November 20, 2010

Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah bab 1

perjalanan hidup aku mmg jauh, jauh berjalan luas pemandangan bak kate org tua2, aku tak nafikan, aku dah duduk di bermacam2 tempat, dan berjumpa berbagai2 ragam manusia... so tak boleh nak salahkan aku kalau aku yakin, confident sangat bila aku citer pasal fakta2 atau pengalaman perjalanan aku..aku ni jujur orgnye, kalau bercerita tak suke menokok tambah, dan tak suke reka2 cerita, aku cerita apa yg aku tau, dan dari sumber yg aku baca, lihat atau dengar sendiri, sumber atas sumber seperti "kawan aku pernah cerita yang kawan dia" tu tak pernah aku jadikan sumber kisah hidup, takut nanti jadi GEBANG.... hehehehe...

Aku tau ramai antara kawan2 aku yg pernah duduk di pelbagai tempat dan ade yg pernah duduk oversea pun, so org yg jauh berjalan ni aku mmg respek sebab diorg ada COMPARISON, BENCHMARK, KAYU PENGUKUR utk mengukur tahap sesuatu ketemadunan penduduk di satu2 tempat.ok la panjang sangat aku punya intro, sampai 2 perenggan, tau dek cikgu aziz sure aku kene kutuk sebab fail, mana ade pendahuluan dua perenggan..hehe.

1984-1986 IPOH,PERAK

Aku dilahirkan di Ipoh Perak, di Ipoh Chinese Maternity hospital. Hospital bersalin swasta yg juga tempat mak aku pernah kerja sbg Nurse bersalin. then semua adik beradik aku dilahirkan di hospital ni jugak dan disambut oleh Dr Ranjit Singh kalau tak salah aku, sebab mak aku selalu citer dan nama dia melekat dlm otak kami adik bradik. Lepas tu Abah,Mama, abg aku (car9) dan aku hidup di rumah kampung Lim garden selama 2 tahun. mak bapak aku duduk lama la kat sini, tapi aku duduk kat ipoh ni sampai umur aku 2 tahun je, so aku takleh nak gebang banyak pasal ipoh sebab aku tak tau apa2 lagi masa umur aku 2 tahun, kut kalau aku tau skrg ni sebab tiap2 tahun kami sekeluarga balik raya kat Ipoh. Kalau ikutkan pemerhatian aku, ipoh ni rakyat dia sangat simpel, ringkas, hati baik, garang sikit, SEMPOI (trademark yg selalu digunapakai bagi membayangkan org IPOH) tapi bagi aku yg paling sinonim dengan org ipoh adalah PAK LAWAK....makanan paling sedap kat ipoh adalah Nasik kandar wanngey ( abah aku ckp Nasik kandar bus stand tg rambutan) ade org ipoh ckp nasik Ganja.. sebab dia sedap sampai org ketagih nak makan kat situ hari2.

selain dari tu, paling sedap di carta aku adalah Kueyteow goreng Kerang. kalau tanya aku, aku suke Not kueyteow kerang. kueyteow sini lain ngan Charkueyteow penang, sini dia hitam mcm kicap, kerang banyak, sepinggang dekat nak segenggam, kerang dia plak separuh masak, fresh2, tak kecut, bila gigit... creettt air kerang terpancut dlm mulut.. Rombek nallareke.. ammaaa...
mee kari chinese pun sedap sangat...senang citer yg sedap ni makanan stall/hawkers la... laichikang, laichikang ipoh ade kembang semangkuk, ada telur puyuh rebus, biji teratai dan mcm2 lagi. hissshhh aku nak citer pasal makan ke pasal perjalanan hidup ni??? dah mcm lari tajuk je.....

satu lagi kemegahan budak2 ipoh adalah motor kapchai, kalau kat manjoi tu, boleh ckp tak sah kalau rumah tu takde sebijik Honda EX5 atau C70, rumah sepupu aku je ade 3 EX5... silih berganti sebab kat sana unsur negatifnya adalah kuat sangat kecurian motor.. pantang lePa kata org perak..aku takleh tahan bila makcik aku kejar pencuri curi ayam tengah bertenggek atas alang pintu rumah... hahahahahaha...Sepupu aku umur baru darjah 2-4 dah melahu2 bawak motor... sweenggg sana.. sweng sini... yg best tu, bila balik rumah, mlm je sebelum tdo buat aksi stunt, rem motor naik tangga masuk dlm rumah...simpan kat dlm, kalau tak sapan, yilek kadiwalek...pooliau...kene kebas.

Fakta: manjoi adalah gugusan kampung melayu terbesar dlm Malaysia. yg aku tau la, ni bukan aku google or search, ni aku try memori aku sendiri, siapa org manjoi/ipoh yg tau aku salah boleh betulkan... dalam manjoi ade beberapa kampung lain seperti:
  1. Kampung sungai tapah
  2. kampung sungai tapah tambahan
  3. kampung tengku hussein
  4. kampung ahmad said
banyak lagi, dia main tambahan, baru, lama, aku taknak poyo2 sebut, kang salah org gelakkan aku, aku taip yg aku confirm je :). kat ipoh/lembah kinta juga banyak lombong/tasik, bekas lombong bijih timah dulu2 kala. wat masa ni aku taip pasal ipoh Had ni je la, nanti aku akan buat entry lain khas citer pasal kampung halaman je k....

