July 30, 2012

Hukum Karma

Assalamualaikum..

Hukum Karma, isu yang bagi aku sangat klise, sejak aku berumur 16 tahun lagi sudah banyak orang yang membincangkan isu karma, samada cara penggunaan perkataan Karma itu sendiri, Falsafah disebaliknya atau asimilasi perkataan dengan idealism pembalasan dalam islam.

Tak dinafikan pada zaman-zaman awal reformasi idea dan penulisan puisi, ramai orang yang sangat terikat dengan penggunaan Karma kerana ia mempunyai sebutan yang puitis dan ideanya sangat murni iaitu "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat"

"apakah itu hukum karma?"

Hukum Karma adalah falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha, Ia bermaksud Pembalasan. Idea disebalik hukum karma itu adalah..

" Manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation"

Jika seorang manusia buat jahat seperti merompak, mencuri, memukul orang, kurang ajar kepada mak bapak, maka ia akan dibalas dengan kejahatan contohnya eksiden jatuh gaung, tempang kaki, jadi buta dan bisu.

Jika tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, lipas, babi atau apa saja binatang yang hina. Mungkin juga mereka akan dilahirkan semula sebagai manusia yang tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak .

Bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang berjaya ingin melepaskan diri dari pusingan kelahiran/sumpahan ini mereka perlu mencapai peringkat Mokhsa dan roh mereka akan bersatu dengan Tuhan. Peringkat ini dalam agama Buddha dinamakan Nirvana/Nirwana.



*****************

Konsep/Terma Karma ini telah banyak meresap dalam budaya orang Nusantara kerana asimilasi budaya dari zaman awal tamadun Melayu yang dipengaruhi oleh Agama Hindu, Pewayangan jawa, lirik lagu dan puisi.

Berbeza dengan konsep pembalasan dalam Islam, Agama kita tidak ada konsep kelahiran semula sebagai manusia yg lebih hina, bersatu dengan zat Tuhan, atau kelahiran semula menjadi haiwan.

Bukan semua orang yang jahat, zalim, perompak, pembuat dosa akan dapat hukum karma mereka di dunia, Ramai orang yang jahil yang kaya melalui hasil haram macam tokey judi, riba', samun, tokey pelacur, samseng semua mati secara kaya dan bahagia. Anak bini mereka juga terus hidup dalam kekayaan dan kemakmuran yang ditinggalkan.

Tetapi dosa dan azab mereka akan dibalas Tuhan di dalam azab kubur, seksaan di padang mashar, dosa pahala akan ditimbang di neraca akhirat. Jika pahala mereka banyak maka mereka akan masuk ke dalam Syurga, Jika dosa lebih banyak mereka akan diazab di dalam neraka.

Dengan hujah ini saja, kita sudah nampak bahawa Agama Islam tidak pernah endorse idea hukum karma dalam konsep pembalasan.

Konsep utama agama hindu (rukun) Dharma,Samsara, KARMA, Moksha.. sengaja aku capslockkan Karma itu untuk  highlightkan kaitan kuat Karma dengan agama Hindu.

******************************

"Tapi Zulfikar, Hukum Karma yang kami sebut itu hanya perkataan sahaja untuk menerangkan proses buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, takkan itu pun tak boleh nak guna?"

Ada perkara dalam agama yang mana idea dan sebutan yang khusus dalam agama lain kita tak boleh nak asimilasikan, kerana Rasulullah saw banyak kali berpesan supaya kita tidak mengikuti budaya agama lain demi menjaga ketulenan agama Islam.

" Tapi Zulfikar, dalam islam ada konsep Kifarah, iaitu balasan kesengsaraan kepada kita jika kita membuat dosa, bagaimana pula itu?"

Kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.
Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

Cukuplah kita sebagai Umat Islam yakin dengan akidah yang tidak berbelah bagi bahawa ; Jika kita melakukan dosa maka kita akan diseksa dengan Kifarah, Azab Kubur, Seksaan di Padang Mashar, dan Pembalasan mutlak di Syurga dan Neraka.

Adapun konsep Karma itu sangat berbeza dan jauh terpesong dari pemahaman kita sebagai umat islam wahima ia digunakan sebagai kata puitis, kata pseudo-intelektual, seni lirik lagu dan penyedap ayat dalam pidato.

Takpelah, nak jadi Urban dan nampak Intelektual sekalipun kita masih boleh guna banyak lagi konsep dan terma lain selain Karma, tak nampak hipster pun sebut karma banyak kali. Bagi aku sendiri, karma itu sendiri telah menjadi terlalu klise dan mainstream.

