Dulu berlaku satu perbincangan fekah yang santai di antara Ustaz Nazmi dan kami semua budak kelas tingkatan 3 Amanah. Persoalan fekah itu berbunyi begini..
" saya nak tanya kamu semua satu soalan yang menguji minda, siapa dapat jawab dia terer!"
" Ha, apa dia Ustaz?"
" Bayangkan kamu naik kapal terbang berempat dengan Samy Vellu, Lim Kit Siang dan Mahathir, pergi bercuti ke satu kawasan kepulauan antartik"
" Okey.... Ustaz..lagi...?"
" Apabila sampai di satu pulau aisbeg ni kapal terbang terhempas, Samy Vellu mati, Lim Kit Siang mati dan Mahathir pun mati, hanya kamu seorang saja yang hidup dalam pulau aisberg tu, takde barang makan langsung, kamu terpaksa makan mayat 3 orang kawan kamu itu, kalau kamu terpaksa makan mayat kawan-kawan kamu itu,siapa yang akan kamu makan dulu? samy vellu kah? lim kit siang kah, atau mahathir kah?"
Lantas kawan aku yang pro pembangkang walaupun baru tingkatan 3 cepat-cepat kelam kabut jawab..
" Hahahahaha, padan muka Mahathir dan Samy Vellu mati!"
Lantas Ustaz jawab dengan jawapan yang ikhlas..
" awak janganlah gelak pasal nama tu, nama tu takde kena mengena dengan politik,saya bagi contoh nama tu sebab Melayu paling femes mahathir, India paling femes Samy Vellu dan cina paling femes lim kit siang, anggap je semua tu contoh, persoalannya, antara mayat 3 orang ni,siapa yang kamu akan makan dulu?"
Lantas seorang kawan aku jawab.
" Kita makan mayat mahathir dulu la Ustaz, Lepas tu kita makan Lim kit siang dan akhirnya kita makan Samy vellu"
" kenapa awak jawab macam tu Saiful?"
" Sebab Mahathir tu orang islam, dia tak makan babi,jadi takde unsur-unsur babi dalam badan dia, kurang la sikit haramnya ustaz"
" Jawapan kamu tu salah, tapi bagus sebab mencuba"
" habis tu jawapan dia Ustaz?" (tanya kami semua tak sabar nak tau jawapan pada persoalan yang sangat epic dan tricky ini)
" Jawapannya, Kita makan dulu mayat bukan Islam, mula-mula kita makan dulu Samy Vellu, sebab dia india, india kurang makan babi, lepas dah habis mayat Samy Vellu, Kita makan pula mayat Lim Kit Siang, dah habis, barulah kita makan mayat Mahathir iaitu mayat orang islam"
" Kenapa pula ustaz?"
" Sebab kita ni umat Islam, Kita dituntut menghormati Jenazah orang Islam, Bukan saja jenazah orang Islam, Mayat orang Kafir pun kita kena hormat, tapi sudah tentulah kita akan utamakan menghormati mayat orang islam. Bila kita makan mayat orang kafir dalam keadaan darurat itu, maknanya kita berusaha menjaga mayat orang Islam dari diapa-apakan
Mana tahu,lepas awak dah habis makan mayat Ah Lim, ada bantuan datang selamatkan kamu, kan dah terpelihara mayat mahathir tanpa dimakan oleh kamu?"
" OOoOooo, macam tu ye ustaz!" panjang kami OoOooO kan jawapan ustaz tu lambang kekaguman kami pada jawapan yang penuh twist dan anjakan paradigma.
*********************************
Kemudian datanglah tahun 2012...
Kelihatanlah anak muda yang membuka seluar dan menunjukkan bontot di khalayak ramai seperti kelakuan mahu berak ke atas muka Perdana Menteri Malaysia dan Isteri, dan berdekah-dekahlah anak-anak muda yang so called Muslim itu mentertawakan dan menyorak kelakuan anak muda itu menghina maruah muslim. Bukan sekadar muslim tapi pemimpin negara yang beragama Islam.
Kemudian datanglah tahun 2012...
Nyonya tua memijak-mijak muka Pemimpin Islam, dan anak-anak islam di situ diam membisu, malahan bersorak gembira melihat maruah saudara seagama mereka diinjak-injak. Pemimpin-pemimpin pebangkang dan NGO yang ada pada malam merdeka itu atas nama Janji demokrasi tiada seorang pun yang tampil ke depan menghalang perbuatan terkutuk itu.
Jika sekalipun membenci musuh politik, dan seronok melihat keterujaan penyokong dalam gerakan menawan putrajaya. Namun adalah batasnya sebagai seorang Muslimin. sekurang-kurangnya nasihatlah seperti begini lebih kurang..