1986-1989 Klang Selangor
Masa umur aku 2 nak masuk 3 tahun sampai la umur aku 5 thn, bapak aku pindah ke Klang, utk rekod, bapak aku bukan JOB HOPPERS, bapak aku loyal worker dengan Cold storage dr muda sampai nak 40an, bapak aku dinaikkan pangkat dan ditawarkan bekerja sebagai supervisor kilang ais di bandar klang selangor, nak citer pasal Klang ni, banyak gak buat aku tersenyum dan cerite nya panjang jugak, aku rasa kali ni bab 1 mungkin akan cover bab ipoh dan klang je kot. ok memori yg tulen yg sohih pasal klang dr sudut pandang aku ye......

Aku pindah klang umur aku 2 tahun nak ke 3 tahun, so aku da mula ingat sikit2 pasal klang. bapak aku cari rumah kat area kampung jawa... Jalan Uganda...mula2 kami duduk rumah 2 pintu bekembar, siapa yg duduk area kampung2 Urban (kg2 di bandar) tau la sistem rumah sewa kat bandar... tuan rumah akan optimizekan segenap ceruk tanah dan membuat banyak pintu utk mengutip sewa paling maksimum yg boleh.

so kami sekeluarga tinggal di rumah sewe dua pintu di kampung jawa, kenangan aku pasal rumah ni adalah; sinilah first memori aku pasal mainan ding dang... toys zaman dulu yg femes bagi budak2.. bapak aku belikan aku n abg aku dingdang, kami sonok makan coklat bulat2 biskut tu, dalam ade mainan tangan getah melekit, kami pegi belakang dapur, kami balik tangan getah tu kat dinding, dgn tak sengaje kami dapat tangkap lalat. lalat tu melekat..hehehe...lepas tu kami pindah ke rumah lot yg lebih besar, duduk rumah 2 pintu tu dlm 2 bulan je kot, tempat bertapak. rumah lot ni best, mcm rumah kampung, ada tangga batu, rumah ibu, rumah anak, rumah dapur, jamban kat luar, tempat mandi kat dlm.. :) nostalgia. dekat kampung jawa ni sah sah la aku bergaul, bergelumang dengan org jawa. jawe yg pior.. dekat klang la tempat aku mula kenal kuih kapit atau kuih sepit atau dikenali juga kuih gulung, ada wak sebelah rumah aku, isteri dia rajin buat kuih sepit, sepit real2 depan rumah kat anjung, sambil bakar kat tungku batu cina. aku ngan abg aku selalu melangur makcik tu bakar kuih sepit.. pastu dialog kami pun kuar "makcik.... makcik buat ape tu?" dr pertanyaan itu maka kami pun kenyangla makan kuih sepit setengah balang. hahaha..

di Klang juga la mula2 aku kenal Nasik ambeng, kenangan ni yg aku takleh lupe la... kami budak2 makan kat anjung rumah kalau kenduri2 kat kampung jawe, kat area rumah aku ada pembuli bernama Rashid. walkisahnya, aku, abg, rashid and 2 lagi budak2 yg semua lebih tua dr aku makan satu talam... org tua2 pulak nak menakut2kan budak (nyakat) ckp sape tak habis makan tak boleh balik, then budak2 sebahuk ni pulak, tak habis semua tolak kat bahagian aku, last2 aku pun menangis la memohon simpati pakcik2 dan mak aku, supaya aku diselamatkan dr dibuli. hehe... org jawe ni sangat rajin, rajin kemas rumah, rajin cari duit, rajin berniaga, rajin menjahit, rajin masak, RAJIN JAMU ORG MAKAN, RAJIN LAYAN TETAMU, rajin gotong royong, tahap setia kawan yg tinggi..

masa aku duduk klang, bapak aku selalu bawak kami jalan2 kat shah alam, hahaa, masa tu shah alam tak mcm skrg, shah alam masa tu takde ape2, yg ade PKNS, UITM, Masjid shah alam dan taman tasik...bukit cerakah...masa tu taman tasik tak mcm sekarang, tanah merah lagi, rumput belum tumbuh, pokok2 yg besar rendang skrg ni hanyalah anak2 pokok yg kene sendal ngan kayu 2inci dlm pasu and dlm petak batu ikat. masa tu org aktif main hobi lumba bot remote control kat tasik tu.. kami selalu cuti2 pegi tengok sambil makan aiskrim cornetto diri atas batu pokok2 bunga tu... :)......

-----akan bersambung di Bab yg lain pada masa akan datang, insyallah, aku dah ngantuk sangat ni, nak tdo.. nanti aku sambung siapkan, lagipun kalau panjang2 sangat taip, muntah lak nak baca-----

No comments:

Post a Comment

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...