April 29, 2012

Bersih 3.0 dari pandangan Majoriti Senyap

Assalamualaikum..

Sebelum membaca pendapat aku tentang bersih 3.0 yang baru berlaku semalam, aku perlu menasihatkan kamu semua tidak membacanya dengan nada penyokong politik. Kerana matlamat sebenar Bersih 3.0 adalah memperjuangkan Pilihanraya yang Bersih dari segala bentuk manipulasi tidak kira di pihak mana Kerajaan atau Pembangkang.

Sebelum korang baca pendapat aku, aku nak bagitahu segala hujah tentang kerasionalan Rally Bersih ini telah aku terangkan dalam entry lepas yang bertajuk Bersih 2.0 Pandangan Dari Jiwa Marhaen. Sila Klik untuk baca.

********************

1. Mengikut perancangan dan kempen yang dilaungkan, Bersih 3.0 adalah demonstrasi aman yang bertemakan Duduk dan Bantah. Sebaliknya mereka tidak duduk dan bantah, tapi mereka berarak di sekitar Kuala Lumpur tanpa matlamat yang jelas.



2. Matlamat sebenar mereka mahu menuju ke Dataran Merdeka sebagai simbolik matlamat perjuangan meng'occupy' lambang kemerdekaan negara. Walaupun pihak berkuasa menutup kawasan dataran namun mereka masih mahu ingkar arahan dan merempuh Polis dengan harapan rempuhan itu akan Trigger provokasi yang akhirnya akan menjadi Riot.


3. Tanpa Riot dan aksi pukul memukul maka tiadalah drama untuk meraih simpati, tanpa simpati maka tiadalah perhatian, tiada perhatian maka tiadalah sokongan, tanpa sokongan maka hilanglah momentum tunjuk perasaan. Jadi secara halusnya di dalam lubuk hati pendemo dan organiser, mereka mahu aksi dan simpati supaya dunia dapat lihat Kerajaan Malaysia tidak demokrasi dan kuku besi.


4. Terdapat juga anak  muda yang tidak faham lagi tentang maksud berhimpun secara aman, mereka selalu mengeluarkan hujah.......

" Jangan nak salahkan Bersih 3.0 sebab jalan jem dan KL ditutup, kalau ada event dan perayaan lain tu jalan jem korang tak kisah pulak?"

i. Masa sambutan malam Tahun Baru di Shah Alam yang dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus dan Zizan itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan PAS, tiadanya riot dan rusuhan, berpuluh ribu rakyat Selangor berhimpun di Dataran MBSA Shah Alam, Rakyat Majority tidak merasa bimbang untuk keluar bersiar-siar di sekitar Shah Alam. Jalan pun tidak Jem. Masalahnya ialah BERSIH 3.0 telah hilang kawalan akibat dari kesan domino berantai para pendemo yang diresapi semangat memberontak. Menakutkan orang awam.

ii. Masa malam event, majoriti yang pergi ke KL adalah rela hati dan KL tidaklah pula 'ditawan' dengan perusuh dan pendemo. Tapi bagi mereka yang tak redha, kami tetap merungut juga jem. gila ke manusia tak merungut jem bila ada event tahun baru yang buat KL jem.


5. Adakah kerana segelintir golongan Minoriti yang bersemangat hendak berdemo itu boleh membuli hak masyarakat Majoriti Senyap yang tidak redha dengan demo bersih? adakah kami terpaksa membatalkan rancangan kami setiap kali ada demo di Ibu kota? adakah benar pendemo itu semua mewakili hasrat kami golongan Majoriti Senyap ini?


6. Tuntutan Bersih 3.0 itu ada yang benar dan Rasional, tetapi Kaedahnya salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Apa kena mengena antara nak bersihkan daftar pengundi dengan membaling objek dan menterbalikkan kereta polis?

aku tak nampak mana yang duduk mana yang bantah kat sini. aku menjangkakan ada komen ckp  kereta polis ni langgar pendemo, tapi aku dah tengok video, kereta ini kemalangan terbabas selepas dibaling objek dan dipijak2 oleh pendemo Bersih 3.0 sepanjang jln depan Pertama Kompleks.

7. Dari sumber video, kita boleh lihat Polis memberikan kelonggaran kepada semua demonstran Bersih untuk berarak di sekitar KL, Mereka boleh pergi memenuhi jalan raya dan berarak di taman, panjat pokok, pergi Masjid, duduk tengah jalan dan jalan tanpa hala tuju. Tetapi kenapa segerombolan mereka tetap mahu Merempuh anggota polis yang berkawal? Kerana mereka mahu drama! mereka umpama anak kecil yang suka buat apa yang dilarang, kerana kalau buat apa yang dilarang akan membangkitkan kemarahan Polis, Polis marah, baru boleh gaduh, bila Gaduh baru ada aktiviti.

" Sayang jangan lompat-lompat atas sofa tu, pergi main depan TV, tu mama dah keluarkan toys sayang semua, main elok-elok, takmau lompat-lompat atas sofa!"

" Taknak, abanglong nak main kat sofa jugak!"

Piapppppp!

" Uwaaaaaaa" abanglong nangis, pergi mengadu kat papa, dapat perhatian papa pujuk, papa marah mama, padan muka mama. (abanglong adalah pendemo, mama adalah polis, papa adalah rakyat)


8. Bersih adalah demonstrasi tuntutan Khusus untuk bersihkan pilihanraya, Pilihanraya untuk pengundi yang layak iaitu mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Jadi apakah rasionalnya bawa anak kecil berumur 12 tahun kebawah turut serta demo? Anak kecil itu bukan boleh mengundi pun lagi, nak faham perkara asas politik pun diorang tak tahu.

" Takpelah Zul, biarlah kami nak bawa anak kami, ini untuk masa depan diorang juga, diorang patut tengok apakah itu semangat perjuangan!"

" tapi dewasa nanti, anak-anak kecil pun kena pandai bab sex, tapi perlukah kita ajar diorang sex pada usia yang tak sesuai itu? perlukah kita tunjuk semangat perjuangan sex di depan mereka"

" Kau ni tak faham Zul, suka hati kau lah!"

" Memang aku tak faham akal mcm mana yang kau ada bawa anak kecik pergi demo, korang bayangkan kalau masa Kereta waja polis itu terbabas anak korang ada depan kereta tu? kalau ada anak kecik yang mati bawah kereta polis baru kau tahu apa erti penyesalan, kau zalim mempertaruhkan nyawa anak kau semata-mata nak puaskan nafsu politik kau"


9. Jika aku menjadi Penasihat Politik kepada Ds Najib, aku akan sarankan Beliau dan semua menteri kabinet pakai baju kuning Bersih 3.0 juga bersama semua penyokong dan ahli UMNO dan BN pergi duduk beramai-ramai bersama activist BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka. Jika tiada layanan lawan, pasti pendemo akan jemu, bila pendemo tengok semua menteri kabinet dan semua Ahli UMNO ada di Dataran bersama-sama maka akan Harmonilah perhimpunan itu, maka pada satu hari nanti Ambiga and the gang pun akan hilang modal untuk membuat onar lagi di bumi Malaysia ini.


10. Mahu atau tidak, kita kena akui bahawa Cycle semangat demo ini akan berlaku 5 tahun sekali, 1998 indonesia, Filipina, Korea, Jepun dan Malaysia mengalami rusuhan kerana 5 tahun sekali secara puratanya dunia akan membubarkan kerajaan untuk pilihanraya. maknanya dalam hidup manusia, kita hanya akan melalui sweetspot keamanan 1-3 tahun dalam setiap kitaran 5 tahun.


11. Soalan hipokrasi dan jawapan hipokrasi dari Ustaz tentang Bersih :

" Ustaz, apakah hukum menyokong Ambiga dalam Bersih 3.0"

" Yg sebenarnya kita sokong Ulama, bukan Ambiga. Itu putarbelit media."

Sebenarnya jawapan itu tidak tepat, sepatutnya dia jawab harus, haram atau sunnah!

Sebenarnya Bersih 3.0 diasaskan dan diketuai oleh Ambiga bersama 12 (atau 14) Steering Committee yang mana mereka tidak bersetuju adanya bayangan penglibatan parti politik samada Pembangkang atau Kerajaan, mereka adalah NGO, idea dan segala gerak kerja adalah dari jawatankuasa gerakan Bersih 3.0

Malah Ambiga pernah buat press statement yang dia tidak mahu Anwar Ibrahim memberikan apa saja bentuk arahan bagaimana BERSIH rally patut dijalankan!

Maka Ustaz telah hipokrit dengan memputarbelitkan jawapan walaupun ustaz sedar yang tiada ulama dalam steering commitee tersebut, Ustaz wajib mohon maaf dan perbetulkan kenyataan fitnah ustaz.


12. The Ugly Truth, Kenyataan yang Pahit...

Ambiga adalah individu yang menyokong IFC yang membangkitkan Isu Murtad, Ambiga juga adalah Individu yang menyokong gerakan LBGT.


