Sambungan dari entry sebelumnya.
Selepas bekerja sebagai Marketing executive selama 3 bulan dan ditetapkan jawatan sehingga mendapat gaji RM 1685, aku kemudiannya dinaikkan jawatan menjadi Pengurus Pemasaran. Kenaikkan pangkat ini begitu pantas kerana ia adalah keperluan industri di mana pada masa tersebut aku tidak mempunyai superior, segala jawapan dan tindakan muktamad adalah daripada aku sendiri.
Kapasiti untuk membuat 'deal' dengan pembeli dari pasaraya dan pelanggan luar negara ditentukan dan diuruskan oleh aku, maka bos besar telah menaikkan pangkat pengurus pemasaran dengan gaji RM 1985 kalau tak salah aku.
Pada masa itu gaji RM 1985 bagi seorang pengurus pemasaran adalah sangat tidak masuk akal namun aku terima kerana banyak benefit lain yang aku dapat masa itu seperti claim bill telefon sehingga RM 200, claim transport seperti petrol, tol dan parking tidak melebihi RM 2000 setiap bulan, dan maintenance kereta semuanya ditanggung oleh syarikat.
Secara tidak langsungnya pada masa tersebut aku memperolehi pendapatan kasar sebanyak RM 3,500 setiap bulan. Sepatutnya aku tidak boleh menggunakan terma pendapatan kasar kerana ia adalah claim dan bukan elaun. Tapi nak bagi senang cerita guna je lah.
Disebabkan aku tidak mempunyai superior maka aku belajar semuanya tentang pemasaran dan jualan melalui pembelajaran sendiri daripada penelitian fail-fail lama. Dengan kata mudahnya aku belajar A-Z secara sendiri sehinggalah aku mahir di dalam bidang export dan urusan jualan dengan pasaraya besar seperti Giant, Mydin, Tesco dan sebagainya.
Namun kejayaan terbesar aku adalah berurusan dengan pelanggan luar negara dalam bidang export seperti menguruskan penghantaran biskut ke luar negara kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Hasil daripada kejayaan ini membuatkan pihak Mara buka mata dan menawarkan syarikat aku pergi ke Jeddah, Arab Saudi untuk menyertai pameran Food And Beverage Jeddah Saudi Arabia. Di kesempatan inilah aku dapat berjalan ke negara orang dan sekaligus membuat umrah.
Booth Pameran Pedagang Malaysia (MARA) sebenarnya kerja orang marketing macam ni lah, 10% duduk office sign surat macam bos, 90% pergi menjaja. |
Genap setahun aku menjadi Pengurus Pemasaran, aku dinaikkan lagi pangkat kepada Pemangku Pengurus Kilang dengan tambahan gaji yang diberi nama elaun memangku sebanyak RM 700 dan tambahan lebih banyak benefit claim. Waktu itu adalah tahun 2008, masa itu aku berumur 24 tahun.
***********
Okey, bermula dari waktu ini, aku dah tak nak reveal pendapatan aku untuk mengelakkan suburnya perasaan riak dan mengelakkan salah faham, tapi cukuplah aku menyatakan bahawa apabila kau mempunyai connection dengan pelanggan luar negara yang mahu mengeksport barangan buatan Malaysia membuatkan kau mempunyai banyak side income.
Pada tahun-tahun gemilang ini selain aku menjual biskut keluaran syarikat, pelanggan luar negara juga melantik aku menjadi liaison officer mereka, atau dengan kata mudahnya pemudah cara.
"Mr Zulfikar, i want oats, can you please search for me oats from Malaysia?"
"Yes Mr Babuji, of course"
"Thank you Mr Zulfikar"
"My pleasure Mr Babuji"
Hasil daripada menjadi pemudah cara pelanggan luar negara, aku mendapat banyak komisen dan tips dari mereka, hidup mewah bagaikan ayam bertelur di kepuk padi. Swipe kredit kad sana, swipe kredit kad sini, minum di coffee house dan hotel berbintang-bintang tidak terperi. Kereta pun sudah tukar, rumah pun sudah pindah, dari rumah pangsa ke double story.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, pasang dan surut, puji dan maki, atas dan bawah akhirnya aku bekerja di syarikat kilang biskut selama tujuh tahun dan kemudian 2 bulan lepas aku berhenti dari syarikat tersebut dan memulakan langkah dalam perniagaan sendiri.
Kini aku membuka company pemasaran sendiri untuk mencuba nasib dalam industri pemasaran, dalam sebulan dua lagi selesailah urusan menyediakan premis dan sudah boleh beroperasi. Aku harapkan dengan berbekalkan pengalaman dan rezeki Illahi, aku akan berjaya dalam bidang pemasaran dan jualan ini.
