June 30, 2012

Simpati Yang Tersembunyi

Assalamualaikum..

Semalam aku pergi basuh kereta dekat carwash, dah berbulan-bulan tak bercuci kereta tu sebab tak nampak kotornya. Dipendekkan cerita lepas selesai basuh, aku pun undurkan kereta perlahan-lahan dalam jarak 10 meter. Sekali dengar bunyi..

" auuuu auuuuuuu auuuuuu.. kungggg kungg kunggg..aouuu aouu aouu.."

Rupanya aku undur terlanggar anjing tengah jalan, sedangkan anjing tu sebelum tu baik je duk main kejar-kejar dengan aku, mana nak tau pulak masa aku nak undur dia boleh duduk rehat tak bergerak,selalunya binatang bila nampak kereta dia akan ke tepi. Tapi takpe, korang jangan risau sebab anjing tu hanya cedera ringan.

************************

Kisah tersebut mengingatkan aku pada zaman aku kecil dulu.

Masa dulu rumah aku kat Sungai Tua tu banyak tikus. Rumah lama, kawasan rumah pula banyak semak dan hutan-hutan, walaupun keluarga aku bela kucing, tapi tak lut jugak. Samada kucing dah muak makan daging tikus atau tikus tu ada ilmu nasik kangkang.

Jadi bapak aku selalulah pasang perangkap tikus umpan dengan kepala ikan goreng. Hasil yang didapati amatlah lumayan, kalaulah daging tikus tu boleh jual macam harga ayam, mau keluarga aku dah bukak kandang tikus dah.

Selalunya, bapak aku akan pasang perangkap malam Jumaat, hari sabtu atau ahad pergi cek perangkap dah ada hasil.

Bila dah dapat tikus dalam sangkar tu, aku selalu mula rasa gelabah dalam perut. Rasa macam ada orang perah-perah usus aku, bukan takut tikus, aku jarang takut kat haiwan. Cuma aku simpati sangat ke tikus itu yang bakal menghadapi hukuman mati sebentar lagi.

Selalunya abah akan bunuh tikus tu dengan cara rendam sangkar tu dalam baldi yang penuh air. Akhirnya tikus tu akan mati lemas. Aku pernah tengok sekali je ritual penamatan riwayat tikus tu, tak sanggup tengok lagi sebab sedih tengok dia meronta-ronta mintak nyawa.

Inilah sangkar tikus yang aku maksudkan, tengok tikus terperangkap seronok, tapi tengok tikus kena bunuh ras a sedih, korang selalu mak bapak bunuh tikus cara mana?

*******************************

Selain dari kaedah lemas ada juga yang tikam tikus tu dengan besi tajam. Bagi aku, kaedah yang paling zalim adalah jemur tikus tu tengah panas sampai mati.

Bagi aku ia adalah sangat zalim bila memikirkan tikus tu terseksa berjam-jam, kadang - kadang berhari-hari dijemur tengah terik matahari tanpa makanan dan air. Kau bayangkanlah kita ni duduk dalam sangkar pastu kena jemur tengah padang, mati perlahan-lahan, tekak kering, perut lapar, dehydrated, seksa nak mati!

Beberapa tahun dulu, masa aku kerja dekat Batu Caves, Pejabat aku diserang oleh tikus. Maka sebelum sempat mengupah Pesticide, Bos aku arahkan akak pantry maid (kaksue) untuk pasang beberapa perangkap tikus. Perangkap tikus yang sama macam bapak aku guna dulu iaitu jenis sangkar.

Pada satu hari tu dapatlah tangkap seekor tikus yang boleh tahan gemuk, gemuk makan biskut dengan getah wayar gamaknya. Tapi yang aku tak boleh tahan bila Kaksue guna kaedah jemur tikus tu atas compressor Aircond dekat belakang tingkap pantry.

Setiap kali aku masuk nak bancuh nescafe, aku tengok tikus tu melepek kepanasan dalam sangkar atas besi compressor aircond yang panas terik itu. Sumpah aku cakap, tikus tu pandang tepat ke mata aku macam minta simpati. Renungan mata tikus tu macam berkata-kata dengan aku....

" Encik, tolonglah saya encik, saya tak mampu menahan lagi azab panas dijemur matahari ni Encik, tolonglah lepaskan saya, saya ada anak-anak kecil yang masih memerlukan saya untuk menjaga mereka encik"

Lantas hati aku pula seakan-akan berkata-kata pada tikus tu

" Kesiannya aku dekat kau ni Mak siti, apalah rasa kau mati pelan-pelan kena jemur tengah panas ni kan? tak sampai hati pula aku tengok, cepat-cepatlah kau mati, semoga tak terseksa lagi"


Mula-mula aku cuba untuk gagahkan hati aku, aku cuba teguhkan tekad membiarkan tikus itu mati sendiri. Tapi lama-lama dialog fantasi yang aku reka menguasai sendiri, campur dengan simpati pada renungan mata tu buatkan aku tewas dengan tekad sendiri.

Hari pertama tikus tu survive, masuk hari kedua aku dah tak boleh tahan tengok tikus tu terseksa, Aku pun cepat-cepat capai sangkar tikus atas compressor aircond tu dan lari-lari anak keluar office, Kaksue tegur aku..

" Abang Zul, Abang Zul nak bawak pergi mana tikus tu bang?"

" Saya nak pergi bunuh, tak sampai hati tengok dia kena jemur lama-lama"

" baik-baik bunuh jangan sampai dia lari ye Abang Zul"

" Kak Sue jangan risau, bunuh membunuh tikus ni saya dah biasa dah" padahal.....

Dengan sepantas kilat aku lari turun tangga office tiga tingkat tu sambil jinjing sangkar tikus. Aku berdiri depan longkang parit bandaraya. Korang dapat agak kan longkang parit bandaraya ni macam mana besar dia? level-level anak sungai dah.

Aku berdiri tepi parit tu, aku buka sangkar kemudian aku goncang-goncang tikus tu bagi jatuh ke dalam parit, dengan harapan samada tikus tu jatuh dalam parit kemudian terus mati atau dia hidup dan lari jauh-jauh dari kawasan pejabat aku.

Jatuh saja tikus tu dalam parit, elok je dia berenang ke tepi laju-laju, dia berhenti kejap kemudian hidung dia kumat kamit menghidu, pastu tikus tu berpaling dan pandang tepat ke arah aku..

Kalau ikutkan skrip dalam drama otak aku, pastilah aku berfikir yang tikus itu pandang dan berkata begini..

" Terima kasih Encik yang baik hati, terima kasih dengan sifat kemanusiaan encik, saya berjanji saya akan manfaatkan nyawa saya yang telah encik selamatkan, saya berjanji saya tidak akan mengganggu manusia lagi. Semoga encik bahagia, saya pergi dulu encik"

Atau mungkin juga tikus tu berkata-kata begini...

" Apelah bodoh sangat manusia ni, dah dapat tangkap aku, pastu lepaskan aku kat longkang, hati tisu sangat la tu, jaga kau, aku panggil bala tentera aku nanti buat perhitungan semula kat pejabat kau Zulfikar, hahahhahaha"

Tapi takpelah, aku bersangka baik yang tikus itu akan menghargai peluang kedua dia untuk hidup di muka bumi ini.



************************

Seminggu lepas tu, aku masuk office macam biasa, bayangkan tetiba ada 7 ekor tikus berdiri depan aku sambil di mulut mereka semua menggigit setiap satu uncang, bila aku buka, uncang itu berisi emas ketul-ketulan besar! rupanya tikus itu kembali datang ke pejabat aku untuk membalas budi!

Aku pun rasa sangat terharu dan kami semua berpelukan antara satu sama lain sambil berlinangan air mata. Hujung tahun itu kami sama-sama menziarahi di hari raya makan ketupat, lemang dan rendang yang ada. begitulah persahabatan aku dengan si tikus tersebut bersemi teguh akhirnya..

Banyaklah cantik muka aku ending dia macam ni, mimpilah! beranganlah korang nak dapat happy ending macam tu. Kalau tengok filem Razak Mohaideen, tengok Bini-biniku Janda nenek, mak sedara ku gangster boleh. Dengan tikus ibu kota jangan harap. Ending sebenar ha yang kat bawah ni......


