Aku yakin mesti ramai dah survey Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI baru ni seperti yg digembar-gemburkan?
Kisahnya pada sabtu lepas aku telah dijemput oleh empunya syarikat pengedar sah Perodua iaitu Jiwa Panduan Sdn Bhd yang terletak di Seri Kembangan untuk memperkenalkan model terbaru Perodua Myvi 2018.
Aku diberi peluang menguji pandu Myvi 2018 dan juga diberi kebebasan untuk memberi pandangan dan ulasan terhadap replacement model kepada MYVI generasi pertama dan kedua. Model yang diuji pandu adalah Myvi 2018 1.5 Advance.
Disebabkan korang boleh baca full detail tentang spesifikasi dan info teknikal di Paultan.Org (klik di link untuk ke website Paultan) yang mana aku rasa ulasan dia lebih terperinci dan bijak, maka aku ambil keputusan untuk memberikan ulasan sebagai seorang pengguna biasa sahaja.
Pertama sekali, aku rasa lebih adil untuk membuat perbandingan antara Myvi model 2018 ini dengan model lama iaitu Myvi generasi pertama dan kedua, bukan membandingkan dengan model rival pesaing kerana jenama Myvi mempunyai pengguna yang setia, sudah tentulah jika mereka ingin menukar kereta, mereka akan melihat pada Myvi dulu.
Sebelum masuk kereta, kita mesti tengok luar dia dulu kan? jadi aku rasa aku mula dengan rupa bentuk dan nilai estetika
Rekabentuk
Rupa depan Myvi 2018 ni masih mengekalkan sedikit ciri DNA Perodua pada lampu, gril dan bonet. kalau tengok dari sudut depan secara tepat, ada rupa Perodua Alza sikit tapi lebih garang dan sharp.
Ada orang cakap macam Golf GTI, ada cakap macam Polo, Honda Jazz, Ford Fiesta dan sebagainya. Entahlah, cuba korang tengok. Tapi aku rasa senang je, kesimpulannya Myvi ni proper hacthback. Rupa compact tapi praktikal dan luas.
Luar nampak macam comel, tapi jangan underestimate, sebab dalam dia luas, belakang tempat duduk penumpang luas macam Nissan Almera. Aku yang tinggi 178 cm ni pun ada banyak lagi ruang kaki walaupun tempat duduk pemandu depan dah adjust ke tahap keselesaan yang optimum.
Memang dari dulu Myvi terkenal sebagai kereta yg all-rounder untuk kegunaan harian tapi ada satu kekurangan dia yang semua pemilik Myvi terbungkam menyimpan rasa dalam hati; but! ruang menyimpan beg terlalu kecil, nak simpan luggage pergi KLIA, balik kampung nak beraya, isi beg penumpang Uber dan Grab semua jadi susah kan?
Tapi Myvi baru ni but dia luas, boleh isi 4 luggage sederhana. Takde masalah nak packing nak pergi naik kapal terbang dah lepas ni. Tak payah simpan luggage balik kampung dekat seat penumpang dah lepas ni! Pergi IKEA shopping nak sumbat barang besar bawa Myvi pun dah boleh dah lepas ni! ya Allah bestnya.
gambar diambil dari blog Paultan.Org |
Ruang pemandu dan co-pilot pun mengancam, feeling dia rasa macam masuk kokpit pemandu pesawat, ok aku tipu, sebab pertamanya aku tak pernah masuk kokpit pilot, kedua, ayat mcam kokpit pesawat ni dah terlalu cliche over dramatic. Lebih mudah untuk aku beritahu yang ruang pemandu dan penumpang depan rasa dia macam masuk kereta import harga level pertengahan.
Tiada lagi dashbord yang rasa macam plastik murah, sebaliknya material yang diguna sekarang ada rasa soft-touch, tegap dan padat. Kiranya kalau kau garu kuku kat panel dia takde keluar bunyi "kruk kruk kruk" lah. Lampu meter dan lain-lain fungsi dashbord juga nampak berkualiti, ringkas, kemas dan praktikal.
