June 30, 2011

Baju Ladybird, Seluar Kiki Lala

Assalamualaikum..

berkesinambungan dari entry gambar nostalgia tu sebelum ni, membuatkan aku menyelak-nyelak album lama sambil menghirup nescafe. Satu persatu gambar aku tenung lama-lama. Makin lama aku tenung makin kenangan lama main kembali.

Ada kawan-kawan cakap memori aku kuat, Suria lekat lekit, Nin Fazren Ilyana, Fayad Rahim, Mulan aisyah, Anis Siswadi dan ramai lagi lah kalau nak sebut. semua ckp aku patut bersyukur sebab aku mempunyai memori yang bagus.

Bagi diri aku sendiri pulak, aku tak rasa aku kuat mengingat sangat, cuma kenangan-kenangan lama tu aku berusaha peluk erat-erat, ketat-ketat sedaya mungkin. Aku taknak lepaskan sebab nanti apa lagi yang tinggal untuk cerita kat anak cucu pulak.

Mungkin kelebihan yg sebenarnya adalah aku dapat ingat benda-benda detail dengan baik dan tak keliru kot. Rasanya sebab kopi, sebab aku start minum nescafe dari umur 3 tahun sampai la sekarang ni, ada kajian cakap caffeine berupaya menguatkan memori.

Tak tau lah pulak kalau kajian ni Bias untuk menyokong industri kapitalisme pengeluar kopi. Tapi apa kata kalau kita bersangka baik je lah.

*************************

Bila cerita pasal nostalgia zaman kecik-kecik, mesti kita akan selalu ingat pasal baju kita kan?

Ada yang tersenyum sebab teringat baju mesti nak sama dengan adik beradik. Ada pulak tersenyum sebab selalu jeles dengan baju kakak atau abang. Ada pulak malu nak pakai baju yang mak bapak beli.

Kenapa malu? sebabnya baju tu sama dengan adik beradik, kalau pakai nanti takut kena gelak dengan kawan-kawan.

Tapi kita sendiri tak sedar kan, kawan-kawan kita masa kecik-kecik tu pun majoriti pakai baju sama dengan adik beradik diorang jugak. Kalau korang tak percaya, korang bukak album kecik-kecik, tengok gambar Birthday party korang,tengok secara terperinci dan tenung lama-lama, 

kan ke kawan-kawan kita yang datang dengan adik beradik mesti pakai baju sama?

kenapa mak bapak pakaikan baju sama dekat anak-anak? siapa kalangan pembaca aku yang dah jadi parents? boleh tolong jawabkan dak?

kalau ikutkan teori aku, anak-anak pakai baju sama ni sebabnya :

1. Taknak bagi salah sorang anak jadi jeles, bila tengok baju adik / akak dia lagi lawa dari dia.

2. Mak suka sangat tengok anak-anak pakai baju seragam, macam bawak rombongan pergi shoping mall je kan.

" weeeiii korang semua!!, tengok la anak-anak aku ni, aku ada 3 hero, semua pakai baju sama-sama, comel kan?"

3. Jimat Kos, tapi teori ni hanya terpakai kat baju yang beli kain ela la. kalau beli baju dah siap mana mau pulak nak dapat harga murah. apa ingat ni beli ikan kembung ke? 

tapi kalau beli kain ela senang, beli satu papan, pastu jahit 6 pasang, dari anak yang umur 8 tahun sampai la baby umur setahun, semua berderet je pakai baju sama kaler hijau pucuk pisang, sama plak tu dengan langsir. hehehe

*******************

Bagi aku pulak, aku teringat zaman aku kecik-kecik, ntah kenapa bapak aku minat sangat dengan brand ladybird dengan Kiki Lala.

"Karnain, Ikar, kali ni nak beli ladybird ke kiki lala?"

"alahhh, abah ni, asyik ladybird, kiki lala,  lady bird, kiki lala...takkan takleh beli brand lain bah!"

" Uishhh, Ladybird ngan kiki lala tu brand mahal tu, imported tau..kalau pakai mesti kawan-kawan nak geng!"

Habis dah, aku ngan abang aku dah start makan jek dah. tak dapat diselamatkan lagi. memang ladybird kiki lala jugak la jawab nye....

Lagipun, zaman tu seingat aku, kalau pergi Yaohan ke The store ke warta ke, brand yang femes tak lain tak bukan Ladybird ngan kiki lala la pun. 4, 5 tahun lepas tu baru la keluar jenama KIKO. 

Zaman dulu mana ada brand Oshkosh Bigosh, Guess for kids, nike kid, adidas kid, dan segala macam kid yang lain. Zaman dulu kot kalau ada pun anak orang kaya yang nak nampak lain dari kiki lala diorang pakai la baju Disney world. Baju Pooh dengan mickey mouse.

Zaman sekarang ni, budak-budak pun dah pakai baju Polo korang tau? sehelai sampai RM90++, ada pulak bagi anak pakai adidas kids. Kalau korang tengok anak-anak opis mate aku macam Noorbaya Jinal dengan Abg Nasir. Astagha...... anak-anak diorang tu pakai satu set baju mahal ngalahkan baju aku.

Kalau zaman aku dulu? duit banyak-banyak beli baju tu mak bapak belikan basikal. Bila anak-anak bising nak baju baru, letak diorang atas basikal suruh kayuh keliling kampung.

" abah... mama... kawan ikar kan pakai baju Ultraman... lawa bah, raya ni nak baju ultraman taro boleh tak bah?"

"Baju Ultraman Taro? ala,duit dah habis, abah dah buat beli Bmx kamu tu, kamu gi kayuh basikal tu main kat luar. Ultraman esok-esok je tengok kat TV"

***************

 Pada satu ketika, apabila aku dah besar sikit, dah lepas sunat, bapak aku still belikan baju brand kiki lala. tapi masa ni ladybird dah takde dah, aku rasa company tu kena take over kot.

Punya la aku ngan abang aku malu nak pakai brand kiki lala tu nak pergi jalan-jalan raya wei. Baju masa tu okeyla kiki lala, tak obvious sangat kecomelan dia, sebab bapak aku bagi kami pilih sendiri dah. Jadi aku berusaha la pilih baju yang paling kurang sekali darjah kecomelannye.

Yang buatkan kami malu adalah sebab seluar jeans kiki lala tu. Masa tu dah takde pilihan lain, hati teringin sangat nak pakai Jeans, sebab pakai jeans tu kool. Tapi dekat seluar jeans tu ada tulisan besar KIKI LALA dekat belah peha sampai ke lutut. Tulisan tu pulak ada corak-corak tali dengan tangga.

Kiranya Abjad K.I.K.I  L.A.L.A tengah memanjat tangga dan bergayut kat tali la turun dari peha ke lutut seluar jeans aku tu.

Masa beli seluar tu punya eksited, tu lah seluar jeans pertama aku. tapi bila balik rumah, pakai testing-testing depan cermin dah rupa macam baby masuk nursery pulak.

Tapi dah beli nak buat macam mana woi, pakai jugak la. Bila hari pertama pakai Jeans kiki lala, usaha jalan mengereng, sebab seingat aku tulisan corak-corak babyish tu belah kanan kaki, so aku akan sedaya upaya cover bagi kawan-kawan aku tak perasan.

Siap masa jalan tangan tak gerak, rapat kat peha, nak tutup tulisan abjad kiki lala tengah panjat tangga tu wei.

Tapi lama-lama kantoi gak. Kawan-kawan aku gelakkan aku.

" Hahahahahahah Ika, ape lah kau ni pakai seluar KIKI LALA!!!, mana ada budak darjah 4 pakai seluar kartun-kartun lagi woi"

" Eh ye ke? aku tak perasan lah jeans ni ada kartun, dah bapak aku beli, aku nak wat camne? pakai je la,"

" dah dah, ko jalan jauh2 sikit, budak budak mana boleh jalan ngan kami"

" okey, takpe.. jangan harap nak kongsi aispop ngan aku lagi"

" hehehehhe ok ok ok... kitorang main-main je la"

*****************

Balik dari peristiwa masa tu, aku ngadu la kat mak ngan bapak aku, aku cakap malu nak pakai seluar kiki lala ada kartun-kartun.

Agaknya bapak aku kesian sangat kat aku ngan abang aku, dah la pakai seluar kiki lala  ngan baju ladybird, pakai sepasang sama lak tu kan..

Bapak aku pun  dah mula perasan dan sedar yang anak-anak lelaki dia bukan Babies dia lagi, dah mula besar dan mengerti malu kelihatan comel. bapak aku pun bawak la kami sekeluarga gi Yaohan.

Masa kat yaohan, First time bapak aku bagi chance pilih baju bukan ladybird dan kiki lala.

Hahahahaha, aku ngan abang aku pilih baju KESATRIA BAJA HITAM!!!!!!!!

tapi baju masih nak sama adik beradik, cuma kesatria baja hitam abang aku kolar Hijau, kesatria baja hitam aku kolar merah. Seluar pulak, cari punya cari takde size. pergi cari brand John Master ngan Snail, tapi takde saiz kanak-kanak. takkan nak beli seluar ladybird pulak? Oh tidak.

Balik Rumah mak aku order dekat Pakteh aku seluar Siam.

Malboro Klasik, jeans Biru lusuh yang sangat bergaya. tiada lagi Abjad yang memanjat tangga, tiada lagi pokok bunga matahari menari-nari.. hanya ada seluar jeans yang berkain biru dan tag label kulit kat punggung seksi.