13. Konsep Pemisahan Idea. Bukan sekadar sokong bukan sekadar Anti. Mari kita rasional begini..

i. Seeloknya kita pilih pemimpin yang layak dan Golongan Ulama' untuk menggerakkan demonstrasi Bersih kalau benar-benar kita kehausan semangat perjuangan sangat.

ii. Bersih Patut diadakan di tempat yang terkawal, tidak menyusahkan Majoriti Senyap yang bukan semua nak sokong puak berhaluan kiri.

iii. Jika pemimpin itu sudah terang-terang membawa mudarat kepada Islam dan Moral, kita elak dari sokong, kerana walaupun dengan sokongan dalam hal yang berlainan namun ia mampu memberinya kekuatan moral untuk terus berjuang memperlekehkan umat islam. Pada satu pihak kamu sokong Bersih, pada satu pihak lagi kamu berdiam diri dalam Isu LBGT dan Murtad. bukankah kekok situasi itu. Budak-budak muda cakap "awkward kau tahu tak?"


14. Ciri-ciri orang munafik : Apabila dia berjanji kemudian dia mungkiri. Mula-mula sungguh-sungguh berjanji hanya mahu duduk dan bantah, tetapi kamu ingkar terang-terang, kamu pergi merusuh di KL.




" tapi Zul. Mahkamah, Polis dan DBKL pun ingkar janji, mcm mana tu?"

" Betul, aku setuju, mereka juga salah, Tapi kamu yang so - called mengikut Ulamak itu, dapat lesen untuk menjadi munafik, mengingkar janji kamu sendiri juga? ingat, dua benda salah tidak menjadikan salah satu darinya menjadi betul"


15. Menyuarakan pendapat adalah hak demokrasi dan hak semua rakyat, Jadi jika kamu boleh menyuarakan pendapat kamu sambil berteriak di jalan raya, kenapa pula aku tidak boleh? kenapa pula kamu harus melabelkan semua yang berbeza dengan kamu adalah Anjing kerajaan, Penjilat bontot kerajaan, atau budak bodoh? dey kamu pun bukanlah cerdik sangat.


16. Jalan Ini kami bayar!

" jangan halang kami nak duduk atas jalan, jalan ini kami bayar!" kata seorang pakcik pendemo kepada polis.

" Kami MAJORITI pun bayar juga cukai nak buat jalan tu, bukan pakcik and the gang je, tapi alang-alang pakcik yakin sangat nak duduk atas jalan yang konon pakcik bayar tu, pakcik pergilah duduk tengah-tengah Federal highway masa waktu puncak, sumpah takde orang marah, semoga berbahagia di dunia dan akhirat"

17. Bersih 3.0, Gerakan Ini adalah lambang kuasa kami kepada Kerajaan.

" habis tu kalau nak main berbalah-balah, berbalas-balas macam ni sampai bila tak habis. Kalau semua Ahli Parti UMNO yang 2-3 juta itu pulak berhimpun tengah KL nak melambangkan kekuatan. lumpuh lah bandaraya, minggu ni Bersih tunjuk kekuatan, minggu depan Perkasa, minggu Lusa Umno, Minggu tulat Hindraf, minggu lepas tulat PR, minggu lepas minggu selepas tulat Mahasiswa mansuh ptptn, minggu seterusnya LBGT, minggu lagi persatuan laga ayam, minggu lain lagi Ultras Malaya, Minggu lagi lain KAFA. Huisshh jenuh Malaysia macam ni, yang jadi mangsa siapa? Rakyat Marhaen atau Rakyat Majoriti senyap.


18. Kami rakyat majoriti senyap penat tengok kelakuan penyokong Bersih yang demo, penat tengok Mansuh ptptn kat KL, penat dengan semua provokasi. elok buat pilihanraya cepat-cepat, bagi keputusan siapa menang besar, dan pulihkan balik negara. Parlimen ada kuasa 2/3 majoriti akan mempunyai confident level yang tinggi untuk ambil tindakan terhadap Culprit minoriti pembuli rakyat marhaen.

Sekarang Kerajaan 50-50 nak ambil tindakan sebab takut jadi tidak popular di mata rakyat. Jawapannya hanya satu, Pilihanraya. Dapatkan mandat dari rakyat Majoriti senyap.


19. Team Penasihat Politik dan Ds Najib boleh pergi jumpa Tun Mahathir dan dapatkan idea Beliau bagaimana beliau menjaga keamanan dan hak majoriti senyap.


20. Malaysia Aman dan makmur, semua kerajaan ada masalah, manusia tidak akan perfect. Manusia itu dinilai antara berat kebaikan dan keburukan, Manusia bukan dicampak masuk neraka hanya dengan satu salah. Imbangkanlah antara masalah dan kebaikan yang kita ada. Allah swt dan Rasulullah banyak kali dah bagi contoh kepada kita supaya membuat keputusan memilih yang mana beri lebih banyak kebaikan dari keburukan. Bagi kamu yang pernah study Fiqh Awlawiyat kamu akan faham konsep ini.

21. Jika dakwaan Bersih itu benar, Pakatan Rakyat sokong semua finding Bersih 3.0, jadi Pakatan Rakyat harus menolak kemenangan mereka di 4 buah negeri dan kerusi-kerusi Parlimen mereka, kerana mereka telah menang dari hasil Pilihanraya yang tidak bersih, Menerima atau menyokong sesuatu yang sudah diyakini mudarat dan tidak adil itu adalah menzalimi diri sendiri dan hak Rakyat marhaen, bubar dun sekarang dan bertanding semula. Jangan hanya retorik dan hipokrit ikut Demonstrasi Bersih saja. bila menang "rakyat sokong kita" bila kalah " pilihanraya tak bersih" tak gentleman langsung.

22. Kalau Malaysia ini terlalu teruk, jangan kata korang, aku sendiri akan turun untuk menunjuk perasaan. Aku yakin bukan aku saja merasakan begini, semua orang rasa begini.


**********************************

p/s Jika kamu baca entry ini tanpa baca Entry Bersih 2.0 pandangan dari jiwa Marhaen nescaya nanti kamu akan melenting di ruangan komen.

p/s alaaah, melenting pun lantaklah, bukan tak biasa, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. kalau takut kena maki dengan anonymous jangan tulis blog.

p/s Partner bergu aku main badminton, siap pakai baju bersih pergi rally bersih, kemon... kita berlainan pendapat, tapi jgn biarkan idea politik mengukur nilai insani sesama kita.

p/s Penyokong Bersih ada yang lancang, Anti Bersih pun ada yang lancang, kalau nak berjuang dalam politik hati kena tabah, kalau suka sentap-sentap elok pergi main masak-masak.

p/s Kenapa P/s aku ni berlanjutan macam point2 utama? aku syak aku kena pergi bengkel penulisanlah...


Update : sila ke laman Blog Hazrey.com untuk rasionalism Kereta polis terbabas

April 23, 2012

Minggu Orentasi, Agogo dan Pengarah Peperiksaan

Assalamualaikum..

Pada Tahun 1997, aku dapat tawaran masuk sekolah asrama, Awal 90 an adalah zaman di mana mak bapa merasa bangga jika anak-anak mereka masuk sekolah berasrama. Tak kiralah sekolah berasrama penuh ke, sekolah yayasan selangor, sekolah menengah agama, sekolah asrama sebab anak-anak duduk jauh dari sekolah atau sekolah pondok. Cuma satu je sekolah asrama yang mak bapa tak suka, sekolah Henry Gurney. 

Minggu Orentasi itu sinonim dengan sesi-sesi ceramah, qiamullai, pementasan murahan budak junior dan pembulian berhemah. Pembulian Berhemah adalah sesi mengamanahkan skrol ajaib kepada pelajar untuk dijaga sepanjang minggu orentasi tersebut.

Kami semua diberikan segulung kertas yang telah digamkan, kami dilarang membuka gulungan kertas tersebut, menghilangkannya atau merosakkannya. Kalau rosak musibat bakal menanti.

Selain dari gulungan kertas itu, kami diberikan satu kertas Gelek bersaiz A4, Abang fasilitator mewajibkan kami mendapatkan semua tandatngan abang tingkatan 5, kalau tak penuh lengkap kertas tu, akhir minggu orentasi kami akan diragging dengan kejamnya bak askar marin buat latihan di kem.

*******************

Aku pandai menari agogo sebab masa kecik selalu join sedara mara menari masa joget lambak orang kawin.
Dipendekkan cerita, pada satu hari yang hening.  Aku bersama sahabat aku berdua iaitu Abdul Ghani telah melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah peradaban minggu orentasi! Aku dan Abdul Ghani telah kehilangan Kertas Gulung Amanah.

Maka pada malam itu, semasa kami hendak mengambil tandatangan abang form 5, kami tiada kertas gulung amanah. Sudah menjadi sarat wajib, kalau nak minta sain kena tunjukkan kertas gulung amanah kalau takde tak boleh dapat tandatangan, kalau tak dapat tandatangan kami akan didenda.

Kami berdua tersengih-sengih depan abang form 5 dorm tingkat dua, Hulur kertas mintak tandatangan..

" Hoi korang tiga orang ni! mana kertas gulung mana?" Sergah abang Fasi merangkap abang form 5

" Takde bang, saya punya dah hilang, bangun tidur pagi tadi je dah takde, saya simpan elok-elok bawah bantal bang!"  kata aku dengan penuh semangat lawyer

" saya punya hilang masa pergi makan tadi bang, saya letak kocek belakang, pastu lepas makan saya cek-cek kat bontot saya dah takde bang, saya rasa orang dah curi bang" Kata Abdul Ghani dengan penuh tenang...

" Okey, yang bagusnya pasal korang ni semua sebab korang jujur mengaku salah korang, yang tak bagusnya korang dah hilangkan amanah yang kami suruh jaga. Jadi kami akan hukum korang ikut peraturan minggu orentasi, semua setuju dengan hukuman?"