Pada aku, paling praktikal dalam berbagai fungsi yang ditawarkan ni tak lain tak bukan adalah build-in Touch N Go card reader yang berintegrasi dengan SmartTAG bagi model Myvi 1.5 High dan Advance. Bayangkan lepas ni bayar tol dah tak payah buka tingkap dah! lepas tu dah tak payah panik lupa baki Touch N Go cukup ke tidak, lepas ke tidak, sebab dah boleh tengok baki berapa dekat dashboard.
Dan, tak payah beli smartTAG dah!
Gambar diambil dari blog Paultan.org |
Selain daripada itu, ciri keselamatan juga telah ditambah baik dengan amat banyak, airbag je ada 6 untuk model 1.5, ada Advanced Safety System, Amaran Pra pelanggaran, dan macam-macam lagi ciri keselamatan moden disediakan pada Myvi Model baru ini. Tak hairanlah Perodua Myvi dapat penarafan 5 Star Asean NCAP.
Pemanduan
Rasa steering yang amat lancar dan lembut tetapi responsif. Tiada lagi rasa terbuai-buai (body rolling) dan posisi kekok yang ada pada Myvi model lama yang mana kita rasa duduk tinggi dari jalanraya. Sebaliknya kedudukan memandu Myvi baharu lebih rapat ke chasis, rendah dan tenggelam. Mewujudkan satu perasaan yang sporty namun selesa.
Enjin amat senyap, lembut dan lancar, apabila pedal minyak dipijak untuk mendapatkan pecutan, satu kuasa smooth-pickup terbit dari enjin 1.5 liter Myvi Advance ini yg membuatkan aku teruja dan kagum, tiada rasa jerking yang sangat merengsakan pada model terdahulu sebaliknya kereta maju ke depan tanpa tersentak.
Thumbs up bagi Perodua untuk engine management yang sangat selesa, sesuai untuk kegunaan di dalam bandar dan perjalanan jauh.
Walaupun enjin Myvi ni rasa berkuasa bagi kelasnya (102 hp pada 6000 rpm), tapi penggunaan petrolnya sangatlah menjimatkan. Bayangkan, untuk model 1.3L; Fuel consumption adalah 21.1 km/liter dan model 1.5L pula adalah 20.1 km/liter.
Sangat menjimatkan bagi kita semua untuk menempuh zaman yang penuh ranjau dan penuh pancaroba ini di mana kos membeli petrol amat mencengkam sanubari lantas menyeksa batin yang sediakala rapuh dihempas badai kehidupan dan tipu daya metropolitan.
Sebagai perbandingan, kereta Alza aku real fuel consumption ialah 13 km per liter, bayangkan 7 km beza dia. Ini aku syak ada kena mengena dengan sistem enjin Dual VVTI ia, aku bukannya pandai sangat bab-bab enjin ni. Asal boleh potong lori tengah panjat bukit tak takut-takut sambil enjin jimat minyak bagi aku cukup dah.
Ada beberapa varian yang ditawarkan oleh Perodua bagi Myvi 2018 iaitu :
- Perodua Myvi 1.3 Standard G – RM44,300 (MT), RM46,300 (AT)
- Perodua Myvi 1.3 Premium X – RM48,300 (AT)
- Perodua Myvi 1.5 High – RM51,800 (AT)
- Perodua Myvi 1.5 Advance – RM55,300 (AT)
Kesimpulanya, Myvi 2018 ni amat sesuai digunakan sebagai kereta kegunaan harian dan perjalanan jauh, selesa, luas dan praktikal untuk semua orang, menjimatkan minyak, enjin pecutan berkuasa lancar, berteknologi tinggi dan seronok dipandu. Amat berbaloi untuk wang anda.
Anda berminat ingin menempah Myvi 2018? boleh hubungi pegawai jualan anda di nombor 017-6082361 (Zulfikar) untuk mendapatkan khidmat yang mesra pelanggan, tawaran pelbagai hadiah dan macam-macam lagi.
Whatsapp 017-6082361 untuk maklumat lanjut.
Atau anda boleh pergi sendiri ke Bilik Pameran Jiwa Panduan Sdn Bhd, Pengedar Sah Perodua anda untuk melihat lebih dekat dan merasa sendiri uji pandu di sana.
Alamat Bilik Pameran Jiwa Panduan Sdn Bhd;No. 30 & 31 Jalan SR 1/9, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.017-6082361