
Assalamualaikum...
"Zulfikar, aku rasa down sangat ni, aku tak tau la kenapa, tapi aku sedih sangat..aku tak dapat nak cerita macam mana perasaan aku sekarang ni Zulfikar, sedihnya.. apa aku nak buat ni"
" Dada ko berat, susah bernafas, badan lemah longlai, kepala berat, pandangan tak fokus, kabur, lutut lemah-lemah geli, rasa tenggelam dalam diri sendiri, kaki tak jejak bumi, genggaman tangan tak kemas, perut senak, rasa takda semangat nak teruskan hidup, takut menghadapi hari esok, tak tau apa nak jadi bila tahu diri sendiri kini benar-benar sendiri?...ada betul ?"
" Apsal aku rasa macam ko tengah diagnosis aku? apesal aku rasa semua yang ko cakap tu betul, tepat? ko ada belajar ilmu tilik ke? ke kau ada six-sense macam professor x-men tu? aku tadi dah tak tau nak describe kat kau, aku ingat takde orang akan paham apa yang aku rasa...macam mana ye aku nak selesaikan masalah aku ni Zul?"
Sebenarnya apa yang kau rasa tu, majority manusia pernah rasa, itulah perasaan kecewa, kecewa ditinggalkan kekasih dan kecewa bila harapan musnah. symptom adalah sama cuma cara menghadapi kekecewaan itu berbeza, cara nak handle dan masa untuk sembuh pun berbeza.
Aku pun pernah rasa kecewa tu, walaupun aku sebegitu ego untuk sandarkan rasa hati aku pada seseorang, walaupun aku rasa hopeless bila aku bergantung kasih tapi aku tak menafikan, pengalaman kecewa itu jugak pernah aku rasa.
Aku pernah bagitau yang aku tak pernah bercinta masa sekolah menengah, sebabnya korang boleh baca dalam entry INI... tapi aku pernah jatuh cinta masa universiti. Masa ni aku jatuh cinta bukan trend untuk bercouple, bukan jugak untuk menghilang sangap...cuma aku terperangkap dengan feeling syok kat dia.
Punya la aku bebal bab bercinta, aku berdating dan masa tu aku anggap aku dah jadi boyfriend dia, sedangkan dia tak pernah akui yang dia girlfriend aku.. bila aku tanya kenapa? dia cakap
"ala..Ikar tak pernah mintak declare pun"
"Nak mintak declare macam mana lagi? bukan ke kita dah selalu dating, dan kita dah feeling2 kan awak kan?"
" Tu tak sama, tu kira mcam tak rasmi la, kena la mintak rasmi, gentlemen la sikit"
Sumpah masa ni, perasaan aku jengkel gila,
"hek eleh, minah ni..ko dah taram shoping baju kat F.O.S pakai duit aku...ko dah lepak-lepak tengok wyg couple seat popcorn bagai, lagi nak tanya apsal tak declare, apa ko ingat kapel ni nak kena pakai tok kadi akad 'kapel' ke?
" Mohamed Zulfikar, dengan ini aku kapelkan dikau dengan Lisa surihani dengan mas kapelnya top up maxis RM50 tuunaaaiiiiiiiii......"
Sebabkan alasan Rule of Conduct dan etika tanpa akta hukum berkapel beginilah yang membuatkan aku malas nak bagi komitmen pada hubungan percintaan. Aku rasa hidup berkapel ni macam ada satu 'template' khas yang perlu diisi oleh semua pasangan bercinta..
Awas!!!! jika anda lari dari template khas yang telah diberikan tersebut..anda akan menuju ke lembah kebinasaan yang tidak bertepian!!!! (baca dengan bunyi gema pada ayat bertepian sbyk 3 kali )
Ok cukup bebel..sambung kembali kisah hidup.
"awak, saya saya suka kat awak, saya jatuh cinta kat awak, sudi tak kalau awak jadi girlfriend saya?