Amacam.......ada gaya koboi tak??



p/s aku rasa, aku ada gambar tu dalam album, nanti aku scan ye, skrg kat rumah takda scanner. nanti dah scan aku upload kat sini balik..
sapa suka dengan nostalgia ni, sila komen dan tekan butang like kat bawah nih :)




June 29, 2011

Gambar Nostalgia, Ini Bukan #Wordless Wednesday

Assalamualaikum,

Memandangkan audience aku telah penat mendengar aku mengomel tentang isu-isu pendapat sebelum ini iaitu  pasal Beer Halal, Belajar tidak bersetuju dan isu Astro, kali ni aku nak mengendurkan tension semula dan mengurangkan rindu pembaca kepada Hero 'ikar' yang agak lama menyepi. 

Tapi kali ni aku buat kelainan sikit, aku scan gambar zaman aku kecik-kecik dan kini persoalan tentang bagaimanakah rupa budak ikar itu akan terbongkar.

Adakah muka dia seperti anak cina dengan mata yang sepet? atau mukanya berhidung mancung seperti anak bangla yang menjadi backdancer cerita mohabbatein?

Tahniah kepada Fayad Rahim yang menjadi orang pertama mengutarakan permintaan ini dan bersungguh-sungguh mempengaruhi aku untuk scan dan bubuh gambar kecik-kecik dalam blog.

Tapi ada kekecewaan sedikit, Entry ini bukanlah #Wordless Wednesday, sebab belum jumpa gambar pun lagi korang dah baca tulisan aku berjela-jela. Jadi terpisah jauhlah blog Rasa Hati ini dengan arus kemodenan trend blog-blog sedunia...

Kita kembali semula ke niche blog ini iaitu kisah-kisah nostalgia memori zaman kecik-kecik. Sila ambil mood anda iaitu bygkan baju kikilala dan kiko bersama dengan tupperwer hijau bancuh milo di depan laptop.


Zulkarnaen, Mama, Julia, Zulfikar Hazri aka Ikar (penulis)
Gambar ni masa umur aku 4 tahun, gambar  ni kat Masjid Shah Alam, abah bawak kami sekeluarga jenjalan, nampak tak mak aku tak bertudung? oh zaman ini zaman ranggi, sebelum mak aku aktif belajar mengaji kat surau. Nampak tak baju aku dan abang aku sama?

Ye!!! baju itu berjenama Ladybird, zaman kecik kan aku ngan abang aku sangat akrab mcm entry yang korang baca sebelum nih? jadi haruslah baju pun sama sedondon bak boria tanpa tongkat saktinya. Dan baby ditengah-tengah itu adalah julia, dah nak kawin dah adik aku yang tu.. huuuuuu


Dari kiri : Zulfikar Hazri(penulis) Karnaen dan Mama

Gambar di atas adalah sambutan Hari jadi abang aku, nampak tak tulisan tarikh di gambar? tulisan tu bertarikh December 1985, aku punya birthday pulak Februari, jadi apa ke hal pulak aku yang sibuk-sibuk nak tiup lilin kan? mesti korang rasa penuh misteri? Tapi sesiapa pembaca setia blog aku dah tau dah kisah disebaliknya, yang taktau dan baru ikut boleh baca apa sebabnya kat SINI


Masa ni tak salah aku umur dalam setahun 4 bulan, Nampak tak tarikh gambar? JUNE 1985, jadi aku lahir Februari 1984, Tolong kirakan untuk aku, betul tak setahun 4 bulan? Jangan tanya kenapa aku senyum dan gelak suka sangat dalam gambar tu, mungkin aku suka sebab terkentut.


Masa ni Aku duduk Jalan Uganda, Kampung Jawa Klang. masa ni aku umur 3-4 tahun, oh baju masa ni memang tak sama, sebab bukan aktiviti jalan bekeluarga, ini ikut abah aku pergi tengok orang lumba speedboat remote control kat tasik Shah alam. Gambar ni juga sebagai bukti yang aku cakap kat kawan aku secara angkuhnya

"eeeleeehhh, korang baru masuk UiTM Shah alam awal 1bulan dah kecoh, aku dulu-dulu.. pokok kat Tasik tu renek lagi, tanah merah, rumput pun belum tumbuh lagi aku dah lepak makan aiskrim kat tasik tu tau tak??"

Penulis di tengah tengah.

Masa ni dah Pindah Kampung Sungai Tua Baharu, Nampak kan? baju aku ngan abang aku sama? kan dah cakap, baju mesti sama barulah melambangkan keluarga yang bahagia. tu misai tebal dengan Rayban Aviator tu Bapak aku, takkan Pengembala Zirafah plak kan? masa ni kami gi jenjalan Zoo negara. Zoo negara dulu cool sebab ramai orang, kenapa ramai orang? sebab zaman dulu takda pavilion dengan suria klcc.


Bagi aku ni ialah gambar epic, gambar ni banyak cerita, saat dimana aku menyedari aku bukan lagi adik, menyedari bahawa aku abang yg sayang adik perempuannya, nampak tak aku dukung Julia atas sofa merah kegemaran bapak aku? nampak roda kat bawah sofa tu? kerana sofa tu beroda lah menjadi penyebab sofa tu lingkup, kami adik beradik main tolak-tolak sofa buat teksi dalam rumah. best gila! 


aku duduk atas ford cortina 2.0 abah aku. kereta ni kenangan banyak sangat. aircond kereta ni kuat kat area tengah, aircond tepi pintu tu dah diconquer oleh bapak aku dan mak aku, jadi kami pun berebut la nak duduk tengah, sebab boleh dapat angin aircond, tapi bila dah besar semua berebut nak duduk tepi tingkap.. taknak duduk tengah sebab rasa kena himpit. Itulah rumah pertama kami masa kami hijrah dari Ipoh ke Selangor. sewa masa ni tak salah aku rm80/bulan.

Hah, ni gambar aku ngan bapak aku, muka kami sama tak? mesti lah tak 100% sama, sebab mestilah ada acuan muka mak aku jugak kan. ye, aku jawabkan soalan hati korang... rambut aku memang ikal mayang

" woi kerinting la woi, takdenya ikal mayang!" kata si debe.
" ikal mayang la, mana ada kerinting"
"Ko ingat kau maya karin nak rambut ikal-ikal?"



P/s mak aku tengok gambar lama ni dalam laptop terus muka macam sebak, teringat kenangan dulu-dulu, saat anak-anaknya bergantung padanya. Dan aku pun sedar bahawa dalam dunia ni semua harta tidak dapat menandingi kasih sayang anak kepada orang tuanya dan orang tua kepada anak-anaknya.



June 28, 2011

So Called 'Beer Halal' dan Kaedah Hujah

Assalamualaikum...

First of all, aku telah restrained diri aku cukup lama dari mengomel benda Beer Halal ini, sebab bagi aku ia adalah benda terpencil. Tidak berbaloi untuk dibahaskan dan aku sendiri pun taknak melangkau majlis Fatwa kebangsaan.

Satu masa dulu aku pernah pergi ke Jeddah, Saudi Arabia. Aku menjalankan urusan bisnes dekat sana, dan aku menghabiskan masa almost 20 hari di jeddah dan 2 hari 1 malam di Makkah untuk Umrah.

Masa dekat Jeddah, aku diperkenalkan dengan Minuman Barbican, iaitu minuman Malt & Barli beperisa buah- buahan. Aku suka minuman ni sebab sedap, adventure dan funky.

Ia juga sangat refreshing di tengah gurun panas Arab saudi. Semasa di Jeddah aku berkawan dengan Pak Arab berbangsa arab dan pak arab yang berbangsa Melayu dan Pattani. Jika orang melayu yang lahir dan berkerakyatan sana mereka akan digelar Al-Malayu di belakang namanya.

Contoh Adel Al-Malayu. dan kebetulan kawan aku sorang lagi bernama Adel juga, tapi dia dari Pattani, jadi nama nya Adel Al-Fatani.

Masa di Jeddah, Bahrain dan Makkah Barbican ini dijual di merata tempat, dan ia dinikmati tanpa rasa ragu-ragu kerana ia bukanlah arak. Ia juga bukan Beer Halal dan ia tidak pernah digelar Beer Halal.

Semasa di Jeddah aku hanya minum Barbican, Pepsi, Kopi  dan lemon/pudina teh, sebab kat arab diorang takde masa nak bancuh Milo ais tabur rasaksa dan Teh ais kaw yang sangat lazat. Nescafe ais pun tarak.

Khamar adalah arak yang dibuat dari Tamar, jadi adakah kurma menjadi haram? sila rujuk point dibawah untuk jawapan, jangan nak skinread je.. ** gambar adalah persidangan bawah pohon tamar di kedutaan Malaysia di Jeddah.

Adapun Hujah-hujah dan perbincangan di bawah tak memerlukan korang belajar sampai Al-Azhar atau Jordan pun, cukuplah hanya dengan silibus Feqah darjah 4-6 sekolah agama rakyat. Janji jangan cepat melatah, dan jangan takut untuk menjadi budak berilmu. kalau asyik nak taqlid buta, apa pun tak boleh!!!





***************************


Dan di sini aku bukan nak bincang halal atau haram 'beer Halal' Ini. tapi aku nak bincang kaedah hujah. Aku berharap kepada Ustaz Wannabe, Blogger semberono yg ulas pasal ni semata-mata nak catch SEO dan nak traffic tinggi sila bertanggungjawab dengan penulisan korang. Di sini aku bincangkan beberapa point kaedah hujah yang salah.


1. "BEER HALAL ini menjadi syubhah dan seterusnya menjadi haram sebab nama ia adalah Beer 'halal', nama yang menyerupai Beer maka jatuhlah hukum haram untuk meminumnya"

------- Hujah ini SALAH! 

Pertama : Ia tidak pernah dianggap sebagai Beer pun selama ni samada oleh pengeluar, pengedar dan peminum., korang yang ustaz wannabe penyebar fitnah yang labelkan ia sebagai beer halal. selama ini ia digelar Malt drink/beverage or barly drinks.

Kedua : Jika benar pun korang nak menang hujah yang ia adalah haram kerana namanya BEER, maka korang semua telah berdosa, sebab korang bias, korang tidak pula mengharamkan Ginger beer, Root beer ,  grape juice sparkling WINE, Kuih TAHI itik, lidah BUAYA, lidah JIN, kuih TAHI minyak Nira Tuak dan sebagainya lagi.

"Gila kau nak makan tahi itik? najis tuuu...lagi haram dari barbican"

Ketiga : Kaedah Feqah, sesuatu benda itu tidak akan berubah sifatnya hanya kerana panggilan. nampaknya ramai orang Melayu yang terkeliru dengan Ilmu Ghulluw (melebih-lebih dalam agama) iaitu :

" Air masak dalam gelas ni pun, kalau korang cakap dia arak, kalau korang minum ia jadi haram tau"

Ilmu hukum ini banyak keraguan dan telah dihujah beratus tahun oleh Ulama terdahulu kerana :

Adakah manusia boleh menjadi babi hanya kerana panggilan? adakah anak halal menjadi haram dengan panggilan? berubahkah sifatnya?

" celaka kau Sood, kau ni babi la!" (adakah Sood berubah sifatnya menjadi babi? adakah Sood wajib disamak?)

" Woi anak haram, jangan berani kau jejak rumah aku lagi!" (adakah anak halal itu berubah sifatnya menjadi anak haram? adakah pernikahan mak dan ayahnya terbatal?)

*******************************

2. "Beer Halal ini menjadi haram kerana rupa bentuk botolnya menyerupai botol beer"

-----------Hujah Ini SALAH!!.. (mengigil2 badan aku masa nak menaip ni)

Kerana......

Pertama : Jika anda berpegang pada hujah ini, maka pizza hut haram, sebab menyerupai pizza hut peperoni babi di USA, Big Mac haram sebab Big Mac kat USA pakai ham iaitu babi. Hatta air kosong dan sirap dalam gelas goblet/wine glass yang dihidang di banquet dan kenduri kawin pun haram, sebab menyerupai hidangan wine di dalam gelas di itali.

Bukan itu sahaja, boleh katakan semua boleh jatuh haram kalau guna hujah ini. Tin pepsi, coke kejadah semua haram sebab menyerupai  tin beer dan stout... arghh tension dengan kebodohan yang berlaku.

Kedua : Hukum Feqah, bekas arak halal digunakan setelah dibersihkan sehingga hilang warna, rupa, bau dan rasa. Tidak perlu samak dengan air tanah pun. wahima kalau ada sticker/lukisan tiger beer kat gelas tu pun halal digunakan. agak-agak ada orang tak belajar fardhu ain bab feqah ke masa kecik dulu?

Ke korang bila dah besar berubah menjadi Ultra Ustaz wannabe, fanatik dan taksub, menyusah-nyusahkan hukum agama sebab nak jadi hero?

********************************

3. "Hujah bahawa Beer ini haram sebab ia syubhah kerana rasa dia menyerupai beer sebenar dan ia adalah dakyah freemason dan illuminati untuk mengajar Ummat islam rasa beer macam mana"

------- Hujah ini SALAH!


Kerana......

Pertama : lembu sembelih dan lembu tidak sembelih tiada beza rasa.

Kedua : Zina tiada beza rasa dengan persetubuhan halal dengan nikah.

Jangan Hukum Haram Ikut rasa, apa korang ni semua tidur ke masa belajar feqah simple sekolah rendah tu?

Ketiga : Tapai adalah literally Arak ' in the making'... ada pun tapai terjadi akibat daripada penguraian gula di dalam sumber karbohidrat iaitu pulut / ubi kayu yang mana hasil sampingannya ialah bahan kumuh yis iaitu Alkohol dan carbon dioksida, lantaklah korang panggil ethanol ke ape ke.

tak pernah pulak aku tau yang freemason & illuminati tu yang ajar kita minum tapai. tapai tu dah almost macam nak rasa arak la.

Siapa masa sekolah menengah amik sains dan siapa yang masuk universiti aliran sains mengetahui akan hal ini.. Tapai ialah Urban legend. Tapai adalah dilema antara kesedapan dan kebudayaan melayu. Tapai adalah  Silent policy dan Tapai juga adalah kebenaran yang selama ini terlindung.

Kedudukan tapai menjadi halal dalam Majlis Fatwa kebangsaan adalah kerana kandungan alkohol yang terbentuk tidak significant untuk mengubahnya menjadi air bersifat arak yang memabukkan. Tetapi ada alkohol dah dalam tu ye sayang-sayang abang sekalian. Jadi aku tak nampak perbezaan antara tapai dan so called Beer halal ini.

***************************

4. "Beer 'halal' menjadi haram sebab ia berasal dari zat/sumber/bahan mentah yang sama pembuatannya dengan Beer sebenar, jadi ia menimbulkan syubhah"


----Hujah Ini Salah!!!

Pertama : Menghela nafas panjang sambil bertanya kat korang. korang rasa nak ke aku terangkan hal ini?? baiklah aku terangkan sikit.

Kedua : Jangan makan nasik, pulut, kelapa, nira, barli panas kat mamak, roti, gula, air paip, gandum, ragi, bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla....... korang pikir lah sendiri.

Ketiga : Sebab semua karbohidrat/gula dalam dunia ini boleh menjadi zat untuk membuat arak!!!!


******************************


5. " Zulfikar, kau jangan nak tunjuk pandai sangat, jangan nak tunjuk bagus sangat, mati ke kalau tak minum Barbican? seeloknya ana mintak ente jauhkanlah sebab ia adalah syubhah. seeloknya kita elakkan lah benda yang belum pasti ni"

Jawapan : "99% makanan yang ente beli dalam dunia ni ente takkan mampu pasti la ya sheikh!"

Jawapan : ada beza besar antara syubah dan  penyakit was-was. sila selak buku sebelum tanya aku.

***************************

Disclaimer : Entry di atas ditulis bukan hendak memperdebatkan tentang hukum, tentang halal atau haram Malt beverages or so called beer halal, tetapi entry di atas membincangkan tentang KAEDAH HUJAH. adapun aku masih lagi menyandarkan keyakinan aku terhadap persidangan majlis fatwa kebangsaan terhadap hukum yang disepakati kelak.

P/S i aku bukan Mujtahid


P/S ii Aku cuma malu dengan kebodohan hujah dan kaedah hujah yang dikeluarkan.


P/S iii aku tidak akan melayan komen yang ajak aku hurai halal atau haram.


P/S iv kepada siapa yang terasa dengan entry ini, samada anda boleh belajar feqah asas dengan adik anda semula, atau pergi baca buku feqah, jangan asyik baca blog je.


P/s v Camonlah, semua kat atas comon sense.

June 26, 2011

Belajar Untuk Tidak Bersetuju


Assalamulaikum...

Kerap kali apabila terlalu mengagumi seseorang mendorong kita untuk menjadi tukang hangguk terhadap segala yang dikatakannya. Seakan-akan kita takut untuk menjadi penentang arus, seakan-akan menjadikan kita bengap untuk menjadi tidak bersetuju.

Tidak bersetuju bukan bermaksud kita membangkang dan biadap, ia cuma menunjukkan kita masih lagi mempunyai akal dan jiwa yang berindividu. Belajar untuk tidak sentiasa bersetuju akan menjadikan kita lebih bijak dalam berkata-kata dan lebih berani menyuarakan pendapat.

"aku suka la dengan Ustaz Junaidi Mat Sukun tu, aku kagum sangat-sangat bila dia bagi ceramah bab Munakahad"

"Tapi Zainudin, hari tu aku pernah baca buku dia tulis, buku dia banyak gila mencarut, maki hamun ngan hina orang"

" ahh, ko ni munafik tau tak! ko ni lah insan paling hina, Ustaz tu semulia-mulia orang ko jangan nak fitnah suka-suka hati, apa taraf kau nak kritik dia? kau ni lagi mulia dari dia ke? cermin la diri tu sikit. Kalau betul pun, apa salahnya mencarut? ada la sebab dia tulis macam tu"

PAP!

" nah kau baca sendiri apa yang dia tulis"

" errr...gulp"

"  Zainudin....aku tidak bersetuju dengan buku dan pendapat dia tentang mencarut dan mengutuk hina orang ni, tapi bab kelebihan dia yang lain mcm alim, Faqih dan pandai tafsir tu aku kagum la. cuba la kau belajar untuk kadang kala tidak bersetuju, boleh tak Zainudin?"

Tidak bersetuju untuk sesuatu topik yang dibincangkan tidak sama sekali menunjukkan kita bukan satu geng. Takkan pula bila kawan kita tengah cerita pasal benda yang tak masuk akal, kita nak iyakan pulak semata-mata nak jaga hati dia atau takut kita dilabelkan sebagai pengkhianat.

" korang nak tau tak? aku ada dengar kawan aku ckp, dia bawak kereta naik genting pakai gear 5, turun pun gear 5"

" errr, kau memang kawan aku Kasban, tapi aku tak setuju la bab ni. takkan naik genting gear 5! ini totally rubbish"

" beeeeetul Jep, memang kawan aku ckp mcm tu, kereta dia kereta baru, Chevrolet..takkan dia nak tipu pulak, dia kerja engineer bhai!"

" maksud kau dari bawah sampai atas pakai gear 5 je? tak drop gear langsung?"

" Iyyyeeeeeeee.... jep!"

" Terpulang la Kasban, aku tak boleh nak setuju dengan kau pasal cerita ni, sebab aku banyak kali jugak naik genting, tak pernah pulak boleh naik guna gear 5, ade sesetengah tempat tu nak naik guna gear 3 pun tak lepas!"

"  hehe, lantaklah jep....sedap pulak teh halia ni kan, pandai mamak ni buat teh kan jep kan"

Nampak? Kasban tetap menghabiskan teh tariknya bersama Salleh tanpa heart feeling dan terus berkawan sambil main badminton bersama-sama. Tidak bermakna apabila kita satu geng dengan kawan kita membuatkan kita harus mempunyai fikiran yang sama.

Kalau nak tengok dari sudut kerohanian pulak, kita kena ingat pesan Nabi SAW. Nabi larang kita asabiyah. Apa itu asabiyah? asabiyah adalah fanatik berpuak dan ber'geng'.

Mempertahankan puak atau kawan kita meskipun kawan kita buat sesuatu yang salah. Tidak kiralah parti politik ke, kawan sekampung ke, ipar duai, kawan blogger, kawan bersukan dan macam-macam lagi. Selagi mana dia kawan kita, dia buat salah pun kita Back-up dia jugak. takut sangat kalau kena tendang keluar dari geng kan.... itulah dia asabiyah.

************

Bagi pengalaman aku sendiri pulak, aku telah dapat banyak ilmu secara tak langsung apabila aku belajar untuk tidak bersetuju. Tidak bersetuju itu bukan menunjukkan aku kaki bangkang, cuma aku belajar untuk soal di tempat dan masa yang sesuai, itu saja.

Dulu, aku ada amik kelas Tassawur Islam masa tingkatan 4 dan 5. yang ajar kelas Tassawur Islam tu adalah Ustaz Uzet.

Ustaz Uzet sangat berkaliber, berserban dan berbaju Raihan setiap masa, isterinya berpurdah, dia lulusan Al-Azhar atau Jordan tak silap aku, dia mahir bahasa Arab dan mukanya berseri-seri sebab murah dengan senyuman, kata-kata yang keluar dari mulut dia baik-baik, tak menghina dan menyakitkan hati orang.

Banyak aku belajar dengan dia tapi banyak jugak aku berbahas dengan dia. Bukan bahas membawa kepada perbalahan, cuma menjadi tidak bersetuju terhadap sesuatu topik.

" Awok semua, awok kena paham dugaan dari Allah swt. Dugaan adalah untuk menguji Iman kita kepada Allah. Cuba tengok Contoh Nabi Ayub, Dia diduga penyakit teruk, ulat makan isi badan dia sampai nampak rangka.  Riwayat ada cerita ulat tu jatuh atas tanah, dia kutip balik letak atas kepala dia suruh sambung makan"

" Tapi Ustaz, teruk sangat la dugaan tu sampai tinggal rangka. Penyakit dia mcm teruk sangat je Ustaz?"

" itu la dugaan seorang Nabi"

" Tapi ustaz, saya tak faham la, kan ke syarat untuk menjadi Nabi mestilah tidak cacat anggota, maksum, tidak pekak dan buta, tidak ada penyakit yang sangat teruk sampai susah nak dakwah, buat orang lari jauh"

"Betul tu Zulfikar"

"Habis tu, dari apa yang saya dengar dan saya baca dalam banyak buku kisah-kisah nabi ni, diorang cerita teruk sangat sakit Nabi Ayub ni Ustaz. sampai ada cerita tinggal tengkorak, hina sehina hinanya ustaz, betul ke semua ni Ustaz? saya tak mampu nak bersetuju la ustaz. Sebab dah tak telli dengan fakta"

" bagus soalan awok ni Zulfikar, sebenarnya saya pun tak setuju dengan buku-buku kisah nabi tu. Semua cerita yg dibesar-besarkan dan tokok tambah ni adalah pengaruh Israiliyat"

" Israiliyat ustaz? apa pulak tu ustaz?"

" Israiliyat tu adalah pengaruh kisah-kisah dari dongeng kitab yahudi, nasrani dan cerita atas cerita dari golongan yahudi yang meresap masuk dalam riwayat kisah-kisah dalam Islam"

" habis tu, kenapa Ustaz tak pernah ajar pasal Israiliyat ni?

" sebab, tidak dibenarkan dalam silibus sekolah menengah, saya tak patut cerita pasal ni, bimbang nanti mengelirukan, nanti awak dah masuk Universiti ada la ajar bab israiliyat nih"

" Owwwhhh.. macam tu Ustaz, baru saya faham"

Bermula dari saat itu, aku mula balik rumah, baca buku pasal Israiliyat, dan dari situ mula menyambungkan aku kepada Link hadis maudhu', riwayat palsu, unsur syiah yang meresap dalam Islam dan unsur sufi yang tercemar dengan ketaksuban.

Credit Gambar : http://www.al-ahkam.net
Tapi ia tidaklah pulak mengubah aku menjadi manusia yang " aku mulia dari kau" dan takabbur dalam aspek keagamaan, aku masih lagi remaja biasa yang hidupnya masih dengan suzuki best kaler merah dan berseluar tumit koyak amik lap cecah pedel keluar api. kadang-kadang hujung minggu tengok wayang.

Cuma ia memberi kesedaran kepada aku bahawa dengan belajar untuk tidak bersetuju mengikut isu membawa aku ke satu dimensi lain dalam ilmu mencari fakta dan pendapat. dan pendapat itu membuatkan kita melihat dunia ni menjadi luas dan indah.

******************

Sikap sesetengah orang yang mahu belajar tetapi takut tak tentu pasal juga membuatkan kita memundurkan dunia intelek, kadang-kadang kita sendiri menjumudkan fikiran kita. Selalu tak korang bila dengar orang cakap macam ni?

"Aku taknak bagi pendapat la bab ni, aku masih banyak kekurangan dalam bab agama, aku banyak  nak kena belajar agama lagi baru aku berani nak kritik"

Ini bukan soal kurang agama atau kurang ilmu, ini bab mencari ilmu dan belajar mengutarakan pendapat. mengutarakan pendapat tidak bermakna ia perlu jadi FAKTA JITU. Mungkin ia benar dan mungkin ia salah.

Ia sekadar melontarkan buah fikiran. anda tidak akan menjadi sesat kalau anda mengeluarkan pendapat dalam masalah furuk dan cara berwuduk. ia hanya sekadar bertukar pendapat.

Pendapat : datang dari perkataan akar DAPAT. Anda dapati bahawa perkara itu adalah bla bla bla bla bla bla mengikut apa yang akal saya dapat fahami. Pendapat bukan fakta.


Setiap ilmu itu berkembang dari soalan > pertukaran pendapat > pemerhatian > kajian > catitan > perakuan > penerimaan > pertukaran pendapat > soalan.

Anda tak perlu nak jadi pakar kalau dalam bab mengkritik atau mengeluarkan pendapat. Takkan lah anda perlu jadi engineer Honda bila nak bandingkan motor EX5 dengan Motor 135 LC.

" John, aku rasa kan, motor EX5 ni tak best lah, lembab, banyak makan minyak! lagi baik motor 135 LC"

" Kau ni apasal Zack? kau ni bagus sangat ke nak kutuk-kutuk motor Honda. kalau kau hebat sangat cuba buat satu motor sendiri tengggookkkkk, bajet bagus sangat!"

Atau

"Tah pape la cerita hantu kak limah tu, boring, cliche, tak best, jalan cerita tak munasabah"

" Yang kau kutuk sangat Hantu Kak Limah Balik Rumah ni kenapa? kau hebat sangat ke? taraf kau sama ke dengan Mamat Khalid? kalau kau hebat sangat, kau buat satu filem aku nak tengok. cakap pandai sangat!"

Selalu kan kita jumpa dalam kehidupan situasi macam kat atas? selalu jumpa orang macam ni dalam blog yang berimej infomasi, politik dan review filem. Bagi aku, orang yang suka cakap macam atas tu ada masalah dalam otak dia, samada dia dah tepu dengan kepercayaan taksub atau dia ada masalah dalam bidang komunikasi.

Mengkritik motor honda dari sudut pandang pengguna (consumer's preferences) adalah berbeza dengan nak buat sensory evaluation thesis pasal engine dan motor Honda. Takkan setiap kali kita nak keluarkan pendapat kita harus buat thesis siap dengan contoh produk? kalau macam tu susah la kak Jue Rahman nak kritik goreng pisang kak norina kan?

" Ya Allah, tak sedapnya goreng pisang akak norina tu wei, pisang muda kelat, tepung liat, tak rangup..taknak aku beli dah!"

" amboi amboi amboi mulut kau Jue... sedapnye kritik goreng pisang akak, kalau pandai sangat gorenglah sendiri!"

" hai, nak cakap pun tak boleh? kalau macam tu, akak buat perusahaan pisang goreng komunis lah!, sapa je ckp pisang akak tak sedap, akak tembak dia dengan senapang gajah!"

Situasi di atas sama lah macam aku tengok Si Suria Lekat - lekit kena hentam dengan fanatik pementasan bangsawan dalam entry dia.

**********************


Kepada blogger pulak, toksah la kerana kegilaan trafik dan nak menumpang populariti Blogger famous itu menukarkan kita insan cerdik menjadi dungu. Macam dah takde otak pulak nak berfikir.

Selagi dia tu sekutu kita, asal apa saja dia tulis , entry blog lucah ke, entry pengampu ke, entry takde manfaat, entry gila SEO, entry bangang segmen-muka-pertama-kali-beli-pad-sebab-1s time-period pun kita duk ampu setuju dan join. Kadang-kadang tu aku duk baca komen-komen sampai rasa naik mual pun ada.


Aku bimbang sangat, jika aku mempunyai ramai pembaca dan peminat yang suka dengan tulisan aku pada satu masa nanti menjadi serba salah untuk tidak bersetuju dengan aku.

Aku risau jugak satu hari nanti kalau aku salah mengeluarkan pendapat tapi takde sesiapa yang berani nak kritik aku dan pada satu masa aku akan berubah menjadi angkuh dengan hasil tulisan aku sendiri.

