December 9, 2011

Mitos Suami Menjadi Anak Susuan

Assalamualaikum...

Masalah Ibu susuan ini adalah Urban Legend. Masalah ibu susuan adalah masalah mudah yang kemudian menjadi rumit sebab ramai orang salah faham hukum.

Ia bermula pada zaman 1990-1998, zaman di mana ramai orang berebut-rebut nak jadi penceramah agama dan ustaz segera yang mahukan kepopularan dengan menjual kaset ceramah di pasar malam. Pada zaman itu adalah zaman kemuncak Forum Hal Ehwal Perdana Islam RTM dan Al-Kuliyyah di TV3. 

Zaman ini ramai orang yang menjadi ustaz segera hanya dengan mengemukakan keajaiban melihat mayat menjadi babi dan ular melilit jenazah di dalam kubur. Dipendekkan cerita, zaman itu adalah zaman Ustaz Mastika berleluasa.

***********************

Aku tidak akan cerita kalau aku dengar atas dengar, tapi aku dengar sendiri ada ustaz yang ceramah begini..

" Suami Isteri ni kena berhati-hati, kalau isteri ada anak kecil, suami jangan cuai sampai terminum susu isteri, nanti suami boleh jadi anak susuan, anak susuan dan ibu susuan diharamkan berjimak dan mereka wajib diceraikan"

Ada juga versi kaset ceramah yang aku selalu dengar dalam kereta masa ikut bapak aku outstation. 'Ustaz Mastika' ni cerita macam ni.


Kes Study 1.0

" Ada seorang suami ni datang berjumpa saya bertanyakan status hubungan dia dengan isteri, dia cakap yang dia terminum susu ibu yang ada dalam Peti ais, susu tu isteri dia perah dan simpan dalam botol sebab ada lebihan banyak, nanti senang nak bagi anak dia minum. Jadi bila saya dengar masalah Si suami ni saya Astagfar panjang dan saya terpaksa talakkan mereka sebab sudah jatuh hukum Ibu Susuan tu. tak boleh lagi bersetubuh sebab status mereka dah jadi mak dan anak susuan, maka bercerai lah mereka, jadi berhati-hati ye tuan-tuan dan puan-puan" (the rest is lawak dan gelak pasal lelaki bermisai yang menyusu)

Pada masa tu aku darjah 4 atau 5, aku masa dengar ceramah tu, aku macam nak menjerit dalam kereta tu, kenapa kebodohan seumpama ini boleh berlaku? aku rasa macam nak cakap dekat ustaz tu tapi apakan daya ia hanya kaset ceramah pasar malam saja.

3, 4 bulan jugaklah mak bapak aku terkeliru, diorang keliru sebab diorang dengar tu dari Ustaz yang glamer, takkan lah pulak aku yang baru darjah 5 masa tu boleh bagi fatwa yang mampu melawan ustaz glamer kan? Tapi atas dasar tanggungjawab aku terangkan jugak kepada bapak aku bahawa hukum yang Ustaz tu bagi salah.

Sebabnya masa aku belajar Feqah darjah 5 dulu, Hukum anak yang boleh jatuh status anak susuan adalah begini.

Syarat sah anak Susuan

1) Seorang bayi lelaki

2) Berumur 2 tahun kebawah

3) Minum susu ibu sahaja

4) Kenyang sebanyak 3 kali dengan meminum susu ibu sahaja.

Para hadirin dan Hadirat sekalian, tang mana Syarat anak susuan kat atas ni yang korang tak faham? mari kita rujuk silang dengan Kes Study 1.0 dengan syarat sah ibu susuan di atas ya.

1) Peminum susu ibu itu adalah bapak orang yang tua bangka lelaki, dia bukan bayi.

2) kemungkinan suami itu berumur 20 tahun ke atas dan bukan bayi berusia 2 tahun.

3) Mungkin juga Suami minum susu ibu itu telah dahulu meminum teh tarik halia di mamak Syed Bistro, atau dia telah minum sirap bandung, atau dia telah minum susu lembu dalam perjalanan pulang dari kerja.

