Hari ni, aku tiada aktiviti di rumah, Jadi setelah dijemput oleh Lucifer Abdullah melalui event facebook untuk memeriahkan pelancaran buku-buku baru oleh Publisher Lejen Press di Uya Distro itu aku pun bersetuju, kot la kat sana nanti ada awek yang sedang menanti jodoh boleh juga aku membahagiakan hatinya yang telah lama gersang, ketandusan kasih sayang di lembah yang hening tidak bertepian.
Uya distro terletak di seksyen 15 Subang jaya, disebabkan dekat, maka aku pun tanpa bermalas-malasan pergi ke sana semata-mata untuk memberi sokongan dan galakan kepada anak muda yang menceburkan diri ke dalam bidang penulisan secara serius.
Mengikut kepada invitation, event diberitahu bermula dari pukul 4 hingga 6.30 petang, tetapi majlis sebenar berlangsung pada pukul 5 petang. Bagus juga, dapatlah semua hadirin solat asar dulu bagi mereka yang tidak jamak akibat musafir.
Majlis dimeriahkan dengan penulis-penulis Buku Indie, penulis blog Sarkasis, Terfaktab, Kontrol Histeria, Lensa Rosak, Lord Zara, Ghost Writer dan ramai lagi.
Disamping itu, selingan hiburan diisi dengan persembahan Gesekan biola, nyanyian dari penyanyi aku lupa nama, Band the Alif dan juga Pretty Ugly.
Ringkasannya, aku enjoy petang tadi, walaupun aku pergi seorang. Aku telah berjaya membawa pulang 2 buah buku iaitu Kontrol Histeria dari barisan ramai penulis dan Awek Chuck Taylor tulisan Nami Cob Nobbler
okey, sembang banyak taknak, ini ada sisipan gambar semasa event, oh ya,gambar di ambil dengan camera handphone E52 Nokia dan tidak banyak gambar-gambar penulis, sebab keadaan sesak dengan orang yang ramai dan masa yang singkat.
![]() |
| Gadis ni menyanyi dengan penuh bakat, sorry aku lupa nama sangat, sape2 penulis yg tau dia ni nama sape leh bgtau kat ruangan komen. |
![]() |
| Awek Chuck Taylor RM 20.00, Kontrol Histeria RM 20.00, boleh dapatkan di Uya Distro dan blog Teh Tarik Gelas Besar dan blog Kontrol Histeria. |
![]() |
| barisan peminat yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan. ramai jugak yang datang. aku risau jugak tadi takut lantai runtuh. |
![]() |
| Persembahan dari Band The Alif. mereka memang perform best, suara penyanyi dia sedap. |
![]() |
| Pretty ugly, sedap diorang nyanyi, sporting jugak. Lagu2 femes seperti bidadari.. diari seorang lelaki dan macam lagi didendangkan dan disupport oleh peminat2. |
Syabas diucapkan kepada pihak Lejen press dan barisan penulis. Semakin banyak koleksi buku 'indie' yang diterbitkan oleh Lejen Press. 5 buku yang dilancarkan tadi adalah Kontrol Histeria, Hero, Heroin, Pompang-Pompang dan Angus Himself.
Harga-harga buku juga sangat berpatutan. sepatutnya ayat yang lebih sesuai adalah murah, Hanya RM 20.00 sebuah. Sepatutnya aku nak beli lebih banyak buku, tapi aku tengah saving duit sebab nak pergi camping di atas gunung Pine Tree hill minggu depan.
Dunia blog telah melahirkan barisan penulis muda yang keluar dari kepompong penulisan koservatif dan berjaya menarik ramai peminat hadir sewaktu pelancaran tadi. Syabas Inspektor shahab.. syabas babu ji!
**************************
P/s pergi ke event secara lone ranger itu tidak best, apabila orang ramai, tapi kau belum panas, kau terpaksa buat2 cool untuk menunjukkan diri kau tidak kekok..
p/s II disebabkan keyakinan diri aku yang tinggi, aku buat dek je. dalam hati rasa jugak lah. "gebang cakap awek keliling pinggang, tapi nak pi subang pun takde sape nak teman. ape punya sedih betul la"
p/s III bila masa aku nak baca buku yang aku beli tadi? jap aku log off jap. nak baca buku sambil meniarap macam ikan duyung terdampar di batu karang di pantai utopia.