Seminggu lepas tu, aku pergi Office Batu Caves, aku masuk dalam Pantry maid dan bancuh nescafe, sambil godek-godek biskut nak makan,  dan dan tu elok je aku tengok ada kesan tikus gigit dekat plastik bungkus Gardenia dengan bekas kaya roti.

" Tak guna punya tikus, dasar tak mengenang budi! jaga kau, aku dapat kau, memang aku jamu kau kat kucing!"






************tamat**************

p/s Siapa lelaki nampak tikus, menjerit, naik atas kerusi..diaaa pooonnnnd...ah malaslah nak sambung..

p/s selain manusia, tikus juga mengalami masalah racist, Hamster dibelai manja dan mewah bak raja, tikus rumah dicaci maki dihina dina.


p/s rumah aku skrg ni banyak tupai, kadang-kadang tupai masuk dalam rumah, curi makan roti gardenia, nampak tak bias? tikus curi roti marah, tupai tak marah, semua sebab pengaruh Hollywood! konon tupai tu comel.


June 24, 2012

Kemewahan Yang Relatif

assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood tak puas hati dengan kemewahan kanak-kanak zaman sekarang, isu yang sangat klise. Budak lahir 80an tuduh budak 90an mewah sangat tak tau hidup susah, budak 70an tuduh budak 80 an, budak 60an tuduh budak budak 70an, pokoknya sampai bila tak habis, pokoknya semua budak ingin menyatakan merekalah yang paling struggle di antara semua budak era yang ada.

Tapi hari itu aku ada pergi berkhemah dekat Kem Baha, Gunung Stong Kelantan. Bila aku terpaksa duduk dalam Keretapi Gerabak Duduk masa pergi, dan balik naik Gerabak Katil, baru aku dapat lihat bahawasanya kemewahan ini relatif.

Orang duduk Gerabak Kabin rasa mewah dari Gerabak Katil Double Decker, orang Gerabak Double Decker rasa dia lebih mewah dari Seat Business Class, business class rasa lagi mewah dari Ekonomi. Yang naik Kelas Ekonomi rasa mewah dapat naik keretapi pergi berjalan banding dengan orang kat kampung yang tak pernah keluar dari sempadan kampung.

*************************

Dulu masa aku darjah 4 pada tahun 1994, aku pernah hadapi situasi macam entry yang pernah aku cerita dalam tajuk Nasi Lauk Sardin Garam itu.

Pada satu hari entah apa kena dengan angin mak aku, rajin pula dia nak masak lauk tengahari awal dari biasa. Selalunya dekat nak pukul 2,3 petang macam tu baru siap makan tengahari, kali ni mak aku masak tengahari siap sebelum pukul 12 tengahari.

Jadi sempatlah aku nak tapau nasik berlaukkan Ikan Bawal goreng garing masam manis. Jarang-jarang sangat dapat bawak bekal makan tengahari ni, selalu beli nasik lemak kangkung Makcik Imah- mak Mustapa Kamal je.

Jadi pada hari itu aku pun makan nasik berlaukkan ikan bawal masam manis super sedap itu, isi yang lembut bersama bahagian kepala yang garing, sedap dikunyah begitu saja. Bila dah habis makan nasik, aku pun ratahlah lauk yang berbaki.

Bila dah habis semua isi dan kepala aku telan, aku pun nak buang tulang badan Ikan Bawal, dan tulang tepi yang halus-halus tu. Tetiba datang kawan aku dari jauh, dia tahan aku dari bangun...

" woi woi Zul, kau nak pergi mana?"

" lah nak buang tulang lah!"

" apa lah kau ni, buat apa buang tulang ni, kau tak tau ke tulang ni lah yang sedap, boleh makan kau tau?"

" hish kau ni, tulang pipi kepala ikan tu sedaplah kunyah, ni tulang sirip sedap apa nya? boleh cekik kat tekak!"

" Itulah, kau tak pandai kunyah tulang, meh bagi kat aku meh!"

Kawan aku tu pun kunyahlah tulang Ikan Bawal tu, masa tu aku tengok rasa sayu sangat hati, rasa insaf. Insaf yang berlanjutan sehingga 18 tahun lamanya.

Peristiwa yang ringkas dan mungkin tak bermakna bagi ramai orang, tapi bagi aku tertanam di jiwa buat berpuluh tahun lamanya. Melihatkan kawan baik ambil sisa tulang ikan bawal dan kunyah dalam keadaan muka penuh asyik menginsafkan aku bahawa kepuasan hidup ini tak standard bagi semua orang.

Baru aku nak layan syahdu tengok dia, dia bagi statement lagi pilu..

" sedapnya ikan bawal mak kau masak ni Zul! dah lama aku tak makan ikan bawal, bertahun gak ah rasanya"

Kau dapat bayangkan tak pilunya hati kau, bila kawan baik kau makan tulang ikan bawal kau, dan dia dah lama tak makan ikan bawal, kau tak tau dia teringin nak sangat masa kau makan. Pilu hiba hati bila tahu yang kawan kau juga sorok Rasa Hati dia yang teringin nak makan isi ikan bawal tapi segan nak minta.

Sejak peristiwa tahun 1994, sewaktu aku berumur 10 tahun itu, sampai sekarang bila aku tengok ikan bawal masak sweet sour, mesti aku teringat muka dia penuh asyik kunyah tulang sirip ikan bawal itu.

Tercetuslah rasa hati aku bahawasanya,jika kau rasa kau susah tapi selagi kau mampu makan isi ikan bawal banding dari tulang sirip maka ketahuilah nasib kau lebih baik dari orang yang lebih susah. Yang kepuasan makan tulang ikan bawal itu ibarat meraikan raya setahun sekali. Bersyukurlah!



Tulang sirip ikan bawal yang aku maksudkan adalah yang dibulatkan  dengan pen merah tersebut. lepas tahun 1994 itu, kadang-kadang bila makan ikan bawal, aku akan sengaja kunyah tulang ini dan telan, bagi sentiasa memperingati kenangan kawan aku yang kempunan nak makan ikan bawal. ah sebak bila teringat aih. - sumber gambar themummysya.com


************tamat************

p/s I Tudung bawal adalah comel, perempuan pakai tudung bawal relatifnya lebih kemas dan comel dari shawl, walaupun ramai perempuan cuba justify yang shawl itu lebih comel, tapi bagi lelaki tengok tudung bawal lagi comel. Masalahnya kenapa perlu tudung bawal? kenapa namanya bawal? adakah direka oleh Muhamad Ali rejal Bawal, adakah bentuknya macam ikan bawal? adakah texture macam kulit ikan bawal?

p/s II ikan bawal ni bagi aku sedap buat masak 4 cara je, Goreng garing, Kari, Lemak pekat cili api dan Sweet sour.

p/s III bawal ada 2 jenis, bawal cermin dan bawal dapur (Hitam) bawal cermin sedap buat stim.

p/s IV di Petaling Jaya ada bangunan nama Wisma Ali Bawal.

June 20, 2012

Malu Yang Tersemat.

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan kita ni banyak benda yang memalukan kita telah buat, kebanyakan kisah yang memalukan bagi aku pun aku dah kongsi dengan korang semua dalam entri-entri yang lepas.

Walaupun dari kecil aku mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan selambe menghadapi situasi yang memalukan dengan jayanya, namun ada beberapa peristiwa malu yang bila aku teringat, aku akan malu sendiri lantas secara automatiknya hati berkata..

" Ya Allah, kenapalah aku pergi buat benda bodoh macam tu, malunya" monolog sambil menepuk dahi.

Ada banyak perkara malu, tapi apa yang paling malu itu adalah bila kau tak perlu fikir panjang nak ingat, sekali ingat je kau terus fikir pasal tu, itu dinamakan malu yang tersemat. Di bawah aku kongsikan beberapa peristiwa malu, walaupun bagi korang tak berapa nak malu tapi bagi aku kalau boleh nak lempang-lempang je muka sendiri.

**************************

1. Jamuan Kelas Darjah 3.

Masa tu kelas 3 Cempaka di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Guru kelas nama Cikgu Shamsudin. Tahun itu 1993, ketua darjah nama Shahrul Nizam. Eh ke Saiful Nizam? ah aku lupa, tapi sa sa zam zam belakang dia.

Dipendekkan cerita, hujung tahun mesti ada jamuan akhir tahun peringkat kelas bagi meraikan perpisahan, meraikan jasa guru dan menghabiskan duit tabung denda tak hafal sifir 2 sampai 12.