*******tamat*******


p/s perkataan syurga, neraka, rasaksa juga adalah pinjaman perkataan dari bahasa sanskrit. Namun ia hanya penyesuaian perkataan yg digunakan Masyarakat melayu yang faham syurga neraka itu adalah Jannah dan Jahanam dalam Islam. Ia tidak difahami dengan konsep dalam agama hindu pun.

p/s Berapa ramai yang tak pernah tau pun Syurga/sorga, Naraka itu dari bahasa sanskrit,sebaliknya mmg dah faham ia sebagai bahasa Melayu.

p/s Karma boleh didapati penggunaannya secara popular dalam Lagu Hukum Karma (wings), Karma (Faizal Tahir, dan luas penggunaannya dalam puisi dan sajak.

p/s Dulu aku suka lagu Karma Police dari Radiohead.



Sila ke laman web Arcx13 untuk penulisan beliau tentang Karma. Rukun Iman Kelapan Hukum Karma

July 26, 2012

Musim Puasa Itu - Hantu Keranda

Assalamualaikum..

Muslim ni banyak kenangan masa kanak-kanak dia berkisar pada bulan puasa, raya, nak masuk sekolah, gosok gigi tepi longkang, air milo datang sekolah naik lori, cucuk BCG dan sunat.

Sementelah sekarang ni musim puasa, aku cerita pengalaman kami budak-budak zaman 90 an. Zaman yang tak terikat dengan handphone data plan, game ninja potong buah dan sembang dekat twitter, zaman tu Mirc pun belum ada.

Seperti biasa, ayat memulakan imbauan kenangan ini berbunyi begini..

Kita ada banyak kenangan, tapi nak pilih kenangan yang paling kenangan adalah apabila kenangan tu sekilas ingatan je ia muncul, dan setiap kali datang musim puasa, mesti kau senyum-senyum teringat balik.

1. Hantu Keranda


lebih kurang macam ni keranda stainless steel kat masjid tu, tempat letak dan mandikan jenazah, letak sebeleh stor masjid dekat kawasa parking basikal yang bila jumaat jadi tempat budak2 belum sunat semua berhimpun sembahyang.

Pada satu musim puasa, masa tu darjah 3, umur aku 9 tahun, Aji 10 tahun, Amy 8 tahun dan Karnain (abang aku) 11 tahun. Entah mana datang idea,  kami semua macam jadi ghairah nak pergi solat subuh setiap pagi pada bulan puasa itu selepas sahur.

Setiap kali lepas sahur dalam pukul 5 pagi, Dua beradik Amy dan Aji akan datang ke rumah aku mengetup daun tingkap kaca..

" Ikar..Ikar..Karnain..Karnain..Jom pergi masjid jom! dah nak subuh ni!"

Dalam hati aku..

" Buang tebiat apa si Amy ni pergi Masjid nak subuh pukul 5 pagi, Tok siak pun belum bukak gril masjid, pak imam pun tengah nyuap nasik!"

Tapi dek kerana seronok berkawan, aku pun turutkan jelah. Setiap subuh tu, kami berempat akan jalan kaki di dalam kesejukan subuh ke Masjid. hebat tak hebatnya kami, lampu dalam ruang solat masjid pun belum bukak, yang bukak lampu kat bahagian koridor depan je.

Sehari okey, dua hari okey, tiga hari okey, seminggu okey, nak masuk 2 minggu, aku dah mula naik rimas nak pergi masjid pukul 5 pagi. Jangan kata aku dengan Karnain, Mak aku pun dah mula mushkil tengok kami rajin sangat.

Ditakdirkan tuhan, pada satu pagi tu, sedang kami duduk dekat depan pintu pagar masjid sambil main baling-baling batu dalam longkang, Keranda Besi dekat stor Masjid bergoyang..

" Prangg.. Prangg.. gedegung gedegang, brummmm" Bunyi keranda stainless steel sebelah tempat mandi mayat berbunyi.

Aku toleh laju-laju dan nampak kucing kaler oren lari lintang pukang macam tengah kejar binatang. Tapi amy Aji toleh lambat, aku syak diorang tak nampak kucing, aku pun dengan penuh yakin buat muka cuak seraya berkata..

"woi korang woi, keranda bergerak sendiri, ada hantu keranda! blah woi blah!"

" Haaaantuuuuu keraaanndaaaaa... larrrrriiiiiiiiiiiiiii...." bertempiaranlah kami berempat lari balik rumah masing-masing, dah macam watson nyambek pun ada, macam acara 400 meter lari berganti-ganti pun ada.

