March 31, 2011

Himpunan Hobi Best Tapi Tak Kekal Lama...

Assalamualaikum...

Semua manusia ada hobi, sape2 yang takde hobi, aku tak dapat bayangkan bertapa boringnya hidup dia. samada dia adalah orang yang murung, bersemangat negatif, anti sosial atau kedekut... sebab apa? sebab hobi ni memerlukan perbelanjaan yang besar, dan melibatkan hubungan sesama manusia...

"hek eleh, Zulfikar poyo, hobi aku tulis blog, mana ada hubungan dengan manusia?"
"habis tu reader kau sapa? monyet?"
" Hobi aku main sudoku, aku tak kacau orang"
" kau beli buku sudoku tu kat sapa? siput sedut?"

Okey, majoriti hobi mesti melibatkan duit, kawan-kawan / ahli dan idea, okey fine..kalau korang nak cakap hobi korang tenung bucu katil lama-lama, memang tak libatkan kawan-kawan... jadi aku salah di situ....

*Oh sekali lagi Zulfikar terperangkap dalam monolog syok sendirinya lagi.. sehingga membuatkan blognya berjela-jela panjang secara otometik... abaikan pendahuluan yang tidak significant...

Jom kita tengok apa hobi yang aku pernah try selama ni, dan mana yang kekal dan yang mana hangat-hangat taik ayam je...


Duit RM20.00 yang aku belanjakan ini adalah penyesalan aku seumur hidup, tapi nak buat macam mana, dah keadaan terdesak, bak kata orang tua-tua..duit simpanan tu digunakan masa terdesak.

1. Kumpul duit lama, RM1, RM5, RM10 dan RM20
Aku minat dengan idea untuk menyimpan sesuatu yang akan menjadi Harta Karun dalam kotak, yang pada satu hari nanti akan dibuka oleh generasi aku, lalu kagum dengan atuknya yg penuh dengan nilai estetika dan sentimental meninggalkan peninggalan harta karun untuk cucu-cucunya....

Tapi hobi ni tak bertahan lama, sebab bila aku sesak dan lapar, aku akan belanja duit yang aku simpan dan lipat kecik-kecik letak dalam wallet aku tu....

Benda yang paling tragis aku masih ingat ;- aku nak balik Mersing naik Bus Transnasional dekat Puduraya, tiket dah beli seminggu awal, barang semua dah siap packing, kawan-kawan 95% semua dah balik kampung, tinggal aku je kat Kolej...selak2 wallet ada 40sen.. Naik Bas Rapid KL no 222 dari seksyen 2 Shah Alam ke Central Market harga tiket RM 2.00....Pada siapa aku perlu bermohon? aku nak pinjam kat siapa? pinjam kat Makcik jual Kopok tepi kolej? kang dia goreng aku dalam kuali tu kang...

Jadi dengan semangat Tekad Raya dan penuh penyesalan, aku pun selak-selak la wallet aku, korek-korek area belakang IC tu.. ada la duit RM20.00 lama, gambar parlimen kaler coklat... aku dah simpan duit tu 6 tahun tak salah aku, last2 dapat kat Kedai runcit mamak seksyen 2.. dia senyum panjang je tengok duit RM20 cekelat aku tu... aku pulak dapat la belen RM18.00 dengan air cincau dan roti bun kacang merah.. cisssssss.... terus aku takda mood nak teruskan hobi simpan duit lama.....

Zaman kegemilangan Snooker tu.. semua orang nak jadi Jimmy White, semua orang nak buat bola placing skru tarik balik duduk belakang bola hitam.. tapi karpet yg koyak.. hampeh

2. Main Snooker Macam orang Gila...
Hobi ni aku mula dapat masa duduk rumah bujang dekat seksyen 8, rumah bujang tu tinggal kami bertujuh tak salahnya.. aku, Shahril Husin, Zikry, Chewe, Yus, Karnain dan Saiful... yang penghasut tegarnya tak lain tak bukan si Yus la.. sebab dia paling tua dan paling otai... yang terer dan memang minat main snooker tu si Chewe... dia siap ada cue (kayu snooker) personal tu...boleh patah2 boleh cabut2.. kalau nak main pasang skru balik... hebat ahh!!!!!....