Dan akhirnya mengubah aku dari seorang penulis biasa menjadi pengembala blogger dan anak-anak gembalanya bak kata si ARC13.

Dengan ini aku berpesan kepada kawan-kawan aku yang mengenali aku dari dunia maya seperti facebook dan blog, jika satu hari nanti, korang ada perkara yang tidak bersetuju dengan aku, aku mengalu-alukan pertukaran pendapat yang mana ia akan membuatkan kita semua menjadi manusia yang memajukan tamadun dengan jalan penulisan.



P/s  aku banyak pergi membaca ke blog- blog yang terbuka berkongsi pendapat, aku jugak baca hasil-hasil tulisan dari orang yang komen di blog aku, cuma kadang-kadang aku tak sempat nak tinggalkan komen mungkin sebab ada word verification yg panjang2, atau moderation, atau ruangan kotak komen yang banyak kena isi email,nama,website..... atau kdg2 komen dia tak popup ke window baru. tapi kalau aku terlebih rajin, aku slow2 isi semua  dan komen demi memajukan lapangan pertukaran pendapat.

June 25, 2011

Aku masuk penjara.



Assalamualaikum.

Semalam aku dapat call dari pakcik aku, dalam pukul 2 pagi..

**sunday morning la la la laa la la laaaa... Bunyi ringtone sunday morning oleh Maroon five.

Lagu Maher Zain tidak menjadi pilihan utama untuk ringtone. kenapa? aku bukannya urban-modern-duduk-hartamas-perasan-beranak-kat-LA pun, cuma aku tak berapa minat konsep lagu nasyid buat ringtone. Rasa macam duduk  lepak surau Sekolah Agama Menengah Rawang sambil berkumpul ketuk-ketuk gendang.

" Assalamualaikum Ikar, busy ke? boleh pakteh nak cakap?"

" Waalaikumsalam Pakteh, takde la busy sangat, tengah layan Avatar, aishh serius sangat bunyinya. apa dia pakteh?"

" Esok ikar kena masuk penjara tau!"

"HAAAAHHHH?????"

Semestinya bunyi "Haaahhh" terkejut aku tu bukan sekadar kesan dramatik penulis blog, tetapi ia lebih kepada terkejut yang sebenar. Gila apa, pukul 2 pagi, pakcik aku call cakap aku kena masuk penjara esok. Adakah aku telah menjamin penjenayah yang telah melarikan diri? dan kini aku terpaksa menjadi galang ganti?

Jenuh aku ingat, apa aku ada buat salah. Mama ada cakap, kalau takut tu tanda ada buat salah la tu.....

" kamu pergi mana ni Ikar comot-comot basah-basah ni? kamu pergi curi-curi mandi empangan ye?

"ehhh mana ada mama, ikar gi main bola la mama, kan semalam hujan lebat, padang becak, tu yang baju penuh lecak ni ma"

"Kenapa aku tengok kamu ni macam takut je, kalau takut tu maknanye ada la buat salah tu!!!"

"Hishhhh, apa pulak takut, mana ada takut. ikar cuma bimbang je, bimbang mama marah sebab baju seluar semua kotor, kesian mama ikar ni penat nak basuh baju kotor-kotor lecak kan mama kan"

"pandaila kamu nak Jek aku, kalau mama tau kamu semua gi mandi Ulu yam tu, jaga!!, siap kome, aku besit!"

**********************

ok sambung perbualan telefon dengan pakteh.

"masuk penjara pakteh?"

"Ha'ah, ikar ikut makteh masuk penjara, pakteh malas nak keluar masuk penjara tu"

"Penjara mana ni pakteh?"

"Penjara Sungai Buluh"

"Bakponyo la pakteh, ikar gi masuk penjaro plop?" (amacam slang aku? tak Kelantan langsung kan? mesti sakit telinga Pakteh aku dengar aku cakap Kelantan bunyi macam orang siam jual tikar mengkuang naik pikap berhenti kat bucu jalan)

Walaupun aku bukan orang Kelantan, tapi aku saja cakap loghat dia, sebab Pakteh aku orang sana. Dia kawin dengan makteh aku iaitu adik mak aku yang berasal dari Perak, tapi makteh aku adik-beradik dia dah ckp dia ni Perak murtad, sebab bila dia cakap, hujung-hujung ayat mesti nak ada 'Deh'.

"Ikar, ikar tolong makteh gi kedai jap deh"

"amende makteh ni deh deh?, 5 tahun duduk serumah ngan kami tak pernah pulak deh deh"

" ala ikar ni, biasa la.. terikut Pokteh Zainal la, hik hik hik.... ikar gi kedai deh" (sambil senyum hulur 2 ringgit beli daun sup bawang)


********************

Rupanya, aku kena teman makteh aku masuk dalam penjara atas urusan business dengan pegawai kat sana, so makteh ngan pakteh ajak aku sekali sebab nak kenalkan dengan pegawai yang uruskan keperluan penjara. Untuk aku bincang-bincang kalau ada peluang supply biskut Royale Danish Butter Cookies tu.

Sejujurnya, aku takdelah kekok sangat dengan Penjara Sungai Buloh ni. Masa zaman aku belajar 5, 6 tahun lepas, aku dah biasa keluar masuk penjara ni. Melawat kawan aku si Shahril Husin aka Debe.

Sesiapa yang selalu follow kisah aku mesti kenal dengan Shahril Husin, kawan karib aku zaman belajar diploma dan degree di UiTM..

Dia ni budak nakal, biasalah zaman muda-muda, siapa pulak yang tak pernah nakal kan?

"Jadi, budak nakal kena duduk mana adik-adik?"

"Duduk Penjara Abang Zul!"

"Paaaaaaaaandai......."

"Kalau adik-adik semua sayang mak ayah adik-adik, taknak diorang sedih, adik jangan jadi budak jahat tau!, kalau jadi budak jahat nanti kena masuk penjara, kena duduk jauh-jauh dengan mak ayah"

"Baik Abang Zulfikar!"

Aku pulak? kalau dah berkawan dengan budak nakal? apa yang dapat? mesti la terpengaruh dengan rakan sebaya kan?

Macam riwayat kisah nabi tu, sesiapa yang kawan dengan penjual minyak wangi dapat la bau wangi dia, sesiapa yang kawan dengan tukang besi, dapat la haba panas, busuk peluh dan habuk besi kan?

Seingat aku, ada 4, 5 kali dah aku masuk penjara tu, menziarah raya, kesian kawan raya kita tak datang kan? ape perasaan korang kalau raya orang tak bertandang? mesti sedih dan pilu kan?

Hehehe, okey aku dah penat nak menipu...sebenarnya Shahril Husin rumah dia memang dalam penjara. kuarters pegawai. Bapak dia Timbalan Pengarah kat sana, tapi sekarang dah pencen.

Dulu aku selalu singgah rumah debe, kadang-kadang tu ikut dia balik rumah jap amik duit belanja. hahahaha padan muka dia kena amik duit belanja tiap-tiap minggu.

Dia dengan Zikry sama la, mak diorang ckp kat aku, kalau tak buat macam tu, nanti diorang tak reti nak balik rumah. Jadi mandatory, setiap minggu balik rumah amik duit belanja.

*******************************

Sambung kisah hal aku tadi, Aku bukan setakat masuk dekat perkarangan penjara, aku bukan setakat masuk kat tempat parking lot, pejabat pengurusan atau kantin dia je, tapi aku literally masuk dalam kawasan penjara, yang berkubu dan berdawai mata punai itu.

Korang nak tau perasaan aku, aku jadi nervous tak tentu pasal. Disebabkan aku ada bawak barang-barang business dan sample, maka pegawai tu benarkan kereta aku masuk terus ke compound penjara. Kereta haruslah mercedes, mercedes pinjam demi menguatkan keyakinan pelanggan.

Melepasi pintu tembok besi kaler hijau setebal 6-10 inci kot (aku agak je) masuk je kat dalam tu, ada satu quarantine area. pintu besi sliding belakang ditutup dan aku terkurung di tengah-tengah.

Warden penjara, Pegawai bertugas, dan staff pengurusan datang, dekat nak 6 orang, sorang suruh aku kosongkan poket,tak boleh bawak apa-apa pun kecuali jam tangan dan cincin. lepas dah kosongkan semua, aku kena bukak semua pintu kereta.

Bukak pintu kereta dan bonet, ada warden datang cek, sampai la tahap macam dalam movie hollywood, ada seorang warden datang bawak kayu ada cermin tu, tala bawah kereta nak cek kot kot ada benda berbahaya, seludup orang masuk ke ape ke. (sapa pulak nak menyeludup masuk penjara kan?)

Masa ni aku jadi kelam kabut jugak la, tah la, rasa macam nerves-nerves kicap...

"Nerves kicap tu apa Zulfikar?"

"Tah lah, aku pun tak tau, seumur hidup aku tak pernah guna terminologi tu, aku cakap nerves kicap spontan masa aku nak taip cerita ni"

" tujuan dia Zulfikar?"

" tujuan dia, nak menunjukkan betapa ikhlasnya aku nerves, ikhlas kan aku Nerves?"

" Caiitttttt"

Bila dah clear semua, Makteh masuk dalam bilik menunggu iaitu locker room, hanya aku seorang je boleh masuk ke compaund penjara (blok banduan)

"Tuan, lepas sahaja pintu pagar di hadapan tuan ini dibuka, tuan jalan lurus, kemudian belok kiri, teruskan memandu sehingga nampak bumbung hujung sana, Koperal Madun tunggu tuan di sana"

" Baik tuan, terima kasih tuan" (orang bertuan kat kita, kita pun bertuan kat orang, ada rugi ke? bahasa melambangkan bangsa beb, jangan tak sedar diri satu hari nanti hilang ketuanan kat tanah sendiri)

Masa ni aku melopong gila, takjub sangat. Selalu tengok dalam series prison break atau discovery channel je pasal dokumentari penjara. hari ni aku dapat tengok secara real.

lepas 10 saat drive, aku berhenti depan Koperal Madun, aku berhentikan kereta, aku punggah la cargo yang ada. Selepas urusan semua selesai. aku ulang balik steps kat tempat quarantin area tu macam masa mula-mula masuk.

