April 16, 2012

Sumpah Comel Karikatur Ini

assalamualaikum...

Nota : ini entry pendek.

Semalam aku bertweet macam biasa, kawan tweet aku ada dua orang blogger kartunis - artistik. Seorang nama dia Prinz Aujinz, seorang lagi pula namanya Nurdani. Bab kenapa nama Aujinz tu ada prinz aku taktaulah pulak, nak ejek dia putera raja bimbang pula nanti dia memang putera raja dalam penyamaran. kalau korang nak tengok siapa si Aujinz ni korang pergi tengok kat Lanun Ranggi

Masa aku tweet tiba-tiba timbul perasaan mahu gambar aku dikarikaturkan oleh Prinz Aujinz, tapi dengan segera dia merendah diri cakap tidak pandai berkarikatur. Kemudian Dani menawarkan diri untuk melukis muka aku dengan kaedah tawaran 10 minit katanya. Maka di bawah ini adalah hasil karikaturnya yang berkualiti tinggi.

Dari asal gambar ini, gambar ni masa aku sambut birthday  mama tahun lepas rasanya,  lama-lama pandang muka sendiri boleh mendatangkan riak kecil pula di hati.

Ini Hasil Karikatur yang Dani buat dari gambar di atas, comel yang amat, saya  mintak dia lukis saya dalam baju pooh, tak tahu pula jadi  bayi dalam costume Tiger kawan si Pooh. saya ingat jadi lelaki maskulin badan tough dalam tshirt sendat kartun Pooh. Janggut tu pula menambahkan efek komedi-seram dalam karikatur di atas, bagi yang lemah semangat dan perempuan mengandung dinasihatkan jangan tenung lama-lama, nanti terkenan bayi dalam kandungan.

Dari asal gambar ini - gambar ini masa aku jadi liaison officer untuk rombongan pemuzik dari sierra Leon, amboi bukan main perasan model betul aku ni, kalau hantar gambar ini ke blogger mana-mana pasti akan dimasukkan ke dalam blog, eh dalam tak sedar saya sudah masuk blog rasanya.


Ini hasil karikatur untuk gambar di atas. ada orang ckp macam hero hindustan, ada orang kata macam  artis belanda, ada orang kata pula tak ubah macam bangla petronas. terpulanglah pada mata yang melihat, kata orang bukankah kecantikan terpulang pada mata yang memandang? saya pandang sebiji macam Gerard Butler, 2 biji macam stephen rahman hughes, janganlah minta yang ketiga biji pula, bimbang bertambah dosa riak di dalam hati.



****************************************



Terima kasih kepada Nurdani kerana bermurah hati mengkarikaturkan wajah saya, sudah sekian lama saya teringin melihat wajah saya dikarikaturkan, cuma saya kedekut nak bayar RM20 satu potret dekat seniman tepi jalan Bukit Bintang. Saya harap Dani akan lebih maju dalam dunia artistik dan blog.

Kalau korang nak tau, Gadis ni berbakat besar, sebab niche blog dia adalah lukisan grafik yang menggunakan asas software windows excel tau! excel! ye excel yang banyak kolum guna untuk buat kira-kira akaun dengan buat chart tu, tapi Nurdani boleh lukis guna software tu, memang hebat ahh..

Kalau tak percaya pergilah usha hasil-hasil seni dia dekat blog beliau yang tertera di bawah, klik dan anda secara magisnya akan muncul di sana!

YoUnique - Nurdaniub.blogspot.com


******************tamat******************

P/s I dulu sekali pandang aku tengok si Dani ni muka dia macam Fatin Liyana tapi dia taknak mengaku, lagi satu dia ni pemalu nak letak muka penuh dia kat blognya.

p/s II comelnya gambar aku pakai baju tiger tu! aku rasa mcm nak nangis tahan malu pada masa yang sama suka terharu. Orang tua-tua kata lagak aku itu umpama malu-malu kucing, malu tapi mahu.

p/s III aku syak malam ni nanti aku tidur mimpi pergi nursery.. kuat syak wasangka aku ni nanti.

p/s IV nak tau rahsia terbesar aku tak? aku banyak kali cakap pasal aku suka pooh kan? tapi sebenarnya aku belum tengok filem kartun pooh tu sampai habis, ironik kan?

20 comments:

  1. kawaiii...~!!!

    kalau Shila kata dia nak tepuk2 bontot yg macam berpampers tu..aku lak rasa nak tarik2 pipi tu..cuit2 hidung tu..

    ok terlebey sudah.

    ReplyDelete
  2. hoho comell kot karikatur tu semua.

    ReplyDelete
  3. Betullah, akak pun mula tengok ingat Fatin Liyana..

    alololo... comelnya Tigger tuhhhh... paling comel tang janggut tulah.. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. janggut tu tak jadi kisah seram komedi ke kak? saya seram tengok kekadang tu. hahaha

      Delete
  4. Weyyy...comeyynyaaa yg rimau tu..macam nak timang2..lepas lambung dan hempuk2 kan sampai lunyai...sebab geram terlampau....grrrrrrr.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemain kau mat nak uli aku mcm uli doh donut dah tu gayanya mat.. haha

      Delete
  5. heheheee...dua2 karikatur comel!

    ReplyDelete
  6. comel giler yg pooh tu.. ase nk cobet² je pipi tu..

    ReplyDelete
  7. comel gila! haha. rasa muda lagi 20 tahun. kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diskaun 20thn je? ala lebih sikit tak beleeh?

      Delete
  8. hahahha. gelak guling2 je baca. terima kasih la weh suka karikatur tak seberapa tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak guling, awak tu masa lukis tu gelak berapa kali tah! kemain dia ni ahh

      Delete
  9. a'ah..aku pun kagum dengan dani ni lama dah..gile terer lukis guna excel je..tercabar..sayangnye aku nak lukis manusia atas kertas pun tak lepas..apatah lagi nak lukis guna sofware dalam komputer..camne nak cabar die? syahdu~~~

    aku rase kan ko memang obses tgk gambar sendiri kot..riak betul..cit! ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap org ada bakat masing2 kan. ko tu terer design templet blog gak ape...

      tapi memang peliklah. aku takleh byg lagi mcm mana nak lukis pakai excel tah ...

      Delete
  10. hahahaha.. aku adalah antara orang yang beruntung pernah tengok gamba dia yang betul..sebelum dia removed. beliau comel..

    Aku bab melukis karikatur memang ke laot laa.. nasib baik Dani selamatkan keadaan... koh koh koh

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...