Yang terpengaruh dan tukang ikut sapa lagi kalau tak aku dengan Debe (Shahril)...maka kami pun masa tu macam orang gurun ketagih todi... main snooker tiap-tiap hari, kami duduk dekat Shah Alam, gigih naik kereta pergi Kampung Melayu Subang ni, sebab kat sana bayar Table murah.. satu frem tak samapi 2 ringgit rasanya... Main la kami mcm orang tak pernah jumpa snooker..'galak' bak kata orang kampung..sampai la satu tahap, bila kami semua ngantuk sangat, ada la hamba Allah yang sampai tidur atas meja snooker, duit nak makan habis kering sebab kena pow kalah bayar table... masa tu aku ngan Shahril Husin dah rasa mcam bodoh je buang duit main snooker... last last.. hobi tu berkubur mcam tu je..mana taknya, sampai tahap makan tengahri pun balun roti canai je.. uishh tak sanggup tak makan nasik beb, boleh hilang kestabilan mental!



Gitar karen di atas hanya sekadar lakonan, sebab takda wayar yg bersambung, gitar tu gitar sobrie, dia menang pertandingan cipta slogan Metalica.. gitar tu ada signature Metalica WOoOOoooOOo... dia cakap nak jual, sapa minat, tinggalkan komen anda ye :)

3. Main Gitar...
Masa ni aku ingat lagi, aku kat Kolej Meranti Shah Alam, masa tu semua orang tengah kecoh pasal 'Ada apa dengan cinta' ... apa lagi kalau tak Rangga berlakon jiwang2 dengan Cinta.. hek eleh... kecoh la wei, kawan aku sorang tu sampai 12 kali ulang tengok cerita tu... 2 kali tengok kat wayang, 1o kali tengok VCD.. dah la VCD cetak rompak lak tu...

Dek kerana masa tu, macam rusa masuk kampung, semua teringin nak jadi Rangga...nak jadi hero pandai nyanyi pandai puisi diiringi plucking gitar Clasical kan... semua beriya-iya la nak belajar main gitar...termasuk la aku, memang diakui belajar main gitar tu susah bagi yang dah tua2 baru tau nak pegang gitar kan, maklumla rumah aku takda orang seni yang yang petang2 lepak beranda petik gitar....maka aku pun memulakan pendidikan gitar aku selewat usia 21 tahun....

Kord Gitar pertama yang aku belajar adalah Kord G... lepas tu E.. then 2 hari lepas tu aku dah pandai main lagu pontianak... lebih kurang mcm ni kalau tak salah aku

Pontianak.....Jibam..Jibam...Jangan menangis... dengar sayang dengar lah lagu...ku pinta supaya kamu....gembira...selaluuuuu....
wooowooowooo....

jibam jibam jibam jibam...(ulang selama 4 jam tanpa henti)

Macam tu la lebih kurangnya.. tapi aku dapat banyak exposure dan pengalaman dari hobi main gitar ni... dari sinilah aku mula masuk pertandingan nyanyi antara kolej..aku jadi penyanyi je, sebab aku boleh menyanyi..nak harap aku main gitar? hampeh.. nak suruh aku nyanyi sambil main gitar? hampeh kuasa dua......so kawan-kawan aku yang lain main gitar aku pun menyanyi la... dapat la no 2... lepas tu aku dapat pengalaman masuk malam puisi Riong.. aku mempersembahkan nyanyian atas pentas malam tu sekali dengan A.Samad Said, Ramli Sarip, Ning Baizura dan banyak lagi, masa tu puisi utk simpati pada Iraq anjuran Berita Harian, kami dapat peluang ni sebab ahli geng gitar kami iaitu Doyok @ Durani yang ajak, sebab bapak dia kerja kat sana..yang aku syok sangat malam tu... bila gambar aku dengan geng2 kami masuk surat khabar.. haha excited gila.. boleh jatuh taraf jakun la kalau tak bendung.. hehe

Keratan berita harian yang berjaya diselamatkan oleh Pekan dan diabadikan dalam Photo..pastu dia tag kat FB aku,, aku rasa terharu sangat, aku ingat takkan jumpa dah kenangan ni...dalam gambar tu yang pegang mic nyanyi adalah aku, yang main gitar tu PEKAN...pemain gitar lain terkeluar dari skop gambar..

