March 30, 2012

Kejutan Budaya Malam Menonton Movie

Assalamualaikum...

Zaman awal 90 an tidak ada internet. Walaupun harfiahnya internet memang sudah wujud, tetapi realistiknya majoriti isi rumah Malaysia tidak mempunyai internet di rumah.

Awal 90an yang aku maksudkan adalah dari tahun 1990 - 1996, kerana pada tahun tersebut dikira tahun peralihan yang menyaksikan penduduk Malaysia masih belum terdedah dengan teknologi moden. Pada tahun tersebut teknologi yang memisahkan antara moden dan kuno adalah telefon rumah dial main picit-picit, Video tape player, Walkman, Bricksgame, Sega Saturn dan TV ada remote. Malah siapa yang mempunyai Gameboy Nintendo masa zaman 1990-1996 dikira orang kaya yang baru pulang dari Marikh!

Sempatlah jugak aku merasa tengok TV takde remote iaitu dari tahun 1989 - 1992. Korang pelik kan macam mana aku boleh ingat bila bapak aku tukar TV ada remote? Memori aku recall semacam baca diari.

Aku ingat TV tu ditukar pada 1992 sebab mak aku ketagih sangat tengok sukan Olimpik Barcelona 24 jam sampai meletup! over-heated. Abah membebel seminggu sebab kena beli TV 14 inci jenama Singer. Itupun beli dekat kawan dia second hand. Aku ingat lagi kawan abah poyo hantar TV singer 14 inci pakai Lori 1 tan jual sayur. Mentang-mentanglah dia kerja Pemborong Pasar Selayang! habis kecoh satu Jalan Kenanga orang cerita kami beli Televisyen baru.

*****************

Video Player aku dulu brand panasonic, tapi kaler silver, seronok sangat ada video player woi, perasaan dia mcm korang ada laptop zaman moden ni!
fokuskan perhatian anda semua pada tahun 1995. Apa yang bakal berlaku pada tahun 1995 bakal membentuk jati diri aku untuk tahun-tahun yang mendatang. Kisah ini berkait rapat dengan TV ada remote, Video Player dan semangat degil seorang budak darjah 5.

Pada satu malam, tiba-tiba kecoh berlaku antara Mama, Pak Itam, dan Makteh Sha'a. Semuanya bermesyuarat di depan jalan raya bagai ingin membuat surprise party, tapi aku tak ambil pusing, yang aku tau mereka telah mencapai kata sepakat untuk buat slumber party kat rumah aku malam itu.

" Yang, yang nak tengok cerita best tak yang?"

" Cerita apa Sha'a? malam ni ada pimai-pimai tangtu tak salah Yang"

" Pimai pimai tangtu nak buat apa yang? ni cerita lagi best dari tu, movie orang putih!"

" kamu ada tape baru ke Sha'a?"

" Ada, Kawan Guardian Sha'a bagi pinjam, tapi kalau Yang nak tengok kena bersihkan dulu, Tape tu ada 'kotor' sikit"

Masa tu aku pasang telinga, aku dah pasang strategy nak tengok movie tu malam tersebut dengan harapan yang menggunung, seraya berkata-kata dalam hati.

" Ada can malam ni aku tengok cerita omputih, Yik Uuuuu!"

**********************

Malam yang dinanti-nantikan pun tiba, aku dah siap awal-awal bancuh nescafe O satu teko, buat umpan pancing nak keizinan mama bagi lepak tengok Movie sesama.

Dalam pukul 9-10 malam macam tu Makteh Sha'a pun datang, mereka tiga adik beradik duduk berkumpul depan TV, Makyang (mama), Makteh (Sha'a), Ayid (Pak Itam) dan aku. Abang aku takde, dia dah masuk Asrama, Adik-adik aku pulak dah tidur, Abah pergi main badminton tak balik-balik lagi.

Elok je aku bawak keluar bantal semua nak landing depan tv lepak dengan dorang, mak aku sound.

" Ikar, kamu pergi masuk tidur, jangan nak campur orang tua-tua nak mesyuarat!"

" Mesyuarat apa nye mama? kan ke kita nak tengok movie omputih ni!"

" Budak-budak mana boleh tengok cerita ni, ni cerita seram, ada alien bunuh-bunuh"

" alah, ikar dah biasa dah mama tengok cerita mati-mati macam ni, rilek lah mama, ikar dah besar ah"

" Apa rilek-rilek? kamu pergi masuk bilik, tidur skrg! dah pukul berapa dah ni? esok nak sekolah kan?"

" Ish, esok hari sabtu lah mama, mana ada sekolah, lagipun awal lagi ni ma, baru pukul 10"

Okey nampaknya pusingan pertama perdebatan dengan mama berjaya aku atasi dengan mudahnya, mama mula hilang kata-kata untuk mematahkan hujah aku. Tapi tidak lama, mama kemudian mengeluarkan jurus yang kedua.

" Masalahnya Ikar, cerita ni tak boleh tengok, Tapenya kotor sikit!"

" Hah Tape kotor? ala apa susah, bersihkanlah pakai tape cleaner ni!" 

aku pun pergi godek-godek rak tape bagi tape cleaner, yang bila player kita dah berhabuk tu, kita letak ubat titik kat tape pastu masukkan dalam player, play cuci kepala player kononnya.


Video Player head Cleaner, bubuh ubat dalam botol tu kat pita magnetik tape, pastu pasang mcm pasang tape movie, biar dia bersihkan kepala player dalam tu. aku ingat lagi bau kuat ubat dia mcm mana, mcm bau pencair liquid paper!

Demi memuaskan hati aku, mama pun bersihkanlah video player tu, pastu bila dah bersih dia tetap tak bagi aku tengok gak, agaknya sudah malas nak berdebat, dia pun guna kuasa Veto seorang ibu kepada anaknya.

" Kamu jangan degil boleh tak Ikar? kamu masuk bilik kamu sekarang! tidur! karang aku besit kamu nak?"

" alah mama ni, tak sporting lah.." terus aku blah masuk bilik tidur.

Tapi aku pun bukan kecil anak, sementelaah bilik aku dekat depan ruang tamu, masa diorang semua tengok Movie tu, aku slow-slow bukak pintu bilik kecik-kecik. Nampak bijik mata je, aku curi-curi tengok movie yang diorang tengah tengok.

**********************************

Malam tu rupanya diorang tengah tengok movie Species, cerita Alien datang Bumi dan membiak dalam badan awek cun. Babak-babak lain tak perlulah aku terangkan lagi.


Elok aku tengok movie tu dengan penuh jiwa marhaen yang suci dan telus ibarat kain putih yang belum dicanting, tiba-tiba datanglah part kotor tape tersebut, maka barulah aku mengerti, bukan 'tape yang kotor sikit' tapi 'filem tu yang kotor sikit'

Bukan salah Ibu mengandung, dah nyata-nyata segala usaha larangan telah dilakukan, aku yang degil, tengok cerita tu dari ceruk terbuka pintu bilik. Harap-harap mama dan makteh tak bukak blog Rasa Hati. Ini adalah  rahsia! ingat semua, ini adalah rahsia antara kita, jangan bagitau mama!

Melekatlah imej Natasha Henstridge yang menjadi host alien terbaring di atas meja ujikaji makmal. Melekat juga scene Alien tu bunuh lelaki dengan senjata lidah panjang! Ironinya ia membuatkan aku menjadi kemain eksyen dengan kawan-kawan kelas bila diorang mula cerita dapat tengok gambar artis pakai bikini dalam majalah mangga kakak diorang.

" woi woi, semalam aku curi-curi baca mangga kakak aku, best woh ada artis pakai bikini!!!"

" Pakai bikini je? aku tengok cerita Species, lagi best! tak heran punnnnn"

" hah, Species Zul? apebenda tu?"

" Kau mana tau, kau budak-budak lagi!"


***************Tamat****************

p/s I Kisahnya mak aku pun tak sangka ada scene kotor sampai macam tu sekali dalam cerita Species, berbakul-bakul makteh kena marah ngan mama. Mama ingat scene sikit2 je mcm kita tengok adengan cium-cium filem romantik kat wayang tu.

p/s II nasib baik masa tu tahun 1995, aku baru darjah 5, umur baru 11 tahun, jadi aku tak pahamlah apa yang aku tengok, yang aku paham ternampak alien bogel  je. (Ye lah sangat)

p/s III "pandangan pertama itu tak mengapa, pandangan kedua tu pandangan setan, so korang tengok je jangan alih-alih kepala, kira pandangan pertama la kan?..hahahahah " ( lawak hambar pakcik kedai kopi - layankan aje)

p/s IV nasib baik internet kat rumah aku ni ada internet child filter and parental control, jadi aku tak dapat bukak benda-benda porno, terjaga kesucian hati aku ni. *Flips serban kat bahu ke belakang.

March 27, 2012

Cinta itu Lagha?




Assalamualaikum...

Isu ini berbunyi cliche, kalau nak ikutkan pemahaman aku, tak perlu aku terangkan pun orang boleh faham pasal keperluan cinta dalam hal kehidupan Insani. Yang menjadi masalahnya adalah ramai yang mula paksa diri untuk menukar pemahaman asas itu dengan trend golongan konservatif ultra dalam agama.

Ramai yang cuba menafikan kewujudan perasaan cinta dek kerana takut dicop melakukan zina hati, padahal mereka lupa tentang kisah-kisah cinta zaman nabi-nabi dahulu kala dan zaman Para Sahabat. Ada pula yang jenis mencari justifikasi untuk mereka mempunyai nafsu, padahal mereka telah melakukan hipokrasi.

Jika mereka memilih jalan bersederhana pasti mereka tidak akan merasa sengsara menipu diri sendiri, jika mereka mencontohi Rasulullah, Para Sahabat dan Isteri-isteri mereka pasti mereka akan bergembira meraikan cinta, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk mencontohi golongan Zuhud melampau, ahli bidaah dan ahli tasauf extreme yang menjatuhkan status dosa jika mereka mempunyai keinginan untuk mencintai.

********************
Cinta adalah perasaan suka kepada sesuatu subjek atau individu bersertakan rasa keghairahan. Ghairah untuk bersama, ghairah untuk bersatu membina keluarga, menghasilkan zuriat untuk meneruskan kelangsungan spesis manusia.

