February 29, 2012

Aku Dah Kabor Dah 3 - Kasut Sekolah

Assalamualaikum...

Dulu masa sekolah rendah, antara benda paling aku benci nak buat ialah basuh kasut sekolah. Lepas Basuh kasut sekolah nak kena kapur pulak. Tahap malasnya aku ni nak basuh kasut sekolah sampaikan aku tak buka tali kasut tu dulu sebelum basuh. Aku main sental je kasut tu sekali dengan tali-tali.

"hah kamu Ikar, aku tak tau lah perangai selewen kamu ni dapat dari sape? ni kenapa basuh kasut tak bukak tali dulu ni? buat kerja macam pak koyap!"

" Alah mama, buka ke tak tali kasut tu, last-last semua nak basuh jugakkan? apa salahnya ikar rendam je kasut ni sekali-sekali dengan tali, pastu basuh terus, tak payah buat kerja banyak kali dah!"

" kamu jangan degil boleh tak ikar? kamu cabut dulu tali tu, basuh elok-elok, kang aku lempor tong sampah kasut kamu nanti kang!"

" yelah yelah yelah, ala mama ni, semua benda nak main ugut-ugut, lek ma lek"

*************************
Lebih kurang macam itulah adegan aku masa sekolah dulu, kalau bab nak basuh kasut bagi aku ibarat satu bencana besar. Kalau ikutkan tahap praktikal aku ni, aku nak basuh kasut sebulan sekali je. Kasut kotor-kotor sikit barulah Kurt Cobain.

Aku mana boleh lupa, kasut sekolah aku dulu semua bertali start dari darjah 4, masa zaman sekolah rendah kan ada dua tahap, Tahap 1 adalah darjah 1, 2 dan 3, manakala tahap 2 adalah darjah 4, 5 dan 6. Konon-kononnya bila masuk darjah 4 tu menandakan dah jadi budak besar sikitlah. Dah senior, maka dengan syok sendirinya merasakan aura 'anak-mak' itu berkurangan.

Maka lambang pertama pengurangan aura 'anak-mak' adalah perubahan dari kasut snap Velcro ke Kasut bertali. Kasut bertali pertama aku beli brand Winnerz dari Bata. Sebenarnya aku pun tak berapa ingat kasut tu nama dia Winnerz ke Winz ke Winners ke, tapi depan ada W pastu ada Z dalam ejaan dia.

Selain dari kasut Winnerz, aku dulu pakai Pallas Jazz, North Star dan Puma. Megah woi pakai kasut bertali, kawan-kawan aku yang darjah 4 pakai kasut snap velcro ada yang sampai nak menangis kena usik dengan aku dan kawan-kawan. Asal dia leka je, aku tarik snap dia.. Zreeepppp!

Kasut yang paling aku suka! selesa, senang basuh dan tahan lama. Rindu gila kat kasut Pallas Jazz
"  eh orang marketing department Pallas Jazz, korang xnampak ke aku promote brand korang ni? apa lagi, offer la aku token of appreciation!"

*********************

Okey, berbalik pada kes Aku Kabor dah....

Seperti kebiasaannya, mak aku akan memulakan ritual pembebelan basuh kasut sekolah dari pagi Sabtu sampai ke petang Ahad. Setiap minggu tanpa gagal!

Ritual ini menjadi konsisten kerana adanya seorang anak yang degil iaitu aku. Abang aku tu rajin betul basuh kasut sekolah. Masa kecik-kecik aku syak yang dia ada masuk pertandingan kasut terbersih mingguan peringkat kelas dia, sebab tanpa disuruh-sarah dia dengan rela hati basuh kasut pada tengahari Sabtu. Siap cabut tali kasut, Kapur elok-elok ikut line tapak kasut tu, tak comot langsung, bila jemur siap alas surat khabar lagi cakap kau!

Tapi aku pulak? korang tanya aku? Selalunya adegan macam ini akan berlaku di hujung minggu...

" Ikaaarrrr!!! kamu dah basuh kasut sekolah ke belum?"

" Belum mama!"

" basuh kasut kamu sekarang!"

" jap la mama, lepas KFC hours ikar basuh ah mama!"

" basuh kasut kamu sekarang ikar! kang mama tutup TV tu kang!"

" Jap la mama, ni Batman tengah nak lawan orang jahat ni ma, jap je lagi"

" okey, lepas habis batman tu tak basuh kasut kamu, aku bat bat kan ponggong kamu tu nanti!"

Bila dah habis Batman, dan seperti kebiasaannya Batman akan menang, aku pun terus pergi mandi. Dah jadi habit dari kecik aku akan basuh toilet sambil mandi. Bukan sebabkan rajin, tapi mak aku dah bagi tugas-tugas kepada kami adik beradik, aku memang jenis malas nak menyapu vacum semua bagai. Jadi secara sukarelanya aku akan basuh bilik mandi dan jamban.

Lepas selesai mandi dan basuh toilet, aku selalu terlupa nak basuh kasut sekolah, atau aku saja-saja buat lupa.

" Ikar, kamu dah basuh kasut kamu ke belum?"

" Allah, terlupa la mama, tapi takpe, petang nanti bila nak mandi malam ikar basuh ye ma, bukan apa mama, penatlah basuh jamban tadi"

" kamu ni kenapa ke degil sangat ikar?"

" Mana ada degil mama, tengoklah anak mama ni rajin tau, berkilat jamban! mama tak suruh pun kan? ikar takyah nak tunggu mama suruh ikar dah basuh dah! peh peh rajin ah! bernasib baik betul mama ada anak macam ikar ni"

" okey takpe, sebabkan kamu rajin basuh toilet, mama bagi can, petang ni basuh kasut kamu, kalau tak basuh jangan harap mama bagi keluar main!"

Dasar budak-budak, setakat ugutan tak bagi keluar main tu, dengan selamba je aku langgar. Aku tengok kiri kanan, mak aku tak perasan je, terus aku lari laju-laju pergi padang nak main. Sambil lari je aku nyahut mak aku tanya dari dapur...

" Ikar, sebelum pergi main basuh dulu kasut kamu!!!!"

" Yeeee mamaaaaaa!!! nanti balik main ikar basuh kasut tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" ( baca dengan efek suara menjerit dan bergema, lambang menjawab sambil berlari laju, habis je perkataan TU itu, aku dah 100 meter jauh dari rumah dah)

*****************

Nak dijadikan cerita, pada satu minggu tu aku terlupa nak basuh kasut sampai ke petang ahad, Lepas main kejar-kejar kat Taman Jasa, aku sambung main layang-layang, lepas main layang-layang aku sambung main bola cop, lepas habis main bola cop dah senja nak maghrib balik rumah, Mandi.

Lepas mandi, sambung tengok TV, lepas tengok TV sambung main karom ngan abang aku. Hari sabtu ahad takde mengaji Al-Quran, konon-konon prinsip professional lah, hari cuti layaknya semua bercuti dan menikmati rehat.

Lepas habis main karom, masuk bilik tidur sambung borak ngan abang aku pasal dragon ball dengan doremon. Elok je aku start baca doremon aku nampak nobita, bila aku nampak nobita aku nampak dia kena kejar anjing sampai masuk longkang, Aku nampak Nobita masuk longkang aku nampak kasut dia basah, bila aku nampak kasut dia basah kena air longkang, aku teringat kasut sekolah aku!

" Ya Allah, Kasut sekolah tak basuh lagi!"

Menggelupur aku masa tu jugak macam lipas kena spray dengan bygon! kelam kabut aku lari pergi jamban cari kasut sekolah aku!

Elok je masuk dalam bilik air, aku bagaikan dipanah halilintar! aku tengok ada baldi warna hijau tua tengah-tengah bilik air. Ini melambangkan bencana yang tiada bertepi, aku dah mula berpeluh sejuk. Aku keluar bilik air pucat lesi, kehulu kehilir dari tempat rak kasut sampai ke jamban, patah balik kemudian patah balik lagi macam tokey balak kalah judi.

Selamba je Mak aku yang duduk tengok Berita Dunia tanya aku dengan muka selamba....

" hah kamu ni ikar, kenapa kelam kabut tak tentu pasal ni ikar?"

" Takde ma, kasut sekolah tu. kasut tu..."

" ha kenapa dengan kasut kamu?" (mak aku tanya dengan nada sindir campur tenang)

" Seingat ikar, tadi petang ikar letak tepi mesin basuh tu, tapi tak rendam pun"

" Jadi?"

" pastu tadi ikar tengok kat toilet dah terendam dalam baldi dah, macam mana boleh terendam mama?"

" aku yang rendam, dah kenapa kalau aku rendam?"

" Hari ni hari ahad mama, esok sekolah, habis ah basah kasut ikar tu"

" Aihhh, dah nama pun hari sabtu ahad kan? memang kena basuh kasut sekolah pun, tu yang mama rendam dalam baldi tu, apa yang peliknya pulak Ikar?"

" kalau mama rendam sekarang, mestilah ikar kena basuh sekarang, kalau basuh sekarang mana sempat nak jemur kering mama! dah malam ni, dah pukul 11 maaaaaa"

" aku dah kabor dah kan ? aku dah kabor dah, dari pagi sabtu lagi aku dah kabor dah, basuh kasut kamu tu ikar! basuh kasut kamu tu, tapi kamu degil kan?" 