Pengalaman yang lain adalah, aku ngan kawan2 geng gitar pergi Busking dekat Dataran Shah Alam...tak pernah dibuat orang, selalunya buskers akan main gitar kat Doraisamy ke, Uptown Damansara ke, Central Market atau Bintang Walk je.. ni kami busking dekat Dataran Shah Alam.. Sekali Busking sampai 6-7 orang.. tukang nyanyi aku ngan Kasim... dapat la malam tu tak salah aku RM 30 ++ la... kami tak bahagi2 pun duit tu... sebaliknya kami pergi makan nasik kandar kat restoren Hakim Seksyen 7.. kenyang kami dengan hasil duit seni :) hehehehe... tapi aku duk pikir2 jugak, kalau malam tu nasib kami tak baik, mau kami kena hangkut dengan trak MBSA....

Ohhh aku tak lupa kepada Guru-guru gitar aku iaitu Kasim, Pekan, Chewe, Doyok, dan Sobrie Said..Sobrie tu aku belajar kat dia masa dah habis diploma masa kerja jadi cashier kedai nasik campur kat seksyen 9 .. :) .... Kasim sekarang dah kerja dekat Australia, kerja kitchen jd chef tak salah aku... Pekan dah berjaya dengan Company Kontrak pasang Karpet kat Pekan ngan Kuantan.. Doyok kerja press rasanya...dan Chewe kerja Jusco bahagia kualiti dan Halal.

Aku pulak? aku pulak kerja kilang biskut..... dan bukanlah seperti tekaan korang semua iaitu menjadi penyanyi atau pemain gitar handalan... :)

---ok dah habis ..nanti sambung story lain lak.. banyak lagi kisah hobi aku yang aku nak kongsikan-----

P/s Busking adalah satu seni persembahan jalanan yang dipersembahkan secara free, dengan mengharapkan sumbangan ikhlas dari peminat seni....bukan sekadar main gitar dan nyanyi saja..busking juga melibatkan teater, lakonan, magic, miming, aksi badut dan macam2 lagi..

March 29, 2011

Bilakah Manusia Mula Menjadi Tuhan?

Assalamualaikum....

Bilakah masanya manusia diangkat menjadi Tuhan? dan tahukah anda bahawa 90% agama-agama yang terdapat di muka bumi ini telah menjadikan Human Figure sebagai Tuhan? anda tahu bagaimanakah manusia mula diangkat menjadi Tuhan?

Manusia biasa diangkat menjadi Tuhan apabila peminat, penyokong, penganut, worshiper dan Disciple mengagung-agungkan seseorang itu melebihi had yang sebenar. Mereka melampau, melebih-lebih dan fanatik.

Sebenarnya Mahaguru sesuatu ajaran sebenar itu tidak pernah pun ingin mengangkat dirinya menjadi Tuhan dan sama sekali menegah penganutnya dari menyembah mereka. Tetapi kerana manusia itu suka melebih-lebih, melampau-lampau dan mereka-reka akhirnya manusia mengagungkan idola mereka sehingga teramat mulia dan ajaib. akhirnya perasaan takjub dan kagum itu tidak dapat dikekang lagi lantas mereka melantik mahaguru mereka menjadi Tuhan di Muka bumi ini.



1.Nabi Isa A.s / Jesus Christ / Isaiah/ Mesiah
Apabila pengikut ajaran samawi Nabi Isa itu terlampau-lampau mengagungkannya dengan melebih-lebih dan menjadikan Mukjizat Jesus sebagai asas agama, maka penganut agama Jesus telah melihat keseluruhan agama itu hanya bersandarkan keajaiban semata-mata.

Mukjizat-mukjizat seperti, berjalan atas air, menyembuhkan orang buta dan sopak, boleh berkata-kata sewaktu bayi, menghidupkan orang dan haiwan yang telah mati, resurection dan sebagainya telah menyebabkan penganut agama ini hilang pertimbangan dan menjadi fanatik.