Seminggu awal cikgu dah cakap supaya bagitahu mak sediakan juadah untuk kongsi makan masa jamuan kelas, Lydia ckp nak bawak agar-agar, Nurul Izzah nak bawa Kek Marble, kawan yang lain nak bawa macam-macam lah. Paling grand bawak karipap pusing inti daging!

Aku dengan yakin cakap nak bawak sardin roll. Beriyalah cakap dekat mak aku, last-last hari terakhir mak aku lupa nak buat sardin roll, demi menutup malu dan memujuk aku, mak aku bagi RM 4.50 suruh beli nasi lemak makcik som depan simpang kampung.

Sehabis daya aku buat grand konon nak tutup malu, siap beli nasik lemak lauk sambal sotong sayur kangkung rebus, tapi bila bawak dekat meja kelas sambung 12 tu, Cikgu Shamsudin angkat tinggi-tinggi nasik lemak aku lalu cakap.

" Ni siapa bawa bekal nasik lemak letak kat meja jamuan ni? kalau bekal macam ni makan sorang-sorang bolehlah, macam mana entah nak kongsi makan nasik lemak dalam taperwer ni?"

" Saya Cikgu!" Aku mengaku dengan perasaan yang sangat malu

" hah awak Zulfikar, kenapa bawa bekal macam ni?kata nak bawa sardin roll?"

" Mak saya lupa cikgu, mak cakap tahun depan baru dia roll sardin tu, tahun ni makan je nasik lemak makcik som ni cikgu, mahal ni cikgu Rm 4.50 saya beli, ada sotong, kangkung, telur, semua ada cikgu!"

" Takpelah Zul, awak ambil nasik lemak ni, simpan bawak balik rumah makan dengan mak awak"

" Sampai hati cikgu taknak makan nasik lemak saya ni cikgu, kecik hati mak saya"

Aku takkan boleh lupa nasik lemak tu bungkus macam mana, punya taknak rasa bersalah, aku siap transfer nasik tu dalam bekas Vitalite kat bawah ni..


Dulu Bapak aku beli la spread ni utk makan dengan roti, konon-konon golongan expatriate bangsar la! taknak makan Planta macam orang lain, hispter betul bapak aku zaman dulu. Padahal duduk Selayang je pun. Dalam bekas ni jugaklah aku bubuh nasik lemak makcik som buat juadah jamuan kelas akhir tahun.


********************************

2. Pertandingan Badminton Perseorangan Zon Gombak.

Masa tu aku darjah 4, umur 10 tahun. Pertama kali jadi wakil sekolah main badminton dalam acara perseorangan. Kejadian ni berlaku pada perlawanan sulung aku. Ingat lagi lawan budak Sekolah Gombak Setia. Lawan aku tu samada bangsa india atau india muslim, Sebab aku ingat lagi masa kejadian tu aku tengok sengih gigi dia amat putih.

Aku dari rumah dah hafal sifir jangan buat malu dekat diri sendiri untuk mengelakkan terlalu gugup masa perlawanan. Sifir tu berbunyi " jangan bikin malu, jangan bikin malu, jangan bikin malu, jangan bikin malu, rilex rilex rilex"

Perlawanan pun berlangsung, dengan megahnya aku menang mudah pada perlawanan set pertama. Dulu kiraan ikut sistem 15 mata, ada dua set, kalau seri kena main rubber set.

Lepas je menang set pertama 15 - 4, aku pun cepat-cepat meluru ke net, pergi salam lawan aku tu, pastu lawan aku tu muka macam blur-blur cipan, macam mana tah aku nak describe muka dia masa tu. Muka dia macam kecewa kalah, campur penat, campur tak faham, campur keliru, campur nak tergelak, sengih kejap, hairan sekejap tengok muka aku.

Aku pun hairan juga tengok muka dia, tapi aku maintain berlagak sebab menang set pertama, lepas salam dia, laju je aku pergi dekat Umpire nak salam juga, elok aku hulur tangan, muka sengih nak salam, Umpire tu  pun bersuara...

" Dik, main badminton ni, set pertama menang tak payah salam dulu dik, adik main dulu set kedua ye, kalau menang semua, dah confirm menang baru adik salam cikgu dengan pihak lawan ye"

" Opsss, sorry sorry sorry, saya tau tadi cikgu, tapi lupa!" (aku jawab sambil sengih panjang)

Punya malu masa tu, penyokong aku semua sorak tapi pada masa sama gelakkan aku. Kalau aku ada mesin masa, memang aku balik ke tahun 1994 tu, aku lari laju-laju dari pintu dewan serbaguna Selayang tu, aku smash belakang aku sendiri tanpa belas ihsan. Nak salam kemenangan sangat!


Hah! lebih kurang macam ni lah muka budak india tu senyum kat aku masa aku gi salam dia kat net. kesian dia, mesti dia ingat aku ni jakun, takpun dia ingat aku nak menganjing dia salam awal2 bagi serangan mental.


*******************************

3. Tepuk dada tanya selera

Ye, masa aku kecil memang aku comel, kalau dah besar ni pun masih comel bila kecil lagilah berganda-ganda comel. Tapi orang kata kalau selalu memuji diri boleh menyuburkan perasaan riak dan takabbur, jadi aku insaf kembali, maaf sebab selalu puji diri sendiri comel.

Bila aku comel, aku selalu gagal nak bina imej bad boy di depan mata awek-awek, takde harapan langsung. Bila aku pakai jeans dan tshirt, aku harap imej jadi macam Michael Jackson dalam video klip Bad, Tapi tak menjadi, rupa tu jadi macam budak dalam iklan baby KIKO.

Satu hari ada satu kakak darjah 6 ni tengah lepak dengan kawan-kawan dia yang lain dalam 3 orang. Lepak dekat kerusi kayu panjang belakang papan kenyataan sebelah kantin. Elok je aku lalu situ, dia panggil..

" eh budak sini jap!"

" hah ada apa kak?"

" woi korang semua, dak ni comel kan? pepap! hahahahaha" selamba je akak tu pukul bontot aku depan orang ramai, waktu rehat pulak tu, rasa sedih macam baru kena cabul.

" Apa ni kak main pukul-pukul orang ni?"

" ah lantak aku lah, kau nak buat apa?"

Aku pun blur nak jawab apa, lantas dengan tindakan refleks yang drastik aku pun menampar dada akak darjah enam itu. Tercatatlah rekod pertama aku menyentuh dada perawan tanpa sengaja.

Kakak darjah enam tu malu? toksah cakap lah, merah padam muka dia sambil menjerit kejar aku satu tapak court badminton sebelah kantin, aku pulak lari tak cukup tanah sambil jerit-jerit...

" sini kau budak, kurang ajar, tak guna, sini kau! jaga kau jaga kau!!!"

" sorry kak sorry kak sorry kak, saya tak sengajaaaa AAaAAAAaAaAAaaAa"

Punyalah malu, rasa macam nak tekup muka dengan gebor!

pandangan dari pintu belakang, sumber google, atap yang ada astro tu dulu  kuarters cikgu besar, lepas tu jadi rumah Teacher Hamdan, blok tinggi tu blok kelas aku dari darjah 4 sampai 6. bawah blok tu kantin sekolah, ada pondok kan? belakang pondok tu nampak ada papan kenyataan? ha kat situ la aku dicabul! eh ke aku yg mencabul? eh ke tak sengaja? eh eh eh? banyaknya eh.

************************

p/s 1 sebenarnya pengalaman yang memalukan tu scene no 1 dan no 2 je, scene yang no 3 tu aku tak rasa malu pun, rasa macam kenangan manis pun ada.

p/s 2 sumpah no 3 tu aku tak sengaja, aku ingat nak pukul bahu dia, mana tau pulak akak darjah 6 tu nak elak ke tepi..kemon kira adil la, dia dapat raba bontot aku jugak apa. Kalau umur aku sekarang 28, umur akak darjah 6 tu sekarang mesti dah 30, aku syak dia dah lupa peristiwa pahit dulu, tah tah dia simpan dendam kesumat! tah tah dia pembaca blog Rasa Hati ni? ahh sudah, mula aku rasa nak panik ni.

p/s Ah cubaan nak buat entri pendek gagal lagi, patutnya aku pecah-pecahkan tajuk kat atas kepada 3, dan buat 3 entries kan? ah alang2 dah siap taip, update jelah, modal lain banyak lagi, lain kali cerita lagi.


