April 23, 2012

Minggu Orentasi, Agogo dan Pengarah Peperiksaan

Assalamualaikum..

Pada Tahun 1997, aku dapat tawaran masuk sekolah asrama, Awal 90 an adalah zaman di mana mak bapa merasa bangga jika anak-anak mereka masuk sekolah berasrama. Tak kiralah sekolah berasrama penuh ke, sekolah yayasan selangor, sekolah menengah agama, sekolah asrama sebab anak-anak duduk jauh dari sekolah atau sekolah pondok. Cuma satu je sekolah asrama yang mak bapa tak suka, sekolah Henry Gurney. 

Minggu Orentasi itu sinonim dengan sesi-sesi ceramah, qiamullai, pementasan murahan budak junior dan pembulian berhemah. Pembulian Berhemah adalah sesi mengamanahkan skrol ajaib kepada pelajar untuk dijaga sepanjang minggu orentasi tersebut.

Kami semua diberikan segulung kertas yang telah digamkan, kami dilarang membuka gulungan kertas tersebut, menghilangkannya atau merosakkannya. Kalau rosak musibat bakal menanti.

Selain dari gulungan kertas itu, kami diberikan satu kertas Gelek bersaiz A4, Abang fasilitator mewajibkan kami mendapatkan semua tandatngan abang tingkatan 5, kalau tak penuh lengkap kertas tu, akhir minggu orentasi kami akan diragging dengan kejamnya bak askar marin buat latihan di kem.

*******************

Aku pandai menari agogo sebab masa kecik selalu join sedara mara menari masa joget lambak orang kawin.
Dipendekkan cerita, pada satu hari yang hening.  Aku bersama sahabat aku berdua iaitu Abdul Ghani telah melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah peradaban minggu orentasi! Aku dan Abdul Ghani telah kehilangan Kertas Gulung Amanah.

Maka pada malam itu, semasa kami hendak mengambil tandatangan abang form 5, kami tiada kertas gulung amanah. Sudah menjadi sarat wajib, kalau nak minta sain kena tunjukkan kertas gulung amanah kalau takde tak boleh dapat tandatangan, kalau tak dapat tandatangan kami akan didenda.

Kami berdua tersengih-sengih depan abang form 5 dorm tingkat dua, Hulur kertas mintak tandatangan..

" Hoi korang tiga orang ni! mana kertas gulung mana?" Sergah abang Fasi merangkap abang form 5

" Takde bang, saya punya dah hilang, bangun tidur pagi tadi je dah takde, saya simpan elok-elok bawah bantal bang!"  kata aku dengan penuh semangat lawyer

" saya punya hilang masa pergi makan tadi bang, saya letak kocek belakang, pastu lepas makan saya cek-cek kat bontot saya dah takde bang, saya rasa orang dah curi bang" Kata Abdul Ghani dengan penuh tenang...

" Okey, yang bagusnya pasal korang ni semua sebab korang jujur mengaku salah korang, yang tak bagusnya korang dah hilangkan amanah yang kami suruh jaga. Jadi kami akan hukum korang ikut peraturan minggu orentasi, semua setuju dengan hukuman?"

" setuju bang!" jawab kami berdua tanpa ragu-ragu.

" hah kau budak tembam, apa bakat dan kelebihan yang kau ada untuk hiburkan kami malam ini?"

" Saya pandai menari alompak agogo bang!" Aku berkata-kata dengan penuh yakin!

" Owhhh, pandai menari agogo ye? sebelum tu, bapak kau kerja apa?"

" Bapak saya kerja Pengurus perniagaan Cold Storage kat KL bang!"

" owhh kerja swasta ye? bagus-bagus! okey apa lagi menarilah alompak agogo kami nak tengok! ingat, kami mestilah terhibur baru kau akan terlepas dari hukuman!"

" saya boleh menari bang, tapi kena ada muzik, muzik takde, abang nyanyilah, abang nyanyi saya menari baru ada feel bang!"

" ewah ewah ewah banyak cantik muka kau, nak demand aku nyanyi pulak! dah jangan nak mengada, kau menyanyi sambil menari, banyak bunyi pulak kau ye tembam!"

