Sempadan peribadi, atau dalam Bahasa Inggerisnya privacy, isu ini adalah isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan bagi pasangan yang bercinta sejak dari zaman dulukala.
Definisi privacy sering kali disalahertikan oleh pasangan kekasih, dan seringkali yang matang akan mengikut yang kurang matang dalam menetapkan sempadan peribadi masing-masing.
Bila cerita pasal batas peribadi ini, aku selalu teringat cikgu aku masa darjah 5. Dia ada ajar pengetahuan am tentang zone keselesaan diri / sempadan individu.
" kelas, awak tau tak, selain dari keperluan makanan, minuman,perlindungan dan banyak lagi, manusia ni ada satu lagi keperluan dia?"
" apa dia cikgu?"
" Hak ruang individu"
" apa tu cikgu?"
" Macam satu ruang di sekeliling tubuh awak, yang awak tak benarkan orang asing untuk masuk, senang kira ukuran dia sehasta dari tubuh awak, bila ada orang dekat sangat dengan awak, awak akan rasa tak selesa dan secara semulajadi awak akan anjakkan diri awak dari orang itu"
" Owhh maknanya macam kawasan untuk diri sendiri rasa selesa la cikgu ye?"
" ye, betul tu, walaupun hukum agama cakap tak boleh sentuh bukan mahram, tak boleh pukul orang, tak bermakna awak boleh tenung muka dia setengah inci dari muka awak, kalau awak sendiri pun rasa tak selesa kan?
" ok paham cikgu paham"
************************
Dalam kehidupan berumahtangga dan berkasih-mesra, manusia bukan 24 jam mahukan intimacy atau bahasa pasarnya cuddling, ada masa dia nak kehidupan normal dia,dia nak berak, makan, rehat, bersukan, kerja, ibadah dan sebagainya.
Maknanya, kalau ada masa pasangan kau macam taknak bercuddling dengan kau,tak bermaksud dia dah tak sayang kau, cuma dia nak bagitahu bahawa....
"walaupun kita dah jadi satu pasangan hidup namun tak bermakna saya serahkan hidup saya pada awak" atau " tak bermakna saya perlu menjadi awak"
aku suka ambil contoh mak ayah aku, walaupun mereka bukan pasangan ternama, tapi bagi aku mereka adalah contoh terbaik dan terapat pada aku. Sepanjang aku hidup dengan mereka,aku tak pernah tengok Mama selak wallet abah sesuka hati tanpa sebab, dan yang lebih respect, abah pun tak pernah selak purse mama sesuka hati.
Lagi aku kagum, abah kalau ada hal nak ambil benda penting dalam purse mama, dia akan ambil purse, serah pada mama dan cakap "awie, bak sini Lesen kamu, Yeop nak hidupkan, kamu tak pernah nak cek lesen kamu mati ke hidup?kamu ni awie...bla bla bla bla"
Dan keluarga kami pun menerapkan konsep "menghormati zon keselesaan individu secara komprehensif" mama dan abah takkan masuk bilik kami sesuka hati, anak-anak pun tak masuk terjah bilik mama abah. Malah nak guna bilik air master bedroom diorang pun siap tanya dua tiga kali, baru lah guna.
************************
Dengan dunia moden yang mencabar ini, maka manusia didedahkan dengan pelbagai social network seperti Blog, Facebook, Skype, Email dan Twitter.
Dan aku sebagai golongan dewasa muda yang membesar di antara dua zaman mula merasa pelik dengan anak-anak muda zaman sekarang ini yang mengukur nilai kesetiaan pasangan melalui kesanggupan berkongsi Password...
"Password twitter, facebook u semua kena bagi kat i, kenapa u taknak bagi? u nak sorok-sorok yang u nak flirting dengan makwe lain? kalau u betul-betul jujur buat apa takut nak kongsi?"
1) Kadang-kadang, ada lelaki yang betul-betul jujur, dia tak menggatal dengan sesiapa,tapi dia memang jenis taknak bagi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain hatta makwe dia sendiri. Mungkin itu prinsip dia yang telah ditanamkan dari kecil. Mungkin dia tak rasa selesa nak bagi hak dia pada orang lain.