Sebenarnya aku ada rahsia, aku rasa aku dah tak pandai nak buat kerja lain, nak jadi akauntan ke, nak jadi pengurus operasi ke, nak jadi pekebun ke, aku dah stuck dalam dunia Sales and marketing. Kalau suruh aku buat kerja data entry atau kerja-kerja clerical lain mesti aku terkulat-kulat, mungkin aku boleh belajar balik tapi aku rasa aku tidak akan sebagus dalam dunia sales.
Untuk adik-adik bakal graduan universiti, aku nak nasihat sikit, tak kiralah kerja apa pun yang korang dapat lepas keluar dari universiti, korang kena buat yang terbaik dalam bidang yang korang ceburi, jangan buat kerja banyak merungut. Buat kerja sampai faham dan bina connection dengan player industri.
Dulu aku tak percaya langsung dengan mutiara kata "it is not about what you know, it is who you know" tapi lepas 7 tahun duduk dalam industri, memang betul lah benda tu, membina kepercayaan orang lain terhadap engkau akan buatkan engkau lebih senang berurusan dalam industri.
Tapi who you know, who you know jugak, kalau dah bodoh macam sampai buat quotation pun tak reti, baiklah duduk je rumah meratapi nasib tunggu harta pusaka. Itupun kalau mak bapak kaya, kalau tak kaya eh malaslah nak cerita dah, dah habis idea.
Okey, sampai sinilah dulu aku nak cerita tentang biography diri sendiri, sebenarnya aku tulis ini selain daripada menjadi bahan bacaan, ia juga adalah sebagai simpanan kenangan. Bukan semuanya kita boleh ingat dalam bentuk memori.
Kalau takdir tuhan blogspot ni bertahan sehingga berpuluh tahun, bolehlah aku datang balik ke sini membaca rentetan hidup. Tak payahlah aku nak upah ghost writer untuk tuliskan biografi aku sendiri jika satu hari nanti aku berjaya dalam hidup.
********tamat********
p/s Dah taknak sambung dah kisah kerjaya, malas, tutup buku lama buka buku baru, org putih kata move on.
p/s Aku rasa kalau masa hadapan aku jadi datok ahli politik, mesti takde benda dah aku nak sembunyikan, semua ada dalam blog ni.
p/s Aku ada banyak gambar kat Arab Saudi, tapi malas letak banyak-banyak sebab masa tu aku gemuk gila. Sekarang pun gemuk jugak tapi takdelah gila macam dulu. Malas letak nanti kena cerca masyarakat.
semoga success Ikar.. dan luangkan masa utk menulis ok!!
ReplyDelete:-) kalau tuan dah berjaya esok2... Sbg ahli perniagaan ka. Ahli politik ka... Datok ka... Orang besar ka, tuan jgn lupa kisah naugang atap tu ya tu...
ReplyDeletetahniah atas pembukaan syarikat sendiri! :)
ReplyDeleteWah. Tahniah. Ikar esok-esok kalau dah berjaya dalam perniagaan, masih main twitter lagi tak?
ReplyDeleteakhirnya muncul jugak kau dalam blog yer Nyah.. apapun kagum dengan kau.. sebab ko berjaya bukan sebab kilang biskut tu warisan moyang atau atuk nenek tapi kau bekerja.. nak kata Zero sangat tak la.. tapi dari biasa kepada keadaan semakin bukan biasa biasa dah... Semoga bisnes kau nanti berkembang mekar seiring dengan badan kau jugak yer Nyah... Moga Allah limpah kurniakan rezeki dari usaha gigih kau tu.. Sebagai kawan aku doa dari jauh.. doa dekat2 kang kau tahu lak aku kawan yang baik selama ni. hahahahaha
ReplyDeleteCongrate Bro Ikar...semoga lbh success dlm hidup bila dh ada bisnes sendiri nih...klau rasa nk hire accountant, cari I ye? heheheee.....
ReplyDeletehebatnya seorang Zulfikarhazri... =)
ReplyDeletethanks for this entry.. membuatkan diriku lebih bersemangat dan rajin bekerjaaa \0/
aku baca entri ni, aku pun terus jadi bersemangat
ReplyDeletesetiap usaha pasti ada hasilnya.. percaya pada diri sendiri.. pasti akan berjaya... cayok..cayok...
ReplyDeletetahniah bro, semoga terus sukses.
ReplyDelete- Noob
Raising this rank is so fast, http://smartessayrewriter.com/blog/important-facts-about-our-dissertation-proofreading-service because it is an industrial demand, when there is no superiority at that time, all the answers and final actions come from me
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny