Hari ni Ahad, Hari melihat anak bulan, jika anak bulan kelihatan maka isnin akan berpuasa dan jika tak selasa baru kita puasa.
Bila datang bulan Ramadhan, aku paling suka tengok dokumentari dekat TV, tak kisah la RTM1 ke, TLC 707 ke, National geographic, TV3 dan astro ria. aku suka tengok budaya orang negara lain meraikan bukak puasa, jenis-jenis makanan, cara sahur, solat tarawih dan macam-macam lagi.
Dekat Malaysia ni, semenjak economic boom dari tahun 1993 dan ke atas, rakyat Malaysia amnya dan Melayu khasnya dah mula mengada-ngada dalam berbelanja untuk bukak puasa. semua nak jadi hebat tunjuk terer bukak puasa buffet mana lebih mahal dan bervariety.
Bagi generasi kelahiran tahun 1980-1989, kami sempat merasa kehidupan apabila buffet Ramadhan itu menjadi satu kehebatan dan kemewahan, dan nasik tomato bazar ramadhan itu adalah modal bercerita dekat sekolah rendah.
" Wei Haidir, semalam kan, bapak aku bawak kami semua gi dataran merdeka, kitorang makan nasik tomato beli kat bazar ramadhan ~ ~ ~"
" Bestnya zul! bapak aku cakap sabtu ni kami nak pergi buke kat concorde, buffffeeeeetttttt"
" Uiyyoo bestnye"
" ada ziana zain nyanyi weihhhh"
" Uiyyyoooooooo, best la kau!"
mak mak akan masak berbuka, bapak akan balik dari kerja sambil bawak air bungkus balang beli kat tepi jalan, atau macam bapak aku akan beli ais cream soda, ibu sirap dan susu sejat carnation, sebabnya bila berbuka puasa sirap bandung aiscream soda adalah the ultimate recipe!
Kehebatan berbuka dengan Sirap bandung aiscream soda, sirap selasih (telur katak) dan air cincau potong sendiri tak dapat digambarkan keseronokannya, hebatnya seperti makan Foie gras dengan Black truffle.
Walaupun kadang-kadang air cincau itu berbau bawang dan rasa pedas-pedas suam, sebab potong cincau guna pisau dapur yang tak basuh betul-betul, kengkadang pisau basuh betul tapi lupa nak basuh chopping board. tapi ia tetap heaven sebab jarang sangat dapat tengok lengkong yang belum dipotong kan.
Pada Zaman sekarang nak nak tahun 2000 ke atas, aku sedikit sebanyak mula rasa meluat dan jengkel bila kawan-kawan aku ajak bukak puasa dekat buffet ramadhan. wahima kawan-kawan baik aku iaitu Shahril Husin, Zikry, Chewe dan Opismate aku sendiri pun aku tetap mengomel secara jujur lambang aku memang malas sangat nak pergi buffet ramadhan.
aku selalu membebel bila Zikry ajak semua kengkawan bukak puasa buffet ramadhan, sebab aku memang dah lama berkempen taknak support industri yang membazir ni.
Buat kawan-kawan pembaca yang belum bekerja, anda tidak akan terkesan sangat dengan budaya buffet Ramadhan mungkin sebab korang kurang terdedah dengan budaya ini. macam aku jugak zaman-zaman study dulu. Aku jarang sangat pergi buffet ramadhan melainkan bila ikut keluarga aku, atau kawan-kawan bapak aku belanja.
Tapi bila dah masuk alam bekerja, nanti ramai la kawan-kawan, klien, office mate, supplier, keluarga akan ajak /organize majlis berbuka puasa Buffet Ramadhan dekat hotel-hotel berstar-star dan fancy restaurant. Kadang-kadang keadaan membuatkan kita tak dapat menolak sebab majoritinya nak pergi, kalau kita tak pergi nanti tak dapatlah spend masa dengan kawan yang lama tak jumpa kan. tapi dalam hati aku tetap meluat nak pergi buffet ramadhan.
****************************
Kenapa aku meluat dengan buffet ramadhan? kenapa aku tak sokong buffet ramadhan?
1) Buffet itu membazir, camonlah, sebagai seorang manusia normal, berapa banyak yang korang boleh makan dalam satu masa yg time framenya adalah dari 7.30 malam - 9.00 malam?
adakah 1 pinggan nasik, udang 5 ekor, 5 keping kambing bakar, half bird ayam, 1 mangkuk ABC, satu potong ikan tenggiri, sepiring mee goreng mamak, air bandung selasih, 2 tepung pelita, satu seri muka? segelas teh tarik? oyster mentah, sotong goreng, roti jala, agar-agar 7 warna, sago gula melaka? lompat tikam, puding jagung, cream caramel?
Seriously answer me, adakah korang boleh makan sebanyak yang aku listkan di atas secara jujurnya? aku gemuk, tapi perut aku berkapasiti manusia normal. bagi aku yang berbuka secara normal, ini list makanan berbuka aku (normally)
Sebiji Kurma, 2-3 gelas air, sepinggan nasik, satu jenis lauk, sejemput sayur, sepapan petai, secuit sambal belacan, 2 tepung pelita atau tauhu panas atau buah. selalunya aku akan makan banyak ni masa berbuka, sepinggan nasik tu korang bayangkanlah sepenuh mungkin, tapi maximumnya aku takkan makan lebih dari 1 sumber karbohidrat sebagai Main course.
Contohnya aku takkan makan nasik putih, pastu makan plak lagi mee kari, jarang aku buat buruk kelaku macam tu. Jadi, berbaloikah menu kita semua setiap kali bukak puasa tu untuk bayar sampai RM 65 per pax? itu baru harga average buffet ramadhan, dulu aku pernah makan buffet ramadhan dekat JW Marriot hotel tak salah aku RM 90/pax, Hilton PJ RM 88/pax.
Apa jenis makanan yang korang makan sampai kena bayar RM 90 satu kepala? tiram 20 keping? udang bakar 15 ekor? ketam fatty crab 5 ekor? seekor ayam panggang? separuh kambing bakar?
Wake up dear! sedarlah muslim semua, Buffet Ramadhan adalah satu kaedah pemasaran yang dilakukan oleh hotel dan F&B industri untuk generate maximum profit ke atas ketamakan pengguna.
Hotel dah buat calculation dah bahawa seorang manusia takkan mampu untuk makan lebih dari apa yang aku listkan di atas, kecuali ada sejenis manusia yang makan sampai kembung, pergi toilet jolok sampai muntah, pastu makan lagi. tu kes terpencil.
Cuba korang darab, Zulfikar + Zikry + Isteri Zikry + Shahril Husin + Isteri Shahril + Chewe + Makwe Chewe + Ijam + Makwe Ijam X RM 65/pax (average buffet price) = RM585.00..
Kalau korang pergi makan dekat seafood restaurant, order lauk yang paling hebat, dan cukup untuk makan yang tidak membazir, enjoy the food dan ambience, bill yang datang pun tak lebih dari RM350, paling hebat pun RM250.
Aku pernah makan dekat restoren seafood yang famous di KL, lauk Ketam bangkang (muddy crab), udang Tohir, sizzling taufu, daging rusa, dan asparagus belacan pun tak lebih RM 150 untuk 3 orang makan. Even aku makan beef steak The Ship 6 orang pun bill tak lebih RM400. gila apa makan buffet kambing bakar 3 keping udang 3 ekor tambah ABC sampai nak bayar RM65 satu kepala??
Jadi rasionalkah bayaran kita untuk buffet ramadhan yang mana ia membuatkan kita membayar apa yang kita tak mampu makan? Ia adalah membazir! period.
2) Buffet ramadhan punya lauk cliche, dan aku tak enjoy the meal walaupun lauk penuh sampai 4 buffet line, bagi aku makan nasik putih, lidah lembu masak merah, siakap stim, udang blackpaper lagi membuka selera.
3) makan dalam keadaan tergesa-gesa sebab perasaan tamak dan bimbang, takut lauk habis, walaupun aku tak bimbang sebab aku pun dulu pernah kerja masak dan jaga buffet line, tapi aku kesian tengok kawan-kawan yang tak tahu.