Mereka telah terkeluar dari kekangan logik dan kewarasan akal dan akhirnya mengangkat manusia biasa yang fana itu menjadi anak Tuhan. Kemudian seperti tidak puas, mereka melantik Jesus sebagai Tuhan seterusnya di dalam Konsep Holy Trinity. Kemuncak mengkultuskan Jesus menjadi Tuhan adalah apabila mereka begitu taksub dalam membicarakan akan konsep Dia lahir tanpa bapa, dan ibunya iaitu Virgin Mary melahirkan anak dalam keadaan masih dara, Jadi mereka mula mencipta formula dan teori Penaklukan Mantik ;

"Jika Mary itu dara semasa melahirkan Jesus, maka tidak logik manusia boleh melahirkan anak tanpa bersetubuh, jadi Mary mengandung hasil dari Roh Kudus yang Tuhan telah tiupkan ke dalam rahim Mary, jika Mary menerima Roh itu dalam rahim dari Tuhan, Maka Tuhan adalah bapa kepada Jesus. Bermaksud Jesus adalah anak Tuhan dan sekaligus dia adalah Tuhan, kerana dia adalah jelmaan Tuhan di muka bumi ini untuk memimpin umat manusia dan menghapuskan dosa moyang manusia iaitu Adam dan Hawa."


Siddartha Gautama Buddha melalui gambaran pelukis sewaktu menerima cahaya kesedaran (Enlightenment) tentang cara hidup yang baik dengan cara mengenepikan desakan dan hasutan nafsu duniawi.

2. Siddhartha Gautama Buddha
Ajaran Siddhartha Gautama Buddha pada awalnya bukanlah berbentuk keagamaan, ia adalah sebenarnya 'the way of life' atau jalan hidup yang betul yang diajarkan oleh Buddha untuk mengimbangi masalah kerakusan hidup rakyat pada masa itu.

Adapun mengikut sejarahnya, Siddharta Gautama Buddha adalah putera raja sebuah negeri di India, kerana merasa meluat dan jelik dengan kehidupan istana yang rakus dan penuh nafsu dunia, beliau telah keluar mengembara untuk mencari makna sebenar hidup, dan dalam pengembaraan inilah beliau mula menemui kedamaian dan keamanan kerana beliau telah melepaskan diri dari nafsu dan kehendak kepada dunia.

Mengikut ahli sejarah, Buddha pada masa itu dibesarkan dalam pengaruh agama Hindu, kerana istana dan isi perutnya beragama Hindu, sebab itu dalam agama Buddha ada persamaan konsep sedikit sebanyak, iaitu kelahiran semula atau Reincarnation, konsep Karma iaitu buat baik dibalas baik, dan jahat di balas jahat dan juga kosep Nirwana iaitu matlamat penyatuan dengan alam iaitu tidak akan dilahirkan semula sebagai makhluk sebaliknya hidup di syurga.

Tetapi sehingga ke akhir hayatnya, beliau tidak pernah bangkitkan isu ketuhanan, kerana beliau komited untuk hanya mengajar tentang falsafah dalam mencari makna hidup dan mencari matlamat kedamaian hati melalui sesi pertapaan dan meditasi, dari sinilah bermulanya cerita-cerita keajaiban yang telah diwar-warkan secara melampau oleh penganutnya, cerita tentang beliau bertapa tanpa makan dan minum, peristiwa semasa bertapa telah dilindungi dengan ular tedung selar yang telah meneduhkannya dari hujan. Dan peristiwa keluar cahaya kebenaran yg menerangi badannya secerah cahaya suria.

Siddharta Gautama Buddha akhirnya diangkat mejadi Tuhan oleh disciple beliau. Beliau mula diberikan Imej Tuhan kerana Anak-anak muridnya terlalu kagum dan fanatik kepada beliau, akibat dari bidaah-bidaah di dalam agama Buddha itu sendiri telah mereka-reka benda yang tidak pernah diceritakan oleh Buddha. Akhirnya Buddha telah diangkat menjadi Tuhan tanpa beliau sendiri pernah minta dan wasiatkan pada murid-muridnya.

