Korang semua mesti perasan kan, kalau baca blog aku ni dari awal, aku mesti selalu buat perumpamaan tentang doremon, laci masa doremon lah, buluh terbang lah, nobita semua kan. mesti korang senyum sorang-sorang dan tertanya-tanya,
" ek eleh mamat ni, muka macam bapak budak, badan tuff, tak comel mana pun, misai jambang lebat, tapi nak perasan comel sebut doremon banyak kali, mengadanye..."
Atau
" sikit2 doremon, sikit doremon, orang takda dah dok main doremon2, org dah main Ben10, Dora the Adventure, spongebob, Nora elena, Seth Tan, mari menari, shaun the sheep, ketinggalan gila mamat ni sikit2 doremon"
Untuk pengetahuan korang, aku ni dah agak tua, dah 27 tahun, masa aku kecik-kecik, aku selalu habiskan masa tengok doremon pukul 7.05 malam sampai la 7.30 mlm. lepas tu diorang rombak masa pergi ke 7.30 sampai la 8.00 malam. tak best sebab mak aku akan mula bising suruh pergi mandi sebab nak gi ngaji kul 8 malam.
Gila apa aku dah tua-tua ni nak tengok Ben10 ngan shaun the sheep? mau aku kena hempuk ngan kusyen sofa, orang ingat aku buang tebiat. jadi biarkanlah aku bergelumang dengan memori aku masa kecik iaitu Doremon. Aku ngan abang aku punya la obses dengan doremon dan Dragon ball dulu wei.
Sanggup kumpul duit nak beli komik tu yang kena baca dari kanan ke kiri. sebab direct translet bahasa jepun kan. aku sampai sekarang ingat lagi mak aku perli-perli kami kat bapak aku..
"Yeop, tengok anak-anak kita yeop, baca komik laju je dari kanan ke kiri, kan elok kalau deme mau baca Quran rajin macam tu kan Yeop kan?"
" kenapa pulak awi?"
" kan sama je doremon tu ngan bahasa arab, baca start kanan habis ke kiri"
" biar dorang, tapi kalau periksa ada pen merah, tau la abah nak bagi hadiah special"
Aku pun pandang muka abang aku, abang aku pun pandang muka aku, sambil buat muka cuak-cuak comel, aku pun blah gi basuh kasut sekolah, abang aku pulak terus buat muka toya sambung baca doremon dalam bilik.
kenangan aku pasal komik ni kan, apa yang aku tak boleh lupa. Dulu rumah kami ada 3 bilik. satu dah tentulah master bedroom untuk mak bapak aku, satu bilik untuk adik perempuan aku kongsi 2 orang. satu bilik untuk aku ngan abang aku.
Kami bukan setakat kongsi bilik, tapi kami kongsi katil Queen size, punya la akrab dan mesra kan? rasa macam anak dara pulak tido katil queen size kongsi2 kan? ala konon-konon macam cerita miley cyrus, ada slumber party main pillow fight lompat2 atas katil sambil pakai pijama satin.... ** okey aku makin jauh berimaginasi, sambung balik.
Dekat katil queen size tu ada 2 laci sliding kat kaki hujung katil, satu laci kami susun komik dragon ball dari no 1 sampai la habis, laci sebelah pulak kami susun komik doremon banyak-banyak. Bila kawan-kawan aku yang jenis tak pernah beli komik tu nak pinjam je.........
" Karnain..Karnain, pinjam doremon boleh tak?" (melangut kat tingkap bilik kami sambil tangan pegang batang besi kat tingkap tu)
" korang ni asyik pinjam je. dah la pinjam baca free, pastu baca sampai koyak2, tercabut muka surat...ahhh takde takde takde, nak beli sendiri!"
" Ala karnain, pinjam la. nanti aku banje makan kuih mak aku buat nak?"
" Yelah, yelah...kali ni je, pas ni nak pinjam 20sen"
Amacam,penuh dengan sifat kapitalis tak abang aku? tapi tak pernah pun kami sapu duit kawan-kawan tu, tak sanggup. Baik 20sen tu bagi diorang simpan, nanti petang2 boleh belasah aispop diorang kat taman permainan. kepak 2 aispop ungu, sungguh menyihatkan dan menyegarkan, mengelakkan kami dari beli air roda tiga sirap bungkus yang sejuk tak berapa nak sejuk, suam suam je dan rasa air paip kadang2 tu.
![]() |
| ini adalah aispop, sesiapa yang dah umur 20thun keatas tak kenal aispop, mungkin dia membesar kat arizona USA kot. credit gambar di blog ini : http://zazrin.blogspot.com/2011/02/memori-budak-budak.html |
**********************
Bila dah banyak sangat baca komik, tengok kartun dan tengok cerita Flash kat Metrovision, aku mula la berangan yang tak mustahil memang ada manusia yang ada superpower. Aku rasa bukan aku je yang rasa macam tu, semua kanak-kanak rasa macam tu kot.
aku pulak, kisahnya, ada bacalah pasal nobita pinjam topi ajaib doremon, topi tu fungsi dia menguatkan kuasa ESP seseorang. ESP tu apa?