Cinta itu terbit dari keinginan nafsu normal manusia. Sama macam keperluan asas manusia lain seperti makan, minum, tempat tinggal, berpakaian, berkomuniti, berkomunikasi. Cinta bukan ciptaan ahli falsafah atau penglipur lara, Ia hanya satu mekanisma pemikiran primitif yang telah disetkan di dalam otak manusia.

Lelaki mula matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - hormon seks semulajadi terhasil dalam badan - ghairah melihat perempuan cantik bertubuh montok - terasa itu adalah pasangan hidup untuk proses pembiakan dan membina koloni - keluarkan skill menggoda samada ayat atau show off tenaga - pikat perempuan - kahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.

Perempuan matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - perasaan keibuan datang secara semulajadi - Rahim tersedia untuk menerima benih - Terangsang melihat lelaki maskulin - signal kepada akal bersedia untuk menjadi ibu dan membesarkan zuriat - digoda dan menggoda - berkahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.

Contoh kronologi di atas berlaku secara semulajadi kepada kita semua sejak Adam dan Hawa diciptakan. Indahnya Islam itu apabila ia tidak menyeksa ummatnya dengan mengekang mereka dari hidup dengan fitrahnya sendiri.

Apabila kau melawan fitrah semulajadi manusia ini yang buatkan kau sengsara, apabila kau menipu diri itu yang membuatkan jiwa azali kau memberontak. Tidak ubahlah seperti Sami buddha yang berikrar untuk tidak berkahwin dan mempunyai nafsu seks. Sama juga dengan Paderi katolik yang bersumpah untuk hidup membujang sehingga akhir hayatnya, jika semua ini adalah contoh kehidupan sempurna, maka bagaimana spesis manusia akan berkembang biak?

padahal ramai di antara mereka yang anti dengan cinta itu meraikan cinta secara tak langsung bila tengok cerita Aqasha-gigit-gigit cuping telinga - kecilmu, ada yang secara tidak sedar mendengar dan menyanyikan lagu2 cinta dan yang tengok filem romantik, itu menunjukkan semua manusia memerlukan cinta dalam hidupnya
********************

Keinginan hati kepada individu berlainan jantina itu adalah nafsu, ia terbit tanpa kau fikirkannya, masakan kau berdosa jika ia terbit dari hal yang kau tidak sengaja? pokoknya bagaimana kau mengawal nafsu, Bagaimana kau mengawal keinginan hati kau nak beromen itu dari memperaktikkannya.

Sebab itu diturunkan wahyu kepada Nabi saw, sebagai panduan bagi manusia mengawal nafsu, sebagai garis panduan bagaimana menghalalkan nafsu yang semulajadi itu agar nampak lebih beradab dan bertamadun. yang mana boleh membezakan kita dari binatang. Apakah ia? ia dinamakan pernikahan.

Banyak kisah-kisah para sahabat yang menceritakan pasal keinginan mereka kepada pasangan mereka, ada kisah yang minta nasihat kepada baginda samada memilih Anak dara atau janda. Ada kisah pasal Nabi saw nasihatkan sahabat melihat dulu wajah calon samada akan terbit rasa cinta atau tidak kemudian baru afdhal berkahwin.

Perkahwinan itu adalah atas dasar rela, Perkahwinan itu adalah satu ritual perasmian cinta. Samada cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin bukan menjadi hujah untuk menafikan cinta.

Kau nak beli Smartphone, kau pergi lowyatt, usha semua smartphone yang ada, belek-belek Iphone, Samsung Galaxy S dan HTC, last kau jatuh cinta dengan Samsung Galaxy S, Bila kau dah jatuh cinta baru kau beli, masakan kau nak beli benda yang kau tak suka? Kita ni manusia tahu? Nabi pun pilih wanita yang dia suka dan cinta, inikan kita pula manusia biasa sibuk nak kekang diri kita dari memilih pasangan hidup atas dasar cinta. Kenapa?

Pokoknya janganlah pula kerana cinta, kau masuk rumah anak dara pergi bersenggama pula, janganlah pula kau pergi dating beromen belakang semak, itu yang salah.

Common sense, ini masalah common sense, aku rasa macam rugi pula sembang panjang-panjang masalah asas macam ni. Aku yakin pembaca aku ada kualiti pemikiran yang tinggi untuk memahami bahawa masalah ini adalah masalah remeh.

**********Tamat**********

Ha kalau perkahwinan sesama jantina sudah pastilah ia bercanggah dengan fitrah manusia, kerana lelaki kahwin lelaki tidak akan sampai matlamat asas iaitu proses membiak untuk meneruskan kelangsungan spesis manusia ** gambar di atas sekadar hiasan, bukan perkahwinan Gay merpati dua sejoli.

p/s  I Common sense dalam Bahasa Melayu apa? a- deria asas. b- Pemikiran asas. c- logik akal ?

p/s II Nampak macam panjang, tapi kalau ikut standard Blog Rasa Hati, Ini jatuh kategori entry post pendek.

p/s III aku rasa semua kawan-kawan aku yang dah berkahwin paling tidak mesti bercinta kejap sebelum kahwin wahima keluarga yang aturkan. Yang poyo sangat kempen cinta lepas kahwin ni adalah mereka yang belum berkahwin.

p/s IV Padahal majoriti yang dah berkahwin dalam senyum je cakap sambil baca entry ni, " saya bercinta sebelum berkahwin, saya okey!..... lepas berkahwin pun saya bercinta, saya Okey!"

p/s  V Aku paling muak dengan lawak ni : " kau dah kawin ke belum?" " aku dah kahwin, nikah je belum" megah sangatlah nak cerita kat orang yang kau dah kahwin tapi belum nikah? megah sangat lah, tak lawak langsung. boring gila lawak mcm ni.

p/s VI aku syak selain dari membaca entry post atas, sesi p/s ni pun macam penting je, aku syak lagi, fungsi p/s telah dicabuli oleh aku secara rakus, sepatutnya P/s mestilah ringkas, padat dan terasing.


March 22, 2012

Mengubah Perspektif Kisah Penglipur Lara

Assalamualaikum,

Mungkin pengikut setia blog ini yang baca entry post lama dah tau tentang aku yang suka membaca, sebenarnya di dunia nyata tak ramai yang tahu aku ni ulat buku. Walhal aku selalu mengejek budak yang ulat buku. Padahal aku ini sendiri adalah ulat buku dalam penyamaran.

Tapi lebih baiklah aku kategorikan diri aku sebagai Pseudo-ulat buku kerana aku baca buku yang aku nak baca, bukan baca dan hafal buku untuk jawab periksa. Aku adalah Mamat-Goreng, jenis yang baca buku teks sambil imaginasi macam baca buku pengembaraan penyiasat remaja kemudian aku cuba fahamkan ikut logik akal aku.

Bila jawab periksa aku akan goreng, goreng dan goreng, pusing sana sini sehabis daya agar markah itu dapat diperah dari sudut yang tidak dijangka. Dan akhirnya aku dapatlah lulus dengan markah B, B- dan kalau bernasib baik goreng aku cukup rencah maka dapatlah merasa A- dekat slip keputusan.

Hasil dari kedegilan dan keegoan aku yang sehabis daya tidak mahu menghafal definisi, maka impian mak ayah aku nak tengok anaknya membesar menjadi Doktor atau Jurutera tidak kesampaian. Aku hanyalah seorang pekerja kilang sekarang. Asalkan kerja gaji halal ye tak.

**************************

Sewaktu aku darjah 5, kawan-kawan aku semua tengah rancak main Uno Stacko dalam kelas, dek kerana ramai yang menunggu giliran nak main alih-alih blok kayu menara jangan bagi runtuh tu aku dah mula naik muak tunggu. Sebabkan kelas dah hujung tahun lepas periksa, Maka aku pun lari senyap - senyap seorang diri ke Pusat sumber sekolah.

Pada satu hari aku terdetik nak ambil buku Koleksi Kisah Seram. Akibat dari buku kompilasi inilah yang membuatkan aku ketagih berulang ke perpustakaan sorang-sorang walaupun tidak berteman.

Zaman dahulu, budak-budak selalu dimomokkan dengan kisah hantu oleh orang tua-tua, jadi budak-budak era aku dah masak sangat dengan kisah Minyak Dagu, Nasi Kangkang, Toyol, Penanggal, Langsuir dan Saka. Macam-macam versi yang kita dah dengar, percayalah bahawa setiap penglipur lara yang kita jumpa pasti akan dengar versi yang berlainan.

Cuma bila aku baca buku kompilasi/siri kisah seram ini, ia telah mengubah perspektif aku, yang pertamanya bagaimana buku sebegini serius dan 'rated 18 SG' boleh ada dalam perpustakaan sekolah rendah aku tak tau. Yang aku tau kisah dalam buku ini memang sangat 'real' dan ilmiah, sangat advance, aku susah nak terangkan macam mana penceritaan buku ni begitu terkeluar dari stereotype kisah hantu penglipur lara.. Senang cerita kisah-kisahnya logik dan masuk akal.

********************

Di bawah ini aku senaraikan apa yang buatkan aku mengubah perspektif tentang cerita-cerita seram dari 'dengar saja orang tua cerita' ke fasa ' dengar kemudian baca cari sumber buku pula'

1) Nasi Kangkang.

- Versi Penglipur Lara

Nasi Kangkang adalah nasik yang diletakkan bawah kangkang Isteri yang berniat jahat yang mahu menundukkan suaminya, Nasik itu di letakkan di bawah kangkang masa panas-panas dan kemudian Peluh kangkang bini menitik ke dalam nasik, kemudian nasik dijamu kepada Suami. Apabila suami makan, lepas tu suami akan jadi bodoh-bodoh alang, hanya mengikut sahaja arahan isterinya tanpa bantah.

- Versi Buku Perpustakaan

Nasi kangkang adalah nasik yang diletakkan di bawah kangkang Isteri, Nasik tu mesti separuh masak, kemudian di kangkangkan di tengah alang pintu rumah, Nasi kangkang itu kemudian akan panas beruap, Air peluh isteri akan jatuh menitik ke dalam periuk bersama darah Haid dan Air kencing, Ritual Nasi Kangkang hanya boleh dilakukan masa isteri haid. Selepas itu nasik ditanak semula di atas api. Apabila dihidangkan, suami akan ditutup pandangannya dengan hijab oleh ilmu hitam dan dia akan berselera makan tanpa perasan nasik itu kotor dengan darah haid.