Haaa sekarang nampak tak mak aku meraikan perayaan berganda sekali lagi? nampak tak mak aku bagaikan berpesta dalam hatinya, melambangkan kepuasan hatinya dapat memadankan muka aku tiada terperi. Minimum 3 kali dia sebut "Aku Kabor Dah" dah sebut tiga kali baru cukup syarat ayat memadankan muka aku.

" ala mama, mana ikar tau, tak teringat, ingatkan nak basuh pagi tadi, kalau tak basuh pun boleh pakai lagi kalau tak rendam, tapi ni dah basah, habis lah macam ni, habis ahh!!"

" tu je upah budak degil, sekarang lantak kamu lah nak buat macam mana, aku dah kabor semalam lagi kan"

Tapi, macam biasa, dasar budak degil tambah dengan kreatif, aku pergi jugaklah basuh kasut sekolah tu sambil air mata bergenangan. Lepas basuh tu, aku jinjing kasut pergi ruang tamu jemur depan kipas kaki. Eh selamba pulak mak aku tutup kipas tu...

" eh mama, napa pulak mama tutup kipas tu? kan ikar ngah jemur kasut tu mama"

" eh suka hati mama lah nak tutup ke tak, mama dah nak masuk tidur ni, buat apa pasang kipas tu, buang letrik! yang panas orang kalau nak berkipas tu takpelah, ni ada pulak kasut nak pasang kipas, tak munasabah!"

Aku dah nampak masa depan aku bakal kelam sekelam air sungai gombak. Aku dah nampak hari esok aku akan pakai kasut basah kat sekolah, dengan stokin lembabnya, mau kecut kaki aku sampai habis sekolah. Aku pun meratapi nasib aku sambil letak tangan atas dahi tidur sebelah abang aku. Tidak semena-mena abang aku bagi tips kat aku, agaknya sebab dia kesian sangat tengok aku resah gelisah dengan masalah kasut sekolah.

" Apelah kamu ni ikar, apa susah, kamu pergi amik surat kabor, kamu sumbat banyak-banyak dalam kasut tu, lepas tu kamu letak kasut kamu belakang peti ais. Karnain gerenti esok mesti kering punya ah"

" Eh boleh eh? tenkiu tenkiu tenkiu.. nanti ikar banje karnain aispop"

Aku pun tekunlah sumbat surat khabar dalam kasut tu sampai naik kembung, lepas dah sumbat aku letak kasut tu belakang peti ais. Maka malam tu aku tidur lena dengan kepuasan dapat membuktikan bahawa... 

" saya tak basuh kasut hari sabtu, saya okey!"

************************

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. esoknya aku bangun pagi nak pergi sekolah, semuanya indah seperti biasa, pagi yang redup dan lampu yang kurang terang buatkan semuanya nampak orite, aku amik kasut sekolah dan peluk erat-erat, lega kasut sekolah kering dan rangup, Bagaikan roti yang segar dari ketuhar.

Sampai je sekolah aku tengok kasut aku pelik, Barcapuk capuk warna hitam, macam tak basuh sebulan. Hitam kelabu macam baju putih kena arang lepas tu kita kibas-kibas bagi bersih.

Rupanya kasut aku kena karbon Surat kabor yang aku sumbat tu, bila hari dah cerah, kasut bertambah kering barulah efek hitam kelabu karbon tu menyerlah. Dia punya malu jangan cakap lah wei. Kawan aku selamba je tengok sambil perli...

" Eh Zul, apsal kasut kau hitam-hitam kelabu ni? Kau pakai kapur dah expired eh?" - Rahman Anak babu Roti, 10 tahun

" Wah Zul, lawa kasut! rajin eh basuh" - Nurul Izzah, 10 tahun

" Huiyo Zulfikar, bersihnya kasut awak, ni mesti nila pesen baru kan? orang nila kaler biru, dia nila kaler kelabu" - Cikgu Zainal Abidin, 29 tahun

" kasut awak ni warna hitam ni saya tau kenapa Zulfikar, ni mesti semalam awak basuh kasut lambat kan? lepas tu awak taruk belakang peti ais kan? kan kan kan? alah tak payah nak tipu sayalah, saya dah biasa buat zaman kecik-kecik dulu" - Cikgu Baharudin, 27 tahun.

Kalau sekali dua kata-kata nista mampu aku jawab dengan kepetahan aku, tapi selepas dihambur sebegitu rupa, aku bagaikan hilang arah tujuan, bagaikan ditembak dengan mesingan, Final Finalenya hinaan yang aku dapat hari itu adalah apabila Lydia (Crush sekolah rendah) berkata-kata...

" Zul, cuba tengok kasut kau Zul, Apsal kasut kau warna macam kelabu taik anjing? pesen baru ye? Pinjam boleh? - Lydia, 10 tahun

Tak cukup cercaan aku terima kat sekolah, balik rumah mak aku menyimpulkan segala-galanya...

" wah cantiknya kasut anak mama ni! meriah, bangga betul mama dengan kamu Ikar, lain kali janganlah basuh kasut awal-awal lagi ye, basuh last-last minit, baru syiok kan!"

" Alah mama ni, semua orang ejek kasut Ikar, semua orang ejek!"


" Ahhaaaaaaa, aku dah kabor dah kannn. aku dah kabor dah.. kelmarin lagi aku dah kabor dahhh, Padan muka kamu"

**************tamat**************

Masa sekolah menengah aku pakai kasut ni dengan kasut Puma tapak kuning. Kasut ni konon-konon nak gaya All star Converse lah, tak dapat yg ori, dapat yg ala-ala pun jadilah... ** tapak dia cepat terkopek kat tepi-tepi, betul tak?

Kasut Fun Keong, Aku pernah pakai sekali je, aku beli sebab keliru, masa tu darjah 6. mati -mati aku ingat ni kasut North Star, aku tengok sekali lalu je, pastu pelik sebab murah, aku mintak la bapak aku belikan, sekali usha betul2. laaahhh Funkeong rupanyaa..bukan Northstar! ceh.


P/s 1 kepada pengunjung baru blog ini, anda boleh dapatkan pencerahan kes Aku kabor dah dengan melayari laman web Aku Dah Kabor Dah 1 dan Aku Dah Kabor Dah 2

p/s 2 dapat gaji ni aku macam nak beli kasut sekolah jenis Converse lah, wat pakai ngan jeans, takpun beli kasut sekolah puma.

p/s 3 Kawan aku lagi hardcore, aku letak kasut belakang peti ais, dia letak kasut dalam microwave oven mak dia!

February 25, 2012

Tahyul, Panadol dan Sunnatullah.

Assalamualaikum..

Aku sudah cerita, macam-macam pengalaman aku tentang bidaah, arwahiyah, liberal, tarikat dan sebagainya dalam entry-entry yang sudah ( taip apa yang terlintas dalam fikiran korang pada search box di sebelah, mungkin ada pautan ke entry aku yang lepas)

Namun kali ini biar aku berkongsi pengalaman tentang masalah hujah menjustifikasikan tahyul.

************************* 



1. Rembas Badi Pokok

Pada tahun 2000, aku telah terlibat dalam kemalangan motor yang serius sehingga membuatkan aku separuh lumpuh selama 4 bulan, keadaan kaki aku itu lembik ibarat pesakit polio. Tiada sebarang tenaga yang dapat dirasakan di kaki kiri.

Dipendekkan cerita, maka aku pun keluar masuk hospital selama sebulan untuk memastikan saraf tunjang di tulang belakang tidak tercedera. Syukur Alhamdulillah tiada spinal injury, cuma saraf besar di bahagian peha terhimpit lama dan kesannya kaki menjadi lemah tidak bermaya.

Lepas keluar dari hospital, selain dari rawatan klinikal, aku juga cuba bermacam-macam kaedah seperti Urut Ahkau seorang cina kawin orang asli penangkap katak, Pak Rasyid tukang urut hebat di Sawah Datuk, dan akhir sekali Pak Mat perembas badi. Abaikan ahkau dan Pak Rasyid, kini kita fokus dengan Pak Mat

Pak Mat seorang yang disegani dengan "Ilmu Dunia" dari mengurut dan jampi serapah kepada kehebatannya menyeru wali untuk menghalau badi. Pada satu petang yang nyaman dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, datanglah Pak Mat Leh ke rumah aku. Rupanya mak aku telah set appointment dengan beliau.

Aku pun duduk melunjur depan Tv, sambil Pak mat leh melutut di belakang aku, kemudian Pak Mat mengambil kain pelikat dan mulakan acara merembas. Dirembas-rembas belakang aku secara lembut seraya beliau membaca mentera.

" Hey Badi Setara badi, badi yang datang dari laut, darat, gunung, angin dan pokok, dengan nama Allah aku halau kau pergi, Hey Badi,dengan nama Nabi Sulaiman raja segala alam aku mahu kau pergi, Hey badi kau pergi, nabi Khidir yang menghalau badi, Syeikh Qadir yang menghalau badi, syeikh itu yg menghalau badi, syeikh ini yg menghalau badi syeikh bla bla bla bla menghalau badi. bla bla badi bla bla badi"

Selesai baca mentera dan merembas badi keluar dari badan aku, Pak Mat duduk di sofa sambil minum teh, aku duduk sebelah dia elok-elok. aku cakap sopan-sopan..

