August 26, 2012

Cerita Raya Tahun Ini

Assalamualaikum..

Bulan puasa dan raya tahun ni amat sibuk bagi aku, korang pun dah sedia maklum yang masa puasa hari tu aku sibuk dengan kerja bungkus biskut dan lain-lain hal dokumentasi pejabat. Raya pula kali ni sibuk dengan hal menjadi tuan rumah beraya di kampung buat kali pertama. Jadi kami pun bawalah Opah sebelah mak aku dan Opah sebelah abah semua beraya di rumah tersebut.

Bila opah dah ada kat situ, maka semua anak-anak pun datang bertanggak ke rumah kami. Kisah-kisah yang lain aku malas nak cerita secara kronologi, cukuplah aku cerita secara rawak.

Lepas ni bolehlah aku mula aktif balik menulis sebab nampak gaya macam dah kembali normal rutin kehidupan aku. Dekat sini ada beberapa kisah disebalik gambar di musim raya.


1)


Ini rumah yang baru di'renovate' . Rumah lot satu tingkat, 4 bilik, 3 bilik air. Kisahnya rumah ni bapak aku bina masa 1986 iaitu masa aku berumur 2 tahun. Ingatkan mula-mula nak bermastautin di Ipoh, mana tahu pula rezeki bapak aku sampai ke KL, Johor, dan kini  Shah Alam.

Rumah ni banyak kenangan masa aku kecik, tapi atas beberapa faktor keluarga yang memang aku taknak kongsikan bersama, maka anggaplah ia ditinggalkan dan kini baru sesuai diduduki semula oleh manusia.

Rumah ni best bagi aku, sudah terang lagi bersuluh, mestilah aku biased sebab ini rumah keluarga aku. Best sebab dia riverview, sebelah tu sungai. Terletak di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi, Ipoh Perak. Kampung dalam bandar, lebih kurang sama macam kes Kampung Baru KL.

Dulu masa aku kecik-kecik bila raya je, aku akan bakar lemang dengan arwah Tok Sukor, Abah dan keluarga kat belakang rumah tu, halaman depan tu pulak kami buat tempat main mercun dan pasang panjut.

Insyallah lepas ni, rumah ni jadi tempat mastautin tetap mama dan abah, abah ckp "ibarat burung pulang ke sarang, lepas jauh terbang ke serata alam"



2)



Balik raya bawak laptop, sebab dah tau minimum akan duduk sana seminggu, disebabkan takde Astro aku dah jangka keterujaan aidilfitri paling hebat sampai raya ke empat je. lepas tu penat dah nak berjalan rumah orang.

Maka aku pun bawak laptop dengan Broadband, boleh lah main sikit-sikit walaupun line Internet Maxis Prepaid RM2/sehari itu takdelah bagus mana, lambat serupa macam tengok rumput nak tumbuh. Tapi takpa itu bukan isu.

Kisahnya aku bawak balik laptop tua yang motor kipas dah lemah,banyak habuk maka ia cepat panas. Dah tau laptop cepat panas pandai sangat pulak tak bawak balik Cooling pad. Jadi aku Improvise, Potong kotak set pisau raya mak aku, tebuk lubang tengah-tengah, bubuh ais semangkuk, dan buat beberapa lagi lubang ventilasi udara. Hasilnya laptop tak panas langsung walaupun dibiar sampai ke pagi.

Buat masa 3 hari tu aku kembang hidung syok sendiri, perasan diri Mcguyver. Berjaya menyelamatkan keadaan dengan menggunakan barang-barang sedia ada.

Aku sorang je ke yang masih pakai laptop Asus model AH8E tahun 2008 itu?




3)





Gambar kat atas bukan gambar labu hallowen, tapi gambar buah asam keping atau dikenali jugak dengan nama asam gelugur.

Aku dah lama tau pasal ni, sebab sejak aku kecik masa darjah 2, 3 aku dah masuk kampung tengok opah sedara aku kutip buah asam gelugur pastu potong nipis-nipis jemur buat asam keping. (rujuk rajah 2)  tapi zaman moden ni baru ada blog dengan henpon ada kamera, masa inilah nak kongsi pengetahuan pasal buah yang glamer tapi kurang diketahui latar belakangnya.

