Semalam aku pergi basuh kereta dekat carwash, dah berbulan-bulan tak bercuci kereta tu sebab tak nampak kotornya. Dipendekkan cerita lepas selesai basuh, aku pun undurkan kereta perlahan-lahan dalam jarak 10 meter. Sekali dengar bunyi..
" auuuu auuuuuuu auuuuuu.. kungggg kungg kunggg..aouuu aouu aouu.."
Rupanya aku undur terlanggar anjing tengah jalan, sedangkan anjing tu sebelum tu baik je duk main kejar-kejar dengan aku, mana nak tau pulak masa aku nak undur dia boleh duduk rehat tak bergerak,selalunya binatang bila nampak kereta dia akan ke tepi. Tapi takpe, korang jangan risau sebab anjing tu hanya cedera ringan.
************************
Kisah tersebut mengingatkan aku pada zaman aku kecil dulu.
Masa dulu rumah aku kat Sungai Tua tu banyak tikus. Rumah lama, kawasan rumah pula banyak semak dan hutan-hutan, walaupun keluarga aku bela kucing, tapi tak lut jugak. Samada kucing dah muak makan daging tikus atau tikus tu ada ilmu nasik kangkang.
Jadi bapak aku selalulah pasang perangkap tikus umpan dengan kepala ikan goreng. Hasil yang didapati amatlah lumayan, kalaulah daging tikus tu boleh jual macam harga ayam, mau keluarga aku dah bukak kandang tikus dah.
Selalunya, bapak aku akan pasang perangkap malam Jumaat, hari sabtu atau ahad pergi cek perangkap dah ada hasil.
Bila dah dapat tikus dalam sangkar tu, aku selalu mula rasa gelabah dalam perut. Rasa macam ada orang perah-perah usus aku, bukan takut tikus, aku jarang takut kat haiwan. Cuma aku simpati sangat ke tikus itu yang bakal menghadapi hukuman mati sebentar lagi.
Selalunya abah akan bunuh tikus tu dengan cara rendam sangkar tu dalam baldi yang penuh air. Akhirnya tikus tu akan mati lemas. Aku pernah tengok sekali je ritual penamatan riwayat tikus tu, tak sanggup tengok lagi sebab sedih tengok dia meronta-ronta mintak nyawa.
Inilah sangkar tikus yang aku maksudkan, tengok tikus terperangkap seronok, tapi tengok tikus kena bunuh ras a sedih, korang selalu mak bapak bunuh tikus cara mana? |
*******************************
Selain dari kaedah lemas ada juga yang tikam tikus tu dengan besi tajam. Bagi aku, kaedah yang paling zalim adalah jemur tikus tu tengah panas sampai mati.
Bagi aku ia adalah sangat zalim bila memikirkan tikus tu terseksa berjam-jam, kadang - kadang berhari-hari dijemur tengah terik matahari tanpa makanan dan air. Kau bayangkanlah kita ni duduk dalam sangkar pastu kena jemur tengah padang, mati perlahan-lahan, tekak kering, perut lapar, dehydrated, seksa nak mati!
Beberapa tahun dulu, masa aku kerja dekat Batu Caves, Pejabat aku diserang oleh tikus. Maka sebelum sempat mengupah Pesticide, Bos aku arahkan akak pantry maid (kaksue) untuk pasang beberapa perangkap tikus. Perangkap tikus yang sama macam bapak aku guna dulu iaitu jenis sangkar.
Pada satu hari tu dapatlah tangkap seekor tikus yang boleh tahan gemuk, gemuk makan biskut dengan getah wayar gamaknya. Tapi yang aku tak boleh tahan bila Kaksue guna kaedah jemur tikus tu atas compressor Aircond dekat belakang tingkap pantry.
Setiap kali aku masuk nak bancuh nescafe, aku tengok tikus tu melepek kepanasan dalam sangkar atas besi compressor aircond yang panas terik itu. Sumpah aku cakap, tikus tu pandang tepat ke mata aku macam minta simpati. Renungan mata tikus tu macam berkata-kata dengan aku....
" Encik, tolonglah saya encik, saya tak mampu menahan lagi azab panas dijemur matahari ni Encik, tolonglah lepaskan saya, saya ada anak-anak kecil yang masih memerlukan saya untuk menjaga mereka encik"
Lantas hati aku pula seakan-akan berkata-kata pada tikus tu
" Kesiannya aku dekat kau ni Mak siti, apalah rasa kau mati pelan-pelan kena jemur tengah panas ni kan? tak sampai hati pula aku tengok, cepat-cepatlah kau mati, semoga tak terseksa lagi"
Mula-mula aku cuba untuk gagahkan hati aku, aku cuba teguhkan tekad membiarkan tikus itu mati sendiri. Tapi lama-lama dialog fantasi yang aku reka menguasai sendiri, campur dengan simpati pada renungan mata tu buatkan aku tewas dengan tekad sendiri.
