September 30, 2011

Pertandingan Melukis Kempen Keselamatan dan Kesihatan

Assalamualaikum..

Asyik penulisan berat je 2, 3 entry yang sudah, kali ni mari kita mengendurkan sikit suasana dengan niche blog ini iaitu kisah nostalgia.

Kisah zaman kanak-kanak yang hampir semua orang pernah lalui, tapi tercari-cari ke mana hilang memori itu. Kisah memori yang membuatkan orang tersenyum sorang-sorang lantas berkata-kata dalam hati...

" laaahhh, mamat ni pun buat jugak benda mcm ni? ingatkan aku sorang je yang buat dalam dunia ni, takdelah pelik mana pun aku ni ye.. katanyaa"

******************************

Bercakap pasal Seni, seni adalah satu bidang yang aku lemah, korang ingat aku ni multi-talented - poyo - ingat bagus - semua nak conquer sendiri, punya manusia ke?

walaupun aku aktif dalam sukan, bidang akedemik, bekerjaya di umur muda, suka menulis dan berdebat, gemar aktiviti lasak, boleh bernyanyi, pandai masak dan macam-macam lagi, tapi bila bab seni kreatif ...Ya Rabbi, jangan katakan lukisan aku tu jual tak laku tapi bayar upah orang suruh tengok sambil puji pun orang lari tau?

Kelemahan aku dari kecik sampai besar ada 3, satu tangan tak berseni, lemah matematik dan gemuk, Nasib baik hensem, kalau gemuk pastu tak hensem, mesti aku takde keyakinan diri lansung kan.

Tahap kebangkuan tangan aku terhadap seni adalah sampai mak aku cakap tulisan Khat aku masa darjah 4 adalah setaraf dengan tulisan Orang gua zaman purba.

Dan tahap comotnye tulisan Khat aku masa sekolah agama sampaikan ustazah Yong (jiran aku) pergi ngadu kat mak aku...

"Kak Awi... Kak Awi tengoklah anak Kak Awi ni, Ya Allah tulisan khat dia dah macam tulisan Cina"

" Iyeee Ustazah Yong? budak Ikar ni memang selewen, kalau bab seni jangan bagi kat dia, jenuh dah kak awi ajar dia, tapi takde mau dia nak kemas-kemas sikit, selekeh betul"

" Itu lah kak awi, bercakap pandai, suruh tulis khat macam cakar ayam, tak macam abang dia si Karnain tu, tulisan dia cantik sangat"

Untuk pengetahuan korang, abang aku johan pertandingan tulisan khat sekolah, siap ada pen/pensil khat khas lagi, ada kotak tau dak? kotak tu kaler hijau, dia simpan pensil khat tu macam simpan keris perasap kemeyan bulan mengambang malam jumaat.

Akibat di endorse dan telah termaktub bahawa aku memang tak boleh go foward dalam bidang seni tulisan dan lukis-lukis, aku telah mengabaikan bidang itu sampailah aku besar.

Korang nak suruh aku lukis kartun? nak suruh aku lukis doodle macam blogger duk buat tu, nanti korang jangan kecik hati kalau aku lukis muka korang keluar muka beruang.

Dulu ada pertandingan melukis Hari Wawasan 2020, aku macam kanak-kanak biasa, dan macam korang jugak mesti akan lukis kereta terbang dan UFO, konon-konon Malaysia nanti maju sangat tahun 2020, sampai kereta pun boleh terbang la kan.

Aku tunjuk Kereta terbang ngan UFO yang aku lukis tu kat cikgu seni aku, dia boleh cakap aku lukis kepala ular! tak ke kecik hati aku masa tu, aku rasa macam nak nangis dan lari ke kantin makan nasik lemak lauk sotong tau tak?

Nak cakap bab tulisan tangan pulak, aku punya tulisan ikut 4 musim macam kat New York, kejap musim senget ke kanan, kejap musim senget ke kiri, kejap musim tegak je bulat-bulat, kejap tulisan leper-leper. Tu kalau panggil pakar tulisan tangan dalam CSI tu, pasti dia cakap aku ada penyakit 4-person split identity crisis. kiranya kalau aku tulis pastu aku letak kat tempat jenayah kejadian, mesti CSI terpaksa buat episod khas untuk merungkai misteri tulisan tangan aku.

*****************************

Ditakdirkan Tuhan, pada satu hari tu, abang aku pergi camping pengakap dekat Taman Rimba Templer, adik-adik aku pulak tengah tidur nyenyak kat rumah. Bapak aku pulak tiba-tiba kelam kabut kejut aku pagi sabtu suruh siap-siap.

Aku jadi keliru dan kaku...

"apa ke hal pulak bapak aku ni begitu mesra pagi-pagi sabtu? selalunya selain dari Aktiviti ikut dia main badminton malam-malam, tak pernah pulak dia manja-manja ngan aku nak bawak jalan-jalan pagi sabtu"

Rupanya dia terdesak, Pengarah Urusan company dia iaitu Cold Storage mewajibkan setiap Pegawai bawak anak masing-masing bagi memeriahkan pelancaran Kempen Hari Keselamatan dan Kesihatan Syarikat.

Jenuh la aku siap-siap pagi tu pakai baju Kiki - Lala ikut bapak aku pergi Jaya Supermarket dekat PJ, Jaya supermarket tu cold storage punya. Kiranya tahun 90an, Jaya supermarket tu setaraf la dengan Yaohan, subang Parade dan Metrojaya.

Sampai-sampai sana, aku terkejut yang teramat sangat. Bapak aku gosok-gosok kepala aku, tolak-tolak suruh pergi satu kawasan berkumpul bersama kanak-kanak yang lain. semakin aku merapati tempat berkumpul tu aku baca banner depan pentas tu pelan-pelan.

"PERTANDINGAN MELUKIS KEMPEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN"

Mahu tak berdebar dada aku, masa tu aku mula sengih lebar je sambil tengok bapak aku, bapak aku pun sengih kerang busuk tengok muka aku. aku dapat baca dalam kepala bapak aku berbunyi begini...

" habislah kredibiliti aku, kena gelak dengan kawan-kawan aku semua, Karnain pergi camping pulak, aahhh dari takde, Ikar pun Ikar la, janji participate, jangan dia lukis UFO sudah"

Aku pulak dalam kepala berbunyi begini....

" Addduhhhh, pertandingan melukis pulak dahhhh, apsal dia tak buat pertandingan lari dalam guni, nak suruh lukis, kang aku lukis UFO pakai skirt nanti kannngggg"

***************************

Dipendekkan cerita, aku pun melukis guna pensil warna Luna ada cap kapal layar tu, sedangkan aku tengok anak-anak orang kaya Petaling Jaya - Damansara Heights - Hartamas semua bawak set kaler sendiri, ada yang bawak Bancho, ada yang Bawak Crayon besar talam kopi, ada yang siap bawak meja melukis ala-ala meja arkitek boleh lipat lagi.

Mana boleh aku lupa, masa tu aku lukis cincai gila, lukisan tu ada bangunan banyak-banyak dengan tingkap kotak-kotak sebagai background, langit kaler putih, kaler putih sebab kertas tu putih, takda masa aku nak kaler langir biru, pastu bangunan aku boleh kaler ungu, kuning, oren, mambang biru air laut, depan bangunan tu aku lukis lampu isyarat, zebra crossing dan ada kereta 3 bijik, pastu aku lukis bapak pimpin tangan anak dia lintas jalan sambil lampu kaler merah untuk laluan kereta.

Yang tak menahan tu, aku siap lukis topi keselamatan kaler kuning atas kepala bapak ngan budak tu, entah apa kena mengena pun aku tak tau, kengkonon imaginasi aku nak nyatakan bahawa kena jaga keselamatan lintas jalan, kena guna zebra crossing, pimpin tangan dan pakai topi, takut batu bata jatuh dari langit.

" detailnya kau terangkan Zulfikar, kan dah meleret-leret cerita ni, kalau kau lukis je balik pastu upload kat entry ni kan senang?"

"nak buat macam mana, aku tak pandai lukis balik guna paint windows ni, kang cramp jari aku nak tarik-tarik mouse ni nanti"

******************************

Tapi dah nama  pun rezeki, aku menang dapat Naib Johan dalam acara umur 10-12 tahun acara melukis kempen keselamatan, masa aku menang tu, aku garu-garu kepala naik pentas amik hadiah. Lukisan macam orang neolitik dalam gua pun boleh menang? punya lah takjub aku, kalau tak takjub takde de aku nak ingat peristiwa ni sampai tua-tua.

Hadiah masa tu, Voucher membeli belah Metrojaya bernilai RM70.00, aku bawak voucher tu, memula aku nak beli set silap mata ada bola span dan kayu ajaib, sekali bapak aku ckp nanti benda tu tak guna, jadi aku beli Pen Parker berharga RM50.00, belen voucher tu aku jual kat bapak aku dengan harga RM 15.00..

Jadi bapak aku untung RM 5.00, aku pulak untung dapat duit cash RM15.00, nanti balik rumah boleh beli Ais pop banyak-banyak, pastu boleh beli gasing, berlagak dekat Mustafa Kamal anak makcik kantin sekolah agama.

************************

" Tapi Zulfikar, mana nya twist cerita ni? selalu cerita kau ada twist hujung cerita?"

" sabar anak muda, walaupun cerita sudah panjang tapi ia belum habis lagi, ada korang jumpa P/S? belum kan? kalau belum tu maknanya belum habis cerita"

Bila balik, aku dah terkinja-kinja dalam Proton Saga Knight 1.5 Magma kaler kelabu bapak aku. Punya la aku berlagak dan rasa disanjungi, aku rasa hasil seni aku dihargai oleh manusia jagat raya. Pada detik dan saat itu aku merasakan aku seperti Pablo Picasso pada zaman kecik beliau, aku rasa seperti aku dah mematikan sumpahan mak aku yang selalu kutuk hasil seni aku.

Aku seakan-akan nak masuk rumah dengan gaya Finale WWF, ada rambu-rambu dan kelip-kelip berterbangan, ada letupan mercun confetti hari jadi bersepai atas kepala meraikan kelahiran tokoh seni baru yang bakal menggegarkan arena seni negara. Pastu tambah lagi, ada belon kaler ungu turun dari syiling.

Masuk je rumah, aku tergedik-gedik kat mak aku, cakap aku menang tempat ke-2 pertandingan kaler dan lukis, aku siap tunjuk lagi pen parker yang aku beli dengan voucher kat bapak aku, aku tunjuk sijil ngan envelope hadiah lagi, perghhh meriah suasana kat rumah macam sambut raya. hup hap hup hap hup hap bunyi nafas semangat sambil cerita.

" betul ke kamu ni Ikar, betul ke kamu menang hadiah melukis? mama tak percaya langsung lah, tah tah kamu amik lukisan budak lain, kamu hantar kat pengadil kot"

" betul mama, Ikar menang, tu la mama tak caya yang anak mama ni ada bakat melukis, sekarang tengok la buktinya ma"

" tak caya lah mama, Yeop, betul ke ikar menang no 2 melukis tadi yeop?" (mak aku tanya bapak aku)

" Ha'ah, betul dia menang No 2, tapi abah dah Kautim dengan Juri dah, juri tu si Isnin, abah pergi kat dia, abah cakap, kamu Senin tengok-tengokkan anak aku tu sikit, Jangan la bagi tempat corot sangat, kurang-kurang pun bagi ada nombor la....nanti aku belanja kamu nasik kari"

Cisssss, aku dengar macam tu, terus kecewa gila, tapi disebabkan keyakinan diri aku yang tinggi, aku buat rilex je, sebab lagipun aku bukan harap sangat nak menang mula-mula kan, mentang-mentang la Pakcik Isnin tu staff bapak aku, sanggup makan rasuah nasik kari. Bapak aku pun sama, diam-diam sudah lah, biar jela aku syok sendiri dan menikmati kemenangan abadi.