Asam keping yang baik dia tak hitam sangat, kalau yang hitam legam tu opah aku cakap sebab terlebih jemur, kurang sedap untuk dibuat makan tapi ada kelebihan iaitu ia tahan lama.

Asam keping ni mahal, sekilo orang kampung jual RM 8.00, kalau yang cantik macam gambar atas ni boleh jual dalam harga sekilo RM 10.00 - RM 11.00 tapi kena rajinlah, kalau tak rajin, bergolek je lah buah asam tu lenyor atau tanah kena pijak.

Asam keping / gelugor banyak di bahagian Parit, Parit Buntar hingga ke Taiping.



4)


Tahun ni anak sepupu yang dulu-dulunya baby tau duduk merengek meniarap menangis je dah pandai main lari-lari, dah baya-baya 2-4 tahun dah, Ha gambar atas amir ashraf tengah main Ultraman lawan raksasa dengan Sofea, Ikhwan dan Aril.

Yang berdiri tegak tak bergerak tu Amir Aseghap tengah berdiri diam meditasi nak bertukar! hiarghhh bertukar!

tengok budak-budak main memang best, memula semua gaduh macam real main-main, tapi bila ada tak kena mula nangis, tak kisah nangis janji mak bapak jangan campur, budak-budak tu nangis kejap je. Kalau mak bapak campur tu yang last-last boleh jadi perang sabil tu.



5)



Tahun ni raya bagi sorang seringgit je, satu sampul satu ringgit, pokoknya orang tua-tua cakap. "pemberian ini bukan pada nilainya tapi pada keikhlasan hatinya" gituuu..

Lagipun tahun ni sampul standard charted tu lawa. Pastu duit seringgit tu pun lawa. Kaedah dia , kalau duit seringgit lama tu nilai dia seringgit, duit seringgit baru ni nilai dia 5 ringgit.

Kalau korang tak percaya, korang amik duit seringgit baru ni, korang pergi kedai runcit, ambil sebatang aiskrim Magnum Almond  tu, Pastu korang pergi bayar kat Cashier guna sekeping je duit seringgit ni. Tapi hati kena ikhlas masa bayar, pejam mata, hembuskan nafas tanpa ada tanda-tanda panik dan tetapkan pendirian,

" dik, aiskrim ni 4 ringgit dik"

" tau... ni ha amiklah seringgit ni kak"

" Adik ni gila ke apa? kalau harga dah 4 ringgit yang adik bayar seringgit kenapa?"

" Aik? tak boleh pulak? abang Zulfikar blog Rasa Hati tu cakap seringgit baru ni nilai dia 5 ringgit kak, akak pulak cakap tak boleh kenapa?"

" hah elok, kau dengan Abg tu sama-sama gila, amik ni sedas.!" kepokkkk... " bak sini balik aiskrim magnum aku tu, pegi makan aiskrim potong sana! nilai lima ringgit saaangat!"



****************tamat*****************




P/s 1 takyah ucapan selamat hari raya lah ye dak? terlalu mainstream ucap selamat hari raya kat Blog kata orang.

p/s 2 takyah gambar hari raya sekeluarga ye dak? terlalu mainstream letak gambar hari raya pakai baju melayu lengkap bersampin bersongkok bagai. (padahal malu nak tunjuk badan gemuk masa raya)

p/s 3 yelah yelah, itu pun nak nangis-nangis, cebik bibir kenapa? aku ucap ni...acah sikit pun nak nangis.


SELAMAT HARI RAYA KEPADA ANDA SEMUA PEMBACA BLOG RASA HATI YANG AKU SAYANGI! MUAH MUAH MUAH.



August 10, 2012

Musim Puasa Itu - Sup Lembu

Assalamualaikum..

Hari tu kami sekeluarga pergi makan sup di Jalan Doraisamy. Kalau dulu aku ada merungut yang tempat itu dah terlalu banyak pow parking, sekarang 3 kali aku pergi sana tak payah bayar lagi. --> baca INI

Samada blog aku dibaca oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, atau yang jaga parking tu kawan aku yang baca blog Rasa Hati atau aku hanya bernasib baik syok sendiri.

Tapi yang penting, tips untuk elakkan dipow parking ni, korang pergi park jauh-jauh sikit kemudian cepat-cepat lari keluar dari kereta sebelum kutu parking perasan korang letak kereta.