Bila dah sampai rumah, aku bisik dekat abang aku..

" Karnain rilek karnain, tadi bukan hantu keranda, tapi kucing panjat bumbung, saja ikar temberang, malas nak pegi masjid pukul 5 pagi hari-hari!"

" Alah karnain tau, karnain nampak kucing tu! kaler oren kan?"

" Ha'ah kaler oren, kalau karnain dah tau kenapa karnain lari lintang pukang macam nampak hantu?"

" saja lari, nak tambah efek bagi real, karnain pun malas nak pergi masjid sejuk-sejuk pagi-pagi buta mcm tu"

" haha, okey set, jangan kabor ke Amy ngan aji tau!"

Aku tak tau adik beradik Amy ngan Aji tu betul-betul nampak hantu keranda ataupun diorang pun auta sama macam aku, tapi yang pastinya, sehari dua lepas tu kecoh satu sekolah agama sebelah masjid, ada keranda besi gerak sendiri. Aku syak Amy dengan Aji yang cerita. Budak-budak kan suka cerita hantu.

**********Tamat**********

p/s Pendek je entry kali ni, nanti aku buat macam kompilasi la lepas ni, sehari dua satu entry, jenis pendek-pendek kenangan dan pendapat tentang puasa.

p/s Paradox kan? ada setengah org ckp puasa takde hantu sebab semua hantu kena ikat, tapi baca mastika dgn cerita blog ada je org cerita pasal hantu musim puasa. Manusia tu suka cerita hantu..

p/s kongsi kisah puasa korang bersama sepanjang ramadan ni, kalau ada cerita menarik,taip di ruangan komen,atau pastekan link entry korang pasal kenangan puasa kat ruangan komen. nanti aku nak gi baca.

July 22, 2012

Puasa, Kerja, Kereta, Bas dan Keinsafan

Assalamualaikum

Aku sibuk, selain sibuk aku juga mempunyai masalah writer's block.  Sebenarnya baca alasan writer's block itu sebagai " Saya Malas"  tapi sebenarnya aku bukan malas tapi aku stress dan sibuk dengan operasi pindah kilang. Nampak tak alasan aku berganda-ganda? ini dinamakan alasan dalam alasan ; alasanception.

Bulan 7 menyaksikan kilang lama tempat aku bekerja di Pandamaran telah ditutup sepenuhnya, penyerahan kunci kepada pemilik baru jatuh pada tarikh 30 haribulan 6. Bermula dari situ aku sibuk berulang dari Shah Alam ke Batu Muda KL untuk setup kilang baru. Kemas fail, susun meja, kemas office dan mula ambil pesanan untuk Puasa dan Raya.

Kilang lama, Opis lama, Meja lama yang dah tinggal kenangan, Staff lama yang tinggal kenangan juga, 98% dari mereka di atas semuanya berhenti kerana masalah lokasi yang jauh. semoga perkenalan kita selama ini meninggalkan kenangan2 manis berlaka. Insyallah.

Oh ya puasa dah menjelma, selamat berpuasa kepada korang semua, aku doakan kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatulqadar, malam yang menjanjikan pahala 1000 malam dan doa dimakbulkan. Carilah malam itu dengan ikhlas.

Bacalah Alquran pada bulan puasa ini dengan keikhlasan mencari maksud tersirat dan tersurat dari Illahi. Bukan semata-mata mahu memuaskan pandangan insani.

Bacalah Alquran dengan ikhlas,jujur dan dengan niat mahu memahami semua maksudnya. Rasai getaran seruan Illahi itu sehingga naik bulu roma, menitis air mata di helaian Alquran. Bukan dengan hanya kepuasan bercerita pada kawan-kawan yang kita telah katam 3 kali sebulan.

Aku jamin, bila korang merasai kejujuran itu, korang akan merasai Tuhan begitu dekat dengan diri, seumpama Tuhan memerhati kita berteleku di sejadah mengharapkan rahmatnya, dan pada masa itu Insyallah Lailatulqadar itu dapat dirasai tanpa melihat bukti air beku,pohon sujud dan tangan berbulu macam cerita penglipur lara dulu-dulu.

****************************

Minggu lepas kereta aku masuk bengkel, alternator rosak yang akhirnya berjangkit kepada macam-macam komponen lain, dah macam cancer aku tengok Toyota Corolla tu, dari Alternator membawa ke Karburator, dari Karburator membawa ke Wiring dan akhirnya Aircond. Tapi tak mengapa, masalah kecil jangan perbesarkan. Bas boleh naik, motor boleh bawa.

