Pada hari Jumaat yang lepas aku pergi menyertai ekspedisi mendaki Gunung Rajah, Bentong Pahang. Aku bertolak dengan 14 orang dari Geng DMG Trekkers, bergabung dengan Team BERNAMA dan Istana Budaya.
Pada hari Jumaat aku dah bertolak dari rumah pukul 6 petang, dan selepas sesi packing, borak, perjalanan dari Batu Caves ke Bentong, membuat makluman mendaki balai polis, menunggu geng istana budaya dan sebagainya akhirnya kami mula mendaki dari kaki gunung pada pukul 3 pagi tepat.
Pendakian kali ini adalah yang paling hebat dan paling mencabar pernah aku lalui selepas beberapa ekspedisi yang lalu iaitu
1. Gunung Angsi
2. Bukit Broga
3. Gunung Datuk
4. Gunung Bunga Buah
5. Gunung Kinabalu ..... dan
6. Tanjung Tuan
Cabarannya adalah pada keperluan membawa peralatan bercamping di atas Base Camp Lata Hijau. Average beg bagi setiap peserta adalah dalam lingkungan 10kg-20kg, Namun bagi sesetengah yang sasa itu membawa hampir 40kg barang-barang.
Bagi mengelakkan korang semua mengalami keletihan mata membaca entry berbentuk karangan, aku sediakan isi melalui sistem point. Sebab nature pembaca tidak berminat sangat dengan entry journal perjalanan.
******************************
1. Aku adalah peserta paling koman, sebab aku bawak bagpack macam budak sekolah, isipadu aku rasa dalam 10liter je kot. aku hanya bawak Tshirt 3 helai, Towel nipis, berus gigi, sabun, pisau lipat kecik pelbagai guna, stokin spare, snickers 2 bar, Revive dan botol besar air masak.
2. Aku terpaksa mengendong beg khemah menggunakan tangan dan sangkut di kepala di separuh perjalanan ke Base Camp Lata Hijau sebab beg aku kecik tak muat isi khemah, untuk tidak kelihatan mementingkan diri sendiri, aku wajib memikulnya demi berlaku adil. Terima kasih banyak sangat kepada Azlan Muhammad sebab tolong bawakkan ke separuh perjalanan lagi dengan sistem tukar barang, aku bawak sleeping bag dia plak yg lebih ringan.
3. Perjalanan melibatkan pelbagai route, panjat lereng bukit, lalu jalan lori balak dalam 40 minit, kampung orang asli, jalan tepi sungai dan berpuluh-puluh air terjun kecil dan besar.
4. Singgah rehat dan sarapan di suku perjalanan pada pukul 5 pagi iaitu selepas 2 jam berjalan di laluan balak.
5. Merentas anak sungai jeram, rehat sebentar di sana sambil mandi manda, di sana kemera Azlan Muhammad tercelup ke dalam air. Harapan nak posing kabur sekabur lense berwap, nak buat macam mana takdir, nasib baik ada banyak camera digital lain.
6. Singgah di Lata Naning, air terjun yang sangat sorga, best, air sejuk. view cantik, tanah landai. 20 minit sebelum sampai Lata Naning kaki aku dah Cramp di pangkal Peha (celah kankang) dan betis kanan.
7. Maju lagi sampai ke Lata Hijau, dikenali sebagai base camp untuk pendaki Gunung Rajah. Sampai sahaja, group awal (fast runner) dah siap pasang khemah untuk kami yang lambat dan tercedera.
8. Khemah best, semua best, cuma kecewa sebab sumber air jauh, tak macam base Latar Naning, camp site tepi air je.
9. Dalam hutan, apabila terdesak, pinggan mangkuk dibasuh dengan guna kaedah tiup.
10. Agak-agak keladak sangat dengan sisa milo boleh guna sistem lap dengan hujung baju, tapi buat dalam gelap dan pastikan rakan-rakan tak nampak. lepas tu terus boleh guna untuk masak megi.
11. Menu kami malam tu di camp site adalah Sardin Tumis, Kari ayam, sayur kacang panjang dan carrot tumis bawang, Murtabak Meggi, Cucur Bilis, Cucur Kodok, serunding ayam dan daging, nasik himpit, milo panas, mocha, kopi kau, ikan bilis goreng bawang dan nasi putih.
12. Suku dari makanan malam itu masih elok dimakan untuk sarapan.
13. Manusia dan haiwan semua perlu berak, yg bezanya adalah manusia malu nak berak bila orang perhati.
14. Pertama kali dalam hidup aku, aku berak berjemaah seramai 3 orang di air terjun Gunung Rajah. wah sangat mesra dan bersemangat setiakawan, cuma kami tidak peluk dan bergandingan bahu je. kalau tak boleh tangkap gambar bubuh dalam frame.
15. Mandi sungai di atas bukit adalah perkara best.
16. Dalam hutan, lelaki boleh mandi pakai spender tanpa rasa malu, Darurat. seluar dah habis. lagipun gelap.. pehhh alasan banyak.