" hahahahaha, apa la Ikar ni, main-main pulak..tah paper la propose mcm tu...propose bukan macam tu la.. betul-betul laaaaa "
"habis tu propose macam mana lagi? kan hari-hari Ikar dah bagitau kat Ana yang i love u, and then u reply ckp u love me too.. then, proposal apa lagi ni? cuba Ana ajar sikit ayat standard propose mintak kapel tu"
"entah la ikar, susah la Ana nak cakap, susah nak ajar benda ni, tapi yang Ana tau, apa yg ikar propose tu tak rasa macam Ikar serious nak kat Ana"
"Okey, kali ni Ikar betul-betul ikhlas, Ikar nak Ana jadi teman hidup Ikar..Ikar dah betul-betul sayang kat Ana"
" errrrmmmmmmmmmmmmmmm..."
"apa yang erm panjang sangat tu Ana?"
"sebenarnya Ikar, Ana kuar ngan Ikar hari ni sebab Ana nak bagitau Ikar something... Ana harap Ikar tak terkejut dan dapat terima apa yang Ana nak cakap ni dengan tabah ok?"
" hah, apesal pulak ni.. aduh, ni yang start rasa semak ni"
" Ana tak dapat terima Ikar jadi boyfriend Ana, sebab Ana sebenarnya dah ada boyfriend kat Oversea.."
"hah!!.. habis tu, kalau Ana dah ada boyfriend, kenapa Ana layan ikar mcm pakwe ana? Ana bagitau Ikar, yang selama ni kita dating dan bercinta tu maksudnye apa?"
" sebenarnya sayang....Ana sunyi, Bf ana jauh, ana tau yang Ikar suka kat Ana, sebab tu Ana layan je, Ana anggap kita kawan baik, Ana happy sangat dengan Ikar, tapi Ana anggap kita macam bestfriend je..Ana nak sayang Ikar, tapi tak boleh..sebab hati Ana dah ada kat orang lain..sorry Ikar~~~~~~ Maafkan Ana...Ana dah buat Ikar kecewa...soooryyyyy~~"
Tiba-tiba..........symptom kekecewaan itu berlaku dengan hebatnya..perasaan kecewa itu melanda diri aku bak badai di musim yang kontang. Datang tiba-tiba, ombak setinggi 10kaki menghempas kedamaian hati aku yang seperti taman bunga sakura di tokyo. Pada masa tu, langit yang cerah dan ditaburi bintang menjadi kabur bak TV astro yang tidak dibayar Bil... gelap gulita...sayu..kedengaran bunyi cengkerik dalam otak aku yang mendendangkan lagu hetikoes endang..."Benci Tapi rindu"
Pada masa itu, situasi aku..aku rasakan kena sangat dengan lirik lagu Band Umbrella.. 'Ramalanku benar berlaka'...perasaan yang paling kekok ketika itu adalah, lepas kecewa diperlakukan begitu, kami masih lagi duduk sebelah-menyebelah dalam bas 222, KL-seksyen 2 Shah Alam... sambil mengalirkan air mata jantan di pipi aku...
Aku merasakan kekecewaan itu meremukkan hati aku yang sebegitu tulus dan naif..naif tentang cinta dan sandaran harapan untuk bahagia bersama. kenaifan aku pada masa itu membuatkan aku tidak percaya ada manusia boleh faham apa yang aku rasa mcm budak yang tanya aku kat dialog paling atas.
Bila sampai kat kolej kediaman Meranti, aku pun terus panjat tangga ke bilik dengan penuh kelemahan, sebak kat dada ni rasa mcam tak boleh bernafas, mata aku tak berkedip-kedip... aku langkah tangga tu satu demi satu tanpa rushing..tangan pulak paut rail tangga untuk tarik badan ke atas.
Sampai kat bilik, terus aku bukak lagu Mp3 'Ramalanku benar berlaka' aku nyanyi kuat-kuat sambil secara spontan aku melangkah ke bilik mandi dengan seluar short feveret... aku tanpa berfikir, aku mula sental bilik mandi rumah tu. aku mula sental lantai, dinding, celah-celah dinding yang berlumut, kepala paip, kepala shower, sinki... jamban cangkung..hatta mangkuk meggi housemate aku yang 2 minggu bertapai tu pun aku basuh tanpa aku sedari.. sambil aku nyanyi lagu-lagu putus cinta....