Aku kesian dan tak sampai hati bila tengok kawan-kawan kita ambik lauk sampai penuh pinggan, ambik lagi nasik beriyani satu set letak dalam satu pinggan lagi reserve atas meja, ambik lagi ABC sekali harung, ambik lagi satu piring letak 10 macam kuih, ambik lagi satu piring untuk letak 4 jenis kurma, ambik segelas sirap, segelas teh tarik dan segelas air kosong. opss lupa, ambil lagi sepinggang letak 4 jenis kek dan aiskrim.
Kadang-kadang rasa serba salah, nak jugak nasihat berdasarkan pengalaman aku yang belajar dan pernah kerja F&B ni. tapi rasa kekok menebal bila pikirkan nak berbuka puasa tu. orang sibuk nak makan, aku pulak sibuk nak berhujah. so tak jadi.
" Jep, amboi sakan amik makanan Jep, naik penuh meja, betul-betul balas dendam ni!"
" ishhkk, kena la amik cepat-cepat zul, nanti lauk habis, rugi kita dah bayar mahal"
" mana ada habis jep, banyak lagi spare kat dapur"
" tuuu tuuu ko tengok tuu... udang bakar dah tinggal tray je, habis la ko tak merasa la udang bakar, sedap gila zul"
" eerrrrr.... kat dapur tu ada seperiuk terak lagi udang jep"
" ko mana tau?, baik kita amik cepat-cepat, sapa lambat rugi, ye ye je ko cakap ada lagi kat dapur!"
" errr....err... aku, ye lah jep, makan makan makan hehehe." (tak sampai hati aku nak berlagak cakap aku tau bila tengok muka dia semangat gigit kepala udang)
Sudahnya, kuih sepiring tak terusik, udang ada belen lagi 4 ekor, nasik tak habis setengah pinggan, teh tarik tak terusik, Oyster mentah tu jangan cakap terusik, hinggut pun takde.
Memang kita bayar, memang kita punya hak nak ambik lauk sampai penuh satu meja, memang takda siapa boleh halang dan persoalkan. Tapi kan Allah pernah berfirman dan Nabi Saw pernah berpesan :
Membazir itu saudara Syaitan.
**************************
Sepatutnya konsep buffet yang sebenar mengikut buku teks adalah salah satu method jualan yang mana menggalakkan pelanggan merasa jimat dan beruntung dan ia akan menampakkan seakan-akan pembelian itu berbaloi dengan harga yang rendah.
Tapi ironinya yang berlaku masa buffet ramadhan viceversa , harga buffet menjadi over-pricing, sky rocket straight to the ceiling. Dan yang menambahkan lagi kejengkilan dan kehairanan ialah masih adanya manusia yang mahu membayar benda yang tak perlu.
Sanggup membayar untuk buffet ramadhan yang memanipulasi satu hal, merasa megah dengan kemampuan untuk makan buffet hotel 5 star paling hebat adalah satu hal yang lain. Bagi aku, perasaan aku bila dengar orang bermegah pasal kehebatan buffet bukanlah merasa kagum sebaliknya aku rasa kesian dan hairan.
Jika sepanjang hari kita berpuasa untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, belajar merasai bagaimana orang miskin kebuluran, kenapa apabila kita berbuka kita mahu jadi lebih teruk dari hari tidak puasa?
Di manakah matlamat mahu insaf dan mengenang kelaparan insan lain?
kenapa kita perlu menjadi rasaksa ketamakan apabila berbuffet ramadhan?
Dan aku harap Ramadhan kali ini dapat memberikan kelainan kepada kawan-kawan baik aku dalam buat
're-union / gathering sambil berbuka puasa bersama-sama', aku harap aku tidak lagi di jemput ke buffet yang memaksa aku untuk membayar RM45.00 semata-mata nak makan sambil tengok seekor kambing tergolek-golek di atas bara api.
cukuplah sekadar kita makan nasik beriyani, nasik kandar, seafood atau nasik tomyam. takpun nak lagi jimat dan berkat, berbuka je dekat masjid negeri.
p/s korang jangan risau, kawan-kawan aku semua baca blog aku. aku bukan cakap belakang. hehehe.