Sekali pakcik aku yang aku panggil Pak Itam balik ke rumah, pak itam ni tinggal ngan keluarga aku, dan dia kerja sama tempat ngan bapak aku, bapak aku masukkan dia kat sana. Pak Itam balik je, dari pintu rumah dia dah menjerit sambil bongkok-bongkok bukak kasut ngan stokin...

" Yang..Yeop... Uiyyyoooooo Ikar menang contest melukis tadi, dapat No 2, tapi tah hape dia lukis pun Ayit taktau..dah macam rupa Pokok Getah kena toreh je ayit tengok"


Aku dari jauh, pandang tajam muka Pak Itam aku, "Cisss potong stim betul lah Pak Itam ni"


*************************

Cantik tak lukisan aku???? banyak cantik aku punya lukisan ni, korang jangan berangan la aku lukis macam ni, ni budak jepun mana tah lukis letak dalam google. cuma konsep aku lukis masa tu macam ni la, cuma bayangkan 100 kali lagi buruk dari ni.



P/S haaa,kan dah jumpa P/s kan? baru lah tandanya dah habis cerita.....







P/S ii eh belum habis lagi, lupa yang keyboard ni boleh taip P/S ii







P/S iii .... la korang ni, dah habis lah, nak jugak tu cari P/S iii.


September 29, 2011

Mengeksklusifkan Agama

Assalamualaikum

Semasa aku kecik, aku sekolah kebangsaaan macam korang semua, belah petang pulak aku sekolah rendah agama rakyat di Selangor yang dikelolakan oleh Jais. Aku tak pastilah ustaz dan ustazah yang mengajar itu dapat tauliah dari mana, tapi aku bersangka baik yang mereka semua orang yang tinggi ilmunya. Mereka mungkin belajar dekat Jordan, Al-Azhar dan paling koman pun Yaman macam ustazah aku.


Aku pulak, sejak dari kecik sudah suka bertanya-tanya, walaupun aku nakal macam yang korang baca dalam entry-entry lepas, tapi bila sampai bab belajar, aku akan ambil serius, semua benda yang aku tak faham, was-was aku akan tanya. Untuk kepastian, taknak nanti jadi salah faham sampai tua.

Aku ada beberapa perkara yang sampai sekarang aku akan ingat. Satu hari ustazah aku mengajar kami tentang Syafaat Nabi saw.

" Kamu semua tahu tak? barang siapa umat islam yang letak nama Muhammad depan nama dia, nanti dekat padang Mashar, orang tu dulu yang akan dapat masuk timbangan dan dapat Syafaat nabi"

" Tapi Ustazah, kalau letak nama Ahmad macam mana pulak?"

" kan saya dah cakap yang letak nama Muhammad"

" Tapi Ustazah, Rasulullah juga orang panggil dia Ahmad, dan maksud nama tu sama, yang terpuji"

" errrr.. errr maksud saya, sama la tu, siapa yang letak nama Nabi Muhammad ke Ahmad ke, dia dapat Syafaat Nabi"

" tapi Ustazah, ramai Sahabat Nabi tak guna nama Muhammad depan nama diorang, diorang tak dapat Syafaat nabi ke? diorang nanti duduk giliran hujung belakang kita ke Ustazah?"

" errrr.... errrr.. awak ni banyak tanya la Zulfikar"

Pada masa tu, aku tak boleh terima tokok tambah dalam hal demikian, mana mungkin seseorang itu dinilai kemuliaan dirinya dengan namanya. Allah swt mengukur ketaqwaan kita dengan amalan yang kita lakukan. Cara kita nak dapat Syafaat nabi adalah dengan banyak melakukan sunnah nabi, bersalawat kepada baginda dan ikut sehabis baik akhlak Rasul saw.

Mungkin korang yang muda-muda tak pernah dengar dengan pendapat macam kat atas, tapi kalau korang selalu lepak dengan orang-orang tua minum kopi, korang akan dengar macam-macam Versi agama, dan Jangan terkejut jika Sumber Israiliyat lebih banyak dari sumber yang sohih.

*************************

Pada satu hari, Ustazah aku ajar bab Tauhid, dan kemudian melarat sampai ke perihal gempa bumi. Dia cakap gempa bumi tu terjadi sebab...

" kamu semua tahu tak? bumi terletak di hujung tanduk lembu, dan lembu itu duduk di atas ikan Nun, Jika ikan nun tu bergoyang, lembu itu pun bergoyang lantas dunia pun bergoyang dan sebab itu jadi gempa bumi"

Pada masa tu, aku dah tarik muka dah dalam kelas, tapi kawan-kawan aku melopong-lopong seronok dengar cerita bumi atas ikan nun. Mana mungkin aku nak percaya, sedangkan aku baca buku dan tengok dokumentari, bumi ni bulat dan terapung-apung di atas angkasa. Takde pun ikan nun terapung atas angkasa.

Jenuh masa kecik aku duk belek buku national geographic kat library, duk cari ikan nun ngan lembu bawah bumi, haram tak nampak. Pada masa tu, walaupun aku kecik aku dah mula merasakan bagaimana hati aku kecewa ditipu oleh Ustazah. Kalau betul sekalipun Lembu tu berhinggut, mesti lah satu dunia yang gempa bumi, ni kenapa pulak gempa bumi dekat Kobe jepun je? Malaysia tak pulak gempa.

Tapi awas, pada masa itu, jangan tanya banyak dengan tok guru dan ustazah, sebab nanti dorang akan cakap...

" kamu banyak bertanya, kamu tak percaya dengan kuasa Tuhan ke? kamu kurang iman? kamu nak persoalkan kuasa Allah?"

Mereka menjumudkan minda anak murid mereka, dan mereka menghalang anak murid mencari ilmu melangkaui ilmu agama, mereka takut pengetahuan sains dan geografi akan membuatkan mereka tidak dapat menjawab soalan dan merasa tercabar. Lantas mereka menggunakan ke'eksklusifan' mereka sebagai Guru untuk mencapai status Mursyid yang tidak layak dipersoalkan.

Perkara inilah yang menjadikan Muslim seoalah-olah maju kebelakang, sepertimana Zaman gelap Kristian dan gereja, di mana pengikut mereka dihalang untuk mempersoalkan bible dan Paderi mereka, sehinggakan siapa yang mempersoalkan akan dituduh Ahli Sihir dan akan dibakar hidup-hidup. 

Amatlah rugi Umat islam sekarang yang hidup penuh semangat mencari agama, tapi mereka menjumudkan pemikiran mereka dan menolak dunia lebih dari apa yang Rasulullah saw buat pada zaman dulu.

**********************
Pada 1997, aku belajar dekat Sekolah agama Menengah Rawang, sebelum itu aku belajar dekat Sekolah Agama Menengah Sultan Abdul Aziz Shah batu 38 Sabak Bernam.

Semasa aku di Rawang, banyak ilmu yang aku dapat, ilmu Fekah, tauhid, sirah, hadis dan tak lupa juga ilmu silibus SPM. Tapi Ilmu agama yang dipelajari diluar kelas yang sedikit sebanyak mencorak pemikiran aku.

Pada masa itu di surau selalu ada tazkirah lepas solat jemaah Maghrib menanti Isyak. Diajarkanlah zikir, tahajud, munajat dan wirid lepas sembahyang, masa tu ada satu period di mana Masjid atas bukit baru hendak dibina.

Ramailah pekerja Kontrek dari Indon yang bekerja membina masjid tu, dalam ramai-ramai pekerja ni, terdapatlah seorang dua so-called Tok Sheikh Tarekat, perlahan-lahan mereka merapati murid-murid. Akhirnya ramailah murid yang mula memanjat bukit untuk berjumpa dengan kekonon Tok sheikh ini untuk belajar Ilmu Tauhid kesufian mengenal Tuhan.

" kamu kenal siapa Tuhan kamu? kamu mahu melihat Tuhan?"

" Nak Ustaz!"

" kalau kamu mahu belajar dengan aku, kamu mesti cari nama Allah yang ke-100"

" Haa!!? Nama Allah yg ke 100? mana ada ustaz, setahu saya ada 99 je nama Allah"

" Itulah yang membedakan kamu dengan aku, bagaimana kamu mahu beriman dan beribadat jika kamu tidak  mengenal Tuhan kamu, pergi kamu mencari nama Allah yg ke100, kalau dah jumpa baru kamu layak berguru dengan aku"

Korang nampak tak bertapa angkuh Tok sheikh ni? dan korang tahu tak implikasi dari Bidaah dalam Ibadat dan akidah ni?

Mula lah budak-budak semua tak khusyuk belajar kat kelas, mula lah tak khusyuk dengar tazkirah sebab berborak belakang surau, bincang apa nama Allah yang Ke 100. Bagi budak-budak yang dah dapat jawapan, mula lah mereka menjual agama mereka. 

siapa yang nak tahu nama Allah yang ke 100, kena belanja nasik Ayam kantin selama seminggu. Ada pulak yang suruh urut badan dekat Dorm baru dia bagitau nama Allah ke 100 itu.

Betul lah macam orang tua cakap, Cikgu Kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Macam mana cikgu tu, mcm itulah anak murid dia. Kalau gurunya menjual agama dan mengangkat dirinya lebih mulia dari umat islam yang lain. anak muridnya juga mula menjual nama Allah ke 100 dengan harga sepinggan nasik ayam.

**********************

Politik agama ni bukan susah nak faham, Sebenarnya semua manusia nak jadi ekslusif, semua manusia nak rasa jadi special, rasa lebih hebat dari kebanyakan orang. Jika semua manusia melakukan apa yang Nabi saw ajar, mengikut contoh dalam Alquran dan Hadis maka mereka tidak dapat merasakan berbeza dengan orang lain sebab semua orang tahu apa yang terkandung dalam Alquran dan Hadis.

Jadi macam mana mereka mahu nampak lebih mulia dan hebat di mata manusia yang lain? macam mana nak buat orang kagum?

Mulalah mereka mencipta ilmu ghaib dan ajaib dalam Islam. Ada yang cakap dia jumpa Allah swt dalam mimpi, ada yang cakap tok guru dia mursyid tahap pegang kunci syurga, ada yang cakap dia terer sebab dia tahu rahsia nama Allah yang ke seratus.

Ada yang berlagak cakap dia berzikir 10,000 kali sehari, menyebut nama Allah setiap masa dalam setiap perbuatan dan helaan nafas. Ada yang cakap tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok sheikh kepada tok heikh kepada tok sheikh dia pernah bersalam dengan Nabi Saw, dan barang siapa yang bersalam dengan dia, seumpama dia bersalam dengan Nabi saw, dan barang siapa yang bersalam dengan Nabi akan terus masuk syurga. 

Jadi... dia pun terangkatlah darjat lebih tinggi dari orang kampung dia. Bila darjat sudah lebih tinggi maka dia boleh buat apa sahaja dan cakap apa sahaja, kemudian dia akan disanjung oleh orang kampung,  dan dia pun dengan mudah mempergunakan orang kampung. Padahal Hadis "orang yang bersalam dengan Nabi masuk Syurga itu adalah Hadis Dhoif tapi orang kampung taktau mana yang dhoif dan mana yang sohih"

Ada yang cakap tok sheikh dia boleh jalan atas air, ada yang cakap tok sheikh dia pergi mekah buat haji naik Kuda ajaib, pejam mata zikir 1000 kali semalam, nanti terbang terus ke Makkah. 