Kali ni aku mula guna 'bahasa kabel sikit'... ye lah, lama sangat nak kena tunggu pegawai semua datang buat rutin chek kan.

" Tuan, tuan lama dah kerja kat sini?"

" ada la 3, 4 tahun, kenapa tuan?"

" takda apa, cuma tanya je, saya ni sebenarnya dulu selalu masuk sini"

" Masuk sini? maksud tuan?"

" Bapak kawan saya dulu kerja sini"

" eh ye ke? siapa  ye?"

" Husin Mastan, tuan kenal tak?"

" Husin Mastan???? kenal sangat...KOPERALLLLLLLL, periksa tuan ni cepat!, lama dah dia tunggu.
 maaf ye tuan, kami wajib ikut procedure ketat ni untuk keselamatan warden dan banduan"

" Eh takpe..takpe tuan... dah biasa"

Mesti Pakcik Husin Mastan, Bapak si Shahril Husin tersedak-sedak kat rumah petang tadi kan? sorry la pakcik, saya saja nak test market je.

Shahril Husin, Chewe, aku. masa ni zaman aku degree, aku yakin degree sebab bila diploma masuk kitchen skema kena pakai scarf hijau kat tengkuk ngan topi putih, degree dah degil sikit.

Chewe, Yus Panjang, Kapten Shahril Husin, Cikgu Farah Alili (isteri Shahril) aku dan Zikry. di majlis kawen debe di rumah pihak lelaki kat sungai buloh.



p/s tiada satu pun gambar dalam penjara aku tangkap, agak-agak korang nak aku bermalam dalam lokap tu, korang suruhlah aku tangkap gambar. tribute utk Shahril Husin dan Kak ida, Kak ida ni kakak kepada Debe, dia silent reader blog aku.,.... Haiiii kak idaaaaa!!!! :)"

p/s 2 : aku tau kau jeles debe, aku dah masuk dalam tuuu.. ko duduk sana bertahun2 pun tak masuk lagi kan?? hehehe

June 23, 2011

Mengharungi Musim Jerawat

Assalamualaikum.

Sebelum aku nak mula mengarang entry ni lebih jauh dan berjela-jela, aku nak bagitahu dulu yang aku sedar bahawa blog Rasa hati ini dibaca oleh doktor, pensyarah dan ahli famasi.

Aku bukan syok sendiri dan perasan lebih, tapi disebabkan kawan-kawan aku ramai yang jadi doktor ada baca blog ini macam Mohd Fahim, Ajai, Adinie, dan ramai lagi. Terdapat jugak ramai blogger yang follow blog ni sedang study dalam bidang medic contohnya Alexa Yussida.

Jadi, aku tidak mahulah menceritakan terlalu fokus secara teknikal, teori dan educational perspektif tentang jerawat. Sebabnya, bapak aku selalu pesan, kalau kita tak tahu sesuatu secara pasti lebih baik kita diam dan biarkan orang yang tahu menceritakannya.

Tetapi falsafah ini tidak sama dengan pendapat "malu bertanya sesat jalan"

Sesiapa yang tidak tahu wajiblah bertanya, samada di dalam kelas, bilik kuliyah, group study dan forum-forum. Sifat suka bertanya jika tak tahu ini akan menambahkan keyakinan diri sekaligus mengeluarkan diri dari kebodohan yang nyata.

Sebaliknya falsafah 'jika tidak tahu lebih baik diam' adalah terpakai sewaktu kita cuba untuk "semangat-semangat cerita macam kita tahu walhal kita tidak tahu" perkara ini akan mencampakkan diri kita ke lembah kemaluan yang sangat nyata. Tetapi betulkah lembah kemaluan itu? atau aku telah salah taip akibat syok sangat mengarang? baik aku betulkan balik sebelum orang cakap aku ni cuba buat lawak Sammy Vellu.

Perkara ini akan mencampakkan diri kita ke dalam situasi malu, dan kita sendiri membuka kebodohan kita untuk dinilai oleh audience.

**************************

Sudah puas bermain dengan kata-kata pendahuluan, mari kita mula masuk ke isi utama. Jerawat! bagi pendapat pemikiran marhaen macam aku ni, yang aku tau jenis-jenis jerawat adalah jerawat batu, jerawat miang, jerawat musim, jerawat nasik, jerawat period.

Jerawat adalah satu kondisi muka yang meradang, disebabkan pembiakan bakteria di bawah epidermis, yang mana bakteria ni datang dari persekitaran. Samada akibat dari sentuhan tangan yang berkuman atau cadar/towel yang kotor, berkongsi dengan kawan-kawan satu bilik yang tak reti bahasa bahawa menjaga kebersihan itu amalan mulia.

Ada pendapat mengatakan bahawa jerawat itu adalah kerana hormon. Ya! jerawat itu sebab hormon. Tetapi ia bukanlah faktor langsung. Hormon adalah faktor penyebab secara tidak langsung bagi pembiakan jerawat. Bagaimana pula ia menjadi faktor tidak langsung?

Jerawat yang tumbuh secara aktif  adalah pada masa zaman remaja. Akibat dari fakta ini membuatkan orang mempercayai bahawa jerawat itu adalah kerana hormon remaja yang tidak stabil. okey aku bersetuju tetapi dengan bersyarat.

Hormon remaja diketahui tidak stabil, sedang rancak bertumbuh dan berubah dari slow phase masa kanak-kanak ke fasa dewasa manusia. akibat dari hormon yang aktif ini, maka epidermis akan mengeluarkan minyak di muka. 

Secara medicalnya diterangkan begini : permukaan kulit muka akan overproducing subtance berminyak dinamakan sebum. Bila liang roma muka terhalang akibat kekotoran dan sebum itu sendiri, maka bakteria akan berkembang biak akibat dari punca makanan, suhu, kelembapan yg sesuai di muka kita

Muka yang banyak minyak jika tidak dibersihkan akan menyebabkan ia menjadi persekitaran yang ideal kepada pertumbuhan bakteria-bakteria secara besar-besaran.

Ditambah pula dengan persekitaran remaja itu yang aktif dengan bersukan, banyak berpeluh, masuk hutan keluar hutan, main basikal fixie, menjelajah dunia, main basketball, main bola, futsal dan lepak kedai mamak sambil tangan letak atas meja yang kotor kemudian sapu-sapu muka konon-konon macam gaya Aaron Aziz menyelak rambut, kemudian belai-belai pulak muka awek sambil berkata .......

" wahhh muka u licin dan gebu bak sutera dari cina"

"apa u ni???, i tak main-mainlah barang made in cina k!"

" sayang, jgn jadi bengap sayang, sutera dari china itulah sutera yg terbaik di samping sutera thailand"

" ala, i mana tau, i selalu baca blog, diorang ckp semua barang china tak bagus"

" lain kali, baca buku jugak ye sayang"

Akibat dari semua faktor berkait-kait ini maka ia menyumbang kepada condition yang paling sesuai untuk kuman bertumbuh pesat di liang- liang roma muka kita tu. Dan akibat itu, muka kita pun berjerawatlah. 

Selain itu, jenis kulit juga memainkan peranan. Ada orang yang kulitnya sensitif dengan serangan bakteria dan cepat mengeluarkan pertahanan sel darah putih yang akhirnya menjadi nanah. dan nanah itu yg warna putih kat jerawat tu.. dah macam dermatologist pulak aku gebang, ntah ye ntah tidak. sila rujuk doktor peribadi anda jika terdapat sebarang keraguan ye.

Jerawat tu bila dah masak mesti korang akan picit. Bila picit je.. PUP!... pastu tenung lama-lama depan cermin kat locker, rasa puas sebab dapat picit jerawat dan menghayati betapa banyaknya hasil jerawat yang terkumpul.

**********************

Aku pernah kena teruk serangan jerawat, aku kena masa lepas SPM dan masuk UiTM, tapi masa aku Part 1 muka aku takda masalah jerawat, tapi bila aku masuk kolej meranti kat Shah Alam, muka aku mula tumbuh jerawat yang banyak dan agak menakutkan.

Jerawat tu kadang-kadang buat aksi akrobatik formation kat pipi aku, kadang-kadang minggu tu dia buat bentuk Diamond, kadang-kadang tu dia buat bentuk anak panah, kadang-kadang tu dia buat bentuk rawak.

aku selalu berangan sambil tenung cermin perhati bintik-bintik jerawat tu..

" ni kalau aku amik pensel, aku sambungkan titik jerawat ni mesti leh jadi bentuk zirafah"

" kalau aku sambung-sambung titik jerawat ni mesti boleh jadi bentuk Diamond"

" eh eh minggu ni jerawat ni buat formasi bintang horoskop plak, dah macam virgo je"

Punyalah kronik tahap jerawat aku dulu, tapi disebabkan satu kelas majoriti muka berjerawat, maka muka aku yg banyak jerawat tu tak menjadi kehairanan lansung.

Even Tun Zhafarina tumbuh jerawat kat tengah hidung macam tanduk badak sumbu pun kami semua dalam kelas buat rilek je tanpa rasa teruja.

Pada satu hari, aku rajin pulak selak buku bapak aku subscribed, Medical Breakthrough ; Reader's Digest. Dan hasil pembacaan ini membuatkan aku terus ke link-link yang diberikan buku ini untuk dibaca secara lanjut.