" Eh kamu jangan pijak muka perdana menteri, dia orang islam, kamu jangan menghina maruah umat islam sebegini rupa, walaupun kita mahu menang pilihanraya tapi bukan begini caranya, ini perbuatan masyarakat tidak bertamadun, tiada adab,tiada akhlak"
************************************
Setiap parti politik ada pro dan kontranya, kita boleh nak pilih siapa saja, aku mengamalkan kebebasan hak memilih parti, kebebasan menyokong siapa saja. Tapi memijak gambar perdana menteri dengan niat menghina adalah melampau dan melebihi batas provokasi kempen politik.
Kita masa kat sekolah dulu pun kalau gaduh selalu ejek nama mak dan bapak. Tapi kita ada batasnya.
" Solihin tokey ayam, solihin tokey ayam, solihin tokey ayam!"
" kurang ajar kau ejek nama bapak aku! Ah Mariam meriam Mariam meriam! pom pom pom!"
" Lebih ah ni ejek mak aku meriam!!.. Mak kau Senah, Senah pelacur senah pelacur, makan babi!"
" celaka kau cakap mak aku pelacur! nah hambik.. kepokkkkk!!!"
Haaa tu lebih lah kan? masa zaman sekolah kita dulu, kita sebagai kanak-kanak pun tau limit, kalau dah sampai ejek emak pelacur makan babi, itu sudah lebih! memang bertumbuklah jawabnya, kalau dulunya boleh bergurau, lepas tu boleh putus kawan 7 keturunan.
*************************
Kalau dulu kadang-kadang aku melihat parti pembangkang ini di pihak underdog dan macam tertindas untuk berkempen, kadang-kadang timbul simpati sikit walaupun aku banyak tak bersetuju dengan mereka. Tapi makin lama aku tengok diorang dah semakin Anarki dan Antagonis.
Perwatakan mereka sudah semakin mencerminkan watak jahat,watak manusia gasar yang tidak bertamadun, tak gentleman dalam berkempen. Semua boleh asalkan bukan Umno. Jahanamkan harta awam, demo selang sebulan, kasar, maki hamun mainan mulut, carut marut, fitnah suka hati, sarkastic mengutuk orang tanpa batasan. Telanjang depan Public, pijak muka perdana menteri, semua boleh, semua pakatan rakyat redho asalkan menang ke Putrajaya.
![]() |
| Sorang pijak muka Pemimpin negara islam, yang lain diam,tengok dengan bangga, ha macam ni lah harapan bangsa, Barulah Sejiwa Sebangsa dan Senegara! |
Matlamat Menghalalkan cara ye tak?
Asalkan Bukan Umno ye tak?
"The enemy of my enemy is my friend" ye tak?
Tak kisahlah kau Pro Syiah, kau kafirkan sahabat nabi dan kau tuduh Isteri Nabi berzina tapi kalau kau lawan Umno maka kau boleh masuk PAS ye tak?
Tak kisahlah kalau kau Aktivis Murtad dan Lesbian Bisexsual Gay Transeksual tapi kalau kau musuh UMNO maka PAS parti Ulung Islam di Malaysia akan support perjuangan kau ye tak?
Tak kisahlah,kawan Tahaluf As-siyasi kita cakap dia takkan setuju dengan hukum islam dan hudud dalam Malaysia maka kita masih bersama dengan mereka ye tak?
Nabi bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak." Sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yahudi dan Nasara, siapa lagi." (Riwayat Muslim)
Nampaknya kerana politik, semua insan tak kisahlah UMNO, PAS atau PKR tidak mampu bebas dari assobiyah iaitu perbuatan memihak kepada puak walaupun puak terang-terangan membuat perkara batil.
Mujurlah dengar berita buletin utama tadi, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyelar dan mengutuk perbuatan para pendemo yang memijak muka perdana menteri dan menunjukkan punggung di khalayang ramai. Syabas kepada Tuan Guru yang bersikap tegas dan adil dalam menilai mana yang makruf dan mana yang mungkar!
***************************
p/s Memilih parti pilihan adalah hak individu, tapi menghina maruah insan lain adalah perbuatan yang salah, sebagai insan yang masih ada iman, wajib kita menentang,walaupun dia kawan.
p/s Bila nampak perkara batil, kita mesti tentang! tak mampu dengan tangan, kita tentang dengan Lidah, tak mampu dengan Lidah kita tentang dengan hati,adapun itu adalah selemah-lemah iman.
p/s Benci kepada Individu tidak boleh menjadi lesen untuk menyebarkan fitnah.
p/s hari tu aku makan karipap hijau! aku ingat inti dia kari daging,rupanya kelapa bergula, kuih ketayap rupanya!
tak caya ni ha gambar dia...
Tamat



