Kali ni aku nak buat entry pasal mengomel hal-hal harian, esok aku buat entry ikan kembung atau entry kecik-kecik.
Seminggu dua ni aku sibuk dengan hal kerja, aku kena handle exhibition MIHAS dekat KLCC, company aku dapat booth tajaan MARA, jadi ulang alik dari Shah Alam - Port Klang - KLCC - Shah Alam itu bukan sesuatu yang seronok, ia memenatkan.
Ada orang kata kerja Marketing ni best, sebab tak payah duduk ofis, kerja luar selalu boleh mengulat. sebenarnya sampai sekarang aku masih keliru antara mengular dan mengulat, mana satu yang lebih tepat.
" mengulat tu apa ha Noor?"
" Mengulat tu curi tulang masa kerja, pergi tidur ke, pergi rumah urut ke, main snooker ke, tengok wayang ke, makan lepak kedai mamak ke, mengulat pun taktau kau ni!"
" maksud aku makna secara bahasa, makna secara syarak aku faham lah"
" mengulat tu jadi macam ulat la, tak berguna, ulat lepak, ulat malas, ulat taik, ulat sampah, ulat!"
" tapi aku ada dengar gak orang cakap mengular instead of mengulat Noor, mcm mana pulak tu?"
" mengular pun boleh, ikut mana kau suka la Zul, kau ni banyak tanya ah, dah tua pun taktau!"
" aku mana nak tau noor, aku umur 24 baru nak kerja opis, kau tu umur 22 dah jadi PA datuk! mana aku nak biasa ngan term-term orang kerja opis ni, tapi aku rasalah kan, Mengular tu lagi make sense la Noor, mengular tu maksud dia mcm ular sawa, lepas makan melingkar tidur macam ular, dipendekkan jadi mengular!"
" hah yelah yelah yelah, ikut kau lah zul, mana kau rasa bahagia kau sebutlah!"
************************
Korang cakap korang suka melalut bila nak menaip cerita? kau tengok tahap melalut aku ni macam mana? dah tahap macam orang tua cerita pasal 'aku dulu terer jadi askar bunuh komunis tau'
Berbalik pada tujuan utama tadi, kerja marketing ini best sebab tak payah masuk pejabat. sebenarnya mula-mula je best, bila kau baru masuk kerja, kau excited nak pergi shopping mall jumpa klien, berlagak dengan opismate sebab tak payah duduk terkemut-kemut takut bila bos lalu.
Lama kelamaan, bila kau dah mula bertapak kukuh, kau dah mula ada contact dalam 'little black book' atau organizer org moden kata. Kau mula rasa bosan nak duduk kat shoping mall lama-lama, sampai kau dah malas nak keluar ronda-ronda, pernah satu tahap aku pernah argue dengan kerani aku.
" Eh korang semua ni nak pergi mana? ni baru masuk pukul 11 dah nak keluar pulak?"
" Eh saya ni kerja marketing, saya nak pergi jumpa klien lah!"
" ye yee je nak jumpa klien, Jumpa klien ke kelain?"
" Awak ni siti, mulut tu jaga sikit boleh? awak tu kalau nak berseloroh pun fikir-fikirlah sikit, awak lupa kot yang awak bercakap dengan siapa? saya bukan nak membangga diri, tapi saya ni pengurus awak tau! kadang-kadang orang dah bagi can sporting tu jangan la amik kesempatan pulak"
" Alah Encik Zul, saya mintak maaf la, orang nak main-main pun tak boleh"
" Eh awak ni, ni saya pun main-main lah, belum nak marah lagi, kalau nak marah saya tak cakap depan-depan ni. saya ajak awak masuk dalam sembang panjang-panjang"
" err, sorry encik zul"
" macam ni lah, apa kata kita buat job rotation? saya duduk tempat awak 30 hari buat filling dan clerical stuff, awak seminggu je pergi keluar entertain klien cari sale, lepas tu service klien tengok stock, collect payment semua? amacam?"
