Nanti-nantilah aku cerita pasal isu semasa atau politik, aku masih takde mood nak ulas, lagipun takde isu semasa yang mengundang cabaran, semuanya isu tipikal dan klise.
Kisah nostalgia pun dah berderet, jadi nanti jemu pula. Malam ni aku sembang ringan-ringan pasal impian aku, aku nak buat check list sendiri, sebenarnya bukan checklist sendiri, tapi tulis nak bagi orang baca, sebab sah-sah lah aku sedar yang blog aku ni ada pembaca.
******************
1. Impian : Pada Tahun 1997 iaitu semasa aku berumur 13 tahun, aku ada bersembang dengan abang aku, bahawa pada satu masa nanti bila aku dah kerja, aku nak beli kereta Proton Wira 1.6 manual lepas tu aku convert jadi enjin turbo. Lepas tu aku nak sembur kaler kuning, letak stripes merah dua line, konon-konon nak bagitau yang aku ni penduduk Selangor sejati lah.
Realiti : lepas aku kerja aku bawak Mercedes (model teksi) bapak aku bagi, lepas tu aku beli Mazda 3 lepas tu Mazda 3 eksiden total lost, aku beli Toyota corolla, Proton Wira Turbo tak pernah aku fikir nak pakai.
2. Impian : Dulu aku pernah cakap kat mak bapak aku yang aku nak pergi mekah masa umur aku 40 tahun. Konon-konon terkesan dengan cerita yang manusia ni bermula hidupnya pada usia 40 tahun.
Realiti : Alhamdulillah aku dapat pergi Mekah buat Umrah masa umur aku 24 tahun, masa tu aku baru start kerja tempat kerja aku sekarang, ada tawaran dari mara untuk aku pergi buat exhibition dekat Jeddah. Impian tercapai.
3. Impian : Dulu aku pernah janji dengan cikgu Razak Pid, bahawasanya aku akan dapat degree walaupun matematik tambahan aku tahap tepian parit. Korang bayangkan sampai dah dekat nak SPM, persamaan serentak aku dari form 4 tak pernahnya serentak, asyik 5, 6, 7 rentak je.
Realiti : aku dah dapat Ijazah dan Diploma.
4. Impian : Dulu aku cakap kat kawan-kawan sebelum 30 tahun, aku nak kahwin, tak kisahlah umur berapa tapi sebelum 30 aku nak kahwin.
Realiti : Aku belum berkahwin, sekarang dah 28 tahun, ada margin 2 tahun lagi untuk realisasikan impian, harapnya takde aral melintang.
5. Impian : Dulu aku pernah cakap dekat mak aku yang satu masa nanti aku nak tawan Puncak Gunung Kinabalu.
Realiti : Alhamdulillah aku dah sampai sana pada tahun 2011.
6. Impian : Dulu masa sekolah rendah, masa zaman kita sibuk-sibuk nak mengejar wawasan 2020, aku ngan kawan-kawan pernah lah sembang.
" Wawasan 2020 nanti kita umur berapa eh?"
" kalau ikut kira-kira ni, umur kita semua 36 tahun"
" agak-agak kau masa tu kita dah jadi ape eh?"
" bapak orang la kot"
" aku masa tahun 2020 aku nak jadi manager macam bapak aku!"
Realiti : sekarang aku dah jadi manager, walaupun IKS company, tapi ada title pengurus dekat offer letter. Aku harap 2020 nanti masa umur aku 36 tahun, aku dapat jadi Jutawan. Lepas aku jadi jutawan aku dapat update ceklist aku kat blog ni balik, harapnya aku tak lupa password blog ni, dan aku panjang umur lagi.
7. Impian : Dulu cikgu Aziz pernah tanya aku..
" awak masa isi borang UPU awak nak pilih kursus apa Zulfikar?"
" saya nak pilih Pengurusan Perkhidmatan Makanan, cikgu"
" kenapa awak nak pilih kursus tu? amiklah engineering ke? medic ke?"
" saya punya addmath fail cikgu!"
" apa awak nampak dengan kursus yang awak nak tu?"
" Saya nanti dah cukup modal saya nak bukak Cafe mcm Dome, Coffee Beans semua tu cikgu, paling kurang saya nak bukak Kopitiam"
" saya harap awak berjaya"
Realiti : Cafe belum bukak lagi, tak cukup modal. Tapi kursus tu tepat dapat apa yang diminta.
8. Impian : Satu hari selepas perdebatan ilmiah dengan Ustaz Uzet..
" awok ni Zulfikar, saya nampak masa depan awak jadi ahli politiklah Zulfikar"
" Eh ye ke Ustaz? mana ada ustaz, saya tak minat nak jadi wakil rakyat ni, nanti hidup bizi"
" Kuak perasaan saya ni, masa depan awok jadi Politician Zulfikar"
" Eh takdelah macam tu Ustaz, tapi kalau masin mulut Ustaz tu apa salahnya, Ustaz Doa-doakan saya ye"
" Saya doakan awak berjaya di dunia politik satu hari nanti, amin"
" amin.. eh tapi Ustaz, Parti mana?"
