. Baca blog ni pagi2 bute best gak..xtahan gelak weiii..sib baik laki aku masih dgn dengkurannya...agak2 kalo aku sapu vicks kt laki aku,ilang xbunyi dengkor tu?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...