" Pakmat.. dalam Islam ada ke istilah badi ni? kenapa pulak Pakmat seru-seru nama wali suruh halau badi, wali tu kan dah mati, terputuslah hubungan dia dengan dunia ni kan Pak mat?"

" Eh badi ada dalam islam, badi tu nama lain dinamakan roh sial, bukan semua nabi atau orang biasa boleh halau badi, Nabi-nabi yang istimewa je boleh halau badi, wali pun ada. Tapi bukan Pakmat panggil wali tu datang halau badi, tapi Pakmat panggil semangat roh dia turun kejap tolong Pakmat halau badi"

" Ish roh orang mati mana boleh datang balik pakmat, dah duk kat alam barzakh dah, Saya rasa saya kena hempap pokok ni bukan sebab badi la Pakmat, tapi sebab takdir, kebetulan saya lalu bawah tu, pokok tu nak patah"

" Takpe, takpe dik, awak muda lagi, banyak benda awak belum belajar, anggap jelah ini ikhtiar, macam kita makan panadol, bukan panadol yang sembuhkan kita, tapi Allah yg sembuhkan"

" Iyeeeelah Pakmat, terima kasih ye pakmat. Jemput-jemput minum teh"

Pokok Rhu di tepi pantai di Tanjung, Mersing, sepanjang kawasan nilah aku eksiden motor tu, sumber gambar dari Blog TayarGolek.Com
**************************

2. Cincin Perak Batu Jarum Emas

Suatu hari aku berjalan di Dataran Pahlawan Melaka, turun basement tu ke kawasan jualan barang kraftangan tempatan. Sampai End Lot, jumpa kedai batu permata dan cincin. Macam-macam batu permata dijual seperti mata naga, mata harimau, Delima Retak seribu, Batu serai,  batu Amber - dalam ada semut, dan juga Jarum Emas.

Aku belek batu Jarum Emas, terkejut juga aku tengok harga dia, dalam julat RM300 - RM500 sebijik, lepas tu aku tanyalah..

" eh mahalnya batu ni bang, kenapa mahal sangat eh?"

" batu ni susah dapat, cantik pulak tu, nampak jarum-jarum emas dalam batu tu banyak dan halus kan? batu dia pulak jernih, kualiti tinggi ni dik" - kata tuan kedai, abang dalam lingkungan 30-an promote batu dia tanpa unsur-unsur mistik.

Datang pulak kawan aku...

" kau tau kenapa ramai orang cari batu ni? kau nampak jarum-jarum emas dalam tu? orang katalah, bukan aku kata, orang kata batu ni tolong kita elak sial, elak kemalangan, bila kita nak eksiden, nanti kita akan terselamat, bila terselamat kita belek-belek jarum dalam batu tu mesti patah, tu tanda dia dah selamatkan kita dari satu kemalangan lah"

" eh bunyi macam khurafat je Man, Tahyul. ni macam Tangkal lah kiranya ni? kira senang pakej batu ni menuju ke arah syirik ni Man!"

" tulah aku cerita kat kau, orang katalah, aku memang tak percaya benda mcm ni, orang kata kaedah dia sama macam panadol la, kita makan panadol lepas tu kita baik demam, bukan panadol tu yang sembuhkan kita tapi Allah yang sembuhkan kita, Kita percaya kat Allah, bukan percaya pada panadol"

" Ooooo macam tu, erm macam-macam eh, jom blah, aku minat gak batu tu, cantik tapi aku takde duit, mahal tu 500 sebijik!"

Sebelah kiri - Cincin perak batu jarum emas milik aku, aku beli tahun 2009, aku minat pakai cincin, aku beli batu jarum emas bukan kerana nilai mistiknya, tapi semata-mata suka dengan kecantikan jarum emas di dalam batu. Sebelah adalah cincin perak batu akik yaman, aku beli dekat Jeddah masa business trip ke sana. 

*************************

Anda nampak penutup perbualan di atas? mari kita imbas kembali...

"anggap jelah ini ikhtiar, macam kita makan panadol, bukan panadol yang sembuhkan kita, tapi Allah yg sembuhkan"

 DAN

"orang kata kaedah dia sama macam panadol la, kita makan panadol lepas tu kita baik demam, bukan panadol tu yang sembuhkan kita tapi Allah yang sembuhkan kita, Kita percaya kat Allah, bukan percaya pada panadol, panadol tu ikhtiar je"

Frasa hujah macam di ataslah  yang selalu digunakan oleh pencinta bidaah dan magika sakti dalam Islam untuk justify segala perbuatan bidaah, tahyul, syirik, pemujaan dan bomoh-bomoh.

Panadol selalu menjadi mangsa dikambing hitamkan untuk menjadi alasan supaya ritual bomoh dan tahyul itu mendapat lesen dalam perubatan Islam.

Seringkali budak bijak pandai dalam Islam mati akal untuk menjawab hujah Panadol Ikhtiar dan Allah sembuhkan. bagi mereka inilah dia The Ultimate Debate yang mampu menyelamatkan seluruh Industri Perbomohan dan Tahyul di pelusuk nusantara.

Sebenarnya, situasi Panadol menyembuhkan penyakit berbeza dengan situasi tahyul. Pernah dengar Sunnatullah? Sunnatullah adalah semua perkara yang berlaku mengikut kaedah dan proses yang telah Allah tetapkan. Kata pendeknya Hukum Alam. Segala kejadian alam yang berlaku atas izin Allah yang berjalan mengikut ketentuan - flowchart yang telah ditetapkan.

Contohnya :

Memang Allah swt yang menurunkan hujan, Dengan Izin Allah maka hujan turun ke bumi, tetapi hujan bukan turun secara magik tiba-tiba, tetapi melalui proses yang telah ditetapkan Allah dalam turutan hukum alam.

Air laut/tasik/lombong tersejat ke udara akibat udara panas dari matahari - wap air berkumpul menjadi awan di atmosfera - suhu yang sejuk mengkondensasi awan - awan berat dengan air - air jatuh ke bumi menjadi hujan. **semuanya berlaku mengikut Sunnatullah.

Memang Allah Swt yang menyembuhkan demam, dengan Izin Allah maka demam pun baik, tetapi dia bukan baik secara magik, sebaliknya berlaku proses sunnatullah.

Mak aduh sakitnya demmamm - Mak suruh makan panadol - amik panadol telan dalam  mulut- teguk dengan air - panadol masuk dalam perut - asid (nilai perubatan) yang terkandung dalam panadol melarut dan meresap dalam sistem tubuh badan - ia menjadi penahan sakit kepada tubuh yang demam - badan jadi segar. (penerangan ringkas, jgn pula nak ajak aku debat pasal sel darah putih makan sel jahat yg menyebabkan demam, nanti panjang berjela pula entry ini)

Adakah Sunnatullah itu terpakai kepada benda tahyul diatas? mari kita cuba sedaya upaya supaya semua orang merasa dihujah secara adil..

Zulfikar lumpuh sementara kena hempap pokok - Pakmat ambil kain pelikat rembas belakang badan - pakmat seru nama wali-wali - semangat roh wali datang dari alam barzakh kejar badi - badi lari ketakutan dari badan zulfikar - pakmat tenang menghirup teh - tugas selesai.

Beli batu cincin jarum emas - pakai di jari manis - tayar kereta meletop tengah jalan - Jarum emas di dalam batu meleding mengikut dimensi twillight zone - jarum emas bebaskan frekuensi alphabetasinaranAljabbar- tayar kereta terkesan dek frekuensi jarum emas - tayar kereta berhenti skidding- anda selamat dari kemalangan - banyak cantik muka ko!

Tiada unsur-unsur kelogikan, tiada proses yang munasabah dalam perubatan rembas halau badi untuk menjadikan ia valid dari segi sunnatullah. Tiada nilai perubatan dan nilai semulajadi yang masuk akal yang dapat menjadikan ia kaedah yang boleh dijustifikasi dengan Hujah Panadol Ikhtiar dan Allah swt menyembuh.

Anda bergantung semata-mata kerana kepercayaan ajaib bahawa yakin dengan memakai batu jarum emas, ia akan menjadi tangkal nasib baik mengelakkan kita dari bencana, anda percaya bahawa batu itu mempunyai kuasa ajaib yang mana ia akan membantu selamatkan kita tanpa dapat diterangkan dengan Sunnatullah.

Anda dah buat sekurang-kurangnya 3 dosa semata-mata nak pertahankan ritual tahyul ini iaitu.

1. Syirik - percaya kepada benda lain yang mempunyai kuasa melindungi selain dari Allah swt
2. Sihir - percaya kepada bomoh
3. Berbohong dengan nama agama - semata-semata mahu menang hujah

Berbaliklah kepada kefahaman akidah yg benar, semasa akhir-akhir hayat Rasulullah saw, baginda selalu sakit kepala yang teramat sangat, lalu Saidatina Aishah mencuba segala-gala ubat yang mampu untuk merawat baginda, ubat dari perwakilan pelbagai negeri yang datang bersama ubat herba.

Rasulullah cedera masa peperangan, dan Rasulullah rawat dengan perubatan yang berjalan dengan Sunnatullah, baginda bermohon kepada Allah agar sakitnya sembuh.

