January 30, 2012

Isu Coke Haram dan Boikot Produk Yahudi




Assalamualaikum...

Orang kata, menulis ni jangan kerana kau terdesak atau kau terpaksa nak cukupkan syarat, menulis kena ada jiwa dan keperluan. Bila saat hati membentak-bentak nak menyuarakan kebimbangan dan kau nak kongsikan keluluhan hati kau, masa itulah penulisan itu akan mencapai matlamat. Selama seminggu aku dilanda kemalasan nak menulis akibat sindrom writer's block. Tu yang aku tak hasilkan entry baru.

Namun malam ni aku tergerak nak menulis pasal masalah pengharaman Coke. Dengan begitu banyaknya kegusaran yang berlaku pada anak-anak muda yang teruja menuntut ilmu dari internet telah membuatkan idea mereka keliru dalam keterujaan. Apakah yang betul, betulkah haram atau tidak.

************************

Berkenaan dengan masalah coke haram, ada beberapa rumors yang menyatakan bahawa Coke atau Coca Cola itu sebuah syarikat yang menaja secara langsung dana kempen ketenteraan Israel, Tentera Israel ini membunuh rakyat Palestin, maka dengan itu produk coke itu menjadi haram.

Beberapa masalah timbul di sini..

1. Kepastian Samada Coke itu benar-benar Menaja

- Sampai ke hari ini masih tiada jawapan mutlak bahawa Coke benar-benar menaja keganasan yang berlaku di Israel, semuanya hanyalah rumors. Rumors itu fitnah, tiada bukti, Orang yang Mencipta fitnah, menyebar fitnah, mengiyakan fitnah, menyampaikan fitnah, atau mendengar fitnah tanpa hatinya menafikannya adalah orang yang berdosa besar.

Tak perlulah korang nak pertahankan perbuatan memfitnah itu dengan alasan "aku dengar kabor". Samada kau dengar kabor atau kau dengar orang cerita, lepas tu kau sebarkan apa yang kau dengar yang tak pasti tu kepada pihak ketiga, itu dikira fitnah dan berdosa besar.

Tak perlulah kau nak cakap fitnah orang kafir itu tidak berdosa, samada kau fitnah orang Islam atau orang kafir, kau tetap berdosa. Islam adalah agama yg adil dan syumul, perbuatan Memfitnah itu menjahanamkan dan menghancurkan struktur sosial masyarakat, Bilamana ia menghancurkan maka Allah swt larang manusia melakukannya.

2. Masalah Konsistensi

Apabila kau buat hukum kau kena konsisten, kau tak boleh buat satu hukum untuk keuntungan kau sahaja, tapi bila tak menguntungkan kau, kau tutup sebelah mata. Kau tak boleh dengar rumors yang Coke itu menyumbang pada yahudi lepastu kau haramkan, tapi pada masa yang sama  kau tak haramkan pula barang-barang keperluan lain yang majoritinya mempunyai Stakeholder orang yahudi.

Nestle, Maggi, Starbucks, TESCO, Timberland, Boeing, Airbus, Macdonald, Kotex, Johnson & Johnson bla bla bla bla bla  hup hap hup hap bla bla bla bla bla bla bla bla. nak tulis Bla bla tu pun dah panjang, apatah lagi kalau aku nak listkan semua barang consumer yang ada dipasaran sekarang, majoritinya dikawal atau stakeholder/shareholder terbesar adalah Yahudi.

Pasaran berlian dunia, Kopi, logam waja, Petroleum, kertas, Telefon bimbit dan teknologi kebanyakannya dikawal oleh yahudi secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini bukan benda baru, bukan isu Paranoid Konspirasi. Masalah yahudi menguasai perdagangan adalah isu sejak dari zaman Nabi di mana dalam Piagam Madinah telah ada klausa-klausa khas hubungan antara Muslim dan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah dan tatacara berniaga.

Itu belum lagi nak cerita pasal Farmasutikal, perubatan, ilmu Fizik, Baja, Kapal Kontena, makmal kajian, Ketenteraan, Television, Facebook, twitter, youtube dan Blogger lagi.

Pada zaman Nabi saw, zaman Sahabat dan Tabi' tabieen pun org yahudi bebas berniaga dan berdagang dengan orang Islam. Nabi Saw tak pernah haramkan orang muslim membeli atau berjual beli dengan orang yahudi. Malah sembelihan orang yahudi dan nasrani itu halal dimakan. Lelaki Islam dihalalkan mengahwini perempuan ahli kitab iaitu yahudi dan Nasrani.

Tidak perlulah kau beri alasan pula yang Yahudi dan Nasrani pada masa dulu tidak sesat, zaman sekarang mereka lebih sesat pulak membolehkan kau mengharamkan perdagangan dengan mereka masa kini. Sebetulnya sejak Allah turunkan wahyu pada Nabi saw lagi Allah dah melaknat Yahudi dan Nasrani ini sebagai sesat dan kufur.

Anda tak boleh haramkan coke, tapi pada masa yang sama anda naik pulak Boeing 747 pergi menunaikan haji, sebab aku ada dengar rumors yang Syarikat Boeing menggunakan enjin Rolls Royce yang mana syarikat itu juga membekalkan enjin untuk kereta kebal bagi memerangi orang Islam di Iraq dan palestin.

" Korang nampak dah sekarang mudaratnya penggunaan "aku dengar" dan masalah tidak konsisten dalam menetapkan hukum?"

Anda tak bolehlah haramkan Coca Cola sebab dia sumbangkan kepada yahudi tapi pada masa yang sama anda semua pergi shopping barang dapur dekat Carrefour dan Tesco. Jika pada sebelah pihak anda haramkan atas faktor dan Variable yang sama, maka anda wajib mengharamkan juga produk lain yang mempunyai faktor dan Variable itu.

Konsistensi sangat penting dalam membuat hukum. Supaya hukum itu nampak adil dan tidak canggung. takdelah anak muda yang degil macam aku akan menjuihkan bibir dan melihat kau bercakap ikut sedap mulut jatuh hukum ikut sedap hati. Takdelah orang Kafir akan melihat Agama Islam ini kartun dan caca merba.

" Iskkk, aku tengok Islam ni agama bias la, kejap haram Coca-cola, tapi pergi haji naik Boeing, airbus. kejap haram Macdonald tapi pergi beli barang dapur kat Tesco dan Carrefour"
 ( org kafir akan beranggapan macam ni kepada agama kita yang maha adil ini, walhal ianya adalah kerana sifat pendakwah yang suka-suka mengharamkan sesuatu ikut sentimen)

kalau anda nak haramkan Air Coke itu kerana Syarikatnya (kalau iya pun) menyumbang kepada yahudi, maka anda mesti istiqamah, anda mestilah juga mengharamkan segala produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Coca-Cola Company. Kerana yang kamu haramkan adalah duit dividen company itu, jadi kamu kena siasat ke mana Coca-Cola company melabur selain dari jual air coke. Samada produk consumer yang lain, melabur bidang hartanah, perhotelan, pembuatan, sukan, rekreasi, pengiklanan, Music, Katering dan sebagainya lagi.

Ini adalah contoh2 barang2 yahudi. (katanya) kepastian masih tidak dapat buktikan sepenuhnya. Agama Yahudi mengharamkan bangsa Yahudi mempunyai sebuah negara. Orang yahudi tak semestinya orang Israel, orang yahudi bukan semuanya Zionis. Orang Israel mungkin kesemuanya orang Yahudi, tapi dia ada juga Kristian, kristian orthodox, majusi dan juga Muslim.

3. " kau ni terlalu liberal la Zulfikar, kau tak support langsung kempen gerakan kita nak melumpuhkan Yahudi dan membantu Muslimin"

INI BUKAN MASALAH KEMPEN. Argument kita di sini adalah masalah KAEDAH. Macam yang aku dah sembang panjang-panjang kat atas, kalau kau mampu untuk :

a) membuktikan dengan bukti nyata bahawa Coke itu menyumbang kepada ketenteraan Yahudi membunuh orang Islam, maka mari kita kempen boikot dia.

b) Konsisten, kalau kau mampu konsisten dalam iktikad kau menolak semua produk yahudi, baru kita boleh cerita pasal boikot barang yahudi.

4. " Tapi Zulfikar, aku nak bantu Orang Islam melawan Yahudi, kalau aku tak mampu berjihad perang kat sana, cukuplah sekadar aku boikot barang dia, kalau aku tak mampu boikot secara konsisten, cukuplah aku bermula dgn boikot coke dulu, anyway aku bukan minum sangat coke pun"

Inilah masalah terbesar sebenarnya bagi orang Islam. Masalahnya kamu tak tahu nak bezakan Boikot dengan haram!

Tak kisahlah kau ustaz youtube ramai pengikut ke apa ke, tapi sebelum bercakap tu, fikir dulu. Boikot dan Haram itu dua benda yang berbeza.

Mungkin kita boleh Boikot Macdonald, tapi daging, roti, salad, kentang, dan sos dia tidak haram, ia halal dimakan.

Mungkin Jemaah MOHONSHARENOTEFB (contoh) mahu boikot Coke dan Pepsi, tapi kau tak boleh mengharamkan air itu kepada orang lain yang tak setuju dengan kempen boikot kau.

Mungkin Allah menyuruh kita Boikot Isteri yang derhaka dan tak sentuh dia pada tidur malam, tapi Allah tak haramkan kita bersetubuh dengan dia pada masa yang lain.

Boikot dan Pengharaman itu dua perkara yang berbeza. Lantaklah kau nak kempen boikot barang apa pun, tapi bilamana  kau mengharamkan sesuatu tanpa nas, dalil dan bukti yang kukuh maka kau telah melakukan bidaah. Kau telah  mengharamkan apa yang tuhan halalkan manusia memakannnya.

Barangsiapa yang mengharamkan apa yang Allah swt halalkan dan Menghalalkan apa yang Allah swt Haramkan maka dia telah tercemar akidahnya dan dia wajib bertaubat.

5. "Tapi Zulfikar, aku dengar Ustaz tu haramkan sebab ia memudaratkan dan ada unsur syubhah"

- Kalau nak kira mudarat, nasik pun mudarat kalau kau makan 20 pinggan sekali hadap, Air masak pun jadi racun kalau minum 60 gelas sekali harung, garam pun mudarat kalau sekali telan 2 genggam. masalah pengharaman akibat mudarat adalah melalui kesan langsung. Bukan main kesan agak-agak.

- Kalau nak bincang masalah kaedah Feqah dan Syubhah, aku taknak taip 2, 3 kali, kau boleh baca entry lama aku. Kes Ribena dan Coke itu sama dengan kes yang aku ulas sebelum ni. Klik Link di bawah :

 So Called Beer Halal dan Kaedah Hujah.

Akhir bicara, untuk kita menjadi rasional dan belajar berfikir secara kritis dan kreatif, kita mesti sabar dan rajin membaca mencari second opinion.

Buang sikap taksub kepada satu Ustaz sehingga seolah-olah dia maksum, Pendapat dan Idea takde salah. ustaz manusia biasa, wali pun manusia biasa, terdedah pada salah dan silap. Belajar untuk menyanjung nilai Intelektual dia tapi jangan sampai mengkultuskan batang tubuhnya.


**************tamat*************


 P/S Apa yang kita belajar hari ini?

" Boikot tak semestinya Haram"

" Haram dah tentu kena boikot"

" Ustaz tidak Maksum"

" Coke tidak Haram"






" Coke tidak haram bukan Zulfikar yang ajar, tapi Majlis Fatwa Negara yang ajar, dan keseluruhan Majlis fatwa dunia yang ajar, Ustaz tu seorang je cakap haram"


Okey bye bye.

January 27, 2012

Kisah Mimpi Rasulullah

Assalamualaikum..

Bila bicara pasal mimpi, aku ada rahsia. Rahsia ni aku simpan dah begitu lama. Aku tak pernah kongsikan dengan sesiapa kerana bagi aku yang skeptikal ni, aku merasakan mimpi itu adalah mainan tidur akibat dari proses memori, interaksi kimia dan hormon dalam otak.

Tapi apabila aku meningkat dewasa, aku sudah pandai mengasimilasikan kaedah saintifik-skeptical itu dengan dunia kerohanian. Bagi aku banyak benda dalam dunia ini tidak mampu dijustifikasikan dengan kaedah saintifik. Ada janji-janji Allah dan Sunnatullah itu yang tidak perlu dikaji dengan Saintifik untuk kau nampak lebih sarjana menyampaikan dakwah Islam.