Bayangkan aku baca buku ni masa aku umur 11 tahun, Darjah 5. Aku tak dapat imagine macam mana fikiran suci aku dirobek-robek oleh imaginasi liar buku itu.

2) Minyak Dagu

-Versi Penglipur Lara

Selalu dengar orang cerita yang minyak dagu ni adalah minyak dagu orang mati yang di potong kemudian dimasak dalam periuk, ada juga selalu disalah ertikan dalam filem-filem Melayu atau Drama seram Melayu yang tunjukkan ritual minyak dagu ni adalah, Orang jahat pergi korek kubur orang mati, lepas tu dia bakar dagu orang mati guna lighter sampai dagu tu keluar minyak.

Minyak dagu kemudian dicalit kepada perempuan yang kita berkenan, kemudian perempuan tu akan angau kat kita.

-Versi Buku Perpustakaan

Aku baca, orang yang nak buat minyak dagu tu, kena cari mayat orang yang mati mengandung anak sulung yang mati pada hari jumaat. Lepas tu, kepala mayat akan dipotong, di cucuk di batang besi kemudian di panggang atas bara api, sampai ia masak mengeluarkan minyak macam minyak daging burger yang keluar walaupun dimasak tanpa gunakan minyak langsung. kemudian minyak yang keluar tu semua mengalir ke bahagian dagu sebab dia runcing, kemudian barulah ia menitik jatuh akibat tarikan graviti, jadi pembuat minyak tu kenala tadah dengan guna botol kat bawah dagu tu.

Itu adalah minyak lemak daging asli yang mencair kena haba panas. Korang  bayangkan betapa horornya penceritaan dan description yang aku baca masa umur aku 11 tahun masa tu.

**************************

Hasil dari pembacaan buku ini, membuatkan perspektif aku terus berubah, aku dah jadi kurang minat dengan filem seram dalam TV sebab rasa macam tak cukup logik dan detail sama macam buku yang aku baca tu.

Aku juga mula selalu persoal bila ada orang cerita kisah seram.  Dan dari situ telah membuatkan aku menjadi pengkritik tidak bergaji.

Cukuplah aku bagi dua contoh je dulu kat atas, itupun aku pilih yang paling tak seram sebabnya

1. Pembaca blog Rasa Hati akan terkepot-kepot keseraman bila baca entry ini di tengah malam buta seorang diri.

2. Aku sendiri tak sanggup nak taip lagi entry ni sebab aku tengah taip di tengah pagi buta seorang diri.

*******************tamat********************

P/s Kiranya kita semua dapat mutual understanding supaya tidak meletakkan apa-apa gambar contoh di entry ni kan? setuju ye semua? sebulat suara kan?

p/s II untuk mengendurkan suasana, mari kita bayangkan Kisah Wonderpets menyelamatkan Anak Badak yang tersangkut di dalam lumpur.

"Telefonnnnn, telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya... ada haiwan dalam bahayaaaa di sanaaa"

p/s III tak cukup dengan imaginasi, aku bantu korang dengan letakkan gambar wonder pets, bagi sama-sama kita menghilangkan kegusaran di dalam hati.

Linny, Tuck dan Ming-ming juga, Wonder Pets datang membantu

Ps IV tunggu hari dah siang2 sikitlah aku sambung kisah ni ke contoh2 yang lain, dan lebih detail. Aku syak ramai yang akan takut nak gi kencing skrg bagi mereka yang baca entry aku tengah malam buta. bye bye semua, sorry buat korang takut.

March 19, 2012

Nasihat Tentang Sahabat Kepada Sahabat

Assalamualaikum....

Dulu aku pernah terharu, aku pernah ada kawan bernama Shahril Husin. Ya Rabbi, Hamba Allah ni punyalah sebaik kawan. Pernah satu hari aku habis duit dalam poket, masa tu kami tengah Practicum dekat Hospital Selayang jadi kami berulang dari Shah Alam ke Selayang setiap hari. Duit dalam wallet aku habis sebab masa zaman aku study duk gigih buang duit dekat meja snooker dengan Cyber Cafe.

Bila dah sampai dekat petronas, aku bagitau Shahril..

" wei Debe, aku tengah takde duit ni, pinjam duit kau dulu boleh tak? minyak dah tinggal reserve je ni. Nak pergi pun tak sampai nak balik pun tak sampai"

" erm, ada - ada, nah kau pakai dulu duit aku ni, Aku pun takde duit, ni je ada"

Masa tu Shahril bawak keluar RM 2.00 tak salah aku dari wallet dia, itupun duit tabung 50 sen 4 keping, Tak salah aku lah, atau pun RM 1.00 je aku pinjam, punyalah aku terharu sampai aku ingat peristiwa tu.

" Terima kasih ye debe, nanti bapak aku masukkan elaun aku bayar balik kat kau!" 

"okey ikar, takde hal lah!"

Nasib baik kami kerja dekat Catering department, jadi tengahari tu aku dengan debe makan nasik free sebab duit 4 keping 50 sen debe aku dah pakai buat isi minyak motor.

Sahabat karib bukan tentang berapa kali kau nak ulang " dia ni bestfriend aku!" sampai beratus-ratus kali, sahabat karib adalah kawan yang lalui susah senang sama, gaduh gelak sesama, walaupun sampai satu masa kawan memulakan hidup baru, kamu masih genggam erat kenangan lama, dan kau selalu tanya khabar tanpa lupa.
*************************

Masa zaman aku  dulu, kami semua akrab, baik kawan karib, kawan serumah sewa, kawan sekelas dan kawan sekepala. Macam-macam perkara kami lalui bersama. Tapi yang paling akrab antara kawan-kawan kami semua dari diploma part 1 sampai habis degree adalah Aku, Shahril, Zikry, Chewe, Ili Farhana, Rushaida, Aleng, Tun, Fadhli, Azie dan ada beberapa lagi.

Tapi kami semua ada Mutual Respect...

"  eh jap abang, sebelum abang sambung membebel, nak tanya Mutual Respect tu apa Abang Ikar?"

" Mutual Respect itu adalah saling hormat menghormati hak masing-masing, ok duk diam-diam dengar abang nak sambung bebel ni"

Tapi kami semua ada mutual respect, iaitu kami tidak akan melangkau batas individu masing-masing. Kami tidak akan sibuk-sibuk menghasut semua kawan-kawan kami tentang dengan siapa mereka harus berkawan, berkasih, berpakwe-makwe dan bersosial.

Bagi kami, seakrab mana pun hubungan kawan, ia sama sekali tidak akan menjadi lesen untuk kau menjadi 'Friends' law Enforcement Officer'. Kami tidak mempunyai hak untuk bagitau kau patut kawan dengan siapa, kau patut bawa atau tidak pakwe kau lepak dengan kami atau samada kau patut pilih antara kami atau makwe kau.

Bagi kami, jika kami sudah menerima seseorang itu menjadi kawan akrab kami, maka kami harus juga menerima sesiapa sahaja pilihan hatinya untuk bersosial dengan kami. Walaupun banyak kali juga mereka tersilap memilih Pasangan, namun itu adalah haknya. Itu adalah process remaja dewasa dalam bereksperimen tentang fitrah manusia bercinta.

Ili Farhana dulu ada pasangan kekasih setia, Hamdan namanya, sekarang diorang dah kawin pun dan ada dua cahaya mata. Tapi bila kami keluar berjimba takde pulak kami nak bagi arahan kepada Ili....

" wei Ili, kau tak payahlah bawak Hamdan, kacau program la. kau datang seorang je"

No, no no dan no. Rules of Thumb dalam mengangkat persahabatan biasa kepada persahabatan karib adalah, Kau jangan letakkkan kawan kau di dalam dilema nak memilih antara Kawan dan Kekasih. 

Melainkan, melainkan kawan kau sendiri datang meminta pendapat jujur kau tentang kekasih dia.

" Ikar, aku nak tanya kau lah! apa pendapat kau dengan si Yati?"

" kau nak aku cakap jujur ke atau kau nak dengar apa yang kau harap kau akan dengar?"

" aku nak kau jujur, ni gambar dia, kau komen la sejujur mungkin"

" Bagi aku, Yati ni terlalu tua untuk kau, kau muda lagi, kau berhak untuk dapat awek yang lebih muda atau paling kurang sebaya dengan kau, at least mungkin dia akan memahami kau dengan lebih baik"

" tapi Ikar, aku dah jatuh cinta kat dia!"

" kalau kau dah cinta dekat dia, masakan aku boleh direct hati kau nak buat pilihan beb, kalau kau dah suka, umur bukan lagi faktor, yang penting hati bahagia, tapi kalau kau mintak pandangan aku sebagai kawan, ikhlas aku cakap kau kawan je dulu dengan dia, satu hari nanti kau akan belajar erti cinta"

"Okey Thanks Ikar, lega hati aku dengar nasihat ikhlas kau"

Antara kami dulu, kami takde pulak nak Kenen-kenen perli pasal kawan pergi dating, atau amount of time yang kawan terpaksa bahagikan antara kekasih dengan kawan. Mungkin adalah sekali sekala, tapi itu gurauan semata-mata, dan gurauan itu takdelah pula menjadi kerap sehingga menukarkan gurauan menjadi sesi sentap menyentap.

Pada pendapat aku...

" kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema memilih antara kekasih dan kawan adalah bukan seorang kawan yang bagus"

Pada pendapat aku lagi...

" kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema ini adalah seorang kawan yang tamak, yang hanya mahu kawan dia hanya exclusive untuk dirinya"

Sepatunya sebagai kawan, kau raikan kebahagiaan kawan kau, kau berikan masa dan ruang kepada kawan kau untuk merasai cinta, Cinta yang tidak dapat ditawarkan sesama kawan karib, sebaliknya perasaan cinta itu hanya boleh discover dengan kekasih, apa kata kau beralah sikit dan kongsi kawan kau dengan orang lain.

Kau perlu ingat, Sahabat karib kau mungkin juga adalah sahabat karib kepada orang lain. Jangan tamak dan jangan menjadi Pegawai Penguatkuasa Kawan-kawan.

*************************

Persahabatan adalah tentang..