" setuju bang!" jawab kami berdua tanpa ragu-ragu.

" hah kau budak tembam, apa bakat dan kelebihan yang kau ada untuk hiburkan kami malam ini?"

" Saya pandai menari alompak agogo bang!" Aku berkata-kata dengan penuh yakin!

" Owhhh, pandai menari agogo ye? sebelum tu, bapak kau kerja apa?"

" Bapak saya kerja Pengurus perniagaan Cold Storage kat KL bang!"

" owhh kerja swasta ye? bagus-bagus! okey apa lagi menarilah alompak agogo kami nak tengok! ingat, kami mestilah terhibur baru kau akan terlepas dari hukuman!"

" saya boleh menari bang, tapi kena ada muzik, muzik takde, abang nyanyilah, abang nyanyi saya menari baru ada feel bang!"

" ewah ewah ewah banyak cantik muka kau, nak demand aku nyanyi pulak! dah jangan nak mengada, kau menyanyi sambil menari, banyak bunyi pulak kau ye tembam!"

Maka pada malam itu aku pun menarilah sambil menyanyi lagu La Obe nyanyian S.jibeng. Lepas Menari gaya berenang dan lemas, aku menari gaya gunting-gunting mata, lepas gunting mata aku menari gaya sikat rambut, lepas sikat rambut buat gaya twist! sungguh-sungguh aku ingat step dance masa tadika dan pementasan darjah 6.

Selesai aku buat pertunjukan percuma bak penari tiang di Las Vegas itu, maka abang-abang itupun berpuas hati selepas berguling-guling keras perut gelak tengok aku menari full course tarian alompak agogo. Dek kerana puas hati mereka pun melepaskan aku dengan kaedah memberikan hadiah Skrol gulungan amanah yang baru berserta tandatangan mereka.




**********************************

Kini giliran Abd Ghani pula menerima hukuman nasib diri....

" Hah kau mat songkok! apa bakat yang kau ada?" tanya abang senior kepada Abd Ghani yang 24jam bersongkok itu..

" saya takde apa-apa bakat bang! saya pandai belajar je"

" takkan kau tak pandai nak buat hiburan apa-apa? nyanyi pandai nyanyi?"

" nyanyi pun saya tak pandai!"

" kalau macam tu, aku nak kau lari pusing blok asrama ni 5 kali, dah pusing naik atas balik!"

" Ishk bang, memalam mcm ni sejuk bang, gelap pulak tu, takut bang!"

" eh ye tak ye gak! lupa pulak nak tanya, sebelum kau pergi lari, aku nak tanya bapak kau kerja apa?"

" Bapak saya kerja Pengarah Peperiksaan Negeri Selangor bahagian kertas sejarah bang"

" Pengarah Peperiksaan Negeri Selangor Kertas Sejarah?"

" Ye bang, bapak saya kerja tukang right kertas sejarah SPM bang"

" Ha kalau macam tu, kau tak payah lari pusing blok asrama, nah kau amik skrol amanah baru ni, ni sain aku, pastu kau nyanyi lagu negaraku je cukup lah! kang suruh lari kang, dengan spm, aku aku jadi sejarah nanti"

" baik bang, terima kasih bang!" selesai Abd Ghani nyanyi lagu Negaraku, aku dengan dia pun turun bawah balik dorm nak tidur.

******************************

Sekembalinya pulang ke dorm kami, aku pun bersembang dengan Abd Ghani....

" wah hebat ah kau, takyah lari pusing blok asrama, takyah menari alompak agogo, takyah kena denda, nyanyi Negaraku je dah boleh lepas!"

" alah biasalah Zul, rezeki aku nak lepas senang macam tu"

" Untunglah kau kan, bapak kau kerja Pengarah Peperiksaaan Kertas Sejarah tu Ghani! kalau bapak aku kerja kerajaan macam kau kan senang, tak payah aku susah-susah nak menari agogo!"

" Alah takperlah, kau kan ada bakat menari, bakat hiburkan orang, buat apa harap kat bapak, harap kat kemampuan diri sendiri Zul"

" Iyelah, tapi aku jeles betul ngan kau ah! aku nak suruh bapak aku kerja macam bapak kau lah jugak! mesti semua senior takut ngan aku!"

" Sebenarnya Zul, bapak aku bukan kerja Pengarah Peperiksaan Kertas Sejarah Zul"

" habis tu bapak kau kerja apa?"

" jual ikan kat Pasar Borong Selayang! wakakakakakakaka"

" siot je kencing, otak penipu nombor satu kau ni Ghani!"

" Biasa ah beb, nak hidup, gila kau aku nak lari pusing blok 5 kali! hahahahhahaa"

Punyalah bijak kepala Abd Ghani, baru form 1 dah pandai guna helah tipu senior, jangan kata senior tu, aku yang kawan baik dengan dia masa kat dorm pun boleh kena tipu, Pengarah Peperiksaan Kertas Sejarah Negeri Selangor katanya! bayangkan tuan-tuan dan puan-puan, bayangkan...

Yang membuatkan aku kagum dan ingat peristiwa ni adalah sebab masa nak tidur aku terfikir..

" Memang tinggi tahap penipuan Ghani ni, detail habis pangkat kerja dia bagi ke bapak dia! Pegarah Peperiksaan Negeri Selangor Bahagia Kertas Sejarah! lancar je dia sebut, kenapa tah aku tak terfikir nak nipu macam dia tah!"

*****************tamat*****************



P/S I ternyata, tanpa bakat pun anda pasti mampu berjaya, cuma akal anda perlu bijaksana. kalau tak boleh bijaksana cuba try kaedah bijaksini, kalau tak boleh juga mungkin boleh dengan kaedah Bijaksitu.

P/S II sebenarnya aku tak rasa terbeban pun kena denda menari  alompak agogo malam tu sebab bagi aku benda tu enteng je, cuma kenapa aku tak boleh jadi selicik Abd Ghani?

P/s III ada kenangan best minggu orentasi korang? kongsikan kat ruangan komen, atau tulis entry pastu meh link aku nak baca. boleh buat layan hilang boring.

p/s IV nanti nak cerita pasal ragging kat Uitm plak ah.

April 20, 2012

Buku dan Ruas

Assalamualaikum..


Inilah yang bakal berlaku dalam Malaysia seperti yang aku ceritakan sebelum ini dalam entry Bersih 2.0 Pandangan dari jiwa Marhaen dan Mansuh PTPTN...

1. Jika satu pihak boleh suka hati berarak ganggu keamanan dan merasakan mereka betul, Majoriti senyap pula salah dan dikatakan pengecut pengampu Kerajaan. Maka pada satu hari nanti Majoriti senyap pula akan bangkit dan mengamuk dan mendemonstrasikan pula Rasa Hati mereka kepada golongan pendemo berkenaan.

2. Formula balas - berbalas ini akan berlarutan sampai bila-bila tak habis, sebab itu kita semua memilih demokrasi sebagai penentu pimpinan negara, bukan jalan demo dan tunjuk perasaan.

3. Jangan cerita pasal bantah secara aman atau tidak, semua manusia akan melenting jika tahap kesabaran sudah melampaui batas. Jika perkara ini tidak ditangani dengan awal, satu hari nanti mungkin perang saudara akan berlaku sepertimana dalam sejarah 13 mei 1969, Memali, Selatan Thailand, Mindanau dan Gerakan Acheh  Merdeka.

4. Jika dulu polis dikatakan Barua UMNO, Anjing BN dan Penzalim Rakyat, Bila terdesak kelam kabut, panggil polis pula. Inilah dinamakan manusia, semua manusia akan bertindak untuk kepentingan diri. Hanya Manusia yang Mulia bertindak untuk kepentingan manusia sejagat seperti Rasulullah saw dan Para Sahabat R.A

5. Bukan sekarang rakyat baru nak belajar berdemo, tapi semenjak Pra Kemerdekaan kita semua telah bersatu hati seluruh Tanah Melayu Berdemo menuntut kemerdekaan, tapi demo yang mulia datang dengan matlamat yang suci. Persoalannya, ada orang cakap mahu selamatkan Malaysia dan lakukan perubahan, tapi aku nak tanya dulu, Tak selamat sangatkah Malaysia?

6. Buat adik-adik yang kena pelepuk kepala dalam Video di atas, aku doakan kesejahteraan ke atas kamu, moga cepat sembuh dari Trauma. Semoga sembuh tubuh badan, baik akal fikiran dan insaf jiwa taulan.

7. Kepada abang-abang di luar sana yang membara hati tengok kelakuan semberono adik-adik main pondok-pondok dekat Dataran Merdeka, saya nasihatkan abang-abang semua bersabar dan dapat tenangkan jiwa yang lara. semoga mereka semua ditunjukkan jalan yang benar, iaitu jalan orang yang Allah redhai.

8. Saya tidak menyokong tindakan Pelepukan kepala budak-budak so called Mahasiswa / Graduan itu. tetapi saya cuma pesan satu! ingat, saya cuma pesan satu!

" Barulah kena buku dengan ruas"

April 17, 2012

Mansuh PTPTN

Assalamualaikum...

Sebenarnya korang betul ke nak aku bagi pendapat pasal masalah PTPTN ni? aku malas betul nak ulas masalah ini. Jadi aku buat secara point je lah.

Kaitan, motif membayangkan kematian PM dan Menteri dengan demonstrasi mansuh ptptn? simboliknya?