Kerana Fitrah manusia itu adalah ingin mencari Tuhan, jika mereka menganut sesuatu fahaman tanpa Tuhan, akhirnya manusia akan mula sesat dan tercari-cari apakah objek atau figure yg layak dijadikan Tuhan. akibat dari Guru mereka tidak meninggalkan wasiat bagaimana dan apakah bentuk Tuhan, maka akhirnya kerana fitrah dan fanatik telah membuatkan mereka mengangkat Guru mereka menjadi Tuhan.


Lakaran pelukis terhadapa Kung Fu Tze, terdapat banyak lakaran beliau di Google, tapi saja ambil yang ni sebab nampak normal dan kemanusiaan.

3. Confucius / Kung Fu Tze / Kong Fu tzu / Master Kong di dalam Confucianism
Confucius adalah Guru agung yang menyumbang kepada falsafah dan ketemadunan negara China, beliau telah menyumbang dengan banyak di dalam Falsafah, undang-undang, etika dan tatatertib pentadbiran negara, cara hidup, budaya, keadilan dan hormat menghormati leluhur moyang.

Pada dasarnya, beliau juga tidak sama sekali menyentuh konsep ketuhanan, beliau hanya menekankan cara hidup baik, hormat dan keadilan sesama insan, tetapi seperti yang berlaku pada Buddha, apabila beliau tidak mengajar dan mewasiatkan pada pelajar beliau siapakah Tuhan yang layak disembah, akhirnya pelajarnya mula melakukan bidaah/tokok tambah dan akhirnya mereka keliru dan mengangkat beliau menjadi dewa. Walaupun semasa hayatnya perkara ghaib dan kerohanian yang paling hampir disebut oleh beliau hanyalah roh nenek moyang dan syurga sahaja.
4. Tao @ Dao di dalam ajaran Taoism / Taoist
Berlawanan dengan Confucius yang sangat menekankan tentang undang-undang dan etika hidup yang bergaris panduan dan berdisplin, penganut fahaman Taoism pula lebih kepada keharmonian bersama alam semulajadi melalui tiga langkah gaya hidup iaitu kesederhanaan, kerendahan hati dan sifat ihsan dan simpati...

Pada mulanya ajaran beliau lebih kepada fengshui, Ying Yang, keseimbangan kehidupan yang semulajadi dan keluar dari kekangan etika hidup yg dicipta manusia, namun kerana fanatik dan tokok tambah dalam falsafah akhirnya telah membuatkan pengikut Master Tao ini membina Tokong untuk memujanya kerana apa? kerana fanatik/melebih-lebih, bidaah dan tokok tambah yang melampau-lampau. Mahaguru manusia biasa akhirnya naik pangkat menjadi Dewa.


Lakaran kemungkinan Wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, aku ingat lagi masa pegi makan nasik lemak dekat kampung baru KL, ada ramai orang indon yang jual gambar sheikh ini. Sebenarnya Sheikh Abdul Qadir Al-jailani adalah Ulamak Tasauf yang terkemuka dan beliau mendekati Tauhid dengan cara yang betul dan ikhlas, namun akibat fanatik anak-anak muridnya telah mecemarkan nama baik Beliau

5. Sufism dan Tarekat
Akhir-akhir ini telah menular kembali ajaran-ajaran sufi dan tarekat yang melampau. Ada pun dalam agama islam ini telah banyak pendapat-pendapat baru yang ditokok tambah, dan apabila Bidaah mula mendapat tempat di kalangan hati muslim, maka segala-gala ibadah yang tidak pernah diajar, diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW mula menjadi ikutan dan budaya kepada masyarakat terutamanya Muslim yang jauh dari tempat asal bermulanya Agama Islam seperti India, Malaysia, Indonesia, Iraq, Iran, Yemen dan lain-lain.