ESP tu adalah Extra Sensory Perception : iaitu kuasa luarbiasa macam telepathy, pandang tembus Xray dan telekinesis iaitu gerakkan barang menggunakan kuasa minda. siapa yang dah tengok movie x-men tu faham la ESP tu apa dia.
Aku pulak perasan yang aku ada kuasa Telekinesis macam Jean Phoenix dalam x-men tu, aku rasa kalau aku fokus dengan bersungguh-sungguh, aku mampu untuk gerakkan tupperware milo yang kaler hijau tu. tupperware tu horror gila, dah la kaler hijau, pastu ada retak-retak, pastu ada kesan-kesan gigit kat bibir atas tumbler tu, pastu kat bontot dia ada kerak2 geledak milo ngan nescafe yang dah tak boleh tanggal biarpun disental dengan axion.
mari tuan puan dengar ini cerita,
suami saya asyik balik lewat saja
ada pembantu baru katanya.
mungkin dia perempuan lawa.
kan abang dah kata Axion namanya,
Axion ke Aziah? tunjukkan saya...
lalalala..lalalala..lalalala.lalalala...
**terus aku menyanyi dengan spontan bila teringat iklan axion dulu kala.
Jadi, dek kerana terpengaruh dengan komik doremon dan cerita superhero kat TV, maka aku tutup pintu bilik, tutup tingkap semua, aku duduk dalam keadaan meditasi atas katil tu..pastu aku letak tupperware hijau kat atas lantai, pastu aku kosongkan minda aku.
Tapi sebenarnya tak pernah dapat pun nak kosongkan minda, bila nak kosongkan je, aku mesti terpikir pasal kasut sekolah aku yang dah basuh tu dah jemur ke belum, kapur kasut dah habis kena rembat ngan adik aku ke tak, mama pergi pasar malam beli taufu fa panas gula merah atau gula putih. Abah balik kerja bawak pedel pop atau hotdog...eeehhh macam2 lagi lah aku pikir.
Jadi akhirnya aku pura-pura je lah yang aku dah kosongkan minda, aku terus tenung tupperware tu dengan matlamat nak gerakkan dia. aku tenung tajam-tajam sambil duduk pegun atas katil, tangan genggam letak atas riba macam tok guru silat tengah bertapa.
lepas 10 minit aku tenung tak gerak-gerak jugak, lama-lama aku tenung dahi aku mula berpeluh. aku teruskan jugak tanpa rasa putus asa, dengan harapan akhirnya aku akan berjaya menggerakkan tuperware tu. kalau tak dapat tumbangkan dia, dapat gerak sikit pun jadilah. Lepas setengah jam tenung pun tak gerak-gerak jugak, aku mula sangsi dengan misi dan visi aku.
" first time nak test power mana boleh guna benda besar-besar macam ni, kena start ngan benda kecik, apa kata aku ganti dengan duit syiling satu sen"
Aku pun ganti dengan duit satu sen, letak atas meja, sambung tenung nak gerakkan dia, tapi bila dah 20minit tenung pun tak gerak-gerak, aku mula rasa bosan.. pastu aku buat percubaan terakhir tenung tupperware tu balik.
"Kalau aku berjaya kali ni, aku rasa lepas ni mesti aku dah tak payah nak susah-susah basuh jamban ngan kemas bilik lagi. aku guna telekinesis je, mesti kasut sekolah berus sendiri, berus jamban gerak sendiri, selimut terlipat sendiri, cadar katil pun tegang-tegang sendiri"
aku pun fokus maha hebat kali ni, kali ni lebih tinggi maqam pertapaan. aku tutup mata sambil bayangkan tupperware tu terjatuh dalam kepala aku pastu aku dengar bunyi keletuk keletak. aku tetapkan hati, aku teruskan tutup mata sambil terus fokus fikiran.
Bila aku bukak mata, aku tengok tupperware tu dah hilang!!!!! ye, hilang dari pandangan mata....
aku ingat aku dah berjaya, aku dah senyum lebar dan rasa aku paling hebat dah kat Malaysia, yes! aku ada ESP!!!
sekali aku pandang belah kanan aku, aku tengok mak aku berdiri sambil pegang tupperware hijau kat pintu bilik aku. cis, tak hilang rupanya, mak aku amik.
" kamu nak buat apa letak tupperware ni atas lantai ikar? yang kamu duduk bersila macam orang bertapa tu kenapa? berangan? kasut sekolah kamu dah basuh ke belum?
" takde pape mama, Kasut ikar dah basuh dah tadi"
" kasut dah basuh, dah kapur ke belum? kamu ni buat kerja semua 'jadila'.. orang basuh kasut awei-awei, kamu basuh bila esok nak sekolah, pastu jemur belakang peti ais. kapur malas, cubalah kamu ni buat koje tu betul betul sikit ikar...kamu ni bla bla bla bla bla bla bla.. ngam ngam ngam .. bla bla bla bla bla..ngam ngam"
Barulah aku mula memahami bahawa aku bukannya superhero.
p/s atas permintaan pembaca, insyallah esok lusa aku scan gambar aku kecik2 aku try upload ye :)