1. sebelum perbincangan berlanjut panjang, aku nak tanya dulu untuk kepastian, sebenarnya isu utama PTPTN ni apa? menghapuskan hutang terkumpul semua peminjam atau menghapuskan terus sistem pinjaman PTPTN pada masa akan datang?

2. Jika menghapuskan hutang, maka korang telah zalim pada pembayar cukai negara kerana duit kami pembayar cukai korang dah sebat buat belanja, dah sebat pinjam lepas tu korang taknak bayar.

3. Duit cukai rakyat, duit cukai yang kami bayar bukan semata-mata nak melayan kerenah punggung kamu saja, duit cukai kami untuk kebajikan keseluruhan rakyat Malaysia. Kamu belum bayar cukai kamu jangan cakap pandai sangat pasal cukai. Kamu dah pinjam duit kami, kamu bayar! tak pedulilah kamu Tajudin Ramli ke, tokey national feedlot ke atau mahasiswa anarki yang demo ptptn di KL tu. semua sama saja!

4. Jika kamu kata matlamat kamu untuk hapuskan keseluruhan sistem PTPTN, siapa pula yang nak tanggung anak-anak orang miskin yang pandai nak masuk kolej untuk belajar betul-betul bukan nak pasang khemah kat Dataran Merdeka tu? kamu yang nak bagi pinjam? mak bapak kamu? kamu nak gadai tanah atuk kamu?

5. Atau anak-anak orang miskin boleh buat permohonan pinjaman ke pejabat adun pakatan rakyat atau kerajaan Negeri Selangor? atau kamu nak buat majlis makan malam jual kupon 'dana pilihanraya RM 15.00?"

6. Jika manifesto Pakatan Rakyat endorse akan pemansuhan Hutang PTPTN kalau mereka menang kerajaan Pusat, aku merasa sangat lega dan gembira, aku harap Pakatan Rakyat akan menghapuskan juga pinjaman kereta dan pinjaman rumah semua rakyat Malaysia dengan pemberian subsidi dari perbendaharaan negara. Kenapa tidak boleh pula? bukankah kaedahnya sama?

7. Pendidikan rendah dan tinggi negara berkos rendah, Uitm yuran tak lebih dari RM 1000.00 setiap semesta, zaman aku diploma dan degree dulu aku bayar Yuran RM450 dan RM 800 sahaja.

8. Sistem institut pendidikan tinggi swasta IPTS pula berasaskan perniagaan, perniagaan bermotifkan keuntungan, macam Lim Kok Wing, MMU, KDU dan Taylor college, semua itu adalah perniagaan pendidikan. Kamu masuk IPTS samada kamu anak orang kaya, atau kamu masuk kerana kamu tak percaya kualiti IPTA atau kamu tak dapat masuk IPTA. Bukan tanggungjawab kami pembayar cukai nak tanggung kamu berbelanja di sana. Kalau kamu mampu kamu bayar pakai duit mak ayah kamu, kalau kamu tak mampu kamu bayar dengan pinjaman PTPTN. Kalau dah pinjam bayar! itu bukan duit Anwar Ibrahim. itu bukan duit pembayar cukai rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat saja, itu adalah duit cukai rakyat Majoriti yang menyokong BN, Pakatan Rakyat, YB bebas dan yang tak mengundi!

9. Masa kamu semua tandatangan persetujuan pembayaran PTPTN itu, kamu baca tak terma dan syarat semua? ke masa kamu sign tu kamu ghairah sangat nak duit beli henpon baru?

10. Masa kamu masuk IPTA/IPTS tu ada ke wakil kerajaan datang acu pistol kepala kamu dan berkata " Baik kamu sign surat ni dan ambil pinjaman, kalau tak aku tembak!" ada tak?

11. Isu pemansuhan hutang ptptn pada awalnya adalah caklempong Pas atas isu hutang Tajudin Ramli dimansuhkan. Kemudian ia menjadi serius dan budak-budak mahasiswa ni termakan retorik parti politik. Pemansuhan hutang ptptn itu hanya manifesto untuk pilihanraya, manifesto kalau tak tunai bukan boleh dakwa dalam mahkamah pun. Kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ptptn, pakatan rakyat dituntut membuat Surat pra-perjanjian berakuan sumpah, PR tandatangan, pengundi tandatngan. Lepas PRU13 kalau PR menang terus abaikan hutang ptptn, kalau mintak juga boleh fight mahkamah. ok?

12. Kita menuntut kerajaan mengamalkan pendidikan percuma, kita menuntut PTPTN tidak kenakan faedah, kita menuntut ptptn memperbaiki perkhidmatan, kita menuntut kebajikan rakyat susah dijaga. Tetapi menuntut kerajaan menghapuskan hutang kamu yang dah kamu joli, kamu berlaku zalim kepada hak kami sebagai rakyat pembayar cukai!

13. Pelajar cemerlang dan layak dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN, ramai yang ditawarkan biasiswa dan geran. Hadiah adalah untuk yang layak dan bagus dalam bidangnya, ini kamu main pondok-pondok pasang khemah dekat Dataran Merdeka tak pergi kelas, kamu mahu kami bayar hutang kamu? apa kamu dah hilang akal ke apa?

14. Siapa ajar kamu hina nyawa orang hidup macam sembah orang mati ni? siapa ajar kamu kalung bunga hindu dekat gambar PM dan Menteri pelajaran ni? kamu ni dah emosi sangat sampai dah tak tau beza mana betul mana tidak? kamu kata simbolik? bukankah semua ritual agama itu matlamatnya memang simbolik penyembahan?

15. Maaf, percaturan kamu untuk demo mansuh ptptn ini tak menarik, tak mengundang simpati, ramai orang meluat, hatta rival aku pro pas pun malu nak support tindakan kamu, Kerajaan berjaya menyediakan pendidikan tinggi kepada kami semua dan kawan-kawan kamu semua, kira-kira 500 orang pendemo saja tak puas hati dari berpuluh ribu itu, Secara hipoterikalnya, sistem pendidikan dan pinjaman itu berjaya.

16. mahkamah tak betul, ptptn tak betul, universiti tak betul, rakyat pembayar cukai tak betul, kerajaan pusat apatah lagi tak betul, semua tak betul, yang betul kamu dan parti sokongan kamu saja, eh kamu ingat kami semua bodoh sangat ke tak tau beza mana betul mana tak betul?

17. Sudah pinjam bayar, 2 salah tidak menjadikan salah satu menjadi betul, kamu buat orang pandang kamu ni semua mcm culprit, kacang hantu. Dah hutang beribu-ribu, lepas hutang dapat isu politik terus tanak bayar,  Rasulullah dulu pinjam dekat orang pun Rasulullah bayar tau! itu Rasul Allah, ini kamu baru setahun jagung, baru nak belajar pegang hailer dah nak sumpah seranah orang kalung bunga orang mati konon taknak bayar hutang.

18. Dahlah, malas nak sambung bebel, akhir kata dari saya, sebelum saya mengundur diri, mari kita main agak-agak.

" Agak-agak koranglah, kalau Rasulullah saw dan sahabat Ra semua masih hidup, Rasulullah bangga tak tengok akhlak korang yang tengah-tengah jalan raya tu hina-hina orang, maki hamun orang, korang agak-agak Rasulullah endorse tak perilaku korang semua hari tu, Kamu rasa wajar tak kalung bunga orang mati dekat gambar orang hidup? kamu ni agak-agak macam tu ke akhlak seorang mahasiswa yang mahu mencari syurga?"

Bangganya kalung bunga orang mati kat gambar orang hidup. bangganya, Ayah rasa bangga dengan anak mcm ni,  rasa nak timang-timang kau hingga angkasa raya, ayah harap bila kau besar nanti, kau mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dengan syiar dan akhlak yang terpuji. Blerrghhh pffftt...


************tamat************

p/s perbincangan dibuka untuk mereka yang mahu berhujah secara tertib, kalau nak menggelabah puyuh aku malas nak layan. Buat rosak imej blog aku je.

p/s dah pinjam bayar, taknak bayar belajar rajin-rajin. taknak pinjam jangan mohon.

p/s Untuk keseimbangan pendapat sila ke Telegram Usang : Mampukah kita hapus PTPTN (KLIK)

April 16, 2012

Sumpah Comel Karikatur Ini

assalamualaikum...

Nota : ini entry pendek.

Semalam aku bertweet macam biasa, kawan tweet aku ada dua orang blogger kartunis - artistik. Seorang nama dia Prinz Aujinz, seorang lagi pula namanya Nurdani. Bab kenapa nama Aujinz tu ada prinz aku taktaulah pulak, nak ejek dia putera raja bimbang pula nanti dia memang putera raja dalam penyamaran. kalau korang nak tengok siapa si Aujinz ni korang pergi tengok kat Lanun Ranggi

Masa aku tweet tiba-tiba timbul perasaan mahu gambar aku dikarikaturkan oleh Prinz Aujinz, tapi dengan segera dia merendah diri cakap tidak pandai berkarikatur. Kemudian Dani menawarkan diri untuk melukis muka aku dengan kaedah tawaran 10 minit katanya. Maka di bawah ini adalah hasil karikaturnya yang berkualiti tinggi.

Dari asal gambar ini, gambar ni masa aku sambut birthday  mama tahun lepas rasanya,  lama-lama pandang muka sendiri boleh mendatangkan riak kecil pula di hati.

