May 17, 2012

Serum Ikut Arahan

Assalamualaikum..

Asasnya manusia ini hidup dengan harapan. Harapan adalah Idealist, manakala logik kelangsungan hidup adalah realist. Pada awalnya aku membesar sebagai idealist, dan tak silap aku majoriti kita semua bermula hidup sebagai idealist. Pada awal hidup aku, aku selalu mengharap yang apabila aku dewasa akan jadi seorang saintis.

Pernah satu masa cikgu aku bertanya, tak salah aku cikgu Faridah. Aku ingat cikgu Faridah sebab dia suka pakai tudung ikat kat dagu, Pada zaman awal 90an, sudah tak ramai perempuan yang pakai tudung ikat kat dagu. Semua sudah mula berjinak-jinak pin di dagu, dan paling hijabster pada masa itu adalah cikgu yang pakai tudung kemudian dia silangkan tudung di dada dan pinkan dengan tag nama. tapi Cikgu Faridah masih berdegil. Dia tetap mahu ikat di dagu.

Cikgu Faridah bertanya pada aku...

" Zulfikar bila besar nanti awak nak jadi apa?"

" saya nak jadi saintis cikgu!"

" wah jarang saya dengar cita-cita orang nak jadi saintis, saintis ada banyak tau Zulfikar, awak nak jadi saintis macam mana?"

" saya nak jadi saintis yang ahli sains tu lah cikgu"

" saya tahu lah maksud saintis tu ahli sains, tapi saintis bidang apa? aeroangkasa? makmal biologi? fizik jurutera? perubatan? kimia? ha yang mana satu Zulfikar?"

" saya nak jadi saintis yang campurkan bahan kimia dalam tabung uji atas kapal angkasa yang mengelilingi orbit bumi cikgu!"

" Wah besar cita-cita awak Zulfikar ye? dah la nak jadi ahli sains kimia, lepas tu nak buat kat makmal dalam kapal angkasa, itu dah jadi angkasawan pulak tu, awak banyak tengok TV ni Zulfikar"

Memang tak salah cakap Cikgu Faridah, aku memang suka tengok TV masa kecil, aku rasa semua orang suka tengok TV masa kecil. Dari kecil aku suka tengok filem genre sains fiksyen. Aku suka tengok Space Odyssey, Time Traveler, Planet of The Apes, dan Starwars, tapi entah kenapa dari dulu aku tak minat tengok Star Trek. Bagi aku pada masa dulu Star Trek adalah peniru Star Wars, Peniru mana boleh diberi peluang sangat, nanti dia pijak-pijak kepala kita.



Masa aku kecil, aku suka buat eksperimen bayangan. Aku suka beli Aispop banyak-banyak. Beli kepak dan makan! Ingat perkataan 'kepak' itu dibaca 'Ke' nye secara Kelong bukan ketam. Kepak yang bermaksud mematahkan. Ambil aispop, letat depan lutut, kepak! kepak ke belakang, Pop! sebab tu nama dia aispop.

Bila aku dah beli aispop dan makan sampai habis bersama abang, aji dan amy, bekas aispop yang diperbuat dari plastik itu aku akan simpan. Tapi aku simpan yang bahagian bontot saja, bahagian kepala yang ada bentuk tercoit itu aku buang, Bahagian bontot plastik aispop itu berupa tabung uji makmal, sebab itulah aku simpan.

Aispop - yang bontot tu bulat, bila potong, jadi macam tabung uji kan!? kata ah aku sorang je budak-budak yang berangan bontot aispop ni tabung uji? mustahil ah!


Bila dah simpan banyak-banyak, aku akan pergi rumah Ruzai, Rumah Ruzai belakang rumah Makcik Munah dah Pakcik Harun, haruslah aku sebut suami isteri. Tak adil pula kalau nak sebut nama makcik Munah sorang saja, sedangkan mereka menyewa rumah tu seharta pencarian. Makcik Munah dan Pakcik Harun ada anak bernama Linda. Abaikan pasal Linda, kini fokus pada Ruzai.

