January 1, 2012

Aku Dah Kabor Dah - Seterika Baju Sekolah

Assalamualaikum.

Aku syak aku ni masa kecik ada split personality lah, sekejap rasa macam anak manja, sekejap rasa macam budak degil nauzubillah, sekejap rasa macam matang sangat, sekejap rasa macam cheeky-cheeky gedik pun ada. Nasib baik bila besar tak kena masuk bilik kaunseling dekat sekolah.

Agak-agak budak-budak bermasalah bila kena kaunseling dia baring kat riba cikgu yang cun tu ke ha?

" Ha kamu Zulfikar Wajah Kesayangan Hamba! apa masalah kamu ni? selalu buat masalah dekat sekolah, mari luahkan perasaan kamu kepada saya, baring di ribaan saya ni, sambil saya membelai anak-anak rambut di dahimu sayang!"

Berangan lah kau...

************************

Aku dah Kabor Dah 2
(Tema berkait dengan Aku Dah Kabor dah entry lepas)


Pada Tahun 1998, semasa aku tingkatan dua, menyaksikan aku pada ketika itu berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Mersing. Lihat, ayat aku kali ni tak gunakan perkataan 'iaitu' kan? satu pun takde. Peh rasa hebat kejap.

Masa sekolah menengah, murid-murid remaja ini akan mempunyai satu kecenderungan yang sama iaitu mencari identiti. Kalau boleh, semua perkara haruslah menjadi unik. Walaupun uniform sekolah itu direka supaya kelihatan sama tetapi ada sesetengah murid yang berusaha untuk menjadi unik.

Kalau budak perempuan, ada yang potong tudung jadi singkat, tergantung-gantung antara bahu dan pangkal leher. Antara nampak dengan tidak, ia akan merangsangkan budak-budak lelaki untuk teruja melihat payudara yang masih belum berhenti tumbuh sempurna. Lagi singkat tudung, lagi megah rasa, rasa macam Ziana Zain dalam cerita Sembilu ada kakak secantik Era Fazira.

Kalau dulu aku ada kakak Cun macam Erra Fazira masa sekolah kan. Mesti aku boleh eksyen2. mesti ada senior duk  cakap " wei, balik nanti kim salam kakak kau tau, jap gi rehat aku banje kau kat kantin"

Baju pulak kalau boleh nak yang kain licin, jarang sikit. Pakai Bra warna hitam, Pasti ada budak lelaki yang kat kantin jalan sambil mata berpinar-pinar. Masa keluar kelas hajat hati nak makan bihun goreng, lepas tengok bra terus decide nak makan nasik lemak. Semua ni angkara pengiklanan minda bawah sedar.

Sama jugak dengan budak-budak lelaki, Aku malas nak cerita hal buruk orang, ni aku cerita kisah aku masa dulu.

Untuk kelihatan beridentiti unik, baju sekolah aku dulu pakai Cap John Master, Arrow, Piere Balmain dan Orlando.Untuk menambahkan lagi ciri-ciri 'rare' tu, aku tak beli kain licin standard baju kerani tu, kain tu memang sejuk dan nampak smart, tapi bila tengahari berpeluh-peluh mula la rasa melekit-lekit. Kadang-kadang bila berpeluh banyak badan mula berbau hamis macam bau bangla kerja ladang kambing.

Aku ingat lagi, aku beli baju kain Cotton-Linen yang jenis cepat berkedut tu. Tak salah aku brand Pierre Balmain. Baju tu kalau tak sterika, jangan haraplah nak pakai. Rupa dia elok sikit dari kain tempat alas kucing beranak, berkedut seribu. Apabila ada seorang anak remaja yang degil-perasan poyo konon anak datuk pakai baju nak kain cotton linen, ditambah pula dengan seorang mak yang pandai menilik nasib anaknya, apa akan jadi?

"Ye betul sangkaan anda sekalian. Pastilah Musibatul Harami!!"

**************************

Pada satu hari, impian mak aku hendak memadankan muka aku bakal terlaksana.

" Ikar, baju sekolah kamu dah gosok ke belum?"

" Belum mama. nanti ikar gosok la"

" Kamu ni, semua kerja nak buat last minit. Dari hari sabtu lagi aku dah suruh gosok baju, kamu tak gosok, ahad siang pun tak gosok. Malam ni tak gosok lagi, kamu jangan degil boleh tak ikar? pergi gosok baju kamu tu!"

" Ala mama ni, lek la mama, Esok kan Ikar sekolah petang. Nanti pagi esok sebelum gi sekolah ikar gosok la ma, rilek ma rilek"

" Hih la Budak Ikar ni, selewen! degil. Cuba tengok Karnain tu, petang tadi dah siap semua dah, kasutnya, seluar, baju semua dah siap gosok, bukan macam kamu, buat kerja takdenya mau nak menyemart!"

" Lek Ma Lek"

" Lantak kome, kome dah besor kan! kalau baju kamu komot pun nanti bukan aku nak pakei, kome yang malu. lannnntaaak!"

Korang nampak tak sekali lagi mak aku mengenakan sumpahan-geli-geli secara tak langsung kepada aku? aku pada masa itu berasa penuh yakin, Tahap keyakinan aku ibarat muara sungai tidak akan berubah walaupun ombak datang menghempas pantai nan indah.