June 13, 2012

Sidang Bakal Pemimpin Masa Depan

Assalamualaikum..

Kelmarin aku macam biasa mengundurkan kereta untuk pergi main badminton di Klang, sesudah memberhentikan kereta, aku keluar untuk menutup pagar, kemudian aku terpandang jiran depan rumah aku, Ima namanya, tua setahun dari aku tapi telah mempunyai anak berusia setahun setengah.

Bukanlah masalah umur dia atau anaknya, tapi aku tergamam bila tengok anaknya Aima jari terkotet kotet sedang slide Samsung Galaxy Note Ibunya. Macam tak percaya dengan mata sendiri bila tengok budak yang masih duduk dalam babyseat kereta boleh leka slide game dalam Galaxy Note itu padahal Pakcik Ikarnya ini masih lagi tegar dengan Nokia E 52 nya.

Bak kata Shahril Husin yang sudah bertukar handphone Samsung Galaxy S Plus itu, dia kata..

" Aku bukannya apa Ikar, bukanlah nak membazir mengada-ngada, tapi aku pentingkan kebersihan, sebab tu aku tukar handphone yang ni Ikar!"

" Kebersihan? handphone? apa kena mengena Be?"

" Kuman tak boleh bersembunyi di celah-celah keypad macam handphone kau ikar, handphone aku ni takde keypad, semua guna touchscreen"

Nampaknya darjah kesentapan aku dengan Aima-Slide-Galaxy Note Ibunya telah ditambahkan lagi dengan kata-kata padu dari Shahril Husin yang terngiang-ngiang dalam minda aku.

Belum lagi nak berehat dari kesentapan jiwa nurani, sampai saja di dewan badminton, aku yang sedang memanaskan badan sebelum memulakan permainan tiba-tiba merasakan kesentapan lapisan ketiga apabila melihat Shakir anak si Saiful yang sedang rancak main game Ninja-Potong Buah di Samsung Galaxy Y.

Dengan menggunakan hikmat monolog menyedapkan hati sendiri..

" Shakir tu main handphone bapak dia je tu, budak lagi manalah reti nak ada handphone canggih-canggih"

Belum sempat aku senyum puas selepas habiskan monolog, aku tersentap lagi untuk kali yang kelima apabila tengok Saiful-Bapak si Shakir mengeluarkan Handphone dia sendiri. Oh memang Samsung Galaxy Y itu milik Shakir khas dibelikan untuk bermain game ninja potong buah, angry bird dan ulang main Video Upin Ipin 15 kali dalam masa 2 jam.

*******************************

Itu pada tahun 2012, apabila kanak-kanak dan bayi sudah pandai slide-slide smartphone demi memuaskan nafsu hiburan dan kawalan. Sedangkan pada tahun 1994, aku masih ingat perbualan kami budak-budak darjah 4 iaitu kanak-kanak berumur 10 tahun.

" Arzizi, kau tau tak kau beranak ikut mana?"

" mak aku cakap aku beranak ikut lubang pusat"  kata Arzizi  Abd Rahman

" bodoh lah kau ni Arzizi, Lubang pusat kecik, mana muat kau nak keluar, Mak aku cakap aku beranak ikut lubang bontot!" -  kata si Khaidir

" Ah Khaidir, kau lagi bodoh, kau beranak ikut lubang bontot? mak aku cakap kalau kawan-kawan cakap dia lahir ikut bontot bagitau dia macam lembu, sebab lembu je beranak ikut bontot!" kata si Aswad

" habis tu kau lahir ikut lubang mana Aswad?"

" Mak aku cakap, aku lahir ikut mulut!" Aswad jawab dengan bangga.

" Bodoh punya Aswad. mak kau dengan kau pun sama je kurang bijaknya, alien je beranak ikut mulut!" kata si Fuad.

" Kau lahir ikut mana Fuad? kalau bukan ikut mulut kau lahir ikut mana?"

" Aku ngan adik beradik aku semua lahir ikut perut, bedah. Aku confirm betul sebab mak aku selalu tunjuk luka bedah perut keluarkan aku, bila aku lawan ckp dia je, mesti dia ugut nak tunjuk parut bedah beranakkan aku!" Kata si Fuad yang yakin dgn jawapannya.

Sementara itu aku diam melihat semua bakal pemimpin sedang bersidang perihal bagaimana manusia dilahirkan, aku selalu dengar kisah budak beranak sebab mak aku kerja jururawat bersalin hospital pakar maternity di Ipoh.

" Woi Zul, kau diam je apahal? kau rasa mana yang betul, beranak ikut lubang bontot ke, lubang pusat ke, mulut ke, ke belah perut?"

" Entahlah, aku tak tau lah mak korang beranakkan korang macam mana, tapi mak aku selalu cakap yang aku ngan adik beradik semua lahir ikut lubang depan. mak aku cakap kalau tak pandai teran dia beranak kena belah perut"

" Lubang depan tu apa benda Zul?"

" Lubang depan tu kat depan yang kencing tu, lubang bontot kat belakang yang berak tu"

" Kah kah kah, Khaidir beranak ikut lubang berak! hahaha!" Gelak si Aswad, Khaidir senyap seribu bahasa, aku hanya diam wat rilek je.

Sekali datang Abdullah-Mat songkok - Konon genius-Ensiklopedia bergerak, join kami sembang.

" Apelah korang semua ni, yang betul beranak ikut bedah perut je, lubang lain semua salah. Tapi aku lain sikit, mak aku cakap aku dilahirkan ikut kaedah Tabung Uji dan Pensenyawaan luar jasad"

" maksud kau Dollah?" - tanya aku pada Dollah songkok

" maknanya aku ni tak beranak keluar dari mak aku, mak aku senyawakan aku dalam tabung uji pastu aku beranak kat tabung uji"

Sambil aku tepuk dahi dan rasa simpati...

" Dollah, balik nanti kau cuba tanya mak kau betul-betul balik, aku rasa mak kau saja nak bagi alasan, tapi tak sampai hati nak bagitau kau ni anak angkat Dollah, kalau kau tak yakin nanti kau try cek darah sama tak ngan mak bapak kau"

" Mana ada, kau jangan nak macam-macam Zul!"

" Setahu aku yang pengsenyawaan luar tubuh ni Ikan Je dollah, samada kau banyak tengok kartun atau kau dah kena tipu dengan mak kau"

Dollah terus tekup muka dia dengan songkok kepamnya dan lari ke mejanya semula sambil menangis terhinggut-hinggut. Aku tak tau samada Dollah sedih dia anak angkat atau dia anak ikan.



*****************tamat****************


Sumpah gambar ni takde kene mengena dengan entry kat atas, cuma nak menunjuk  yang aku ni tak takut ular  je.   rindu betul lah kat Rayban tu, mana tah jatuh tengah jalan!


P/s Kalau bayi baru lahir Bahasa Inggerisnya adalah Infant. Bayi secara umum disebut Baby. Selain itu Bahasa Inggeris juga ada perkataan Toddler untuk bayi yang dah besar sikit dan pandai jalan berlari tettot tettot (1-4 tahun). cuma aku tak tau nak translet toddler itu apa dalam Bahasa Melayu. Takkan nak pukul rata kanak-kanak pula. apa dia eh?

p/s agak-agak Dollah masih percaya tak mak dia disenyawakan dan dikandung dalam tabung uji?  akal dia ada memori kuat, pasti dia menyesali diri kerana sembang kencang macam tu kat aku.

p/s Kalaulah semua jumlah visit itu datang dan klik iklan yang ada dalam blog aku ni tanpa ragu-ragu, tak mustahil aku boleh beli samsung galaxy S III dalam masa terdekat ni.

P/s itu nak kira kalau, Zikry cakap "kalau nak kira kalau, Monyet pun boleh jadi superman"

June 5, 2012

Masalah Hantaran Kahwin

Assalamualaikum..

Biarlah aku ceritakan semua fasal hantaran kahwin sejujur dan seadil mungkin. Masalah hantaran kahwin ini isu klise, isu berbolak-balik sejak zaman pasca moden.

macam mana tah aku nak mula mengarang bagi flow dia cantik pasal hantaran ni entah? banyak sangat sudut yang nak dibincangkan. Dari sudut syarak, budaya, sejarah, kefahaman dan bahasa.