Rasulullah tidak pula suruh para Sahabat dan Isterinya merembas belakang baginda untuk menghalau badi dengan menyeru nama nabi Khidir, Rasulullah juga tidak bergantung kepada keajaiban batu cincin untuk menyelamatkannya dari bencana.

Saya selesai dengan hujah saya, dan memberikan ruang kepada saudara-saudari untuk berbincang dan berfikir akannya.

****************************

p/s 1 aku syak, mungkin akan ada pembela so called 'perubatan Islam' akan datang untuk berhujah.

p/s 2 aku ASWJ, aku percaya kepada Mukjizat Nabi, Keramat para wali dan keajaiban Allah swt tunjukkan sebagai bukti kebesarannya.

p/s Namun kes tahyul halau badi dan tangkal batu cincin ini tidak similar dengan keramat wali dan Mukjizat nabi. 

February 21, 2012

Latar tempat - Rumah Sewa No 56 Jalan Kenanga

Assalamualaikum...

Latar tempat. Dalam mewujudkan penulisan dan penceritaan yang bagus, seseorang penulis mestilah berjaya dalam memberikan gambaran terperinci dan setepat mungkin bagi latar masa, latar tempat dan watak.

Selalunya, novel yang bagus akan selalu menyorokkan gambar latar tempat yang sebenar bagi memberikan ruang kepada setiap pembaca membayangkan sendiri latar tempat hasil dari garapan penulisan. Kreativiti itu mampu membuatkan pembaca disedut ke dalam cerita, lantas membuatkan setiap kisah menjadi begitu hidup untuk satu malam.

Tetapi kadang-kadang bila kita tengok filem Hollywood pasal kisah benar, kita akan ternanti-nantikan penghujung cerita untuk tengok 'credit' kot-kot ada rupa watak sebenar yang dilakonkan. Aku selalu ternanti-nanti dan mengharap sangat pengarah akan bermurah hati untuk letak gambar watak sebenar di hujung cerita.

Contoh Filem - inspirasi kisah benar yang aku masih ingat sampai sekarang adalah Blow - lakonan Johny Depp dan filem The Fighter lakonan Mark Wahlberg. Dua filem ini letakkan watak sebenar di akhir filem. Puas hati aku!

Antara Filem Kegemaran aku sepanjang zaman.


sebenarnya, tadi aku tengok cerita ni kat HBO petang lepas balik kerja, terus aku terbawa-bawa. Cerita ni bagus sangat, rekemen untuk tengok!

Aku sarankan korang tengok cerita di atas, sangat memberi inspirasi. Tapi abaikan pasal review, aku bukan nak tulis pasal review filem, tapi aku nak tulis kisah lain.

******************************

Sepanjang aku menulis blog ni, aku tak banyak tempel gambar latar tempat masa aku kecil walaupun aku banyak menulis kisah nostalgia. Tak salah aku 60% entry post dalam blog ini adalah tentang kisah nostalgia.

Hari ni aku tergerak nak letak gambar rumah aku zaman aku membesar. Terima kasih kepada Atiqah Nadiah Bt Abdul Rahim. Dia ni Jiran aku, aku banyak kali sebut nama dia dalam kisah-kisah yang lalu, yang aku sebut-sebut pakcik Rahim tu bapak dia lah. Atiqah ni cucu kepada Nenek Timah. Rumah dia betul-betul setentang dengan rumah aku dekat Jalan kenanga.

Okey mari kita naik terowong masa dan kembali ke zaman dahulu kala, aku minta maaf kalau gambar yang aku letak ini akan meranapkan imaginasi korang tentang latar tempat yang aku cipta selama ini.



1. Rumah ni dulu warna hijau, alamat rumah ni adalah no 56 Jalan Kenanga, Kampung Sungai Tua Baharu, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

2. Aku pindah ke rumah ini masa aku umur 5 tahun iaitu pada awal 1989. aku ingat tarikh sebab masa duduk rumah ni adik bongsu aku lahir, dan mak aku balik berpantang kat Ipoh - rumah opah aku, selama dua bulan.

3. Porch kereta tu sama dengan yang 23 tahun dulu - nampak senget macam nak runtuh kan? memang tuan rumah ni kedekut nak repair rumah ni, cat pun tidak berganti. yang aku nampak baru hanyalah piring Astro.

4. Rumah ni ada 3 bilik, bilik depan sekali yang tingkapnya di porch kereta itu adalah bilik aku dengan abang aku, bilik tengah tu bilik Makteh aku, mak bapak aku duduk bilik belakang sebelah dapur. Dengar khabarnya rumah ni berhantu. Tapi sumpah aku tak pernah jumpa hantu kat rumah ni.

5. Ada dua tembok batu tepi jalan tu kan? tembok tu tempat makcik-makcik Jalan Kenanga berborak, mesyuarat Van Ikan. Kenapa? sebab pagi-pagi bila van ikan sampai, makcik-makcik akan berkumpul beli ikan sambil bermesyuarat. Gosiplah pasal semalam siapa laki bini gaduh, mesyuarat pasal laki sape makan nasik kangkang, sape mengelat taknak bayar duit kutu, siapa yang baru beli karpet baru dekat benggali karpet, Gosip yang paling aku tak boleh lupa adalah ada makcik yang beromen dengan benggali karpet, kantoi dengan jiran dia!

6. Rumah sebelah yang kaler oren tu adalah rumah Usop Kelantan - Pemilik kedai runcit hujung kampung - pak imam separuh masa -  dan pakcik yang tak mesra kanak-kanak. Rumah tu ada banyak pintu, pintu tingkat atas tu rumah sewa Ustazah Yong yang aku ada cerita dalam entry Ustzah Yong, Gasing dan Tumit tinggi

7. Jalan raya depan rumah tu tak seluas yang korang bayangkan, masa aku kecik aku rasa luas sangat, tapi bila aku pergi sana besar-besar ni, aku langkah 4-5 langkah dah sampai seberang dah. Depan rumah bertentangan adalah rumah Atiqah Nadiah anak Pakcik Rahim, cucu Nenek Timah.

8. Longkang kecil depan rumah tu adalah tempat aku tangkap Anak ikan longkang pertama sekali, bila dah besar sikit mula tangkap kat longkang besar Taman Jasa.

9. Sebelah rumah tu ada macam tanah lapang kan? Tanah lapang tu adalah padang mini bola - tempat kami main bola petang-petang, main kejar-kejar, bola cop, badminton dan juga tempat rewang masa aku kenduri sunat dulu. Rumah ini adalah satu-satunya rumah yang mempunyai kawasan lapang (padang proper) di jalan kenanga masa 90-an, rumah orang lain tanahnya semua dibuat rumah sepadat mungkin untuk keuntungan sewa.

10. Belakang rumah aku tu ada rumah putih kan? zaman aku kecik, kawasan tu lapang ada Reban Ayam, ada pokok jambu batu, Pokok Rambutan dan Pokok Buah Nona. belakang tu tempat paling heaven untuk lepak masa kecik-kecik sebab dia redup, dan ada macam-macam benda boleh dibuat main. selalunya kami panjat pokok rambutan untuk mesyuarat sebelum pergi main kejar-kejar kat taman permainan taman jasa. Sekarang dah ada rumah, samada rumah sebijik atau rumah orang lama reno extend sampai habis tanah aku tak pasti la pulak. ** Baca - Markas Reban Ayam 

11. Pokok-pokok renek depan umah tepi longkang tu adalah apa yang kami tanam masa aku kecik-kecik dulu, sampai sekarang tak mati-mati lagi. Tapi pokok jambu batu dah takde, pokok mempelam pun dah tumbang.

12. Aku pernah buat gila panjat bumbung porch kereta tu dengan abang aku, dengan alasan nak ambil Shuttle cock tersangkut masa main badminton tepi padang tu, lepas dah panjat seronok lepak atas, bila nak turun dah menggelabah puyuh, tangga takde, jadi kami pun lompat langsung ke bawah. Itulah pengalaman pertama aku rasa kaki berdesing spring bila mendarat ke tanah, Nasib baik tak patah!

13, Jangan terpedaya dengan gambar, rumah ni besar, memanjang sampai ke belakang. Bayangkan kami boleh main teksi-teksi tolak sofa beroda. Kami boleh main pingpong kat kawasan makan - tengah rumah.

14. Dulu pintu tu ada Grill - Kedai runcit apek, macam mana aku nak terangkan ye, Grill tu bersilang-silang, bila nak bukak dia terkapit macam gunting. Aku ingat lagi grill pintu tu sebab jari aku pernah terkapit masa kelam kabut nak bukak. konon-konon nak cepat sambut bapak aku balik dari kerja.

15. Kesimpulannnya rumah ni takde banyak berubah, cuma semakin usang! dulu nampak segar. Hairan betul aku, tuan rumah taknak reno ke apa ke, aku ingat lagi tuan rumah terakhir duduk Canada, mastautin dekat sana. Sewa rumah ni masa tahun 1989 adalah RM70.00 sebulan, lepas tu naik RM90.00 sebulan, lepas tu naik RM120 sebulan, dan akhir sekali kami duduk sewa pada 1995 adalah RM180 sebulan.

16. Aku rindukan rumah ni sampai sekarang. Bagi aku, walaupun aku pernah duduk rumah teres setingkat, Teres double storey, banglo, rumah setinggan, rumah lot bertiang dan bertangga, rumah sewa dua pintu dan rumah flat, tapi rumah ini adalah rumah favorite sepanjang zaman. Segala kenangan dan pengalaman yang membentuk jati diri aku sekarang berlaku di rumah ini! - Terima kasih Rumah sewa Lot setingkat - No 56 Jalan Kenanga, Kampung Sungai Tua Baharu 68100 Batu Caves. Selangor Darul Ehsan.

****************tamat*************

P/S I aku baru je meraikan sambutan Hari Jadi aku yang ke 28 tahun pada 19 febuari lepas, aku ingat nak update kisah sambutan birthday, tapi gambar semua dalam camera adik aku pulak, nanti dia datang sini, aku amik gambar baru aku update entry ye.

P/S II Terima Kasih Atiqah Nadiah Bt Abdul Rahim untuk gambar ini!

P/S III sorry kalau gambar ni spoil imaginasi korang selama ini.

February 17, 2012

Markas Reban Ayam

Assalamualaikum...

Pada tahun 1990-1995, termaktublah perjanjian Kesultanan Ayam di antara Bendahara Zulkarnaen, Panglima Zulfikar, Bentara Azri dan Laksmana Azmi, mereka ini adalah dua pasang adik beradik yang bersatu tenaga untuk memastikan daerah persempadanan Kesultanan Ayam gemilang di seluruh pelusuk perkampungan Ulu Yam.

Tanah jajahannya melangkau dari sempadan Taman Jasa Darul Kaya hingga ke perbatasan Kampung Nakhoda Darul Satay. Daerah yang aman makmur itu terkenal di seantero Benua Batu Caves sebagai Kampung Sungai Tua Baharu.

Maka dengan itu bermulah Epilog Keperwiraan yang tiada tolok bandingnya. Disaksikan akan bermulanya sirna kegemilangan di ufuk timur dan malap di ambang sore.


****************
Pada tahun tersebut, aku dan abang aku telah mengambil kata sepakat bahawa kami perlu keluar dari kepompong berkawan bersama adik beradik saja. Demi meningkatkan kreativiti dan skill bergaul yang lebih kondusif, maka aku dan abang digesa oleh abah untuk berkawan dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan kami.

" Abang dengan Ikar pergi main kat luar gi, cari kawan, ajak kawan main ronda-ronda kampung tau"

" Okey abah, erm nak 20sen!"

" main kejar-kejar mana pakai duit Ikar!"

" alaa, nanti dahaga lah abah, boleh beli Ais pop!"

" Nah amik 20 sen, kongsi ngan abang"

Walaupun abah aku selalu bahasakan diri abang aku itu dengan panggilan 'abang' tapi entah macam mana aku tak melekat pulak panggil dia Abang Karnain mcm adik-adik aku 2 orang itu, aku lebih mesra panggil dia Karnain.

Perkenalan kami dengan adik beradik Aji dan Amy bermula dengan melihat mereka berdua berhadas di longkang sambil menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu! Eh aku bukan nak menambah-nambah cerita, tapi memang benar Amy bersungguh-sungguh nyanyi lagu tu semasa meneran. Masakan aku boleh melupakan kenangan melihat dia begitu, biarpun sampai aku tua nanti, Gabungan antara fantasia bulan madu dan berak di longkang akan setiasa tersemat di sanubari.

" Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora, Buuuuuulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu...."

" woi! nak berak berak je lah woi! Apesal nak nyanyi lagu rock plak?"

" Alah biarlah kita nak berak nyanyi lagu apa pun, yang kau sibuk kenapa Ikar? dah lah tak malu petik bunga ungu mak kita!"

" Ni bukan Bunga Ungu lah! ni bunga Morning Glory!"

" lantaklah, bunga mak kita, sukahati kitalah nak letak nama apa, ko plak sibuk-sibuk nak bagi nama bunga tu kenapa?"

" erm, yelah - yelah, amik lah kau menang, eh nanti lepas ko dah berak, kita gi main kejar-kejar nak tak Amy?"

" okey boleh je, nanti aku ajak Aji, ko ajak Karnain eh!"

Masa tu, kami memang dah kenal nama masing-masing walaupun belum berkenalan sangat, sebab mak aku selalu menjerit laung-laung nama aku suh mandi bila dah petang, rumah kami bukan jauh pun, selang 7-8 langkah je, ada padang bola mini di antara rumah aku dan diorang ni.

Maka dari situ berkawanlah kami Adik beradik kerabat kesultanan ayam. tetapi kenapa perlu nama ayam?

Pokok Bunga Seri Pagi atau Morning Glory, Bunga ini dikatekan org utk dibuat nasik kerabu, tapi ada org betulkan aku ckp, guna bunga Telang. **update
********************

Pada satu hari kami semua mendapat misi. Seorang atuk bernama Daliu, beliau adalah Jiran depan rumah aku. Beliau adalah suami kepada nenek Timah iaitu jiran terapat mak aku, merangkap mak angkat, merangkap ahli mesyuarat Van jual ikan kaler hijau pagi-pagi. Nenek Timah juga adalah nenek kepada 'Kaklong' Atiqah Nadiah.

Tok Daliu sudah lama meninggal dunia akibat kencing manis dan beberapa sakit yang lain, pada penghujung hayatnya beliau selalu lepak depan rumah atas kerusi malas getah kaler warna warni. Sambil Bertongkat memperlihatkan kakinya telah dipotong sedikit akibat kencing manis. Arwah Tok Daliu baik hati orangnya, murah dengan sedekah tapi perwatakannya garang.

Satu hari dia panggil kami berempat, suruh kejar ayam peliharaannya, Tok Daliu ada bela ayam special, ayam dia baka apa entah aku pun tak tau, bukan main besar lagi. Besar ni bukan besar sebab banyak makan, tapi memang jenis besar, peha ayam tu macam nak besar peha ayam turki, gemuk sihat. Aku syak tu ayam kacuk antara ayam reban dengan ayam laga.

Ayam beliau ni sangat banyak, tapi kelemahannya adalah tidak berkandang dan kuat lari. Bila Tok Daliu nak makan ayam atau nak jual, dia akan panggil budak-budak kampung pergi tangkap. Upahnya seringgit satu ekor! kaya aku cakap kau! zaman 90-an kalau budak pegang seringgit tu ibarat macam pegang RM10 zaman sekarang.

Dengan berbekalkan sifat tamak duit, kami berempat pun kejar ayam tu ke seluruh pelusuk Jalan Kenanga, dari belakang rumah nenek Timah, ke sebelah rumah anak dara cun, ke belakang rumah Amy dan panjat pokok rambutan, akhirnya ayam dapat dikepung di pagar tempat Pokok bunga Morning Glory tumbuh memanjat.

Yang tangkapnya Amy dan Aji, sebab badan diorang kecik ringan lari laju, manakala aku dan abang aku tukang pasang strategy nak kepung ayam macam mana. Bila dapat upah seringgit seekor, maka kami bahagi sama rata, sorang dapat seringgit lebih, simpan buat beli ais pop dengan satey ikan!

***********************

Pada satu hari....

" Eh Amy, kau tak rasa berdosa ke kita tangkap ayam tu?"

" kenapa pulak Ikar?"

" Yelah, kita tangkap pastu kita dapat duit, pastu ayam tu kena sembelih jadi lauk!"

" A'ah la Ikar"

" Ape benda lah korang ni, nama pun ayam, memang lah kena jadi lauk, habis tu yang korang duk makan ayam hari-hari tu boleh pulak?" sampuk abang aku.

" Mak cakap, kalau kita dera binatang nanti kena sumpah, kita kejar ayam tu nanti ayam tu sumpah kita tau tak Amy!" sampuk pulak Aji si abang Amy.

" dah dah rilek-rilek, kita jangan gabra, ni duit ni baik kita gi beli pedel pop dulu, kalau ayam nak sumpah pun, duit tu dah habis kita belanja dah!" kata aku memberi idea melungkup.

Selesai perbincangan itu, kami pun pergi kedai jimat dekat Taman Jasa dan beli Aiskrim masing-masing, sambil balik rumah sambil jilat aiskrim. Punya eksyen, nampak je budak Taman Jasa lalu, cepat-cepat kami jilat dengan effect lidah panjang yang lebih dramtik, dari pangkal batang aiskrim jilat sampai ke hujung aiskrim sekali jalan je. Melambangkan kami berlagak ada aiskrim Pedel pop!

" Kita ada pedel pop pelangiiiiiiiiiiiiiiii......!"

" eh kita pun ada aiskrim jugak!"

" aiskrim ko aiskrim 20sen!, kami punya aiskrim 60sen tau!"

" Bluweeekkk, nanti balik, aku mintak kat mak aku aaaaaaaaaa, tengok ah tengok ah"

"hahahaha, dapnye pedel pop ni! slurpp slurp slurp"

kami pun lari laju-laju balik ke markas kami. Punya jahat, dah sakitkan hati orang cepat-cepat lari balik markas

****************
Markas kami adalah Reban Ayam tinggal, reban ayam tu duduk betul-betul belakang dapur aku, atas bukit kecil bersimen, reban tu muat-muat 4 orang, Tak senonoh betul aku masa kecik, banyak-banyak tempat reban ayam buat markas.

