September 16, 2011

16 September : Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala Yang Menentukan


Assalamualaikum...

Kali ni mari kita memahami tentang 16 september secara rakyat kebanyakan, bukan sebagai Professor sejarah.

Apalah gunanya Jargon dan kebongkakan citation dari peristiwa bersejarah jika matlamat penulisan itu tidak sampai kepada pembaca.



*******************************

16 September 1963

Sabah, Sarawak dan Singapura menganggotai Negara Malaysia

Sebelum Itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Kerana penubuhan Malaysia, Indonesia melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' kerana mereka bengang Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Malaysia. berlaku konfrontasi awal, tapi tentera Malaysia bukan penakut. Tak goyang dengan Tentera Indonesia. Tak jadi perang besar sebab ada resolusi perjanjian damai antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di London.

Brunei sepatutnya masuk ke dalam Malaysia tapi tak jadi, withdraw dan tubuh negara daulat sendiri sebab rakyat tak setuju.

Singapura kemudian tarik diri dari Malaysia pada Tahun 1965, hasil dari gerakan Politik parti PAP dan cetusan Idea Presiden Lee kuan Yew. Sudah dapat kemerdekaan, Malaysia tiada berguna lagi.

Malaysia sejak dari 1963 telah dipimpin oleh Barisan Nasional di peringkat persekutuan. selain itu Dewan Undangan Negeri selain dipimpin oleh BN, dipimpin jugak oleh DAP, PKR, PAS dan Pakatan Rakyat. 

Sehebat-hebat Tentera Indonesia, Segarang-garang Filipina, Se-Kiasu mana Lee Kuan Yew, mereka pernah tunduk kepada Malaysia.

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

**************************
16 september 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Bekas Menteri Kewangan, Bekas Presiden ABIM, Bekas Timbalan Presiden UMNO, Bekas Banduan, Suspek Kes Liwat, Ketua umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat telah mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan bertukar mandat dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat hasil dari wakil Rakyat BN seramai 30 orang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Dengan Itu, secara automatiknya akan membuatkan  DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-Enam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badwi.

Sehingga kini dah 3 kali 16 september, nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim Masih belum menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan kepada rakyat yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Dan Perdana Menteri Ke-6 menjadi milik Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menggantikan Paklah.

Sehebat-hebat pidato, setinggi-tinggi melangit keyakinan diri, seHavoc mana so-called Gelombang Rakyat, sehebat mana permainan politik, Manusia masih hamba Tuhan.

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

*****************************
16 september 2011

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa Akta keselamatan dalam negeri atau Internal Security Act atau ISA dimansuhkan.

Satu Giant-Leap kepada Iklim Politik Malaysia. Lepas ni mungkin semua ahli politik boleh berkempen apa sahaja dan tidak lagi bimbang di cekup polis ke dalam ISA. Tahniah Rakyat Malaysia, kerana suara rakyat marhaen telah didengari oleh pemimpin Negara

Pemansuhan ini membuatkan modal kempen Pakatan Rakyat semakin kurang.

Nampaknya Liga telah hampir sama, Tiada lagi advantage dalam isu ISA sebab dah mansuh, tiada lagi isu Negara Islam sebab Pas dah isytihar tiada lagi perjuangan negara Islam, hanya ada negara kebajikan. UMNO peluk cium MCA dan MIC, PAS peluk cium DAP dan PKR. Mereka Cakap Dr Mahathir Zalim,  Tapi Mat sabu komunis. UMNO sekular, Pas Ambiga. tapi ingatlah..Matlamat tidak menghalalkan cara.

Beban pembuktian terhadap Attorney General Tan Sri Abd Ghani Patail, Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar dan  Menteri Keselamatan dalam negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussien akan makin berkurang sebab tak payah nak pikir jawapan nak jawab soalan pasal ISA lepas ni.

Semua orang dapat Credit dari pemansuhan ISA, Ds Najib dapat pujian, Pakatan rakyat dapat pujian dan rakyat dapat pujian.

16 september ini, Datuk Seri Najib masih Perdana Menteri ke-6, dan DS Anwar Ibrahim masih ketua pembangkang.

Sehebat mana BN memegang tampuk pemerintahan, selama mana Kerajaan persekutuan tidak bertukar, seramai mana tahanan ISA, sekuat mana tembok Kamunting, Manusia Tetap Hamba Tuhan 

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

****************************

Ok isi dah habis, ini adalah pesanan penulis kepada pembaca

1- Sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas dan belum daftar mengundi, tak payah ajak aku berdebat pasal politik negara, sebab sembang korang sembang kosong, korang bukan boleh buat apa-apa perubahan pun samada di pihak kerajaan atau pakatan rakyat. sembang no point!

2- Blog Rasa Hati bukan Blog politik dan fitnah. Jangan masuk sini nak jadi orang gila meroyan maki hamun tak tentu pasal, sila tengok keindahan pengomen-pengomen sebelum ini, semua komen berilmiah dan berbudi bahasa.

3- Kawan-kawan, jangan Panik dan phobia sangat dengan Politik, politik adalah salah satu hak rakyat. pendapat mungkin berbeza, korang nak sokong siapa itu hak individu sebagai rakyat Malaysia yg demokrasi, korang nak bagi pendapat apa itu hak masing-masing sebagai manusia cuma satu pesan aku - Don't be harsh dan Jangan memfitnah.

4- 16 september adalah cuti Umum seluruh Malaysia.

5- Jom tengok Video Kempen Jom Mengundi  UNDILAH di bawah.....




