July 3, 2011

Kahak Dalam Pizza ; 'Customer Always right'

Assalamulaikum....

Kalau aku sambung main Angry Bird ni sampai besok pagi pun tak jadi kerja apa, apa pun tak boleh!! Naik cramp jari telunjuk aku duk tekan-tekan mouse nak bunuh babi pakai burung.

Betapa ironinya game angry bird ni, ada ke burung yang pandai terbang nak suruh kita lastik dia target ke babi? ni semua salah Ijam la ni, duk gi download angry bird kat laptop aku, kalau dia tak download kan, sampai sudah aku tak tau boleh main angry bird guna laptop,

Selama ni aku ingat nak main just kena guna android, iphone dengan ipad je. Jenuh pulak nak ke Rawang sana nak pinjam Ipad Zikry main angry bird.

"KLIK"

Haaa, kan dah kena pangkah browser chrome, sekarang kita fokus menulis blog. Kot kalau tak dapat untung duit nuffnang, dapat la berangan jadi artis blogger kan? kalau tak dapat jadi blogger famous, dapat sampaikan sedikit sebanyak ilmu dari pengalaman pun kira ok la jugak. takkan nak kaya asyik nak taip SEO je.. baik pergi kerja partime despatch, lagi cepat dapat duit kan.


**********

Tengok, pasal Angry bird je aku dah tulis sampai 4 perenggan!!! jangan layan angry bird tu jap. Jom baca infostory aku ni kejap.

Aku nak kongsi cerita kat korang semua apakah situasi yang korang jarang-jarang dengar dari dapur komersial.

Apakah itu dapur komersial?

Dapur komersial adalah dapur untuk sesuatu insitusi yang beroperasi demi menjana pendapatan. Contohnya dapur fastfood, hotel, cafe, restaurant, catering, warung dan macam-macam lagi lah.

Kita selalu dengar 'urban legend' pasal penganiyaan terhadap pelanggan. Kita selalu dengar rumors pasal ada tukang masak atau waiter yang dajal pelanggan dengan ludah makanan, kencing, jatuhkan atas lantai, dan macam-macam lagi.

Tetapi, kita tak pernah tengok dengan mata sendiri, samada kita paranoid atau kita dengar kawan kita sembang je kan? Macam aku jugak dulu, masa aku semester 1 di Uitm Dungun. Ada la sorang senior yang cerita kat aku pasal kisah horrible ni ;

" Damak, ko nak tau tak? ko ingat semua makanan kat hotel tu bersih sangat ke? nampak je bersih, tapi hampeh!"

" apasal pulak abang diman? diorang tak cuci tangan ke?"

" kalau setakat tak cuci tangan takpe lagi, aku sendiri pernah tengok Chef aku, dia dah nak habis shift dia, sekali ada customer datang wat complain-complain pasal beefsteak dia"

"Biasa lah tu bang, nama pun customer, customer always right ape!"

" Memang la customer always right, tapi right kat depan je la, tapi kat dapur hancur, ko tau? chef aku tu kan, dia amik beefsteak yang customer complain tak cukup masak tu, dia bawak masuk dapur, dia campak atas lantai dapur yang kotor tu kan? pastu dia pijak-pijak, lepas tu dia lompat-lompat, dia ludah secukup rasa pastu selamba je dia grill balik"

" errrghhh, tak caya la saya bang, ada ke manusia sanggup buat macam tu?"

" Hah, ko tak caya sudah, tapi bukan takat tu je la, dia dah grill beefsteak tu, pastu french fries tu dia toss balik ngan garam pastu saja dia lambung-lambung jatuhkan atas lantai, then dia kutip letak atas pinggan, hias lawa-lawa pastu jamu customer tu makan balik"

Anda tengok? betapa zalimnya tukang masak yang kurang ajar tu. kalau tak puas hati dengan complain customer majoritinya akan buat macam tu, tapi cerita kat atas tu hanyalah cerita atas cerita.

Sedangkan aku dah komited dalam blog aku, aku berusaha untuk tidak menyampaikan cerita atas dasar
"aku pernah dengar kawan kepada kawan aku cerita" sebab aku taknak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah.

" Fitnah tu berdosa ye sayang-sayang sekalian... jika kita membuat, menyebar, mengiyakan dan mempersetujui fitnah maka dosanya lebih teruk dari membunuh,doooosaaaa tau...kalau dosa berat dari pahala...masuk mana adik-adik????

 "masuk neraaaakaaaaa abang zul"

" Paaaaannnndaiiiii, sayang adik adik semua, nah amik choki-choki ni makan elok-elok ye"

*************

Sekarang, kita beralih pulak pada pengalaman aku sendiri. apakah peristiwa yang sampai bila-bila akan terpahat dalam otak aku?

Disebabkan aku dulu ambil kos foodservice management, sudah tentulah aku nak timba pengalaman dari sektor industri makanan kan.