Kerana apa? kerana masyarakat yang mencintai Bidaah ini menjustifikasikan amalan-amalan tokok tambah ini dengan alasan untuk menyesuaikan dengan budaya orang tua-tua. Maka banyaklah berlaku akan hal-hal seperti menziarah makam keramat, ziarah makam sufi dan tok-tok sheikh yang bagi mereka amat mujarab untuk memohon doa. Bila ahli hadis dan Ulama' menasihatkan mereka, mereka mula akan mengeluarkan Hujah 'bertawassul' dan akhirnya mereka menggunakan formula tolak tambah sehingga akhirnya menjadikan amalan bidaah mereka menjadi betul dan tidak salah.

Mengikut pendapat ahli sejarah ada yang menyatakan bahawa ajaran kesufian ini bermula dari pengaruh Syiah, tetapi telah dimodifikasi dengan ajaran yang tidak mendewakan imam 12, ada pula pendapat yang menyatakan bahawa tarekat dan kesufian ini bermula dari era Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan akhirnya telah ditokok tambah dengan amat teruk melalui ranting-ranting aliran tarekat yang lain, aku bercerita dari pengalaman sendiri selepas dirapati oleh Pengikut Tarekat ini untuk manjadi ahli Tarekat mereka dan mengajak bersama-sama untuk bersuluk.


Bilakah manusia menjadi Tuhan dalam Tarekat/kesufian ini??

"Ikar, makcik tengok ikar ni berfikiran terbuka la, kalau makcik nak ajak ikar berfikir boleh tak?"

"Hoh.. ape ke yg serius sangat nak sampai bawak bincang bagai ni Makcik?"

"Kamu tau tak, dalam Alquran tu 30% je ajaran yang mengajar tentang syariat..contohnye sembahyang, puasa, undang2, zakat dan segala macam tu la.. yang lebihnya tu adalah tasauf tau tak? tauhid..kamu tau ape tu tasauf dan tauhid? tasauf tu adalah tentang mcm mana nak cari Tuhan, nak kenal Tuhan...kamu tau Tuhan tu mcm mana?

" Iskk Makcik ni, takkan la saya tak tau Tuhan saya mcm mana... (aku pun bacakan surah Al-ikhlas dan translet) Allah ni takda permulaan, terkeluar dari jangkamasa, tiada akhir, tiada mati, maha mengetahui segala yang jadi di langit dan di bumi dan zahir dan yang batin.. Allah itu Esa.. Allah tidak menyerupai segala bentuk Makhluk samada secara gambaran atau secara harfiah (literally)"

"Itulah Kamu ni Ikar, kamu ni tak kenal lagi Tuhan, kamu dah sembah Tuhan.. mcm mana kamu nak kenal diri kamu kalau kamu tak kenal tuhan kamu? kamu dengor hadis ni, awal mengenal agama adalah mengenal Tuhan mu"

" Tapi Makcik... Itukan hadis palsu...sarjana Hadis semua dah bagitau yg hadis tu palsu"

"errrr..lupe kan.. kita bukan nak debat pasal hadis palsu ke idak.. tapi kamu tau ke rupa Nabi Muhammad macam mana? kamu Tau macam mana rupa Tuhan?? kan ustaz ada ngajor kita kan...bila kita nak mati nanti Iblis datang nak goda kita buat last time kan? kalau iblis tu datang menyamar jadi Nabi? kamu tau ke nak bezakan antara nabi dengan Iblis? kamu bukan pernah tengok Nabi rupe mcam mana...."

" Hissshh Makcik nih...apa pulak ke situ melalutnye. Kan Nabi dah berpesan dan berjanji, Iblis boleh menyerupai apa saja, tapi iblis tak boleh menyerupai Nabi..tu Janji nabi.. jadi kalau datang dalam mimpi atau masa nak mati tu Nabi, maka kita tahu la yang itu bukan iblis.. sebab iblis tak mampu menipu mengaku dia menyerupai nabi.. itu Janji Nabi SAW"

" Ada ke situ pulak kamu ni, salah tu.. sebenarnya...kita ni semua dari Nur Muhammad, Nur Muhammad tu dari Allah... jadi mcm mana kita nak tau rupa nabi? haa, jawapanya.. bila kita nazak nak mati nanti, kalau kita nampak diri kita datang nak tolong kita ... itulah rupa Nabi...

kamu tau tak? tahap makrifat dan hakikat orang boleh tengok Tuhan??? Tok guru kami cakap, kalau berdiri nak sembahyang tu.. bila nampak DIRI KITA sendiri tengok kat kita.. haaa tu lah Tuhan sebenarnya.. kalau kamu dah sampai Makam hakikat sampai boleh nampak mcm tu.. baru lah kamu layak buat semua syariat ni.. sembahyang, puasa, haji semua...."