Maka hasilnya ia telah memahamkan aku dan menghapuskan mitos-mitos jerawat yang sebelum ini bergelumang dalam kepala otak manusia.

1. jangan makan kacang, nanti jerawat.
2. jangan makan udang, ketam nanti jerawat.
3. jangan tunjuk jerawat kat muka orang, nanti muka kita ada jerawat.
4. Kamu tu miang nak berbini, sebab tu muka kamu tumbuh jerawat toin toing toing, kawin nanti ilanglah.
5. Aku jerawat sebab hormon, bukan sebab bakteria la Zul. tolong faham boleh tak?
6. Bila aku period je, mesti tumbuh seketul dua jerawat.
7. aku tak boleh makan epal, timun, tembikai, tomato, nasik, ikan, ayam, coklat, aiskrim, nanti aku jerawat. sumpah!!!...Jom gi baskin robin Jom.. Yeayyyy!!!
8. dan lain-lain, terserlah kepada pembaca nak tambah mitos apa lagi kat ruangan komen.


**********************

Suatu hari tu, aku pergi kelas, budak-budak mula perasan jerawat aku makin hari makin nipis, makin kurang, dah tak merah lagi. Aleng, Tun dan kawan-kawan mula tenung muka aku.

Aku pun perasan sebenarnya yang muka aku dah surut jerawat secara drastik, tapi aku buat-buat macam tak perasan, sebab aku nak rasa 'surprise efek' macam timbang badan tiba-tiba turun tu.

Selang sebulan 2 lepas tu, muka aku pun bebas jerawat sepenuhnya. Kulit muka aku pun menjadi licin dan bergaya bak lelaki metrosexual yang membesar di hartamas bersama kereta Porshe. Tapi aku tak poyo-poyo pergi canang dekat kelas macam nyah kepoh konon dia sorang pandai jaga muka.

Kulit muka aku masa tu punya licin kalau nak banding ngan blogger lebih kurang macam Nyah Lekat Lekit tu lah.. hahaha

pastu kawan-kawan aku start tanya-tanya ...

" Damak, Damak.. Macam mana muka kau boleh jadi licin? boleh hilang semua jerawat ha? ko pakai produk apa?"

" eh yeke? hehe, biasa je, aku tak gi klinik, tak pakai benda pelik-pelik syurah semua tu pun. aku pakai sabun beli kat tesco je.

" macam mana kau buat, ajar la aku oi" (baca gaya aleng ye sapa yg kenal aleng)

Ni caranya, caranya simple sangat. takda rahsia petua petui pun. 

Korang jangan expect la aku akan bagi tips rupa macam mana nak pakai shawl hana tajima dan cara solek mata agar mata nampak lagi bundar dan boleh tempek muka kat blog supaya semua orang teruja dan ngorat kita  dengan harapan dapat jadi pakwe kepada blogger maskara lentik. ** fuuuhhh panjang, aku taip sambil tahan nafas.

Cara-cara menghapuskan jerawat gaya ala-ala Zulfikar Zalikha :)

1. Aku beli Neutrogena facial foam dekat tesco, harga masa tu tak salah aku RM17.90



2. Cuci muka dengan facial foam tu 2 kali sehari iaitu masa mandi pagi, dan mandi malam. seelok-eloknya 3 kali sehari iaitu masa mandi tengahari, sewaktu lepak kat bilik sementara menanti kelas sebelah petang.

3. Cuci muka dengan gaya melayang-layangkan tangan di kulit muka secara lembut dan rata. JANGAN tenyeh muka kuat-kuat, JANGAN SENTAL. Jangan keruk kulit muka dengan kuku.Jangan gosok laju-laju. ambik masa lama-lama, layan je stim sabun muka tu sambil berangan yang korang akan turun ke kelas ada pakwe bawak Ferrari Modena muka pulak macam Gerald Butler.

4. Bilas muka sebersih-bersihnya, rasakan kenikmatannya bak air terjun di Lembangan Sungai Mekong. ok tak best. Bak air terjun di lembangan sungai  Nil, baru la sophisticated sikit.

5. Digalakkan basuh muka selepas bersyampoo dan condition. Sebab bimbang ada residue dari syampu atau conditioner yg trigger kesensitifan kulit muka korang tu meleleh kat muka.

6. Lepas dah bilas, lap muka kering-kering dengan towel bersih, kalau boleh sediakan towel bersih khas utk lap muka lepas mandi. tapi rasa macam over pulak tip ni, aku pun dulu tak buat. sekali lagi, jangan sental muka dan tenyeh kuat-kuat ngan towel tu.. tap tap tap je..

7. okey boleh pergi ke kelas dengan jayanya.. no bedak, no foundation, no toner, no krim, kalau nak bagi seri muka tu, pakai je lipstik dengan sikit blusher atau eye shadow. (tip untuk pompuan, lelaki yg ngade nak ikut, aku telanjangkan nanti, aku suh kencing tepi pagar macam kawan-kawan aku buat dulu kat 'wani')

8. banyakkan makan sayur, tomato, buah oren, anggur, jambu. bla bla bla bla bla vitamin C... takkan ni pun nak taip pepanjang.

9. Jangan sentuh muka kalau tak perlu. jangan korek jerawat, nanti parut.

10. Jaga kebersihan diri, basuh towel kerap, basuh cadar kerap, perempuan pulak, sila basuh tudung anda tu kerap, alah bukan aku taktau rahsia korang, tudung basuh seminggu sekali, takpun ada 3 tudung pakai gilir-gilir. macam budak lelaki gak, seluar jeans tak berbasuh.

11. Jika jerawat kronik, beli je cream anti acne, atau krim OXY kat farmasi, sapu kat muka, jangan percaya mitos yg ckp krim jerawat boleh buatkan muka berparut.. karut semua tu.

12. Berserah pada Allah.

Okey, selamat mencuba kepada adik-adik semua ye. jangan putus asa, Jangan cepat percaya mitos kawan-kawan. kadang-kadang ada kawan nak pedajal kita, ada yang nak buat lawak, kita pulak dalam keadaan desprate, ikut je la ingatkan benda betul-betul boleh hilangkan jerawat.

Korang bayangkan, aku pernah baca blog mana ntah. Dia bagi petua nak hilangkan jerawat kronik, sapu (sori cakap) sapu pad period yang dah diguna kat muka yang berjerawat, masa tu aku tepuk dahi sambil urut dada. 

Itu lah pengalaman aku dalam Mengharungi musim jerawat. Jangn risau, kalau korang dah dewasa, korang akan ilang jerawat secara naturally sebab korang dah common sense pandai jaga diri sendiri. :)

okey, aku nak gi mandi sambil basuh muka dari air mata air tujuh telaga sakti, dengan tujuh kelopak bunga dari tujuh jenis bunga dari tujuh jenis hutan dipetik dalam tujuh malam jumaat yang dipetik dengan tujuh jari.

adios.

** Updated : gambar testimonials aku dah remove, early reader dapat la tengok, bukan apa, aku sendiri rasa segan pulak nak tayang2 gambar. kalau korang nak tengok boleh tgk profile pict aku tu, sama je. :) terima kasih.. pinggg pungggg..... station berikutnya.... KLCC.....


p/s dah tak dalam dilema dah. :)

June 22, 2011

Bereksperimen dengan Metrosexual

Assalamualaikum,

Setiap lelaki mempunyai tak banyak sedikit sifat feminin dalam diri. Sifat feminin ini yang selalunya akan menonjol apabila lelaki cuba menyesuaikan dirinya dengan situasi berkasih dengan perempuan.

Apabila lelaki mula berpura-pura merajuk bila awek tak ajak makan nasik walaupun dirinya sedar mereka berdua berjauhan antara Changlun dan Pontian. mana mungkin nak ajak makan sama? tapi peduli apa, merajuk tanpa sebab baru la comel dan berjiwa lembut. Oh sungguh Feminin gitu.

" woi woi ko tengok mamat tu woi, gila apa peluk teady bear kat pavilion dengan awek"

" ala Shuib, ko cakap orang, minggu lepas kau jalan dengan makwe kau, aku tengok selamba je kau bawak belon love kaler turquoise"

" Ituuuu laaaainnnn... tu aku saje je pura-pura comel, nak ayat makwe aku, dia majuk la"

" habis tu, apa beza pulak mamat peluk teady bear tu? sama la jugak oi"

Situasi di atas menunjukkan bahawa lelaki kadang-kadang akan mengorbankan sifat maskulin mereka dan replace dengan sifat feminin bagi mengurangkan jurang tidak selesa antara lelaki dan perempuan.

Itu korang belum mengimbas lagi zaman kegemilangan nokia 3310 korang, korang belum lagi mengenangkan betapa huduhnya pakwe korang dulu pakai handphone 3310 housing Pooh background pink.

Seksa jiwa batin dia tau, tapi disebabkan dia taknak awek merajuk kecik hati, dia gagahkan jugak pakai housing yang awek belikan kat Plaza Alam Sentral tu kan. Dahla pakwe muka Iron Maiden, bawak RXZ Ekzos Operet, muka parut kena libas dengan ekor pari, seluar jeans Levis 501 bundel, baju tengkorak berantai, sekali.. keluar handphone 3310 housing pooh baring atas awan. Ada bayangan macam Yus Jambu pakai skirt pink tak?

Metrosexual, perkataan yang sebelum ini amatlah megah dan popular disebut-sebut, seingat aku metrosexual ni menjadi hype masa zaman akhir 90an hingga ke awal 2000 iaitu 1999 hingga 2005.

Zaman tu sibuk dengan Anuar zain yang pakai seluar takde flip dan rambut lembut bak model rejoice, muka licin dan janggut sejemput. Dengan berbekalkan pakej itu, maka dia telah diangkat menjadi role model metrosexual secara tidak rasmi oleh peminat-peminat.