Maka pada malam itu aku pun menarilah sambil menyanyi lagu La Obe nyanyian S.jibeng. Lepas Menari gaya berenang dan lemas, aku menari gaya gunting-gunting mata, lepas gunting mata aku menari gaya sikat rambut, lepas sikat rambut buat gaya twist! sungguh-sungguh aku ingat step dance masa tadika dan pementasan darjah 6.

Selesai aku buat pertunjukan percuma bak penari tiang di Las Vegas itu, maka abang-abang itupun berpuas hati selepas berguling-guling keras perut gelak tengok aku menari full course tarian alompak agogo. Dek kerana puas hati mereka pun melepaskan aku dengan kaedah memberikan hadiah Skrol gulungan amanah yang baru berserta tandatangan mereka.




**********************************

Kini giliran Abd Ghani pula menerima hukuman nasib diri....

" Hah kau mat songkok! apa bakat yang kau ada?" tanya abang senior kepada Abd Ghani yang 24jam bersongkok itu..

" saya takde apa-apa bakat bang! saya pandai belajar je"

" takkan kau tak pandai nak buat hiburan apa-apa? nyanyi pandai nyanyi?"

" nyanyi pun saya tak pandai!"

" kalau macam tu, aku nak kau lari pusing blok asrama ni 5 kali, dah pusing naik atas balik!"

" Ishk bang, memalam mcm ni sejuk bang, gelap pulak tu, takut bang!"

" eh ye tak ye gak! lupa pulak nak tanya, sebelum kau pergi lari, aku nak tanya bapak kau kerja apa?"

" Bapak saya kerja Pengarah Peperiksaan Negeri Selangor bahagian kertas sejarah bang"

" Pengarah Peperiksaan Negeri Selangor Kertas Sejarah?"

" Ye bang, bapak saya kerja tukang right kertas sejarah SPM bang"

" Ha kalau macam tu, kau tak payah lari pusing blok asrama, nah kau amik skrol amanah baru ni, ni sain aku, pastu kau nyanyi lagu negaraku je cukup lah! kang suruh lari kang, dengan spm, aku aku jadi sejarah nanti"

" baik bang, terima kasih bang!" selesai Abd Ghani nyanyi lagu Negaraku, aku dengan dia pun turun bawah balik dorm nak tidur.

******************************

Sekembalinya pulang ke dorm kami, aku pun bersembang dengan Abd Ghani....

" wah hebat ah kau, takyah lari pusing blok asrama, takyah menari alompak agogo, takyah kena denda, nyanyi Negaraku je dah boleh lepas!"

" alah biasalah Zul, rezeki aku nak lepas senang macam tu"

" Untunglah kau kan, bapak kau kerja Pengarah Peperiksaaan Kertas Sejarah tu Ghani! kalau bapak aku kerja kerajaan macam kau kan senang, tak payah aku susah-susah nak menari agogo!"

" Alah takperlah, kau kan ada bakat menari, bakat hiburkan orang, buat apa harap kat bapak, harap kat kemampuan diri sendiri Zul"

" Iyelah, tapi aku jeles betul ngan kau ah! aku nak suruh bapak aku kerja macam bapak kau lah jugak! mesti semua senior takut ngan aku!"

" Sebenarnya Zul, bapak aku bukan kerja Pengarah Peperiksaan Kertas Sejarah Zul"

" habis tu bapak kau kerja apa?"

" jual ikan kat Pasar Borong Selayang! wakakakakakakaka"

" siot je kencing, otak penipu nombor satu kau ni Ghani!"

" Biasa ah beb, nak hidup, gila kau aku nak lari pusing blok 5 kali! hahahahhahaa"

Punyalah bijak kepala Abd Ghani, baru form 1 dah pandai guna helah tipu senior, jangan kata senior tu, aku yang kawan baik dengan dia masa kat dorm pun boleh kena tipu, Pengarah Peperiksaan Kertas Sejarah Negeri Selangor katanya! bayangkan tuan-tuan dan puan-puan, bayangkan...

Yang membuatkan aku kagum dan ingat peristiwa ni adalah sebab masa nak tidur aku terfikir..

