Setiap lelaki mempunyai tak banyak sedikit sifat feminin dalam diri. Sifat feminin ini yang selalunya akan menonjol apabila lelaki cuba menyesuaikan dirinya dengan situasi berkasih dengan perempuan.
Apabila lelaki mula berpura-pura merajuk bila awek tak ajak makan nasik walaupun dirinya sedar mereka berdua berjauhan antara Changlun dan Pontian. mana mungkin nak ajak makan sama? tapi peduli apa, merajuk tanpa sebab baru la comel dan berjiwa lembut. Oh sungguh Feminin gitu.
" woi woi ko tengok mamat tu woi, gila apa peluk teady bear kat pavilion dengan awek"
" ala Shuib, ko cakap orang, minggu lepas kau jalan dengan makwe kau, aku tengok selamba je kau bawak belon love kaler turquoise"
" Ituuuu laaaainnnn... tu aku saje je pura-pura comel, nak ayat makwe aku, dia majuk la"
" habis tu, apa beza pulak mamat peluk teady bear tu? sama la jugak oi"
Situasi di atas menunjukkan bahawa lelaki kadang-kadang akan mengorbankan sifat maskulin mereka dan replace dengan sifat feminin bagi mengurangkan jurang tidak selesa antara lelaki dan perempuan.
Itu korang belum mengimbas lagi zaman kegemilangan nokia 3310 korang, korang belum lagi mengenangkan betapa huduhnya pakwe korang dulu pakai handphone 3310 housing Pooh background pink.
Seksa jiwa batin dia tau, tapi disebabkan dia taknak awek merajuk kecik hati, dia gagahkan jugak pakai housing yang awek belikan kat Plaza Alam Sentral tu kan. Dahla pakwe muka Iron Maiden, bawak RXZ Ekzos Operet, muka parut kena libas dengan ekor pari, seluar jeans Levis 501 bundel, baju tengkorak berantai, sekali.. keluar handphone 3310 housing pooh baring atas awan. Ada bayangan macam Yus Jambu pakai skirt pink tak?
Metrosexual, perkataan yang sebelum ini amatlah megah dan popular disebut-sebut, seingat aku metrosexual ni menjadi hype masa zaman akhir 90an hingga ke awal 2000 iaitu 1999 hingga 2005.
Zaman tu sibuk dengan Anuar zain yang pakai seluar takde flip dan rambut lembut bak model rejoice, muka licin dan janggut sejemput. Dengan berbekalkan pakej itu, maka dia telah diangkat menjadi role model metrosexual secara tidak rasmi oleh peminat-peminat.
Ada jugak cakap-cakap yang macam ni pada zaman kegemilangan 'kecoh' metrosexual....
" wei wei midah, aku dengar-dengar orang cakap Anuar Zain tu homoseksual wei"
"Homoseksual hangguk kau, dia tu Metrosexual la.. smart cakap lu..dah la rambut panjang lembut, volume lak tu. Muka licin macam punggung baby, janggut kemas, baju awan larat, aku tengok dia smart gila la"
" Metrosexual? apa kejadah pulak tu Midah oiiiiiiiii......"
"Metrosexual tu adalah gaya terkini lelaki-lelaki moden urban yang menjaga gaya dan penampilan diri"
"OoooOooo.....aku ingatkan metrosexual tu homoseksual"
![]() |
| Anuar zain adalah adik kepada Ziana Zain yang dikatakan metrosexual, manakala M.Zain adalah pelakon yang melakonkan watak Labu dalam cerita Labu Labi. |
Zaman awal-awal 2000 tu, banyak perbualan berkisar pasal di ataslah, dengan pengaruh media yang membuatkan semua lelaki mahu jadi Ashraf Muslim dalam sekelip mata.
" Ashraf muslim tu imam muda woi, Ashraf Sinclair la"
Ada yang nak jadi hensem macam Ashaari Muhammad pun ada.
" Ashaari Muhammad tu Abuya Al-Arqam la Zulfikar, Awal Ashaari!!! ko ni main taram je, ngantuk pergi tidur la, blogging sangat!"