Bila kami bersahur makan sup doraisamy, nasik lemak dan pulut manis itu, maka ia mengembalikan kenangan zaman kecil aku yang berlaku juga dalam bulan puasa. Apa yang berlaku telah menjadi 'bahan sepanjang zaman'

Korang tahu apa tu bahan sepanjang zaman?

Bahan sepanjang zaman ni adalah benda memalukan yang korang buat masa kecik-kecik pastu mak bapak, adik beradik sepupu sepapat kau duk cerita pasal benda tu sampai korang tua. Jangan kata setahun, tapi dalam kes aku ni mau makan 20 tahun la jugak.


***********************

Pada zaman awal 90 an, belum ada kedai nasik kandar bercawangan macam sekarang, dulu kalau orang KL nak makan nasik kandar Penang di KL, kami semua hanya pergi ke Restoren Nasik Kandar Kudu Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selain dari itu, orang KL akan makan nasik kandar, mee goreng mamak, sup mamak dan roti canai dekat stall-stall tolak di sekitar KL, lebih tepat lagi area Sentul, Setapak, Brickfields, dan...dan.. dan aku tak ingat lagi dekat mana, cuma aku tahu memang tak banyak mamak bercawangan dulu.

Masa dulu pun, stall mamak ni memang legend, jenis hidang menu 3, 4 kerat je, meja ada 4,5 je maka kuranglah eksyen macam mamak zaman sekarang, cuma yang menyedihkan sekarang ni dah pupus dah gerai-gerai (stall) tolak di sekitar Kuala Lumpur, kecuali stall Doraisamy dan makwe aku cakap ada satu dekat Sentul.

Kalau korang cakap korang jumpa yang lain banyak, maknanya memang banyaklah,sebab aku bukan tukang banci warung tolak mamak, aku cerita yang mana aku nampak dan biasa pergi sahaja.

Nampak tak pattern si Zulfikar tu? jenis nak cerita pasal sup lembu,tapi meleret - leret bagai tiada hari esok.


************************

Sup Jalan Doraisamy, mamat ni ada lagi berniaga sekarang, tak tahulah bila akan pupus, sebab ada construction besar sebelah stall dia.
********************

Pada awal 90 an, adalah seorang Melayu ini yang keluar dari kebiasaan menjual nasi lemak dan satay, tetapi beliau menjual sup mamak yang sangat sedap di Selayang Baru. Dia buat macam fesyen mamak warung tolak, ada jual sup sahaja dengan 2 meja, 8 kerusi dan belanga besi ayan atas meja.

aku ingat semua detail sup dia, cuma aku lupa nama gerai itu apa, samada Sup Pak Mat, Sup Pak Din, Atau Sup Pak Dollah, tapi aku rasa sup Pak Dollah tu mcm boleh digugurkan dari cadangan, mungkin Pak Mat atau Pak Din. Kita kecilkan scope maka kita sebut sahaja nama gerai itu Sup Pak Mat.

Orang Selayang Baru yang tau nama sebenar gerai sup tu boleh betulkan di ruangan komen. Terima Kasih.

Punya famous sup pak mat ni, sampai menjadi bualan hangat seluruh penduduk Selayang, Nakhoda hingga ke Sungai Tua.

Pada satu hari di musim puasa, Abah aku buat surprise untuk mak aku...

" Awi, ni yeop ada bawak balik sup power untuk awi, nah makan dengan anak-anak"

" Yeop beli sup ni kat mana?"

" Biasalah, kat kedai pakmat selayang baru sana nuuu"

" ishk sedap betul makan sup ni malam-malam mcm ni yeop, hangat je rasa, dah nak hujung-hujung puasa ni awi tak lalu dah nak makan berat-berat"

" haa sebab tu lah yeop belikan sup special ni untuk awi, yeop tau isteri yeop ni penat masak buka dgn sahur"

Dipendekkan cerita dan dialog, maka mak aku pun buka sup pakmat, bubuh dalam dua mangkuk besar, jenis mangkuk tambah nasik tu.