Dan pelik jika wanita itu dinilai dengan skrol ijazahnya, bukan pada kebaikan budi, akhlak ,dan kemahiran rumah tangganya.

1. Hantaran itu adalah wang yang diminta oleh pihak perempuan untuk belanja membuat kenduri perkahwinan di pihak perempuan.

2. Katalah kau nak menikah dengan Jummah, kau pergi meminang, masa meminang keluarga Jummah minta wang hantaran sebanyak RM 8,000. Itulah yang dinamakan Hantaran, Lazimnya duit hantaran ini digunakan oleh pihak perempuan untuk membuat kenduri kahwin di belah dia.

3. Mas Kahwin pula adalah mahar. Mahar/Mas kahwin disebut semasa akad nikah.

" aku nikahkan dikau dengan Syarifah Mazian binti Al Yahya dengan Mas Kahwinnya 300 ringgit tunai"

Ada negeri yang menetapkan nilai minimum Mas Kahwin, namun tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa yang mahu meletakkan jumlah mas kahwin yang mereka mahu. RM300 adalah Mas kahwin bagi Negeri Selangor.

4. Yang menjadi keliru adalah hantaran ini dipisahkan dengan mas kahwin, tapi sebenarnya tak keliru pun, cuma ada sesetengah orang cuba provok masalah hantaran yang tinggi. mereka menyatakan kenapa perlu hantaran? sedangkan yang wajib hanyalah mas kahwin, seberkat-berkat mas kahwin adalah yang paling rendah.

5. Maksud rendah itu adalah relatif bagi aku, Jika di area Lembah Klang, khidmat katering paling rendah tapi sedap adalah RM9.00 / kepala, jadi jika anggaran jemputan adalah 700 orang maka jumlah keseluruhan makan kenduri adalah RM 6,300. Adillah bagi pihak perempuan kalau dia mintak hantaran dalam julat RM 7,000 ke RM 9,000.

6. Belum masuk sewa pelamin lagi, anggaran RM 600, photographer RM 400, sewa baju pengantin RM 200, bla bla bla bla jadi semuanya adalah dalam lingkungan RM10 - 12 ribu, maka munasabahlah duit hantaran yang diminta itu. Yang tak munasabahnya jika pihak perempuan gila meroyan mintak sampai RM18,000 - 20,000 - 30,000.. ni baru betul memang macam nak jual anak, sengaja meletakkan hantaran tinggi nak mati semata-mata nak menunjuk-nunjuk dan bermewah-mewah dengan kenduri.


7. " Tapi Zulfikar, yang wajib adalah mas kahwin, yang hantaran itu budaya melayu saja, why so serius?"

- Memanglah, sebab tu kalau kau nak islamikkan lafaznya, kau masukkan jumlah hantaran semua dalam akad mas kahwin itu. Pihak perempuan nak buat apa dengan duit itu, itu hak dia, jangan nak tanya-tanya lagi. Jangan nak tunjuk pandai jadi ustaz keluar cakap macam ni pula.

" Mas Kahwin adalah milik mutlak pengantin, jadi keluarga, pihak lelaki semua tak boleh usik"

- memanglah tak boleh usik, duit hantaran tu dah jadi milik perempuan, hak dia lah nak guna cara mana, nak simpan dalam ASB ke, nak bagi mak ayah untuk bantu meringankan beban kenduri kahwin ke, nak ikhlas belanja makan tetamu ke.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “  Surah An-Nisa Ayat 4


Takde hukum kata yang pihak perempuan tak boleh guna duit itu untuk diri dia sendiri, yang jadi masalah kalau dia tak redha duit dia dibelanjakan, yang jadi masalah kalau kau pihak lelaki lepas akad nikah pergi paw duit bini kau nak buat bayar installment kereta, itu memang tak bolehlah.

“ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu" Surah Al-Nisa ayat 20

***********************************

8. "Tapi Zulfikar, aku punya bakal isteri ni pelik sikit, dia nak hantaran 7 ribu, pastu dia nak duit untuk buat majlis kenduri lagi, mahal nak mampus, mati lah aku mcm ni, nak jual anak ke apa mak bapak dia?"

- Itu salah kau, kau tak tegas masa aturcara tawar menawar masa set hantaran hari tu, sepatutnya berapa hantaran yang kau bagi pada pihak perempuan, itulah semua yang cover kenduri, pelamin, sewa baju pengantin semua, dari A sampai Z majlis kenduri pihak perempuan, Yang kau pergi nak berlagak gentlemant nak keluar duit lagi bayar pelamin, baju pengantin, photographer, itu la ini lah bajet remeh semua tu lagi kenapa? kau duduk diam-diam, sediakan hantaran, dulang hantaran dan mas kahwin sudah.

9. " Habis tu? let say lah kenduri kahwin perempuan dah setel, hantaran kahwin tu cover belanja kenduri belah pihak lelaki iaitu aku jugak ke?"

- Majlis kenduri pihak lelaki itu semuanya terbeban atas pihak lelaki, takde kena mengena dengan hantaran yang kau bagi pada dia, kalau kau ada belen saving RM 4,000, kau buatlah kenduri bajet-bajet dalam 4 ribu, kalau kau nak jugak buat grand, pandai-pandailah kau mintak sponsor dari mak ayah kau, adik beradik, sedara mara, bos, kawan-kawan, supplier dan sebagainya.

Sebab tu selalunya adat melayu kita, kenduri pihak perempuan yang buat Grand dan meriah, kenduri pihak lelaki buat kecik je atau ala kadar. Melainkan pihak lelaki itu anak orang ada-ada, kaya, kapal di laut gedung di darat, ada factory factory dan kilang kilang, rumah sewa dan stable lumba kuda. kaya kaya kaya.

10. " Ahhh Zulfikar, aku tak setuju dengan benda ni semua, sepatutnya aku bayar mas kahwin yang murah-murah je cukup, tanggungjawab buat kenduri kahwin tu terletak pada ayah atau wali pengantin perempuan, apesal pulak nak mintak belanja dari aku?"

- Laaa siapa pulak kata kau wajib bagi hantaran tinggi ni? hantaran atau hantaran yg dimasukkan sekali dalam mas kahwin itu adalah persetujuan dua pihak antara kau dengan pihak perempuan, kalau kau dapat bapak mertua jutawan, jenis tak mintak duit hantaran bertuahlah badan kau. Itu terpulang pada skill kau negotiate.

Kalau kau dapat bapak mertua kau jenis tak berapa nak kaya, pastu dia pulak sporting taknak mintak hantaran tinggi-tinggi pun bagus juga, tapi kau mesti adillah pada pihak perempuan, kalau pihak perempuan tak mampu buat kenduri, dia buat ala kadar pesen bagi bihun goreng dalam polisterin, bagi sorang sebungkus dekat pintu masjid lepas akad nikah, dan kau redha pula jamuan makan macam tu, Alhamdulillah, sama-sama dapat kata sepakat nak kenduri yang sederhana, moga dalam kesederhanaan itu membawa barkah.

Masalahnya, kau pun nak kenduri grand, bini kau pun nak grand. Tapi keluarga bini kau tak berapa nak ada duit, mintaklah kau tolong sikit sebanyak, bagi hantaran dalam enam tujuh ribu. Itu pun kau nak bising. Kenduri nak grand, belanja taknak keluar. Umpamanya pakai kereta nak Nissan GTR, tapi bayar nak Kancil mana boleh.

*********************************

11. "Tapi Zaman Rasulullah dulu Mahar senaskah Al-Quran saja, kan elok kalau macam tu, nanti aku kahwin aku nak hantaran senaskah Al-quran je lah, so sweet"

Zaman Rasulullah dulu takde hantaran senaskah Al-quran, ini semua adalah statement hyperbola semangat islamik tak kena tempat. Zaman Rasulullah saw dulu ada Mahar Sebentuk cincin besi, Baju besi, Hafazan satu surah, Kibas, Unta, ladang tanaman, emas, perak, dinar dan macam-macam lagi benda yang berharga.

Zaman Rasulullah Al-Quran belum dijilidkan atau dinaskahkan, macam mana pula nak bagi senaskah Alquran?

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, 
"Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" 
Aisyah menjawab, 
"Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy."
 Lalu Aisyah bertanya, 
"Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" 
Aku menjawab, "Tidak." 
Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." 
Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."
Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." 
(HR. Muslim) nota : (12 x 40) + 20 = 500 Dirham.