Bapa Ruzai ada buka bisnes batik canting depan rumah, iyelah, keluarga diorang asal dari Kelantan jadi mereka mengaplikasikan bakat canting batik pantai timur itu di Batu Caves. Kami selalu tengok bapa Ruzai canting batik, kemudian Lilin, kemudian warna, kemudian masak, kemudian basuh, kemudian jemur. Lihat! banyak bukan perkataan kemudian. Itulah untungnya menjadi seorang penulis blog yang menulis di blog sendiri, suka hati saya nak tulis berapa banyak perkataan kemudian pun. Takde Cikgu Aziz nak marah saya, lihat saya buat lagi salah, sepatutnya saya eja takde itu tiada, tapi saya degil nak nampak santai saya taip juga takde.

tengok frame batik tu, teringat kenangan duduk kampung sungai tua baharu...


Bila batik dah siap, maka banyaklah baki-baki warna batik yang tinggal dalam cawan plastik di frame tempat sangkut batik. Aku pun cepat-cepat ambil baki warna tu dan aku simpan dalam Tabung Uji konon-konon yang diperbuat dari bontot aispop.

Ada tabung uji berisi warna merah hati, jingga, biru, kuning dan hijau. Aku paling suka warna hijau. Sebab warna hijau paling banyak digambarkan sebagai bahan beradioaktif  dan saintifik dalam komik, Tv series dan Filem. Alien warna hijau, The Swamp warna hijau, darah makhluk asing warna hijau, hingus hantu ghost-busters warna hijau, slimy warna hijau, dan tak lupa juga Hulk pun warna hijau.

Hari tu aku tengok The Avengers, ada nampak Hulk, rindu lama tak jumpa dia, nampak gayanya saiz dia berubah-rubah. Dalam drama siri 80 an - 90 an dia bersaiz manusia gadang ahli bina badan, dalam filem pertamanya dia besar macam Dinasor tapi bila dalam The Avengers, Saiz dia menyusut kembali menjadi besar sedikit dari manusia normal ahli bina badan. Aku syak mungkin bahan radioaktif itu terlalu aktif sehinggakan sel dalam tubuh badannya sentiasa bermutasi. Bila cakap pasal sel, aku takkan lupa yang Sel haiwan tiada dinding sel, manakala sel tumbuhan mempunyai dinding sel. Sel juga digunakan untuk perkataan sel penjara dan sel bateri kering.

The Avengerses


Bila aku dah kumpul semua bahan pewarna dalam tabung uji konon-konon itu, maka aku pun mula berangan sebagai ahli sains! aku buat sehabis baik. Baru aku perasan yang aku ni telah develop bakat aku roleplay sejak dari kecil. Korang bayangkan aku duduk tepi tangga rumah makcik munah sambil campur aduk, pegang tabung uji bontot aispop macam saintis pegang tabung uji.

" Karnain..Karnain, tengok ikar buat ni! magic gila aahh!"

" Ha apemende? cepat ah mana magicnya?"

" Karnain tengok eh, Ni tabung ni kaler biru kan? yang ni pulak kaler Kuning, tengok ye hasil tindak balas perlakuran kimia yang akan jadi, bila ika campur, godak-godak sikit, tadaaaaaaa!!!! warna hijau!"

" peh! hebat, tapi takde la magic mana pun ikar, Karnain pun boleh buat, tengok ni, merah campur biru.. pom pom parrommm.... Ungu!"

Lepas dah berangan macam tengah duduk dalam makmal kimia paling hebat dalam alam semesta, maka kami pun letak lah atas tanah, berkumpul lah air campuran warna tu dalam takungan pasir jadi macam tasik miniature. Lepas tu, aku pun ambil ranting kayu, aku buat garisan melurus dari tasik miniature tu ke arah kangkang aku, pastu aku jadi Takjub! mana tak takjub, air dalam tasik miniature tu ikut masuk dalam garisan tu pergi ke arah aku.

" Karnain!! Aji!! Amy!! aku dah jumpa serum kimia yang boleh mengikut arahan aku, kau tengok ni, air dalam lopak ni kan, bila aku tarik garisan kat tanah ni, dia keluar ikut garisan!"

" wuiyyyooooooooo" wuiyo mereka bertiga serentak.

Betapa bengapnya kami kanak-kanak masa tu, kalau dah larik tanah dari lopak, memang la air akan keluar ikut garisan tu, prinsip dia macam buat longkang kat air banjir bertakung la kan! Serum kimia ikut arahan konon.

Tak puas hati dengan eksperimen larik tanah lopak air, kami tangkap katak kodok dengan tempurung, lepas tu, kami campur aduk lagi warna-warna baki batik tu dalam tabung uji aispop, lepas tu kami simbah katak kodok tu dengan bahan kimia beradioaktif tersebut. Plip plop plip plop mata katak kodok tu bila kena simbah dengan kimia campuran warna batik.