4) Suami itu telah makan Tandori nan cheese, nasik gulai tempoyak ikan temenung, nasik dagang, nasik kukus ayam dara dan bermacam ayam lagi termasuk janda sebelum dia kenyang minum air susu itu.

Jadi, hukumnya adalah, Suami yang terminum susu ibu isteri dia.... eh macam salah pulak ayat ni, macam bermaksud suami minum susu mak mertua dia pulak kan? kita cuba lagi dengan ayat lain.

Jadi, hukumnya adalah, suami yang terminum susu isteri dia tidaklah jatuh hukum menjadi anak susuan, kerana lelaki itu bukan bayi lelaki berusia 2 tahun kebawah, tidak minum susu ibu sahaja sebagai diet harian, dan dia tak kenyang 3 kali dengan susu isteri dia.

Terang bukan? jelas? keliru lagi tak?

*************************

Ironinya, pada tahun yang moden ini pun, masih ada orang yang keliru dengan ilmu feqah yang simple ini, ada 2, 3 orang kawan-kawan aku yang dah berkahwin masih tidak faham dan bertegang urat dengan aku dalam membincangkan masalah ibu susuan.

Malah ada pakcik dan makcik yang pernah marah aku sebab aku cakap lelaki dewasa mustahil untuk jadi anak susuan kepada isterinya.

Kesian aku tengok muka pakcik tu terkulat-kulat sedih tak dapat try macam mana rasa susu bini dia sebab takut jadi anak susuan dan jatuh talak.

Lagi sedih adalah, beratus-ratus Blogger yang tidak bertanggungjawab menulis dan menyebarkan Mitos 'Suami terminum susu ibu bercerai kerana menjadi anak susuan'

Sekali lagi aku cakap ni bukan kerana menambah-nambah cerita, tapi dua kali aku terbaca kat blog pasal masalah ni.

Lebih sedih lagi, sebilangan blogger-blogger tersebut adalah blogger terkenal. Sedih jugak ramai officemate kawan aku, suri rumah di kampung-kampung dan bandar yang tak faham akan hukum menjadi anak susuan ini.

**********************

Sebenarnya kes study  diatas adalah kes berkias untuk menjaga adab malu, macam la antara kita semua tak tau macam mana suami boleh terminum susu isteri dia kan? agak anti-klimaks jika memikirkan mereka terminum susu yang dipam isteri dan disimpan dalam peti ais. mestilah suami itu terminum semasa.................

Anda nampak titik (..........) banyak di atas menandakan ayat itu tidak habis? aku serahkan kepada imaginasi korang untuk fikirkan bagaimana suami boleh terminum susu isterinya.

Ok, kembali serius!.... kesimpulannya?

1. Suami tidak jatuh hukum menjadi anak susuan jika terminum susu isterinya, atau susu wanita lain.

2. Mustahil lelaki dewasa untuk menjadi anak susuan.

3. Hukum suami yang meminum susu isterinya adalah harus, namun jatuh zalim jikalau dia merembat susu isterinya sampai habis, sehingga anaknya kelaparan tidak cukup susu.

4. Aku harap sangat takde orang keliru lagi dengan masalah Urban Legend Ibu susuan ini pada masa akan datang.

5. Aku rasa macam aku dah dua kali ulang taip kesimpulan je kan? nak delete ke tak? ahh lantaklah.


aku segan, sebab tu aku cari gambar yg paling sopan dan tertutup untuk gambar breastfeeding, kalau korang tak puas tengok gambar ni, pergi google image dan taip 'breatfeeding' ** itupun nak kena ajar ke?


*********************

p/s Rasulullah mempunyai Ibu susuan dan adik beradik susuan.

p/s "aku tak pernah minum susu lembu masa aku kecik, aku minum susu mak aku sampai umur aku 2 tahun setengah, hukumnya aku adalah anak susu kepada mak aku"

p/s II " anak susu kepala hangguk kau, tu namanya anak kandung...anak kandung!!!" 

p/s III "walaupun aku menyusu badan untuk jangka masa yang lama, fully breastfed, tapi apabila dewasa aku tak tau rasa susu ibu itu macam mana, kesian kan aku?"

p/s iv "itu bukan kesian, itu mengada-ngada!... dah dah dah....blah blah blah"


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...