Ini namanya alternator ye adik2,kalau kereta tak boleh start, dah tukar bateri kereta masih takde power nak gerak, tu maknanya alternator rosak, dia tak caj bateri tu balik, kalau rosak kos tukar yang potong punya dalam 150-200, kalau recond 200 - 300, kalau baru dalam 400 - 600 ringgit. jgn kena tipu ye.


Cuma hari tu bila aku naik bas, aku macam kembali insaf macam kisah dalam entry dulu "Perjalanan yang menginsafkan". Masa dalam bas Rapid KL bernombor U2A dari Sri Gombak Ke Pasar Seni aku dapat 3 pengajaran iaitu

1. Orang berbudi kita berbahasa.
2. Pengangkutan awam Malaysia bagus
3. Naik bas itu simple

*********************************

1. Orang berbudi kita berbahasa

Disebabkan aku kurang mahir cara-cara naik bas, aku telefon tanya kepada makwe, dia ajar cara naik bas, tapi tetap rasa keliru sebab banyak sangat route dia, ada bas U19, ada U2A, ada bas pergi Putra LRT, ada bas pergi central market.

Aku pilih naik ke Central Market, masa tahan bas tanya dulu dekat driver..

" Assalamualaikum bang, tumpang tanya, bas ni pergi Central Market eh?"

" wa'alaikumsalam bang, a'ah lalu lalu"

" Berapa tiket bang?"

" sini Gombak Pasar Seni RM 2.50"

" Okey Nah"

Ditakdirkan, separuh perjalanan dekat Sentul, Bas rosak. Gear taknak masuk ke "D" kena tutup aircond baru boleh jalan, aku syak ada masalah wiring. Itu tak pelik, tapi yang pelik driver tu toleh ke aku dan cakap dengan nada yang elok dan berbudi bahasa.

" Bang, kalau saya tutup aircond ni abang panas tak? kalau tak panas, saya nak bukak tingkap, tutup aircond"

" Takdelah panas, saya okey je, kenapa?"

" Ini ha, Gear ni buat hal bang, tak masuk masuk, kalau tutup aircond baru okey, kalau abang tak panas, saya tutup aircond je la ye?"

" Saya tak kisah, janji bas boleh jalan, bukan tak biasa takde aircond bang, janji bas sampai Pasar seni"

" hehe okey!"

Nampak tak? tak ke pelik driver bas Rapid KL berhemah macam tu sekali, rasanya kalau dia tak tanya aku pun, dia main tutup je aircond tu takde siapa nak marah dia. Itulah namanya berbudi bahasa, kalau kita cakap elok-elok dengan orang, orang pun akan datang rasa respect pada kita tanpa kita meminta-minta.

Sampai depan Sogo, bas tak berhenti, terus lajak sampai ke depan Kamdar, tetiba makcik Indon bersuara tinggi.

" Abang, abang, berhentilah, saya sudah cakap tadi mahu berhenti Sogo kan? ni dah jauh ke depan ni!"

" Akak... akak kalau nak berhenti tekanlah loceng, saya bukan nak hafal akak nak turun mana, bas ni ramai orang. kan dah jauh, lain kali akak tekan loceng ye kalau nak berhenti"

Memang driver bas tu berhemah orangnya, lembut je dia cakap. Aku doakan dia berjaya dalam kerjaya dia tak kiralah dalam bidang apa yang dia lakukan.

**********************************

2. Pengangkutan awam Malaysia bagus.

Kenapa aku cakap bagus?

a. Sebab ada seorang pakcik tua naik bas tu tunjuk tiket warga tua, dia tak payah bayar.

b. Dalam bus ada space untuk OKU berkerusi Roda yang luas, ada tempat sandar Orang buta dan tempat orang kurang upaya yang lain.

c. Driver Bus berdisplin, dia takkan berhenti ambil penumpang dekat tempat yang tak sepatutnya. dia berhenti turunkan dan ambil penumpang di bus stop yang bergazet.

d. Penumpang kebanyakannya berhemah, jujur bayar tiket ikut harga, padahal takde siapa pun nak cek berapa banyak kita jolok dalam tabung besi tu.

e. 3 bas sepanjang route Sri Gombak - KL - Shah Alam - Seksyen 8 itu sangat selesa dan murah.

Daripada realiti cek yang aku buat ni, aku rasa kritikkan dan makian budak-budak rebellious pasal kononnya public transport Malaysia ni macam sampah adalah Overrated.