Padahal Nabi Muhammad semulia-mulia manusia, paling banyak Mukjizat pun naik Unta beramai-ramai dengan sahabat berkelana dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Haji. Inikan pula dapat terbang naik kuda ajaib hanya kerana terer zikir 1000 kali satu malam? agaknya kalau terima Wahyu turun dari langit tahap mana ajaib dia aku tak dapat bayangkan.

Tapi awas, kalau korang mempersoalkan keajaiban Tok guru mereka, jika korang bangun dan bersoal jawab dengan tok guru mereka, mereka akan menjatuhkan hukum yang maha hebat kepada korang.

"engkau wahabi, engkau liberal free thinker, engkau illuminati, engkau freemason, engkau agent yahudi, engkau tak faham, engkau munafik, engkau fasik dan engkau setan besar dalam ini negeri"

Padahal kita hanya tanya mereka menggunakan Silibus sekolah agama rakyat darjah 5, bukannya soalan berat dari Yusuf Al-qaradawi pun, bukannya soalan dari Hassan Al-bana dan Syed Qutub, bukanlah soalan tauhid dari Ibnu Tammiyah dan Ibnu Qayim, jauh sekali nak berlagak sebagai Mujaddid. Hanya soalan ringkas dari buku tauhid dan Feqah silibus Darjah 5-6 sekolah agama rakyat.

Aku bukan mempersoalkan Karamat Wali dan Kasyaf orang alim, aku sebagai pengikut ahlu sunnah wal jamaah wajib percaya akan wujudnya Karamat Wali. Tapi sehebat-hebat karamat wali ia tidak akan mungkin lebih hebat dari Mukjizat Nabi, kerana nabi saw sebaik-baik manusia, kekasih Allah, Jika Allah mahu nabi itu terbela lebih dari apa yang patut, mestilah seluruh keajaiban langit dan bumi Allah beri pada Rasulullah.
**********************
Trivia entry post kali ini...

1. selama korang hidup apakah pendapat paling pelik dan korang mushkil dalam agama?
2. agak-agak apa jawapan Tok Sheikh pasal nama Allah yg keseratus itu?


p/s jenuh pikir, tapi taktau nak tulis p/s apa kali ni. tak sedar dah tulis p/s dah pun.



September 25, 2011

Mengundang Fitnah

Assalamualaikum...

Jangan mengundang Fitnah, tapi kesilapan mengundang fitnah itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tukang fitnah berpesta mengata orang. Fitnah Berdosa besar, lebih teruk dari membunuh.

Mungkin Zizan tak berniat nak kutuk Nabi Muhammad saw, cuma caranya itu disalah faham, script Hantu Bonceng itu script murahan dan perilaku dia berlakon menggelabah itu telah mengundang fitnah.

Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah orang dalam Video tersebut, mungkin itu double dia, tapi faktor-faktor lain, dan kekaburan dia menjawab soalan untuk meyakinkan orang telah membuatkan dia mengundang fitnah.

Mungkin Tak logik Cincin  Datin Rosmah harga 78juta, dan bagi aku siapa yang percaya fitnah ni bebal, tapi perilaku dia yang hidup kelihatan mewah dan selalu berbelanja sakan telah membuatkan dia mengundang fitnah.

Mungkin Nik Aziz tegas dengan pendirian agamanya, dan dia  rasa dia berpegang dengan Tahalluf As-siyasi, tapi perilaku dia yang membenarkan Karpal singh dan DAP mencabar agama Islam membuatkan dia mengundang Fitnah.

Mungkin Mat sabu......... bla bla bla.. arghhh mat sabu bukan mengundang fitnah, dia memang teruk pun..

Aku jugak dulu pada satu masa pernah buat silap, dan kesilapan ini membuatkan aku lebih berhati-hati pada masa mendatang supaya tidak beri peluang pada orang untuk memfitnah, mungkin mereka itu memang suka memfitnah atau tidak sengaja memfitnah, tapi perilaku aku yang tidak berhati-hati telah membuatkan aku mengundang apa adik-adik?????

" Mengundang Fitnah Abam Zul!!"

" Bagus.. sayang korang semua, nanti abang masukkan korang dalam Bloglist dan promote blog adik-adik semua ye, jangan lupa letak header dan tulis tajuk abam zul blogger comel sepanjang zaman"

"Baik Abam Zul, kami buat habis baik!"

*************************

Mengundang Fitnah Satu

Pada tahun 2002 aku masuk UiTM Dungun, dalam entry lama aku dah banyak cerita pasal Uitm, jadi tak perlulah aku perincikan latar masa dan latar tempat dalam penulisan aku ini.

Aku study dekat UiTM dungun selama 1-2 bulan je sebab kepadatan student pada masa itu membuatkan kami semua boleh memilih samada untuk stay di sana atau transfer ke UiTM Shah Alam. Aku memilih untuk Transfer Shah Alam sebab aku bebai dan bengang bila tengok jadual kena pergi kelas kitchen pada hari sabtu. sepatutnya hari sabtu adalah cuti, kenapa pulak kena pergi kelas, lecturer jawab sebab terpaksa, student ramai sangat jadi kena tolak ansur, terpaksa masuk kelas kitchen pada hari sabtu.

Tapi sebelum itu, aku bahagia di kolej kediaman Gemia di Dungun, aku ada ramai kawan baik kat sana macam Mat Lan, Fadhil, Zizi dan ramai lagi, kat sana jugak kakak-kakak senior cun-cun dan diorang jugak ada beberapa kali puji aku comel.

" tengok sikit bibir damak...olooooo comel"

" comel ke kak? memang la comel, pakai lipstik nak berlakon jadi Mak"

" berlakon jadi mak?? oloooo comel... berlakon dalam pentomen jap lagi eh? chaiyok chaiyok!"

" okey kak, bye, habis berlakon jangan lari, belanja makan karipap pusing"

Korang tengok berapa kali dalam satu perbualan akak senior puji aku comel? tak lembik lutut kau bila akak cute puji kau comel? rasa terawang-awang tahu.

Tapi apabila kau sporting dan comel, kau bukan saja dipuji oleh akak-akak, korang juga akan mula menjadi buah mulut Ahkak-ahkak. Di Kolej Tenggol ada ramai senior lelaki yang tak berapa nak lelaki. Tapi jangan lah pulak korang anggap aku prejudis terhadap mereka.

Aku baik dengan ahkak-ahkak ni, tapi diorang tak boleh baik sangat, nanti tangan merayap. jadi aku jarakkan diri aku dengan selalu menegaskan..

" abang ni baik hati, pandai bergaya pulak tu"

" panggil la akak, kau tak nampak ke  spegheti akak ni damak?"

" Eh silap, akak ni cute la, baik pulak tu, tapi saya straight, saya suka yang ori je kak"

" Eeee perasan la ko ni nok, ko ingat ko tu Kendu mak taste la kat ko, pleasee..tak kuasa mak, mulut lahar sangat"

" ehehehe, ala tu pun nak sentap, kata URTV, baru propa sikit dah sentap"

" ehhh, lebih pulak budak ni tau, kang mak gigit kang!! dah lah, meh tumpangkan aku nak pergi Gemia kejap, ada anak ikan mak nak pinjam buku"

Pada masa itu, aku dapat hadiah Honda EX5 dari bapak aku, aku bukan mengada taknak naik basikal, tapi bapak aku dah janji kalau masuk Universiti dapat hadiah motor.

Walaupun Ahkak Nyah itu berakhlak menentang arus sedemikian, tapi tak dinafikan ada kualiti yang baik pada diri dia, dia rajin tolong junior dia, samada pinjamkan buku teks, uniform atau pinjamkan mekap, Aku baik dengan dia pun sebab aku nak pinjam mekap lipstik sebab nak berlakon pentomen jadi mak kepada anak derhaka bertajuk "Sakaaaaratul maaauuttttt"

Walaupun ejaannya adalah 'sakaratul maut' tapi aku taip macam tu supaya masa korang baca korang terbawak-bawak nak sebut macam bunyi dalam radio pentomin yang bergema-gema tu kan.

Bermula dengan menumpangkan Ahkak Emilia atau emy itulah bermulanya diskusi fitnah terhadap aku. Dan aku tidak salahkan mereka, sebab aku sendiri yang mencampakkan diri aku ke lembah fitnah. Walaupun aku berfikiran positif dan mengharapkan kawan-kawan aku bersangka baik, tapi mereka tetap jua manusia yang suka kepada rumors. Baru penuh masa lapang kan? takdelah penat guling gelentang je dalam dorm. Fitnah pun mula tersebar....

" woi woi, korang kenal tak damak? korang kenal kan dia kan?"

" kenal kenal kenal, kenapa wei?"

" dia tu junior lagi dah pandai angkut pondan naik motor"

" mana kau tau jep?"

"semalam aku nampak dia bawak emilia naik motor dia datang gemia, dari tenggol"

" Ishh tak sangka lah damak mcm tu kan? teruk betul, dah takde perempuan lagi ke kat Uitm ni, sibuk ngan pondan"

Ibarat permainan telefon rosak, cerita fitnah itu yang bermula dengan method Cerita-kawan-atas-kawan telah mula berkembang dan berevolusi.

" Woi woi, Korang tau tak damak? korang kenal dia kan?

" kenal kenal kenal, kenapa wei?"

" Dia tu Junior lagi, tapi dah jadi anak ikan pondan kat tenggol, aku dengar cerita dia dah main dengan emilia, dengar cerita gak dia dah kapel dengan pondan tu weh!"

" Mana kau tau jep?"

" ade budak bagi tau yang kawan dia bagitau, dia nampak damak bawak pondan pergi gemia dari tenggol, Pondan tu siap peluk dia lagi, tangan plak duk gentel-gentel.. geli aku weh, sumpah aku tak sangka damak macam tu"

" perghhhh tak sangka betul aku, nampak macam straight, tapi layan Nyah kaaaaaaan! damak damak"

Tapi nasib baik kredibiliti aku masih berbaki, disebabkan PR aku agak baik dengan ramai kawan-kawan gemia, Fitnah itu dapat dipatahkan sebelum ia menjadi kanser, bagaimana ia reda?

Ia reda dengan sendirinya apabila mulut-mulut puaka itu sudah kehabisan modal, dan ditambah dengan endorsement dari kawan-kawn aku yang menyatakan aku cukup sejati. Kalau tak cukup sejati lagi, meh aku taruk segenggam dua cenderahati di dahi..

" ala kau Zulfikar, statement nak Cover leetteeww, tak boleh blah, mana aku nak tau kau sejati? apa bukti?"

" Takde bukti, terserahlah kat kau nak percaya ke tak, cuma nak pesan, fitnah itu lebih teruk dari membunuh, dari kau fitnah aku lebih baik amik pisau ni tikam belakang aku, tapi make sure aku mati betul-betul, kalau aku mati main-main jaga kau"

Tapi yang penting, diri aku sendiri pun patut dipersalahkan jugak kerana perilaku aku telah mengundang fitnah. Sebab itu Orang selalu pesan supaya jangan menfitnah dan mengumpat dan juga jangan mengundang fitnah.