2) mengelakkan fitnah - mungkin ada spam email web gay ke, atau kawan lelaki dia buat lawak hantar email cerita gay, gambar lelaki gay bogel ke, pastu kau baca kau terus reka cerita dalam minda yang pakwe kau closeted gay.
3) Kadang-kadang dia tak nak bagi sebab mahu mengelakkan salah faham berlaku, mungkin dia tak pernah menggoda orang lain, tapi orang menggoda dia, bagi email lucah dan gambar lucah, dia tak reply pun, lepas tu awak buka email dia, awak tak sempat nak siasat betul-betul terus nak mengamuk, udah gaduh.
" U memang, jantan tak guna, ni kenapa ada gambar betina garik hantar gambar tetek dia dekat u ni? u ada skandel dengan dia eh? i dah agak dah, i dah agak dah, sebab tu yang u tak boleh berenggang langsung dengan facebook u kan? sebab tetek ni lah kan?"
" mana ada sayang, saya tak pernah contact dia pun, dia ni minat kat saya, dia selalu email saya gambar-gambar bogel, selalunya kalau i bukak email, nampak nama dia, i tak bukak email tu,i terus delete. Semenjak u pegang password i ni, u yang bukak kan? skrg u nak tuduh i menggatal pulak. U ni dah hilang akal ke apa?"
" I taknak dengar alasan u, i tak percaya apa yang u cakap!"
" kita clash!"
*****************************
Macam zaman sekolah dulu, kita mesti ada sorang kawan-kawan yang pemurah,dia selalu belanja kita jajan tapi awas,jangan sesekali kongsi air tin dia, mesti mengamuk dan merajuk dia nanti. Bukan bermakna dia taknak kongsi air tin dia itu dia kedekut, cuma dia tak biasa nak berkongsi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain, kalau nak sangat dia boleh belanja lain.
Amat malanglah pasangan yang mengukur nilai kesetiaan dan pengorbanan pasangannya itu dengan kayu pengukur social network. Amat malanglah pasangan yang mengukur kejujuran pasangannya dengan kesanggupan mahu berkongsi password akaun atau tidak.
Bukan semua benda dalam dunia berpasang-pasang ni kau nak kena kongsi, cuba fikir kenapa bilik air dalam bilik kelamin itu ada pintu? kalau nak ikutkan berkongsi segalanya, tiada lagi rahsia, maka tak perlulah nak berpintu-pintu bagai. Biar je terlapang macam tu. ha inilah analogi hendak menerangkan tentang sempadan peribadi, atau privacy atau zon keselesaan diri.
Cuba fikir kenapa bila makan nasi, masing-masing nak guna pinggan sendiri sorang satu, padahal kalau nak fikir pasangan sehidup semati semua berkongsi,baik bubuh nasi banyak-banyak dalam satu pinggan makan kongsi, suap-menyuap sepanjang hari, sepanjang tahun sehingga mati kan?
Eh aku sekali lagi rasa benda ni common-sense dan aku telah merugikan masa aku membebel benda yang tak perlu nak diajar pun, korang semua dah besar dan boleh fikir masalah ini sendiri.
Pokok pangkalnya, jika anda ada prinsip tentang hak sempadan peribadi / privacy anda yang telah anda amalkan sejak kecil dan ia adalah nilai murni, anda patut bangga mempertahankannya. Anda jangan takut untuk mempertahankan hak sempadan peribadi anda. Kerana keperibadian individualistik itu adalah hak milik setiap insan.
************tamat**************
![]() |
Gaya aku menulis, tangan yang hadang tu bukan habit,tapi konon nak nyorok taknak orang baca apa aku tulis. Lokasi Ikea. |
p/s Mak aku tak pernah tau nombor pin atm bapak aku,dan bapak aku tak pernah tau nombor pin mak aku.
p/s aku bersyukur dapat makwe yang memahami dan sependapat dgn aku,dia tak pernah timbulkan hal nak mintak no password akaun social network dan dia pun tak suka org mintak2.
p/s Ya, aku sejak kenal dunia internet dulu lagi, aku tak pernah bagi password akaun aku kepada sesiapa hatta makwe, adik beradik, dan sahabat andai dan itu adalah Sempadan peribadi aku.