P/s " Tuan Penasihat, semua undang-undang baik, bila dia nak marah?" " ini malam dia tidur di kandang kuda dia pasti marah" - Tuan Sadiq Sigaraga & Tuan penasihat 25% Kasim Pantalon, filem Tiga Abdul.

Update : tukar tajuk dari asal '16 september'

14 comments:

  1. entry nei kalau pakai tajuk "Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan" pun okey gak.heheheh.


    p/s : cop dah daftar ngundi.

    ReplyDelete
  2. dh daftar, tp tak pandai ar nk berdebat psl politik, yg penting harapan semoga negara tetap aman, tu je

    ReplyDelete
  3. kalau ko jadik cekgu sejarah aku masa form 3 dulu,mesti aku tak dapat C subjek sejarah PMR hehehehehe

    ReplyDelete
  4. aku suka subject sejarah..lalala
    aku dah daftar mengundi..lalala

    sehebar mana pun para ahli politik tu berhujah..dengan kuasa rakyat..dia la yang dapat memegang tampuk pemeritahan.
    inilah yg dikatakan negara parlimen berpelembagaan atau negara sistem demokrasi berparlimen.

    ReplyDelete
  5. ISA tiada maka modal pembangkang semakin berkurang cuma modal Komunis yang tinggal...

    Bukan blog politik kepada aku lebih kepada info2 yang berguna untuk di baca...hak masing2 apa salahnya untuk menulis.

    Hak untuk menyokong mana2 parti itu tiada masalahnya cuma bila terlalu fanatik maka segala macam hujah di keluarkan walaupun tahu tiada bermakna sangat pun...

    Bukan semua yang menyokong itu betul dan bukan semua yang di bangkang itu salah cuma kalau boleh bersederhana dan berpada-pada...

    Kalau benci sangat gunakan kuasa undi yang kita miliki...mudahkan!

    ReplyDelete
  6. wei ikar..tahun 1963 PKR dah ade ke?bukan PKR baru ade masa Pak Nuar tu kena tahan ISA ke?eh?aku pun tak pasti le sebab aku kurang amik tahu hal politik walaupun nama aku dah didaftarkan oleh puteri Umno masa aku form6..(-_-")


    aku setuju pendapat ko..sokonglah mane2 pun tapi jangan terlalu biadap menggunakan bahasa kasar konon nak berhujah mempertahankan parti yg disokong dan membangkang parti yang dibenci..


    aku ade sorang kawan yg terlalu fanatik dengan sebuah parti islamik..asyik ngepost kat facebook pasal politik dan maki kerajaan..aku rasa macam nak tampo2 je die..konon kuat agama..tapi dok memaki-maki..ntah hape2..(-_-")

    ReplyDelete
  7. sebab tu aku tak tulis pasal politik kt blog aku nyah.. 1 aku x daftar mengundi sebab aku masih gadis sunti 15 tahun.. (Statement minta kena pulas pusat), kedua aku memang tak reti nk ckp bab politik.. ke 3 aku cuma 1 je parti.. iatu parti oren tp parti tu takde kt Malaysia.. erkk.. tu pati oren. :D

    ReplyDelete
  8. tak terkomen.. terkelu ade la.. entry baik.. sama rasa.. sama dapat!

    ReplyDelete
  9. aku dah daftar mengundi. lama dah. siap tak puas hati lagi dulu aku penat2 balik nak mengundi sesak2 semua, kata nak bagi elaun perjalanan sampai harini tak dapat2. keji.

    aku tak suka sejarah. sebab sejarah semua cerita bende modified kasi nampak macam bagos.

    macam zaman sekarang. cuba kalo kita boleh tengok mase depan, try check buku sejarah masa depan. ada ke bende2 yang terjadi skang ni dorang nak reveal semua?

    ReplyDelete
  10. betul2,,sume ada pendpt masing2 kan,,tak mo lah sembg kosg,,,kene ada fakta jugk klu nak fight kan,,,

    tak mo gaduh2,,psl politik pun bleh bunuh2 ooo,,bhya dan sunggh tak demokrasi,,,fanatik gile

    ReplyDelete
  11. Elyana : tukar tajuk sebab awak cdgkan...

    Jue : bagus bagus2....

    NOI : hehehe, sejarah kan best.. to cikgu sejarah tak dinafikan membosankan...

    pjah : betul.. hebat manapun.. rakyat yang lantik dia jd pemimpin.. bukan sebab dia ada darah keturunan raja..

    Republic aku : kalau fanatik..boleh jadi lunatik....

    Cik Sha : betul la tu ko ckp PKR takde masa 1963...

    'Ayat aku kat atas tu berbunyi SEJAK'

    maknanya sejak 1963 sampai skrg ni kerajaan negeri telah dipimpin oleh bermacam parti.. maseh :)

    Lekat Lekit : hahh??? umur 15tahun??? muda betul la ko ni nyah.. terkejut mak... :P

    sam banjamin : padan muka tuan kasim pantalon tuu

    Aslina : aku suka sejarah.. dan sejarah yg aku tau bukan dari satu sumber pihak menang je, aku baca buku sejarah yg ditulis oleh DAP, pembangkang dan aku dengar sejarah dari primary source iaitu org tua2...org tua2 takkan join konspirasi gak kot?

    missina : Fanatik ni elok di kurung dalam kandang dengan monyet kan.. hahaha

    ReplyDelete
  12. 16 September 2011..
    Orang ramai galak menyambut di Dataran Merdeka tapi aku terbaring lesu di rumah..

    ReplyDelete
  13. PKR,PR dah ada pada masa tuh..? kesian...salah sangka nih.atau nak bagi sedap cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEJAK 1963... sejak itu hingga sekarang, mungkin awak kurang paham penggunaan perkataan sejak kot.

      Delete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...