" hok tu awok tentukan sendiri, hok parti mana pun takpo, asalkan bawak kebaikan kepada masyarakat"
**baca dialog Ustaz Uzet dengan slang Kelantan sipi-sipi nak ke KL.
Realiti : buat masa ni, belum ada kesempatan nak jadi ahli politik, masuk jadi ahli parti PAS ke UMNO ke pun belum lagi. Bukan apa, orang kata masuk politik ni untuk berbakti kepada masyarakat sejagat, bukan untuk kepentingan diri. Jadi kepentingan aku sendiri pun belum selesai, macam mana aku nak menyumbang kepada masyarakat pula. Mungkin satu masa nanti selepas selesai tuntutan aku untuk berkahwin, berkerjaya dan jadi kaya aku masuklah politik.
*********************
Banyak lagi impian yang belum jadi kenyataan, contohnya macam nak beli Harley Davidson, Scuba diving, skydiving, bungee jumping, paragliding, main ski kat Alps, bina bungalow, beli kereta atap boleh buka, Europe trip dan lain-lain lagi.
Mungkin satu masa nanti, Insyallah. Orang kata hidup ni kena realisitik, kita tak boleh dapat semua yang kita nak dalam satu masa, kadang-kadang dalam satu masa kita kena korbankan salah satu impian untuk mencapai impian yang lain.
Kalau sampai satu tahap kita rasa macam loser kita boleh buat beberapa kaedah ini.
1. Tengok bapak kita atau orang kaya, pastu fikir,
"eh dia bukan jadi kaya dan berjaya masa umur 20-an, dia berjaya masa rambut dia dah beruban, jadi tak perlulah nak rasa down sangat kan"
Ini dinamakan Kaedah Bersabar.
2. Sentiasa mengenangkan kejayaan yang telah kita kecapi, jangan fikir sangat impian yang belum tercapai. Ini dinamakan kaedah bersyukur dan berfikiran positif.
3. Kena selalu fikir, kita ada apa yang orang tiada, selalu fikir yang ada orang lagi tak bernasib baik dari kita maka dari situ kita akan menangis terharu mengenangkan betapa bertuahnya hidup kita. Jangan selalu memberontak dan merintih nasib diri sangat. Ini dinamakan kaedah bersyukur dan redha.
Kadang-kadang orang yang berjaya pun ada impian yang dia pertaruhkan, ada nikmat yang dia korbankan. mungkin dia berjaya jadi doktor bedah, tapi dia terpaksa korbankan masa dan rehat dia.
Kadang-kadang ada jutawan yang boleh beli apa saja, tapi dia tak boleh beli kasih sayang keluarganya.
Kadang-kadang ada manusia yang boleh travel ke satu dunia, tapi dia terpaksa korbankan karier dan kekasihnya.
Pokoknya, berfikiran positif dan bersyukur. Jangan putus asa dan ingat, jangan lupa buat senarai semak!
**********tamat***********
P/s 1 aku tergerak fikir benda ni semua sebab semalam bangun dari tidur aku teringat mimpi yang aku dah ambil master, aku tak boleh tangguh lagi, aku mesti ambil Master tahun ni atau tahun depan!
p/s 2 aku bermimpi pasal matlamat hidup lepas tengok Movie 127 Hours dekat HBO, peh meruntun hati cerita tu woi.
p/s 3 Aku terpaksa gugurkan Scuba diving dari 'bucket list' aku sebab realitinya gegendang telinga aku nipis, doktor nasihat jangan menyelam dalam, bayangkan menyelam 2.5 meter pun telinga aku dah sakit macam nak pecah.
p/s 4 dulu aku pernah ada impian nak kahwin dengan Siti Nurhaliza masa tingkatan 2 (1998), siap tampal poster besar sebelah katil, konon2 tidur dengan dia la tetiap malam. Impian dah hancur, semua gara-gara Datuk K.
p/s 5 Bucket List - Senarai impian yang akan dibuat sebelum mati.
erm. satu je impian apa yg aku capai sekarang. dapat segulung ijazah. tapi dalam kimia. whatttt?
ReplyDeletex penah2 aku fikir masa kecik dulu aku ambik kimia. dulu penah rasa nak jadi wartawan penyiaran sebab slalu tgk majalah 3. penah rasa na jadi polis sebab suka kerja2 lasak. tp non hado. rasa nak jadi doktor pun ada. tp belajar malas lepastu tengok darah pitam. kakakaka
n now aku tengah ambik master. lagi la xde dalam kepala hotak zaman kecik dulu. kesimpulannya skrg aku just follow the flow.
sekurang2nya kau otw amik master, hebat lah kau! aku harap aku pun strong mcm kau nak amik master, aku taknak tangguh2 dah, next kemasukan aku nak daftar master kot...
Deletebatch sek sri mersing tahun yg lahir tahun 83-87 mmg xkan leh lupa cikgu razak pid ngan cikgu aziz...keh3x...
ReplyDeleterazak pid mmg legend btol la...hahaha
Razak Pid, Cikgu Aziz, Azman Achutan. 3 nama yang melekat dalam kepala kan!