1. Kau menerima baik dan buruk kawan kau.
2. Kau tidak menghina kekurangan kawan semata-mata nak membuatkan kau nampak hebat.
3. Kau tidak memberi arahan dalam sesi lepak dan bergaul.
4. Kau menerima pasangan kawan-kawan kau sebagai sebahagian pershabatan kau juga.
5. Kau bahagia dengan kebahagiaan kawan-kawan kau.
6. Kau tidak judge kawan sehinga bertahun hanya kerana satu silap yang pernah dia lakukan.
7. Kau harus faham perasaan kawan kau sama macam kau mahu kawan kau faham perasaan kau.
8. Kau bersedia untuk berkongsi kawan kau dengan kawan dia yang lain.
9. Kau tidak cepat melatah dengan khabar angin, tapi kau nak dengar penjelasan dari dia sendiri.
10. Kau tidak malukan dia dengan kelemahan dirinya di hadapan kawan, keluarga dan public.

Persahabatan karib itu berbeza dengan kawan biasa. Walaupun satu masa nanti kawan karib melangkah ke kehidupan berteman dan berkeluarga, kau akan bahagia melihat dia bahagia. Hargailah kawan-kawan kerana kawan kau sentiasa ada untuk sokong kau walaupun kadang-kadang ia merenyahkan hidupnya.

***********Tamat**********

Catering Officer, Exec Halal Jusco, Pengurus Asrama, Pegawai MPS, Pensyarah, Pengurus Lada, Kapten Airforce, Cikgu, Pekerja Kilang.


Dari Kanan atas : Fadhli dah kawin, Zikry dah kawin anak sorang, Ili Anak dua, Chewe bujang, Rushaida anak sorang, Debe dah kawin, Aleng Bujang, Aku Bujang dan Tun Bujang. ( orang tua-tua kata jangan lepak dekat tangga nanti lambat kawin!)

P/s I sebagai seorang yang lebih tua, kadang-kadang aku perlu menjadi serius dan jujur dalam menasihati kawan-kawan yang lebih muda, bagaimana membina jati diri sebelum diri itu berubah menjadi watak antagonis tanpa disedari.

P/s II kawan yang bagus takkan sentap bila dengar teguran jujur demi kebaikan, walhal ia juga menasihati dirinya sendiri.

P/s III Woi debe, aku lupa la yang aku dah bayar ke belum 50 sen 4 keping kau tu? tapi aku rasa aku dah bayar, jarang aku pinjam tak bayar duit orang ni.

p/s IV Selain dari Coolblog, ada banyak lagi Bubble tea yg sedap, iaitu Cupbon dan Chatime. Dah tua baru nak merasa hype remaja, ngengada betul aku.


March 16, 2012

Surat Berantai Imam Madinah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dalam sebulan dua kebelakangan ini, dah kurang orang yang share note bengap dekat Wall Fb aku, dan Alhamdulillah juga aku tengok trend dah kurang orang share video youtube Ustaz 'aku lebih mulia dari kau maka kau ahli neraka'

Aku tak tau apakah perkara yang mencetus kepada fenomena baru ini, mungkin ramai pengguna facebook sudah kembali tenang dari Hype 'aku-mahu-dakwah-aku-tak-peduli-betul-atau-salah' dan mula menggunakan common sense mereka untuk berfikir sejenak sebelum melompat-lompat mengnerakakan orang lain.

Sudah tenang dengan hal hadis palsu, fatwa sempit hoax dan teori paranoid konspirasi dakyah kafir, kini datang pula hal surat berantai. Pada pandangan aku, kualiti surat berantai ini adalah duduk di tangga paling rendah dalam nilai intelektual seorang insan memahami teks agama.


Bagi aku, tidak kiralah seseorang itu belajar setinggi mana pun, tapi kalau dia mempercayai sial yang akan menimpa jika tidak menyebarkan surat/mesej yang diberikan, maka dia samalah nilai intelektualnya dengan seorang kanak-kanak yang percaya bahawa meriam katak Flashman itu mampu membunuh rasaksa Kullu-Kala Bana yang ditayangkan pada pukul 5 petang setiap hari Khamis di TV2 pada tahun 1990 an.

contoh status Fb berantai, takde nilai intelektual langsung, hiba aku tengok benda mcm ni, hiba lagi bila tengok majoriti yg share ni budak-budak sekolah/lepas spm, adakah kualiti budak-budak kita semakin bebal?

*******************************

Bila aku tengok surat berantai, aku pasti akan ingat kenangan yang berlaku pada tahun 1993-1994..

Pada satu hari ada seorang seperti benggali karpet tak benggali karpet, tabligh tak berapa tabligh, bangla tak bangla, mamak tak mamak, tapi yang pastinya hamba Allah ni masuk ke Kampung Sungai Tua berbekalkan beg sandang warna hijau dan berbaju kemeja putih.

Aku, Karnain, Amy dan Aji perhati je dari jauh kelakuan hamba Allah ini atau selepas ini dikenali sebagai Dolah. Dari satu rumah ke satu rumah Dolah meletakkan segulung kertas gelek bersaiz A4, dengan perilakunya yang cuak, kepala menoleh kiri kanan dan selepas letak Dolah cepat-cepat jalan ke rumah jiran yang lain.

Bila Dolah selesai buat kerja tu, aku amy dan aji kelam kabut lari mendapatkan kertas gulung itu yang diselitkan di tingkap rumah aku, kami buka gulungan surat seraya membaca

Amaran, Anda telah membaca surat ini.

Pada satu malam, seorang imam di Masjid Nabawi telah bermimpi Rasulullah Saw datang kepadanya dan berpesan kepadanya agar sentiasa menjaga ibu bapa, selalu berselawat kepadanya, beristighfar sebanyak 1000 kali pada setiap jumaat.

Yahudi dan Nasrani sentiasa memusuhi kita, maka kita harus sentiasa berwaspada terhadap mereka, jangan berkawan dengan yahudi dan Nasrani yang bersatu kerana mereka adalah musuh Islam yang Nyata.

Anda dikehendaki menghantar 20 salinan surat ini kepada orang lain, awas! jika anda tidak memanjangkan surat ini maka dalam masa 1 minggu sial dan bencana akan menimpa anda. 

Seorang Bapa telah kematian anaknya yang dilanggar oleh lori di India, kemudian rumahnya terbakar dan Isterinya meminta cerai darinya kerana tidak menyebarkan surat ini.

Seorang pengusaha di Pakistan telah mendapat keuntungan berlipat-lipat kali ganda setelah menghantar surat ini kepada 20 orang. 

( Lebih kurang macam tu lah isi kandungan surat tu, tepatnya aku tak berapa ingat)

************************

Bila je aku, Amy dan Aji baca surat ni, semua orang jadi kelam-kabut, nak-nak Amy dan Aji, tapi yang paling kelam kabut sekali Amy lah!

" eh eh Ikar, kita kena hantar surat ni kat orang lain ikar, nanti kalau tak hantar mak kita mati!"

" ahhh mengarut je lah benda ni, mana ada Ustazah ajar benda ni boleh buat mak kita mati! ajal maut kan kat tangan tuhan"

" Eh ye lah ikar, benda ni kena buat lah, kau tak baca ke dia kata surat ni dari imam kat Madinah!"

" ah sikit pun aku tak percaya"

" tapi aku takutlah Ikar, Nak wat macam mana ni ha?"

" Lantak kau lah, kalau kau nak buat, kau buat ah, aku malas nak campur, benda ni merepek je"

Selepas itu kami pun pergi masuk longkang Taman Jasa untuk tangkap anak ikan longkang, sambil aku perhati Amy simpan surat tu dalam poket seluar dia.

**************************

Bila balik rumah tatkala senja, aku pun jumpa penasihat aku yang paling tegar, siapa lagi kalau bukan mama. Walaupun dari kecil aku dah skeptical,tapi sifat ingin tahu anak kecil itu membuak-buak juga dalam sanubari ini. Lantas aku pun mengendeng kat mama

" mama.. mama... tadikan Ikar, Amy ngan Aji jumpa surat maaaaaa"

" Hah surat siapa pulak yang kamu amik tu Ikar? kamu pecah peti pos rumah orang ke?"

" Saborlah mama, bukan surat rumah orang, ni surat ni, ada orang selit kat tingkap rumah kita, kat rumah aji pun dapat mamaaaa"

" Hah dia kata apa? cuba baca sikit mama nak dengar"

" Dia kataaaaaa... "(rujuk surat contoh di atas dan bayangkan aku baca berlenggok-lenggok macam masuk pertandingan bercerita peringkat sekolah)

" Oh tu namanya surat berantai Ikar, jangan takut, benda tu menipu je, bukan betul pun, siapa yang buat tu takde akal!"

" Eh tapi mama, dia cakap ni Imam Masjid Maqam Nabi yang tulis mama!"

" Ah mana kamu tau ni Imam Maqam Nabi tulis? Kalau orang tinggi agama, ada pulak nak suruh orang buat baik ugut-ugut malang sial semua mcm ni? mengarut!"

" Ye tak ye gak kan ma, teruk betul orang yang buat surat ni!"

" Kamu pergi buang surat ni, jangan layan, ni bukan benda baru, dulu zaman mama muda-muda dah ada dah surat macam ni, kalau ada malang nak jadi tu semua Qada' dan kadar Allah kan? bukan pasal surat ni"

" Okey ma"

***********************************

Esok lusanya aku tengok Amy duk sengih-sengih bawak plastik pergi jalan sekitar kampung, yang aku pasti gaya dia macam posmen hantar surat kat rumah orang, aku syak dia mesti hantar surat berantai tu, nak syak mak dia nak buat kenduri kahwin takdelah pulak sebab abang dia si Aji tu sunat pun belum lagi.

Maka satu mesyuarat telah dilakukan antara kami semua...

" Wei Ikar, kau buat apa dengan surat kat rumah kau tu Ikar?"

" aku bakar, lepas tu aku buang dalam longkang"

" kau pulak Amy?"

" Aku hantar 20 surat macam yang dia suruh tu, hehehehe"

" Ahh aku dah suruh Amy ni tanam, dia taknak pulak, degil nak buat jugak, lantak dia lah" (kata si Aji abang kepada si Amy)

" lantak kau lah Amy, aku taknak campur"

" Alah bukan susah pun buat ikar, senang je"

**************************

Seminggu kemudian, Amy menjadi kaya raya kerana telah jumpa selonggok wang tunai 300 ribu ringgit yang tersorok di bawah rumahnya, dengar khabar ia adalah peninggalan harta karun dari owner rumah lama yang menyorokkan kekayaan demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Seekor kuda Unicorn yang datang dari Ukraine juga telah menjadi miliknya setelah ia terbang turun dari pelangi senja di kala musim bunga tahun tersebut.