Masa aku cuti Semester, aku kerja partime kat Pizza hut macam yang pernah aku ceritakan seperti di SINI1 dan SINI 2

Aku kerja kat sana sebagai staff 'Front of the house' yang merangkumi tugas sebagai waiter, bartender dan penyambut tetamu, tapi kadang-kadang kalau dah penat sangat aku pergi basuh pinggan, tukar post dengan steward kat belakang.

" Yaaa! steward dalam term foodservice adalah pencuci pinggan, bukan steward/stewardess yang dalam kapal terbang yang serve nasik lemak Pak Nasser harga mahal nak mati tu"

Nak dijadikan cerita, pada satu hari tu, restaurant pizza hut dah nak tutup. waktu operasi standard ialah 10am -10 pm, dan silent policy bagi semua staff adalah menutup restoren seawal 9.40 malam. Maknanya...

Kalau ada lagi customer masuk dalam 9.45 malam ke atas, staff akan bekerjasama untuk buat helah samada cakap doh pizza dah habis, atau topping pizza dah habis, atau simply cakap....

" maaf encik, restaurant kami sudah mahu tutup, kami hanya ambil pesanan take away sahaja" (nampak tak perangai staff ni? punya la hamjad)

Pada satu malam, ada lah sorang hamba Allah ni datang, pukul 9.40 malam. Semua staff dah mula gusar, Staff 'back of the house' iaitu pizza-master atau tukang masak pizza tu dah siap simpan semua doh, dah kemas topping, dah basuh pan pizza, dah sental kitchen. Kiranya dah bersih berkilat la, tunggu nak punch out card pastu balik je.

Bila si Akak customer ni masuk, dia order la pizza satu set nak makan kat situ, maka dengan muka selamba toyanye akak cashier tu pun membuat muka semanis habis dan mula putarkan dialog template standard nak ngelat buat kerja...

" Maaf ye puan, kami sudah tutup, puan boleh datang lain kali, terima kasih Puan"

" apsal pulak awak ckp dah tutup pulak? mata saya ni rabun ke, bukan ke kat depan pintu tu cakap operating hours 10am till 10pm? are you trying to bluff me?"

" ye kak, memang la tulis sampai pukul 10 malam, tapi akak masuk dah 9.40, kitchen kami semua dah closing down kak"

" i dont care, i know my rights and u have to serve me, kalau dah ckp pukul 10 tutup, tutup pukul 10 lah, kenapa pulak u all taknak serve saya sekarang?"

" Baik kak, maaf kan saya, saya amik order sekarang"

ini ialah station pizza-master, dalam pan pizza ada benda kaler putih tu doh pizza, daging2 dalam insert tu adalah pizza topping, yang ada baldi hijau merah tu keju parut.

Dah lepas amik order semua, yang si akak cashier ni pun punch la fire order ke dapur, lepas dah punch order, dia pun gatal-gatal pergi masuk kitchen, dengan semangat perwirawati, dia pun bakor la si tukang masak.

Tukang masak kalau dah kena bakor apa dikenangkan sedara-sedara, membara la jiwa, bila dah kena petik dengan kawan-kawan seangkatan mula la naik minyak, terangkat-angkat bontot kene sungkik. Dari elok hamba Allah tu cool...bila kena bakor, terus merah mata, semangat nak jadi hero katekan....

" Khairul, tak panas ke hati kau woiiii, selamba je customer tu order lagi pizza kat kau kerol? apa dia ni buta ke taktau yang kita ni dah nak closing? ko nak biar je kerol? ishhk kalau aku, masak pompuan tu!"

" Celaka punya customer, sial, bodoh, takde otak, menyusahkan orang, takpe-takpe korang tengok apa aku nak bagi upah kat dia, malam ni dia makan Pizza special punya, extra cheese"

" hah ape lagi kerol, buat je buat je, kasi ajar dia sikit!"

Anda nampak tak betapa bahayanya si batu api? batu api ni kalau diterjemahkan dari bahasa arab dipanggil pengadu domba, sebab tu Rasulullah S.a.w benci kepada manusia pengadu domba ni, dia boleh burukkan keadaan.

Aku pulak masa tu budak baru, partime pulak tu tapi jujur aku cakap, aku dah larang diorang buat dah, aku cakap ;

" wei, tak baik wei korang buat macam ni, kesian la kat akak tu. korang sampai hati ke buat barang makan orang macam tu?"

" ahhh, orang macam ni nak kena ajar sikit Zul, bagi diorang rasa sikit. Tak reti bahasa ke yang kita dah nak tutup, berlagak nak mampus. sekarang kita tengok dia makan pizza ni selera ke tak kan?"

" Srootttttt.. srrottttt.. khrrooottt... KKkkHHhhhHHAAaaaKkkkkk TUuUuuuiiIIIhhhhh"

Pelepap kahak warna kuning campur hijau cair-cair pekat setepek jatuh atas doh pizza. Masa tu pizza tu dah ada sos tomato dah, lepas tu dia tabur topping, tak salah aku masa tu akak tu order hawaiian chicken. lepas dah ludah kahak atas pizza tu, baru dia tabur cheese parut atas ludah kahak tu.

sekadar gambar hiasan, buat rehat-rehat mata korang semua yang asyik membaca dari awal tadi tak habis-habis kan?