*************************

Mengundang Fitnah Dua

Masa aku praktikal dekat Intekma Resort, aku attached dekat Department Hot Kitchen, sebelum tu aku attached dekat F&B, Coffee house dan Housekeeping.

Nak dijadikan cerita, masa dekat hot kitchen, ada kawan aku yang nyah, nama dia Ayu. Aku baik dengan Ayu walaupun kadang-kadang aku meluat dengan sikap dia yang lupa diri.

Disebabkan aku suka menyakat Nyah dan suka bergurau, aku selalu ajuk-ajuk Ayu bila habis kerja. Ala macam korang duk ajuk-ajuk punch-line pondan macam "sentap mak nok" dan " Tak kuasa mak"

Pada satu hari, acting aku menjadi-jadi, mungkin aku terminum kopi kacip fatimah yang ada estrogen atau aku seronok sangat sebab dalam akaun ada duit bapak aku masukkan, jadi gedik lebih.

Dari sekadar mengajuk Ayu macam biasa dengan ayat-ayat standard Nyah.......

" Wahhh kau.. keeeeelas kau nok, walaupun muka kau kertu tapi rambut tetap hazel nok!"

" Haaaruslah!... kau ingat mak tak mampu ke? mak kalau tak color rambut mak, mak tak keluar rumah tau, kau mampu??

" Tak mampu mak nok!"

Daripada sekadar menyakat macam tu, aku terlebih-lebih pulak pergi menari Cha-cha gaya Cikgu Linda Jasmin dekat Koridor Kitchen. Dengan Niat nak buat lawak, sekali datang Chef tenung aku dari jauh.. agak-agak lama baru aku perasan.

Dalam hati aku berdebar-debar, "ahh sudah, jadi cerita lah pasnih ni adoiiii"

Memang tepat jangkaan aku, lepas tu Chef tu pergi jaja cerita dekat akak-akak kitchen helper. Aku dengar diorang soksek-soksek...

" Zetty, kau nak tau tak Ty... Si Zulfikar tu rupenyeeeeeee Aww! rupa je misai jambang lebat, tapi patah kau tak Zety"

" Ishhhk abang ni, saya tengok takde lah, dia straight la bang"

" Straight kepala hotak kau Ty, kalau straight kenapa semalam aku tengok dia boleh menari Bosannova dengan ayu, bukan main rancak lagi kau tau tak?"

" dia gurau je tu kot bang"

" eh taklah zety, sah dah dia tu aww.. habislah pecah lobang dia"

Tapi aku pun suspek abang chef tu aww, sebab bila dia minum guna gelas mesti jari pinkie dia lentik, pastu bila jalan mesti nak kalis kalis rambut dulu, tapi aku taknak la fitnah dia, mungkin jiwa dia berpewatakan lembut tapi masih  bernafsu normal. bersangka baik itu kan bagus.

Berbalik pada soksek-soksek tu. Perrghhh masa tu, kecoh kejap dekat hot kitchen perihal fitnah ni, tapi nasib baiklah wabak fitnah ni tidak sempat berkembang biak. Mungkin sebab  kisah aku mengajuk nyah itu tak cukup kuat untuk dicompare dengan EX5 ruget aku kot. Gila...Nyah nak bawak EX5 ekzos bocor. Buruk benor rupenye wei.

Takpun mungkin sebab muka aku ni takde langsung potensi nak jadi Miss Universe kot.

" takpe, nanti Mak pakai susuk, mesti melets... curlasssst kau nok! main dengan mak? susuk berlian tau tak? kau hadooo??? nan hadddoooo"

Tengok!!! aku buat lagi, kang orang ckp aku blogger Nyah kang, tak pepasal..mampus.



aku rasa gambar ni dah recycle kot. aku pernah guna rasanya, tapi lantaklah, dalam album aku ada pict ni je pun masa kitchen, pict lain ade kat dak pompuan kot.. sapa ada nanti tolong upload FB k...tenkiu








p/s korang jangan selalu ajuk-ajuk Nyah dan perempuan gedik yang suka eje leetteww, sajeww sukeww tu banyak sangat tau, nanti org salah paham kalau 1st time kenal korang, ataupun korang lama2 jadi selese dengan ajuk tu, korang pun tak sedar telah berubah menjadi Nyah atau Perempuan gedik Ittewww...

p/s/s tengok aku dah buat ittewww lagi, baru je lepas nasihat.

September 24, 2011

Masalah Holy Water Paderi Melayu dan Akidah

Assalamualaikum...

Kisah Holy water ni dah lama, dah lama sangat.. Seingat aku pada tahun 1999-2003 dah tersebar kisah holy water ni.

Seingat aku, masa aku Tingkatan 4 lagi iaitu tahun 2000 aku dah terbaca pasal kisah Holy water dan Jampi Paderi untuk memurtadkan umat islam. Pada masa itu fitnahnya sangat hebat. Kuasa exaggeration cerita mengatasi rasional pemikiran manusia. Pada masa tu, segelintir Ustaz dan Ustazah pun turut sama menceburkan diri dalam industri fitnah ni.

Seingat aku, Kisah fitnah yang membabitkan Holy Water adalah  seperti berikut :

" Holy Water adalah air suci orang kristian, cara membuat holywater adalah sangat rahsia, Paderi akan melakukan Hubungan seks dengan biarawati, bila biarawati (nuns) mengandung, janin itu akan digugurkan dan kemudian janin tu direndam dalam periuk tembaga yang mempunyai air. air yang bercampur dengan balang janin Paderi dan Biarawati itulah dinamakan Holy water"

Pada masa itu, aku yang masih budak-budak terikut-ikut dengan Hype cerita ini, sampaikan aku hampir percaya, lepas tu aku mula berfikir secara rasional balik.

" Berapa Juta gereja ada kat dunia ni, belum campur Chapel lagi, berapa bilion penganut Kristian, berapa juta liter air holy water nak guna, kalau macam tu teruk paderi nak sex dengan Nun nak dapatkan janin nak rendam dalam air buat holy water, jenuh"

Lepas pemikiran rasional mula terbit apa aku buat? aku pergi tanya ustaz? aku pergi tanya kawan sekelas yang sama-sama main bmx dengan aku? atau aku baca flyers fitnah untuk dapat kepastian yang lebih?

sudah tentulah tidak, aku pergi bukak Ensiklopedia, aku cari Holy water dekat Indeks berhuruf 'H', zaman tu internet tak berapa nak advance, maklumat tak banyak sangat, google pun orang Malaysia tak tau nak nyebut, kalau bukak Yahoo search, holy water.. berterabur findings sampai tak tau nak klik mana satu.

Apa yang aku tau pasal maklumat dalam Ensiklopedia itu adalah, holy water adalah air penyucian yang disucikan / diberkati  oleh paderi atau Pope.

Ada jugak sect kristian yang lain yang membuat Holy water dengan menambahkan berkat dengan merendam  barang-barang suci ie; Christian relics seperti paku salib (dipercayai) dan lain-lain ke dalamnya. Wallahualam, aku tak tau, aku hanya Quote balik apa yang aku baca. kalau ada kawan-kawan pembaca aku yang beragama kristian yang tahu dan nak betulkan, dipersilakan perbetul di ruangan komen.

Jadi, dari situ aku mula faham bahawa cerita atas cerita tentang holy water dari janin paderi adalah fitnah. bermula dari itu aku cuba untuk membetulkan kawan-kawan dan keluarga aku bahawa Holy water tidaklah sejijik itu, dan jika tidak tahu tidak payah la menyampai-nyampaikan kepada orang lain, kerana ia boleh menjadi fitnah.

************************************

Selesai Huraian tentang holy water, mari kita bincangkan pasal kelogikan dan kewarasan masalah 'Paderi Melayu datang dari singapura yang memurtadkan Melayu Malaysia dengan air holy water yang dijampi dan dibotolkan dalam Mineral water' aku akan bincangkan secara point dan ringkas di bawah.

1) Akidah dan Iman.

Akidah itu adalah Kepercayaan, Iman itu adalah Keyakinan. Kepercayaan itu dibina bukan dalam masa satu hembusan jampi atau satu teguk air yasin, akidah itu diperolehi dengan usaha dakwah, penyampaian ilmu, pengajaran dan persuasion yang bersungguh-sungguh dan komited.

Samalah juga dengan keimanan, keimanan kita bahawa Tuhan kita Allah yang satu, dan Nabi Muhammad itu  pesuruh Allah bukanlah diraih dengan meminum air jampi atau kurma ajaib. Iman itu adalah satu benda yang besar, meyakini bahawa Tuhan itu wujud dan agama Islam ini adalah agama yang Mutlak memerlukan usaha yang lama dan bersungguh-sungguh dan mendalami Ilmu secara mendalam plus Hidayah Dari Allah.

Jika Rasulullah mampu untuk meyakinkan Ummatnya dengan Jampi supaya memeluk Islam dan beriman kepada Allah Swt, Tak perlulah Baginda Berdakwah, berhijrah, berkorban Harta Benda, Berperang, berunding dengan Kaum jahiliyah, berpiagam madinah, berkhutbah, berhadis dan berusaha bertahun-tahun menyampaikan ajaran Allah dengan kaedah  memberi contoh dan mengajar dengan wahyu.

Jika Akidah dan Iman mampu diubah dengan hanya meminum air jampi, Nescaya Rasullullah mampu untuk memberi minum bapa saudaranya Abu Talib Bin Abdul Mutalib dan selepas itu beliau terus boleh mengucap Syahadah.

Mungkin juga Rasulullah saw senang je nak Islamkan penduduk mekah yang masa tu Jahiliyah, Rasulullah jampi saja telaga zamzam, semua penduduk Mekah minum air zamzam, lepas minum terus mereka beriman. Beriman bukan begitu caranya, beriman adalah dengan kaedah pencarian kebenaran, pemahaman ilmu dan keredhaan hati untuk YAKIN dan Percaya bahawa Tuhan Kita adalah Allah swt beserta Hidayah Allah yang diberi kepada manusia.

Jadi adakah holy water yang diminum mampu membuatkan anda menjadi kelu untuk mengucap? dan berjaya mengubah akidah anda? adakah dengan TERminum holy water mampu membuatkan Iman anda terus percaya bahawa Jesus itu anak Tuhan dan Lord himself? ini adalah kebodohan yang nyata. faktanya tidak kena, kaedah penceritaan pun tidak betul.

2) Kaedah Pengagihan Holy water.

Sepatutnya aku tidak perlu menerangkan lagi point no 2 ini jika korang dah paham sepenuhnya lepas baca point di atas, tapi demi nak puaskan hati sesetengah 'believer mohon share Fb' ini, aku terangkan lah jugak.

Tentang persoalan ini : Mereka menggunakan sihir, Berhati-hati dengan air mineral berjenama 1. AL-Baramkah, 2- AL Mansori 3 - AL Bistaria, samada diperoleh secara percuma atau dijual murah, semua air ini telah dicampur dengan holy water ( petikan dari Share Links Note Facebook)

A) sepanjang aku hidup, aku tak pernah jumpa air mineral jenama ini!, bukan saja aku, malah Abang, 2 adik perempuan, mak, ayah, sepupu, mak sedara, jiran sekampung, kawan sefakulti, kawan satu  opis dan kawan kepada kawan aku pun tak pernah jumpa. Agaknya kalau kucing aku boleh bercakap dan pandai baca jenama mineral water pun mesti dia ckp dia tak pernah jumpa jugak.

Jadi di manakah aku boleh dapatkan air mineral ini? kalau begitu terhad edarannya macam mana konspirasi air jampi nak menjadi? ke memang takda? korang pernah satu minit berhenti dan berfikir hal ni sebelum korang share link tu tak?