" saya mintak maaf lah Encik Zul, tadi saya betul-betul nak melawak je, lain kali saya tak buat lagi"
" Haaa lain kali cakap tu fikir dulu Siti, saya tak pernah nak rendah-rendahkan siapa-siapa dalam company ni, masing-masing ada fungsi masing-masing, jadi jika saya boleh hormat orang, saya jangka orang lain pun boleh hormat saya. kerana mulut badan apa siti?"
" Kerana mulut badan binasa Encik Zul"
" haa bagus, okey saya dah lambat, saya nak pergi 'kelain' ni!"
*************************
Kerja pemasaran, kena jumpa klien, kadang-kadang kena jadi pak hangguk, kadang-kadang kena jadi driver dia, dulu aku pernah jadi driver bawak customer oversea pergi ronda seluruh KL - subang - shah alam - Pj - Klang, semata-mata dia nak cari produk lain dekat Malaysia.
Ada juga kena layan pergi karoke, lepak lounge hotel layan sembang sampai ke malam. Kerja Marketing mana ada overtime, kadang-kadang masuk pagi, baliknya lewat malam, ada sampai balik lewat pagi pun ada. Kadang-kadang klien ajak jumpa hari sabtu dan ahad.
Eh senang cerita kerja ini memang memerihkan. Ia tidak mengerah tenaga, tapi dia menguji endurance kau. Aku setakat travelling sehari dari Batu Caves - KL - Kepong - USJ - Port Klang - Shah Alam tu dah biasa dah.
Pernah satu hari aku buat, pergi Port Klang ambil dokumen dan sample, pergi batu caves ambil cek gaji, pergi USJ jumpa buyer Carrefour, habis terus lajak ke Port Klang selesaikan gaji dekat bank, balik Shah Alam rehat jap dekat rumah, lepas tu malam main badminton dekat Klang. Bayangkan betapa toyanya badan aku menanggung penat driving dan kecut perut kejar masa. Paling penting kejar pukul 4 sebab bank tutup dari bagi nombor giliran masa pukul 4 petang!
**************************
Itu belum campur nak cerita pasal bos kena turun padang selia sale expo macam karnival dan exhibition lagi, aku nak taip cerita ni pun rasa macam nak muntah, korang baca pun rasa nak muntah, kalau betul-betul buat kerja lagi rasa nak muntah. Bak kata orang pailang, "lunyai kau tau tak lunyai!"
Senang cerita, Kerja pemasaran memerlukan kau mempunyai skill komunikasi yang mantap, will power yang tinggi, Result oriented, daya tahan tubuh terhadap endurance yang jitu, dan rela menerima waktu kerja yang flexible. Jadi berbaloilah jika salesman atau marketing personnel itu dianugerahkan dengan skim Komisen, Tapi perlu ingat, walaupun komisen itu tinggi, namun gaji pokoknya rendah.
Sudahlah, tanak sembang pasal ini lagi, aku yang taip ni pun rasa nak muntah bayangkan.
"Mana ada kerja senang!"
***************tamat**************
tengah panas terik, jual biskut kat jom heboh, korang dapat bygkan penat dia? makan tak menentu, tidur tak menentu, berpeluh ketiak bontot semua, kalau duduk Opis nyaman je aircond. |
Selain tu kena pulak tukar mode koporat, terangkan company profile dekat pegawai kerajaan, dalam gambar tu bekas pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin. |
Kene pulak buat expo kat pasaraya, Inhouse promotion, tolong pasaraya buat sale. 12 jam terperuk kat pasaraya. naik kering mekap i kena ekon u know. |
Tukar mode lagi, jadi pegawai pengiring, layan klien dari oversea, yg ni 2 orang klien dari India, yg hujung tu baju tshirt putih tu bapak aku. |
Kena pergi Hotel, layan klien dekat lounge, sorang ckp itik, sorang ckp ayam, ni klien dari jepun, Nama dia Maria Ozawa, eh bukan, nama dia Miyabi, eh bukan nama dia tah aku pun lupa. |
p/s I aku juga selalu keliru pasal "takde maknenya atau takde mane nye" sebab kalau mak aku cakap, dia guna struktur ayat macam ni "Ha kamu ikar nak basuh kasut sekolah sekarang? takde mane nyeee, pakat rendam dalam baldi la kejap lagi tu"
p/s II Kalau bos aku baca entry ni, aku harap dia dapat pertimbangkan nak bagi aku kereta company berserta kad petrol. Aku harap sangat. fuh fuh fuh amin!