Aji pula mendapat habuan kemewahan juga, tapi tak banyak sangat sebab dia tak buat, dia hanya tak halang adik dia buat, maka dia telah mendapat 50 ribu ringgit bersama-sama basikal BMX GT Haro Master.

Manakala Ikar pula, yang degil tidak mahu menghantar 20 salinan surat itu telah dilanggar lori surat khabar lama, kepalanya berpisah dari badannya, kemudian terjatuh dalam unggun api yang menyala di tepi longkang, kemudian Isteri dia meminta cerai kepadanya 3 hari setelah dia terlantar di hospital, manakala anak beliau telah menjadi penagih dadah dan dimasukkan ke dalam pusat serenti selama 20 tahun, Akhirnya Ikar menjadi tempang kepala dan beliau kini sentiasa malang dalam hidupnya.. 

Tamat!

*******************

Ah banyaklah tamat macam tu. Beranganlah korang, Tamat kisah yang sebenarnya adalah begini..

Seminggu kemudian, takde sesiapa yang mati dalam keadaan tragis, Aku tetap juga makan aispop ungu kepak dua dengan Amy.

Seminggu kemudian Amy dan Aji pun tak kaya-kaya, tetap lepak masuk longkang tangkap anak ikan dengan aku.

Dan akhirnya Kisah Surat berantai tahun 1993 itu menjadi modal cerita kepada Zulfikar untuk ditaip di dalam blog Rasa Hati Ini.

Aku rasa aku tak payah nasihat lagilah kot pasal surat berantai ni, korang semua boleh guna common sense kan nak faham masalah ni? semua dah besar kan? semua bijak kan? benda simple macam ni takyah nak sembang panjang-panjang, pandai-pandailah korang ambil isi tersirat dari kisah tersurat aku di atas.

Siapa yang degil nak rantaikan jugak surat-surat/Email/Sms/ tweet/ Status Facebook, aku doakan dia menemui sinar keinsafan atau dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdik pada masa mendatang, atau sekurang-kurangnya dia dianugerahkan Allah dengan sifat terbuka untuk mendengar nasihat orang.

***************Haaa ni baru betul-betul tamat*************


P/s entry ni ditulis selepas aku meluat tengok ada kawan2 Fb share surat berantai kat status Fb

p/s aku cuba faham cara berfikir orang yang percaya benda-benda karut mcm ni.

p/s sedapnya takoyaki adik aku bawak balik ni, nak gi beli lagi lah jap lagi, siapa ada unicorn? pinjam boleh? 

March 13, 2012

Perjalanan yang menginsafkan.

Assalamualaikum

Kisahnya bermula dengan kecuaian aku, Aku bangun pagi, sibuk nak buang sampah dari dapur ke tong sampah depan, buka pintu kereta dulu nak buang haba panas, pasang Aircond semua bagai, elok nak masuk kereta terlupa nak ambil sampah dekat dapur.

Keluar balik dari kereta masuk rumah balik buang sampah, lepas buang sampah terus laju duduk dekat seat driver, terlupa nak tutup pintu passenger belakang, masuk gear reverse, undur dengan yakin sampailah berbunyi..

" Keriukkkkkkk.....ah jahanam dah pintu kereta aku"

Musibat, akhirnya kereta masuk bengkel ketuk body belakang kilang tempat kerja dan aku balik rumah jalan kaki dan naik bas pada hari Khamis lepas.

***************************

walaupun aku bawak kereta, tapi aku selalu lalu dan lepak kawasan ni bila nak ke pasar malam.sini memang kelam kabut sikit, sesak dengan bas!

Kiranya minimum aku tak pernah naik bas tinjat-tinjat adalah 3 tahun, aku akui yang aku bukanlah seorang survivor dalam acara menaiki bas tinjat, sebab masa aku study uitm lagi dah biasa naik motor EX5, Aku tak suka naik bas sebab rasa macam sedih sangat bila tunggu bas lama-lama tapi bas tak sampai-sampai.

Tapi dek kerana taknak susahkan sesiapa aku rasa baik aku cuba untuk naik bas dari Pandamaran, Port Klang - Shah Alam, aku nak buat eksperimen, berjaya tak aku sampai ke rumah tanpa susahkan sesiapa?
Jadi perjalanan yang kerdil bagi orang lain tapi agak significant pada diri aku pun bermula.

1. Bas Warisan Bandar Klang - Port Klang.

Aku naik bas ni, tah nombor berapa aku tak hafal, yang aku tau bila bas warna gold ni hampiri bus stop je, aku cepat-cepat panjat tangga lepas tu aku tanya driver..

" Bang, Bang, bas ni pergi bandar Klang tak?"

" Hah, pergi pergi, naik- naik"

Bila aku naik, aku bayar RM 1.50, dalam bas ada 3 orang Nepal, sorang Bangladeshi dan sorang Rakyat Malaysia Berketurunan India. Dalam perjalanan bas yang berdurasi 30 minit ini aku dapatlah sikit pengetahuan. Iaitu pengetahuan berapa pendapatan pemandu bas, India seorang ni adalah penumpang tetap bas tinjat Pandamaran Port Klang, Jadi dia dan driver bas ni dah kamcing la, Bersembang macam lepak kedai kopi pun ada, aku hanya pasang telinga..

" Dey, u kerja gaji berapa? ada 2, 3 ribu ka bawak ini bas?"

" Saya mana ada makan gaji la aya, saya pajak juga ini bas, Satu hari RM180, itu sebab saya kena kerja kuat, angkat semua orang mau naik bas juga aya"

" Woooo itu macam ka? kira-kira u boleh dapat berapa ha?"

" satu hari, libey kurang ha saya boleh dapat 150 la bersih, cuti sabtu ahad juga saya boleh dapat 5-600, boleh lah aya satu bulan dapat dalam 3, 4 ribu tapi kena rajinlah!"

" Takpalah Mat, janji kita dapat cari makan halal lah! takda kasi susah sama worang!"

Bila aku dengar pasal Aya tu cakap kerja apa pun takpe janji cari makan halal, aku macam terfikir..

" Selagi mana badan mampu untuk cari sumber halal, maka kita kena cari sumber halal tanpa susahkan orang lain"

Tepat jam 5.15 maka bas pun sampai ke Bandar Klang, Perhentian Mydin. Kawasan sesak yang amat.

2. Bas City Liner Bandar Klang - Kotaraya - KL

Aku pun dengan kurang pengalamannya, naiklah bas City Liner ni, padahal kalau naik Seranas tentu-tentu di masuk dalam Shah Alam sampai Seksyen 2, dek kerana kesilapan ini, aku pun turun tepi highway dekat bus stop Sungai Rasau.

Dari atas persimpangan Padang Jawa tu, aku turun ke bawah, ke simpang lapan, terus berjalan ke Plaza perabot seksyen 7, ke kawasan Komersial seksyen 7, berhenti di bus stop depan situ, tanya dua budak perempuan yang sedang rancak berbual sambil tunggu bas.

" Dik, tumpang tanya dik, sini ada bas pergi seksyen 8 tak dik?"

" Seksyen 8? hurmmmpphh takdelah bang, abang kena naik bas Rapid KL tak pun Seranas, pastu bas tu pergi Seksyen 2 atau PKNS, dari situ abang boleh naik bas lain, dia pergi seksyen 8."

Fikir punya fikir, last aku buat keputusan nak jalan kaki pelan-pelan je dari bus stop tu ke rumah aku, aku anggarkan adalah dalam 10-15KM jauhnya, Jalan punya jalan aku tersedar yang aku macam buat kerja bodoh pulak, so aku berhenti dekat Bus stop depan Jakel, tunggu punya tunggu, aku tengok semua bas korner masuk area seksyen 7 I-City, takde sekor pun yang terus lalu depan Jakel.

Akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan perjalanan. Melewati Hospital Shah alam - dalam pembinaan, poliklinik dan 2 bus stop - tidak berfungsi. bila aku lalu poliklinik aku teringat kawan aku buat lawak masa sekolah menengah.

" Eh kau dapat masuk U mana?"

" aku dapat masuk Uitm, kau pulak dapat masuk U mana?"

" aku dapat masuk Poli je Zul"

" yelah poli, tapi poli tu banyak, kau dapat masuk poli mana?"

" Poliklinik! hahahahhahahaha.... hahahahahha"

" eleh, tak lawak punnn, huh!"

3. Hujan dan Matahari

Melintasi simpang Unisel dan Bangunan Belia Selangor, hari mulai mendung. Aku dengan bergalas beg berisi Laptop, dokumen kerja dan cek-cek duit ini mula rasa gundah gulana.

" Ni kalau hujan ni mau basah Laptop ni, basah semua dokumen opis ni, aku kena cari plastik buat cover"

Masa tu baru aku sedar yang Bandaraya Shah Alam ini adalah bandar yang bersih, jenuh aku berjalan duk pandang kiri kanan cari plastik tepi jalan tak berjumpa. Aku mula bimbang justeru itu aku berdoa dalam hati aku dengan penuh khusyuk..

" Ya Allah, Aku mohon padamu dengan kebaikan yang pernah aku buat, Samada Kau bagi aku jumpa plastik, atau Kau bagi tak hujan atau kau bagi kereta yang kenal dengan aku berhenti dan tumpangkan aku, amin"

Elok habis doa ringkas tu, jalan dalam 10 langkah dalam keadaan gerimis, aku terjumpa payung usang orang tinggalkan tepi jalan. Rasa terharu sangat. Bak kata orang Indon "Merinding Bulu Roma ku"

Seakan dapat rasakan keajaiban kerohanian berlaku secara tunai. Bayangkan jumpa payung tepi jalan dengan tidak semena-mena, Lepas tu aku amik payung dan teruskan perjalanan lagi, elok dalam 5 minit jalan  jumpa lagi Payung tepi jalan, hah 2 payung pada masa yang sama.

Elok jalan dalam 5 minit lagi, hujan pun berhenti turun, dan matahari kembali bersinar terang. Tadi aku doa mohon 3 perkara, Jumpa payung dah makbul, pastu doa supaya hujan berhenti pun makbul, aku tunggu ada tak kawan yang kenal berhenti untuk tumpangkan aku.