B) Kalau matlamatnya adalah untuk bagi orang minum air holy water, buat apa bubuh dalam mineral water, botol lak tu, DIJUAL murah pulak. Kurang berkesan betul, nak persuade orang minum Holy water, tapi kena bayar pulak. tak logik gila.

Lebih baik Paderi itu pergi tangki air dekat kedai mamak, sembunyi-sembunyi masukkan dalam tangki air, esok pagi mamak bangun bancuh teh tarik, hidang dekat 1000 orang melayu sehari, ramai melayu wei singgah minum mamak weih.

Bukankah dengan cara ini lebih efektif dan effisen? tak perlu modal beli botol air mineral, tak perlu modal pengedaran lori, peruncit, wharehouse, pengagihan dan modal pengiklanan.

C) lebih senang kalau Paderi-paderi itu tuang saja holy water dalam Empangan, takpun tuang dalam tangki air taman perumahan, lagi mudah cepat dan ringkas. bukak pili air, walaahhh air holy water mengalir terus ke cerek air.

D) ataupun Misionnary/pendakwah boleh buat amal, dengan bawak air dalam lori tangki, pergi ke kawasan yang selalu terputus air macam kawasan pendalaman Pahang, kawasan orang asli, sesetengah kawasan Kelantan, Sabah dan Sarawak, Orang pun tak syak wasangka, tengah desperet lori tangki datang bawak air. mesti berebut beratur bawak tong dan baldi untuk menadah air bantuan yang bercampur dengan airsuci.

3) Fungsi Holy Water

Holy water bukan untuk diminum, orang kristian pun tak minum holy water, holy water digunakan untuk Baptis, samada orang dewasa, orang yang baru convered masuk kristian, atau baby yang baru lahir, perlu dibaptiskan lambang sudah dikristiankan secara rasmi.

Jika Tradisi dan kepercayaan diorang pun tak sampai tahap minum holy water,  So called paderi melayu singapura ini pulak nak guna kaedah bagi minum?  agaknya korang (believer) tak pernah membaca pasal holy water, atau korang tukar cenel sehati berdansa bila keluar dokumentari kat TV kot. Ataupun sepanjang hidup tak pernah ada kawan agama Kristian.

4) Usaha Missionary vs jampi

Beribu tahun para missionary/ pendakwah kristian, teroka benua baru, redah hutan, berlayar laut gelora masuk paya, pergi pulau terpencil, jumpa orang asli, Knight Templar berperang nak rebut baitulmuqadis, missionary berperang dengan orang Moorish,  sejarah constantinople, sejarah Andalusia dan pertembungan tamadun gelap Kristian dengan  Tamadun gemilang Khalifah Islam, Uthamniyah.

Kalaulah betul dengan Air Jampi holy water mampu mengkristiankan Umat Islam, nescaya mereka yang lampau tidak berjerih payah berkelana menyampaikan dakwah kristian mereka. apa susah, cemarkan air minuman dengan Holy water... nahhhh Muslim dah tak boleh mengucap. senang ABC 123....

5) Gambar itu fitnah

Aku tak pasti, sebab aku baca pun dalam blog jugak, bahawa gambar itu bukan paderi melayu sebaliknya Paderi  dari  Sabah dan Kalimantan. Ini dari sumber asal, aku tak edit

“The 2 priests in the picture is Rev. Fr. Paulus Toni Tantiono OFM Capuchin from Pontianak, Kalimantan  and currently teaching Bible Study in Seminari Tinggi Permatang Siantar Sumatera Utara, Indonesia and the other priest standing at his back is Rev. Fr. Nicholas Stephen from Penampang, Sabah and currently serving at St. John’s parish Tuaran, Sabah. Fr. Paulus is aChinese descendent while Fr. Nicholas Stephen is a Kadazan descendant.“
Di ambil dari Link INI <--- sila klik

6) Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

" ala apa salahnya kalau benda ni Fake pun, niat baik nak elakkan orang islam dari terminum Holy water, itu pun salah ke? ko ni memang liberal-free-thinker-wahabi la Zul, patutla kau tak suka pakai Jubah ngan kepiah kan Zul?"

" jadi, adakah dengan hujah dan matlamat 'alah benda baik nak buat apa salahnya' ini boleh justify perbuatan engkau untuk memfitnah? tok guru mana pulak mengajar kau benda macam ni? kau tak kisah dosa fitnah, janji kau menang hujah, dan kau puas dapat fitnah dan memburuk-burukkan orang kristian dan meremehkan keampuhan keimanan Orang Islam, Rapuh betul Iman orang Islam di mata kau kan? bagi minum holy water terus tak boleh mengucap...minum holy water terus berubah akidah... org macam kau ni pun ada kan"

7) Matlamat Penulisan

Ini bukan untuk mempertahankan Kristian dari difitnah, entry ini ditulis untuk membendung korang dari terlibat dengan fitnah.

Ini bukan untuk kempen promote Kristian, tapi nak ajar korang (believer) apa itu Iman dan Akidah.

Ini bukan entry Freemason, Ini entry untuk mengelakkan korang malu dilihat bodoh dihadapan orang yang tahu. bila korang konfiden tersengih-tersengih bangga cerita Kisah Paderi Melayu kat kedai kopi dan kawan universiti, sedangkan orang semua gelakkan kau dalam hati...

" alamak haaiiii.. bebal betul mamat ini"


*****************


Diulangi sekali lagi, Kisah Paderi Melayu dan Air mineral holy water ini aku dah dengar pada tahun 1999-2003 lagi masa sekolah menengah dan ia bukan perkara baru, aku menulis ini untuk menyedarkan adik-adik yang ghairah mohon-share NOTE Facebook yang dah basi itu.

************************

ini screen shot kat wall fb yang ghairah di share, tak peduli fitnah, takpayah kaji, asal cerita best terus kongsi, ape ade hal ye dak? jadi bengap pun takpe, bukan selalu.

************************

Entry Post lain yang bagus dibaca untuk pemahaman :


 (klik untuk ke website di atas)




p/s Aku tak paham la, ada orang boleh taksub gila babi dengan benda macam ni, dunia dah canggih, boleh google pun masih ada orang yang malas nak taip kat kotak google search tu. aku rasa diorang kene pergi tuisyen cara google maklumat kot.

September 23, 2011

Filem Melayu

Assalamualaikum...

Filem Melayu, dari mana aku patut mulakan ayat pendahuluan aku ni? banyak sangat sudut yang boleh dikupas.

Meskipun aku tidak suka menonton filem melayu, tetapi tidaklah pulak terhakis sifat kemelayuan aku ini rasanya, sebab aku begitu mencintai pementasan Teater Melayu, Deklamasi Sajak, Puisi, Lagu Melayu Asli, Pantun, bidang penulisan Melayu, debat, Silat dan Zapin.

Cuma aku tidak suka menonton Filem Melayu di panggung wayang, bukan saja di panggung malah di TV pun aku tak suka tengok. Aku sembang je macam terer sangat tapi hakikatnya filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pun aku haram tak tengok lagi.

Tapi yang peliknya, aku dan keluarga aku sangat menyintai filem-filem Tan Sri P.Ramlee, sampaikan tahap kami sekeluarga dari opah sampai ke cucu boleh hafal dialog filem P.Ramlee. Bila balik raya ramai-ramai berkumpul kami akan buat lawak sambil selitkan dialog lawak P.Ramlee.

Apa sebab jadi macam ni? satu saja sebab yang aku boleh jawab, Ia adalah berkenaan kualiti.

Kalau Kualiti bagus, Lagu super junior yang Super Simple tu ..tak paham sepatah haram, lagu dah bunyi macam lagu tamil pun orang boleh gila-gila minat, Hot Fm main lagu tu berapa kali sehari.

********************************

Apa yang aku jengkel tentang filem Melayu :

1)  Mutu Filem


Kenapa Film Strip yang digunakan nampak macam filem lama tahun 1970-an, ataupun nampak macm iklan kempen Mari mengundi tahun 80-an, tak caya korang tengok filem bajet rendah terutamanya Arahan A Razak Mohaideen, Korang tengok mutu gambar itu sendiri, kabur, pencahayaan dull, cinematography tak best, aku susah nak describe la, senang cerita korang bayangkan mutu gambar filem terbitan 'filem negara' tu korang paham la maksud aku.

2) Mutu Suara


Kenapa Filem Melayu suaranya mesti Dubbing?

Atau Filem negara lain pun sama jugak dubbing cuma aku je yang tak tau. Tapi kenapa aku tengok filem diorang suara macam dirakam in real time?

Kenapa dari dulu sampai sekarang, filem Malaysia mesti nak dubbing, ketara habis kantoi dubbing, aku paling benci tengok filem Melayu bila bab suara dubbing ni.

Aku paling tak boleh terima dengan isu dubbing ni, dan ini adalah salah satu sebab utama kenapa aku tak suka Filem Melayu, berlakon dah bagus, tapi bila bab suara hancur, muka tengah kelam kabut penat tapi tone suara dubbing rileks je, mengah-mengah pun macam dibuat-dibuat.

sesiapa penggiat filem/pengarah/pelakon yang terbaca bog aku ni, aku harap dapatlah jawab soalan aku ni bagi merungkaikan misteri, kenapa mesti dubbing?

3) Aksi Kelam-Kelibut

Tidak dinafikan, terdapat beberapa pengarah filem yang berjaya membuat cerita yang sangat bagus seperti Afdlin Shauki dan Yasmin Ahmad dan aku sangat minat dengan hasil seni dia (afdlin). sebab tu aku banyak tengok filem dia, sudut kamera, cinematography dan film strip yang kelihatan moden dan mahal.

Jalan cerita dan sudut kreatif yang sangat menarik dan terkeluar dari streotype filem melayu, tapi bila bab klimaks je mesti fail. mesti jadi keadaan huru-hara. Filem yang asalnya sudah kelihatan mahal dan cerdik berubah menjadi adengan slapstik dan bodoh.

Aku bagi contoh macam cerita Baik Punya Cilok, jalan cerita best, ikan bercerita, lawak best, punch-line superb, pelakon skill acting power, tapi bila bab hero guna Pancing karen mula potong stim, ada pulak adengan karen-karen la, pastu kelam kabut hiruk pikuk masa adengan aksi, rompak, lari dari rompak dan gaduh-gaduh yang tak real.

Sama jugak dengan Filem Buli, jalan cerita dah best sangat, lawak pun dah best, shot pun dah lawa, tapi bila bab action dan klimaks, mulalah filem yang kelihatan intelek berubah jadi murah dan huru raya, nak-nak bab Pertandingan Kuiz siapa salah kena karen tu, Efek karen tu potong stim.

Sama la jugak cerita Merong Mahawangsa, bila sampai part Action/klimaks, mula nampak sangat menyedihkan, bab hero berperang dengan lanun, KELAM KABUT. anti klimaks.

4) Props

Isinya hampir sama dengan kat atas, tapi korang perasan tak kalau korang tengok filem melayu yang babitkan scene orang Asli dalam hutan, Mesti ada props baju orang Asli dari kain guni, ataupun kain ela corak harimau bintang. Pastu ada Tulang ukir dari gabus/polisterin.. cat bagi kaler kelabu sehabis baik macam tulang betul la kononya tu. Tengok Props Sifu dan Tongga, senario Beach Boys, aaahh ape sajelah yg babitkan scene orang asli.

