Aku sibuk, selain sibuk aku juga mempunyai masalah writer's block. Sebenarnya baca alasan writer's block itu sebagai " Saya Malas" tapi sebenarnya aku bukan malas tapi aku stress dan sibuk dengan operasi pindah kilang. Nampak tak alasan aku berganda-ganda? ini dinamakan alasan dalam alasan ; alasanception.
Bulan 7 menyaksikan kilang lama tempat aku bekerja di Pandamaran telah ditutup sepenuhnya, penyerahan kunci kepada pemilik baru jatuh pada tarikh 30 haribulan 6. Bermula dari situ aku sibuk berulang dari Shah Alam ke Batu Muda KL untuk setup kilang baru. Kemas fail, susun meja, kemas office dan mula ambil pesanan untuk Puasa dan Raya.
Oh ya puasa dah menjelma, selamat berpuasa kepada korang semua, aku doakan kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatulqadar, malam yang menjanjikan pahala 1000 malam dan doa dimakbulkan. Carilah malam itu dengan ikhlas.
Bacalah Alquran pada bulan puasa ini dengan keikhlasan mencari maksud tersirat dan tersurat dari Illahi. Bukan semata-mata mahu memuaskan pandangan insani.
Bacalah Alquran dengan ikhlas,jujur dan dengan niat mahu memahami semua maksudnya. Rasai getaran seruan Illahi itu sehingga naik bulu roma, menitis air mata di helaian Alquran. Bukan dengan hanya kepuasan bercerita pada kawan-kawan yang kita telah katam 3 kali sebulan.
Aku jamin, bila korang merasai kejujuran itu, korang akan merasai Tuhan begitu dekat dengan diri, seumpama Tuhan memerhati kita berteleku di sejadah mengharapkan rahmatnya, dan pada masa itu Insyallah Lailatulqadar itu dapat dirasai tanpa melihat bukti air beku,pohon sujud dan tangan berbulu macam cerita penglipur lara dulu-dulu.
****************************
Minggu lepas kereta aku masuk bengkel, alternator rosak yang akhirnya berjangkit kepada macam-macam komponen lain, dah macam cancer aku tengok Toyota Corolla tu, dari Alternator membawa ke Karburator, dari Karburator membawa ke Wiring dan akhirnya Aircond. Tapi tak mengapa, masalah kecil jangan perbesarkan. Bas boleh naik, motor boleh bawa.
Cuma hari tu bila aku naik bas, aku macam kembali insaf macam kisah dalam entry dulu "Perjalanan yang menginsafkan". Masa dalam bas Rapid KL bernombor U2A dari Sri Gombak Ke Pasar Seni aku dapat 3 pengajaran iaitu
1. Orang berbudi kita berbahasa.
2. Pengangkutan awam Malaysia bagus
3. Naik bas itu simple
*********************************
1. Orang berbudi kita berbahasa
Disebabkan aku kurang mahir cara-cara naik bas, aku telefon tanya kepada makwe, dia ajar cara naik bas, tapi tetap rasa keliru sebab banyak sangat route dia, ada bas U19, ada U2A, ada bas pergi Putra LRT, ada bas pergi central market.
Aku pilih naik ke Central Market, masa tahan bas tanya dulu dekat driver..
" Assalamualaikum bang, tumpang tanya, bas ni pergi Central Market eh?"
" wa'alaikumsalam bang, a'ah lalu lalu"
" Berapa tiket bang?"
" sini Gombak Pasar Seni RM 2.50"
" Okey Nah"
Ditakdirkan, separuh perjalanan dekat Sentul, Bas rosak. Gear taknak masuk ke "D" kena tutup aircond baru boleh jalan, aku syak ada masalah wiring. Itu tak pelik, tapi yang pelik driver tu toleh ke aku dan cakap dengan nada yang elok dan berbudi bahasa.
" Bang, kalau saya tutup aircond ni abang panas tak? kalau tak panas, saya nak bukak tingkap, tutup aircond"
" Takdelah panas, saya okey je, kenapa?"
" Ini ha, Gear ni buat hal bang, tak masuk masuk, kalau tutup aircond baru okey, kalau abang tak panas, saya tutup aircond je la ye?"