Jika kita mampu, kita hargailah isteri kita semampu kita. mungkin 2 ribu, 3 ribu, 4 ribu, 5 ribu, ikut kemampuan, janganlah semangat sangat sampai kalau boleh nak bagi hantaran satu kitab al - quran je. Nabi SAW itu menjadi contoh kepada kita, kalau Nabi pun sedaya baginda bagi 500 dirham, kita pula yang nak zuhud melampau-lampau hyperbola melebih dari Nabi, Kalau betul-betul tak mampu itu lain cerita.

Macam beberapa kisah anak muda yang betul-betul pada dirinya tiada harta, Rasulullah saw bersabda bagi juga mas kahwin sekurang-kurangnya cincin besi. Ada yang disuruh bagi hantaran hafazan satu surah al-quran. Aku tak yakin antara kita anak muda sekarang ni langsung papa kedana  sampai nak keluar barang 3, 4 ribu pun takde. Kemon rasional lah sikit.

***********************************

12. Pengalaman aku pasal hantaran kahwin?

a- aku pernah ikut rombongan meminang pakcik aku, mulanya pihak perempuan mintak RM 6,000. lepas tu bapak aku sebagai jurucakap tawar menawar hantaran tu menurun sampai RM 2,000 sahaja, kenalah beradap masa tawar menawar, sembang elok-elok. Ini tidak belum kahwin lagi dekat blog, twitter, facebook berdegar-degar maki hamun pihak perempuan yang mintak hantaran.

b- aku pernah sembang dgn Adil, kawan aku di Jeddah sana, dia ckp hantaran/mahar kat Arab saudi terlalu tinggi, dia pernah dengar kawan dia kawin kena hantaran sampai 40 ribu riyal, sebijik kereta, seorang driver dan sebijik banglo. Last-last member tak tahan, balik Malaysia cari orang Malaysia buat Isteri. Siapa kata Mahar tinggi ni Budaya Melayu saja? Tanah arab boleh jadi tinggi berpuluh kali ganda dari Malaysia tau.

13. " kau ni Zul nampak macam nak popular je, beriya-iya defend sistem hantaran ni? kalau kau kahwin kau nak ke kena hantaran tinggi-tinggi?"

- Gila kau! kalau bakal bapak mertua aku letak hantaran RM500 je, syukur alhamdulillah! siapa tak suka kawin murah oi. Semua orang suka, tapi rasional lah sikit, sama-sama nak seronok, apa salahnya aku menghargai wanita bakal isteri aku itu semampu aku, kalau aku rasa aku mampu 8 ribu aku cakap terus terang ke dia 8 ribu, kalau aku mampu 7 ribu, aku cakap ke dia 7 ribu, tak perlu kau nak mengamuk-ngamuk sindir dekat blog hentam orang pasal hantaran ini. Kalau dah sampai 20 ribu, 30 ribu, tu melampau lah.. Bak kata mami penang...

" Kalau Takda empat puluh ribu, mati dalam cermin pun tak apa!" - Ini memang gila.


14. Kesimpulannya kalau tanya aku, semolek-moleknya masukkanlah keseluruhan belanja hantaran dan mas kahwin sekali dalam sebutan mahar masa akad. Hantaran yang rasional dan acceptable adalah dalam range RM 7,000 ke RM 10,000 ikut kemampuan pengantin lelaki dan perempuan. Period. Ceased fire.



Kata Kuncinya berserdahana, yang wajib itu nikahkan pengantin, kenduri pula yg termampu, ukur baju badan sendiri. Ini adalah hari perkahwinan adik perempuan aku sehari sebelum bersanding, tengok rumah aku takde ropol2 pun. Gambar bersanding takde soft copy pulak, nanti2lah..
**************tamat**************

P/S Susu nak minum tapi lembu taknak jaga, taknak jaga lembu, beli susu dekat pasaraya! - Ujang DMG 2012

P/S aku akan ingat kata-kata Zikry Zulkifli sampai mati, " aku ni ikar, yang penting bagi lepas pihak perempuan, semampu aku dalam 10 ribu tu aku gagah jugaklah, kenduri belah aku takyah buat pun takpe, aku pesan kat mak aku, aku nak buat kenduri bihun goreng bungkus dalam polisterin je Ikar, orang datang je bagi sorang satu, seytel"

P/S masa kenduri kahwin, ada salam keruk, salam keruk ni tetamu datang salam mak ayah pengantin, bagi sampul dalam ada 5ringgit 10 ringgit sampailah 50 ringgit ke atas, duit salam keruk ini lah yang cover belanja lebihan kenduri itu, kalau kawan-kawan kita jenis pemurah, faham kesusahan kita dapat lah collection byk sikit, lega, boleh masuk tabung balik. Aku harap kawan-kawan aku nanti kalau aku kahwin salam keruk ke aku atas pelamin terus, hadiah-hadiah ni belakang kira, salam keruk duit puluh2 itu yg didambakan adanya. haha


June 2, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 4

Assalamualaikum..

Kompilasi Bebelan Saya sudah masuk ke Volume 4, semangat menulis kembali datang selepas bulan 5 menyaksikan aku sungguh malas menulis kerana kesibukan berulang dari Shah Alam, Port Klang, KL atas urusan kerja membuka kilang baru.

Malas sembang panjang, mari baca Kompilasi Bebelan ini.

*************************************

1. Asal Bukan Umno

Masalah Politik orang melayu sekarang ini adalah konsep ABU iaitu "Asal Bukan UMNO"

Katalah kita bersetuju bahawa UMNO itu banyak kesilapan dan kelemahan. Katalah kita bersetuju yang UMNO itu korupsi dan kita mahukan pembaharuan. Tapi adakah kita boleh menerima semua konsep dan Idealism asalkan bukan UMNO?

Asalkan bukan umno jadi korang akan bersetuju dan berpakat, Kita puas hati dengan kemusnahan yang berlaku asalkan bukan UMNO..

Interfaith Comm yang memperjuangkan murtad, peguam yang menyokong Murtad, peguam yang menyokong LBGT, asalkan mereka ini semua musuh UMNO maka kita akan sokong mereka.

Ini adalah bencana.

Inilah yang dinamakan Idea perang zaman roman yang berbunyi " jika kau musuh kepada musuh aku, maka kau adalah kawan aku"

Konsep musuh kepada musuh inilah yang banyak menyaksikan kejatuhan tamadun hebat di dunia.

sepatutnya Politik kita ni, kalau benar2 nak melawan UMNO pun janganlah sampai menyokong kebatilan dan musuh kafir yg nyata! sepatutnya adalah sedikit prinsip mengangkat Islam itu. jangan tamakkan kuasa, sokong saja semua, Gay, Lesbian, Murtad, Perusuh, Punk pukul polis, samseng, Syiah, Yahudi.. asalkan mereka ini semua BUKAN UMNO maka kita kena sokong mereka.

Inilah yang Nabi pesan dari awal dulu tentang Assobiyah, inilah dia.
Dan Inilah yang dipesan oleh Nabi tentang zaman akhir2. iaitu Umat Islam akan mengikuti yahudi nasrani sedikit demi sedikit, makin rapat hatta hingga masuk lubang biawak pun Umat Islam akhir zaman akan ikut.

p/s sepatutnya PAS didalam Pakatan Rakyat menasihat Parti Keadilan Rakyat dahulu dalam Pakatan Rakyat, yang mana parti itu dipimpin oleh Orang islam supaya menerima Islam dan asas hudud sebelum menasihati parti yang di luar pakatan. Kaedahnya Nasihat anak dalam rumah, sebelum sibuk mengajar anak orang lain.

****************************************

2. Nombor Plate WWW

Berkehendakkan nombor plate WWW itu adalah keinginan, keinginan datang dgn kemampuan, selagi orang itu mampu dan tanpa menggunakan hak orang lain maka dia tidak menjadi salah.

Kau mengamuk hanya kerana orang itu mampu dan berkeinginan, padahal kau bila mampu kau mahu juga tukar Smartphone lebih canggih dari handphone kau guna sekarang, walhal hp yg kau guna skrg pun bukannya rosak.

adalah lebih baik duit yang kau bazirkan untuk hp canggih yang mahal itu kau sedekah kepada orang susah yang rumahnya bocor dan dapurnya tak berasap.

kau kata aku silap? jadi kaedahnya samalah macam kau mengherdik orang mampu beli plate WWW ratus ribu kenapa tak sedekah kepada orang susah.