" Hah sudah makcik.. apa ke benda makcik merapu ni makcik.. ada pulak Tuhan tu serupa dengan diri kita? iskkk astaghfar banyak2 makcik.. dah jauh menyimpang ni makcik... bidaah ni ..bidaah... Nabi SAW dan Para sahabat RA tak pernah ajar benda rupe ni.. ni totally mengarut ni"

"Itulah kamu tak pernah nak menyelami maksud sebenor ikar.. Ilmu ni bukan boleh sampai dengan syariat, dia mesti sampai dari Tuhan direct dalam Hati, sama mcm Nabi Khidir, dia tak ikut Syariat Nabi Musa.. sebab apa??? sebab dia dapat Ilmu Ladunni... sama mcam Firaun jugak... Firaun tu sebenarnya tak salah, tapi orang salah paham kat dia.. dia bukan cakap diri dia Tuhan, tapi dia dah sampai makam Hakikat 7.. dia nampak jelmaan Allah tu dalam Diri dia"

Maka selepas itu berlakulah perdebatan hebat antara aku dan makcik aku selama 2 hari berturut-turut dan beliau sangat fanatik, sehingga dia sanggup menyatakan bahawa Sheikh Guru Tarekat dia darjat sangat tinggi, boleh sampai ke tahap nampak ALLAH....*kang aku nak taip dialog kat sini panjang-panjang nanti pakat tak lalu pulak korang nak baca sampai habiskan....

Jadi kesimpulan dan pengajaran di sini adalah, Pencemaran dalam agama yang berbentuk Bidaah, tokok tambah dalam ibadat dan falsafah ketauhidan tidak boleh di pandang ringan dan dianggap tidak mengapa, Kesucian dam ketulenan agama mestilah dipelihara.

Reka-rekaan dalam amalam muamalat dan kehidupan seharian itu tidak mengapa jika ia menyumbang ke arah kebaikan tetapi tokok tambah dan rekaan dalam IBADAH itu tidak boleh walaupun dengan alasan "alah benda baik, nak buat apa salahnya, bukan buat benda jahat" kerana Ibadah itu telah lengkap sewaktu Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan menyempurnakan WahyuNya.

Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. (Surah Al-Maidah - 3)

Tapi matlamat aku dalam bebicara hal ini bukan kerana ingin memprovokasi dan mencari salah dan betul tentang pegangan agama. Aku harap kita semua membuka minda dan balik pada isu yang aku nak ceritakan.. Bilakah manusia mula menjadi Tuhan?

P/s Makcik yg di dalam dialog di atas adalah Mak saudara aku yang sebenar, Tetapi aku tukar panggilan ke 'makcik' sebab nak sorok keaiban.. mungkin anak dia ada baca blog aku ke.. kan kan...

March 28, 2011

Terima Kasih Suria Lekat Lekit Gurl Untuk Header Baru

Assalamualaikum...

Header yang telah dihadiahkan oleh Suria Lekat Lekit Gurl,Katanya buat dalam masa setengah jam, cantik betul untuk hasil setengah jam, nak harap aku 2 bulan pun tak siap2..hahaha

Entry kali ni didedikasikan khas untuk Puan Suria The lekat Lekitgurl @ Abby Funny di atas kesudian beliau dengan rela hati dan penuh keihklasan telah buatkan header baru untuk aku... cuba korang tengok kat atas.. tengok header blog aku yang tertulis Rasa Hati dengan muka aku yg di shadow2 kan ala2 mcm pertunjukan seni galeri newyork...cantik dan simpel kan? sesuai sangat aku rasa bila matchingkan dengan template blog baru aku ni....