Ada jugak cakap-cakap yang macam ni pada zaman kegemilangan 'kecoh' metrosexual....

" wei wei midah, aku dengar-dengar orang cakap Anuar Zain tu homoseksual wei"

"Homoseksual  hangguk kau, dia tu Metrosexual la.. smart cakap lu..dah la rambut panjang lembut, volume lak tu. Muka licin macam punggung baby, janggut kemas, baju awan larat, aku tengok dia smart gila la"

" Metrosexual? apa kejadah pulak tu Midah oiiiiiiiii......"

"Metrosexual tu adalah gaya terkini lelaki-lelaki moden urban yang menjaga gaya dan penampilan diri"

"OoooOooo.....aku ingatkan metrosexual tu homoseksual"


Anuar zain adalah adik kepada Ziana Zain yang dikatakan metrosexual, manakala M.Zain adalah pelakon yang melakonkan watak Labu dalam cerita Labu Labi.

Zaman awal-awal 2000 tu, banyak perbualan berkisar pasal di ataslah, dengan pengaruh media yang membuatkan semua lelaki mahu jadi Ashraf Muslim dalam sekelip mata.

" Ashraf muslim tu imam muda woi, Ashraf Sinclair la"

Ada yang nak jadi hensem macam Ashaari Muhammad pun ada.

" Ashaari Muhammad tu Abuya Al-Arqam la Zulfikar, Awal Ashaari!!! ko ni main taram je, ngantuk pergi tidur la, blogging sangat!"

Awal Ashaari dan Ashaari Muhammad adalah dua orang yang berbeza. Awal Ashaari juga bukanlah anak Ashaari Muhammad.

Hehe sorry, ada yang nak jadi macam Ashraf Sinclair dan ada yang nak jadi Awal Ashaari, semua masa tu teringin nak jadi lelaki metrosexual, semuanya sebab pengaruh dari majalah Remaja dan FHM.

Gila kau, masa zaman aku sekolah menengah dulu, siapa yang tak baca majalah Remaja, umpamanya macam orang takda facebook la zaman sekarang, semua orang nak beli Remaja, ada pula yang bawak Remaja pergi sekolah, sesi pinjam meminjam Remaja ni jangan cakap la. Siapa yang bawak Remaja dia akan glamour dalam kelas.

" Saripah.....Remaja dah keluar wei, cover depan Zed Zaidi dengan Anna Bakavoli"

" Eh ye ke Azza? bukan Zed Zaidi ngan Haliza Misbun ke?

" apa pulak Haliza Misbun, Haliza Misbun dah tua la... bukan remaja lagi, mana boleh jadi cover depan"

" ye ke? Pinjam pinjam pinjam... aku nak tengok sepupu aku dapat masuk Puteri Remaja ke tak"

" aku mana ada, belum beli lagi, kalau kau nak, ko pergi pinjam kat Fayad Jonid budak 4 sengkuang tu"



Nampak? begitu berpengaruhnya Majalah Remaja dalam kehidupan budak-budak zaman aku sekolah menengah dulu. Zaman sekarang ni? keglameran majalah remaja telah digantikan dengan blog Beautiful Nara dan Oh media, takpun Twitter Lisa Surihani.

Selain itu, kat TV pulak ada cerita Queer Eye For the Straight Guy. Rancangan TV yang menjustifikasikan fesyen gay sebagai OK kepada lelaki Heterosexual dan akan menjadikan lelaki yang berpakaian kemas dan bermuka jambu tidaklah nampak pelik di mata dunia.

5 orang pengacara ini adalah lelaki Homoseksual yang berusaha memberi rupa  lebih menyejukkan mata kepada lelaki  Heterosexual

Pada masa berinjak moden dan mula menerima penampilan kemas lelaki sebagai compulsary untuk menjadi Urban, maka pada masa itu minyak rambut Brylcream telah mula digantikan dengan Loreal For Men dan lambakan jenama minyak rambut stylish mahal lain seperti Gatsby,  UNO, Uber-man dan banyak lagi.

Pada masa itu, keinginan manusia cenderung metrosexual ni mula merasa 'its okay to spend RM29.90 for my haircream' dan terus melupakan trend lelaki memakai Tancho dan Code-10 yang berharga Rm5.50 sebekas boleh tahan 2 bulan, tapi kalau berpeluh ada kaler putih la kat dahi tu kan. minyak rambut meleleh, punya selekeh.

*********************

Korang mesti tertanya-tanya pulak macam mana dengan aku, sebenarnya aku pun tak terlepas dari menjadi mangsa Hype industri  pengkomersialan jenama Metrosexual ni.

Ya!!! aku memang syak bahawa kekecohan isu metrosexual ini adalah marketing strategy pengkomersialan barangan penjagaan badan, kecantikan dan penampilan untuk lelaki. tetapi itu kisah lain. Nanti cerita kat entry lain.

Walaupun aku ke sekolah dengan motor Suzuki Best dan berseluar koyak kat tumit, tapi aku masih berdeoderen setiap hari, bagi mengelakkan kawan-kawan sakit hidung menyedut bau hangit. Tapi deodorant Rexona itu tidak mampu menjanjikan dunia metrosexual kepada lelaki.

Ubat ketiak itu sudah menjadi biasa dan keperluan kebersihan diri wajib, Jadi bagaimanakah aku mula bereksperimen dengan dunia metrosexual ni? 

Okey, Pengalaman aku yang pertama  dalam bereksperimen dengan dunia metrosexual ini adalah mencuba untuk memakai lip balm yang berjenama lip ice. Kecomelan Lisa Surihani yang menggunakan Lip Ice ke sekolah sambil kenyit mata dan menghembus ciuman terbang itu bisa membuatkan semua lelaki yang puberty gundah gulana.

Aku try Lip ice abang aku, abang aku bawak balik dari Uitm Segamat, dia dapat sebab awek dia bagi suruh pakai sebab bibir dia kering mengelupas. Kurang minum air katanya.

Bila aku try pakai sebab terpengaruh dengan cerita Queer eye For The straight Guy, aku pun dapat pujian dari Stephani Dominic dan Eunice Wee Ern Fong..

" ehhh ehhh Zul..... apsal muka kau nampak berseri ha hari ni?"

" Berseri eh Steph? ada macam muka George Clooney tak steph?"

" takde lah, macam muka Afdlin Shauki, tapi apsal aku nampak lain ha muka kau?"

" cuba kau tengok bibir aku nih, nampak fresh kan?munggil tak? hahahah aku rembat abang aku punya lip ice pakai"

" errr.. wow sweetnye, tak sangka ade lelaki yang berani pakai lip ice, metrosexual betul la kau Zul"

Tengok!!! betapa gelinya dialog di atas untuk dibaca, apatah lagi dikarang wahai kawan-kawan, kalaulah memori zaman silam tu aku boleh delete macam delete gambar dalam thumdrive tu kan, mesti aku dah delete dah part nih dalam hidup aku.

Tapi, tak bertahan lama trend pakai lip ice tu pun, ada lah aku pakai 3, 4 kali je, lepas tu aku dah tak pakai lansung, sebab malu?? takde pun sebab malu sangat, tapi sebab aku rasa rimas.

Aku rasa macam baru lepas makan mee kari yang ada banyak minyak, pastu minyak mee kari tu melekat kat bibir aku 3, 4 jam sampai habis sekolah. Lama-lama aku rimas, aku mula lap bibir aku guna lengan baju sekolah aku. Selamat tinggal Lip Ice. Kerana dirimu begitu berharga..

***********

Selain tu, aku ada jugak try pakai  3 serangkai facial treatment mak aku, kali ni aku bukan curi-curi pakai. Mak aku yang bagi, sebab dia tak sesuai pakai set pencuci muka mentimun dan tembikai susu.

Jadi mak aku meneruskan semangat 'konon-konon' datin dia dengan pakai set muka Olay dan Estee Lauder. aku pulak menjadi tikus makmal dengan menggunakan sepenuhnya produk facial treatment mentimun dan tembikai susu jenama ape tah aku tak ingat. Yang aku ingat kat botol tu ada gambar timun dan Rock melon.

Mana mungkin aku lupa, aku dah macam anak dara Oiii..., mula-mula cuci muka guna facial foam, lepas tu keringkan dengan towel bersih kering-kering, pastu pakai toner, sapu dengan kapas muka tu... sejuk je, lepas dah kering, aku sapu plak moisturizer. Okey cukup 3 step, sepatunya ada 5 step iaitu Make up remover mula-mula dan disudahi dengan foundation.

Disebabkan aku bukanlah pelakon opera cina profesional ataupun draq queen malam rabu, maka aku tak perlulah pakai mekap remover tu kan, dan disebabkan aku masih sedar diri dan tidak mahu dicop sebagai nyah lemah gemalai bak penari inang, jadi aku pun membatalkan hasrat untuk memakai foundation. Biarkan foundation itu mengeras di situ.

errghhhhh.....simpang Malaikat 44..(tah kenapa orang selalu cakap simpang malaikat 44 pun aku taktau)

Tetapi sama la jugak dengan kes Lip ice, aku pakai 3 serangkai facial set konon-konon nak jadi Metrosexual ni pun tak lama. sampai habis isi kandungan belen dalam botol tu pun aku berhenti.

Sebab aku takda nafsu nak beli set penjagaan muka lagi, keduanya aku pun dah mula rasa pelik..




"Ape ke hal pulak aku beriya-riya nak bertoner-toner bagai? korek taik idung kat tangga sekolah jugak"



p/s sesiapa ada yang tak faham boleh kemukakan soalan di ruangan komen, jemput tekan butang LIKE FB di bawah entry ini jika anda minat dengan entry. Terima kasih untuk 2 minit hidup anda. :)

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...