![]() |
| Awal Ashaari dan Ashaari Muhammad adalah dua orang yang berbeza. Awal Ashaari juga bukanlah anak Ashaari Muhammad. |
Hehe sorry, ada yang nak jadi macam Ashraf Sinclair dan ada yang nak jadi Awal Ashaari, semua masa tu teringin nak jadi lelaki metrosexual, semuanya sebab pengaruh dari majalah Remaja dan FHM.
Gila kau, masa zaman aku sekolah menengah dulu, siapa yang tak baca majalah Remaja, umpamanya macam orang takda facebook la zaman sekarang, semua orang nak beli Remaja, ada pula yang bawak Remaja pergi sekolah, sesi pinjam meminjam Remaja ni jangan cakap la. Siapa yang bawak Remaja dia akan glamour dalam kelas.
" Saripah.....Remaja dah keluar wei, cover depan Zed Zaidi dengan Anna Bakavoli"
" Eh ye ke Azza? bukan Zed Zaidi ngan Haliza Misbun ke?
" apa pulak Haliza Misbun, Haliza Misbun dah tua la... bukan remaja lagi, mana boleh jadi cover depan"
" ye ke? Pinjam pinjam pinjam... aku nak tengok sepupu aku dapat masuk Puteri Remaja ke tak"
" aku mana ada, belum beli lagi, kalau kau nak, ko pergi pinjam kat Fayad Jonid budak 4 sengkuang tu"
Nampak? begitu berpengaruhnya Majalah Remaja dalam kehidupan budak-budak zaman aku sekolah menengah dulu. Zaman sekarang ni? keglameran majalah remaja telah digantikan dengan blog Beautiful Nara dan Oh media, takpun Twitter Lisa Surihani.
Selain itu, kat TV pulak ada cerita Queer Eye For the Straight Guy. Rancangan TV yang menjustifikasikan fesyen gay sebagai OK kepada lelaki Heterosexual dan akan menjadikan lelaki yang berpakaian kemas dan bermuka jambu tidaklah nampak pelik di mata dunia.
![]() |
| 5 orang pengacara ini adalah lelaki Homoseksual yang berusaha memberi rupa lebih menyejukkan mata kepada lelaki Heterosexual |
Pada masa berinjak moden dan mula menerima penampilan kemas lelaki sebagai compulsary untuk menjadi Urban, maka pada masa itu minyak rambut Brylcream telah mula digantikan dengan Loreal For Men dan lambakan jenama minyak rambut stylish mahal lain seperti Gatsby, UNO, Uber-man dan banyak lagi.
Pada masa itu, keinginan manusia cenderung metrosexual ni mula merasa 'its okay to spend RM29.90 for my haircream' dan terus melupakan trend lelaki memakai Tancho dan Code-10 yang berharga Rm5.50 sebekas boleh tahan 2 bulan, tapi kalau berpeluh ada kaler putih la kat dahi tu kan. minyak rambut meleleh, punya selekeh.
*********************
Ya!!! aku memang syak bahawa kekecohan isu metrosexual ini adalah marketing strategy pengkomersialan barangan penjagaan badan, kecantikan dan penampilan untuk lelaki. tetapi itu kisah lain. Nanti cerita kat entry lain.
Walaupun aku ke sekolah dengan motor Suzuki Best dan berseluar koyak kat tumit, tapi aku masih berdeoderen setiap hari, bagi mengelakkan kawan-kawan sakit hidung menyedut bau hangit. Tapi deodorant Rexona itu tidak mampu menjanjikan dunia metrosexual kepada lelaki.
Ubat ketiak itu sudah menjadi biasa dan keperluan kebersihan diri wajib, Jadi bagaimanakah aku mula bereksperimen dengan dunia metrosexual ni?
Okey, Pengalaman aku yang pertama dalam bereksperimen dengan dunia metrosexual ini adalah mencuba untuk memakai lip balm yang berjenama lip ice. Kecomelan Lisa Surihani yang menggunakan Lip Ice ke sekolah sambil kenyit mata dan menghembus ciuman terbang itu bisa membuatkan semua lelaki yang puberty gundah gulana.