Ditakdirkan Tuhan, Kebetulan, bila katak tu kodok tu kena simbah dengan Amy, dia pun bergerak kelam kabut ke arah aku, aku pun kelam kabut lari, geli betul aku tengok katak kodok! bila katak kodok tu lari ke arah aku...

" Mak aih! memang betul la bahan kimia ni Ikar, ni Serum Ikut Arahan ni Ikar! kau tengok katak tu ikut kau!"

" Yelah, memang lah, katak ni datang kat aku, tapi patutnya dia pergi kat kau Amy, sebab kau yang simbah dia!"

" apa pulak Ikar, aku cuma simbah je, tapi yang buat formula serum ikut arahan ni kau Ikar! kau!"

"kita kaya woi kita kaya! kita dah cipta serum ikut arahan! lepas ni kita boleh bubuh kat orang bank, nanti kita suruh dia bagi duit, mesti dia ikut arahan kita kan ikar kan?"

" Lepas ni, kita calit serum ni kat Pakcik kedai Jimat, mesti dia bagi kita makan choki-choki free kan amy kan?"

" Takpe - takpe, semua rileks, nah amik serum ni sorang sikit, suka hati korang lah nak guna macam mana, tapi baik-baik, gunakan untuk kebaikan, kalau buat jahat dosa, dosa nanti masuk neraka!"

Dipendekkan cerita, kami pun semua balik hari tu bila senja mula gelap dan akan berbunyi Azan Maghrib, Aku tak tau apa yang Amy dan Aji buat dengan serum ikut arahan tu, Aku pun tak tau apa Abang aku buat, aku syak dia lempar dalam tong sampah kot, banyak sangatlah masa dia nak layan cerita bohong kanak-kanak 9 tahun ke bawah!

Tapi yang pastinya, aku bawa serum tu dalam bilik mandi, lepas selesai mandi semua, aku bubuh suku tabung uji serum ikut arahan tu dalam air kolah. Lepas tu aku tunggu mama mandi.

Malam tu, macam biasa mama akan suruh aku dan abang pergi rumah Cikgu Zawiyah, belajar mengaji Muqaddam...

" Ikar, Karnain! pergi siap cepat, gi mengaji, yang duk tengok Tv tu apa lagi?"

" Okey ma!" kata abang aku macam biasa mengikut arahan.

" ha kamu ikar, pergi siap cepat! gi ngaaaaajiiiii!"

" Mama, jangan suruh ikar pergi mengaji, ikar nak tengok Tv ni, Ikar taknak mengaji"

Piaaappp!!!

" sape yang ajar kamu melawan aku ni ikar? siapa yang ajar? amboi bukan main lagi dia! ha? ha? bla bla bla ngam ngam ngam ngam, hup hap hup hap, ngam ngam ngam bla bla bla bla, belu bedi belu bedi, kluk klak kluk klak, kamu tau tak melawan orang tua derhaka masuk neraka, bla bla bla, aku penat beranak kan kamu, kamu nak jadi biadap? nak jadi tanggang? bla bla bla, ni banyak main sampai senja tah kena sampuk hantu apa.. bla bla bla bla.. ngam ngam ngam." ( korang bygkan mcm mana mak korang membebel kat korang, hah kira cincai samalah mcm aku kena malam tu)

Mendapat aku, satu liang tamparan kat peha, takdelah sakit mana pun, cuma seram campur malu lah!

kenapa mama tak ikut arahan aku?

Adakah mama tak mandi malam itu?

atau mama ada antidot yang lebih hebat melawan kesan serum ikut arahan yang telah aku cipta?

atau serum itu hanya berkesan pada amfibia?

atau serum itu hanya berkesan pada binatang berdarah sejuk saja?

adakah serum itu telah hilang kuasa akibat dicampur dalam air kolah yang sejuk?

Atau kepekatan ia telah mencair akibat nisbah serum dan air yang terlampau banyak?

adakah mama tau aku bubuh serum dalam air kolah maka dia mandi guna shower tidak kolah?

adakah kuasa serum itu tidak dapat menandingi kuasa mama?

Sepanjang aku mengaji muqaddam di rumah Cikgu Zawiyah, semua persoalan itu bermain-main dalam fikiran aku. Bila aku meningkat dewasa barulah aku sedar bahawa pewarna batik canting takde bahan radioaktif yang boleh buat manusia mendengar arahan.