17. Minum air sungai tu tak best, ada orang cakap minum air sungai tu adalah heaven, tapi percayalah, minum air masak kat rumah lagi heaven.
18. Separuh kerisauan aku adalah takut pangkal peha aku kena hamstring dan tak boleh jalan balik, separuh kerisauan aku adalah takut kena keracunan sakit perut cirit birit sebab minum air tak masak.
19. Beg aku bertambah berat bila nak turun dari nak naik. pelik.. tapi sebab kena bawak kanvas khemah dan towel baju semua dah basah.
20. Selipar spare adalah wajib! masa daki dan Camping, jangan ciben selipar orang lain. Selipar adalah spare jika kasut terkoyak masa turun gunung.
21. Kasut yg terbaik utk daki gunung di Hutan Hujan adalah kasut noreh getah RM8.00 sepasang, atau sandal outdoor tahan lasak macam TEVA atau Colombia. 3 kali ganda lebih sesuai dari pakai kasut fancy. sebab bila hujan dan lecah kasut anda akan berat dan tak selesa.
22. Amalkan sifat kendiri yang tinggi. Dari naik sampai turun kalau boleh bawa beg sendiri, Jika ada orang offer untuk bantu itu adalah bonus dan dia adalah manusia berjiwa suci.
23. Beg Encik Zumy dan Azlan adalah beg paling berat, aku tolong angkat kejap je rasa macam angkat tong gas! ini bukan metafora. ini betul-betul berat.
24. Jangan bawak beg mcm beg sekolah, sebab penyeksaan beban kat bahu tu hanya Tuhan yang tahu, melabur pada beg yang bagus adalah penting untuk pengagihan berat yang samarata pada tubuh dan bahu.
25. Jika terdesak, manusia akan mementingkan dirinya dahulu, kemudian baru mementingkan orang lain. Ini fitrah makhluk hidup. Membuktikan sesiapa yang rela berkorban di waktu terdesak adalah manusia mulia.
26. Sepanjang mendaki, aku hanya berjumpa dengan 3 ekor haiwan di depan mata. Katak melompat melintas jalan, Ular tedung ketam tebu mati kena pakuk kepala tengah jalan dan anjing orang asli, selain dari tu tak nampak haiwan lain.Jangan tanya serangga, serangga banyak. oh lupa ada berudu dalam lopak Air Terjun Naning.
27. Jangan bawak barang melebihi keperluan. bawak barang paling basic sahaja. untuk survival hidup. Ulang ni sepuluh kali masa nak packing untuk daki dan camping.
28. Mendaki sambil camping adalah perkara yang BERBEZA dengan camping dekat campsite hutan tepi jalan atau tepi pantai. Berbeza sangat.
29. Pertama kali dalam hidup, aku dan kawan-kawan lelaki berjaya buat unggun api besar walaupun kayu api semua basah kena hujan lebat. Kami guna teknik lilin askar, salai kayu api dan minyak tanah.
30. Aku tak berjaya sampai ke puncak Rajah sebab kaki injured teruk, terpaksa berhenti bermalam di Lata Hijau sahaja, sementara 8 orang yang lain meneruskan pendakian ke puncak pada pukul 4 pagi.
31. Masa turun bukit, aku terpaksa berlari laju sebab nak elak sampai waktu malam, sebab bateri Torchlight habis Noorbaya pinjam bawak naik puncak.
32. Lagi setengah jam nak sampai ke kaki bukit, ada segerombolan pemancing berhenti dan menunmpangkan aku menaiki motor EX5, dan aku hadiahkan coklat snickers yang tak berusik untuk bekalan anak dia kat rumah. aku offer nak bagi duit Tukar tiub kalau-kalau pancit dia taknak. terus pecut laju pergi.
33. Manusia yg baik dan mulia ada di mana-mana, bandar, hutan, kampung, orang asli, orang tak asli, lelaki, perempuan, kawan baik, kawan tak berapa baik, Bos, Kuli, Bos besar, Bos kecik, jika memang hatinya suci dia tetap akan suci.
34. Masuk hutan jangan sombong, nak sombong terjun lombong.
35. Masuk Hutan jangan gedik, nak gedik pergi shopping mall.
36. Dalam Hutan aku serik, mental down kejap, aku menjerit "Ini Kerja Gila, tobat taknak buat dah" Tapi kalau ada ekspedisi lagi, insyallah join punya, nak nak dah beli sandal ngan beg Karrimor baru.. weeehuuuu..
![]() |
ini gambar aku amik dari Fb Kak Nonie, dia syok la dah sampai puncak, Tahniah! gambar-gambar yg lain tunggu kawan2 upload dan tag pas aku rembat, aku update k. |
p/s Entry ni tak bergambar sebab aku takde mood nak tangkap guna handphone, aku mengharapkan gambar dari camera kawan-kawan Geng DMG TREKKERS yang lain. nanti dah ada aku upload lain.
p/s 2 terima kasih dan tahniah kepada semua Geng DMG Trekkers yang sporting, semangat waja dan berhati mulia, sayang korang semua.