Bila masa pulak orang asli buat baju guna kain guni? kadang-kadang siap ada cop guni kentang lagi, cuba la buat research, buat baju orang asli sehabis real, tolong adil dengan watak yang korang ketengahkan dan adil dengan penonton.

Banyak lagi kelemahan dari sudut props, contohnya hero bawak kereta mahal, tapi bila meletop kereta Nissan Sunny. Props Man Laksa, siapa pernah tengok cerita tu sampai habis? aku pulak bila sampai scene kat pentas tengah nak perform tu, aku terus tukar channel lain, apa punya murah betul, Ada pentas, pastu ada stall sikit, ada padang, pelakon extra dua tiga kerat, pastu nampak kosong je screen TV kita tu.

5) Skrip / dialog

Kebanyakan skrip dan dialog tidak melambangkan percakapan sebenar Masyarakat Malaysia, atau Masyarakat yang diwakili. Korang tengok dialog dalam filem 123 cinta, cuti-cuti cinta, dan banyak lagi, punya la flat dan tak hidup. Tu baru tengok dari Preview je. Nak cakap guna bahasa melayu Baku tak pulak, nak cakap guna bahasa rojak rakyat biasa pun tak jugak, senang cerita diorang ckp macam separuh baku dan separuh kekonon sempoi.

Kecuali aku bagi credit dekat Filem-filem karya Afdlin Shauki dan Yasmin Ahmad yang tak takut untuk membuatkan pelakon bercakap macam orang biasa yang bercakap dalam kehidupan harian. Tak kelihatan kekok.

6) Stereotype

Hari tu masa raya ada tayang cerita Hingga Hujung Nyawa, Erra fazira berlakon yang jadi orang tua tu, aku tengok la filem tu part nak habis, korang bayangkan scene dia asyik menangis je, Kat kubur nangis, kat tangga nangis, kat rumah nangis, di pangkuan riba nangis, stesen keretapi nangis, cakap nangis, kentut nangis, dukung baby nangis, depan mayat nangis, jadi orang gila nangis. Sengsara gila jiwa aku masa tu, rasa macam dibentak-bentak, terus aku amik remote tukar channel kartun tengok Shaun The Sheep lagi bagus.

Pastu korang tengok pulak cerita hantu filem Melayu khususnya arahan A.Razak Mohaideen keluaran David Teo. Tak Habis-habis menjerit.

Terserempak kawan menjerit, selipar hilang menjerit, Henpon bunyi menjerit, makan menjerit, hantu keluar menjerit, hantu terbang menjerit, pokok goyang kena tiup angin menjerit, semua menjerit... Lain kali jangan buat cerita hantu, buat cerita menjerit. senang.

Tu belum nak discuss pasal salah faham dan streotype watak penghalau hantu, mesti nak ada ustaz pakai kepiah, pegang tasbih, kumat kamit....

" aku tau dari mana asal - usul mu. aku adalah keturunan anak adam, kau adalah iblis syaitan... aku tau mana asal - usulmu, keluarlah dari tubuh anak adam ini, jangan kau ganggu dia. aku tau mana asal-usul muuuu aku tau mana asal-usulmu,asal usul, asal usul..bla bla bla bla bla asal usul..bla bla bla asal usul"

Tak habis-habis, cliche, bosan tah hape-hape, script lemah, cubalah bawak perubahan. Pergi baca buku seram novel-novel 80an, tengok apakah kisah sebenar nasik kangkang tu mcm mana, macam mana nak buat minyak dagu, macam mana kisah santau sebenar.

**Nanti next entry aku kongsikan kisah yang aku baca masa dalam perpustakaan sekolah rendah.

7) Kelogikan Cerita

Dekat dalam rumah mekap tebal-tebal, pakai maskara bagai dari pagi sampai malam, logik ke?

Keluarga Melayu, mak melayu, bapak melayu, maid 'Mak mah' melayu tapi makan nasik kat rumah pakai sudu Garfu, Logik ke?

Dah lah, malas dah nak sembang panjang-panjang. Korang tambahlah dalam ruangan komen.

********************************

Kritikan dan Komen termasuk dalam 'Consumer Preferences'... Pelanggan dan pengguna tidak perlu menjadi pakar untuk mengkritik produk yang dihidangkan kepada mereka.

Jadi tidak perlulah aku melayan komen yang berbunyi...

" Ala.. Kau cakap macam pandai sangat, cakap macam bagus, kalau bagus sangat try buat filem sendiri tengok!"

Takkan nak kritik power window proton  selalu rosak nak kena jadi engineer buat satu power window plak kan?



p/s orang ckp muka aku macam Bob Azrai, ada plak ckp mcm Afdlin Shauki, tapi aku paling suka bila orang ckp muka aku macam Gerard Butler....

mak aku cakap pulak....

" Tak payah perasan la ikar, muka kamu tu tak ubah macam Hamid Gurkha"

Terus potong stim.....











September 20, 2011

Akak Goreng Pisang dan Cermin Melengkung Pandang Belakang

Assalamualaikum...

Dulu masa kecik, aku adalah orang upahan untuk beli barang runcit oleh mak aku dan jiran. Aku pernah cerita dalam entry bertajuk ' ikar,gi kedai jap beli barang'

Biasalah, kanak-kanak kan? kalau beli barang, mesti dialog dia macam ni..

"akak, kelapa parut sebijik kak, nak putih je tau, mak cakap nak buat kuih"

"okey dik! lagi?"

"kak, Ikan kembung sekilo berapa kak?"

"Sekilo lapan ringgit dik, nak berapa kilo?"

"Okey, bagi ikan kembung sekilo ye kak, mak cakap kalau sekilo lebih daripada 9 ringgit jangan beli"

Apa yang korang nampak? setiap dialog itu dimulakan dengan penuh hormat orang yang lebih tua dengan panggilan Akak. sebab apa? sebab aku muda lagi masa tu, budak-budak umur dalam 8-9 tahun. akak tu pulak dah darjah enam kot, takpun dah sekolah menengah, tolong mak dia meniaga kedai runcit.

Tapi makin lama makin aku terbiasa, sebabkan dari kecik rutin jadi budak suruhan ke kedai beli barang, jadi dialognya pun tak pernahlah berubah sampai tua. Walaupun beli barang sendiri masa duduk rumah bujang.

"Kak, bagi goreng pisang seringgit, kopok lekor lak dua ringgit ye kak"

"baiklah DIKKKK, goreng pisang seringgit je ke DIKKKK?"

Nampak tak tulisan DIK itu adalah caps-lock dan 'K' nya banyak? itu untuk menunjukkan nada pembacaan  dialog akak tu berbunyi sindiran dan ada unsur-unsur bengang. Dik itu ditekankan nak bagi aku dengar lebih clear. Bila kena sound tepek mcm tu, aku angkat kepala pandang muka 'akak' goreng pisang tu..

Hambik kau, muka anak dara sunti, jerawat pun takde lagi, kain pun kaler biru  Uniform sekolah menengah tak sempat tukar lagi. Manalah hamba Allah tu tak bengang bila aku panggil dia kakak, dia budak sekolah menengah, aku pulak dah bermisai lebat, berjanggut gotti.. perasan muda betul. Mesti budak tu bila balik rumah dia kutuk-kutuk aku dengan BFF dia dalam status FB kan..

" Uols nak tau tak? ada mamat kertu berjambang bagai panggil aku AKAK kat warung mak aku tadi, bila masa pulak aku kawin dengan abang dia! peraaaasan!"

Mungkin jugak dia akan tweet benda ni, tapi tolonglah maafkan abang, abang tersasul, lepas ni abang panggil awak adik sayang ye.

"adik sayang, bagi goreng pisang seringgit, kopok lekor tu pun seringgit ye adik sayang"

Tapi kalau betul-betul aku panggil dia adik sayang, aku rasa bapak dia meniaga menu baru, Mulut Zulfikar Goreng.

Semenjak dari peristiwa 'akak goreng pisang' itu aku dah mula berhati-hati sampai sekarang, bila aku beli barang dekat tesco ke, guardian, Giant, kedai runcit seksyen 8, Kedai Nasik Campur dan pasar malam aku akan pastikan aku tengok muka salesgirl tu dulu, kalau muka dia muda lela, aku akan cepat-cepat tune balik kebiasaan aku dan panggil dia adik instead of akak.

ada dua kebaikan dari peristiwa akak goreng pisang iaitu

1. Aku dah mula rasa selesa tenung muka awek cun yang jadi cashier lama-lama, sebab nak pastikan dia tidak menjadi tua sebelum usianya.

2. Aku mula belajar menerima hakikat yang aku sudah tua.


*************************

Hari Jumaat lepas aku pergi Melaka, tidur dekat Alor gajah rumah kawan aku, tapi Friendly match badminton dekat Hang Tuah Jaya. Masa perjalanan dari Shah Alam ke Melaka macam biasa, takde apa-apa borak yang best pun sebab dalam kereta tu kawan-kawan aku dah baya bapak-bapak orang, ada la dalam 35 tahun ke atas, ada anak yang dah lima, dua, satu dan ada yang baru kahwin.

Bila dah nak sampai, kami keluar ke tol exit Simpang Empat. Sebelum teruskan perjalanan kami singgah jap tepi toilet tu, tunggu kereta-kereta konvoi lain dan ambil kesempatan untuk kencing dan basuh muka.

Aku pulak duk lah tenung cermin besar bulat melengkung tepi jalan tu yang diletakkan untuk kegunaan kereta tengok blindspot simpang kereta nak keluar. Bila aku tenung lama-lama.. aku mula nampak sesuatu yang membimbangkan...

Kebimbangan itu mampu membuatkan dada aku berombak, nafas menjadi pendek, mata mulai kabur dan pemikiran menjadi serabut, begitu kuatnya kesan imej yang terpampang pada cermin besar melengkung tersebut. Aku seakan-akan tak percaya.

" selalu aku tengok takde pulak dia ikut aku, tapi ni tepi highway kat cermin besar depan orang ramai la dia mula nak muncul, kau pergi main jauh-jauh boleh tak?"

Begitulah kata hati aku. Macam Dialog Puaka Nyang Rapik tak? mesti korang dah berdebar-debarkan baca sambil bayangkan..padan muka korang, dah pagi buta tak reti nak tidur.

Sebenarnya aku terkejut besar bila aku nampak uban 2, 3 helai atas kepala aku masa tenung cermin tu, aku buat tak peduli, tepi jalan raya pun tepi jalan raya lah, aku cabut gak buang jauh-jauh uban tu.

Aku cuba sedapkan hati dengan beberapa teori yang paling masuk akal.

" agaknya sebab masalah Syampoo Head And Shoulders itu hari kot, kerap sangat testing macam-macam syampoo tu yang rambut beruban tu. kejap H & S lah, Herbal Essential la, Clear for men, last-last Dove anti dandruff gak guna.. ni efek chemical ni"

Fiuuuu~~~ fiuuuu~~~~

" mungkin sebab aku stress kot, banyak sangat pikir masalah kerja, nanti hal kerja dah selesai mesti hilang uban nih"

Sebenarnya cermin itu cermin sakti, sebabkan dia melengkung, besar dan tinggi atas kepala, dia dapat reach ke kawasan atas kepala yang selama ni tak pernah  dapat tengok bila pakai cermin muka biasa. Tapi Alhamdulillah, takde kesan-kesan botak tengah, depan dan tepi lagi. Masih boleh terima dengan masalah uban yang dikatakan 'masalah terpencil itu'

Panjang pulak tulis, kalau cakap je aku dah mula tua kan senang, pendek je, cuba try.....