Reban ayam tu punya horror. aku rasa hama ada banyak kot, tapi yang pasti tak busuk dan takde tahi ayam sebab dah kami bersihkan elok-elok. Tapi confirm, kalau tak berhama, mesti banyak tungau, kalau balik rumah tak bergaru telur tu tak sah kata mak aku.

Mula-mula Aku masuk, lepas tu Karnain masuk, lepas tu Aji masuk, dan akhirnya amy masuk. Tiba-tiba bila Amy dekat pintu reban ayam dalam keadaan kepala tersua ke dalam, sambil badan mencangkung, aku rasa gegaran, Reban bergoyang....

" woi woi woi, gempa bumi woi, gempa bumi"

" Keluar keluar keluar.. ceeeeeepaaaatt"

" Kedeghuummmmm.. prongggg praaangggg brrrrummmmm" (mcm mana ke gaya nak bunyikan reban ayam runtuh pun aku tak tau, korang bunyikanlah ikut sedap mulut korang ye)

Ngam-ngam, elok je aku keluar sebagai orang terakhir, reban ayam itu pun runtuh menyembah bumi, maka tamatlah sudah perkhidmatan Markas lama kami...Kenangan bersama reban ayam itu pasti bersemi dalam hati.

" Tulah Aji, aku dah cakap dah, jangan tangkap Ayam tok daliu tu, kan dah kena sumpah!"

" kenapa pulak salahkan aku? sape taknak tangkap ayam dia? seringgit tu sekor!"

" Dah kau tangkap ayam tu, ayam tu masa mati kena sembelih dia sumpah kita mati dalam reban ayam tau tak?"

" banyaklah ko Amy, badan semua dah besar macam anak gajah, mana reban tak runtuh!" sampuk abang aku..

" dah dah jangan gaduh-gaduh, Reban pun dah runtuh, markas pun dah takde, jadi kita semua kena cari markas baru, apa kata pokok rambutan belakang tu?"

" Canteeeeeekkkkk"

Maka, berakhirlah sudah kegemilangan Istana Ayam, lagenda itu terus dibawa oleh empat Perwira Juragan Pemburu Ayam dan mencipta kegemilangan baru di Istana Rambutan Bayangan Rambulan Tumbuh Berpaksi  Tiang Nan Sebatang.


***********tamat***********

Aku tak dapat carilah gambar reban ayam yg sama macam Markas reban ayam kami. yang ni lebih kurang lah, cuma dindingnya bukan jeriji macam tu, tapi semua dinding kayu, bentuk dia macam 'rumah mini'
**********************


P/s I Setiap kali aku tulis cerita nostalgia, mesti aku rasa sebak teringat zaman dulu.

p/s II Ada lagi ke manusia yang kena gigit tungau kat telur zaman-zaman moden macam ni?

p/s III sila baca kisah kali ini dengan background muzik Fantasia Bulan Madu, boleh klik kat youtube atau dalam playlist Winamp player korang. adios amigos.


** Update : ada sumber yg mengatakan Mewarnakan nasi kerabu menjadi biru bukan pakai Morning Glory tapi pakai Bunga Telang, aku sebenarnya keliru, sebab dulu exgf aku org kelantan ckp guna bunga seri pagi utk wat nasi kerabu, maknanya kalau dia salah ckp kat aku, aku pun salah ckp kat korang la. hehe sorry.

** Update : Hadas Besar itu adalah hadas yg mewajibkan mandi wajib. Kesalahan penggunaan terma, telah diperbetulkan, terima Kasih Sari Yus.

February 16, 2012

Kompilasi Bebelan Saya

Assalamualaikum..

Walaupun aku agak lama tak update blog, tapi aku selalu membebel kat Facebook, Korang nak tau kenapa sekarang aku lambat update?

Semenjak aku balik dari Xpdc Mulu, aku banyak kerja nak bukak kilang baru, kemudian jam tidur biologi aku dah kembali normal, dulu aku tidur pukul 3-4 pagi, masa itulah aku selalu update blog, tapi sekarang ni paling lewat pukul 2 pagi aku dah mengantuk sampai tak boleh buka mata lagi. Terus aku tidur walaupun ada keinginan yang tinggi nak menulis.

Aku ada banyak cerita nak taip macam Kisah bas mini, hantu keranda, markas reban ayam dan sebagainya lagi, Malam ni aku update ye, insyallah. Sebagai pemanas badan, ni aku kepilkan bebelan aku terhadap isu-isu remeh sepanjang aku tak update blog. "Kompilasi bebelan saya" namanya.

*****************************


1. "Aku pengurus pemasaran dan pemangku pengurus operasi sebuah kilang biskut.
Bila aku nak export biskut, aku dikehendaki hantar sample biskut ke Lab Swasta yang diendorse oleh Kementeria Kesihatan untuk mendapatkan sijil kesihatan.

Masa Hantar Biskut ke Lab, semua keputusan boleh didapati walaupun dalam bacaan yg kecil. Samada ujian untuk Logam berat, Pertumbuhan Mikrobilogy, Nutrisi atau contents dan gula.

Jadi jika korang percaya dengan 'made-up' story pasal Alkohol dalam Coca-Cola as a 'secret recipe' korang boleh fikirlah sendiri.

satu lagi, Subsitute sugar iaitu Gula Alkohol itu lain ye dengan alkohol todi!

**********


2. Dengan meletakkan gmbar bayi bermata satu akibat kecacatan. kemudian kau letak pulak hadis Nabi pasal dajjal padanya, kau telah memberi 'Feed Perspektif' anggapan bahawa bayi tu dajjal atau seakan-akan dajjal.
cuba kalau anak kau sendiri cacat mata satu, atau adik kau sendiri cacat mata satu, kau sanggup x tangkap gambar baby tu kemudian share kat wall fb letak Hadis pasal Dajjal? kau sanggup tak?

Sila Sensitif sikit dengan perasaan orang!

P/S Dajjal sudah wujud sebelum Zaman Nabi saw, Dajal juga adalah manusia dewasa macam diceritakan dalam Hadis Nabi. Sahabat ada menjumpai dia semasa tersesat dalam pelayaran di sebuah pulau.

***********
3. Ramai orang di dunia ni yang berniat baik, Ramai orang yang mahu kelihatan baik dan ramai orang yang bermatlamat baik.
Tapi Matlamat saja tidak akan membenarkan segala perbuatan anda. Manusia ini dinilai dari segi perbuatannya!

Niat dalam hati itu hanya Tuhan yang menilainya. Engkau tak boleh main pukul rata dan semberono kemudian kau bagi alasan Niat hati kau ikhlas dan bertujuan baik.

Berapa ramai manusia di dunia ini yang berniat baik! tetapi akibat perbuatannya salah maka dia menyeleweng dari fitrah Agama yg sebenar.

sebelum buat apa-apa, letakkan diri sendiri dalam situasi tersebut, adakah kau rasa seronok atau sedih atau marah? kalau kau sedih jadi kau patut tahu orang lain juga akan sedih diperlakukan begitu.

Konsep ini dinamakan Common - sense!

***********



4. Walaupun saya kelihatan easy going dan happy go lucky, tapi saya nak pesan khusus demi solat jumaat kepada semua kawan2 fb saya.

A. Penuhkan Saf depan dan rapatkan saf, jgn jd budak2 yg degil taknak ke depan, apa kau ingat ada cabutan bertuah ke saf yg korang dok cop tu!

B. Bila Khatib sedang berkhutbah, tak perlu sembahyang sunat qobliatan atau sunat tahyatul masjid, duduk dan dengar khutbah.

C. Jika parking blok kereta orang, tak payah wirid dan doa panjang2, bangun terus dan alihkan kenderaan sesungguhnya ia lebih manfaat dan sunnah, doa lepas solat bukan sunnah.

D. Jangan sebarkan Flyers fitnah politik masa org tgh dengar khutbah, org datang nak sembah Allah, bukan datang nak sembah Manusia Anugerah Tuhan!

E. Jika derma, ikhlas, jgn tanya2, kalau taknak dermaa takyah derma.

--sekian saja dari saya seorang muslim biasa dan bukan Ustaz!

***********

5. Korang tau tak yang aku dah tau pasal kes Coca-cola terbalikkan tulisan dia tu sejak dari tahun 1994! masa aku darjah 4! korang tau tak masa aku darjah 4 aku dah gedik2 letak tin coke depan cermin nak tengok ayat terbalik tapi haram tak nampak?

korang tau tak yg design tulisan coke tu dari tahun 1800an lagi, masa takdenya kecoh pasal teori konspirasi nak eja La Muhammad La Makkah? korang tau tak Nahu/tatabahasa La muhammad La makkah tu salah?

Korang tau tak itu hanya kebetulan? korang tau tak yg korang fitnah? korang tau tak yg imej bayangan coke tu exaggerated supaya korang anggap benda yang sama? ( Forced Perspective)
Kalau takde feed idea, korang takkan perasan pun La muhammad La Makkah tu.

aku rasa dengan adanya FB ini, ramai manusia mula mencampakkan dirinya ke lembah kejahilan yg tiada bertepi. 

************



6. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kau tidak mahu meluahkan perasaan di Wall FB kerana menyangka ia menyerupai dinding ratapan yahudi

Tapi pada masa yang sama kau bergembira dan ketagih dengan Facebook dan skrol wall itu setiap masa.

Practice what u preach! Deactivate FB kau skrg dan hidup bergembiralah di dunia nyata, aku yakin manusia mampu hidup tanpa FB.