Kalau tak mesti aku dah jadi Perdana Menteri Sekarang kan?


"Hahahaha padan muka kau Ikar! siapa suh simbah aku ngan kaler batik tu! nak Serum Ikut Arahan sangat! padan ngan muka kau!" aku syak katak kodok itu mentertawakan diri aku sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.
*********************tamat***********************

P/s I tak guna punya katak kodok! bagi aku harapan palsu!

P/s II korang nak bayangkan imaginasi aku macam mana? korang pergi tengok cerita Perfume, The story of Muderer. 2 tahun lepas aku tengok movie Perfume, terus aku teringat kisah aku cipta serum ikut arahan ni.

P/s III Kalau aku tak jadi perdana menteri, mesti aku dah jadi angkasawan buat uji kaji tabung makmal dalam kapal angkasa di samping Sheikh Muzafar Syukur.

P/s IV Selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar aku, dari Cikgu Zawiyah iaitu cikgu tadika aku. Cikgu Aziz cikgu paling lawak dan memberi kesan dalam hidup aku, cikgu di Sekolah rendah, menengah, agama, Universiti, Cikgu Formal dan Tidak formal. Selagi mana kamu telah mendidik aku menjadi insan, selagi itulah aku akan anggap kamu sebagai cikgu, Terima kasih kerana mendidik saya, Cikgu!

10 comments:

  1. kesian katak kodok tu jadi bahan ujikaji awak. serum awak buat mama awak jadi hulk. okay lah tu. hikhik.

    ReplyDelete
  2. peh! saintis rupanye ko ni ikar..kah3..

    tapi aku rasa kanak-kanak ni mmg suka imejin pelik2 cenggitu la..

    ReplyDelete
  3. geli pulak aku tengok kodok tu..aku takut katak weii

    ReplyDelete
  4. Patut calit serum tu kat mak awak, barulah boleh ikut arahan, hahaha

    ReplyDelete
  5. wakakakaka... x tahan aku bayang ko test kat mak ko Nyah. Bila aku baca entri ni tetiba aku teringat sekor cicak yg jd mangsa aku & kwn baik aku masa kecik.. aku suntik dia dengan minyak angin panas yg warna merah hasil ideal siti tp aku yg buat sbb aku ada kelebihan tak geli pegang cicak.. aku x tau mana siti dpt jarum suntik tu.

    ReplyDelete
  6. aku penah bercita2 nak jadi saintis dulu. macam ko gak la, rasa nampak hebat je dalam sc fiksyen. buat serum/antidote wadefak macam macam untuk hancurkan makhluk dan raksasa n boleh transform macam macam! khkahkah


    aku hmpir la kepada cita2 aku jadi saintis. tapi bukan yg macam aku nak dulu sebab real life xde raksasa macam2. tapi baru aku tau way nak jadi ahli sains dlm apa2 bidang pun sangatla susah n bosan yg hanya happy kalau research result bg result positif apa yg kita nak. then, back to boring life kalau x menjadi n boleh membawak kepada mencarut 24 jam

    ReplyDelete
  7. kahkah, serum ikut arahan konon. tapi bila dengan mak awak habis serum pon tak bertindak aktif. ah kecik2 dh main tabung uji, sy masa skolah pandai pecahkan tabung uji je -_-

    ReplyDelete
  8. cer bayangkan kalau dicalit ke badan mak.. adakah serum itu akan mengikut arahan.. hahaha.. pastu mesti terfikir nak calit kat mana ek?

    ReplyDelete
  9. aku pulak kecik2 dulu suka tangkap belalang tentera (yg kaler celoreng2 ijau askar), tangkap belalang pakai getah pisang muda, getah pisang tu aku letak ujung lidi, nak pakai getah tu sikit ja pun, tapi habis pisang setandan aku tebang kat belakang rumah, (bole bayangkan aku kena marah mcm mana), lepas tu belalang tu aku siksa dulu, letak apa2 air mcm ko la, air nila mak aku pon bole jadi, lepas tu aku tanam, aku kafankan pakai kertas, ikat dengan getah zeropoin (game lompat getah tu) ...lepas tanam tiap hari kena siram...sbb kawan aku kata nanti boleh menjelma jadi kesatria baja hitam #truestory


    alahai byk sangat la cerita kenangan kecik2 :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...