Lepas dah siap semua cantik-cantik, berkerumunlah semua staff kitchen dan waiter yang bebal nih. Diorang pun tekun tengok pizza tu jalan dalam conveyor oven. Lepas dah masak, waiter pun serve  Pizza Hawaiian chicken 'extra cheese' kepada akak customer tu.

Bila dah serve atas meja semua elok-elok cantik-cantik, waiter 3, 4 orang berkerumun menyorok side corner dinding ngintai customer tu makan. Customer tu makan dengan sungguh berselera, sekali gigit sekali tu jugak la berjuntai cheese yang panas dan cair tu...

sekadar gambar hiasan ; Pizza Hawaiian chicken

Aku tengok sepintas lalu je, lepas tu aku blah keluar amik angin luar, aku memang tak gemar dan setuju langsung dengan perangai dorang tu, perangai orang tak bertemadun, moral rendah, low kelas, tak educated, aniaya orang dan takde hati perut.

Jenuh la korang nanti nak cari akak tu kat padang masyar yg luas tu nak mintak ampun balik. Dunia diorang lepas la kan, akhirat tau la kecik ke besar kuasa Tuhan. Tak sampai hati aku tengok akak tu makan.

Tapi jujur aku mengaku, aku pun buat salah jugak, kenapa aku dah tau benda zalim berlaku depan mata aku  tapi tak halang dan selamatkan akak tu. sepatutnya sebagai manusia yang ada hati perut aku pergi la selamatkan keadaan.

Tapi keadaan masa tu, ishhkk susah aku nak describe la.

" eleeehhh Zulfikar , susah nak describe konon, takut cakap la takut"

" bukan takut je wei, serba salah, kekok, tergamam, bengap ishh semua ada la, kira tapau la"

Bila diorang tengok je akak tu makan sampai dah nak habis, semua waiter lari kelam kabut sambil ngekek-ngekek gelak masuk kitchen.

Diorang pun cerita la kat si Pizza-master ni, tukang masak pizza pun bukan main la happy kan, campur dengan perasaan bangga. bangga dapat pedajal orang, apa punya low class mentality, seronok bila buat dosa.

Jadi nasihat aku la kan. Bila korang tak puas hati dengan makanan yang restaurant serve, korang complain la elok-elok dan kalau korang ada keberanian dan percaya pada tukang masak kat dapur tu, korang pulang la balik suruh dia repair atau masak yang elok punya,

Iye lah, hak pelanggan kan? "customer's always right."

Tapi bagi aku pulak, walaupun aku ni jenis yang lantang dan memang suka mempertahankan hak aku, tapi bila bab pulang dan complain balik makanan ni, aku tewas la. Aku dah mula tak percaya pada tukang masak kat dapur lepas apa yang aku dah tengok dengan mata aku sendiri.

Sekarang ni, kalau aku tak puas hati aku complain dan return balik makanan kalau kitchen tu open depan mata, itupun aku closely perhati dari table.

Kalau kitchen tertutup aku ignore je lah, cuma aku akan complain dekat manager, samada mintak refund atau diskaun atas makanan yang tak sedap tu. Nak return makanan suruh repair atau masak yang baru...sorry.

Kepada Tukang masak, staff back of the house, yang kerja dengan barang makan orang, Harap kita semua bertanggungjawab lah. orang mungkin tak nampak, CCTV mungkin terlindung, tapi Allah sentiasa nampak.

Aku bukan Ustaz, bukan pak imam nak nasihat orang, rock tu rock jugak, melawak-melawak jugak, tapi bab menganiaya hak orang lain seboleh-boleh kita elakkan. semua manusia berdosa, Hari-hari kita buat dosa.Tapi Insyallah kalau kita betul-betul insaf bertaubat, kalau Allah redha dan kesian kat kita dia ampun dosa kita.

Tapi kalau kita aniaya hak orang lain, Tuhan takkan ampun dosa kita melainkan orang yang dianiaya yang ampunkan. Tapi kalau kita tak pernah Yakin yang dunia akhirat tu wujud, tak dapek den nak nolong.

" Lu pikir lah sendiri"

" apa kelas Zulfikar Oiiii, nabil dah habis musim la, dah tak main dah pikir-pikir sendiri ni"

" eh ye ke? kalau macam tu..... kita bakor je...kita bakor jeeeeee"

" ape benda lah bakor bakor ni, usop wilcha punya musim pun dah habis dah, dah lapok oi, Hantu kak limah pun dah balik dah rumah dia"

" Ishhkkk... tu tak boleh, ini tak boleh...... Ape pun tak boleh!!!!"

" hek eleh, dah basi wei, Jambu macam bagus, dapat no 4 je plak tu!"



" ye la ye la, korang nak sangat, aku tau.....



" Manisnya kurma ini!.... seeemmmmputttttt ~~~~ haaaa semput laaaagi..~~~"


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...