Ada perkara dalam dakwah yang tak perlu engkau kaji dan 'synchronize'kan ia dengan kaedah saintifik kerana benda ghaib itu hak mutlak Tuhan. Apabila kau mula mencari sebab dan alasan saintifik maka satu masa nanti kau akan kecewa apabila kajian itu tidak memihak kepada keadaan kerohanian itu. (kita akan bincang hal ini di masa akan datang)

***********************

Berbalik kepada Rahsia mimpi aku. Pada tahun 1994-1995, aku begitu asyik dengan Sirah Rasulullah, aku suka baca buku sirah tebal tapi kecil itu. Berkulit buku warna putih dan ungu, kertasnya gred rendah dan bertulisan Jawi.

Dari kecil aku memang minat membaca, aku membaca sampai aku faham, walaupun aku terpaksa merangkak dan mengulang, tapi aku akan pastikan aku faham. Bila aku dah faham barulah aku akan kongsikan dengan orang.

Akibat dari keasyikan aku yang suka sangat baca buku Sirah Rasulullah itu, aku mungkin selalu berimaginasi akan latar masa, tempat dan watak dalam setiap peristiwa yg berlaku.

1. Macam mana rupa wajah Rasulullah saw
2. Macam mana rupa para Sahabat ra
3. Macam mana rupa latar tempat Makkah dan Madinah pada zaman dahulu
4. Macam mana struktur Masyarakat pada zaman Nabi dulu.

Pada satu hari, aku tidur seperti biasa, aku bermimpi satu mimpi yang indah dan penuh simbolik pada diri aku, walaupun ianya berlaku berpuluh tahun dulu tapi aku masih ingat detail mimpi itu.

Aku mimpi berjuang dalam peperangan bersama Rasulullah saw. Pada masa itu aku sedang mengayuh perahu di tengah-tengah oasis gurun tandus semenanjung arab. Di kiri-kanan tebing musuh-musuh Islam mengepung tasik oasis itu, dan mensasarkan panah kepada kami dalam perahu. Di dalam perahu itu ada aku, Rasulullah dan Seorang sahabat yang aku tak kenal nama.

Sahabat-sahabat yang lain berjuang bersama tentera berkuda untuk mengalahkan pemanah-pemanah Kafirun, tetapi pemanah itu dapat juga melepaskan anak panah dari busur dan semua anak panah itu menghujani perahu kami di tengah tasik oasis serentak, rupanya seperti awan hitam yang datang berarak menuju ke kami.

Aku pun melindungi Rasulullah dengan perisai yang diletakkan di atas kepala ibarat payung, dan aku melutut dalam perahu di samping Rasulullah. Rasulullah duduk dalam perahu yang berbumbung bagi mengelakkan anak panah sambil baginda berkelubung dengan selimut.

" Zulfikar, bagaimanakah rupa Rasulullah dalam mimpi kau tu ?"

Maaf, aku tak nampak rupa Rasulullah, sepanjang mimpi itu, aku hanya nampak bahagian belakang Rasulullah, dan Rasul dalam keadaan berkelubung dalam selimut. Aku hanya tahu figure itu sebagai Rasulullah kerana aku memanggil beliau sebagai Rasulullah dan para sahabat semua acknowledge figure berkelubung itu sebagai Rasulullah. Aku ingat lagi dialog sahabat dalam mimpi aku, dalam keadaan kuda yang terangkat kaki ke udara dan tangannya menjulang pedang ke udara, beliau bertempik kepada aku..

" Anak muda, lindungi Rasulullah dari musuh-musuh Allah!"

lalu aku pun bertelungkup di samping Rasulullah sambil menahan perisai di atas kepala.

************************

Itu adalah rahsia mimpi aku tentang Rasulullah, dan aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa kerana bagi aku, mimpi anak kecil mungkin hanya mainan tidur. Di samping itu, mungkin dengan watak dan akhlak aku membuatkan aku tidak layak untuk bermimpi walau secebis jubah Rasul. Mungkin juga aku rasakan mimpi itu adalah mainan perasaan aku yang terlalu asyik membaca buku sirah Rasul. Mungkin juga mimpi itu adalah mainan tidur akibat dari keinginan yang membuak-buak untuk kembali ke latar masa dan tempat zaman nabi dahulu kala.

Walaubagaimanapun, tentang mimpi Rasulullah ini, Ulamak Ahli Sunnah Waljamaah sudah memberikan guideline yang khas. Dan perkara ini bukanlah pendapat aku, sebaliknya ia adalah iktikad ASWJ.

Perihal Mimpi

Ahli Sunnah Waljamaah telah beriktikad bahawa sumber asas syariat adalah Alquran, Hadis dan Sunnah Rasulullah. Syariat itu boleh datang dengan Qalam Allah swt dalam Alquran iaitu wahyu atau melalui Hadis Qudsi, Manakala tatacara hidup dan prinsip ditunjukkan dalam Hadis Rasul dan Sunnah.

Selain dari sumber di atas, ASWJ juga beriktikad bahawa fatwa boleh ditarjih dengan kaedah qias iaitu kaedah menyimpulkan hukum melalui kes yang seiras. Contohnya kes Arak Khamar yang memabukkan dengan fatwa pengharaman dadah dan arak dari bahan yang bukan dari tamar dan anggur.

Selain itu jika tiadanya panduan penetapan hukum, maka ulamak akan menggunakan kaedah Ijmak ulamak. Iaitu ulamak bersidang dan mengkaji kes lalu membuat keputusan berdasarkan kesepakatan seluruh ulamak dengan sumber ketinggian ilmu, sifat mujtahid dan berlandaskan kemiripan kes dahulukala di zaman Rasulullah.

Namun, Namun dalam kaedah-kaedah di atas, Ulamak ASWJ tidak mengiktiraf mimpi sebagai sumber syariat atau asas meletak hukum atau wasiat dari anbiya untuk disampaikan kepada Umum. Bagi para Ulamak, Mimpi Rasulullah itu adalah hadiah, keistimewaan dan anugerah yang Allah bagi kepada mereka yang dirasakan layak untuk bermimpi kepada Rasulullah.

Mimpi Rasulullah itu tidak perlu dipertikaikan dan disoal-soal, kerana Rasulullah berjanji bahawa Syaitan dan Jin tidak boleh menyerupai Baginda untuk menipu samada dalam mimpi atau sewaktu sakaratul maut. Tetapi ia sama sekali tidak boleh dijadikan asas mencipta arahan/permintaan baru dari Rasulullah untuk dilaksanakan kepada Muslimin.

Ini adalah kerana Allah telah berjanji dengan FirmanNya dalam Alquran bahawa agama Islam telah sempurna :

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Aku cukupkan bagi kalian nikmat-Ku dan Aku redha Islam sebagai agama kalian”. (QS. Al Maidah : 3)

Jadi, jika semua orang boleh claim bahawa dia bermimpi akan Rasulullah dan Rasul mewasiatkan kepadanya untuk menyampaikan kepada umat islam akan sesuatu perkara baru, maka kesucian agama islam akan tercemar. 

Tiada lagi ketulenan agama seperti mana yang berlaku kepada Agama Kristian, agama kristian melalui perubahan kerana setelah 1000-2000 tahun jarak dunia dengan asas agama, maka Santo-santo telah mengeluarkan fatwa dan ijtihad baru hasil dari mimpi, ilusi, stigma dan ilham dari bayangan Jesus Christ.
Maka doktrin-doktrin baru dicipta kerana tiada siapa sanggup mempertikaikan kealiman santo-santo (saints)  yang mereka anggap sudah maksum.

Percayalah, aku tulis ini bukan kerana iri hati, atau ingin menghasut. Aku menulis atas kapasiti berkongsi ilmu bagaimana asas-asas syariat dan fatwa digazetkan dalam ASWJ, bukanlah mahu discredit sesiapa. Mimpi Rasulullah adalah hadiah paling berharga untuk umat akhir zaman. Ia adalah method untuk menghilangkan kerinduan kepada Rasulullah dan memberi semangat kepada Muslimin untuk sentiasa hidup dengan harapan dapat bertemu Rasulullah.

Mimpi Rasulullah adalah privilege dan keistimewaan kepada umatnya yang rajin mengingati Baginda dan ikhlas dalam perjuangannya. Namun sealim dan segenuine mana pun kisah mimpi Rasulullah itu, ia sama sekali tidak boleh dijadikan Wasiat, Arahan, Pesanan, Syariat, Fatwa dan Doktrin baru dalam Islam.

Ia mungkin boleh dijadikan iktibar dan peringatan untuk membangkitkan rasa sayang kepada Islam, namun peringatan dan iktibar itu berbeza dengan wasiat,arahan,pesanan, syariat,fatwa dan doktrin baru.

Jika kaedah mimpi diiktiraf bayangkan betapa kucar-kacirnya agama akibat semua orang mula claim mimpi mereka sebagai wasiat dari Nabi dan mungkin juga wahyu dari Allah.

Contohnya : Semalam aku bermimpi Rasulullah datang kepadaku dan mengkehendaki kamu mengangkat aku menjadi wali dan khalifah di Bumi Malaysia ini. Kamu juga harus menyerahkan harta dan perempuan-perempuan kamu kepadaku jika aku mengkehendakinya. 

Bayangkan kalau 10 orang yang cakap macam ni? bayangkan 100 orang, 1000 orang? 

Maka sebab itulah Ulama' Ahli sunnah waljamaah sejak dari ribuan tahun dulu telah menggariskan bahawa mimpi bukanlah satu kaedah menetapkan Syariat dan menyampaikan wasiat.

Dan Ingatlah kamu wahai kawan-kawanku, Rasulullah menyampaikan wasiat, Selagi kamu berpegang kepada Alquran dan Sunnahku dan Mereka yang memegang tali sunnahku (sahabat) maka kamu tidak akan tersesat. Tiada pula Rasulullah saw mention pasal berpeganglah pada petanda mimpi pada akhir zaman bahawa aku akan sampaikan pesanan dalam mimpi kalian. 

Aku harap dengan penjelasan panjang lebar ini dapatlah korang semua berfikir secara kritis dan mula menjana percikan minda, tidaklah korang terus teruja dengan kisah orang yang menyampaikan wasiat mimpi Rasul sesuka hati. Sekarang aku buka perbincangan, tapi sebelum bertanya soalan dan berbincang sila baca tanpa skinread, dan skip-skip, kalau skip-skip nanti korang akan salah faham matlamat sebenar penulisan.


***********Tamat************


Oasis adalah kawasan subur di tengah-tengah gurun yang tandus, Kesuburan Oasis adalah berpunca dari mata air bawah tanah yang kadangkala membentuk Tasik luas di tengah-tengah gurun. Gambar diatas adalah oasis di gurun Libya.

p/s Tulisan tiada kena mengena dengan mana-mana tokoh.

p/s Pendapat di atas bukan pendapat peribadi sebaliknya adalah Iktikad ASWJ

p/s Mimpi aku Pasal Rasul adalah mimpi aku semata-mata, aku tidak mengharapkan sesiapa untuk mencari makna sebalik mimpi itu.

January 26, 2012

Baru Keluar Hutan Taman Negara Mulu

Assalamualaikum...

Bagi mengelakkan keraguan dan kegusaran pembaca blog Rasa Hati, ada baiknya aku bercerita sedikit ke mana aku telah menghilang dekat nak seminggu ni.

Pada hari Jumaat lepas aku telah berangkat ke Taman Negara Mulu, Sarawak untuk ekspedisi menawan Pinnacles di Gunung Api. Xpdc telah berjalan selama 5 hari 4 malam. Iaitu satu malam di Miri, Satu malam di Mulu, 2 malam di Camp 5 ( kaki gunung Api dalam hutan Mulu)

Trip kali ini bagi aku amat menyeronokkan kerana ada banyak aktiviti sampingan dan kawan-kawan yang sporting. Selain dari matlamat utama untuk menawan pinnacles Gunung Api, Kami telah membuat lawatan ke Gua Rusa iaitu **Gua terbesar di dunia. Gua Lang, Gua Angin dan Gua Clearwater.

Selain itu, kami juga dapat pengalaman naik sampan orang Penan dari Lodge di Mulu ke Camp 5, pengalaman menolak sampan sebab Air sungai kering dan macam-macam lagi. Sampai sekarang aku masih mamai dan rasa macam dalam mimpi.

Perjalanan yang agak memenatkan dan kelam kabut, Dari KL - Miri - Mulu - Sungai Melinau - Camp 5 Kuala Litut - Mulu - Miri - Kuching - KLIA. aku rasa dah macam kena Motion Sickness dah, duduk je rasa bergoyang-goyang. Aku syak ni efek sampan berayun dengan take off - landing flight kerap sangat kot, ditambah dengan Platform jetty sungai tempat aku mandi tu beralun, tambah pulak lagi dengan bilik hotel tu yg bergoyang.

