Ramai bertanya pendapat aku tentang isu Memboikot Mcdonald kerana kata mereka Macdonald menyumbang keuntungan kepada Israel, dan Israel membeli peluru menggunakan duit Mcdonald membunuh Anak-anak Islam.
Aku bukanlah peminat makanan fastfood pun, kalau korang yang kenal aku secara peribadi, atau baca entries lama aku, korang akan kenal yang aku ini adalah seorang Melayu biasa, budak suburban peminat nasi campur dan mamak.
Dan aku tiada untung sikitpun, takde sesiapa yang nak bayar aku supaya berkempen bagi organisasi fastfood. Ia bukan berkenaan nak justify perbuatan, sebab selama ini sepanjang ingatan aku, aku tak pernah pergi beratur dekat mana-mana fastfood samada macdonald ke, Baskin Robin ke, KFC ke apa ke untuk ambil makanan percuma.
Aku tiada masalah dengan apa juga bentuk kempen yang menjurus kepada kebaikan ummah, pengguna dan kesihatan, cuma aku merasa sedikit terganggu dengan kebodohan statement di bawah, yang disebarkan di Twitter dan Facebook.
"Mcd akn bg 200k burger FREE esk & tlg jgn ambil krn seolah mahu menyambut kegembiraan ats yg berlaku di Gaza. Tlg sebarkn msj ni kpd semua" (ini mesej yg tersebar di Twitter dan Fb)
Serius, ada ke satu organisasi yang membuat keuntungan dari menjual burger di negara majoriti Islam, sanggup bagi burger free kepada orang Islam kononnya demi menyambut kegembiraan apa yang berlaku di Gaza?
Secara seriusnya anda fikir, adakah benda macam itu berlaku? tak ke korang rasa benda itu terlalu hyperbola dan kedengaran bodoh?
Contohnya, Mcdonal jual burger, cari keuntungan di Malaysia negara majoriti islam, yg mana umat islamnya dah pandai cari maklumat dan dengar berita pasal isu-isu semasa dan tau pasal isu Gaza, tetiba Mcdonal bagi burger free nak celeberate apa yg berlaku di Gaza, seoalah-olah macam orang Islam Malaysia ni bodoh sangat.
Korang ni memang betul-betul dapat fakta sahih memang Mcdonald bagi Mcmuffin besok kerana meraikan peperangan di Gaza, atau korang main reka cerita je sebab korang nak orang ramai-ramai support kempen korang?
Don't get me wrong, Mungkin kempen itu bagus untuk matlamat kesihatan dan mengelakkan organisasi asing mengawal pasaran makanan negara kita, tetapi tolonglah aku, janganlah berhujah dengan fitnah demi mencapai kejayaan kempen korang.
Secara seriusnya anda fikir, adakah benda macam itu berlaku? tak ke korang rasa benda itu terlalu hyperbola dan kedengaran bodoh?
Contohnya, Mcdonal jual burger, cari keuntungan di Malaysia negara majoriti islam, yg mana umat islamnya dah pandai cari maklumat dan dengar berita pasal isu-isu semasa dan tau pasal isu Gaza, tetiba Mcdonal bagi burger free nak celeberate apa yg berlaku di Gaza, seoalah-olah macam orang Islam Malaysia ni bodoh sangat.
Korang ni memang betul-betul dapat fakta sahih memang Mcdonald bagi Mcmuffin besok kerana meraikan peperangan di Gaza, atau korang main reka cerita je sebab korang nak orang ramai-ramai support kempen korang?
Don't get me wrong, Mungkin kempen itu bagus untuk matlamat kesihatan dan mengelakkan organisasi asing mengawal pasaran makanan negara kita, tetapi tolonglah aku, janganlah berhujah dengan fitnah demi mencapai kejayaan kempen korang.
Dan apa kata, kalau benar-benar niat Mcdonald memang ikhlas nak bagi sumbangan 'social contribution' kepada pelanggan setia?
Semangat Islam itu bagus, semangat berjuang itu bagus, Islam itu syumul, Islam Itu Wasathiah, Islam itu Agama yang datang dengan bukti dan hujah, tanpa bukti dan hujah, tiadalah beza islam dengan agama jahiliyah.
Sebagaimana Yahudi itu dilaknat Tuhan, Fitnah itu juga dilaknat Tuhan.