Hari pertama tikus tu survive, masuk hari kedua aku dah tak boleh tahan tengok tikus tu terseksa, Aku pun cepat-cepat capai sangkar tikus atas compressor aircond tu dan lari-lari anak keluar office, Kaksue tegur aku..
" Abang Zul, Abang Zul nak bawak pergi mana tikus tu bang?"
" Saya nak pergi bunuh, tak sampai hati tengok dia kena jemur lama-lama"
" baik-baik bunuh jangan sampai dia lari ye Abang Zul"
" Kak Sue jangan risau, bunuh membunuh tikus ni saya dah biasa dah" padahal.....
Dengan sepantas kilat aku lari turun tangga office tiga tingkat tu sambil jinjing sangkar tikus. Aku berdiri depan longkang parit bandaraya. Korang dapat agak kan longkang parit bandaraya ni macam mana besar dia? level-level anak sungai dah.
Aku berdiri tepi parit tu, aku buka sangkar kemudian aku goncang-goncang tikus tu bagi jatuh ke dalam parit, dengan harapan samada tikus tu jatuh dalam parit kemudian terus mati atau dia hidup dan lari jauh-jauh dari kawasan pejabat aku.
Jatuh saja tikus tu dalam parit, elok je dia berenang ke tepi laju-laju, dia berhenti kejap kemudian hidung dia kumat kamit menghidu, pastu tikus tu berpaling dan pandang tepat ke arah aku..
Kalau ikutkan skrip dalam drama otak aku, pastilah aku berfikir yang tikus itu pandang dan berkata begini..
" Terima kasih Encik yang baik hati, terima kasih dengan sifat kemanusiaan encik, saya berjanji saya akan manfaatkan nyawa saya yang telah encik selamatkan, saya berjanji saya tidak akan mengganggu manusia lagi. Semoga encik bahagia, saya pergi dulu encik"
Atau mungkin juga tikus tu berkata-kata begini...
" Apelah bodoh sangat manusia ni, dah dapat tangkap aku, pastu lepaskan aku kat longkang, hati tisu sangat la tu, jaga kau, aku panggil bala tentera aku nanti buat perhitungan semula kat pejabat kau Zulfikar, hahahhahaha"
Tapi takpelah, aku bersangka baik yang tikus itu akan menghargai peluang kedua dia untuk hidup di muka bumi ini.
************************
Seminggu lepas tu, aku masuk office macam biasa, bayangkan tetiba ada 7 ekor tikus berdiri depan aku sambil di mulut mereka semua menggigit setiap satu uncang, bila aku buka, uncang itu berisi emas ketul-ketulan besar! rupanya tikus itu kembali datang ke pejabat aku untuk membalas budi!
Aku pun rasa sangat terharu dan kami semua berpelukan antara satu sama lain sambil berlinangan air mata. Hujung tahun itu kami sama-sama menziarahi di hari raya makan ketupat, lemang dan rendang yang ada. begitulah persahabatan aku dengan si tikus tersebut bersemi teguh akhirnya..
Banyaklah cantik muka aku ending dia macam ni, mimpilah! beranganlah korang nak dapat happy ending macam tu. Kalau tengok filem Razak Mohaideen, tengok Bini-biniku Janda nenek, mak sedara ku gangster boleh. Dengan tikus ibu kota jangan harap. Ending sebenar ha yang kat bawah ni......
Seminggu lepas tu, aku pergi Office Batu Caves, aku masuk dalam Pantry maid dan bancuh nescafe, sambil godek-godek biskut nak makan, dan dan tu elok je aku tengok ada kesan tikus gigit dekat plastik bungkus Gardenia dengan bekas kaya roti.
" Tak guna punya tikus, dasar tak mengenang budi! jaga kau, aku dapat kau, memang aku jamu kau kat kucing!"
************tamat**************
p/s Siapa lelaki nampak tikus, menjerit, naik atas kerusi..diaaa pooonnnnd...ah malaslah nak sambung..
p/s selain manusia, tikus juga mengalami masalah racist, Hamster dibelai manja dan mewah bak raja, tikus rumah dicaci maki dihina dina.