Nanti datang rajin aku, aku buat la entry khas berbentuk jurnal perjalanan xpdc Gunung Mulu ini. Sekarang aku nak berehatlah, esok pun mak aku ada minor operation mata, nak buang Katarak. Harap semuanya selamat. dan dapat lah aku berehat sehari dua sebelum aktif kembali menulis blog.

Nah sedikit bingkisan gambar yg aku copet dari FB. nanti ada banyak gambar, aku sambung cerita.

Abaikan muka yg comot itu, aku mmg sengaja tak bawak shaver dan taknak shave, konon2 nak nampak adventure dan  Indiana Jones la. tgk latar belakang! cntik kan....



First time naik Kapal Terbang enjin kipas, Rasa jakun jap, aku ingat ni focker, tapi bukan, nama dia ATR. semua di atas adalah group DMG Trekkers.

Berendam sejurus sampai ke Kem 5 Kuala Litut, wajib berendam untuk hilangkan peluh kat baju dan badan, takut kena serang dengan Sweat Bee (tebuan peluh).. Masa ni penat gila berjalan 2.5 jam straight sejauh 8.8 km mengharung trail hutan
keseleruhan DMG Trekkers campur dengan Mr Burung dan Andy, Guide kami yang sporting dan baik hati.

Naik sampan/boat dari Kem 5 ke Mulu balik. masa balik air sungai dah penuh so takde sesi tolak2 sampan, masa  pergi tu ye.

Gambar ni kenangan ni, bukan senang nak sampai ke Camp5 ni. jauh perjalanan dia. penat baq hang.
Dalam Gua Angin. pengalaman masuk gua best gak lah, tergamam tengok keindahan alam ciptaan Tuhan.


Okeylah, aku nak sambung rehat, badan rasa melayang-layang. esok ada banyak urusan. Untuk pertanyaan dan permintaan mengulas isu-isu semasa, insyallah aku tulis esok lusa k.

P/s 1 Penat

p/s 2 Letih

p/s 3 Jerih

January 18, 2012

Wafer Coklat Dan Keikhlasan Sayang

Assalamualaikum...

Jika korang ikut blog ni dari dulu, korang dah perasan pattern tulisan aku, penceritaan itu sebenarnya tidaklah rawak sangat. Latar masa cerita akan berkembang sealiran dengan relatif waktu. Dari kecik ke sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah waktu semasa.

Tapi kadang-kadang ia berkecamuk jugak, itu melambangkan aku terkenang kembali peristiwa khusus akibat dari peristiwa semasa yang mencetus. Kali ini biar aku bawa korang semua kembali ke zaman aku tingkatan satu. Tahun 1997, zaman Raihan tengah ketuk-ketuk percussion atas pentas.

****************

Masa aku form 1, setengah tahun dalam kelas aku duduk meja hujung sekali dekat dinding, pada masa tu aku duduk situ sebab aku nak borak dengan Bari dan Pejal, tapi lama-lama kami semua menjadi bosan. Hari-hari nak mengadap muka misai jarang pun bosan, kata sepakat telah diambil untuk kepentingan kami boleh bermesra bersama gadis.

Bari pilih meja belakang Zila, Pejal pilih meja sebelah Ana, Aku pulak pilih meja depan Haida dan Hafizah. Hafizah ni comel, muka standard modified budak perempuan baru nak belajar jadi anak dara, putih-putih. Ciri fizikal yang aku tak boleh lupa pasal Hafizah adalah muka dia terlalu putih dan kulit dia nampak nipis sampaikan kelihatan urat-urat hijau kat pipi dia. Aku tak menggatal kat dia sebab dia comel sangat dengan dah ada skandal dengan Hasbullah.

Justeru aku menagih kasih dengan Haida. Tidaklah menjadi kekok pulak bagi aku nak berhubungan dengan gadis sebab masa aku sekolah rendah lagi aku dah baik dengan perempuan. Tapi ada sesuatu yang istimewa pasal Haida. Haida tidaklah comel sangat, muka dia hitam-hitam manis, pipi tembam, gigi hamster, mata kecik dan berhidung mancung. Kalau nak judge muka dia, sedang-sedang elok kata orang, tak malulah nak bawak lepak tengok wayang. Tapi Haida ni tinggi dan tegap orangnya, tak menggedik sebaliknya cool dan lemah lembut dalam bicara, walaupun lemah lembut tapi dia masih menyelitkan unsur-unsur menggatal dalam lawaknya.

Banyak kenangan aku dengan Haida. Aku dulu selalu tertidur dalam kelas, bila aku tertidur, Haida akan sepak kaki kerusi aku dari belakang, Bila aku tersentak terkejut aku akan toleh ke belakang sambil buat muka garang-garang brad pitt.

" Muka Garang-garang bradpitt tu macam mana Zul?"

" Kau bayangkan muka brad pitt masa bangun tidur dalam cerita Mission Imposibble"

" Tapi Zul, Mission Imposibble tu Tom Cruise, bukan Brad Pitt"

" Ala, kira cincailah, ikut la ikut la, aku malas nak bertekak, potong stim la korang ni"

Bila aku pandang belakang, Haida akan senyum sengih pada aku sambil menyeringaikan gigi hamsternya. Lepas dah sengih dia akan buat muka garang-garang manja seraya berkata..

" Hey budak, tengok depan la, cikgu mengajar, Tidur je kerjenye"

Aku pun buat muka tak puas hati sambil genyeh-genyeh mata manja, padahal dalam hati dah berbunga sebab tau ada orang ambik berat pada diri ini, rasa kalau boleh nak melompat Ballet sambil menaburkan bunga-bunga sakura di sepanjang ufuk tenggara.

Semakin hari, ikatan kasih sayang itu makin bertambah erat. Kadang-kadang aku akan beli kacang botak sepeket 20sen dan bagi pada dia, kadang-kadang aku beli sagun gula, kadang-kadang aku beli gula-gula Hudson bagi dia, aku ingat lagi yang dia suka sangat gula-gula hudson hijau yang berperisa limau tu.

Pada satu hari, aku ingat lagi hari tu hari Isnin, selalunya hari isnin adalah hari kemewahan budak asrama bak maharaja china purbakala. Hari sabtu ahad mak bapak akan datang melawat, so banyak lah duit belanja dan Jajan macam Biskut meri, biskut kelapa, biskut mayat, roti, maggi dan macam-macam lagi. Selain itu kalau hujung minggu itu mak ayah tak datang, budak-budak akan outing ke pekan Rawang.

Pada satu hari Isnin ni, Haida tunggu waktu rehat, tapi dia tak pergi kantin, sebaliknya dia suruh aku tunggu dekat kelas.

" Hey Zul, meh sini, aku ada benda nak bagi kau"

" Ape dia Haida? baiknya hati kau nak bagi aku hadiah"

" Nah amik ni wafer, aku beli kat Rawang masa outing semalam"

" Aik, peliknya Haida, sepanjang aku hidup, ni first time aku dapat hadiah cekelat dari pompuan tau tak"

" Eeee kau ni lawak la, ni bukan cokelat la sayang, ni nama dia Wafer. sebut betul-betul, W.A.F.E.R"

" Waaaaaaafer! mesti sedap wafer ni. lagi sedap bila kau panggil aku sayang"

" Gatal! dah makan cepat"

" aum ngap ngap ngap"

" sedap tak?"

" seeeeedap sangat!" terima kasih ye Haida"

" sama-sama, haaa makan makan makan"

Aku ambil wafer tu, aku makan depan dia cepat-cepat lambang menghargai pemberian orang. lepas aku makan Wafer tu, plastik bungkus dia aku simpan bawah alas meja aku, aku alas meja aku dengan pelastik meja, atas pelastik meja tu aku alas lagi dengan plastik lutsinar.

Bawah plastik lutsinar tu ada lah macam-macam student letak, ada gambar keluarga, jadual kelas, pembalut gula-gula makwe bagi, plastik bungkus coklat Cadbury or Van hauten, dan Yes! Plastik pembungkus Wafer itu aku anggap sebagai kenangan pemberian dari orang yang aku sayang.

Setiap kali  Haida lalu depan meja aku nak keluar ke pintu depan kelas, dia mesti jeling plastik wafer atas meja aku, pastu dia senyum, dia tau yang aku telah mula sayang dia. Aku pun mula nampak ada pembalut gula-gula atas meja dia, Plastik gula-gula Hudson kaler hijau, Yes!! aku tau dia sayang aku.

Makin hari makin rapat hubungan kami pada masa tu, tapi bukan atas dasar cinta, cuma kasih sayang yang tidak dimengertikan lagi. Nak mengerti cinta apanya jika bulu ari-ari pun belum tumbuh lagi. Setiap hari aku akan pandang plastik wafer 3 serangkai tu, ada kaler biru untuk Wafer Vanila, Kaler merah untuk Wafer Strawbery dan Hijau untuk Wafer coklat.

Lebih kurang macam ni wafer yang aku dapat tahun 1997 dulu, tapi tak tepat la. kalau nak ikut tepat, dia takde  kaler putih, dia biru semua, merah semua dah hijau semua.

******************

Pada satu hari, ada dentist datang sekolah buat check gigi, dipendekkan cerita, lepas doktor cek gigi kami, nurse pergi buat gila annouce keputusan dalam kelas. Kononnya untuk bagi pengajaran supaya menjaga kebersihan gigi.

Aku dapat Gred A untuk gigi paling bersih bersama 5 orang lagi budak kelas, manakal Haida dapat Gred D bersama dengan Hasbullah dan seorang lagi hamba Allah yang aku lupa nama. Pada hari itu adalah hari paling sedih bagi Haida. walaupun aku tahu gred gigi tu takde kena mengena dengan aku tapi aku cuba menggembirakan dia.

" Haida, lepas ni aku tak boleh bagi kau gula-gula Hudson lagi dah, kau makan gula-gula banyak sangat, sebab tu banyak ulat makan gigi kau. Kan dah dapat D. Pasni takde gula-gula dah k!"

" eee bengong la budak kecik ni tau! hahahaahaha, mengada!"

" eleh baru nak gelak, suka. tadi monyok bukan main"

" mau tak monyok Zul, malu weih orang tau gigi aku kotor, dapat D tu!"

" Walaupun gigi kau kotor di mata doktor, tapi tetap berseri di mata aku Haida"

"Gedeebukkkk" hambik hinggap penumbuk belakang badan. Okey aku berjaya pujuk Haida yang monyok.

Kadang-kadang bila dekat kantin, Haida lalu nak pergi beli makan, dia lalu dekat meja yang aku duduk, lepas tu dia akan pandang dan senyum-senyum kat aku, rasa macam jalan tar tapak perhimpunan depan kantin tu terus berubah menjadi pasiran pantai dipenuhi buih ombak yang menderu pada penghujung musim panas Andalusia.

Bila sembahyang berjemaah kat surau masa maghrib dan Isyak, aku akan duduk row belakang, dan Haida duduk Row depan saf perempuan, lepas amik wudhu aku pandang dia sedang bertelekung, terus hilang masalah aku pada hari itu. Maklumlah masalah sering timbul bagi budak asrama umpamanya Spende hilang di ampaian, Selipar dicopet sebelah lain dan sebelah lain. Mangkuk megi hilang disamun Babun berambut hitam dan juga cadar sering komot akibat jadi wakaf tempat duduk senior datang berborak.

Aku suka gula-gula Hudsons, aku suka hudson hijau dengan kuning tu. Hudson biru aku jarang dapat makan. Gambar diambil dari ah-ros.blogspot.com



***************

Dipendekkan cerita yang dari awal taknak pulak dipendek-pendekkan. Sudah sampailah masanya ke penghujung tahun sekolah 1997, Dari awal lagi aku dah tau yang aku akan berpindah ke Mersing kerana family aku semua berhijrah ke sana.

Aku sudah nampak masa depan aku akan berpisah dengan Haida iaitu kawan perempuan yang aku sayang masa tu. Jadi aku amik plastik wafer Biru, Merah dan Hijau tu, aku lipat dan simpan kemas dalam diari. Hanya inilah kenangan kisah aku dan dia.

Tiadanya bertukar nombor telefon sebagai penyambung bicara, tiadanya gambar diri bersaiz A4. Hanyalah kata-kata akhir dari seorang kawan kepada kawan.

" Erm, eh Haida, kita dah nak habis sekolah dah ni, tak taulah kita dapat jumpa lagi ke tak lepas ni kan?"