Malam tu aku tidur rileks je tanpa rasa bersalah langsung, padahal baju ada satu tu je, baju sepasang lagi dah koyak rabak hasil aku jatuh motor dalam parit depan kedai runcit minggu lepas. Punya bengap bawak motor Suzuki GSX250 ada clucth, starter rosak tak boleh start, aku tolak laju-laju gear satu, lepas clucth laju-laju, motor start tak reti nak tarik clucth balik, dengan aku-aku masuk parit.

**************************

Esoknya bangun pagi, aku rasa panas berkuwap. Aku tengok jam dah pukul 10 pagi, selalunya memang mak aku sengaja tutup kipas. Tu skill mak bapak aku kalau nak kejut anak suruh bangun cepat.

Aku bangun je, turun tingkat bawah aku tengok rumah terang benderang, habis sliding doors tu dibuka luas, pintu papan pun ternganga, kain langsir terikat kemas.TV terpadam dan keadaan rumah sunyi sepi. Mak aku rileks je baring atas sofa 3-seater sambil goyang-goyang kaki keriangan.

Habis, punah ranggah, Musibah dah musibah..celaka boleh ni. Ni tanda-tanda blackout nih! dengan tidak semena-mena berlaku guruh gempita dalam hati aku, Kilat memancar-mancar, dan lautan bergelora dengan ombak tinggi membelah badai.

Aku berdiri dekat tangga sambil sua kepala dekat rail tangga.. sambil sembang dengan mak aku..

" Mama, karen takde ke mama?"

" Ha'ah blackout tadi"

" hahhhhh sudah! bila api ada balik mama?"

" entah, tadi abah cakap, org TNB call bagitau petang baru ada api"

" Habis la ma, macam mana ni ma, baju seluar sekolah Ikar tak gosok lagi ni Ma!!!"

" Alaaaa rilek la Ikar..Rileks!" mak aku bercakap dengan penuh gaya angkuh, lagaknya umpama Chow Yun Fatt dapat kad Pair Sat dalam Cerita King Of Gambler.

" Rileks apa mama, macam mana nak iron baju, api takde!"

" Lek Ikar lek"

" Baju tu dah la komot teruk, malu la Ikar macam ni nak pakai gi sekolah maaaaaa"

" Kan aku dah kabor dah kan, aku dah kabor dah. Semalam lagi aku dah kabor dah. Gosok baju kamu tu ikar, gosok..Haaa padan muka kamu!" - punya la mak aku ghairah padankan muka aku, sampai 3 kali ulang aku dah kabor dah.....

Aku rasa mak aku meraikan suasana masa tu umpama sambut hari raya berganda, siap ada malam tujuh likur.

Korang tahu tahap degil melawannya aku macam mana masa tu? Korang bayangkan degil seorang budak-budak campur dengan sifat pemberontak Hang Jebat campur dengan istiqamah seorang MacGuyver.

Dengan menggelabah puyuhnya aku boleh nyalakan lilin, aku layur sterika atas api lilin. Punya gigih woi aku nak gosok baju tu. Aku layur Sterika atas lilin tu kan, konon-konon kreatif la api lilin boleh panaskan sterika kan. Bila dah lama sikit, sentuh-sentuh Iron tu, "Oucchh panas panas panas!"

Elok je aku tekap sterika tu atas baju, tarik pertama kali.... Hambik.. Hitam legam baju aku kesan jelaga.

Rileks je mak aku sua muka kat tangga, tengok aku gosok baju kat tingkat dua. Mengekek-ngekek dia gelak...

" Hahahahaha, padan muka kamu! cakap aku degil tak mau dengor! Pakai lilin konon, Cerdik sangat la tu konon. Habis jelaga.. Uuuuuuhai, puas hati aku..."

Tepuk dahi berganda-ganda aku hari tu. Dahlah baju sekolah Cotton-linen aku tu kedut seribu, Siap hitam-hitam jelaga lagi tu. Malu woi masa pergi sekolah, masa tu aku rasa macam nak meniarap je atas simen tempat perhimpunan tu, sebab simen tu panas, konon-konon boleh lah bagi baju tu hilang kedut kan.

Kalau masa tu, ada pengarah drama nak cari pelakon pembantu watak anak penoreh getah susah yang duduk hujung kampung, Mesti aku senang-senang je dapat berlakon.

"Kesian budak tu kan, baju komot-komot, hitam jelaga kena pelita minyak tanah, mesti anak orang susah"

Padahal, budak degil Nauzubillah, nak suruh sterika baju petang Ahad pun susah.

" Aku dah Kabor dah.....aku dah Kabor dahhhhh"


************tamat*************

Tahun 2006 - Tahun Degree - Rumah Bujang Flat seksyen 7 - Dekstop monitor CRT - Friendser - baru belajar edit2 photoshop - Pooh tu jangan tanya, ex gf bagi . hahahahah


P/s Aku dah ubah layout blog ni, apa pendapat korang? yang ni best ke? yang dulu best? aku ada save HTML template lama, kalau yang ni tak best, aku revoke balik yang dulu. Saje ubah nak tukar selera, takut kang jemu pulak asyik tengok layout kusam hitam legam je macam baju sekolah kena jelaga kan.

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...