Practice what u preach, jangan jadi telunjuk lurus dan kelingking berkait.

*****************************************

3. Hero di Alam Maya

Kadang-kadang kita selalu merasa tewas di dunia nyata, kadang-kadang kita menjadi sunyi di dunia nyata, selalu kita rasa kita bukan sesiapa di dunia nyata. Hanya pelajar sepenuh masa atau pekerja sembilan sampai lima.

Disebabkan itu kita selalu alihkan kekecewaan dunia nyata kita kepada idea alter ego adiwira di alam maya.

Di alam cyber kita mahu jadi ustaz pengeluar hukum, kita mahu jadi badan agama yang mengeluarkan halal dan haram makanan, kita mahu jadi doktor cinta menasihatkan kawan yang putus cinta.

kita mau jadi agent artis untuk ustaz mahu popular, dan menjadi ahli politik yang tiada kerusi parlimen, tetapi jika dirangkulkan semua, selepas habis online di dunia cyber, selepas menutup komputer riba, kita kembali menjadi manusia biasa. kita kembali menjadi pelajar sepenuh masa atau pekerja sembilan sampai lima.

Kadang-kadang alam cyber menawarkan khayalan seperti ganja dan pil kuda, dan ketagihan itu, Ya Ketagihan itu sama, membuatkan kita tak sedar hanyut di dalamnya.

***************************************

4. Kita dan Matrix

Kadang-kadang kita ambil serius sangat dengan kawan di alam maya ie; Twitter dan Facebook sedangkan kita abaikan masyarakat di dunia nyata.

Kita tak kenal pun jiran sebelah menyebelah dekat rumah taman atau flat, tapi kita lebih sibuk tentang hidup orang dalam timeline.

Kita lupa nak tegur kawan-kawan yang pernah menyentuh hati kita secara nyata, tapi kita sibuk nak jaga hati kawan dalam twitter.

kadang-kadang dunia moden ini menyaksikan manusia sudah keliru di mana nyata dan mana maya.

mungkin idea cerita matrix itu mula mengambil tempat nampaknya.

*****************************

p/s aku nak unfollow blog, tapi aku tak tau macam mana. siapa tahu boleh ajar tak?

p/s Bertabahlah kamu yang tidak gemar membaca ulasan politik di dalam blog ini, kadang-kadang aku perlu suarakan rasa hati aku yang berbuku, samada kita berbeza atau tidak, ia sama sekali tidak menjadi kayu pengukur kasih insani aku pada kamu semua.

p/s esok nak pergi minum Teh susu Hongkong Berbuih Mutiara.

June 1, 2012

Ekonomi dan Ikan Kembung.

Assalamualaikum...

Petang tadi aku pergi kedai runcit seksyen lapan untuk beli barang basah. Ikan kembung, Ayam seekor, Tomato dua biji, Halia, daun sup bawang dan sup bunjut adabi. sudah tentulah menu aku petang semalam adalah sup ayam, ikan goreng dan air asam.

Aku sangat terkejut apabila ikan kembung tu harga sekilo RM 18.00. dah sampai level-level ikan A, aku bukan tak biasa beli ikan. Dari kecil memang tugas hakiki aku kat rumah pergi kedai beli barang dapur. Ikan kembung pada zaman 90-an dulu baru RM 7.00 sekilo. Pada awal 2000 baru harga dalam RM 9.00 dan paling tinggi pun dalam RM 11.00/kg.

Apakah yang mendorong berlakunya fenomena barang basah naik macam ni sekali? adakah salah kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan pusat, salah Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri Selangor, Peniaga, Pembeli atau salah Ikan itu sendiri yang meletakkan harga yang tinggi bagi dirinya?

Bila aku bawa skuter pulang ke rumah, aku mengimbau kenangan lalu belajar ekonomi asas dengan abah melalui analogi Ikan Kembung di Bandar Baru Selayang.

Ikan Kembung, Ikan Grade B yang paling sedap bagi aku, paling sedap buat  gulai tempoyak, asam pedas, asam rebus nenas, Goreng panas2 luar garing dalam lembut, bakar cicah air asam!

*******************************

Pada masa tu tak silap aku penghujung 1997, masa tu aku baru pindah ke Bandar Baru Selayang dari Kampung Sungai Tua Baharu.

Semuanya bermula apabila abah asyik bercerita pasal pasaran saham yang merudum selari dengan harga ikan kembung yang naik pada tahun itu. Lantas aku bertanya..

" Abah macam mana harga saham boleh naik turun, ikan kembung boleh mahal murah?"

" semua ni sebab pasaran ikar!"

" tapi siapa yang control pasaran? kerajaan ke orang tukang jual ikan tu abah?"

" Harga barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Demand and supply, meh abah bagi contoh"

1. Stok Ikan kembung sikit, permintaan banyak, Harga Naik.

Katalah pada tahun ini ikan kembung tak banyak, Penjual Ikan BBS ada 10 ekor saja ikan kembung. Tapi ada 100 orang  penduduk Taman nak beli ikan kembung. Jadi jika ikan kembung tu selalunya sekilo jual RM 9.00, maka penjual ikan akan naikkan harga sampai sekilo Rm 12.00.

Dia tahu, walaupun dia naikkan harga ikan kembung sampai Rm 12.00/kg pun orang akan beli, katalah 20 orang merungut taknak beli sebab mahal dari harga biasa, dan 20 orang ini akan boikot ikan kembung, tapi ada 80 orang lagi orang taman akan beli ikan tu sebab mungkin bini mengidam ikan kembung, anak tak boleh makan ikan lain kecuali ikan kembung, atau memang jenis banyak duit tak peduli harga naik RM 3 / Kg pun tak kisah. Janji beli.

Jadi Permintaan dari 80 orang ini yang akan menaikkan harga ikan kembung sebab mereka redha dengan harga yang tinggi itu, dan Penjual ikan akan mendapat faedahnya.

2. Spekulator Ikan Kembung. Ikan Kembung banyak, tapi harga tetap tinggi.

Katalah AH Chong si penjual ikan ni ada banyak sangat duit. Duit Berkoyan-koyan taktau nak buat apa, di samping itu Ah Chong ada Cold Room yang besar, Fasiliti kedai yang besar. Maka Ah Chong boleh menjadi kapitalis sejati.

" kejap kejap ikar, Kapitalis tu apa ikar?"

" kapitalis adalah Pemodal, dia ada duit banyak, duit banyak adalah modal, modal banyak membolehkan dia beli stok banyak dan dia boleh simpan, dia boleh wujudkan kekurangan (Shortage)"

Walaupun pada musim itu Ikan kembung banyak, tapi Ah Chong seorang penjual monopoli di BBS, Jadi Ah Chong akan gunakan duit modal dia beli Ikan kembung dekat pasar borong sampai habis.  kemudian dia akan simpan semua ikan kembung dalam Cold Room dia, Katalah sebanyak 2 tan ikan kembung.

Ah Chong akan keluarkan ikan kembung dia sedikit demi sedikit, katakan sehari 10 kilo ikan kembung saja, maka walaupun pasaran borong ikan kembung itu banyak asalnya, disebabkan sikap tamak Ah Chong sebagai kapitalis yang manipulatif, dia telah berjaya mewujudkan keadaan kekurangan Ikan kembung dengan cara memborong semua ikan dan kemudian mengawal pengeluaran.


3. Spekulator jahat. Membunuh Pesaing, melambakkan stok (surplus)

Jika ada peruncit yang baru nak berjinak-jinak berniaga di BBS, Ah Chong akan busuk perut, Ah Chong akan mencuba untuk membunuh pesaingnya agar dia kekal monopoli di BBS.

Ah Chong dah borong banyak ikan kembung di pasar, kemudian simpan dalam Coldroom kan? apabila Makcik Jemah (peruncit baru) cuba menjual runcit ikan kembung pada harga pasaran. Ah Chong akan keluarkan semua ikan kembung dalam store dia dan jual murah.

Disebabkan Ah Chong borong ikan kembung tu pada harga murah sebab beli banyak, Ah Chong boleh jual pada harga lebih murah dari Mak jemah. Katalah Mak jemah beli ikan kembung 200 kilo dengan harga RM 7.00/Kg, Ah Chong pula beli 2 Tan ikan kembung pada harga RM 6.00 / Kg, Jadi Ah Chong boleh jual ikan kembung pada harga RM 7.00 / kg lantas membunuh  perniagaan Ikan Kembung Mak jemah.