Ini Hasil Karikatur yang Dani buat dari gambar di atas, comel yang amat, saya  mintak dia lukis saya dalam baju pooh, tak tahu pula jadi  bayi dalam costume Tiger kawan si Pooh. saya ingat jadi lelaki maskulin badan tough dalam tshirt sendat kartun Pooh. Janggut tu pula menambahkan efek komedi-seram dalam karikatur di atas, bagi yang lemah semangat dan perempuan mengandung dinasihatkan jangan tenung lama-lama, nanti terkenan bayi dalam kandungan.

Dari asal gambar ini - gambar ini masa aku jadi liaison officer untuk rombongan pemuzik dari sierra Leon, amboi bukan main perasan model betul aku ni, kalau hantar gambar ini ke blogger mana-mana pasti akan dimasukkan ke dalam blog, eh dalam tak sedar saya sudah masuk blog rasanya.


Ini hasil karikatur untuk gambar di atas. ada orang ckp macam hero hindustan, ada orang kata macam  artis belanda, ada orang kata pula tak ubah macam bangla petronas. terpulanglah pada mata yang melihat, kata orang bukankah kecantikan terpulang pada mata yang memandang? saya pandang sebiji macam Gerard Butler, 2 biji macam stephen rahman hughes, janganlah minta yang ketiga biji pula, bimbang bertambah dosa riak di dalam hati.



****************************************



Terima kasih kepada Nurdani kerana bermurah hati mengkarikaturkan wajah saya, sudah sekian lama saya teringin melihat wajah saya dikarikaturkan, cuma saya kedekut nak bayar RM20 satu potret dekat seniman tepi jalan Bukit Bintang. Saya harap Dani akan lebih maju dalam dunia artistik dan blog.

Kalau korang nak tau, Gadis ni berbakat besar, sebab niche blog dia adalah lukisan grafik yang menggunakan asas software windows excel tau! excel! ye excel yang banyak kolum guna untuk buat kira-kira akaun dengan buat chart tu, tapi Nurdani boleh lukis guna software tu, memang hebat ahh..

Kalau tak percaya pergilah usha hasil-hasil seni dia dekat blog beliau yang tertera di bawah, klik dan anda secara magisnya akan muncul di sana!

YoUnique - Nurdaniub.blogspot.com


******************tamat******************

P/s I dulu sekali pandang aku tengok si Dani ni muka dia macam Fatin Liyana tapi dia taknak mengaku, lagi satu dia ni pemalu nak letak muka penuh dia kat blognya.

p/s II comelnya gambar aku pakai baju tiger tu! aku rasa mcm nak nangis tahan malu pada masa yang sama suka terharu. Orang tua-tua kata lagak aku itu umpama malu-malu kucing, malu tapi mahu.

p/s III aku syak malam ni nanti aku tidur mimpi pergi nursery.. kuat syak wasangka aku ni nanti.

p/s IV nak tau rahsia terbesar aku tak? aku banyak kali cakap pasal aku suka pooh kan? tapi sebenarnya aku belum tengok filem kartun pooh tu sampai habis, ironik kan?

April 14, 2012

Mana ada kerja senang!

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak buat entry pasal mengomel hal-hal harian, esok aku buat entry ikan kembung atau entry kecik-kecik.

Seminggu dua ni aku sibuk dengan hal kerja, aku kena handle exhibition MIHAS dekat KLCC, company aku dapat booth tajaan MARA, jadi ulang alik dari Shah Alam - Port Klang - KLCC - Shah Alam itu bukan sesuatu yang seronok, ia memenatkan.

Ada orang kata kerja Marketing ni best, sebab tak payah duduk ofis, kerja luar selalu boleh mengulat. sebenarnya sampai sekarang aku masih keliru antara mengular dan mengulat, mana satu yang lebih tepat.

" mengulat tu apa ha Noor?"

" Mengulat tu curi tulang masa kerja, pergi tidur ke, pergi rumah urut ke, main snooker ke, tengok wayang ke, makan lepak kedai mamak ke, mengulat pun taktau kau ni!"

" maksud aku makna secara bahasa, makna secara syarak aku faham lah"

" mengulat tu jadi macam ulat la, tak berguna, ulat lepak, ulat malas, ulat taik, ulat sampah, ulat!"

" tapi aku ada dengar gak orang cakap mengular instead of mengulat Noor, mcm mana pulak tu?"

" mengular pun boleh, ikut mana kau suka la Zul, kau ni banyak tanya ah, dah tua pun taktau!"

" aku mana nak tau noor, aku umur 24 baru nak kerja opis, kau tu umur 22 dah jadi PA datuk! mana aku nak biasa ngan term-term orang kerja opis ni, tapi aku rasalah kan, Mengular tu lagi make sense la Noor, mengular tu maksud dia mcm ular sawa, lepas makan melingkar tidur macam ular, dipendekkan jadi mengular!"

" hah yelah yelah yelah, ikut kau lah zul, mana kau rasa bahagia kau sebutlah!"

************************

Korang cakap korang suka melalut bila nak menaip cerita? kau tengok tahap melalut aku ni macam mana? dah tahap macam orang tua cerita pasal 'aku dulu terer jadi askar bunuh komunis tau'

Berbalik pada tujuan utama tadi, kerja marketing ini best sebab tak payah masuk pejabat. sebenarnya mula-mula je best, bila kau baru masuk kerja, kau excited nak pergi shopping mall jumpa klien, berlagak dengan opismate sebab tak payah duduk terkemut-kemut takut bila bos lalu.

Lama kelamaan, bila kau dah mula bertapak kukuh, kau dah mula ada contact dalam 'little black book' atau organizer org moden kata. Kau mula rasa bosan nak duduk kat shoping mall lama-lama, sampai kau dah malas nak keluar ronda-ronda, pernah satu tahap aku pernah argue dengan kerani aku.

" Eh korang semua ni nak pergi mana? ni baru masuk pukul 11 dah nak keluar pulak?"

" Eh saya ni kerja marketing, saya nak pergi jumpa klien lah!"

" ye yee je nak jumpa klien, Jumpa klien ke kelain?"

" Awak ni siti, mulut tu jaga sikit boleh? awak tu kalau nak berseloroh pun fikir-fikirlah sikit, awak lupa kot yang awak bercakap dengan siapa? saya bukan nak membangga diri, tapi saya ni pengurus awak tau! kadang-kadang orang dah bagi can sporting tu jangan la amik kesempatan pulak"

" Alah Encik Zul, saya mintak maaf la, orang nak main-main pun tak boleh"

" Eh awak ni, ni saya pun main-main lah, belum nak marah lagi, kalau nak marah saya tak cakap depan-depan ni. saya ajak awak masuk dalam sembang panjang-panjang"

" err, sorry encik zul"

" macam ni lah, apa kata kita buat job rotation? saya duduk tempat awak 30 hari buat filling dan clerical stuff, awak seminggu je pergi keluar entertain klien cari sale, lepas tu service klien tengok stock, collect payment semua? amacam?"

" saya mintak maaf lah Encik Zul, tadi saya betul-betul nak melawak je, lain kali saya tak buat lagi"

" Haaa lain kali cakap tu fikir dulu Siti, saya tak pernah nak rendah-rendahkan siapa-siapa dalam company ni, masing-masing ada fungsi masing-masing, jadi jika saya boleh hormat orang, saya jangka orang lain pun boleh hormat saya. kerana mulut badan apa siti?"

" Kerana mulut badan binasa Encik Zul"

" haa bagus, okey saya dah lambat, saya nak pergi 'kelain' ni!"

*************************

Kerja pemasaran, kena jumpa klien, kadang-kadang kena jadi pak hangguk, kadang-kadang kena jadi driver dia, dulu aku pernah jadi driver bawak customer oversea pergi ronda seluruh KL - subang - shah alam - Pj - Klang, semata-mata dia nak cari produk lain dekat Malaysia.

Ada juga kena layan pergi karoke, lepak lounge hotel layan sembang sampai ke malam. Kerja Marketing mana ada overtime, kadang-kadang masuk pagi, baliknya lewat malam, ada sampai balik lewat pagi pun ada. Kadang-kadang klien ajak jumpa hari sabtu dan ahad.

Eh senang cerita kerja ini memang memerihkan. Ia tidak mengerah tenaga, tapi dia menguji endurance kau. Aku setakat travelling sehari dari Batu Caves - KL - Kepong - USJ - Port Klang - Shah Alam tu dah biasa dah.

Pernah satu hari aku buat, pergi Port Klang ambil dokumen dan sample, pergi batu caves ambil cek gaji, pergi USJ jumpa buyer Carrefour, habis terus lajak ke Port Klang selesaikan gaji dekat bank, balik Shah Alam rehat jap dekat rumah, lepas tu malam main badminton dekat Klang. Bayangkan betapa toyanya badan aku menanggung penat driving dan kecut perut kejar masa. Paling penting kejar pukul 4 sebab bank tutup dari bagi nombor giliran masa pukul 4 petang!

**************************

Itu belum campur nak cerita pasal bos kena turun padang selia sale expo macam karnival dan exhibition lagi, aku nak taip cerita ni pun rasa macam nak muntah, korang baca pun rasa nak muntah, kalau betul-betul buat kerja lagi rasa nak muntah. Bak kata orang pailang, "lunyai kau tau tak lunyai!"

Senang cerita, Kerja pemasaran memerlukan kau mempunyai skill komunikasi yang mantap, will power yang  tinggi, Result oriented, daya tahan tubuh terhadap endurance yang jitu, dan rela menerima waktu kerja yang flexible. Jadi berbaloilah jika salesman atau marketing personnel itu dianugerahkan dengan skim Komisen, Tapi perlu ingat, walaupun komisen itu tinggi, namun gaji pokoknya rendah.