Satu mangkuk abang dan adik-adik aku makan, satu mangkuk lagi mama dengan aku makan, disebabkan aku ni dari kecik jenis food hunter adventure, konon perasan macam wartawan Tony Bourdain, semua benda nak cuba maka aku pun makan sup special semangkuk dengan mama.

Hirup-hirup sup

Kunyah-kunyah daging

daging rasa liat, kenyal, liat kenyal...

Kunyah, kunyah kunyah, diam, menung, telan...

Hirup hirup sup..

Kunyah-kunyah daging

Daging rasa liat, kenyal, liat, kenyal...

Kunyah Kunyah Kunyah, diam , menung, telan...

Abah senyum pandang muka mama dengan aku...

" pandai anak abah ni makan sup ye, sedap tak ikar?"

" sedapnya, tapi kenapa daging dia rasa pelik je abah?" aku tanya sambil kunyah kunyah, menung diam telan.

" Iyelah yeop, apsal daging dia macam pelik je, nak kata sup urat bukan, nak kata sup lidah pun bukan, yeop beli sup apa ni untuk awie?" tanya mak aku pula dengan soalan yang lebih avant garde.

" ha ni sup paling special, sup paling mahal, sup paling power, nama dia sup torpedo!"

Kalau nak buat cerita ni lebih dramatik, maka aku akan twist cerita jadi garapan rekaan dan hasilnya macam di bawah....

" lepas je mak aku dengar abah cakap sup torpedo, maka mak aku dan aku pun muntah monggek sampai keluar isi perut semua, kemudian kami berdua terus memarahi abah kerana bagi kami makan sup torpedo dengan sengaja, kesian kan kami?" (ini versi twist cerita yang peak klimaks)

Tapi sebenarnya malang, akhir cerita bukan macam itu...

Selepas dengar abah cakap " nama dia sup Torpedooooo" (baca torpedo panjang dan bergema, seakan bapak aku teruja nak buat lawak)

Kami pun angkat muka dari mangkuk sup, pandang muka abah, tenung panjang-panjang seraya berkata...

" Ooooooooo torpedooooooo! pelik je nama dia kan abah kan, tapi sedap lah!" (sebab malangnya kami taktau maksud sup torpedo itu)

" Haaa kalau sedap makan, nanti abah beli lagi"

Keesokan harinya mama sembang dengan Makcik Amy dan pakcik Rahim jiran depan rumah.

" Rahim, semalam aku makan sup torpedo yeop kamu beli dekat selayang baru sana, sedap!"

" awie makan sup torpedo ke?"

" Iyelah, kenapa nya?"

" sedap tak?"

" sedap jugak lah, cuma isi dia liat macam sup urat, kenapanya?"

" takde apelah, tapi kalau awi nak tau sup torpedo tu sup kote lembu!"

Lepas dengar je Pakcik Rahim cakap macam tu, selamba je mak aku pusing badan, masuk dalam rumah dengan langkah yang penuh angkuh, seangkuh gigitan pertama pada sup torpedo lembu.


Aku? aku jangan ceritalah, sampai 20 tahun kena bahan dengan pakcik Rahim dan Abah..

" ikar suka makan sup torpedo ye? nanti abah beli lagi"

**********tamat***********



hirup hirup sup, kunyah kunyah daging, daging rasa kenyal liat kenyal liat,  Kunyah kunyah  diam, menung, telan.
Korang takyah imagine, takyah susah2 nak google imej sup torpedo, ni aku dah tolong letakkan dah, comel kan sup torpedo ni?

********************************* 
p/s 1 tu kali pertama dan terakhir aku makan sup torpedo!

p/s 2 sekurang2nya aku dah boleh eksyen, makanan paling exotic aku pernah makan adalah kotey lembu.

p/s 3 tapi aku tetap malu

p/s 4 memang malu betul bukan malu tapi mahu.

p/s 5 aku bukan malas update blog, tapi aku memang sibuk bungkus biskut, jap kat bawah ni aku letak gambar kesibukan bungkus biskut.


Gambar demi gambar, tak habis2 entry korang baca kan? orang kata, banyak membaca ni jambatan ilmu, padan muka korang. ok skrg baru betul-betul tamat.


***************************************************
P/S 6 Ini namanya P/Sception, yang duduk dalam Tamatception, iaitu tamat selepas tamat dan P/s di dalam p/s, bye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...