Mak Jemah sudah tentulah tidak boleh jual ikannya pada harga Rm 7.00 sekilo sebab dia beli pun Rm 7.00, kalau dia jual rugilah dia. Jadi membusuklah ikan kembung dia dalam gabus ikan sebab dia jual RM 9.00 /kg.

Pada waktu ini, pengguna yang untung sebab ada persaingan dari peruncit, maka harga mula turun mendadak.

4. Kekuatan Pengguna, Menurunkan permintaan, melambakkan Ikan kembung, menurunkan harga.

Pada satu hari, penduduk di BBS merasa letih ditindas oleh Ah Chong, lantas mengadakan mesyuarat untuk memboikot ikan kembung di sana.

Orang tua-tua kata, bersatu teguh bercerai roboh.

Ah Chong mengurangkan stok ikan kembung lantas memanipulasi harga pada takat RM 12/Kg, semua penduduk telah hantar sms sesama mereka supaya jangan beli ikan kembung Ah Chong. Maka hari pertama tiada orang beli ikan kembung, ikan kembung makin kurang segar, hari kedua ikan kembung mula lembik perut, hari ketiga mata ikan kembung merah, hari keempat insang ikan kembung mula menghitam, hari kelima perut ikan kembung pecah.

Masa itu barulah Ah Chong terpaksa turunkan harga ikan kembungnya sebab dia taknak rugi, dia menurunkan ikan kembung dari RM 12.00 / kg ke harga asal pada tahap surplus iaitu RM 9.00 / kg. Pada masa ini terpulang pada pengguna nak beli ikan kembung itu atau teruskan memboikot untuk memberi pengajaran kepada Ah Chong.


Graf Equilibrium, demand & supply, Shortage and Surplus dan anjakan lekuk mempengaruhi penetapan harga yang baru.


5. Adakah Kerajaan boleh masuk campur untuk mengawal harga ikan kembung dari dimanipulasi oleh Ah Chong?

Ya, boleh!

"bagaimana?"

a) Harga Siling (penguatkuasaan)

Kerajaan boleh menetapkan harga Siling pada ikan kembung tersebut, Ahli Parlimen bersidang dan membuat akta bahawa ikan kembung hanya boleh dijual paling mahal (maximum) pada harga RM 10/Kg. Kalau Ah Chong jual pada harga lebih dari itu maka kerajaan mempunyai kuasa untuk mendenda ah chong samada saman, penjara atau menyita stok ikan kembung dia.

" adakah kerajaan kita sekarang pernah aplikasikan perkara ini?"

" ya pernah, pada contoh klasik harga siling ayam, cili merah, bawang dan ikan kembung pada musim perayaan, Selain itu kerajaan meletakkan harga siling pada tepung gandum bergrade asas, minyak masak, gula dan beras sepanjang tahun"

" tapi kenapa aku beli gula, beras semua masih mahal? kau tipu aku ye Ikar?"

" iyalah, sebab kau beli gula halus kastor, beras wangi super siam, minyak jagung mazola, kalau kau selalu mengeluh tak mampu kau belilah barang yang bergrad asas yang harganya dikawal. Ni kau mengeluh tak mampu tapi selera datuk!"

b) Pemberian subsidi

Kerajaan pusat ambil duit cukai negara, pendapatan dari Petronas ke, pinjaman ke atau apa saja dan kemudian bayar kepada Tokey Ikan kembung, Gula, Minyak, Beras.

Katalah harga modal ikan kembung adalah RM 7.00 sekilo, Harga runcit pula RM 11 sekilo, Jadi kerajaan kesian, maka dia keluarkan duit berbillion-billion dan bayar pada pemborong paling besar di Malaysia secara pukal. Maka Harga yang rakyat bayar pada peruncit adalah RM 9.00 sekilo, baki RM 2.00 lagi dibayar oleh Kerajaaan.

" adakah sistem subsidi ini pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia Ikar?"

" Pernah dan masih dilakukan kepada Minyak masak, Gula, Tepung, Beras, Susu, Petrol dan beberapa lagi, kalau korang tak percaya korang pergi luar negara, jangan jauh, pergi saja melancong ke Thailand, Singapura dan Indonesia, korang tengok harga runcit barang kat atas ni kat sana. semua mahal-mahal belaka"

" Tapi kenapa kerajaan tak bagi subsidi kepada semua benda? kan itu semua duit rakyat?"

" Kalau bagi subsidi untuk semua benda maka negara kita akan muflis, takde duit nak bayar gaji doktor, nurse, engineer, bomba, polis, menteri, cikgu, takde duit nak repair jalan, sekolah, RTM, lampu jalan, hospital, bla bla bla bla bla bla..."

" tapi itu kan tanggungjawab kerajaan?"

" kerajaan kita adalah demokrasi dan kapitalis, kita semua yang nak macam ni, kalau nak semuanya dikawal kerajaan maka kita semua kena bersetuju untuk menukar sistem negara kepada sosialis dan komunis macam Cuba, China, Korea Utara dan Rusia, semua industri adalah milik kerajaan, dan rakyat hidup samarata."

(hal cara hidup rakyat China dan tumbangnya sistem komunis akan dibincangkan di isu lain)


6. Ikan Kembung dah banyak, Manipulasi Spekulator Ah Chong sudah tiada, tapi harga masih mahal.

Tiba-tiba ikan kembung dah banyak balik, Ah Chong pun dah Insaf, dia jual pada harga berpatutan iaitu RM9.00 / Kg, tapi Harga Ikan kembung masih meningkat mahal, kenapa?

Sebab Inflasi!

" Apakah itu Inflasi Ikar?"

" Inflasi adalah penurunan nilai matawang di dalam pasaran"

Katalah Ah chong ada 1 tan ikan kembung, Tapi pada masa itu ekonomi boom, semua penduduk BBS jual saham dan tiba-tiba ada RM10,000 dalam poket mereka.

Pada waktu susah / biasa, penduduk BBS beli Ikan Kembung nak buat lauk pada kadar sekilo untuk 3 hari, tapi disebabkan dalam poket mereka ada RM10,000 maka mereka mula menjadi tamak dan pemboros. Mereka takde masalah nak beli ikan kembung sebanyak 3 kg untuk makan 3 hari.

Sebenarnya mereka makan 2 kilo, tapi sekilo lagi membazir pergi goreng dan gaulkan untuk bagi makan kucing. Sebelum tu elok je kucing makan kepala ikan belen-belen. Disebabkan boros berbelanja ini maka harga ikan kembung akan naik, sebab Ah chong mula nampak pattern penduduk yang tidak berkira dalam berbelanja, main keluar je duit dari poket, Sedaplah Ah chong jual Ikan kembung pada harga RM 13.00/Kg walaupun Stok Ikan kembung hakikatnya melambak di pasaran.

Nampak tak perbezaan dia? beza dengan harga naik sebab shortage (stok takde) . Situasi ini jadi bila stok banyak tapi harga tetap naik sebab inflasi, inflasi jadi sebab pengguna bongkak, sombong, membazir, boros, eksyen beli taknak tanya harga konon tak berkira malu nak nampak macam orang susah.

***************************

Kesimpulan?


Kesimpulannya, Harga Ikan kembung dan Barang runcit naik mendadak dekat Seksyen 8 Shah Alam sebab dua perkara utama

1- Inflasi mikro - sebab pengguna seksyen 8 Shah Alam ramai yang perasan datok, takde sifat tawadhuk, ikan mahal pun beli jugak, taknak boikot dan menyuarakan hak sebagai pengguna. Pengguna Shah Alam kurang sifat berjimat dan berkira-kira, tak pecaya korang pergi Pasar Basah Seksyen 6 Shah Alam, tengok yang datang beli semua kereta mewah, jenis beli ikan main tunjuk-tunjuk tak tanya harga, beli bungkus dan bayar.

2. Monopoli - Seksyen 8 jalan Liku hanya ada satu kedai runcit yang jual barang basah segar, dulu ada kedai runcit pisang tapi dah pindah sebab tuan kedai nak ambil balik kedai buat berniaga lain. Sekarang, nak taknak penduduk seksyen 8 malas nak pergi seksyen lain yang jauh maka Ikan kembung RM18.00 sekilo pun pejam mata beli.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...