Aku rasa umat Islam di daerah FB ini makin lama makin hilang nilai common-sense nya! aku bersimpati kepada kita semua dan diri aku sendiri.. 

************



7. Muak betul aku dengar pasal customer KFC ni, dia nak apa sebenarnya? saksi tu pun nak apa? yang Ahli Parlimen Khalid Samad tu pulak nak apa?

Aku rasa kalau semua ini nak dijadikan modal politik, takde siapa yg untung.

Ok. Ayam dah habis, goreng ayam, kau lapar kau tunggu, tak tahan kau pergi beli ayam goreng pakcik bob sudah. Yang budak KFC tu kurang hajar hilang sabar, KFC pecat dia sudah.

Hey cammonlah politician, ini masalah konsumerisma, bukan masalah racist atau masalah politik, xkan nak ckp KFC tu UMNO punya pulak. Ya Allah... ini je ke tahap politician yg dibangga2kan sangat? ini je ke?

*************


8. Kau tau apa yang bersarang dalam fikiran aku? aku rasa Facebook ni skrg dan berubah menjadi Mastika!

Tak salah nak dakwah, dakwah la contohnya cara angkat takbir yang betul. dakwahlah tentang Hadis Sohih dan Hasan. Dakwah pasal sunnah dan akidah.

Ini tidak, disampai2kan pasal Bidaah, pasal perbezaan pendapat masalah Furuiyah, pasal Ribena Haram, pasal Coke Haram, pasal sumber israiliyat, pasal Hadis dhoif.

Kamu sembang benda yang berpuluh tahun dulu orang dah berhenti bicara pasalnya, kini korang sebar2kan pulak. Kadang2 aku tertanya-tanya yg sebar membabi buta ni masa sekolah rendah tak belajar fardhu ain asas ke? Atau dia tak pernah baca surat khabar? apatah lagi buku ilmiah.

Jangan tukarkan Wall Fb saya menjadi Mastika! saya meluat! terimakasih

p/s kepada kamu semua kwn saya yg tak nakal, saya sayang anda.

************

9. Kurta adalah Baju budaya, Berjuta orang Islam pakai Kurta di India, dan Jemaah Tabligh pun ramai pakai Kurta. Ianya sama dengan baju melayu dan baju-baju traditional melayu yg lain. samalah juga pemakaian Jubah dgn kain pelikat.

Tapi tadi aku tengok gambar seorang Pemimpin Parti Politik itu pakai kurta dan serban Hindu, itu tiada masalah. Masalahnya ada Bindi/Tilakas/ Calit Merah atas dahinya. Itu adalah simbol khusus amalan Agama Hindu.

Jgn cepat sangat nak maki pemimpin yg anda xsuka, kemudian sanjung sangat pemimpin yg anda suka sehingga anda tak sedar telah Assobiyah!

-Agama jika dinilai dari sudut pandang politik, maka agama akan jadi caca marba!-

************************

Sekian saja bebelan aku yang aku copy-paste kan di sini, malam ni, kalau aku tak mengantuk, aku update pasal kisah nostalgia ye.

Terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong penulisan aku selama ini. aku sayang korang ketat-ketat. 

" Janganlah ketat sangat nok, susah mak nak bernafas ni!"

" Okey ubah-ubah, sayang korang kemas-kemas"
 

February 12, 2012

Pengembaraan Taman Negara Mulu 2

Assalamualaikum..

Ini adalah entry sambungan dari PART 1 (klik untuk baca yang lama)

21. Apabila sampai ke tambatan sampan Kuala Litut, kami semua bersiap-siap untuk fasa kedua perjalanan ke Kem 5, perjalanan sejauh 8.8 km, masa ni semua cari rokok, nak sapu tembakau dekat kaki, elak pacat panjat curi darah. Semua yang Allah swt cipta ada hikmahnya, siapa sangka rokok berguna dalam hutan!

22. semua bergerak dengan sesi briefing ringkas, air sangat penting untuk elak dehidrasi, kalau dehidrasi nanti boleh kena cramp. bila kena cramp sakit tak boleh jalan, siapa pulak yang nak dukung dalam hutan macam ni?

23. Seluar tight sangat penting, diulangi! seluar tight sangat penting!, seluar tight itu adalah seluar kain spendex yang melekat kat tubuh tu, berguna untuk elakkan celah kangkang dan peha dari melecet akibat geseran. Nak nak orang gemuk yang ada peha besar macam aku. Kalau takde Tight aku rasa balik mau mengangkang-ngangkang. Seluar Tight juga berguna kerana cepat kering dan ringan.

24. Aku heran tengok trail tu ada batu-batu sungai yang disusun 7/10 dari seluruh perjalanan, aku terfikir macam mana orang susun batu ni, takkan dia pikul semua batu duk tabur sikit-sikit? punya jauh, punya banyak!

25. Ada dua jambatan gantung, yang pertama kecil, maximum dua orang jalan dalam satu masa, dekat sini banyak habis masa menunggu semua lalu. siapa gayat, memang boleh pitam kejap. Yang kedua besar sikit, boleh muat 4 orang sekali jalan.

26. Timing manusia berjalan pada kelajuan normal adalah 1 kilometer 15 minit, kalau fast runner boleh buat 1km 10 minit, kalau jalan mcm pergi pavillion sambil makan tutti frutti boleh lah 1km 20minit.

27. Manakala timing manusia mendaki nisbahnya 1/10 dari berjalan normal iaitu 100 meter 15 minit, kalau lembab 100 meter 25minit, kalau fast runner 100 meter 10 minit.

28. Aku jalan laju pada masa ini, amik masa 2 jam lebih sikit. sebab trail landai, takde turun naik bukit, hanya ada daki anak bukit sikit je dalam 100 meter masa nak sampai ke kem, tak teruk pun.

29. sampai saja ke Kem 5, kami semua disuruh berendam ke dalam sungai untuk mencuci peluh dari badan dan baju semua, aku ngan Abang Nasir lepak dalam sungai setengah jam lamanya, memang macam sorga duniawi. Peluh mesti dibersihkan sebab takut nanti ada sweat bee (tebuan peluh) yang suka hinggap kat badan org berpeluh.

30. Mula-mula aku ingatkan tebuan peluh tu hanya cerita yang diperbesar-besarkan oleh orang tempatan, tapi hari kedua memang menatang tu banyak berterbangan hinggap kat baju2 yang disidai dan kasut.

31. Sampai je, lepas mandi sungai, kami masak Meggi tepi sungai, makan rebut-rebut. walaupun Kem 5 ada  dapur lengkap dan dewan makan, tapi kami semua mengada nak adventure masak guna lilin askar dan mestin, barulah adventurekan! Aku rasa masa ni meggi tu rasa macam nasik beriyani kambing. sedap sangat baq haannng!

32. Makan malam pukul 7 malam. Makan disediakan oleh guide dan staff di kem 5, sedap tak sedap jgn tanya, sumbat je dalam tekak.

33. lepas makan, rehat-rehat borak, sambil main daun terup. Lepas tu dengar briefing lagi untuk sesi pendakian pukul 6.30 pagi esoknya.

34. Daun terup satu deck boleh main beberapa game contohnya, colek, royal flush, bluffing, Mat John Ketapong. Jerami tak boleh main sebab deck sikit, 21 dan pokdeng tak main gak, sebab nak main best kena letak bet.

35. lepas main terup, dengar durian jatuh tepi kami, semua lari kejar durian, sedap bukan main, sebiji jatuh, boleh kongsi dekat separuh kem.

36. Kami tidur style dorm. sewaan kelambu ada, semalam RM10, aku tak pakai kelambu sebab kulit kebal! siapa ada sleeping bag, sila bawak, nasihat dari pakar untuk tidur yang lena.

37. Si Manja anda tidur lena, bangun dengan riang, Ibu pasti girang ayah senang!

38. Bangun pukul 6, selesai solat subuh, kami semua warm up stretching dan bla bla, pagi tu aku berak kat toilet, air tetiba takde, aku beristinjak dekat sungai. first time aku masuk dalam sungai gelap-gelap bawak torchlight, nasib baik tak dibaham oleh jembalang sungai.

39. 7 pagi, pendakian Pinnacles Gunung Api Mulu bermula. Trek susah, susah, susah, susah dan susah. mendaki 40-60 darjah kecerunan sepanjang masa, kadang-kadang perlu merangkak pegang batu, banyak batu tajam macam mata kapak. banyak akar pokok. nak cakap sekali lagi lah, trek tu susah susah susah dan susah.

40. Jumpa ular tedung viper kaler kuning tengah jalan, tapi wak dek je, terus jalan lencong sikit.

41. Beberapa jam jalan, akhirnya kami sampai separuh perjalanan di Mini Pinnacles.

42. Rehat 15 minit, sambung perjalanan sampai ke aras 1300 meter, kemudian Perancangan Tuhan mengemudi pula. Hujan lebat! Ranger/Guide terpaksa berhentikan kami pada paras 1300 dan 1600 meter pendakian atas faktor-faktor keselamatan dan undang-undang ketat Taman negara.

43. Namun begitu wakil kami seramai 2 orang berjaya juga sampai ke puncak Pinnacles iaitu Abang Nasir Hassan dan Abang Shah Ujang. tahniah untuk mereka yang berjaya naik. Diorang berjaya sebab Fast Runner gila, jauh ke depan dari guide dan terus mara ke Pinnacles.

