Showing posts with label pedapat. Show all posts
Showing posts with label pedapat. Show all posts

November 19, 2012

Sarapan Percuma Benjo McD dan Gaza.

Assalamualaikum,

Ramai bertanya pendapat aku tentang isu Memboikot Mcdonald kerana kata mereka Macdonald menyumbang keuntungan kepada Israel, dan Israel membeli peluru menggunakan duit Mcdonald membunuh Anak-anak Islam.

Aku bukanlah peminat makanan fastfood pun, kalau korang yang kenal aku secara peribadi, atau baca entries lama aku, korang akan kenal yang aku ini adalah seorang Melayu biasa, budak suburban peminat nasi campur dan mamak.

Dan aku tiada untung sikitpun, takde sesiapa yang nak bayar aku supaya berkempen bagi organisasi fastfood. Ia bukan berkenaan nak justify perbuatan, sebab selama ini sepanjang ingatan aku, aku tak pernah pergi beratur dekat mana-mana fastfood samada macdonald ke, Baskin Robin ke, KFC ke apa ke untuk ambil makanan percuma.


Jika Hujah Korang kata =  "alah Mcd bagi sarapan free sebab takut tak laku lah tu, tu yang bagi berger free nak pujuk orang Malaysia makan kat tempat dia" okey itu aku boleh terima, tapi fitnah cakap ia menyambut kegembiraan apa yg jadi kat Gaza, aku rasa ada something wrong dalam kenyataan dan jiwa korang.


Jenazah Ahmad Al Jaberi, pemimpin Tentera Palestin (Hamas)  yang telah dibom secara terang-terang oleh  zionis laknatullah, Innalillahiwainnahilairajiun.  Ini tentang perang nyawa manusia, bukan perang burger! 

Aku tiada masalah dengan apa juga bentuk kempen yang menjurus kepada kebaikan ummah, pengguna dan kesihatan, cuma aku merasa sedikit terganggu dengan kebodohan statement di bawah, yang disebarkan di Twitter dan Facebook.

"Mcd akn bg 200k burger FREE esk & tlg jgn ambil krn seolah mahu menyambut kegembiraan ats yg berlaku di Gaza. Tlg sebarkn msj ni kpd semua" (ini mesej yg tersebar di Twitter dan Fb) 


Serius, ada ke satu organisasi yang membuat keuntungan dari menjual burger di negara majoriti Islam, sanggup bagi burger free kepada orang Islam kononnya demi menyambut kegembiraan apa yang berlaku di Gaza?

Secara seriusnya anda fikir, adakah benda macam itu berlaku? tak ke korang rasa benda itu terlalu hyperbola dan kedengaran bodoh?

Contohnya, Mcdonal jual burger, cari keuntungan di Malaysia negara majoriti islam, yg mana umat islamnya dah pandai cari maklumat dan dengar berita pasal isu-isu semasa dan tau pasal isu Gaza, tetiba Mcdonal bagi burger free nak celeberate apa yg berlaku di Gaza, seoalah-olah macam orang Islam Malaysia ni bodoh sangat.

Korang ni memang betul-betul dapat fakta sahih memang Mcdonald bagi Mcmuffin besok kerana meraikan peperangan di Gaza, atau korang main reka cerita je sebab korang nak orang ramai-ramai support kempen korang?

Don't get me wrong, Mungkin kempen itu bagus untuk matlamat kesihatan dan mengelakkan organisasi asing mengawal pasaran makanan negara kita, tetapi tolonglah aku, janganlah berhujah dengan fitnah demi mencapai kejayaan kempen korang.

Dan apa kata, kalau benar-benar niat Mcdonald memang ikhlas nak bagi sumbangan 'social contribution' kepada pelanggan setia? 

Semangat Islam itu bagus, semangat berjuang itu bagus, Islam itu syumul, Islam Itu Wasathiah, Islam itu Agama yang datang dengan bukti dan hujah, tanpa bukti dan hujah, tiadalah beza islam dengan agama jahiliyah.

Sebagaimana Yahudi itu dilaknat Tuhan, Fitnah itu juga dilaknat Tuhan.


*************tamat***************


p/s Untuk Hujah lebih detail dan menyeluruh, sila klik entry lama ini yang bertajuk ---> Isu Coke Haram dan Boikot Barang Yahudi.

p/s Korang jangan bimbang, aku takkan beratur untuk ambil burger benjo mekdonal free esok pagi, bukan support kempen, tapi aku memang bukan jenis manusia yang sanggup beratur panjang berjam-jam semata-mata nak makan berger free. Sama macam kes baskin robin hari tu.

p/s come on lah, kalau korang betul-betul insan yang berfikiran terbuka, korang tak perlu bantuan orang pun, korang boleh fikir masalah ini secara common sense.

p/s kita mungkin tidak mampu bantu mereka secara fizikal, tapi mari kita sama-sama bersolat hajat, Qunut Nazilah, berdoa dengan ikhlas kepada Allah demi kesejahteraan Saudara Islam kita di Palestin khususnya Gaza, dan Syria, Rohingya dan lain lain tempat, Hanya Allah swt sahaja boleh membantu mereka tatkala kita terkekang oleh kelemahan dan kesenangan dunia.

p/s Aku menyokong kempen boikot barangan Yahudi tanpa pra syarat dan prejudis. Tetapi kempen yang benar-benar sahih didatangkan dengan bukti, bukan hanya rumors yang tidak bertepi.


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...