Deleteaku pun ade impian nak amik master..tapi tak tahu lagi bila..mungkin lepas kawen kot? haha..
ReplyDeleteimpian aku pun nak kawen sebelum umo 30..lagi 2 tahun oiii..bile nak kawen ni? T_T
kereta impian aku dulu satria GTI sebab nampak sporty..skang teringin nak beli mazda sporty..tapi mmg non hado la..aku tak mampu..sedihh..target skang kereta yang nmpk sporty pun gen2..tapi gen2 katanya dah takde keluaran terbaru..T_T
masa kecik2 dulu aku teringin nak pergi tinggal kat sabah sebab tengok iklan waktu berbuka puasa awal..ahaha..dah tercapai sebab aku dapat belajo kat sana selama 3 1/2 tahun..cuma tak mampu nak tawan gunung kinabalu lagi..dah tak mampu nak memanjat2 ni..hadoiii..
aku pun ade cita2 nak bukak bisnes cafe tapi moden dgn internet dan open library..dan of kos aku la jadik managernye..tapi hasrat belum tercapai lagi..insyaAllah one day..
eh?dah macam tulis entri pulak aku ni ha kat bhgn komen ko..kah3..
jangan tangguh2 sya, jangan tangguh, Bos aku puan nonie 42 tahun pun boleh panjat gunung lagi!
Deletepasal kereta tu pun jangan tangguh, nanti dah kawin kau dah tak merasa.
Err... terbbaik lah.. nanti nak update pasal bucket list jugak lah. hahhaha
ReplyDeleteaku tak sabar nak baca..
Deletelepas ni saya bersemangat lah nak capai semua impian saya. tapi macam cerita tu jugaklah, kadang kadang kita perlu korbankan sesuatu untuk sesuatu yang lebih bermakna. apatah lagi kalau benda tu melibatkan apa keinginan orang tua kita nak. walau apapun, redha tu terletak pada mereka :)
ReplyDeletebetul2, jangan tangguh dan jangan derhaka. mesti seiring dua tu..
Delete"kejar wak... kejar..."
ReplyDelete"kejar apa saripudin..."
"wak kejarla si sumijah tu sampai dapat..."
"ye la... tu kan impian wak... apa salahnya wak mengejar impian wak..."
"hahahahahahahaha"...
satu warung haji gonawan bergema dengan ketaw terbahak-bahak kaki-kaki lepak pd petang tu... mengetawakan wak sudin yng tergilakan sumijah yang umurnya baru 19 tahun... wak sudin pulak, umurnya hampir sebaya dengan umur bapak sumijah tu... 65 tahun..
p/s: bucket list wak sudin:
1) nak kawen dengan anak dare umur 17-18 tahun...
hahahahahahahahha...
@@@@@
mengejar impian....
Impian tak realistik nama nya.. eh Zul, nanti pergi Piknik jom!
Deleteimpian akak masa sekolah dulu nak kawin umur 23 tahun sebab cikgu kelas masa tu cakap perempuan sesuai kawin umur 23 tahun... ternyata betul apa yang akak impikan! umur 23 kawin, umur 24 dapat anak! hehehee
ReplyDeletep/s : memang nak sangat tengok cerita 127 hours ni... sekarang main kat HBO ke?
Tahniah! akak dapat realisasikan impian akak!!
Deletep/s ha'ah kelmarin ada main,pastu saya search nak record takde plak the whole month, plik ah!
ko membuatkan aku berfikir ape pulak impian aku. hua hua hua
ReplyDeleteHidup kena ada matlamat beb! baru senang nak kemudi haluan..
Deleteimpian.....ape ehh..
ReplyDeleteaku nak orang tak salah erti pasal aku kot..
aku perhatikan kau dari dulu, kau ni selalu disalah ertikan ke Zuemiey ? contoh?
DeleteAfdlin Shauki tu cakap apa ya... Tanpa impian mimpi tak bermakna eh.. lupa laks..
ReplyDeleteTahniah, kerana banyak impian yang dah tercapai, semoga yang belum tercapai tu akan menjadi pencapaian yang tertinggi untuk kehidupan di masa depan...
menjadi isteri dan ibu kepada anak adalah impian sy ketika ini. akhakahkah
ReplyDeletetak kalah impian ko nk kawen dgn Ct Nurhaliza tu.. x dpt Ct Nurhaliza apakata aku rekemen kat ko Ct Nurhalijah..
ReplyDelete3. Kena selalu fikir, kita ada apa yang orang tiada, selalu fikir yang ada orang lagi tak bernasib baik dari kita maka dari situ kita akan menangis terharu mengenangkan betapa bertuahnya hidup kita. Jangan selalu memberontak dan merintih nasib diri sangat. Ini dinamakan kaedah bersyukur dan redha. <<< Aku selalu pujuk diri aku dgn fikir mcm ko ckp tu.
aku sokong bila ang tak citer pasal politik.. huhu.. pendapat aku je.. bila ang citer sal politik, aku tak tau nk baca. hehe
ReplyDelete