" Eh kenapa pulak kau cakap macam tu Zul? kita kan cuti kejap je, tahun depan kita naik la form 2, masa tu kau tengok  muka aku pun naik muak tau Zul"

" erm, aku rasa minggu ni minggu last la kau jumpa aku Haida, lepas ni aku dah tak sekolah sini dah, aku pindah Johor"

" Serius Zul?"

" Ye serius, bapak aku bisnes kat sana, jauh sangat nak tinggal aku ngan abang kat Rawang ni, so kami pindah sekolah kebangsaan la kat sana pulak"

" erm nak buat macam mana, sampai sini je lah jodoh pertemuan kita Zul, kau nanti dah pindah sana jangan lupa aku ye Zul, aku sayang kau sangat"

" Aku pun sayang kau Haida"

" kau ni comel la zul, perangai sebijik macam adik aku, sebab tu aku sayang kau, aku sayang kau macam adik aku la Zul"

" Erkkkkkk.... adik???!!!"

" Ye lah, selama ni kau ingat aku sayang kau kenapa?"

" Takdelah ape pun, aku ingatkan kau sayang aku special ke, ape ke"

" Taklah, selama ni aku anggap kau macam adik aku"

" Tapi kita kan sebaya, umur sama. mana boleh jadi"

" Apa pulak Zul, kau kan lahir bulan dua, aku lahir bulan satu, dah tentulah aku kakak kau"

" lantak kau lah Haida, adik ke kakak ke, abang ke, apa ke, yang penting aku sayang kau, dan at least aku tau ada orang sayang dan amik berat hal aku, percayalah aku takkan lupakan hubungan kita ni sampai bila-bila Insyallah"

" kau jangan lupa aku ye zul, janji tau Zul"

" Insyallah, janji aku tak lupa kau Haida"

Nampaknya janji aku kepada Haida masih lagi tersimpan hingga kini, Apabila aku masih lagi mengenang setiap kenangan manis yang berlaku antara kami setiap kali aku makan wafer samada yang rangup atau yang lemau masuk angin. 

Tapi aku mushkil betul, dalam banyak-banyak benchmark kasih sayang ada kat dunia ni, dia anggap aku adik dia. Potong stim betullah Haida ni.

************Tamat************

Tadi aku makan Wafer ni lepas baik demam. Bila aku makan, terus aku teringat kisah aku dengan Haida. setiap kali aku pandang Wafer mesti aku terbayang kisah aku dengan dia. Itu baru penangan wafer, kalau korang bagi sesuatu dgn keikhlasan dan penuh kasih sayang, percayalah bahawa ia akan dikenang sepanjang zaman.


P/S I agak-agak Haida search tak nama dia kat Google search? kalau dia search dia jumpa tak blog Rasa Hati? kalau dia jumpa blog Rasa Hati dia kenal tak Zulfikar Hazri? Kalau dia kenal Zulfikar Hazri dia ingat tak aku kawan dia yang masih ingat kisah dia dan aku bersama Wafer coklat itu?

P/S II siapa pernah kena sindrom Kakak/abang angkat sebaya meh citer kat aku. aku pernah jumpa sorang masa aku tingkatan dua, sumpah gedik tengok aihhhhh....

P/S III padahal diri sendiri buat jugak, hahahaa


January 14, 2012

Sumpah Seranah dan Dakwah

Assalamualaikum...

Kita serius la sikit ye, Dah lama dah nak pesan pasal hal ni.

" Zulfikar, boleh tak kau tolong ulas masalah ustaz yang berceramah secara kasar, memaki hamun dan mencerca, aku nak dengar pendapat kau, sebab pendapat kau aku tengok tak bias. Bukan apa sebab aku tak selesa la dengan Ustaz tu yang kasar dalam berdakwah?"

Okey permintaan menyuarakan pendapat ini aku dapat dari pembaca dan juga kawan-kawan aku yang nak sangat dengar pendapat aku berkenaan penggunaan perkataan kasar dalam ceramah.

****************************

Semasa aku kecil, mak dan bapak aku sangat pantang jika anak-anak menghabiskan setiap hujung ayat dengan perkataan cursing contohnya seperti Bodoh, bangang, bengong, bongok, babi, sial, anak haram, celaka, butoh pak hang, pukimak, kimak dan sebagainya lagi. Korang list lah contoh-contoh yang ada dalam kepala korang tu.

Contoh penggunaan perkataan cursing/menyumpah ini boleh dilihat dalam struktur ayat yang aku akan listkan dibawah :

"Woi, bak ar sini selipar aku tu babi!"

"Wei jangan la jakun sangat bodoh"

"Bodoh, sakit la pukimak, anak haram sial babi betul la kau ni, tepi sikit!"

Masa aku kecik-kecik jika mak bapak aku dengar kami adik beradik menggunakan perkataan-perkataan di atas maka upahnya adalah Cili api yang akan ditenyeh ke mulut secara terus. Alhamdulillah, hasil dari didikan mak aku maka kami adik beradik telah terbiasa untuk tidak menggunakan kata-kata cercaan di dalam perbualan harian.

Pada pendapat aku, kau tak perlu nak letakkan semua cursing words dalam setiap bicara kau untuk kelihatan lebih cool, urban, BFF, sempoi, sporting, sarkastic. Kau masih lagi boleh kelihatan charming dan menarik perhatian ramai dengan jenaka kau, pilihan perkataan yang sedap didengar dan manipulasi ayat.

Kau masih boleh jadi sempoi operet tabung ekzos RXZ tanpa panggil kawan kau Babi.

Kau masih boleh menjadi budak bijak petah bicara tanpa perlu panggil kawan kau bodoh.

Kau masih boleh kelihatan cool tanpa panggil kawan kau anak haram, gampang sial.

kau masih boleh main snooker, lucky ball masuk pukul 1 pagi balik pukul 4 pagi tanpa kau sumpah seranah kawan-kawan kau pukimak

Kau masih boleh jadi penceramah agama tanpa panggil audience kau Boddow, boddo piang, beruk, kera, taik, bangang, bengong dan Ahli neraka.

********************************

Bahasa Melambangkan Bangsa.

" Untuk orang luar Terengganu, tak dinafikan ramai yang terasa hati dengan cara Ustaz tu yang selalu guna Bodoh, Kera, beruk dan macam-macam lagi. Memang nampak kasar, tapi kalau orang dah biasa dia tak terasa pun"

Itulah mainpoint nya, kita sebenarnya dituntut oleh akhlak Islam untuk mengelakkan salah sangka dan terasa hati di kalangan masyarakat yang berbeza dengan kita, kita dituntut untuk menjaga hati keseluruhan ummah demi kemaslahatan tamadun masyarakat Islam.

Masalah yang berlaku adalah ada orang under-estimate intelektual orang lain. Korang fikir yang orang lain tidak faham penggunaan konteks cursing slang kenegerian. Sebenarnya zaman pasca moden, ada blog, FB, Twitter dan kemudahan manusia merantau di Malaysia telah membuka mata rakyat semua pada perbezaan slang, budaya, bahasa pasar masyakat lain. Ia bukan taboo lagi. Orang dah pandai nak bezakan mana satu Akhlak terpuji masyarakat itu dan mana satu bahasa pasar.

Dulu pada satu masa, ada seorang kawan aku yang berpangkat Leftenan Muda berasal dari Melaka, aku jujur mengatakan sifat dia takdelah seronok pun untuk dibuat kawan. Dia adalah seorang yang annoying. Kata-katanya terlalu kasar sehingga merobek perasaan orang yang mendengarnya..

Pada satu hari aku dan kawan-kawan balik dari Kelas dan lepak di rumah bujang kami, sekali datang si Leftenan muda ini, masuk je pintu dia bukan bagi salam sebaliknya.

" Woi babi, anjing sial anak haram, ada lagi korang kat sini, aku ingat korang dah balik kampung dah"

Adakah dia boleh menggunakan Justification budaya kenegerian dia untuk menyumpah kawan-kawannya yang lain? adakah kerana budaya sesuatu tempat itu boleh dijadikan alasan untuk kita berlaku tidak sopan dengan masyakat marhaen yang lain?

Sebenarnya, Mungkin budaya sesuatu negeri itu tidaklah seteruk yang kita sangkakan, sebaliknya hanya sebilangan orang je yang terbawa-bawa semangat sangat nak BOLDkan kepasaran bahasa negeri mereka. Sebaliknya majoriti rakyat sesuatu negeri itu masih lagi tinggi dengan kesopanan dan kesusilaan.

Kita Harus menghapuskan Stigma yang begini.........

Orang Kelantan terkenal dengan penggunaan " Nate beghuk, Nate Kuba" bila mereka menyumpah.

Orang Melaka terkenal dengan sumpah seranah " Mampus, babi, sial" bila mereka menyumpah

Orang Perak terkenal dengan penggunaan " Gampang, siye kome tak tunggu aku pun nak ke pekan haram jadah!" bila mereka menyumpah

Orang Kedah, Penang terkenal dengan " Butuh pak hang, Nak harommmm" bila mereka menyumpah.

Orang bla bla bla bla bla bla, penat la pulak kalau nak tulis semua contoh. Korang kalau ada contoh lain nanti kongsikan kat ruangan komen.

Korang nak masyarakat korang diwakili oleh contoh budaya yang baik, atau tak baik? atau korang berbangga dengan keceluparan sesetengah masyarakat dalam negeri itu?

Dulu aku duduk Mersing, Mersing terbahagi kepada 3 masyarakat besar yang mewakili demographic di sana. Sepertiga adalah Orang Johor sendiri, Sepertiga adalah Orang Pulau dan Sepertiga adalah orang Mersing berketurunan Terengganu.

Orang asal Terengganu banyak yang menetap di kawasan Tanjung, sebahagian besar mereka adalah nelayan bot Pukat Cerut dan penggiat keropok lekor. Sebahagian besar orang Terengganu di Mersing terutamanya Tanjung mengenali Bapa dan keluarga aku sebab bapa aku adalah peniaga kilang air batu satu-satunya di Mersing. Dari peniaga kilang kepok lekor, awak-awak dan tekong bot-bot pukat cerut semua kenal dan mesra dengan kami. Pendek cerita kami berkawan baik dengan ramai orang Terengganu yang datang berkerja di Mersing atau yang keturunannya sudah bertapak di sana.

Tapi tak pernah pulak kawan-kawan terengganu aku panggil aku "Mung ni Boddow piang, Boddo mung ni, tak pernah pulak Pakcik Rosli Tokey kilang kepok lekor tu sembang dengan bapak aku duk boddo-boddo dan beghuk beghuk.

Berapa ramai pembaca dan pengkomen setia aku yang asal dari Terengganu contohnya Miss along wani, Aya yus, pinyu pijah dan ramai lagi, tak pernah aku tengok sekali pun mereka menggunakan Cursing dalam lawak jenaka mereka semasa berkomen dan berbincang dalam blog aku, aku pergi blog diorang pun takde pulak diorang sumpah seranah dan maki hamun dalam penulisan mereka

Jangan under estimate intelektual dan pengalaman orang. Masyakat faham dan pandai beza-bezakan budaya masyarakat lain dan kebiasaan pertuturan bangsa lain. Isunya di sini adalah pembawakan diri dan akhlak itu dapat dicerminkan melalui pertuturan dan pemilihan perkataan untuk menyampaikan Rasa Hati.

Pernah aku bersembang dengan Uncle Segharan masa lepas main badminton. Uncle Segharan sudah berumur 55 tahun.

" Uncle, Orang india kalau dia marah dia panggil Pandi Nair ka uncle?"

" Bukan orang india saja, semua orang dunia kalau marah memang mulut takda baik, panggil babi la, anjing la, monyet la, bodoh la apa la, tapi kita orang baik tak boleh guna cakap macam tu, mesti mau cakap baik-baik"

" Itu macam ka Uncle?"