Sudahlah, tanak sembang pasal ini lagi, aku yang taip ni pun rasa nak muntah bayangkan.

"Mana ada kerja senang!"

***************tamat**************

tengah panas terik, jual biskut kat jom heboh, korang dapat bygkan penat dia? makan tak menentu,  tidur tak menentu, berpeluh ketiak bontot semua, kalau duduk Opis nyaman je aircond.

Selain tu kena pulak tukar mode koporat, terangkan company profile dekat pegawai kerajaan,  dalam gambar tu bekas pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.

Kene pulak buat expo kat pasaraya, Inhouse promotion, tolong pasaraya buat sale. 12 jam terperuk kat pasaraya. naik kering mekap i kena ekon u know.

Tukar mode lagi, jadi pegawai pengiring, layan klien dari oversea, yg ni 2 orang klien dari India, yg hujung tu  baju tshirt putih tu bapak aku.

Kena pergi Hotel, layan klien dekat lounge, sorang ckp itik, sorang ckp ayam, ni klien dari jepun, Nama dia Maria Ozawa, eh bukan, nama dia Miyabi, eh bukan nama dia tah aku pun lupa.

Belum nak cerita tolong staff punggah kargo masuk kontena, ni paling azab la, penat sampai rasa nak tercabut urat belikat, 812 carton kena susun dalam masa 1 jam setengah sebelum kepala kontena datang tarik  kontena pergi Port.



p/s I aku juga selalu keliru pasal "takde maknenya atau takde mane nye" sebab kalau mak aku cakap, dia guna struktur ayat macam ni "Ha kamu ikar nak basuh kasut sekolah sekarang? takde mane nyeee, pakat rendam dalam baldi la kejap lagi tu"

p/s II Kalau bos aku baca entry ni, aku harap dia dapat pertimbangkan nak bagi aku kereta company berserta kad petrol. Aku harap sangat. fuh fuh fuh amin!

p/s III Ye, bos saya baca blog saya! dan saya sayang bos saya!

p/s IV aku berkira-kira nak tukar kereta. tapi malang duit tak berapa nak ada.

p/s V aku harap duit Nuffnang tu nanti mampu biaya ansuran bulanan BMW aku, by the way BMW tu org dulu-dulu buat lawak Bas Mini Wilayah.

p/s VI MIHAS = Malaysian International Halal Showcase , rasanya ni 1st time P/s meleret sampai ke 6.

April 10, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 3


Assalamualaikum,

Asalnya aku nak update kisah Ikan kembung tapi esoklah, malam ni aku share Kompilasi Bebelan Saya yang sudah bervolume 3. Kenapa aku perlu buat kompilasi? mesti ada yang tertanya-tanya. Sebabnya adalah

1. Kadang-kadang apa yang aku bebel dekat Fb atau Twitter itu mendapat permintaan agar ditampal ke dalam blog supaya jangkauan itu sampai ke orang yang takde Fb aku.

2. Aku ada banyak perkara rawak simple yang difikirkan, tapi aku sendiri rasa kekok nak update pendek dan ringkas macam tu, sebab aku sendiri dah terbawa-bawa dengan idea bahawa Blog Rasa Hati wajib 'Berentry panjang" konon dah jadi trademark.

3. Aku rasa ada nilai ilmiah dalam bebelan itu. sekian

** Nota : kepada kawan yang ikut fb aku, korang semua mungkin dah baca snippet di bawah, 

** Nota : Cautions! Political issue contain, kepada kanak-kanak bawah 21 tahun tidak digalakkan baca, kepada mereka yang rengsa dengan isu politik dinasihatkan tak perlu skrol ke bawah. Terima Kasih, Station berikutnya, Masjid Jamek, Masjid Jamek....ping pungg....


***********************
Bebelan 1

Mari sinilah aku nak ajar mcm mana mana nak bawak diri dalam dunia komunikasi ni. Runsing aku dengan fanatik politik ni. Meh sini aku nak ajar soft skill tentang Public relations yang mengkhusus kepada perbincangan politik.

1. Jika Kau boleh lantang dan memaki hamun Parti atau ahli politik yang korang tak berkenan, korang juga harus bersedia dan sanggup menerima jika kawan korang juga mengkritik Pemimpin politik kesayangan korang.

2. Parti Politik Bukan Agama.

3. Tiada siapa yang betul 100% dalam politik, politik bukan berkenaan menjadi betul sepanjang masa, politik adalah menjadi popular agar diterima majoriti sepanjang masa.

4. Jangan guna hujah kalau kau buat boleh kenapa aku buat tak boleh. 2 salah tidak akan menjadikan salah satu darinya menjadi betul.

contoh : " Selangor sekarang byk rumah urut dan kilang arak tak ditutup"

" alah kau ckp kecoh apahal? masa Kerajaan lama ada jugak benda tu, kilang arak pun tak ditutup"

" Kalau mcm tu, apa guna pulak tukar kerajaan baru? takkan kerajaan lama itu gagal maka ia menjadi lesen untuk kau buat juga kemungkaran itu?"

Kita sambung di lain hari, selamat berfikir adik-adik, jangan lupa makan vitamin dan sayur2. Vitamin elok untuk pertumbuhan akal yang cerdik dan waras.

*****************************
Bebelan 2


Makin lama modal Lynas sebagai satira politik sudah hilang sengat, Rakyat majoriti taknak ambil tahu sangat pun pasal Lynas.

The Naked Truth Is, Ahli politik pun taknak ambil tahu sangat pasal Lynas, cuma ia menjadi havoc sebab pihak pakatan rakyat nampak seakan-akan ada political mileage dalam isu itu.

Walhal yg pergi menyokong tu, apa yang diorang sokong pun diorang tak paham.

Lynas = Satira Politik

*******************************

Bebelan 3


Eh kami berlainan fahaman politik, kami masih boleh pergi panjat gunung satu Malaysia tau! dari semenanjung sampai borneo..

Eh kami berlainan fahaman politik kami masih boleh jadi Partner main badminton double tau.

Kami masih boleh lepak kedai Rejab Maju minum teh tarik dan makan kueyteow kungfu..

takde masalah lah

Kamu tu pejuang alam maya, politician Fb yang kecoh itu ini, yang kutuk ahli parti lawan. sedangkan kamu gagalist, padahal dunia nyata kamu hanya seorang yg sunyi takde kawan.

********************************

Bebelan 4


Pendapat aku, Kerajaan yang terlalu lama memerintah akan mewujudkan rakyat yang kaki ampu, selesa dan penakut.

Pembangkang yang terlalu ambitious akan mewujudkan rakyat bersifat anarki, menghalalkan cara demi matlamat dan Assobiyah.

Dalam dunia demokrasi, mereka terlupa untuk mengubah kerajaan adalah dengan sokongan majoriti rakyat. Simple!

Kau berteriaklah mcm hilang suara, kau jelajah satu dunia, kau meneraplah atas jalan raya, kau reformasilah seminggu, tapi selagi mana majoriti senyap rakyat dengan rilek memangkah kerajaan yang mereka selesa maka itulah kerajaan yang memerintah kita.

Kadang-kadang apabila perjuangan itu dibayangi dengan Hype dan pidato yang berapi-api akan membuatkan penyokong di padang itu merasakan perjuangan mereka suara rakyat sebenarnya,

Padahal Rakyat yang selesa dan tak ambil pusing enak minum nescafe di rumah tengok Kpop. cukup bulan ambil gaji, bayar kereta, belen gaji beli coolblog.

*********************************

Bebelan 5


"apa sahaja nikmat yang saya dapat dari Kerajaan Malaysia, saya bersyukur, tapi saya bersyukur kepada Allah la, saya tak bersyukur kepada manusia"

Egonya, dalam hidup kau tak pernah dengar perkataan terima kasih ke? Ucaplah terima kasih kepada manusia yang berjasa dengan kau. Apa masalah kau ni sebenarnya? dibesarkan tanpa adab?

Kerana parti politik lawan kau rela jadi orang tak bertamadun dan beradab. eh saya berterima kasih kat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri selangor yang bagi air percuma 20 meter padu, apa masalah? org dah berjasa, berbudi, ucaplah terima kasih.

"terima kasih kepada Kerajaan negeri selangor kerana beri air 20meter padu, Sukur ke Hadrat Allah" ada masalah?

" Syukur Alhamdulillah, dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab menjaga kebajikan rakyat, hospital bayar seringgit, IPTA awam banyak, murah pula tu" ada masalah?

Agaknya manusia macam korang ini adalah manusia yang jiwa kering, buta hati, takda adab.

" Sayang nah ambik duit ni 100 ringgit pergi daftar sekolah ye"
" Okey abah, saya bersyukur kepada Allah dengan duit ni, tapi takyah terima kasih lah kat Abah, sebab rezeki semua Tuhan bagi"

Boleh ke? aku tanya ni, boleh ke? aku tanya sekali lagi ni, boleh ke?

Angkuh!