Masa tu aku susun lagu dalam folder...'umbrella-Ramalanku benar berlaka' 'ibnor reza -mimpi tak sudah' 'KRU-sebelum kau melangkah pergi' 'Rossa -tegar' dan macam2 lagi...
Dan akhirnya aku berjaya melepasi waktu kritikal sindrom kecewa itu lepas aku meluahkan perasaan dengan kawan baik aku, lepas tu aku pergi main badminton, dan lepas tu aku ronda-ronda Shah Alam naik motor ex-5 aku.....masa tu penguat semangat untuk terus hidup adalah Doa rintihan pada Tuhan..
jadi Koklusinya?
jika kamu semua ada mengalami kekecewaan....
jika kamu kecewa di reject oleh kekasih
jika kamu meng'google' cara-cara menghadapi kekecewaan putus cinta
jika kamu putus cinta dengan kekasih kamu yang paling kamu sayang dan kamu harapkan
jika kamu rasa dunia ini telah berakhir bagi kamu dan kamu tiada lagi harapan untuk merasai kebahagian bercinta
jika kamu merasakan kamu seorang saja yang sedang putus harapan dan kamu cemburu dengan orang lain yang sedang bercinta...
Kamu bolehlah mengikut cara-cara aku dalam menghadapi kekecewaan ini :
1. Merintihlah Pada Tuhan Swt dengan doa demi memohon semangat untuk meneruskan hidup, dan dikurniakan perasan bahagia hatta apabila melihat daun kering gugur sekalipun..
2. Ajak la keluarga anda, seperti ayah, emak, abang, kakak atau adik-adik utk bersembang dan melakukan aktiviti riadah..dan pura-puralah seperti semuanya sedang Ok.
3. Carilah sahabat karib korang yang korang percaya dan rapat dengan korang, korang belanja dia coklat Cadburry bagi perempuan, atau korang belanja tehtarik ngan roti canai dengan kawan laki..lepas tu korang buat la sesi meluahkan perasaan..luahkan kekecewaan sambil mengharapkan simpati kawan untuk menyokong anda.
4. kunci pintu bilik, dan nangislah sepuas-puas hati, jangan lawan perasaan sedih itu, terima kekalahan anda, redha dengan keputusan itu. Ratapilah dengan penuh kesyahduan..
Apa korang ingat korang nak jadi tough selalu, taknak layan frust? Nabi SAW pun pernah melalui waktu dukacita masa Saidatina Khadijah wafat la.. camonnn takyah paksa diri untuk melawan frust sangat.
Tapi ingat hukum meratap!!!! jangan lebih dari 3 hari... kalau anda lebih tiga hari, nanti hati anda akan menjadi terlalu fragile, dan anda boleh jadi sakit jiwa kalau tak kuat, atau anda boleh patah hati terus.
5. Hobi itu penting. Jika dah puas menangis, korang boleh cabut sarung bantal yang dah lenjun dengan air mata tu, korang boleh basuh, korang boleh buang plastik sampah yang dah penuh dengan tisu hingus... sekarang bangun dengan perasaan baru.. kalau korang suka main game, pegi main game, kalau aku suka main badminton aku pergi main badminton. sibukkan diri dengan hobi korang...
korang takde hobi? takde kawan?..ok boleh start cari kawan dan hobi.. jangan hisap dadah!!!
Kita semua manusia biasa..tiada apa-apa yang dapat membezakan kita disisi Allah kecuali ketaqwaan kita kepadanya.
Bingkisan hati untuk anda...ya..aku maksudkan anda....
P/s Nama 'Ana' itu bukan nama sebenar.. dan aku bukan dalam mode putus kasih sekarang, cuma aku merasakan perkara ini boleh dikongsikan bersama...
sebutan nama nickname aku Ikar itu adalah berbunyi IKA..tapi taknak tulis ika sebab tulisan mcm perempuan.
tajuk-tajuk lagu putus cinta yang aku bagi tu, korang boleh google atau youtube. aku malas nak letak lirik dan vclip semua.. nanti panjang dan berat entry ni....
Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...