" Iyalah, dulu ha Zul, saya pergi Chennai India sana, bila saya cakap, semua orang India itu tokey kedai ha sudah tau kita dari Malaysia juga, sebab apa u tau? sebab bahasa tamil Malaysia banyak lembut, baik-baik cakap juga, Kalau India origin sana cakap ha, banyak kasar.. pangil orang woi woi cit cit dey dey, itu tada baik Zul"


********************

Tempat dan Cara Penggunaan

 " Habis tu Zul, tak boleh guna la perkataan mencarut yang kau sembang panjang kat atas? aku tengok kau ada je guna dalam entry-entry kau yang lepas"

Jangan salah faham. penggunaan mencarut, sumpah seranah ni akan terjadi jika kau menggunakannya sebagai ganti nama kepada orang yang kau maksudkan, sebaliknya kalau kau guna untuk kata kerja atau peribahasa, menyatakan keadaan dan sebagainya lagi, ia bukan lagi Cursing, sebaliknya ia untuk menyatakan maksud.

contoh :

" kau ni Babi la" - Ini Cursing

" Ahseng mempunyai seekor babi sebagai haiwan peliharan, nama manja babi Ah Seng adalah kau-kau meiyaa" - Ini Ayat Kenyataan

" Babi punya Menteri, makan Rasuah, menteri dan laki dia sama je, dua-dua babi" - Ini adalah Cursing

" Menteri Besar Selangor turun padang untuk merasmikan pembukaan ladang ternakan babi yang baru, namun kehadiran segelintar penunjuk perasaan telah menyerang beliau dengan kelakuan yang membabi buta, saya menasihatkan mereka jangan buat perangai gila babi seperti ini. Nanti pasti membawa padah" - ini ayat kenyataan.

" Pantat mak kau, kau ni memang pukimak la" - Ini Cursing

" Kamu jangan nak mencarut-carut benda dalam kain aku ni. Kamu tu sedor sikit, kamu beranak pun lalu ikut lubang kotor aku, tak sedar diri punya anak" - ini adalah ayat kenyataan.

" Woi tunggu apa lagi? naik la kereta cepat Bodoh" - Ini cursing

" Woi Zack, kau jangan buat kerja bodoh, jangan terjun KB mall itu semata-mata kerana kata-kata nista yang dilemparkan oleh kekasih kau yang kita semua tahu bodoh itu" -ini ayat kenyataan.

Kadang-kadang aku rasa macam bodoh pulak bila semangat-semangat sangat nak bagi contoh dan terangkan perbezaan antara ayat cursing VS ayat kenyataan ni, sebab aku taknak under estimate pembaca aku. Aku yakin yang Manusia dewasa boleh guna common sense untuk membezakan mana satu Cursing, sumpah seranah, mencarut dengan ayat kenyataan/ peribahasa.


Akhir kata, macam biasa, mari kita main agak-agak.

"Agak-agak korang, boleh tak kalau nak sampai kan dakwah tak payah  nak cursing-cursing? boleh tak nak sampaikan maksud  dan mesej tanpa sakiti hati dan telinga orang lain?"

Kita agak-agak lagi.......

"Jika Rasulullah saw dan Para sahabat RA ada dalam masjid ilmu yang kau berceramah itu, agak-agak Rasulullah SAW redha tak dengan kata-kata caci maki dan kasar yang kau keluarkan? Agak-agak Rasulullah seronok tak melihat akhlak yang sedemikian?"



*****************Tamat*****************





Untuk mengikuti perbincangan boleh terus ke wall Dr.Maza atau klik link  di bawah


p/s segala kata mencarut di dalam penulisan di atas terpaksa digunakan sebagai contoh sahaja demi mencapai objektif penulisan. Sebaliknya jika ia didapati menyinggung hati mana-mana pihak, Aku secara jujur dan rendah diri memohon maaf tanpa alasan.

p/s penggunaan contoh-contoh kenegerian di atas adalah untuk mencapai objektif penulisan, tidak bermaksud ingin menimbulkan sentimen kenegerian, Namun jika terdapat struktur ayat yang menyinggung mana-mana pihak, aku secara jujur dan rendah diri memohon maaf tanpa alasan.

p/s entry ditulis bukan untuk mempengaruh sesiapa untuk membenci atau menyukai sesiapa, entry di tulis hanya untuk menyuarakan pendapat dan RASA HATI. Maka saya buka perbincangan di bawah.


January 13, 2012

Kaedah Mokhdar VS Genius dari Ampang

Assalamualaikum..

Sebagai pembukaan, aku masih belum baik dari demam. Keduanya aku sekarang dalam proses membetulkan balik jam biologi aku supaya kembali tidur normal seperti insan lain. Maka kini aku berjaya untuk tidur selewat-lewatnya pukul 2 pagi dan bangun pukul 7 pagi tanpa alarm. Ketiga aku sibuk dengan urusan MITI di Jalan Duta selama seminggu ini.

Jadi atas ketiga-tiga faktor tersebut membuatkan aku tidak tegar untuk menghasilkan karya pendapat yang aku janjikan pada korang untuk ulas Isu 901-bebaskan Anwar dan Video clip Muslimah menari dan bernyanyi-nyanyi beramai-ramai itu. Insyallah, weekend ini aku akan ulas pendapat aku tentang isu semasa politik negara. Hari ni kita sembang light-light je pasal kenangan aku masa tingkatan satu dulu.

*************************

Kalau korang masih ingat, pada penghujung tahun 90-an atau lebih tepat lagi 1995-1997, ada satu zaman di mana kaedah pembelajaran matematik mahu dikreatifkan. Ada banyak kaedah yang diperkenalkan di antaranya yang aku masih ingat adalah..

1. Kaedah Sampoa - tahun 1994
2. Kaedah Matematik kapal Terbang (seni imejan) oleh Ketua saintis dunia -1996
3. Kaedah Mokhdar - 1996 -1997.

Aku taktaulah korang macam mana, tapi bagi kanak-kanak 90-an pasti akan ingat ketiga-tiga kaedah di atas, jadi abaikan pilihan 1 dan 2 kerana ia bakal menjadi modal untuk entry mendatang, kini fokuskan pilihan ketiga iaitu Kaedah Mokhdar kerana kenangan ini selalu terbayang-bayang dalam kepala aku.

************************

Pada tahun 1997, aku tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Rawang, bersesuaian dengan aku yang benak metamatik, aku selalu mengharapkan keajaiban akan berlaku tetiba sehingga aku menjadi genius dan boleh mencipta rumus baru.

" Kalau lah tetiba aku lalu bawah pokok mempelam, sekali buah pelam jatuh atas kepala aku, aku pengsan, bila sedar je terus aku boleh selesaikan masalah kuantum fizik kan best!"

" Kalau lah aku termakan cendawan kulat beracun radioaktif, sekali otak aku bermutasi, terus aku boleh buat satu rumus baru algebra supermutant kan best!"

" Kalaulah satu hari, aku jumpa lampu jin aladin, pastu jin bagi 3 pilihan mesti aku akan pilih awek cun, duit 100 juta dengan otak genius matematik kan best!"

Begitulah antara fantasi aku masa aku kecik, sebab aku ni lemah matematik. Tapi bab karangan jangan cakap, sampaikan cikgu Bahasa Melayu dulu pernah fikir yang bapak aku Pensyarah Kesusasteraan Melayu yang bagi tuisyen persendirian kat aku.

Tetapi pada satu hari, seakan-akan impian fantasi aku untuk menjadi genius akan terlaksana bilamana datangnya seorang bapa dengan anaknya ke sekolah menengah aku untuk memberi ceramah pasal kaedah Mokhdar. Ia adalah kaedah pembelajaran Matematik ringkas yang akan membuatkan budak paling bengap matematik menjadi pandai macam anaknya.

Dipendekkan cerita, maka kami semua budak-budak asrama lelaki dan perempuan dikumpulkan di dalam dewan Umar Abdul Aziz, kemudian standard budak sekolah arab kengkonon kami pun bersila beramai-ramai atas tikar plastik gulung tebal itu.

Maka masuklah Mokhtar dan anaknya untuk sesi demonstrasi kecerdikan anaknya yang kecik mengingat nombor yang banyak tanpa fikir dua-tiga minit. Mula-mula bapaknya suruh bilang dari satu sampai sepuluh. Maka anaknya pun bilang lah. Aku lupa nama budak tu, jadi aku anggap nama anak dia asyraf sebab nama itu standard untuk watak anak kecil pada tahun 90 an.

"Zulfikar, kau jangan malas dan poyo sangat, kalau kau google pasti kau dapat tahu nama anak beliau itu, tak perlulah engkau nak bagi kata ganti kepada dia lagi"

Okey terima kasih, aku dah google, nama anak dia adalah Norman Hakim.

Maka Mokhtar pun masuk dan terus ke atas pentas untuk membuat demonstrasi. Bermulalah sesi demo tersebut.

" Norman, kira dari satu sampai sepuluh yang macam ayah ajar tu Norman"

" TU, WA, GA, PA, MA, NA, JA, KA, LAN, TO"

" okey terima kasih Norman, awak semua faham apa yang adik ni cakap? ini adalah hasil kajian saya untuk memendekkan sebutan angka dalam Bahasa Melayu yang sangat panjang agar jadi pendek dan senang diingat oleh orang Melayu. TU tu satu, Wa tu dua, Ga tiga, Pat empat, Ma Lima, Na Enam, Ja Tujuh, KA tu Lapan, Lan Sembilan dan TO itu sepuluh.... Jadi dengan gunakan kaedah mokhdar ini maka bla bla bla bla ngam ngam ngam hup hap hup hap, bla bla bla bla uuuuhai...bla bla ngam ngam bla bla"

" Sekarang saya tunjuk contoh adik kecil ini akan berjaya menjawab soalan matematik saya yang susah dengan hanya menggunakan kaedah Mokhdar ya!"

Maka Mokhtar pun buatlah sesi dialog dengan anaknya, dengan memberi soalan matematik iaitu mencampur nombor puluhan dengan puluhan dan anaknya menjawab dengan pantas tak sampai 2 saat, mari kita saksikan sedutan aksi itu di bawah ini :

" Sedia ye hakim, ayah tanya ni"

" baik ayah"

" Ga Ma ?"

" Pan"

" Lan Loh?" " lan las"

 "Pat Ma?"  " Lan"

Pada mulanya kami semua kagum dan terkesima melihat kecerdasan dan kepantasan adik itu menjawab semua soalan-soalan susah dari Mokhtar, Tapi bila ada kawan aku yang kacang hantu ada idea jahat mula meracun barisan tempat duduk kami, maka kami semua mula sangsi dan akhirnya membuat riak muka jahat.

Lama-lama kami mula hilang kagum sebab kawan aku si Pejal bibir, Fahmi dan aku mula membuat parodi sesama kami. Kami pun mengejek secara sinis antara kami, akibat dari keadaan yang tidak terkawal akhirnya kami pun kantoi dengan Ustaz, aku terlepas, tapi Pejal ngan Fahmi kena naik atas pentas buat demo.

Pejal dan Fahmi diberikan Microphone dan suruh ulang balik apa yang mereka buat dalam barisan tempat duduk. Memang dasar kepala kacang hantu dan kuat menganjing, selamba je diorang berlakon balik. Dah macam orang Siam dengan Sierra Leon bersembang selepas 19 tahun tak jumpa.

Bunyi dia lebih kurang macam ni, sorang tanya dan sorang jawab dengan laju setiap soalan dengan jawapan yang merapu tapi berbunyi kaedah mokhdar, sebegitu pantas sehingga ia berbunyi sama dengan Mokhtar dan anak dia walhal masing-masing tak faham apa yang diorang tanya dan apa yang diorang jawab.

"Lan Man - ga lan - Pa ma -gu ga, ga ma - pan lan -  juh puh - tan tan - man man - man tot- man ya, guh mah - lan pan - wa ma - pat ga - mak juh - pat pan, pan lan - ga ma"

Sangat laju sampaikan tahap budak-budak perempuan yang tak faham apa yang berlaku mati-mati ingat yang budak dua ekor tu memang dah master Kaedah Mokhdar walhal diorang hentam kromok je. Sampaikan dengar la kat belakang kami deruan suara kagum.....

"Huiyooooo, Peerghhh, terer ahh Uiyyooooooo"

Aku plak hanya gelak mengekek-ngekek, akhirnya terkantoi yang mereka hanya berlakon sebab makin lama bunyi kaedah mokhdar tu dah makin pelik dah, tak sama dah dengan Nahu dan Fe'el Mudoriknya.

" Lam pam, ke li tat tat mat gu, geng dang, geng dut, ta mak, blok klok, plok blap, plut plat, klap klup"

Terus satu dewan gelak dekah-dekah bila tengok diorang buat muka kering je ngajing Mokhdar atas pentas, Ketara muka Mokhtar yang merah padam dan tersipu-sipu sebab dia rasa budak-budak dah faham bahawa kami semua bukan nak tau pun kalau anak dia jawab soalan dia salah, sebab anak dia main jawab je ikut bahasa mokhdar. Bantai la bunyi apa pun.

************************************

Demi meraih balik kepercayaan audience, Mokhtar mencabar mangkuk dua ekor kat atas pentas tu dengan cabaran memori iaitu mengingat banyak digit dalam masa pendek. Dia cakap.......