Orang kata hidup ni janganlah nak tamak sangat ye tak? sampai ke rumah takde sape pun yang berhenti nak tumpangkan aku. Pada masa tu aku macam pikir..

" eh masin jugak mulut aku ni mintak doa, apa kata aku try doa mintak jumpa duit juta-juta dalam plastik hitam orang buang tepi jalan!"

Buat masa ini, fantasi dan doa aku pasal jumpa duit orang buang dalam plastik hitam belum lagi dimakbulkan Tuhan. Mana tahu esok lusa boleh makbul ye tak? tak dapat duit cash, dapat hadiah kereta beli oren twister pun best jugak.

Scene jumpa payung bukanlah efek dramatik, tapi ia benar2 berlaku, Lawa tak payung ni? sikit pun tak lawa. tapi  boleh  lindung hujan
Selang beberapa minit lepas tu, Hujan  renyai pun berhenti, Matahari kembali bersinar dengan megahnya.

selalu bawak kereta, nampak rumah / galeri ni tepi jalan, mampu tengok skilas pandang je, tapi bila jalan kaki, baru lah kagum gila bila tengok lama2 dari dekat.

Okey dah mula memasuki kawasan rumah, Orang kata pelan-pelan jalan, lama-lama sampai jugak, takde mati de kalau  jalan kaki jauh sikit aaaaihhh. - baru lah aku hargai bahawa betapa damai kawasan perumahan aku ni sebenarnya.
**************************

Kesimpulannya, perjalanan ini menginsafkan aku terhadap beberapa perkara.

1. Mengingatkan aku bahawa aku selama ini selalu kufur nikmat, aku selalu tak puas dengan apa yang aku ada, cuba bila sesekali kita letak diri kita dalam keadaan orang lain yang lebih kurang bernasib baik dari kita, pasti kita akan menghargai sangat EX5, Toyota Corolla, skuter rongak, mountain bike, Kancil 650, dan kereta tak berapa mewah yang kita ada.

2. Setiap hari kita bawak kereta dari Point A ke Point B, kita tak pernah nak ambil peduli apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan, kita tak pernah tau rumput jenis macam mana tumbuh di tepi sidewalk, kita tak pernah lihat dunia dari pandangan pejalan kaki, kita tak pernah berhenti sekejap dari deruan enjin kereta dan berfikir sejenak..

" eh yang aku rushing sangat setiap hari dalam hidup aku, apa yang aku kejar agaknya?"

3. Aku mula melihat bahawa, naik bas itu tidaklah susah mana pun, dalam masa 1 jam dan kos RM 2.50 aku berjaya sampai dari kilang di Pandamaran ke rumah. Jadi tak perlulah kita nak hyperbola konon kalau kawan/abang/abah/pakwe/makwe/mak/nenek tak datang ambik kita bila kita takde kereta maka kita akan mati. Kita mampu mengubahnya. Jika kita tak mahu berdikari, kita anggap je bahawa kita tengah buat eksperimen pulang ke rumah naik bas tanpa susahkan orang.

4. Lain  manusia, lain pengalaman hidup dia. Lain manusia lain sudut pandang hidup dia. Lain Manusia lain Priority hidup dia, lain manusia lain keinginan dia, kita tak boleh standardkan tahap pemikiran manusia. Kita tak boleh nak suruh penumpang bas melihat dunia dari sudut pandangan kita yang drive kereta. Sebaliknya kalau kita nak faham, mungkin kita perlu berhenti naik kereta sejenak dan cuba letakkan diri kita dalam sudut pandang penumpang bas.

5. Allah Maha Kaya, kau dalam kesusahan, kau mohon dan meminta-minta darinya. Kau minta seikhlas dan setepat mungkin. Kau mungkin western, kau mungkin urban, Agnostik, liberal, open minded, Hipster, modern-thinking atau sinikal-skeptikal, tapi kau mesti pegang bahawa Tuhan Itu wujud dan kita semua berada di bawah kekuasaannya. Tanpa Pegangan akidah kita terhadap Kuasa superior yang menentukan nasib hidup kita di alam ini, maka tiadalah beza kita dengan gorilla.


****************** Tamat*********************




p/s lepas ni, sekali sekala aku nak pergi ronda2 KL dengan awek naik public transport.

p/s sebenarnya aku yang over-reacted, padahal ramai je kawan-kawan aku yang naik bas hari2, nak-nak student yang naik bas pergi fakulti. wakakakakaka... anyway salute dekat korang semua yang tegar memilih public transport, alah bisa tegal biasa.

March 9, 2012

Kerana Awak Gadis Saya

Assalamualaikum..

Dulu pada satu masa
Ada seorang lelaki, jiwanya kering dengan cinta.
Kata hatinya ......
Aku ada ramai sahabat taulan bergelak sakan,
apa dihirau perhatian perawan
Selang sehari berbagai gadis kerap datang mengetuk pintu.
Dan menawarkan cinta yang baru
Lelaki itu tidak pula berlagak angkuh,
Disambutnya cinta tanpa jiwa dipertaruh.
Baginya apa salah kalau dicuba,
mungkin diri ini masih laku agaknya.

Namun hatinya tetap kering dengan cinta.
Namun hatinya tetap tandus dengan bahagia.
Ditilik-tilik cinta yang datang namun tidak bertemu jawapan.
Kenapa cinta itu terasa palsu sedangkan diri mencuba sedaya perlu?

Pada satu hari,
Lelaki itu duduk diam berceloteh gaya biasa
Datang seorang gadis ajak bicara.
Petahnya, akalnya, jenakanya,
Perhatiannya dan jujur perasaannya gadis itu
menyimbah basah jiwa yang kering
menghapuskan sumpahan hati terasing
lantas meraikan cinta bak musim bunga
yang sebelum ini tidak pernah dirasa.
Berubahlah hati lelaki itu yang tandus dan gersang
Menjadi oasis subur di musim yang panjang

Rasa yang semua jika dirangkul bersama
Membuatkan kaki tak jejak bumi
Rasa bagai tenggelam dalam diri sendiri
Khayal dan asyik pada masa yang sama
Bak ketagih dadah percuma
Tanpa perlu suntik dan nyala
Tangan lemah gemalai bagai tumbuh sayap asmara
Mahu terbang ke langit biru.
Jatuh dia tidak akan ragu
Kalah dia tidak akan malu

Gadis itu bukan sempurna manusia
cuma dia melengkapi yang tiada
Gadis itu bukan bidadari syurga
cuma dia hadir menawarkan cinta
Gadis itu bukan bayangan fantasi
cuma dia merealisasikan mimpi

Namun yang pasti
Gadis yang datang membuatkan lelaki itu
Merenyukkan nota garis panduan wanita pilihan
Membakar senarai pendek calon idaman
Dan meranapkan falsafah idea cinta utopia

Lantas lelaki itu
mengangkat slogan cinta tanpa alasan
Menyanyikan semua lirik bait lagu cinta
Dan tidur dibawah langit terbuka
Semata mahu menyampaikan maksud hatinya
Betapa aku mahu dan aku cinta


Saya tidak mahu gadis lain
Saya hanya mahu awak
Kerana awak gadis saya.






********************************


p/s ye awak, haaaa awak, awaklah, apa pandang kiri kanan lagi tu,awak tu.. Ya, saya maksudkan awak lah!


March 8, 2012

Kejutan Budaya di Kedai Tomyam

Assalamualaikum,

Manifestasi kejutan budaya bagi aku ada banyak, ia bukan yang sekadar kita tahu selama ini iaitu 'culture shock'  yang minah-minah dan abang-abang urban selalu guna tu.

" kau tengoklah Rogayah Sungib tu, culture shock gila ah, baru masuk Zouk dah nak shuffle, ape hal pulak nak shuffle lagu Bruno Mars? please, nampak sangat culture shock!"

Jangan kata korang, aku dulu-dulu pun faham yang culture shock itu berbunyi negatif, tapi sebenarnya culture shock itu takdelah negatif sangat, ia sama sekali bukan bermaksud "kau ni kampung lah!" atau "kau ni jakunlah!" tapi kejutan budaya itu adalah keadaan kekok yang berlaku dek kerana perbezaan budaya. Tak bermakna culture shock itu kuno, atau ketinggalan, cuma ia berbeza.

Aku ingat lagi cikgu aku pernah mengajar dulu, dia bagi analogi pertama untuk aku memahami culture shock yang sebenar.

" awak mesti ingat culture shock tu untuk orang kampung yang berubah sebab masuk bandar kan? tak semestinya, ada culture shock yang tiada kena mengena dengan masalah kuno tapi ia tetap menge'shock'kan kepada sesiapa yang kena" kata cikgu aku yang mengajar alam dan manusia masa darjah 6.

" maksudnya cikgu, macam mana cikgu? macam rusa masuk kampung la ye?"

" Contohnya, macam orang asli afrika yang duduk dekat tengah-tengah gurun tu, pernah satu ketika wartawan national geographic bawak microwave oven, apa lagi diorang pun mula la sembah ingatkan benda tu benda ajaib turun dari langit, padahal mereka bukan kuno sebab kehidupan dorang tak perlukan oven tu pun, diorang masak guna kayu api"

" eh, takde beza pun dengan ketinggalan zaman, tu kuno la cikgu!"

" ye tak ye gak kan? okey saya bagi contoh lain, contohnya orang yahudi dan Islam memotong kulit lebih di depan kemaluan lelaki! senang kata sunat la, kalau orang cina atau orang yang tak pernah tau sunat tengok burung tu dah kena potong, mesti dorang terkejut, diorang mesti ingat awak semua cacat!"

" hahahaha cikgu otak kuning, cikgu mencarut! eeeeeee, tak malu!"

" saya bagi contoh je, awak tu yang pikir ke lain. cuba la hati tu suci sikit Zulfikar!"

Gmbar ini sendiri akan memberikan definasi Culture shock, ia bukan Kuno, tapi sebaliknya perbezaan  perspektif dari hasil pengalaman budaya setempat.
*****************************

Aku ingat lagi, permulaan aku mengalami culture shock yang membuatkan aku ingat benda tu sampai sekarang. memori itu terpahat dalam minda aku bak filem lama yang bermain di TV1, tak berubah sedikit pun.