p/s III Ye, bos saya baca blog saya! dan saya sayang bos saya!
p/s IV aku berkira-kira nak tukar kereta. tapi malang duit tak berapa nak ada.
p/s V aku harap duit Nuffnang tu nanti mampu biaya ansuran bulanan BMW aku, by the way BMW tu org dulu-dulu buat lawak Bas Mini Wilayah.
p/s VI MIHAS = Malaysian International Halal Showcase , rasanya ni 1st time P/s meleret sampai ke 6.
gila panjang P/s kau!
ReplyDeleteaku pernah g MIHAS tu sekali je..pergi lapo balik kenyang hihihi
bukan susah nak susah, bukan senang nak senang . Tapi fresh grads sekarang nak kerja senaaaaang aje, peh tu nak gaji buuuuuanyak!
amboi p/s sampai 6. keje apa2 pon semua penat. tapi aku tgk keje marketing nih mcm lagi penat. sabar je lah
ReplyDeletemana ada kerja senang nak buat p/s yang panjang sampai 6 pun tak senang
ReplyDeletemana ade keje senang... keje mengangjang tu pun kene kekuatan pada tulang pinggang dan otot peha... hahahha....
ReplyDeletesebab tu le aku takmo keja bidang pemasaran walaupun dapat offer..huk3..
ReplyDeletetapi memang betol pun..mane ade kerja senang..duk rumah kerja jadi suri rumah pun susah ape..kerja cleaner pun susah..kerja opis pun susah..pendek kate ape je kerja ade susahnye..so, kena la hormat kerja orang kan? jangan simply je nak buat andaian bukan2 kalau kite takde di tempat org tu..betul tak ikar?
amboi banyak nye p/s samapai saya pun terjangkit ;P
ReplyDeleteokay typo SAMPAI.
ReplyDeletetu la. budak-budak sekarang tau nak kuar u nanti dah grad, nak dapat title gah dengan gaji kemaen besar pastu nak pakai keter mahal.
ReplyDeleteni pengaruh citer melayu la gamaknye.
baru suh buat keje yang susah n leceh sket, muncung sedepa tu masih ok lagi. yang tak tahan, hari-hari merungut nak benti keje. pastu nak ungkit kelulusan.
adoi.
walau selebat mana pun kencang manusia kuar u ni bersembang, tak bermakna jugak kalau takde job lepas kuar. yedak?
tu orang kabor. bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. wah gitu.
eh. macam nak type entry sendiri plak tukang mengomel ni. hikhik
BMW.. teringat aku sorang kontraktor tua miang2 buluh betung ni.. aku mula2 dok sini keja 1st aku buat telemarketing. basic sgguh sedih dgn aku masa tu 0 pengalaman keja dlm bidang tu tp aku cuba gak buat. Berbalik pd cite BMW tu situa tu buat lawak cerita dulu2 dia pakai BMW.. aku pn syak dia memang kaya dr zaman rumaja la kot.. rupanya Bas Mini Wilayah. Tak tahan beb asyik kena ayat jd bini No 2 jer.. smpai dia dtg opis cari aku semata2 nk jmpa ajak minum2. Aku layankan je sbb dia bg aku sales byk masa tu tp bab ajak jd bini No 2 aku x layan la. Bab nk mengatal di luar bidang keja.. pun aku x berapa layan.
ReplyDeleteteruskan Ikar..teruskan..
ReplyDeletemuka Ikar dah nampak macam golongan atasan yg berjaya.. *jaga2 Siti,jangan Ikar masuk minang sudah
P/S I Antara mengular dan mengulat, akak guna istilah mengular.. tapi sekarang lagi 'gedebance'... kita cakap ANACONDA... hiks
ReplyDeleteP/S II Nanti akak nak cari butter cookies tu..
P/S III (sambung tempat lain... hiks) Mana ada kerja senang!!
ReplyDeleteya, mana ada kerja senang..
ReplyDelete