" Oooo pandai ye awak ajuk-ajuk saya, hehehe kreatif-kreatif, bagus. Tapi saya nak cabar awak, saya boleh tunjukkan anak saya hafal 50 digit nombor secara rawak"

Pastu dia pun tulis la 50 digit nombor rawak atas kertas putih kat whiteboard. Tanpa kejutan sudah tentulah anak dia boleh ingat balik semua nombor tu dengan mudah menggunakan kaedah Mokhdar.

Semua orang tepuk tangan, walaupun ada yang tidak berbunyi gemuruh sebab budak-budak perempuan ada yang tepuk guna belakang tangan, sebab percaya bila bertepuk secara depan berbunyi itu akan menghasilkan anak-anak syaitan yang menetas dari hentakan dua tapak tangan.

Kemudian dia panggil Fahmi suruh tulis sendiri nombor-nombor rawak, dan kemudian ambil masa 5 minit untuk ingat, kalau dapat jawab sebut semua nombor tanpa salah, dia akan bagi RM10.00

Maka Fahmi pun tulis 50 digit, lepas dah tulis, dia pun tekup dahi dia selama 5 minit sambil buat muka kerut-kerut untuk hafal semua 50 digit tersebut yang berkedudukan rawak. Lepas dah cukup masa Mokhtar ambil mikrofon dan dengan bangganya cakap akan bagi lagi 2 minit tambahan untuk dia ingat. Lepas tu dia tanya Fahmi. " Okey adik boleh mula sekarang dalam kiraan 1...2....3..."

Fahmi dengan selambanya menyebut 50 digit itu sahingga hampir habis, dan 10 digit yang terakhir fahmi berlakon seakan-akan susah nak ingat, setiap satu nombor dia akan berusaha 5 saat untuk ingat. Mokhtar dah nampak seakan-akan menang pertaruhan ini.

Tapi akhirnya Mokhtar kecewa sebab selepas bertungkus lumus, Fahmi berjaya menjawab dengan baiknya sambil disaksikan oleh hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah hendaknya.

Mokhtar seakan tidak percaya dan kemudian dia interview Fahmi.....

" Syabas adik, saya kagum dengan adik. Bukan senang untuk Orang Melayu mengingat nombor rawak yang banyak macam ni tau? Saya kagum betul tengok kekuatan memori awak. Macam mana awak boleh ingat ya?"

" Saya ada menggunakan kaedah saya sendiri, kaedah ini saya gelarkan sebagai Fahmidar"

" Cuba awak kongsikan rahsia kaedah awak yang berjaya buatkan awak ingat semua digit yang banyak ni?"

" saya boleh kongsikan, tapi encik kena bagi dulu RM10 yang encik janjikan tadi"

" Owh ye, nah duit hadiah yang awak patut menang"  semua orang tepuk tangan dan bersorak-sorak untuk Fahmi sambil tak sabar nak tau rahsia kejayaan Fahmi.

" Okey sekarang bagitahu macam mana awak boleh buat?" Tanya Mokhtar.

" senang saja cik, cik tadi bagi saya marker pen dan cik suruh saya tulis 50 digit nombor rawak kan?

" Betul, jadi awak ada conteng dekat tangan?"

" Tak, nampak kan saya tulis secara barisan-barisan nombor kat kertas tu kan?"

" nampak! Maksudnya macam mana?"

" Okey, Barisan pertama nombor telefon rumah saya, barisan kedua nombor telefon Ofis bapak saya, barisan ketiga nombor plate kereta bapak saya campur dengan nombor plate motor abang saya,  Barisan ke empat alamat penuh rumah saya siap dengan poskod, dan barisan kelima tu hehehehehehe, no IC saya"

" Bijak bijak bijak.....bijak bijak bijak... tak sangka saya... bijak bijak bijak"

aku rasa lebih 10 kali Mokhtar ulang perkataan bijak itu tanpa dia sedar. Dan kami semua dalam dewan terkedu kagum, sampai aku pun terasa sangat kagum dengan muslihat si Fahmi hingga membuatkan aku masih ingat peristiwa itu sampai la sekarang ni. Bagi aku itu adalah Ultimate genius bagi budak yang berumur 13 tahun, yang mampu menewaskan orang dewasa dengan muslihat remeh.

Maka malam tu kenyang la aku, Pejal Bibir dan Fahmi Ampang makan nasik goreng bungkus tepi asrama dengan sardin roll 3 seringgit.


**********Tamat**********



Encik Mokhtar 52 tahun, aku masih ingat rupa dia mcm mana walaupun aku belum jumpa gambar ni tadi,  sumber gambar : Blog umi & Nafisa.




P/S I Faizal Bibir mendapat namanya kerana bibirnya sangat munggil ibarat bibir ketua puak Masai di Afrika


P/S II Nama anak dia Norman Hakim, tapi aku tak pastilah bapak dia panggil dia norman ke hakim ke baby ke adik ke, aku hentam je lah, korang andaikan betul je. aku tak ingat. Aku jugak tak tau mana kawan-kawan sekolah Rawang aku dulu berada, yg peliknya kawan sekolah rendah banyak yg dah jumpa balik.


P/S III Semua kaedah aku dah cuba tapi tak berjaya membuatkan aku Genius matematik, sehinggalah aku mula bekerja  baru aku menjumpai kaedah yang membuatkan aku terer matematik ekonomi, dinamakan Kaedah Kalkulator.

January 10, 2012

Giant - Hati Yang Seliuh Siapa Yang Tahu

Assalamualaikum..

Masa itu adalah pada tahun 1993 dan aku darjah 3. Ini membuatkan aku secara automatiknya berumur 9 tahun. Pada zaman aku tiada sistem tahun lompat, kalau ada pun mustahil untuk budak darjah 3 berumur 8 atau 7 tahun sebab budak darjah lompat hanyalah untuk yang berumur 10 tahun ke atas.

Masa aku darjah 3, aku ada seorang kawan yang abnormal. Aku rasa dia ada masalah kecacatan kelenjar tumbesaran yang membuatkan proses tumbesarannya tidak normal seperti budak sebayanya. Badannya membesar pada sekala pantas dari rakan sebaya dan itu membuatkan budak-budak memanggil dia Giant.

"Giant mempunyai tapak tangan sebesar kereta!" okey sorry aku menambah-nambah cerita.

Sebenarnya Giant mempunyai tapak tangan yang sangat besar, kalau dia pegang muka kawan-kawan aku penuh la tapak tangan tu sampai ke songkok. Giant juga mempunyai struktur tubuh yang besar dan tinggi bagak, akibat dari tumbesaran yang sangat rapid itu membuatkan badan dia menjadi bongkok melengkung. Sampai sekarang aku ingat lagi dialog Ustazah  Fadhilah dengan Giant.

" Giant, awak ni bongkok sangat la"

" Entah Ustazah, dah takleh betul dah"

" Cuba awak baring atas palang besi tempat main tu, pastu awak regangkan badan awak ke belakang, Tiap-tiap hari buat nanti boleh la lurus elok"

" tak bolehnya ustazah"

" Sayang je, badan dah besar, tegap macam ni tapi jalan bongkok-bongkok"

Pada masa tu, walaupun aku budak nakal suka ngusik orang, tapi aku ada kelemahan, aku cepat simpati bila tengok orang cacat atau tak normal. Aku tension je dengan ustazah tu. Dalam hati aku berkata-kata..

" Hek eleh ustazah ni, dah badan dia semulajadi macam tu, takkanlah boleh elok buat regang-regang macam tu"

Giant ada masalah Inferior complex, disebabkan dia lain dari kanak-kanak lain maka dia selalu menjadi mangsa ejekan. Akibat dari selalu diejek maka dia akhirnya sentiasa merasa rendah diri. Tapi Giant ada superpower, dia memendam marah umpama gunung berapi, apabila sampai satu tahap dia dah tak tahan sangat, dia akan mengamuk kejar budak-budak yang ejek dia umpama Garuda menghentam langkasuka.

Masa aku darjah 3 lagi aku dah ada ramai kawan, tapi lama kelamaan aku simpati dekat Giant sebab takde orang nak kawan dengan dia, jadi bila masa rehat, aku akan ajak giant makan dekat kantin bersama-sama. Walaupun aku simpati tapi tidak bermakna kawan dengan dia best, tak best sangat sebab dia membosankan. Terlalu rendah diri sampai biarkan diri dibuli membuatkan aku lama-lama rasa meluat dengan  sikapnya, sayang je badan besar macam undertaker tapi kena buli dengan budak-budak pakai sampin getah.

**************************

Pada satu hari Giant dibuli teruk oleh seorang samseng sekolah darjah 3, Nama samseng tu aku tak ingat jadi aku gantikan je nama dia ngan Sarip sempena mengambil nama Sarip Dol Samseng Kampung Dusun.

Sarip mengejek-ngejek Giant sambil terlompat-lompat macam kera.

" Giant giant giant, muka buruk, badan bongkok, suara sengau. Giant Giant Giant"

" Jangan kacau aku lah" Korang baca sambil buat suara ke dalam, garau dan sedikit sengau.

" Giant jalan macam gorila, gorila..wek wek, gorila"

Sambil Sarip mengejek-ngejek, Sarip memukul-mukul badan Giant, Sarip jugak sepak-sepak bontot dia. Oh ye pada masa ini, badan Sarip tinggi dan lebih besar dari aku, aku masa tu adalah pada skala standard kanak-kanak 9 tahun.

Semua yang Sarip buat aku boleh bersabar lagi. Cuma aku cakap " Wei dah lah wei, jangan lah kacau dia, kesian dia tau tak!"

Tapi bila sampai satu tahap Sarip ambil songkok giant, lepas tu campak atas lantai dan pijak-pijak sambil menari pogo, aku jadi temper, aku rasa terus meletup. Aku pun bangun dari kerusi dan terus buat satu gerakan yang sangat standard modified untuk aksi memulakan pergaduah iaitu, tolak-tolak dada.

" engkau ni Sarip, agak-agak ah nak buli orang pun, kau nak buli kau punya pasal lah, tapi yang kau nak pijak-pijak songkok dia kenapa? kau ada masalah apa dengan dia? dia ada kacau bapak kau ke?"

Sekali Sarip pulak menyirap, Sarip temper bila dengar aku cakap pasal bapak dia. Apalagi kami pun bergomol dalam kelas tu. Akhirnya dengan kuasa Super-saiya aku pun buat kamehameha sambil terbang ke langit! okey sekali lagi aku menambah-nambah cerita.

Akhirnya, aku gaduh-gaduh tolak-tolak dada Sarip, dengan tidak semena-mena Sarip dapat tangkap tangan aku, pastu dia tarik aku, dia peluk angkat dan kemudian buat balingan ke lantai sebijik macam aksi Wrestling.

Aku malas nak cari gambar bebetul, korang bayang je la aku kena humban macam ni, tapi muka ke bawah. 

Demi menjaga muka aku dari pecah tercium lantai, aku pun tahan impak jatuhan tu dengan tangan aku, maka habuannya tangan aku pun terseliuh. Justeru pada hari itu tewaslah hero Rasa Hati ni. Blog ini bukan kisah kartun walt disney yang always happy ending story, Ye pada hari itu aku kalah bergaduh dengan Sarip kerana mempertahankan seorang kawan Abnormal yang bernama Giant.

Aku sedih sangat masa tu, Tapi takdelah sampai nangis. Aku bukan sedih sebab kalah gaduh, tapi aku sedih sebab Giant tak bangun tolong aku, dia hanya duduk dekat meja dan tengok je aku kena humban ke lantai. Pada masa itu maka aku pun berputus asa untuk mempertahankan Giant lagi pada bila-bila masa mendatang.

***************************

Balik  ke rumah, aku cerita kat mak aku yang aku jatuh longkang masa try menari breakdance belakang blok kelas, mak aku percaya yang aku jatuh longkang. Petang tu mak aku bawak pergi jumpa Nenek Bakyah belakang rumah Nenek Timah untuk sesi mengurut tangan. Nenek Bakyah urut sangat sakit tak ingat dunia, tapi aku sayang nenek bakyah sebab dia sporting. Tengah dia urut aku sambil jenguk-jenguk kepala tengok mak aku nyibuk usha perabut rumah dia. Dia bisik kat aku....

" ni ekau bukan jatuh longkang ni jang, ekau bergaduh yo?"