Pada satu malam mak aku malas masak, bapak aku pergi outstation, jadi bila bapak pergi outstation ia adalah satu lesen besar kepada mak aku untuk bermalas-malasan masak, selalunya dia akan bagi duit dalam RM10 suruh beli tomyam atau bihun goreng basah dekat kedai tomyam depan simpang nak masuk Kampung Sungai Tua Baharu.

Pada tahun berkenaan, ia adalah tahun pertama bertapaknya kedai tomyam di kampung aku, sebelum ni kalau kami nak makan tomyam kami akan pergi ke kampung nakhoda, Kampung Baru atau Jalan TAR. Tahun itu adalah 1994, zaman di mana kedai tomyam belum menjadi sensasi di Malaysia, pada masa itu orang semua makan nasik campur, nasik lemak, mamak dan banyak yang makan di rumah.

itu sudah menjadi satu kejutan budaya pada aku, selalunya malam-malam mak aku takde can nak mengulat dari masak sebab takde pilihan nak beli kat kedai. Yang ada pun Kedai P.Ramlee hujung kampung atau malam pasar malam, boleh beli yong taufu dengan kueyteow talam! Ya Rabbi punya seronok woi kalau malam pasar malam, perasaan dia macam pakwe korang ajak pergi makan dekat menara KL.

Kejutan budaya yang kedua aku terima malam tu adalah, aku tengok mamat siam tu masak tomyam guna air keruh warna putih. Dia cedok dalam periuk besar kemudian guna untuk masak tomyam. Teori pertama aku fikir masa tu, air putih keruh tu adalah air susu yang dicampur dengan air paip untuk bagi tomyam rasa lebih lemak.

Teori kedua pulak mak aku cakap tu air paip campur santan, teori yang lain adalah air keruh tu adalah air jampi bomoh sebagai pelaris nak sedapkan tomyam dia. Takde satu pun tekaan yang try bahawa air tu adalah Stok Ayam. Mahu 2, 3 tahun jugaklah misteri tu tersimpan sampailah tengok rancangan kuali, chefwan ada tunjuk masak guna chicken stok barulah semua Ooooo...

" Oooooo, Maknanya mama, air putih yang keruh kedai tomyam tu pakai chicken stock rupanya mama, bukan air paip campur susu!"

" Iyalah ikar, rupanya air stok ayam, dosa je kita cakap dia pakai air tanduk gajah kan ikar kan! takpe, esok kamu pergi beli tomyam dekat dia ye, kira mcm kita tebus salah lah!"

" eleh mama, padahal mama malas masak kan?"

" ala kamu diam-diam sudahlah, tau abah kamu naya kita"

***********************

Masih lagi di kedai tomyam di simpang masuk Kampung Sungai Tua Baharu...

Aku sedang menanti Tomyam ayam, Nasik Putih dan Kangkung belacan siap. Aku duduk dekat satu meja kosong belakang satu kapel. Kapel melayu yang aku ingat lagi imej dia sampai sekarang.

Akak tu pakai baju biru berseluar jeans, Abang tu pulak pakai tshirt hitam berseluar pendek adidas. Korang dapat bayangkan tak seluar adidas zaman awal 90an macam mana cutting dia? jenis tepi kat peha tu terbelah sikit ke atas, cawat luas dan pendek bukan main.

seluar lebih kurang macam ni, tapi brother 1994 pakai warna merah,  tengok  lubang peha dia luas kan? pendek bukan main seluar nih! dulu2 aku ada gak seluar ni, tapi diharamkan pakai tanpa spender!

Tengah aku tunggu sambil gulung-gulung duit, aku dari kecik ada habit, bila aku takde apa nak buat dekat kedai makan aku suka main gulung-gulung dan lipat duit. Elok aku tengah leka gulung-gulung duit, aku tengok kakak tu muka stim-stim, lidah nak jilat-jilat bibir, yang brother tu pulak cool je makan nasik dia.

Bila aku amati betul-betul, aku nampak perkara yang mengubah perspektif aku seterusnya sehingga aku dewasa, bayangkan masa tu aku baru darjah 4, aku mana tau apa-apa pasal blue ni! korang rasa apa yang aku nampak masa tu?

Haa betul lah tu, aku nampak akak tu tengah uli cekodok! bukan cekodok pisang, tapi cekodok brother tu. Masa tu aku jadi macam bebal, bengap dan terkesima, aku jadi macam tak boleh nak faham apa yang aku tengok. Senang cerita aku terkena kejutan budaya la masa tu.

Perasaan dia masa tu, ishhk macam mana ye nak describe. Korang bayangkan macam korang pergi KLCC, sekali korang nampak ada Monyet menunggang Anjing laut sambil pakai skirt pastu buat tarian belly dancing sambil nyanyi lagu  broery marantika.

Perasaan dia macam kau first time naik roller coster, kau tak dapat nak faham apa yang jadi, masa tu aku darjah 4, umur 10 tahun, aku macam ni lah fikir...

" Kenapa akak tu masuk tangan dalam seluar pakwe dia hah masa makan?"

" Akak tu cari apa dalam seluar pakwe dia? mana ada poket kat situ, kalau nak cari duit cari kat poket la!"

" Eeeee tak malunya abang ni, kalau gatal kena tungau pun garulah sendiri, ada pulak suruh makwe garukan! eeee tak malunya!"

***************** 

Bila aku dah besar sikit barulah aku faham kenapa akak tu buat perangai macam tu, rupanya dia tengah beromen, atau amik kesempatan dekat pakwe dia semasa pakwe dia sibuk makan nasik padprik. Saat aku mula memahami maksud senario tu, maka aku tergelak sorang-sorang sambil bayangkan betapa gagahnya pakwe dia buat muka cool sambil menyuap nasik! kebal betul dia, kebal betul!

Dan bila aku dah besar, aku faham dah lawak orang tua-tua yang selalu diceritakan masa rewang kahwin.

" Jang, kalau kau pandaikan, macam mano kekdahnyo ekau nak makan sardin tapi rasa telur! kau pernah makan Sardin tumis tapi rasa telur tak jang?"

" Mengarutlah Pakdin ni, mana ada sardin rasa telur, sardin rasa sardin lah! tak pernah pulak saya makan sardin rasa telur!"

" Itulah jang, ekau ni mudo laie, orang tuo-tuo yo tau macam mano nak makan sardin rasa tolor!"

" macam mana Pakdin?"

" Haaa tangan kanan kau tu suapkan sardin ko mulut kau tu... ha tangan kiri ekau tadah sini, ha sekarang amik tolor ni pogang! ekau raso la tolor tu sambil makan sardin. Kan dah solosai makan sardin tapi rasa tolor kan jang kan?"

" Hahahahah Pakdin buat lawak! hahaha pakdin buat lawak jadi ahhh! hahahaha"

" eh ni baru 1 par sepuluh yo lawak eh, tu kau baru makan sardin rasa telur ayam, kau belum lagi makan sardin rasa telur manusio! Makjah kau selalu buek kek umah, makan sardin tapi rasa telur!"

" eerrrrrrrr... okey pakdin, dah over sangat dah ni Pakdin, saya rasa baik pakdin stop dulu, nah amik balik telur Pakdin ni, lenguh aih nak makan sambil pegang telur manjang"


************tamat*************

Contoh culture shock, menunjukkan bahawa culture shock bukan  maksud kuno, bagi orang Mulu dan orang Penan yang kita selalu fikir kuno, diorang takde pulak  jakun nak telan air stalactite, Orang yang konon datang dari Ibukota KL je yang teruja sangat. "ni culture shock la ni, culture shock la ni!"


p/s I kalau ada mesin delete memori, aku nak delete memori pasal akak makan tomyam rasa telur!

p/s II orang kata Hipnosis boleh bantu memadamkan ingatan trauma!

p/s III takyah deletelah aku rasa, muka akak tu iras-iras Zila Bakarin, boleh lah buat kenangan kan. bye!

March 6, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Vol. 2

Assalamualaikum, 


Okey, Insyallah esok lusa aku akan ulas apa-apa isu semasa yang aku rasa menarik untuk dikupas, ataupun aku akan sajikan korang semua dengan kisah nostalgia dulukala. Tapi mlm ini biarlah aku kongsikan kompilasi bebelan aku Volume 2. Kalau nak baca yang Volume 1, KLIK SINI 

Aku bukan malas nak taip entry, cuma aku kena adil dengan diri aku sendiri, takkan kerana nak mencukupkan syarat 'update selalu' maka aku membuat entry secara caca merba. Ada masa nanti aku taip, sekarang sibuk sikit dengan beberapa urusan rasmi.

Sementara menunggu hidangan utama, mari kita nikmati appetizer ni dulu. Dipersembahkan Kompilasi Bebelan Saya Vol. 2 Tadddaaaaaaaa...

*******************
1. "Kenapa orang selalu cakap negeri aku miskin? aku tak puas hati!"

Orang Kaya, tidak akan tahu bahawa masyarakat dan negerinya miskin.
Orang miskin yang menderita saja tau negerinya miskin. Orang kaya selalu merasakan negerinya kaya.

Orang sederhana macam aku, tidak pernah pedulikan negeri mana miskin dan negeri mana kaya. Bagi aku, rakyat Malaysia adalah rakyat negeri bertuah tak pedulilah kau duduk bawah kerajaan mana sekalipun.

Kau perlu tawadhuk untuk melihat kemiskinan orang lain dari melihat kekayaan. Sentiasa merasakan negeri itu miskin lebih mendekatkan diri dengan tawadhuk dari merasakan negeri kita kaya.

******************
2. Isu Najib pergi Ponggal, Thaipusam dari kaca mata sesetengah bangsa India 

Politik di Malaysia..

a. Najib pergi Thaipusam dan Pesta ponggal, Indian pembangkang ckp Najib Pancing undi.

b. Bila tak pergi, cakap Najib tak perihatin dengan nasib kaum India.

c. Bila pergi cakap tak ikhlas.

d. Bila tak pergi cakap racist, tak fahami sensitiviti kaum.

Kadang-kadang aku simpati jugak dengan kawan-kawan karib aku yg berbangsa India, yang main badminton dan lepak teh tarik dengan aku. Diorang cakap, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

**********************

3. Isu berkongsi Hadis Palsu / dhoif di Wall Facebook, dengan anggapan Kalau niat baik tidak mengapa.

Barang siapa yang tahu pasal hadis itu palsu atau dhoif (lemah) atau meragukan, kemudian dia sampai-sampaikan kepada kawan-kawan tanpa dia menyatakan bahawa hadis itu palsu atau Dhoif.