*************tamat***************
p/s Untuk Hujah lebih detail dan menyeluruh, sila klik entry lama ini yang bertajuk ---> Isu Coke Haram dan Boikot Barang Yahudi.
p/s Korang jangan bimbang, aku takkan beratur untuk ambil burger benjo mekdonal free esok pagi, bukan support kempen, tapi aku memang bukan jenis manusia yang sanggup beratur panjang berjam-jam semata-mata nak makan berger free. Sama macam kes baskin robin hari tu.
p/s come on lah, kalau korang betul-betul insan yang berfikiran terbuka, korang tak perlu bantuan orang pun, korang boleh fikir masalah ini secara common sense.
p/s kita mungkin tidak mampu bantu mereka secara fizikal, tapi mari kita sama-sama bersolat hajat, Qunut Nazilah, berdoa dengan ikhlas kepada Allah demi kesejahteraan Saudara Islam kita di Palestin khususnya Gaza, dan Syria, Rohingya dan lain lain tempat, Hanya Allah swt sahaja boleh membantu mereka tatkala kita terkekang oleh kelemahan dan kesenangan dunia.
p/s Aku menyokong kempen boikot barangan Yahudi tanpa pra syarat dan prejudis. Tetapi kempen yang benar-benar sahih didatangkan dengan bukti, bukan hanya rumors yang tidak bertepi.
seriously? orang percaya camtu? i thought people are smart enough to think nowadays. -__-
ReplyDeleteserius, tadi masa awak takde dekat Twitter, diorang semua lumba2 sebarkan benda mcm ni, banyak lagi yang tak masuk akal, tapi yang atas ni paling mengarut.
DeleteWell sai, zul.. :)
ReplyDeleteWell said.. :)
Deletekalau bagi free burger tu lagi sedap dari yang biasa beli okler.. tapi takde maknanya nak beratur bagai.. buang masa je..
ReplyDeletekah kah kah... aku dah tweet pasal breakfast free McD nie minggu lepas. Depa dah kabo awal awal dalam paper.
ReplyDeleteTapi aku pun sama macam hang, bukan jenis rajin nak beratur panjang panjang sebab nak benda free...
dan pagi tadi, aku berjaya melihat sebiji kereta termasuk dalam parit kerana menyelit nak parking di McD.
hmmm..takde apa nak cakap..sebab menda ni kan, aku perhati bila hujung tahun dan awal tahun memang akan diwar-warkan secara berleluasa..pastu nanti dah lama sikit terus senyap..
ReplyDeleteaku cuma mampu mendoakan semoga penderitaan umat Islam kat sana tu akan berakhir satu hari nanti..insyaAllah..aku yakin mereka-mereka yang telah terkorban semuanya adalah para syuhada yang mati syahid dan insyaAllah syurga tempat mereka nanti..semoga roh mereka dirahmati Allah..
Seb baek kat twitter aku tak follow org camtu... Kalo tak, mesti semak timeline aku... Begitu juge fb... Tak kuase nak like/add orang2 camtu... Haha... Semak semak...
ReplyDeletebkn semak tp patt hntr.sebagai bntahan.untk mcd tidak lagi kerjasama dgn israel.
Deletesya pn x minat sgt fast food ni.. hanya ice-cream je.. rsanya xde sangkut paut pn Gaza dgn McD.. ini strategi prniagaan je.. kta hanya mampu mndoakn yg terbaik utk Gaza.. semoga ALLAH mmbukakn jln utk mghentikan semuanya.. bab McD ni pulak.. org yg mnyebarkn cerita ni x fikir ke.. brburuk sangka satu hal.. fitnah satu hal.. dh jd 2 prka.. ish3.. semoga Malaysia trus aman dn d sentiasa di bwh lindunganNYA.. Amin..
ReplyDeleteada juga rakan-rakan yang mengaitkan pemberian percuma ni dengan agenda yahudi..saya memang tak terfikir langsung...dan saya tak pergi pun ..malas beratur panjang :-)
ReplyDeletesekiranya betul mcm mana.mcd bkn meraya kan.tapi takut jika bisnes merudum jatuh.bagaimana.kita boleh boikot untk tnjuk bntahn demi rakyat palestin.itu aja termampu.sekian wasalam
ReplyDeleteAku pon setuju statement tu..Tapi x setuju org sanggup nak beratur mcm xmampu nak beli rm 4 tuH!! miskin ke rakyat Malaysia?
ReplyDeletebiar la dah ada org pilih nak prcaya McD bagi burger tu seolah nak raikan raid on Gaza.. ko tak bleh nak cakap statement tu bodoh.. dia cakap kat situ "seolah".. paham la sikit.. ke ko yg bodoh sebenarnya? :S
ReplyDeletebutuh la ko...ko ikut org je
Deleteentahlah, kalau ada ramai org macam Anon 9.55 , baru islam maju kot. pandai sangat.
DeleteAnon 9:55 so kau agree laa kes boikot McD ni based on 'assumption' je ye? I must say..mmg typical & narrow minded betul la. Kenapa boikot-memboikot ni bermusim je ye?
Deletesemalam aku pergi mcd bangsar dekat ngan bangsar village tak ramai orang kot ...laju jer orang gerak walaupun beratur...aku pusing 3 kali puas aku sarapan makan mc muffin
ReplyDelete-nabil fikran
assalam :)
ReplyDeletewell said mr :) i also agree with u.. i also support Gaza n boycott zionis.. but still sad.. becoz not enough proof or evidence that mcd n so on are zionis product..
but i will still find the truth n support gaza