" Saya tak kisah, janji bas boleh jalan, bukan tak biasa takde aircond bang, janji bas sampai Pasar seni"
" hehe okey!"
Nampak tak? tak ke pelik driver bas Rapid KL berhemah macam tu sekali, rasanya kalau dia tak tanya aku pun, dia main tutup je aircond tu takde siapa nak marah dia. Itulah namanya berbudi bahasa, kalau kita cakap elok-elok dengan orang, orang pun akan datang rasa respect pada kita tanpa kita meminta-minta.
Sampai depan Sogo, bas tak berhenti, terus lajak sampai ke depan Kamdar, tetiba makcik Indon bersuara tinggi.
" Abang, abang, berhentilah, saya sudah cakap tadi mahu berhenti Sogo kan? ni dah jauh ke depan ni!"
" Akak... akak kalau nak berhenti tekanlah loceng, saya bukan nak hafal akak nak turun mana, bas ni ramai orang. kan dah jauh, lain kali akak tekan loceng ye kalau nak berhenti"
Memang driver bas tu berhemah orangnya, lembut je dia cakap. Aku doakan dia berjaya dalam kerjaya dia tak kiralah dalam bidang apa yang dia lakukan.
**********************************
2. Pengangkutan awam Malaysia bagus.
Kenapa aku cakap bagus?
a. Sebab ada seorang pakcik tua naik bas tu tunjuk tiket warga tua, dia tak payah bayar.
b. Dalam bus ada space untuk OKU berkerusi Roda yang luas, ada tempat sandar Orang buta dan tempat orang kurang upaya yang lain.
c. Driver Bus berdisplin, dia takkan berhenti ambil penumpang dekat tempat yang tak sepatutnya. dia berhenti turunkan dan ambil penumpang di bus stop yang bergazet.
d. Penumpang kebanyakannya berhemah, jujur bayar tiket ikut harga, padahal takde siapa pun nak cek berapa banyak kita jolok dalam tabung besi tu.
e. 3 bas sepanjang route Sri Gombak - KL - Shah Alam - Seksyen 8 itu sangat selesa dan murah.
Daripada realiti cek yang aku buat ni, aku rasa kritikkan dan makian budak-budak rebellious pasal kononnya public transport Malaysia ni macam sampah adalah Overrated.
Cerita yang terlalu digembar-gemburkan semata-mata terikut-ikut sentimen ingin condemn semua yang kerajaan buat. Padahal diri sendiri rasa dalam hati bahawa public transport Malaysia bagus relatif dibandingkan dengan negara membangun yang lain. Itupun kalau ada kesempatan pergi negara orang lain dan bandingkan sendiri. Kalau ikut cakap orang, itu yang keluar cakap macam orang hilang pedoman tu.
Oh ya, sebelum datang hujah lain, sepanjang 2 minggu lepas, aku jugak dah naik Putra LRT dan Komuter sek19 - KL sentral, kesimpulannya, walaupun tak 5 star, tapi sekurang-kurangnya ia tidak terlalu buruk dan sesampah yang mereka lemparkan.
***************************
3. Naik Bas itu simple.
Naik bas itu simple dan murah.
Dari Office aku jalan kaki 10 minit pergi Bus stop Gombak Prima, Dari situ Naik Bas ke central market kos RM 2.50
Dari CM berhenti, jalan kaki ke Stesen bas Klang 5 minit, naik bas dari KL ke Seksyen 2 Shah Alam kos RM 3.00
Dari Seksyen 2 (UiTM) ke Seksyen 8 selama 10 minit Kos RM1.00
Total 2.50 + 3.00 + 1.00 = RM 6.50, Pergi balik RM 13.00.
Kalau naik kereta, Petrol paling kurang RM 15.00 tambah Tol paling kurang 3.00, belum campur parking semua. Tapi ada lah bagusnya, kalau naik kereta sendiri dah tentulah kita bebas nak tentukan mana kita nak pergi, tak terikat dengan jadual bas dan tentulah kita selesa.
****************************
Tapi simple-simple bas sekarang mana boleh lawan Bas mini No 11 kesayangan mak aku. Alkisahnya pada tahun 1990 an dulu mak aku suka pergi teman Nenek Timah pergi Pasar Chowkit nak beli barang dapur.
Pesen makcik-makcik mengada nak berjalan kat KL, padahal bukan tak boleh beli barang dekat Pasar Borong Selayang tu! pasar borong paling besar dekat Malaysia pada masa itu.
Pada satu hari mak aku tah apa punya ragam perut dia nak terberak, duduk sebelah Nenek Timah yang beliau gelar Makcik Timah.
" makcik, saya nak terberak lah makcik!"
" Apo kono ekau ni awi, macam-macam yolah maso ni nak terberak la apo lah"
" dah nak terberak nak buat macam mana makcik!"
" kau pergi cakap dokek Drebar nu ha!"
Mak aku pun selamba je pergi cakap dekat driver tu yang dia nak pergi jamban, masa tu bas tu dah sangkut jem dekat depan sikit dari HKL. Lepas dia cakap, dirver tu buat tak reti je muka sadin sambil hisap rokok suria gudang garam.
Mak aku balas balik muka sardin, selamba je dia turun bas mini no 11 tu tengah-tengah jem, masuk kedai cat, terus direct pergi belakang berak dekat jamban kedai cat. Lepas dah berak selamba je jalan balik masuk dalam bas mini sambung sembang dengan Makcik Timah.
Makcik Timah pulak balas selambe, selambe je buat muka sadin sambil tekup hidung.
" Humang Aih awie, macam ini pun boleh ko? sompek basuh? adddooo yo lah ko ni awie"
Mak Aku sekali lagi selambe balas balik.
"mestilah basuh! tapi KL ni makcik, KL... makcik kena laju, kalau tak kita ketinggalan"
***********Tamat************
p/s kereta dah baik dah, spek mata Rayban yang hilang pun dah jumpa balik, berkat doa bulan puasa ni besar tau.
p/s Tulis Blog sementara tunggu sahur ni memang best, rasa macam sambut malam raya.
p/s lepas ni nak rajin2 balik lah tulis blog.
bas rapid kl minimum rm1 ,paling mahal rm3.
ReplyDeletedekat shah alam masih ada kelibat bas mini,tapi bukan pink lah. warna biru.
glad i can help. walaupon tak seberapa. hehe. :)
terima kasih ye awak, sebab awak tolong saya mengharungi malam yang panjang....
DeleteBas mini shah alam nama dia Seranas! kan kan? ke salah?
sama-sama awak. apa guna saya kalau tak boleh tolong kan.
ReplyDeleteseranas tu seranas lah. bas mini ada lagi. sebijik macam dalam gambar tu,tapi bukan kaler pink dia kaler biru.
Salam Ramadhan....aku baca 1/3 je n3 nko...nanti2 aku sambung baca balik ok...Yelah nak tipu nanti dosa yea tak, tu yg aku ngaku baca banyak tu jee...^_______^
ReplyDeletebagus anak muda ni, bagus. siapa nama? meh nak buat menantu meh...
DeleteMengimbau kenangan silam betul tengok gambar bas mini pink tu. Selain ciri konduktor yg bermulut laser, lagi satu selalunya bas mini akan disumbat semaksima yg boleh dgn penumpang. Selagi blh masuk akan diambik penumpang walau terpaksa bergayut di pintu. Kelajuan pun boleh tahan gak membahayakan nyawa :-)
ReplyDeletebergayut kat basmini tengah KL rasa mcm indiana jones kak!!! tetiba teringat.. hahaha tenkiuuuuu
Deleteselalu naik rapid singgit je..hehe,jauh mahal kot
ReplyDeleteeh,nak keja kat kilang ikar la...haha, penganggur nih,bgik keja plz :P
Tasha dok mana?nak kerja maid tak?7am sampai 5am, weekend off. Kawan saya tengah cari part time maid sebab dia nak bersalin.
DeleteIkar, aku lebih rela naik bas daripada naik komuter.komuter sangat azab time peak hours.
errmmm. meh bagi email, nanti saya email, skrg memang tgh nak recruit..
DeleteAku jarang naik bas, pernahlah naik rapid 2,3 kali. Tak pernah yg menyelesakan. Mcm tin sardin :(
ReplyDeletekat penang ni kalo aku komplen pasal kenderaan awam... bukan sebab lembab ke hapa... dorang over gangster...