" hah uban? aku dah tua!!"

Pendek je kan? itulah keindahan menerima hakikat.

**************************

"Adik, bagi saya test bau Lacoste baru tu dengan Jean Paul Gaultier dik!"

"adik? eeee sukenya, eheheh ehehehe, akak dah tua la dik, panggil akak je la"

" eh tak percayalah dah tua, tengok macam baru lepas SPM!"

" Ye keeeee?? seronoknye, hik hik hik, pandai je awak ni, akak dah 30 lebih tau, nak masuk 35 dah"

" tak percaya lah kak, mesti akak ada petua awet muda ni, meh la ajar sikit.. sikit pun saya tak nampak tua kalau akak tak bagitau tadi tau!"

" ala, ngade, nak jek akak la tu"

Tengok? senang je kan nak ngorat awek perfume dekat shopping mall? leh dapat after shave free. :)

korang try la dekat lecturer korang, sure nanti dapat carry mark tinggi.

***********************

In case korang tertanya-tanya cermin melengkung pandang belakang tu macam mana rupa dia, atau  nama betul dia adalah 'Safety Mirror' 



p/s Tulisan bintang (****) pembahagi dah banyak, ceritanya tak habis-habis lagi.

September 18, 2011

Kartun Budak Kecil Mimpi Jadi Koboi

Assalamualaikum...

Hari tu kita dah mengukur indeks kecomelan diri, kali ni aku nak ajak kawan yang sebaya dengan aku untuk imbas kenangan. kepada kawan-kawan yang bawah baya aku, mungkin korang boleh tengok betapa lurusnya cara budak-budak zaman aku berfikir dikala membesar.

Cara mak ngan bapak aku ajar kami adik beradik takde la beza mana pun dengan mak bapak zaman sekarang. Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku akan umpan abang  dan aku dengan kartun Walt Disney. Biasalah dulu zaman aku kecik-kecik TV mana ade sampai 70 channel

Zaman dulu ada TV1, TV2, TV3 je.. TV2 tu pun start pukul 12 tengahari kalau tak silap aku, pagi tu ada TV Pendidikan cerita kisah-kisah teladan, seingat aku kisah teladan yang paling meninggalkan kesan pada aku adalah kisah budak nakal yang selalu bergaduh dengan kawan sekolah dia. Jenuh mak dia nasihatkan dia jangan jadi jahat bergaduh, jangan buli budak. Kesiankanlah mak dia yang sakit tu..tapi budak nakal tu degil taknak dengar ckp mak dia.

Mak dia ada sakit batuk kering, Pastu mak dia sakit masuk hospital, budak nakal tu nangis-nangis taknak mak dia mati, Last-last mak dia mati, tinggalah dia sebatang kara dan menyesallah dia sebab tak dengar nasihat mak dia.

Masa tu terus aku jadi budak baik sekejap, sebab aku sayang mak aku, aku taknak mak aku mati sebab aku degil taknak dengar cakap. Begitu kuatnya pengaruh TV kepada budak-budak. Itu cerita drama yang tinggalkan kesan pada aku.

********************

Tapi bila cerita pasal kartun, kartun yang paling awal melekat dalam otak aku adalah kartun budak kecik mimpi nak jadi cowboy. Disebabkan TV zaman dulu takda channel cartoon network ngan astro ceria 611, jadi mak bapak aku beli video tape bagi kami tengok.

Video tape tu compilation kartun-kartun Walt Disneys dari zaman dulu lagi... Jadi bila mak aku nak buat kerja rumah, nak masak, sapu sampah dan lipat baju semua, mak aku akan pasang video tape Walt Disney dan aku ngan abang aku akan tercogok depan TV.

Abang aku akan ready dengan bantal busuk dan botol susu dia, aku pulak takda botol susu sebab aku menyusu badan mak aku sampai umur 2 tahun, lepas tu aku terus putus susu tak menyusu langsung, jangan ckp botol susu, bantal busuk dan selimut busuk pun aku takde.

Mak aku cerita, masa aku kecik aku takboleh bau getah puting tu, pastu aku takleh minum susu botol nanti aku muntah, dah try macam-macam cara tak boleh jugak, sebab tu lepas putus susu aku tak hisap susu botol  langsung. Kesian kan kat aku? ke tak patut kesian?

Bila aku haus, aku minum nescafe susu dalam sippy cup je, sippy cup tu aku ingat lagi kaler dia, ada penutup kaler kuning pekat, pastu cawan dia kaler putih cream, hujung sippy tu dah ada kesan gigit-gigit, ntah siapa tah gigit, mesti kucing aku curi-curi gigit muncung sippy cup tu masa aku tengah leka tengok kartun.

" agak-agak korang kalau fitnah kucing berdosa tak?"

Daripada kartun budak kecik mimpi nak jadi cowboy ni, aku belajar 3 perkara,

1. Bila berbuat jasa jangan sentiasa mengharap balasan. Mesti mau Ikhlas.

2. Bila kalah berperang boleh berunding cara elok sambil isap paip ada belon.

3. Semua orang boleh mimpi apa yang dia nak, dalam mimpi boleh jadi kuat tahan keretapi gilis badan tak mati. kalah hero hindustan. dah nama pun kartun kan....

Walau apa pun, kartun pertama yang aku tengok dan aku ingat dalam kepala sampai sekarang adalah kartun budak kecik mimpi jadi koboi. Tadi aku rindu dengan kenangan lama, aku search kat youtube ' Walt disney Cowboy kid' sekali dia keluar apa yang aku harapkan, tapi tajuk dia lain...tajuk dia adalah

A Cowboy Needs A Horse - 1956

Korang tengok tahun 1956 orang putih dah buat kartun ada kaler dah, kita belum merdeka pun lagi masa tu. Bila aku tengok kartun ni dekat youtube, perasaan bercampur baur, ada rasa seronok, nostalgic, senyum sorang-sorang, sayu hati, terharu dan segala macam. kat bawah ni aku ada letak video, kalau korang rajin nak tengok klik la. kalau Bandwith nak habis takpe, bookmark dulu, nanti dah bayar bil boleh tengok ye ..














Macam ni la lebih kurang sippy cup aku dulu, cuma takdelah design dia moden mcm ni, design lebih retro. 



p/s Dalam kartun ada pengajaran berguna, dan sedikit sebanyak ia meninggalkan kesan kepada anak-anak. cuma budak tak boleh pilih kartun apa yang dia nak tengok. mak bapak yang bertanggungjawab pilih kartun apa. dan........ sapa nak kongsi sippy cup ngan aku???? hahaha

September 16, 2011

16 September : Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala Yang Menentukan


Assalamualaikum...

Kali ni mari kita memahami tentang 16 september secara rakyat kebanyakan, bukan sebagai Professor sejarah.

Apalah gunanya Jargon dan kebongkakan citation dari peristiwa bersejarah jika matlamat penulisan itu tidak sampai kepada pembaca.



*******************************

16 September 1963

Sabah, Sarawak dan Singapura menganggotai Negara Malaysia

Sebelum Itu, Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Kerana penubuhan Malaysia, Indonesia melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia' kerana mereka bengang Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Malaysia. berlaku konfrontasi awal, tapi tentera Malaysia bukan penakut. Tak goyang dengan Tentera Indonesia. Tak jadi perang besar sebab ada resolusi perjanjian damai antara Malaysia, Indonesia dan Filipina di London.

Brunei sepatutnya masuk ke dalam Malaysia tapi tak jadi, withdraw dan tubuh negara daulat sendiri sebab rakyat tak setuju.

Singapura kemudian tarik diri dari Malaysia pada Tahun 1965, hasil dari gerakan Politik parti PAP dan cetusan Idea Presiden Lee kuan Yew. Sudah dapat kemerdekaan, Malaysia tiada berguna lagi.

Malaysia sejak dari 1963 telah dipimpin oleh Barisan Nasional di peringkat persekutuan. selain itu Dewan Undangan Negeri selain dipimpin oleh BN, dipimpin jugak oleh DAP, PKR, PAS dan Pakatan Rakyat. 

Sehebat-hebat Tentera Indonesia, Segarang-garang Filipina, Se-Kiasu mana Lee Kuan Yew, mereka pernah tunduk kepada Malaysia.

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

**************************
16 september 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Bekas Menteri Kewangan, Bekas Presiden ABIM, Bekas Timbalan Presiden UMNO, Bekas Banduan, Suspek Kes Liwat, Ketua umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat telah mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan bertukar mandat dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat hasil dari wakil Rakyat BN seramai 30 orang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Dengan Itu, secara automatiknya akan membuatkan  DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-Enam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badwi.

Sehingga kini dah 3 kali 16 september, nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim Masih belum menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan kepada rakyat yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Dan Perdana Menteri Ke-6 menjadi milik Datuk Seri Najib Tun Abd Razak menggantikan Paklah.

Sehebat-hebat pidato, setinggi-tinggi melangit keyakinan diri, seHavoc mana so-called Gelombang Rakyat, sehebat mana permainan politik, Manusia masih hamba Tuhan.

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

*****************************
16 september 2011

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa Akta keselamatan dalam negeri atau Internal Security Act atau ISA dimansuhkan.

Satu Giant-Leap kepada Iklim Politik Malaysia. Lepas ni mungkin semua ahli politik boleh berkempen apa sahaja dan tidak lagi bimbang di cekup polis ke dalam ISA. Tahniah Rakyat Malaysia, kerana suara rakyat marhaen telah didengari oleh pemimpin Negara

Pemansuhan ini membuatkan modal kempen Pakatan Rakyat semakin kurang.

Nampaknya Liga telah hampir sama, Tiada lagi advantage dalam isu ISA sebab dah mansuh, tiada lagi isu Negara Islam sebab Pas dah isytihar tiada lagi perjuangan negara Islam, hanya ada negara kebajikan. UMNO peluk cium MCA dan MIC, PAS peluk cium DAP dan PKR. Mereka Cakap Dr Mahathir Zalim,  Tapi Mat sabu komunis. UMNO sekular, Pas Ambiga. tapi ingatlah..Matlamat tidak menghalalkan cara.

Beban pembuktian terhadap Attorney General Tan Sri Abd Ghani Patail, Ketua Polis negara Tan Sri Ismail Omar dan  Menteri Keselamatan dalam negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussien akan makin berkurang sebab tak payah nak pikir jawapan nak jawab soalan pasal ISA lepas ni.

Semua orang dapat Credit dari pemansuhan ISA, Ds Najib dapat pujian, Pakatan rakyat dapat pujian dan rakyat dapat pujian.

16 september ini, Datuk Seri Najib masih Perdana Menteri ke-6, dan DS Anwar Ibrahim masih ketua pembangkang.

Sehebat mana BN memegang tampuk pemerintahan, selama mana Kerajaan persekutuan tidak bertukar, seramai mana tahanan ISA, sekuat mana tembok Kamunting, Manusia Tetap Hamba Tuhan 

"Manusia Hanya Merancang, Allah Subhanahuwataala yang menentukan"

****************************

Ok isi dah habis, ini adalah pesanan penulis kepada pembaca

1- Sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas dan belum daftar mengundi, tak payah ajak aku berdebat pasal politik negara, sebab sembang korang sembang kosong, korang bukan boleh buat apa-apa perubahan pun samada di pihak kerajaan atau pakatan rakyat. sembang no point!