Aku try Lip ice abang aku, abang aku bawak balik dari Uitm Segamat, dia dapat sebab awek dia bagi suruh pakai sebab bibir dia kering mengelupas. Kurang minum air katanya.
Bila aku try pakai sebab terpengaruh dengan cerita Queer eye For The straight Guy, aku pun dapat pujian dari Stephani Dominic dan Eunice Wee Ern Fong..
" ehhh ehhh Zul..... apsal muka kau nampak berseri ha hari ni?"
" Berseri eh Steph? ada macam muka George Clooney tak steph?"
" takde lah, macam muka Afdlin Shauki, tapi apsal aku nampak lain ha muka kau?"
" cuba kau tengok bibir aku nih, nampak fresh kan?munggil tak? hahahah aku rembat abang aku punya lip ice pakai"
" errr.. wow sweetnye, tak sangka ade lelaki yang berani pakai lip ice, metrosexual betul la kau Zul"
Tengok!!! betapa gelinya dialog di atas untuk dibaca, apatah lagi dikarang wahai kawan-kawan, kalaulah memori zaman silam tu aku boleh delete macam delete gambar dalam thumdrive tu kan, mesti aku dah delete dah part nih dalam hidup aku.
Tapi, tak bertahan lama trend pakai lip ice tu pun, ada lah aku pakai 3, 4 kali je, lepas tu aku dah tak pakai lansung, sebab malu?? takde pun sebab malu sangat, tapi sebab aku rasa rimas.
Aku rasa macam baru lepas makan mee kari yang ada banyak minyak, pastu minyak mee kari tu melekat kat bibir aku 3, 4 jam sampai habis sekolah. Lama-lama aku rimas, aku mula lap bibir aku guna lengan baju sekolah aku. Selamat tinggal Lip Ice. Kerana dirimu begitu berharga..
***********
Selain tu, aku ada jugak try pakai 3 serangkai facial treatment mak aku, kali ni aku bukan curi-curi pakai. Mak aku yang bagi, sebab dia tak sesuai pakai set pencuci muka mentimun dan tembikai susu.
Jadi mak aku meneruskan semangat 'konon-konon' datin dia dengan pakai set muka Olay dan Estee Lauder. aku pulak menjadi tikus makmal dengan menggunakan sepenuhnya produk facial treatment mentimun dan tembikai susu jenama ape tah aku tak ingat. Yang aku ingat kat botol tu ada gambar timun dan Rock melon.
Mana mungkin aku lupa, aku dah macam anak dara Oiii..., mula-mula cuci muka guna facial foam, lepas tu keringkan dengan towel bersih kering-kering, pastu pakai toner, sapu dengan kapas muka tu... sejuk je, lepas dah kering, aku sapu plak moisturizer. Okey cukup 3 step, sepatunya ada 5 step iaitu Make up remover mula-mula dan disudahi dengan foundation.
Disebabkan aku bukanlah pelakon opera cina profesional ataupun draq queen malam rabu, maka aku tak perlulah pakai mekap remover tu kan, dan disebabkan aku masih sedar diri dan tidak mahu dicop sebagai nyah lemah gemalai bak penari inang, jadi aku pun membatalkan hasrat untuk memakai foundation. Biarkan foundation itu mengeras di situ.
errghhhhh.....simpang Malaikat 44..(tah kenapa orang selalu cakap simpang malaikat 44 pun aku taktau)
Tetapi sama la jugak dengan kes Lip ice, aku pakai 3 serangkai facial set konon-konon nak jadi Metrosexual ni pun tak lama. sampai habis isi kandungan belen dalam botol tu pun aku berhenti.
Sebab aku takda nafsu nak beli set penjagaan muka lagi, keduanya aku pun dah mula rasa pelik..
"Ape ke hal pulak aku beriya-riya nak bertoner-toner bagai? korek taik idung kat tangga sekolah jugak"
p/s sesiapa ada yang tak faham boleh kemukakan soalan di ruangan komen, jemput tekan butang LIKE FB di bawah entry ini jika anda minat dengan entry. Terima kasih untuk 2 minit hidup anda. :)