44. kami semua turun semula, turun pun seksa. naik dan turun waktu dia sama, masa turun kena hati-hati takut terodok batu tajam.

45. Sampai semula ke Kem 5 dalam pukul 11.30 pagi, berendam dalam sungai dalam cuaca hujan lebat. Hampa tapi masih bersyukur. Benarlah kata bijaksana, manusia hanya merancang, Allah swt yang menentukan.

46. lepas berendam, aku alter nasik goreng untuk makan tengahari, lepas makan petang diorang pergi masuk dalam hutan cari durian liar. Dapat banyak, aku malas nak ikut sebab kaki sakit dan takde mood. Duduk kat Kem jadi surirumah sepenuh masa.

47. Sambung aktiviti borak dan torak, main kad, dan ronda-ronda tengok keindahan hutan. pukul 12 mlm masuk tidur sebab pukul 4 pagi kena start jalan balik ke perhentian sampan. Kena balik awal sebab ada antara kami kena naik flight pukul 10.30 pagi. Takut terlepas flight.

48. Perjalanan balik dari kem 5 bermula pada pukul 4.30 pagi, Peringatan! bawak bateri spare untuk torchlight! bawak bateri spare, bawak bateri spare! jalan dalam gelap boleh buat kaki terpeleot!

49. Balik kami semua jalan tanpa berhenti sepicing pun, kecuali dua kali sebab tunggu turn naik jambatan gantung. perjalanan kali ini dinamakan pesta pacat, ramai orang bagi zakat darah, nasib baik aku tak kena sebab dah buat perjanjian damai dengan pacat. Nak tau perjanjian damai macam mana?

50. Mana ada perjanjian damai dgn pacat, ikut nasib je lah!

51. Naik bot! kali ni bot takde adengan tolak menolak, sebab air cukup dalam akibat hujan lebat semalaman. Akhirnya kami sampai ke Airport Mulu pada pukul 9.45 pagi.

52. Siapa masuk hutan pakai deoderen please, aku merayu ni, pakai la deoderen, kalau jenis suka makan kari dan bawang tu mohon pakai la deoderen! tak mahal pun, kalau rexona tu baru RM 6.50 je, pagi hari, bau ketiak korang yang tak mandi tu ada tara - tara bau getah skrap tau! hangit! deyyyy. Yennadey!!!

53. Patah balik ke Lodge Mulu untuk mandi dan repacking. jemur baju yang basah dan ambil makanan tengahari, aku sempat kali ni mandi sekali lagi dekat jetty tambat boat.

54. Tunggu kat Airport Mulu untuk penerbangan balik ke Miri, Flight pukul 12.30, flight Air Asia dari Miri ke Kuala Lumpur pula pukul 1.30 petang, ada margin kesilapan 1jam. Patutnya tiada masalah sebab setting timing ngam-ngam.

55. Rupanya sekali lagi Manusia hanya merancang Allah yang menentukan, Flight dari Miri ke Mulu tak dapat mendarat akibat awan tebal dan cuaca tak elok, terpaksa tunda sampai pukul 2.30 petang, maknanya tiket aku dari Miri ke KL 1.30 tu burn! macam manakah cara untuk mengatasinya? jangan bimbang, aku ada tips macam mana nak selesaikan masalah flight delay ni. nak tau?

56. Tips Flight Delay = Tidur secara berjemaah di Balai berlepas, lepas tu beli tiket lain.

57. Terima Kasih banyak Puan Nurzulraine sebab uruskan pembelian tiket ganti aku dan Amirul, kisahnya duit aku dah habis, tinggal 100 je dalam wallet, kalau tak, haruslah aku duduk Miri jadi penari bogel, dapat duit baru balik KL.

58. Tiket Air Asia Miri -KL habis, jadi Puan Nonie belikan tiket MAS, eh dengar tak apa aku cakap ni? aku naik MAS tau! naik MAS!

59. Naik Mas ada nasik beriyanni ayam dengan kacang tanah bergaram! ada jus oren pulak tu! tapi stewardess Air Asia lagi cun!

60. Berlepas dari Miri  - KL pukul 6.50, sejam perjalanan lepas tu tau tau flight landing, dalam hati aku cakap, mak aihh laju betul MAS ni, sejam dah sampai KL! rupa-rupanya flight berhenti kat Kuching, kelam kabut jugaklah aku, Turun transit kat Kuching, aku tak biasa, kalau Transit International tu biasalah. Rupanya kena buat pulak clearance customs kat Kuching.

61. Lepas buat Clearance, aku gatal la pergi keluar dari airport, kononnya nak cukupkan syarat, jejakkan kaki kat tanah kuching la. lepak dalam 15minit, tetiba Amirul call cakap flight dah nak jalan, berhambat aku macam cerita filem cinta pakwe kejar makwe kat airport (serius) ... nasib baik sempat! kalau tak mau aku jadi penari bogel pulak kat Kuching cari duit tambang nak balik KL.

62. Dalam pukul 11 malam, akhirnya aku dan Amirul selamat sampai ke KLIA, kawan-kawan yang lain masih di Miri atau atas langit dalam perjalanan pulang naik Air Asia.

63. Naik Mas ada nasik beriyani Ayam tau! eh rasa macam dah cerita je point nasik beriyanni ayam ni... jap skrol balik baca kat atas, ye lah ada! ermm takyah delete ah, biarkan..

Abang Shah Ujang, Salah seorang dari kami yang berjaya sampai ke Puncak, ini adalah  puncak pinnacle dan dia adalah seorang fast runner!

Abang Nasir juga berjaya sampai ke Puncak, dan dia juga adalah Fast Runner.

Ni Namanya pesta berendam sungai, juga dinamakan kencing sambil mandi, Pernah cuba? cuba dulu baru tau! suam-suam je rasa air panas mengalir ke kaki, cubalah! anda pasti gembira!


Ini bukan Puncak Pinnacle, tapi puncak kemiangan!

ini kipar ATR, ini efek apa tah aku lupa nama, tapi aku ada baca dalam blog photog, shutter shutter bunyinya.

Ini dinamakan tidur di balai berlepas secara berjemaah, Kalau takut  dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau dah masuk hutan mandi pun pakai spender, takkan tdur di lantai menjadi masalah ye dak?

seluruh Ahli Geng Gunung DMG bersama Mr  Burung guide kami yang sporting (tengah row paling atas)


Baru turun dari pendakian, lihat hujan lebat! memang tak lepas nak naik, guide tak bagi permission, arahan turun semula dikeluarkan.

Laaa, korang ingat aku tipu ke cakap durian ada dalam hutan Mulu? itu Puan Nurzulraine dan abang sulungnya En Zullaimy.


Eh saya bukan nak gebang la trek dia susah, memang susah. aku masa ni mendaki dalam keadaan mamai, ngantuk tak hilang lagi.

itu berhenti penat tu, mencari nafas yang telah hilang. tajam weh batu2 tu.

Mini Pinnacles, rehat 15 minit.

Dipercayai kedua2 jejaka ini memeluk tubuh adalah untuk melindungi perut yang  selalu memberontak untuk menonjolkan diri di dalam gambar!


Main terup dalam hutan memang best. lagi best bila kawan kalah kena kocok!

Ini adalah dorm kami. dorm ada tilam takde bantal, nak bantal boleh balik kejap rumah amik.


Trek landai dari trail turun sampan ke kem 5.

kan aku dah ckp hujan lebat, korang tak caya, saja aku letak lagi gambar sebagai bukti.

Ini Jambatan Gantung, jambatan ini tidak melakukan jenayah apa-apa hingga dijatuhkan hukuman gantung, jambatan ini juga bukanlah digantung tidak bertali malah ia bukan juga susu cap gantung.

yee, trek ini memang susah, susah dan susah.

Nampak tak 8.8 km? jauh kan. Ni Kak Wati tengah tinggalkan bau badan kepada tiang sebagai peringatan jalan pulang.

Damai di dalam hutan, dalam hutan ni ada signal telefon! esok kita pasang menara signal ye, esok kita pasang.

pemandangan bila sampai ke kem 5 dari trail 8.8km

ahli-ahli dari wanita. separuhnya adalah adik beradik.

Kami hanya sampai kat sini, kemudian terpaksa turun.


Percutian yang ideal untuk pencinta advanture!

durian banyak sangat dalam hutan, makan tak habis.


Okey, Kesimpulannya, trip kali ini sangat padat dan puas, manusia hanya merancangan Tuhan yang menentukan, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, bagi aku sendiri aku tak ralat mana pun tak sampai puncak pinnacles sebab dah banyak gunung lain kami sampai termasuk Kinabalu, selain itu trip kali ini bukan je daki gunung sebaliknya penuh dengan pelbagai aktiviti.


p/s I tak sampai puncak pinnacles, uwaaaaaaaaaaaa

p/s II Naik Mas ada nasik Beriyanni ayam weh!

p/s III Tahun ni dan tahun depan aku bersara sementara mendaki gunung, simpan duit nak kahwin, lepas kahwin mungkin sambung balik aktiviti panjat gunung. Kepada yang nak berjinak2 dengan aktiviti mendaki, aku ucapkan selamat mencuba dan percayalah ianya memang berbaloi!

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...