" Memang tinggi tahap penipuan Ghani ni, detail habis pangkat kerja dia bagi ke bapak dia! Pegarah Peperiksaan Negeri Selangor Bahagia Kertas Sejarah! lancar je dia sebut, kenapa tah aku tak terfikir nak nipu macam dia tah!"

*****************tamat*****************



P/S I ternyata, tanpa bakat pun anda pasti mampu berjaya, cuma akal anda perlu bijaksana. kalau tak boleh bijaksana cuba try kaedah bijaksini, kalau tak boleh juga mungkin boleh dengan kaedah Bijaksitu.

P/S II sebenarnya aku tak rasa terbeban pun kena denda menari  alompak agogo malam tu sebab bagi aku benda tu enteng je, cuma kenapa aku tak boleh jadi selicik Abd Ghani?

P/s III ada kenangan best minggu orentasi korang? kongsikan kat ruangan komen, atau tulis entry pastu meh link aku nak baca. boleh buat layan hilang boring.

p/s IV nanti nak cerita pasal ragging kat Uitm plak ah.

12 comments:

  1. aku bukan budak ostel..jadi takdelah kenangan minggu orientasi =p

    ReplyDelete
  2. Hiks... teringin lak nak tengok awak menari Ago-go.. Rakam satu masuk you tube la... Bab gunting2 mata tu akak tak tahan... hihihihi...

    ReplyDelete
  3. Homaigaaaad, penari agogo profesional nih, hahaha, lawak2, bijak sungguh ye kawan abg zul tu, mana dah beliau? pas tu takda kenangan ostel, sebab tak pernah masuk hostel

    ReplyDelete
  4. saya rasa saya dah pernah tengok awak menari agogo. tapi nak tengok lagi,boleh? hikhik

    ReplyDelete
  5. mse orientasi dlu just byk kena bebel n di perslhkn oleh kakak senior je. bnda kecik pn kami yg kena, mmg anti lah ngn depa. nsib baik sthn je ngn depa, sbb msuk skolah tu form4 form5 je.

    jln lmbt sikit kena herdik.

    redha jelah.

    ReplyDelete
  6. tak pernah alami orientasi yang teruk. yang best, dapat cuci mata dengan senior senior yang hensem! :)

    ReplyDelete
  7. woi! terkekek-kekek aku tahan gelak ni ha..terbayang org menari agogo tu camna..detail habes ko tulis..aduiiii..

    ReplyDelete
  8. Aku byak Kali jugak dok masuk kuar hostel..tp orientasi pling Azab aku pernah kene time blaja kat nursing college..sampai bila2 aku ingt kene gosok Gigi membe sebelah Sambil tadah buih2 air liur membe tu..

    ReplyDelete
  9. Maka pada malam itu aku pun menarilah sambil menyanyi lagu La Obe nyanyian S.jibeng. Lepas Menari gaya berenang dan lemas, aku menari gaya gunting-gunting mata, lepas gunting mata aku menari gaya sikat rambut, lepas sikat rambut buat gaya twist! sungguh-sungguh aku ingat step dance masa tadika dan pementasan darjah 6. << part ni aku blh bayangkan dgn betul mcm mana ko menaru. wakakakakakaka

    AKu skolah xde asrama.. budak2 berasmara byk le kat skolah aku.

    ReplyDelete
  10. ai tak pernah dok asrama.. takdo pengalaman.. tapi pengalaman lain adolah.. hikhikhik.. macam kat entry ni..
    http://aizamia3.blogspot.com/2012/04/tahun-naga-2012-gegurl.html

    ReplyDelete
  11. hahahah..fikar..kelaka la..tak blh nk bayangkan cm ne la ko menari agogo tu..so far tak pernah la pulak kena ragging sbb tak duduk asrama time sek men..dok asrama time asasi kat um jek..tu pon time tu pengetua kolej kata tahun ni takde sesi ragging2 junior..senior dh kena warning..hahahah tak merasa la nk kena ambik tanda tangan ke..basuh toilet free keee..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah lawak giler blog ni....
    Err uitm ada ragging ker? zaman saya dulu 2002-2006 takdak la pulak.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...