***************tamat**************

aku tak pernah tengok mcm mana rupa candid aku masa tengah semangat berborak, mcm ni la gamaknya kot.


p/s I Kau sorang tak puas hati tak bermakna org lain pun tak puas hati, kau melaungkan kebebasan bersuara dan hak demokrasi tapi kau sendiri cemuh orang yang mempunyai pendapat sendiri dalam politik negara. kau gagal tak bermakna keseluruhan Sistem gagal, mungkin kegagalan kau berpunca dari sikap kau sendiri. Mungkin pada masa ini cermin adalah alat paling sesuai buat kau.

p/s II Kau ingat semua menteri tu betul ke? menteri byk salah, menteri kadang2 bukan tau apa yg diorang buat, diorang jadi menteri sebab menang pilihanraya, tak puas hati dengan menteri? pangkahlah calon lain, yang kau ajak aku bergaduh kenapa?

p/s III bagi aku yg berumur 28 tahun ini, tidak boleh tidak aku harus mempunyai kesedaran dalam politik, kerana politik menentukan perjalanan hidup di dalam negara demokrasi, bagi mereka yg nyatakan taknak ambil tahu pasal politik langsung maknanya anda tidak boleh merungut jika kerajaan yang anda tidak terlibat memangkah itu menentukan masa depan anda.

p/s IV kemonlah, semua dah besarkan? yang mana bagi banyak kebaikan kita pilih, tak baik kita pecat kita pilih lain. kalau yang lain nampak lebih mengarut jgn pilih. Simple, it is democracy!





April 7, 2012

Antara Rupa dan Sifat

Assalamualaikum..

Tadi aku sembang dengan abang sulung aku.

Sepatutnya ayat aku berbunyi begini, " Tadi aku sembang dengan abang aku" kerana aku ada sorang je abang, bila aku sebut abang sulung maka ia telah berlaku pengulangan atau orang putih sebut 'Redundant'.

Tadi aku sembang dengan abang aku fasal kaedah memilih perempuan untuk dijadikan teman hidup.

" Ikar, ikar nak tau tak? Dalam hidup Karnain sekarang ni ada 3 perempuan, dan 2 orang tu rupanya cantik"

" Ok, lepas tu?"

" yang sorang ni nama *Syima, dia cantik sangat, persis model, tapi hati dia terlalu dingin"

" okey, yang tu ikar kenal, yang lagi sorang pulak?"

" Yang lagi sorang ni muka takdelah macam model tapi  manis cantik sedap dipandang, Body pun sedang-sedang elok, boleh membangkitkan keghairahan"

" okey yang nombor dua ni ikar tak kenal, mana datang pulak?"

" yang second ni budak office, officemate karnain kenen-kenenkan kami, tapi dia lebih tua dari karnain setahun lah"

" okey sambung ke gadis yang ketiga"

" yang ketiga ni sayang karnain sangat, muka comel, boleh diterima, boleh bawak majlis, keluarga berada, kalau setakat nak dulukan duit time-time hujung bulan tu takde hal lah, kalau pergi dating tu kiranya budget boleh main gilir-gilir lah, cuma dia chubby sikit, nak kata chubby banyak pun boleh lah"

" habis tu karnain sayang yang no 3 ni kerana hartanya ke?"

" Takdelah, karnain sayang dia sebab jiwa dia mesra, penuh dengan kasih sayang, walaupun dia tak cantik sangat macam model, tapi hati dia ikhlas nakkan Karnain ni"

" jadi betul lah teori ikar selama ni, perempuan ni tidak boleh tidak, kita akan jatuh cinta pandang pertama pada rupa parasnya, Itu adalah hukum alam, Tapi lepas kita dah jatuh cinta yang penting selepas itu, selepas itu apa? selepas itu adalah pengisian cinta. Jatuh cinta kemudian tiada pengisian cinta, takde makna"

" lepas apa yang terjadi pada Karnain, maka betullah apa yang ikar nasihatkan selama ini"

" Ikar bukanlah nak jadi doktor love, tapi kalau muka lawa macam Natasha Hudson pun kalau jiwa macam kayu, hati macam batu, berbual kaku, turn on kat muka tu pun lama-lama boleh turn off tau!"

" contohnya, Ikar?"

" Contohnya macam Karnain ngan Syima lah, Muka lawa, body delicious, tapi hantar Sms awak tengah buat apa? dia reply nothing, sms esok saya nak pergi jogging dia reply K, sms hari ni saya stress sangat dia reply Y? hapah satu pun takde nak bagi kita excited karnain oi"

" tepat sekali, betul betul betul, karnain setuju, turn off!" * baca turn off dengan nada keras lambang penegasan keterangan ayat.

" so pilihlah perempuan yang menggairahkan mata karnain dan mengisi jiwa nan tandus, moga berkekalan cinta itu hingga ke akhir hayat hendaknya, bab chubby tu boleh adjust, realistik lah sikit, jek jek dia suruh senam lebih, tak boleh slim pun janji ada shape dah kira okeylah tu"

" Orite"

Ini Natasha Hudson, bagi aku dia dalam kategori cantik, tengok dua beranak ni! alolololololo comeynyeeeee mak dia.

******************************

Kepada kawan-kawan perempuan, itulah dia rahsia kami orang lelaki, aku tak tahulah pula kalau lelaki lain macam mana, tapi kalau aku dengan abang aku memang macam dialog di ataslah bila kami memikirkan kriteria yang perlu ada pada wanita.

Maka teori tentang stigma begini....

" aku hairanlah dengan minah cun tu, muka sikit punya lawa, tapi balak muka macam penyamun pecah rumah!"

atau

" Woih, cute gila ah mamat tu, tapi sayang ah girlfriend dia muka biasa-biasa je, dia deserve yang lebih cantik kot!"

Memanglah kita semua samada lelaki atau perempuan akan tertarik dengan wajah yang cantik. Itu adalah hukum alam semulajadi, kita akan suka benda cantik. Sebab itulah pun Allah swt ciptakan wajah, selain berfungsi dengan fungsi-fungsinya, wajah juga diciptakan sebagai medium pengenalan diri.

Tapi jatuh cinta pada wajah yang cantik itu perlu kepada pengisian cinta juga. Kalau setakat jatuh cinta je takde pengisian samalah analoginya macam mat rempit jatuh cinta pada Lamborghini Diablo. Setakat Jatuh cinta je, tapi kemampuan untuk memiliki takde. Jadi apakah pengakhirannya? setakat tengok je lah.

Kalau aku cakap aku tak jatuh cinta dengan wajah yang cantik tu maknanya aku tipu, kalau korang juga cakap korang tak jatuh cinta pada wajah yang cantik juga korang menipu. Tapi pokoknya adakah jatuh cinta itu akhirnya akan membuatkan korang setiap hari dilamun cinta? Atau ia sekadar crush?

Maka tidak hairanlah jika ada Awek yang muka macam Neelofa boleh jatuh cinta dengan mamat muka pecah. Tidak hairanlah juga kalau ada pakwe muka macam Aaron Aziz boleh jatuh cinta dengan awek muka macam biasa-biasa je. Yang penting sembang-sembang cinta itu bisa membuatkan kau berguling-guling dekat katil peluk bantal melepek kat dinding.

Ini adalah Neelofa, owh dia ni Dewi Remaja, Aku sorang je ke yang baru tau? atau aku ni memang  tak ikut perkembangan artis? 
************************

Takde bezanya antara kita lelaki dan perempuan, sama je. Tanya soalan pusing-pusing, tanya ustaz, tanya pakar cinta, tanya pakar motivasi, sembang dengan mak, abang, kakak atau kawan baik. Alih - alih jawapan dia tetap standard, pusing kot mana pun jawapan dia macam ni.

" Aku tak kisah rupa cantik ke tak, asalkan sedap mata memandang, pandai buat aku gelak, tak bosan, ikhlas sayang kat aku, ada ciri-ciri boleh jadi ibu/ayah yang baik, ada pengetahuan agama, boleh bimbing aku ke jalan yang benar, aku pasti aku akan sayang dia sangat!"

***********************

Kepada kamu, kamu dan kamu yang rasa diri kamu tu tak lawa, kamu janganlah rendah diri sangat, mungkin kamu tak lawa pada pandangan orang lain, tapi kamu lawa pada pandangan dia, mungkin kamu gemuk di pandangan orang, tapi kamu chubby-chubby comel di padangan dia, mungkin kamu gigi sompek, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang bergigi sompek, mungkin kamu hitam, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang berkulit hitam.

Kecantikan bukankah bergantung kepada mata yang melihat?

Ha kepada kamu yang perasan diri cantik tu, baguslah kamu cantik, tapi janganlah pula sampai kamu take for granted kepada orang yang menghargai kamu, nanti satu masa nanti dalam hati dia kata kamu tu dingin macam kayu, baru kamu gelabah cari pakwe muka pecah buat pengganti.

*********tamat**********

p/s I *syima bukan nama sebenar, Neelofa tu pulak jujur aku ckp, kalau aku tak google skrg aku tak tau dia femes sebab apa, bukan provoke, jujur ni. aku sebut sebab ramai orang sebut je.

p/s II selain dari sense of humor, bersifat keibuan, berfikiran kreatif, tak merimaskan, tak manje sangat, aktif dan happy go lucky, aku juga suka perempuan yang pandai masak dan pandai menari, bila dia akan gunakan  skill menari? itu rahsia saya.

p/s III Org kata cantik tak penting, sebab bila dah tua cantik akan hilang. Tapi bagi aku, walaupun tua nanti cantik tu hilang, tapi masa muda tu sempatlah nak merasakan cantik itu, alah kita semua hipokrit, The Ugly truth is kita semua menyanjung kecantikan, jika tidak takkan kita semua terpana melihat artis yang cantik, takkan industri kosmetik berjumlah billion dollar setahun.

p/s IV senang macam inilah, kita semua cantiklah, kita semua cantik, kira tapau senang kira.