" Uuuuih macam mana nenek tau nek?" (juih-juih bibir aku nak bagi efek sambil menaip)

" Dah berapo lamo pulak nenek ngurut oghang, ekau tak payah lah nak nipu nenek"

" Ha'ah, gaduh dengan kawan kat sekolah, tapi nenek jangan bagitau mama ye, kita geng kan"

" haaa, yo lah, tapi janji jangan gaduh lagi kek sekolah yo"

Aku taktau nenek Bakyah tu ada lagi ke tak, masa zaman aku mengurut dengan dia tu, dia dah tua sangat dah, jalan pun dah bongkok-bongkok, tapi aku ingat lagi bau minyak urut dia buat sendiri guna minyak kelapa, herba dengan daun serai wangi dia.

***************************

Selama seminggu jugaklah aku menyimpan dendan dengan Sarip, dan selama itulah jugak aku frust dengan sifat pengecut Giant.

Tapi pada minggu depannya masa aku pergi sekolah, terubat kelukaan hati aku bila Giant mengadu dekat bapak dia perihal Sarip yang belasah aku dan selalu membuli dia. Bapak Giant datang bawak parang panjang yang guna untuk tetak buah kelapa tu.

Kelam kabut Sarip kayuh basikal lari takut kena tetak. Padahal pakcik tu acah je pun. Selepas dari peristiwa itu aku dah tak jumpa Giant lagi, dengar cerita dia pindah sekolah, dan dengar cerita lain dia berhenti sekolah agama.

Aku pun puas hati sikit sebab aku dapat pembelaan yang sewajarnya, Tapi seliuh ditangan boleh diurut, seliuh di hati siapa yang tahu.

Andre The Giant - macam ni lah lebih kurang muka kawan aku yang nama Giant tu. Rahang yang petak, mata ke dalam, mulu besar. tinggi melengkung. 

p/s I nanti-nantilah aku ulas pasal 901 bebaskan Anwar tu, Pada aku lebih elok hal tu sejuk tanpa dibesar-besarkan lagi di blog. Lagipun lepas je verdict semalam semua orang cooldown, langit menjadi cerah dan jem pun beransur pulih. So rilek-rilek sudah ye dak.

p/s II Mana tah Giant skrg ni, entah dia ingat aku ke tak. aku tak tau. Dah lama aku tak main P/s banyak2 mcm dulu kan.


p/s III Menulis dalam keadaan demam dan dapur penuh bau durian dan tempoyak.

January 7, 2012

Dilema Tempoh Peralihan

Assalamualaikum

Tempoh peralihan adalah yang paling mengelirukan, peralihan dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina ke Sekolah Kebangsaan, peralihan dari bandar ke kampung, kampung ke bandar, tempoh peralihan meninggalkan dunia remaja ke dunia dewasa, dunia dewasa muda ke dewasa matang dan dari dunia tua ke meninggal dunia.

Tempoh peralihan bukanlah satu sisi rahsia dalam kehidupan seorang manusia. Semua makhluk beralih setiap fasa dalam hidup. Sampai masa, anak singa akan tinggalkan jerumun sarang ibunya dan pergi mengembara, sebelum mengembara dia mencabar dulu singa alpha tua, kalau menang dapat jadi ketua puak, kalau kalah kena halau dari teratori dan pergi membina tribe yang baru.

Anak burung sampai masa perlu terbang dari sarang yang selesa itu, walaupun sampai bila-bila mak bapak akan sayang anak sendiri, tapi satu masa anak tidak betah lagi nak makan cacing dari paruh ibunya. Sampai satu masa taknak lagi makan isi perut ibu yang dimuntahkan semula.

Peralihan kematangan itu adalah fitrah kepada spesis hidup, ia bukan kenyataan cliche orang tua yang suka membebel kepada orang muda, tetapi ia adalah kehendak hidup. Ia adalah proses yang berjalan secara nature.

Masalah timbul kepada manusia apabila dia cuba melawan fitrah. Dia cuba menyongsang dari tuntutan proses semulajadi. Dengan harapan dapat mempertahankan saki baki kecomelan dan kemanjaan, remaja akan berusaha sehabis daya untuk kekal keanak-anakan di hatinya wahima tubuhnya sudah tidak mampu lagi bertahan.

****************************
Dilema Remaja.

Gadis remaja juga ada masalah tempoh peralihan yang ketara, tempoh peralihan kematangan ni sangat menyeksakan kepada seorang gadis, Jika mereka berjaya mengharungi dengan jayanya maka mereka akan membesar sebagai orang yang matang dan penuh yakin diri. Sebaliknya jika mereka gagal mereka akan mula mengalami simptom-simptom 'belum bersedia menjadi dewasa'

Aku gunakan kes study sebagai contoh untuk menerangkan akan masalah dilema ini seperti di bawah:

1. Masa sekolah rendah elok je pergi sekolah pakai singlet, bila dah masuk sekolah menengah, Tingkatan satu dan dua, kena panggil  dengan cikgu kaunseling perempuan dengar taklimat Bra. Budak sekolah menengah wajib pakai bra, lepas pakai bra kena pakai singlet kat luar pula.  Itu tiada masalah.

Masalah timbul apabila ada remaja yang reluctant untuk berubah, mereka rasa buah dada mereka masih lagi remaja, belum tumbuh cukup besar untuk mewajibkan mereka pakai bra. Masa inilah masalah tiba, apabila mereka pakai singlet dan ada sikit kesan mancung di dada. Mereka akan jalan terbongkok-bongkok macam nenek tua, nak tutup kesan timbul 'sikit' dekat dada.

Tapi bila cikgu marah-marah, akak angkat tegur, papa tegur, kakak kandung tegur, Mak nasihat, mereka tetap berdegil taknak pakai bra, bagi mereka semua orang salah dan seolah-olah tidak memahami jiwa mereka.

" semua tak faham perasaan syikin, syikin punya nenen belum besar la, mana ada bra size Syikin. Syikin malu la mummy nak pakai bra ada span tu, eeee malu la budak lelaki tengok-tengok. Biar la Syikin pakai singlet je macam dulu-dulu"

" Tak boleh sayang, Syikin dah besar, kat sekolah menengah tu budak-budak lelaki dah miang-miang. Bukan macam budak sekolah rendah yang tak tau apa-apa, walaupun syikin punya nenen belum tumbuh besar betul-betul lagi. tapi syikin kena la pakai bra tu, tutup, malu tau nanti orang tengok"

" syikin taknak mummy, taknak"

Jika Syikin mendengar nasihat orang tua dan pasrah dengan proses kematangan itu, maka syikin tak perlulah menghadapi masalah-masalah yang kompleks yang akhirnya menjebakkan diri dia dalam dunia Emo-Forever-alone-orang semua tak suka aku- i'm not fit in- kenapa semua orang benci aku- Zone itu.

Maka Kronologi kisah-kisah sterotype remaja emosional terbentuklah pada fasa standard.

1. Syikin terperangkap dalam dilema nak pakai bra ke tak.
2. Syikin memilih tidak mahu pakai bra
3. Mummy Syikin nasihat pakai bra ada span yang jual dekat giant
4. Syikin berdegil tidak mahu dengar nasihat dan tidak mahu berubah menjadi dewasa
5. Budak lelaki mula soksek-soksek belakang kelas bercerita pasal nenen Syikin
6. Budak-budak perempuan mula ngumpat dada Syikin yang tajam tapi tak besar, masih pakai singlet macam budak sekolah rendah walaupun cikgu dan pembimbing rakan sebaya dah nasihat.
7. Syikin tetap ignorence
8. Lama-lama perangai kedegilan Syikin itu berubah menjadi annoying.
9. Orang meluat dengan perangai Syikin yang degil dan tidak mahu dengar cakap orang
10. Masyarakat mula pulau Syikin
11. Syikin emosional, merajuk, menyendiri, memberontak.
12. Orang dah penat nak layan dan pujuk semua kehendak Syikin
13 Syikin rasa lonely
14. Syikin terjun KB Mall.

**********************************
Dilema Orang merantau

Janganlah baca masalah Buah dada syikin ini secara literally, baca ia sebagai analogi. Contoh kepada semua masalah transition. Iaitu masalah Dilema Tempoh Peralihan Gadis Remaja. Ada banyak contoh lagi yang aku boleh bagi, tapi aku tengok kat preview entry post ni dah panjang sampai ke lantai, nasib baik tak tulis pakai exam pad dengan pen kilometrico, kalau tak mesti jari sengal.

Tempoh peralihan juga terpakai untuk masalah berpindah rumah. Dulu aku pindah dari KL ke Mersing, banyak budaya dan cara berfikir yang totally berubah 360 darjah. Budaya, trend, petua, seniority, gaya bahasa dan sebagainya lagi. Tapi itu bukan masalah!

Masalah hanya timbul apabila korang reluctant untuk berubah dan mengalah. Reluctant untuk mengasimilasikan diri dengan masyarakat setempat. Mujurlah aku cepat sedar dan cepat-cepat aku masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang rimau mengaum.** aummmm..

Bak kata pepatah orang putih when in Rome, do as the Romans do. Takpe nanti entry lain aku akan fokus untuk cerita pasal ini dan kawan aku dari JB.

********************************

Hendak atau tidak, satu hari nanti kau pasti perlu berubah, berubah menjadi dewasa, berubah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Memang manusia perlu berprinsip, tapi prinsip tidaklah sampai ia akan menyusahkan diri. Kedegilan untuk tidak mahu menyesuaikan diri dengan proses peralihan ini hanya akan membuatkan kita makan hati.

Remaja sampai satu masa akan berubah menjadi dewasa. Jika kita tidak mahu berubah, itu yang akan menimbulkan masalah, Itu yang akan menjebakkan diri kita dalam dunia "i'm not fit in forever" Dunia akan matang, kawan-kawan kita akan matang, Adik beradik akan matang dan semua ini akan menuntut kita juga untuk menjadi matang.

Perangai kita yang tidak mahu matang itu, jika dibandingkan dengan kanak-kanak ia akan kelihatan comel, namun jika dibandingkan dengan rakan sebaya dan relatif umur kita, ia akan datangkan rasa menjengkelkan orang di persekitaran kita.

" Jadi Abang Zulfikar, tolonglah berhenti membebel lagi, dah panjang sangat dah saya baca ni, cepatlah simpulkan, saya nak tau macam mana saya nak berubah menjadi matang ni, saya nak buat first step. Apa tips dia ye? bagi yang simple-simple je tau abang, saya malas dah nak baca lagi"

Okey sebagai permulaan, untuk korang berubah menjadi matang, korang perlu score beberapa point di bawah. Jangan rushing, buat slow-slow, kalau tak dapat buat semua. Buat yang mana mampu.

Untuk menjadi matang, anda perlulah :

1. Tidak cepat merajuk, sentap, touching, terasa dengan nasihat dan teguran orang.

2. Rela mengalah pada argument yang remeh dan perkelahian yang tidak berbaloi.

3. Bertolak ansur.

4. Bersabar.

5. Sentiasa menghormati pendapat dan hak orang lain.

6. Tidak segan untuk memberi pujian dan penghargaan kepada orang yang membantu dan berjaya.

7. Jangan cepat cemburu dengan kejayaan orang lain.

8. Realisitik dalam bercita-cita

9. Tidak terkinja-kinja meminta perhatian orang.

10. Jika buat salah. Minta Maaf.

11. Belajar yakin diri, pandai pertahan hak sendiri, dan elakkan malu tidak bertempat.

******************************

Okey sekian sahaja bebelan aku pada hujung minggu, aku terpaksa buat entry post macam ni, sebab ada 3-4 orang bertanyakan soalan yang sama kepada aku, dan minta sangat aku tolong nasihat bab-bab macam ni.

Aku harap kamu, kamu, kamu dan kamu dapat menerima nasihat dan teguran ini secara positif dan berubah menjadi insan matang yang berjaya mengharungi dilema tempoh peralihan itu.

Kerana dirimu begitu berharga ** Flip Hair, hinnsss hinss rambut masuk hidung.

***********tammmmmmat*********

Pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu
Pura-pura bingung di dalam hati siapa yang tahu
Apalah guna dik berkain batik
andaikan tidak pakai kebaya
apalah guna dik berwajah cantik
andaikan tidak manis budinya

P/s baca 'tamat' di atas dengan kepanjangan 4 harkat, dengan dengungan Idgham Maalghunnah. Lebih afdhal dengan mati ayat dengan lenggok lagu Rast.

January 5, 2012

Darjah Satu

Assalamualaikum..

Pada tahun 1991, aku mula mendaftarkan diri dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Bharu. Apabila mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. Eh dulu ke dahulu? balu ke Bahulu atau Janda meletup di Bengkahulu? okey abaikan, nanti kita bincang di entry post lain.