ReplyDeletetapi kenderaan awam yg spesifik sikit la. bas kilang misalnya... bas rapid pon ikut terpengaruh kalo bas kilang main cucuk2 angin... sampai aku yg bawak moto pon sama naik angin.
kalo jadi aku yg tak biasa naik bas area selangor-kl ni mau azab.
ReplyDeletekena rujuk blog nie dulu. hehe.
salam Ramadan, Ikar.
ReplyDeletehahaha, kelakar mak kamu.
sesekali naik pngangkutan awam mungkin kita tak nampak cacat celanya kan, orang kata rambut pun skrg dah tak sama hitam. Mungkin nasib baik dapat jumpa pemandu yg berhemah ttapi akak pun rasa pngangkutan awam di Msia ni taklah teruk sgt sbnrnya. Sejak zaman bas mini pun dah boleh turun jap klu nak terrrrr, hiks
waseh..baik sungguh awek ko..hehe..
ReplyDeleteaku dah lama tak naik bas awam sejak2 ade moto..kih3..kalau turun kl pun naik lrt je manjang..
mak ko lawak gile wei..sempat lagi tu..hahaha..hadoi la..
selamat berpuasa wei..
aku ni Nyah bukan org KL tapi nak kata lama x lama sgt.. nk kata baru ada la dlm 5 6 tahun dok sini tp smpai arini aku x pandai naik transport awam lebih2 lg bas, LRT, Komuter bagai.. mau sesat aku kalau sorang. pernah naik tp 2 3 kali je.. tu pn ada org temankan.
ReplyDeleteaku selalu gak naik bas rapid E1 dr putrajaya ke kl, selesa la berbanding dgn bas metro...kalau naik komuter selalu salah haluan, geng2 pun sama jer selalu keliru...hadoiii...kalau sorang2 konpom aku x kuar umah...hehehe
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah puasa ikar..lama aku x komen sini...:))
haaa'ahh.. betul tu. bas rapid kat putrajaya ni selesa sangat. bayau 50 sen dah boleh balik kuarters sambil seret beg roda balik kampung..
ReplyDeletebtw, bukan pahala untuk 1000 bulan, tapi untuk 1000 bulan tu...
dulu aku takut nk naik bas..
ReplyDeletetp skrg oke je..
cuma aku nk tanya, ko naik bas rapid, dia xde mintak kad ke..? bole byr cash eh..?
apesal haritu aku tak boleh..? -__-"
bas rapid KL ni lebih kurang sama dgn bas dkt perth..memula dulu tak caya gak..tp lepas naik bas di perth tetiba feeling rasa mcm kat M'sia tu mai tetiba..cuma bezanya perth CAT tu free kalau pusing town.
ReplyDeletetp nostalgia naik bas mini no 14 tetap tak blh dilupakan..sepadat-padat sardin le..rasanya bas blh tumbang kot (imaginasiiii )
sunggu nostalgia.. kenapa mini bus dulu warna pink aaa?? :-)
ReplyDelete*p'khidmatan komuter masih belum efisyen. pernah tunggu komuter dari Bank Negara ke Segambut dari jam 5suku hingga lepas Maghrib (masalah teknikal). Finally, akak dtg amik.. huhu!
Tsk tsk. Sayu je baca entri ni, bab puasa, bab drebar bas berbudi bahasa, mungkin aura sahur tu kuat dalam entri ni :'D
ReplyDeletekonduktor bas yang bermulut laser...
ReplyDeleterasa rindu nak naik bas tong fong pergi pekan kajang
Tahniah sbb sy utk julung kalinya baca blog org sampai habis baca komen2 dr org lain..haha..rupanya bagus jugak ya sbb ada feedback..
ReplyDeleteYes mmg teringat zaman bas mini..sy dduk pj dulu dan selalu naik bas mini no 18 color kelabu..pj - kl..tambang standard 50sen..mmg best laju sesak asap rokok hujan cermin tkleh naik semua cukup utk mendewasakan sy..hehe
tapi bila sy google bas mini tk byk pulak gambarnya..tu yang sy terbaca sbb gambar bas mini mmg memori gila..tp color pink kira baru gak lg..zaman sy lahir tahun 70an..
Tksh pd semua kerana anda telah menyempurnakan hari sy..
In Shaa Allah everyone will be bless by Allah..amin.