Dan

Barang siapa juga yang menyatakan bahawa Hadis Palsu atau Dhoif itu masih boleh diamalkan untuk tujuan peribadi. Maka dia telah menempah tempat duduk di dalam neraka.

Kerana dia telah berbohong dengan nama Nabi saw. Walaupun dia berniat baik, tapi mencipta hadis adalah perbuatan terkutuk yg akan mencemarkan kesucian Islam.

Contoh Hadis Palsu atau Dhoif  -   Hadis tentang potong kuku hari sekian-sekian ada fadhilat dan berkat, dan Hadis Palsu pasal pengharaman rokok, pasal pokok tembakau tumbuh dari air kencing syaitan. tuntulah ilmu sampai ke negeri cina, Doa awal dan akhir tahun Hijrah dan macam-macam lagi.

sekarang anda sudah tahu, dan jangan suka-suka nak kongsi hadis fadhilat yang takde hujung pangkal kat wall fb lagi.

Sebagai Orang Islam zaman moden, kita kena baca  3 perkara iaitu Pengetahuan tentang Hadis Palsu, Kisah dari pengaruh Israiliyat dan Tafsir Alquran. Bila korang baca Tafsir,korang akan paham makna surah2 yg selama ni korang asyik dok hafal je. Dari situ korang akan rasa terkesima dengan kisah disebaliknya.
**********************

4. Pasal Manis, Pahit, Masin, Masam kehidupan.

Kalau kita makan gula-gula, lepas tu kita minum Nescafe mesti kita akan rasa Nescafe kita tawar. Kalau kita minum Nescafe yang manis kemudian kita makan kek, mesti kek kita akan rasa tawar juga.

Kalau kita makan ulam yang pahit, kemudian kita minum Teh O kurang manis, pasti Teh O kurang manis itu akan terasa manisnya, kalau kita makan asam masin, lepas tu kita minum Nescafe, mesti Nescafe kita akan terasa manisnya.

Begitulah kehidupan, masam, masin dan pahitnya pengalaman akan membuatkan kemanisan hidup itu terasa nikmatnya hingga ke pangkal jiwa.

Tanpa kepahitan dan kemasaman pengalaman pasti kemanisan hidup itu tidak akan terasa dan bermakna..

Hargailah segala bentuk pengalaman hidup anda!

**********************

5. Isu so-called Ustaz, yang ditangkap khalwat di Kuantan.

Apa yang Nabi Pesan tentang Akhir zaman banyak yang betul. Contohnya Ustaz yang menggunakan agama untuk memuaskan nafsu duniawi dia. Ada ustaz yang assobiyah, yang menghalalkan perkara yang menguntungkan dia, tetapi mengharamkan perkara yang merugikan dia.

Akhir zaman ni, Ustaz ditangkap khalwat senang je nak lepas, cakap je kena fitnah dengan UMNO, terus penyokong tanpa ragu sokong.

Lepas ni, sesiapa yang ditangkap khalwat, jangan biarkan pengadilan dan siasatan dibuat, jangan sumpah, jangan berani pertahan diri... hanya perlu ckp :

" Ini semua Umno punya angkara"

Jangan fitnah dan tuduh kalau kau tiada bukti, pertahan diri kau dengan bukti dan hujah yang adil, bukan melemparkan tuduhan dan fitnah sesuka hati!

Ingatlah Firman Allah yang mengingatkan kita tentang golongan agama yang disama-tarafkan dengan anjing :

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf).

**********************
6. Isu melebihkan politik kedai kopi melebihi kepentingan domestik.

Aku rasa orang yang paling bodoh dalam politik adalah orang yang:

1. Tak kenal Penghulu mukim dia sendiri
2. Tak kenal pengerusi taman perumahan dia
3. Tak kenal jiran kiri kanan depan belakang rumah dia.
4. Tak pernah tahu jadual lori sampah kutip sampah rumah dia.
5. Tak pernah complain jalan berlubang dekat kawasan rumah dia dan negeri dia sendiri.
6. Tak pernah bergaul dengan kariah Masjid kawasan sendiri..
7. Tak pernah hadiri mesyuarat JKKK atau Taman perumahan sendiri..

Tapi sibuk mencela kepimpinan pusat negara dan kepimpinan negeri tak kisah la pembangkang atau kerajaan.

Kalau anda ada kriteria seperti diatas, korang cuba muhasabah diri sendiri.

********************

7. "Saya juga buat benda bodoh"

Hari ni hari bodoh saya...

Nak pergi kerja, ikat sampah, pergi bukak pintu kereta nak bagi haba panas keluar, pasang aircond, nak masuk kereta teringat sampah kat dapur tak bawak keluar. Masuk balik ambik sampah buang kat tong luar.

tutup pintu gril semua balik, terus masuk kereta masuk gear reverse undur dengan yakin. padahal terlupa tutup pintu kereta penumpang belakang. Baik punya pintu belakang langgar batu pagar sendiri. Habis bengkok pintu.

Aku rasa hari ni aku bodoh sangat!

*******************

8. Berbuat baik sesama insan tidak perlu jadi jaguh politik.

Berbuat baik sesama insan tak perlu kau masuk mana-mana parti politik..

1. pergi solat jumaat naik kereta, nampak bangla jalan kaki jauh tengah panas, kau berhenti tumpangkan sekali ke masjid.

2. Makcik jiran bawak byk barang pasar kat dalam bonet kereta, tengah kelam kabut bukak pagar, kau bantu angkatkan barang kat tangan dia.

3. Kau jerit bagitau jiran bila kau tengok hari hujan, makcik leka tengok hidustan. "makcik, hari hujan ni acik... angkat baju ni cepat!!"

4. Kau bawak motor, kau nampak dahan jatuh tengah jalan, kau berhenti kutip letak tepi. Nampak pula lubang jalan yang dalam, kau letak tanda dan call PBT.

5. Ko solat jemaah kat masjid 5 waktu, dan kau bantu tutup pili air terbukak kat tempat wuduk.

adakah semua yg di atas memaksa kamu semua masuk parti politik ? adakah kalau ahli parti lawan yg buat semua ini tetap ahli neraka semata2 tidak menyokong parti kamu?

Berhenti jadi Assobiyah dan Khawarij!

************************

9. Tiba-tiba aku terfikir pasal dinar emas / emas jongkong Vs duit kertas.

Pernah tak korang terfikir?

Dinar emas adalah satu medium matawang yang lebih baik berbanding wang kertas samada US dollar, Ringgit Malaysia atau Pound sterling.

Ramai org yang bersetuju bahawa kita patut gantikan matawang kertas kepada dinar emas, dan skrg dah banyak pun orang yg jual dinar emas.

Tapi perasan tak? Orang jual dinar emas, dengan harga matawang kertas Ringgit Malaysia...Ringkasnya, mereka nak tukarkan dinar emas mereka dengan matawang kertas.

Maknanya dia jual 'sekian-sekian dinar / gram' dengan harga RM 3 ribu, maknanya dia melepaskan emas dia untuk wang kertas yang telah di'down grade'kan olehnya.

Nampak tak Irony dia? ke aku sorang je yang pikir banyak sangat? atau pun korang pun sama pikir macam aku?

Atau aku belum paham konsep sebenar macam mana? aku tau ramai kwn Fb aku meniaga dinar emas, cuba briefly explain to me please. 

baca elok2 bebelan saya, saya bukan argue tahap keberkesanan atau fungsinya, saya cuma bertanya, jika Dinar emas itu lebih baik dari matawang kertas, kenapa tukarkannya dengan duit kertas? **gambar di atas adalah dari website pengiklanan dinar emas.
***********************

10. Isu kapal angkasa NASA melanggar Planet Jupiter kerana tersalah masuk orbit yang sama, lalu membuatkan serpihannya menjunam ke bumi dan menghancurkan seluruh spesis burung dodo.

- Okey aku tipu je point nombor sepuluh, walhal dah habis kat nombor 9, tapi sebabkan macam tak suka mati kat nombor ganjil, saja nak letak gak no 10. genapkan kata orang, orang kata kalau nombor genap ni nanti beranak dapat anak kembar. Okey sekali lagi aku tipu, takde petua mcm tu pun sebenarnya.

orang kata kalau menipu dua kali dalam satu masa akan membuatkan Lautan hindi bergelora, lalu gunung fuji memuntahkan lahar 8 bulan lamanya, Sekali lagi aku tipu, dah 3 kali dah aku tipu.

Orang kata, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Okey yang ni aku tak menipu. Orang juga cakap, kalau semakin hari semakin ramai kawan baik lari dari kita, maknanya kawan baik kita tak salah, there is something wrong dekat diri kita sendiri. Yang lari tu kawan baik tu, bukan kawan biasa. Korang perasan tak siapa orang terkenal dekat Malaysia ni kawan-kawan baik dan rapat dengan dia semakin ramai melarikan diri dari dia?

Maka, yang silapnya kawan-kawan dia atau dia?

Jahatnya aku ni, saja je aku feed-perspective dekat korang kan! jahat betul aku ni.

" Tak Baik Ikar! mama tak ajar Ikar buat macam ni tau, tak mau tak mau, Haipp.. babab tangan dia! pap pap!"

" ouchh, sakit, okeylah, berhenti membebel dekat sini dulu lah. Bye"

Ini adalah lakaran pelukis terhadap Burung Dodo, yang mana ia telah pupus  pada tahun 1600-1700,  burung ini hanya tinggal di kepulauan Mauritius, Dipercayai juga burung Dodo bukan pencipta makan tradisi negara kita iaitu Dodol. Wakdol juga sering menjadi mangsa fitnah bahawa dia yg mencipta dodol.
************tamat************

P/s aku baru beli handphone nokia C1-01 berharga RM170 je dekat Tesco Shah Alam, tapi dalam satu bangunan yg sama, harga kedai handphone jual RM 199.00 dah lah AP version. nasib baik rajin usha dulu kat dalam tesco. Untung RM 29.00

P/s Terima Kasih Exabytes Networks Sdn Bhd untuk cek atas bayaran Pengiklanan. Kalau mahu lanjut kontrak jangan segan-segan contact saya ye. 

P/s esok repair pintu kereta! bye.


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...