Apabila mengimbaukan kenangan zaman dulu-dulu, lebih tepat lagi zaman aku mendaftar masuk darjah satu, ada beberapa elemen yang melekat dalam memori aku. Elemen-elemen ini tidak berjalan sekali harung, ia bersegmen-segmen sebab peristiwa masuk darjah satu ni dah lama sangat berlaku, hampir 21 tahun yang lalu.

Jadi, demi berlaku jujur aku akan mencuba sehabis daya untuk menghubung-kaitkan elemen-elemen tersebut agar menjadi garapan kisah yang lancar.


1. Kelas dinding separuh batu dan separuh papan.

Pada masa itu, aku rasa dengki sangat dekat budak-budak kelas lain sebab diorang dapat kelas blok batu penuh. Jaki je aku tengok blok kelas diorang, dah lah blok kelas tu warna oren, kelas aku plak warna separuh putih dan separuh biru-biru kusam. Aku ingat lagi monolog dalam hati aku pada masa pertama kali masuk mendaftar kat sekolah tu.

" Alaaaa, dapat kelas sekerat batu sekerat papan ke? tak bestnye!"

2. Suruh mak balik cepat, perasan dah besar sangat.

Kisahnya, rumah aku dengan sekolah tu dekat sangat, sepelaung tu adalah jarak yang harfiah, bukan analogi lagi. Harfiah itu maksudnya makna secara terus, atau Bahasa Inggerisnya Literally.

Mesti korang tertanya-tanyakan apakah yang dimaksudkan dengan sepelaung?

Sepelaung adalah kata imbuhan bagi menyatakan jarak sesuatu tempat tanpa menggunakan unit SI. Orang tua zaman dulu tak gunakan ukuran meter dan kilometer untuk nyatakan jarak yang lebih dekat dari sebatu, mereka gunakan ukuran sekapur sireh, sebatang rokok, setanak nasi, serantai dan juga sepelaung.

Sekapur sireh itu menandakan jarak dari rumah Marry De Silva ke rumah  Mat Jahar Derus hanyalah sejauh jarak masa habis kunyah sekapur sireh. Contoh ayat adalah seperti di bawah ;

"Habis je kunyah sehelai sireh berkapur dan berpinang tu maka sampai lah Makjah Senggol datang membawa kata-kata nista dari rumah Marry De Silva ke rumah Mat Jahar Derus. Habis porak peranda rumah tangga Marry De Silva akibat umpatan Makjah Senggol. MakJah Senggol berdosa kerana umpatan dan fitnah itu membawa kebinasaan walaupun Marry De Silva bukan saudara seagama Islam"

Samalah juga konsepnya dengan setanak nasi. Contoh ayat adalah seperti di bawah ;

"Meknab Blogger Hot berjalan tenang ke rumah Amelina Bekry, jarak rumah mereka tidak jauh, Hanyalah setanak nasi saja. Sampai je ke rumah Amelina Bekry itu maka masaklah nasi yang ditanak oleh Meknab di rumah . Namun selepas melihat Amelina Bekry pun pandai masak nasi berlaukkan Kari Hijau Thai wahima dia belajar kedoktoran, maka cemburulah si Meknab Blogger Hot itu lantas dia pulang ke rumah dengan semangat berkobar-kobar sambil menyingkap album Facebook beliau dengan pantasnya, jaga kau Amelina, habislah gambar kau dye dye rambut. habis punah ranggah!"

Dan sepelaung itu adalah dari kata laung. Jarak itu sangat dekat, sehinggakan kedengaran laungan dari titik A ke titik B. Contohnya ;

" Rumah Zulfikar dan sekolah itu sangat dekat jaraknya, hanya sepelaung sahaja. Jika mak Ikar melaung sekuat hati memanggil anaknya yang disayangi dan comel itu, maka kedengaranlah suaranya hingga ke pagar sekolah, justeru bertebaranlah burung-burung merpati yang enak bercanda di atas pagar sekolah yang dilitupi embun pagi itu. Lalu berlari-lari anaklah Zulfikar kembali ke pangkuan maknya untuk santap tengahari"

Disebabkan rumah aku dekat sangat dengan sekolah, jadi unsur-unsur rindu mak tu tak timbul, lagipun dulu masa tadika dah biasa berpisah sementara dengan mak. Dekat sekolah tu jugak kawan-kawan yang sama masa tadika pergi sekolah tu sekali contohnya Aswad, Mustafa Kamal dan Sabri.

Sehinggakan kisah aku yang suruh mama balik cepat-cepat lepas daftar hari pertama sekolah menjadi bualan hangat hingga sekarang bila makcik-makcik semua berkumpul cerita pasal anak-anak first time mendaftar darjah satu.

" Ikar dulu, takde maunya dia nak Yang tunggu dekat kelas dia, lepas dah daftar semua, masuk kelas, cepat-cepat si Ikar tu suruh Yang balik. Untung jugaklah rumah Yang dekat ngan sekoloh" Kata mak aku yang berpangkat Yang pada adik-adik dan Makyang pada anak-anak buahnya.

3. Suraya

Banyak kali dah aku cerita dekat dalam blog ni aku rasa, Iaitu kawan pertama yang aku tegur dalam kelas darjah 1 dulu adalah Suraya. Dia juga adalah gadis Chinese look yang aku syok masa darjah dua, sekarang dia dah bahagia bersama dengan suami tersayang dan dia juga adalah penulis blog. Kalau terer cari sendiri dekat bloglist sebelah "sudut pandang"

Aku sempat berkawan dengan dia sampai darjah dua je, lepas tu dia pindah sekolah kat Selayang, maka aku pun berbaik pula dengan Lydia. Lydia pun sekarang dah berkahwin dan anak satu, nampak gayanya aku jelah yang belum kahwin sekarang ni.

4. Cikgu Shamsiah

Cikgu Shamsiah adalah cikgu aku yang pertama sekali, jika tidak pertama sekali pun, beliau adalah cikgu pertama yang aku ingat masa darjah satu hinggalah sekarang. Sepatutnya aku panggil dia Teacher Shamsiah sebab dia mengajar Bahasa Inggeris.

Aku ingat Cikgu Shamsiah sebab dia sangat cantik, rupanya iras-iras Erra Fazira, tapi dia bertudung dan berkaca mata. Lagi satu, dia selalu manjakan aku dengan membelai pipi aku seraya berkata

"awak ni comel sangat tau Zulfikar" lantas aku pun menjawab

" Teacher adalah cikgu yang paling cantik dalam sekolah ni, dan saya sayang cikgu sangat, aummmmmm" okey abaikan aummm itu kerana aku sesaja tambah bagi unsur dramatik yang lebih ketara.

5. Berak balik rumah

Disebabkan rumah aku dekat sangat, jadi bila aku nak berak, aku akan menyelinap ikut pintu pagar belakang dan balik ke rumah. Janganlah bimbang sangat, adengan menyelinap itu bukanlah seperti adengan drama budak sekolah menyulusur  pagar berlubang dan meredah semak rumput tebal melintasi parit.

Sebaliknya aku hanya berjalan lenggang kangkung je ikut pintu pagar besar yang tak berkunci dan berjaga, mengenangkan mak aku pun memang berjiran dengan cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah tu, maka takde apa yang perlu dirisaukan. Patutlah aku tak pernah kena marah bila balik rumah nak berak kan? baru aku perasan apabila aku tengah menaip ni. Rupanya mak aku dah set konspirasi dengan cikgu-cikgu semua supaya kautim dengan aku.

Tapi aku ingat sangat satu ayat dari mulut mak aku. Masa tu aku dah habis berak dan keluar dari jamban

" Hah Ikar! bila masa kamu nyelinap masuk dalam rumah ni? bukan ke kamu tengah sekolah sekarang ni?"

" Jap mama, balik berak jap, kat sekolah jamban takde lampu"

" dah dah, cepat gi masuk balik, nanti pengawas tangkap nanti"

" okey tata mama.. dushummmmmmmmm"

6. Koperasi Seram bawah kolong tangga.

Pada zaman itu, aku dan mama akan dapat List barang keperluan untuk beli barang sekolah. Maka kami dua beranak pun akan pergi beli barang di koperasi sekolah yang terletak bawah kolong tangga blok bangunan dua tingkat.

Masa kecil lagi aku dah fikir yang koperasi itu daif sangat, sepatutnya sekolah berfikiran usahawan lah sikit, buatlah satu ruang yang elok untuk aktiviti berniaga. Tapi masa aku darjah empat, koperasi dah berpindah ke satu bilik yang lebih sempurna tapi tetap berdekatan dengan kolong tangga. List barang yang familiar masa beli untuk pembukaan sekolah adalah seperti berikut.

a. Lencana sekolah jenis kain berpelekat - 2 keping ( rendam dalam air seminit, tekap atas poket baju, dan gosok dengan seterika.

b. Lencana sekolah jenis besi berpin (optional)

c. Buku tulis. berkulit coklat dan ada Rukun negara dekat kulit belakang, depan ada ruang untuk tulis nama dan Kelas, ada lencana sekolah besar. Satu subjek sekurang-kurangnya dua buku.

d. Pembaris, pemadam, Gam, pensil dan gunting.

e. Buku Kertas Lukisan.

f. Pensil kaler Luna (cap kapal layar) swan tak best sebab kaler cair, tak nampak sangat.

Tapi mak aku akan beli yang penting je, yang alatulis tu beli dekat Pasaraya Bintang kat Selayang Baru, lagi murah katanya, lagipun pergi sana nanti dapatlah main Aircond dan cuci mata tengok kaset.

7. Duit Belanja RM 0.70 sen

Masa aku darjah satu, duit belanja adalah 70 sen, dengan pembahagian adalah seperti begini.

Bihun goreng/nasik lemak 40 sen, Air balang kadang-kadang rasa sabun basuh 20 sen, 10 sen untuk jajan atau simpan dalam tabung, terpulang kepada kebijaksanaan empunya wang belanja sekolah terbabit.

Selalunya aku akan simpan 10 sen setiap hari, sebab bapak aku akan cek, kalau ada 50 sen pada jumaat malam, maka bapak aku akan gandakan menjadi seringgit, kemudian simpan dalam Tabung BSN bentuk gajah ada musik. Masuk duit sekeping bunyi jingle BSN, saja masuk sekeping-sekeping sampai tengah malam semata-mata nak berlagak tabung ada bunyi kat adik-adik aku.

*******************

Okey itu sahaja buat masa sekarang. Tengok! sekali lagi, Sahaja ke Saja atau Je? okey-okey nanti kita sambung lagi di entry post seterusnya, aku rasa dah panjang sangat aku menulis ni, lagipun penulisan kali ini agak kompleks dengan ceramah tatabahasa dan kisah nostalgia. Sorrylah, bila aku minum nescafe banyak memang aku akan semangat menulis macam ni.

Sampai bertemu lagi di lain entry. Kongsikan kenangan darjah satu korang kat ruangan komen. Orang cakap kalau kita tulis, dan sebut kuat-kuat maka kita akan selalu ingat. Jadi nanti takdelah korang nanti sedih mengenangkan keadaan diri yang mulai lupa kenangan zaman kanak-kanak yang sangat indah itu.


Bulan ni aku namakan 'bulan kasut baru' sebab aku dah beli 2 kasut, kasut di atas adalah kasut Badminton aku berjenama yonex yang aku beli semalam selepas 2 minggu bertangguh-tangguh, aku beli kasut ni hasil dari duit Nuffnang. ** banyak cantik muka beli pakai duit nuffnang, beli pakai duit gaji kerjalah. Duit Nuffnang nak beli Spender Bayford sale 3 helai 20ringgit pun tak lepas.

Ini adalah kasut baru untuk mendaki gunung, berjenama Karrimor, aku beli hasil dari duit berblogging, di mana aku mendapat elaun khas dari Jabatan Perdana Menteri Mozambique yang bekerjasama dengan Blogger.com untuk menyebarkan dakyah anak muda yang anti pemberontakan baring atas jalan. Hasil dari penulisan aku maka aku telah berjaya menawan UPSKI dengan sokongan 500 juta mahasiswa  yang sanggup membela aku dari dihadapkan ke muka pengadilan atas Akta di dalam AUKUKU MAKSENTAP NOK.


p/s kadang-kadang aku mengenangkan kembali memori zaman kecil umpama filem gambar yang bermain di siling tatkala aku berbaring. Sehinggakan kadang-kadang terlalu mengharukan, anak mataku terasa panas mengenangkan keindahan zaman dahulu dan masa yang telah berlalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...