Selamat kembali bertugas selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Korban dan selamat Hari Raya Haji kepada semua kawan-kawan pembaca.
Korang perasan tak aku selalu sebut Drag Queen Malam Rabu?
Penulisan-penulisan yang lepas seperti kisah Dedikasi buat Bootuck, Bagaimana gay menggoda lelaki lurus, Mengundang Fitnah dan Isu memerdekakan seksualiti menunjukkan aku seakan mahir dengan kehidupan seorang gayboy. Kalau korang nak tau kisah Bootuck, korang klik SINI.
Tetapi, mengapa Drag Queen Malam Rabu?
***************************
Pada satu hari Bootuck ajak aku pergi teman dia dan kawan-kawan lepak dekat KL, kebetulan pada masa itu aku syok dekat Risya,jadi ada lah peluang aku untuk berjumpa Risya bila keluar dengan diorang.
Pada masa dulu, KL sangat cemerlang gemilang dan terbilang dengan kelab malamnya, atau dalam istilah budak-budak disebut 'clubbing'. Nama-nama kelab yang femes adalah Orange, Beach, Nouvo, dan Backroom. Namun ada satu kelab khas buat golongan-golongan Gayboy, nama kelab itu ialah Velvet. Tapi banyak dah kelab-kelan malam ni dah melingkup dah diganti dengan kelab-kelab baru.
Sebagai seorang anak muda yang baru nak kenal dunia, aku mencuba-cuba untuk merasa pengalaman berclubbing, walaupun pada hakikatnya aku tak suka dunia clubbing kerana bagi aku ia tidak selesa, bingit, cover charge mahal dan senang cerita ia bukan dunia aku.
Satu malam tu, Bootuck bawa aku pergi lepak Taman Bunga Raya dan makan nasik lemak di warung tepi jalan. Semua yang lepak bersama memang jantan-jantan habis, dressing jeans rugged dan kasut Converse Chuck Taylor.
Bila sudah selesai makan, semua bergerak ke Sungai Wang Plaza, pada hemat aku mungkin diorang nak shopping beli baju.
Bila sampai dekat satu butik baju-baju couture, aku mula rasa pelik sebab semua jantan-jantan gagah yang lepak dengan aku makan nasik lemak itu sudah mula kehilangan skru terutamanya di bahagian pergelangan tangan dan juga siku, peha mula terkepit dan jalan mula terkepot-kepot.
Meskipun pada mulanya aku dapat agak bahawa diorang ni geng-geng nyah, tapi aku tak sangkalah dua orang lelaki jantan berjambang hijau itu mula menunjukkan sindrom lemah gemalai. Bila diorang dah ambil gaun nightdress, aku dah confirm dalam hati yang diorang ni nyah cover - siang - Syafiq - malam - Syafiqah.
Lepas diorang dah try baju nightdress putih lutsinar itu, aku terus ternganga tengok, Rizal sudah jadi Erin, jambang hijau telah hilang diliputi foundation setengah inci, kini Erin sudah buat magic, dadanya sudah mancung 32 A, punggungnya sudah bulat dan pinggangnya mula berbentuk anak dara sunti.
Bila aku tengok dekat-dekat barulah aku tau rahsia Erin di sebalik punggungnya yang bulat dan tonggek itu, rupanya dia pakai padding dalam girdle dia.
" Zul, okey tak bumper mak? kalau tak cukup mak nak tambah padding lagi ni nok"
" Cukup la tu, kang tebal sangat ketat pulak, mau biru muka kau"
" mesti kau terkejutkan Ikar, tengok aku?"
" tak terkejut aihhh... cuma rasa seram-sejuk je sikit"
" Mak malam-malam ada event je jadi Drag queen ni, hari biasa jadi barista dekat starbucks nok"
" tu aku tak heran sangat, cuma yang aku pelik, celah mana kau sorok belalai kau ha?"
" Choiiiiiiiiii!!!! kepit la nok!"
********************
Rupanya pada malam itu, geng-geng nyah itu sudah ada event besar, malam itu adalah malam pertandingan ratu cantik pondan dekat Federal Hotel Kuala Lumpur. Aku takdelah pergi join diorang, aku hanya lepak mapeley belakang Bukit Bintang je.
Dipendekkan cerita, Erin and the gang kalah pada malam tu, bila diorang semua nak balik, diorang ajak lepak dekat Orange Club konon-konon nak release tension mengubati hati yang lara kalah pertandingan ratu cantik.
Sudah adat menumpang, aku pun ikutkan je, tapi aku tak berapa sedap hati sebab Erin dan kawan dia taknak salin baju, kecoh jugak dalam kereta suruh diorang ni salin pakai baju jantan balik, tapi diorang konfiden habis taknak salin, nak pakai jugak nightdress putih transparent kain lace tu...
" Nok..tukarlah baju kau tu Nok, tak sesuaila nak masuk Orange drag-drag ni, mak tak rela orang panggil mak ni mak hayam okeyh!"
" eee kau ni sally, kau tak tau ke malam ni malam apa?"
" malam ni malam rabu..dah tu kenapanya nok?"
" Malam rabu....malam rabu kan girl's night!"
" habis tu, kalau girl's night kenapa nok?"
" kalau girls night, haruslah gigirls masuk free kan?? tak payah bayar, apa ke lembap sangat kau ni nok??"
" Helloooo, girls night untuk girls okeyh, kau tu feeling sangat lah yang ko tu girls pakai nightdress tu??"
" Haruslahhhh, mak kan prom queen, marvelous gitu, baju lace okeyh! very very the Ratu"
" kau.... konfiden sangat... kalau kau kena halau dengan abang bonzer tu mak taknak mengaku kau kawan okeyh"
" eee mulut kau tu memang Laaahar..choiii"
Masa diorang duk sembang-sembang strategy nak masuk Orange club free for girls night, aku dah ngekek-ngekek gelak, perasan gila yang dia boleh lepas. Konon - konon Erin tu muka gadis sangatlah sampai bonzer tak boleh perasan.
Bila dah siap parking semua, aku jalan jauh sikit belakang diorang, aku tengok je gelagat bootuck and the geng try nasib. Bila sampai depan night club, Bootuck lepas masuk dalam dengan bayar RM 35 cover charge, zetty semua pun lepas, bila sampai turn Erin ni, abang bonzer tu tengok dia atas bawah. Lepas dah tengok dia mintak IC.
Malang Erin sebab nama dalam Ic dia bukan nama perempuan, Muhd Rizal...
walaupun dia pakai nightdress lace putih transparent..
walaupun dia buh padding dalam girdle.
walaupun dia pakai bra span 32 cup A
Walaupun jambang hijau dia dah kena cover dengan foundation...
Tapi dia tetap jantan yang berbelalai gajah.
Malam itu dia bukan girl yang ayu yang menawan Kalbu...
Dia hanyalah Drag Queen Malam Rabu.
Nasib baik aku jalan jauh kat belakang sikit, terus aku blah gi lepak jauh-jauh kat jalan Pinang, kalau tak malam tu dah tentu aku kena chop jadi bapak ayam bawak nyah cari pelanggan.
Terus aku serik nak pergi lepak clubbing dengan diorang, tak dapat ngorat Risya pun takpelah, dari kena hambat dengan Bonzer. Sejak dari tu, bila aku teringat balik muka Erin gelabah menjawab status jantina sambil pakai gaun nightdress mesti aku senyum sorang-sorang.
Kenangan Drag Queen Malam Rabu.... Very very the Confident kan korang!