Cerita yang terlalu digembar-gemburkan semata-mata terikut-ikut sentimen ingin condemn semua yang kerajaan buat. Padahal diri sendiri rasa dalam hati bahawa public transport Malaysia bagus relatif dibandingkan dengan negara membangun yang lain. Itupun kalau ada kesempatan pergi negara orang lain dan  bandingkan sendiri. Kalau ikut cakap orang, itu yang keluar cakap macam orang hilang pedoman tu.

Oh ya, sebelum datang hujah lain, sepanjang 2 minggu lepas, aku jugak dah naik Putra LRT dan Komuter sek19 - KL sentral, kesimpulannya, walaupun tak 5 star, tapi sekurang-kurangnya ia tidak terlalu buruk dan sesampah yang mereka lemparkan.

***************************
3. Naik Bas itu simple.

Naik bas itu simple dan murah. 

Dari Office aku jalan kaki 10 minit pergi Bus stop Gombak Prima, Dari situ Naik Bas ke central market kos RM 2.50

Dari CM berhenti, jalan kaki ke Stesen bas Klang 5 minit, naik bas dari KL ke  Seksyen 2 Shah Alam kos RM 3.00

Dari Seksyen 2 (UiTM) ke Seksyen 8 selama 10 minit Kos RM1.00

Total  2.50 + 3.00 + 1.00 = RM 6.50, Pergi balik RM 13.00.

Kalau naik kereta, Petrol paling kurang RM 15.00 tambah Tol paling kurang 3.00, belum campur parking semua. Tapi ada lah bagusnya, kalau naik kereta sendiri dah tentulah kita bebas nak tentukan mana kita nak pergi, tak terikat dengan jadual bas dan tentulah kita selesa.

Ini namanya Bas Rapid KL ye adik2, ikutkan logik aku bas ni paling mahal caj dia Rm3, aku teka je la.  Bas ni selesa, aku taktau standard korang mcm mana, tapi kalau ikut standard aku bas ni memang selesa.

****************************

Tapi simple-simple bas sekarang mana boleh lawan Bas mini No 11 kesayangan mak aku. Alkisahnya pada tahun 1990 an dulu mak aku suka pergi teman Nenek Timah pergi Pasar Chowkit nak beli barang dapur.

Pesen makcik-makcik mengada nak berjalan kat KL, padahal bukan tak boleh beli barang dekat Pasar Borong Selayang tu! pasar borong paling besar dekat Malaysia pada masa itu.

Pada satu hari mak aku tah apa punya ragam perut dia nak terberak, duduk sebelah Nenek Timah yang beliau gelar Makcik Timah.

" makcik, saya nak terberak lah makcik!"

" Apo kono ekau ni awi, macam-macam yolah maso ni nak terberak la apo lah"

" dah nak terberak nak buat macam mana makcik!"

" kau pergi cakap dokek Drebar nu ha!"

Mak aku pun selamba je pergi cakap dekat driver tu yang dia nak pergi jamban, masa tu bas tu dah sangkut jem dekat depan sikit dari HKL. Lepas dia cakap, dirver tu buat tak reti je muka sadin sambil hisap rokok suria gudang garam.

Mak aku balas balik muka sardin, selamba je dia turun bas mini no 11 tu tengah-tengah jem, masuk kedai cat, terus direct pergi belakang berak dekat jamban kedai cat. Lepas dah berak selamba je jalan balik masuk dalam bas mini sambung sembang dengan Makcik Timah.

Makcik Timah pulak balas selambe, selambe je buat muka sadin sambil tekup hidung.

" Humang Aih awie, macam ini pun boleh ko? sompek basuh? adddooo yo lah ko ni awie"

Mak Aku sekali lagi selambe balas balik.

"mestilah basuh! tapi KL ni makcik, KL... makcik kena laju, kalau tak kita ketinggalan"

ha yang ni pula bas mini ye adik adik, bagi kami yang lahir 80-an, bas mini  ini adalah icon sepanjang zaman,  driver lain, konduktor bas lain, konduktor jenis pegang papan tiket, tangan sebelah selit-selit duit kertas 10, 5, seringgit. kat bahu sangkut beg selimpang bubuh duit syiling. Mulut baik punya laser! jenis tak pergi belakang kena maki hamun.



***********Tamat************




p/s kereta dah baik dah, spek mata Rayban yang hilang pun dah jumpa balik, berkat doa bulan puasa ni besar tau.

p/s Tulis Blog sementara tunggu sahur ni memang best, rasa macam sambut malam raya.

p/s lepas ni nak rajin2 balik lah tulis blog.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...