2- Blog Rasa Hati bukan Blog politik dan fitnah. Jangan masuk sini nak jadi orang gila meroyan maki hamun tak tentu pasal, sila tengok keindahan pengomen-pengomen sebelum ini, semua komen berilmiah dan berbudi bahasa.

3- Kawan-kawan, jangan Panik dan phobia sangat dengan Politik, politik adalah salah satu hak rakyat. pendapat mungkin berbeza, korang nak sokong siapa itu hak individu sebagai rakyat Malaysia yg demokrasi, korang nak bagi pendapat apa itu hak masing-masing sebagai manusia cuma satu pesan aku - Don't be harsh dan Jangan memfitnah.

4- 16 september adalah cuti Umum seluruh Malaysia.

5- Jom tengok Video Kempen Jom Mengundi  UNDILAH di bawah.....




P/s " Tuan Penasihat, semua undang-undang baik, bila dia nak marah?" " ini malam dia tidur di kandang kuda dia pasti marah" - Tuan Sadiq Sigaraga & Tuan penasihat 25% Kasim Pantalon, filem Tiga Abdul.

Update : tukar tajuk dari asal '16 september'

September 15, 2011

Tahukah Korang?

Assalamualaikum...

Tahukah kau orang??
Lain macam je bunyi dia kan, walaupun itulah ejaan yang sepatutnya..

Tahukah Korang??
lagi best kan nak baca direct je bunyi dari pandangan - otak - digest - sebut dalam hati.

atau pun aku tanya macam ni...

Tahukah Korunk?
wahhh lagi comel kan? kalau Cikgu Aziz, cikgu BM aku tu terserempak aku tulis macam ni, mesti aku kena rejam dengan dia.

Tapi kalau macam ni pulak, terus nada pembacaan berubah jadi formal...

Tahukah Anda?
errmmm macam entri-entri politikus aku je, baik entry kali ni aku berbalik dengan nada santai, Tahukah Korang.....

**********************
1 ) Tahukah Korang?

Selain dari berblogging, aku mempunyai banyak aktiviti lain. aku bukan blogger tegar atau penulis blog profesional yang dibayar gaji secara tetap setiap bulan. Kalaulah ada orang nak menggaji aku menulis kan best, mesti kalau dulu duk ampu Pakatan Rakyat terus ampu Datuk Najib, Kalau dulu ampu kerajaan terus puja DS Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan kan?

2)Tahukah Korang?

Selain dari hobi aku online dan tulis blog, aku jugak akan main badminton setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 9 malam sampai 12 malam, dan kemudian lepak-lepak dengan otai-otai borak hal-hal keluarga, isu semasa, janda mana yang best, janda mana yang meletop, kereta apa enjin paling power, kenapa Anwar Ibrahim taknak sumpah laknat, Kenapa Datin Sri Rosmah tak pakai tudung, Kenapa Mat sabu tiba-tiba sokong komunis, kenapa Prepaid kena Tax 6% dan kenapa Teh tarik pada malam itu tak berapa sedap. Mungkin Malam tadi Mamak tu pakai deodorant  kot.

3)Tahukah Korang?

Selain daripada hobi main badminton pada Isnin, Rabu dan Jumaat, aku jugak mempunyai kerja tetap di Kilang biskut. Kerja dari pukul 9 pagi sampai ke pukul 5 petang dari hari Isnin sampai jumaat. Kadang-kadang ada klien ajak sembang dan nak discuss export import boleh melarut sampai ke malam. kadang-kadang staff buat hal memonteng ikut suka mak bapak dia, aku lah terpaksa turun dekat production line tolong packing biskut sekali dengan akak-akak 'packing'.

Macam kes terbaru ni, Staff aku 6-7 orang boleh sambung cuti dari raya pertama sampai la sekarang tak masuk-masuk lagi, tup tup dengar cerita dah cabut kerja company lain, berhenti tanpa notis. Pagi tadi telefon aku mintak baki gaji.. apa dia ingat company ni sarkas ke suka-suka nak blah...blah, suka-suka nak duit mintak...?

Dengan kelam kabutnya aku nak packing biskut beribu-ribu tin nak sponsor Open House Datuk Sri Najib dekat Parlimen Pekan Pahang hari Ahad ni. Terkontang-kanting aku suruh semua staff jadi operator pembancuh dan pembungkus biskut, sekali dengan aku jugak duk tampal sticker atas tin tadi. seminggu Ofis tutup takde orang, semua turun bawah. Nasib baik level tinggi sikit je dari bangla. Kalau tak mau kami jalan pimpin tangan lintas jalan sesama lelaki.

" korang pernah tengok tak bangla lelaki jalan pimpin tangan kat KL? aku selalu tengok weh, kembang tekak aku"

4)Tahukah Korang?

Selain dari kerja tetap ini, aku juga adalah seorang peminat kereta, tapi nanti-nantilah aku cerita pasal aktiviti  kereta aku. Bulan 10 nanti ulang tahun pertama kemalangan kereta total lost.

5)Tahukah Korang?

Aku seorang peminat  aktiviti Outdoor, bulan 6 lepas aku mendaki Gunung Kinabalu dan tahun 2011 ni penuh dengan aktiviti daki gunung je... selain tu aku jugak suka mandi sungai dan mandi laut.

6)Tahukah Korang?

Hampir semua entry post yang aku tulis dalam blog ini adalah tentang apa yang aku tahu, yang aku confirm tahu, pengalaman aku dan pendapat aku, aku tidak menulis secara kelam-kabut semata-mata nak kejar SEO dan traffic dari event semasa macam isu Gambit saifullah, Cukai prepaid 6%, Max 24 : 7, Kumpulan Gula-gula, isu Nuffnang VS Advertlets dan isu jejari runcing putus tunang dengan apek senario....

" Apek Khairul Fahmi lahhhh. ade plak apek senario..."

" ye ye, aku tau.. saja je acah-acah manja, tu pun nak marah, nanti aku update, betulkan balik lah!"

"kenapa kau tak tulis pasal isu-isu hangat? tak sayang traffic ke?"

"sebab kadang-kadang aku tau sikit je pasal tu, jadi aku taknak jadi tak bertanggungjawab, tau sikit sembang lebih, salah sembang buat dosa je mengumpat orang, kalau aku tau aku akan tulis, sebab aku tak amalkan cerita atas dasar 'kawan kepada kawan aku pernah cerita'  sebab nanti fakta tak telly, orang baca rasa menyampah terus hilang kredibiliti"

Aku tak menulis kerana nak masuk segmen, bloglist, nak balas Tag kawan-kawan, contest, Giveaway dan lain-lain promo, walaupun aku tidak termasuk dalam kancah segmen dan promo-promo, aku baik jugak dengan blogger-blogger, Malah aku dah pernah jumpa dengan blogger-blogger mainstream seperti Ady budika, Sunah Suka Sakura, Along Usop dan ramai lagi, dan aku selalu gak sembang-sembang dengan Puteri Katek dan ramai lagi.

7)Tahukah korang?

Aku blogger Low-tech, sebab tu blog aku ni layout dia template standard, hitam, widget asas,  header pun atas Ihsan Blogger otai yang juga kawan cyber aku iaitu Nyah Suria Lekat Lekit. Header tu aku pakai dah berapa lama dah tak bertukar-tukar, sebab aku trauma, bila aku tukar je setting dia lari, jadi kecik tak centre la apa la.. so biarkan jelah macam tu. habis cerita.

Button LIKE fb share kat bawah ni pun di repair dan disponsor oleh ARC13, kawan cyber gak sebab aku belum pernah jumpa dia in real life. nanti la kalau dia balik Malaysia nanti aku belanja la dia makan Nasik Ayam ke, Sup kambing Doraisamy ke Nasik Kandar Kudu ke....

8)Tahukah Korang?

Pembaca majoriti Blog Rasa Hati ini adalah dari golongan pekerja Office, umur pembaca dari golongan 17 tahun hingga 45 tahun kot, aku tau sebab adalah kaedah kajian yang aku guna, lagipun ramai kawan-kawan aku cakap kawan-kawan opis, mak, kakak dorang pun ada baca cerita aku ni..

betul tak Ayu Baizura (Mak Ayu Baizura baca blog ni weih)? Kak ida (kakak Shahril Husin) pun baca gak.

9)Tahukah korang?

Penyumbang Trafic terbesar kepada Blog ini adalah Dari Facebook, Google search, Apesal.com, Tiffinbiru.com, Lekatlekitgurl.blogspot.com dan ARC13.com dan Facebook Mobile.

Tiffinbiru.com tu adalah blog DTS dapur tanpa sempadan milik Pakcik Mat Gebu (PCM), dia buat blog masakan, korang gi tengok pageviews dia berapa? juta juta juta....

LekatLekit tu plak..dah cerita dekat atas, korang klik je la kalau nak tengok. ARC13 pun dah cerita jugak, pergi la tengok sendiri.

10) Tahukah korang?

Aku bila bukak blog aku suka membaca, aku suka membaca kisah-kisah menarik, walaupun entry tu panjang, aku akan tekun baca dan kemudian aku akan komen pendapat aku.

Aku jugak selalu jenguk blog korang yang selalu datang sini, tapi kadang-kadang aku tak komen dan tinggal jejak kan?

aku tak komen sebab komen box korang ade moderate, ada word verification, dan kadang-kadang bila klik dia tukar tab lain, senang cerita comment box korang tak mesra pengkomen. itu je, aku tak kisah pun korang taknak tukar setting, sebab kalau cerita korang best, aku tetap jugak pergi sana baca, kalau super best, walaupun banyak rintangan aku letak gak komen melambangkan keghairahan aku membaca.

Kadang-kadang ada blog korang yg superberat, ada jugak blog yang tulisan susah nak baca, samada kontrast kurang atau tulisan jenis font herot-berot. Tapi aku baca jugak, cuma kurang tekun. sebab separuh ketekunan aku dihabiskan untuk kerut dahi fokus.

******************************

Sudahlah, cukuplah 10 'Tahukah Korang'... nanti rajin aku buat lagi, seronok juga sekali sekala buat entry separa blogsphere kan? Rasa macam blogger Selebriti plak kan? 

Korang perasan tak aku jarang tulis blog dan tagging-tagging nama/blog orang? sebabnya aku tak suka ada yang kecik hati bila tengok nama diorang tak pernah kena tag dan mention dalam tulisan aku.

Kepada Adik-adik yang selalu tanya abang macam mana nak buat tulisan menarik tulis panjang-panjang.... Korang boleh mulakan dengan ceritakan pengalaman hidup sendiri tanpa ubah-ubah dan edit scrip, fokuskan pada penulisan dan bukan kecomelan layout blog, buang 'rama-rama' terbang kat cursor tu, kurangkan colourfulness  blog... tapi kalau penulisan korang sangat hebat, blog kaler pedelpop pun tetap baca jugak.

Jangan amalkan penulisan atas dasar 'kawan kepada kawan aku pernah cerita'.... sebab korang tak pasti cerita tu, bila korang cuba tokok tambah nanti tulisan dan gaya penceritaan jadi kelakar dan tak masuk akal.. mula la kena sembur dengan anonymous nanti. tapi kalau hati kering takpe. usaha tangga kejayaan bukan tangga Jaya supermarket.

dah dah taknak tulis dah. bye.

Kejap je aku dah rindu Gunung Kinabalu balik dah, tengok topi  ' indon kontrek' aku tu, senget, geram betul la, rasa mcm nak naik time machine gi betulkan balik topi tu, pastu tangkap gambar balik.



p/s tengok.... aku tulis gak lagi kat P/S ni!!!!!!.. hishh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...