April 2, 2012

Bucket List

Assalamualaikum...

Nanti-nantilah aku cerita pasal isu semasa atau politik, aku masih takde mood nak ulas, lagipun takde isu semasa yang mengundang cabaran, semuanya isu tipikal dan klise.

Kisah nostalgia pun dah berderet, jadi nanti jemu pula. Malam ni aku sembang ringan-ringan pasal impian aku, aku nak buat check list sendiri, sebenarnya bukan checklist sendiri, tapi tulis nak bagi orang baca, sebab sah-sah lah aku sedar yang blog aku ni ada pembaca.

******************


1.  Impian : Pada Tahun 1997 iaitu semasa aku berumur 13 tahun, aku ada bersembang dengan abang aku, bahawa pada satu masa nanti bila aku dah kerja, aku nak beli kereta Proton Wira 1.6 manual lepas tu aku convert jadi enjin turbo. Lepas tu aku nak sembur kaler kuning, letak stripes merah dua line, konon-konon nak bagitau yang aku ni penduduk Selangor sejati lah.

Realiti : lepas aku kerja aku bawak Mercedes (model teksi) bapak aku bagi, lepas tu aku beli Mazda 3 lepas tu Mazda 3 eksiden total lost, aku beli Toyota corolla, Proton Wira Turbo tak pernah aku fikir nak pakai.

2. Impian : Dulu aku pernah cakap kat mak bapak aku yang aku nak pergi mekah masa umur aku 40 tahun. Konon-konon terkesan dengan cerita yang manusia ni bermula hidupnya pada usia 40 tahun.

Realiti : Alhamdulillah aku dapat pergi Mekah buat Umrah masa umur aku 24 tahun, masa tu aku baru start kerja tempat kerja aku sekarang, ada tawaran dari mara untuk aku pergi buat exhibition dekat Jeddah. Impian tercapai.

3. Impian : Dulu aku pernah janji dengan cikgu Razak Pid, bahawasanya aku akan dapat degree walaupun matematik tambahan aku tahap tepian parit. Korang bayangkan sampai dah dekat nak SPM, persamaan serentak aku dari form 4 tak pernahnya serentak, asyik  5, 6, 7 rentak je.

Realiti : aku dah dapat Ijazah dan Diploma.

4. Impian :  Dulu aku cakap kat kawan-kawan sebelum 30 tahun, aku nak kahwin, tak kisahlah umur berapa tapi sebelum 30 aku nak kahwin.

Realiti : Aku belum berkahwin, sekarang dah 28 tahun, ada margin 2 tahun lagi untuk realisasikan impian, harapnya takde aral melintang.

5. Impian :  Dulu aku pernah cakap dekat mak aku yang satu masa nanti aku nak tawan Puncak Gunung Kinabalu.

Realiti : Alhamdulillah aku dah sampai sana pada tahun 2011.

6. Impian :  Dulu masa sekolah rendah, masa zaman kita sibuk-sibuk nak mengejar wawasan 2020, aku ngan kawan-kawan pernah lah sembang.

" Wawasan 2020 nanti kita umur berapa eh?"

" kalau ikut kira-kira ni, umur kita semua 36 tahun"

" agak-agak kau masa tu kita dah jadi ape eh?"

" bapak orang la kot"

" aku masa tahun 2020 aku nak jadi manager macam bapak aku!"

Realiti : sekarang aku dah jadi manager, walaupun IKS company, tapi ada title pengurus dekat offer letter. Aku harap 2020 nanti masa umur aku 36 tahun, aku dapat jadi Jutawan. Lepas aku jadi jutawan aku dapat update ceklist aku kat blog ni balik, harapnya aku tak lupa password blog ni, dan aku panjang umur lagi.

7. Impian :  Dulu cikgu Aziz pernah tanya aku..

" awak masa isi borang UPU awak nak pilih kursus apa Zulfikar?"

" saya nak pilih Pengurusan Perkhidmatan Makanan, cikgu"

" kenapa awak nak pilih kursus tu? amiklah engineering ke? medic ke?"

" saya punya addmath fail cikgu!"

" apa awak nampak dengan kursus yang awak nak tu?"

" Saya nanti dah cukup modal saya nak bukak Cafe mcm Dome, Coffee Beans semua tu cikgu, paling kurang saya nak bukak Kopitiam"

" saya harap awak berjaya"

Realiti : Cafe belum bukak lagi, tak cukup modal. Tapi kursus tu tepat dapat apa yang diminta.

8. Impian : Satu hari selepas perdebatan ilmiah dengan Ustaz Uzet..

" awok ni Zulfikar, saya nampak masa depan awak jadi ahli politiklah Zulfikar"

" Eh ye ke Ustaz? mana ada ustaz, saya tak minat nak jadi wakil rakyat ni, nanti hidup bizi"

" Kuak perasaan saya ni, masa depan awok jadi Politician Zulfikar"

" Eh takdelah macam tu Ustaz, tapi kalau masin mulut Ustaz tu apa salahnya, Ustaz Doa-doakan saya ye"

" Saya doakan awak berjaya di dunia politik satu hari nanti, amin"

" amin.. eh tapi Ustaz, Parti mana?"

" hok tu awok tentukan sendiri, hok parti mana pun takpo, asalkan bawak kebaikan kepada masyarakat"

**baca dialog Ustaz Uzet dengan slang Kelantan sipi-sipi nak ke KL.

Realiti : buat masa ni, belum ada kesempatan nak jadi ahli politik, masuk jadi ahli parti PAS ke UMNO ke  pun belum lagi. Bukan apa, orang kata masuk politik ni untuk berbakti kepada masyarakat sejagat, bukan untuk kepentingan diri. Jadi kepentingan aku sendiri pun belum selesai, macam mana aku nak menyumbang kepada masyarakat pula. Mungkin satu masa nanti selepas selesai tuntutan aku untuk berkahwin, berkerjaya dan jadi kaya aku masuklah politik.

*********************

Banyak lagi impian yang belum jadi kenyataan, contohnya macam nak beli Harley Davidson, Scuba diving, skydiving, bungee jumping, paragliding, main ski kat Alps, bina bungalow, beli kereta atap boleh buka, Europe trip dan lain-lain lagi.

Mungkin satu masa nanti, Insyallah. Orang kata hidup ni kena realisitik, kita tak boleh dapat semua yang kita nak dalam satu masa, kadang-kadang dalam satu masa kita kena korbankan salah satu impian untuk mencapai impian yang lain.

Kalau sampai satu tahap kita rasa macam loser kita boleh buat beberapa kaedah ini.

1. Tengok bapak kita atau orang kaya, pastu fikir,

"eh dia bukan jadi kaya dan berjaya masa umur 20-an,  dia berjaya masa rambut dia dah beruban, jadi tak perlulah nak rasa down sangat kan"

Ini dinamakan Kaedah Bersabar.

2. Sentiasa mengenangkan kejayaan yang telah kita kecapi, jangan fikir sangat impian yang belum tercapai. Ini dinamakan kaedah bersyukur dan berfikiran positif.

3. Kena selalu fikir, kita ada apa yang orang tiada, selalu fikir yang ada orang lagi tak bernasib baik dari kita maka dari situ kita akan menangis terharu mengenangkan betapa bertuahnya hidup kita. Jangan selalu memberontak dan merintih nasib diri sangat. Ini dinamakan kaedah bersyukur dan redha.

Kadang-kadang orang yang berjaya pun ada impian yang dia pertaruhkan, ada nikmat yang dia korbankan. mungkin dia berjaya jadi doktor bedah, tapi dia terpaksa korbankan masa dan rehat dia.

Kadang-kadang ada jutawan yang boleh beli apa saja, tapi dia tak boleh beli kasih sayang keluarganya.

Kadang-kadang ada manusia yang boleh travel ke satu dunia, tapi dia terpaksa korbankan karier dan kekasihnya.

Pokoknya, berfikiran positif dan bersyukur. Jangan putus asa dan ingat, jangan lupa buat senarai semak!


**********tamat***********

cerita pasal seorang peminat aktiviti lasak, yang tersepit di dalam canyon dihimpit batu. Akhirnya potong tangan sendiri untuk bebas dan mengelakkan mati. - besar significant dia, korbankan tangan untuk hidup yang lebih bererti.

P/s 1 aku tergerak fikir benda ni semua sebab semalam bangun dari tidur aku teringat mimpi yang aku  dah ambil master, aku tak boleh tangguh lagi, aku mesti ambil Master tahun ni atau tahun depan!

p/s 2 aku bermimpi pasal matlamat hidup lepas tengok Movie 127 Hours dekat HBO, peh meruntun hati cerita tu woi.

p/s 3 Aku terpaksa gugurkan Scuba diving dari 'bucket list' aku sebab realitinya gegendang telinga aku nipis, doktor nasihat jangan menyelam dalam, bayangkan menyelam 2.5 meter pun telinga aku dah sakit macam nak pecah.

p/s 4 dulu aku pernah ada impian nak kahwin dengan Siti Nurhaliza masa tingkatan 2 (1998), siap tampal poster besar sebelah katil, konon2 tidur dengan dia la tetiap malam. Impian dah hancur, semua gara-gara Datuk K.

p/s 5 Bucket List - Senarai impian yang akan dibuat sebelum mati.

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...