Mungkin Suria abbyfunny rasa terpanggil untuk buatkan header secara ProBono ni lepas tengok rayuan mohon bantuan aku dalam entry INI kot. aku memang tak cukup berseni untuk buat kerja2 photoshop ke, melukis, editting, setting2, cut, tacap sana tacap sini.. aku memang kurang mahir..aku ni bukan pakar komputer nak duduk 12 jam depan pc je...aku nak gi main badminton lagi, ronda2 pasar malam cari jeans bundel, merembat dengan keter toyota aku, ehh banyak lagi la kerja aku......hehehe..sebab tu korang baca blog aku tulisan panjang2.. sebab aku cuba mengimbangi kelemahan aku dari segi graphic interface..(ape aku mepek ni)

Okey bagi yang belum kenal sape Suria Lekat lekitGurl ni, korang boleh terjah Blog dia kat sini :

http://lekatlekitgurl.blogspot.com

Sedikit pengenalan ; Suria ni dulu agak femes la sebagai DJ web radio... aku kenal dia ni di awal2 menceburi dunia blog, sebab dia selalu terjah dan komen blog & Fb aku.. kira jiran blog la nih.. dia ni jugak selalu buat lawak maknyah dengan aku.. hahaha... kadang2 korang tengok komen dan sembang2 antara aku dengan dia mcm ada gaya2 maknyah mak hayam segala tengah bergosip tu jgn korang keliru lak.. itu watak 'mak' yang terbawak2 masa borak dengan cik kak DJ meletop ni kau... opsss ter'Nyah' pulak.. sentap mak.. tak kose... yang Haaadoo.....

Okey2.. sekali lagi terima kasih pada Nyah Suria Lekat lekit Gurl @ abbyfunny.. semoga bertambah maju dalam dunia blogging dan semoga mendapat anak yang comel, tak lama lagi tu... nanti dah nak due bersalin tu.. ko bukak la blog aku ni...tenung gambar aku lama2 tau... kot kot rezeki ko, ko terkenan kat muka aku.. dapat la anak laki yg hensem dan comel kan kan... :)


p/s Probono adalah bermaksud kerja secara percuma, tanpa bayaran. ia adalah bahasa latin yang selalu digunakan di dalam mahkamah dan dunia guaman.. aku tau pun dari banyak tengok drama lawyer2 hollywood...

March 27, 2011

Mendaki Bukit Broga Sempena Latihan & Earth Hour

Macam mana dengan hari korang masa menyambut Earth Hour hari ni? korang semua padam tak lampu dan semua barang letrik kat rumah?aku ingat lagi tahun lepas, aku, abang ngan adik sambut earth hour dengan tutup main switch terus, lilin pun tak pasang..kami lepak kat jalan depan rumah je sambil tengok kejiranan Shah alam yang sporting.. 70% rumah kat jalan rumah aku bergelap.. Tahun ni aku tak tau la mcm mana keadaannya, sebabnya aku pergi mendaki Bukit Broga di Semenyih Selangor tak lepak rumah pun....

Sedikit pendahuluan, Tempat kerja aku iaitu DMG Holdings telah merancang nak pergi Gunung Kinabalu pada bulan 6 nanti, bukan takat rancang je, dah confirm pun dah.. tiket flight dan semua arrangement telah diputuskan, jadi kami tinggal nak training je...sebagai pembuka tirai, Gunung pertama yang kami daki adalah Gunung Angsi di Kuala Pilah N9, aku ada ceritakan sikit je di SINI

Disebabkan Staff/majikan yang akan sertai ekspedisi Gunung Kinabalu sangat eksklusif..iaitu 12 orang, maka kami buat la group Geng Gunung dekat FB.. dari situ melekat la team kami nama Geng Gunung... :) ... pada yang bukan geng gunung tapi join kami jugak pegi daki bukit.. kami gelar diorang Geng Bukit (bak Kata Noorbaya Jinal si PA Dato')

Kemudian Geng2 Gunung panjat pulak Tanjung Tuan dekat Port Dickson, tapi masa tu aku tak join sebab aku join kenduri kahwin Zikry kat Penang, aku ada ceritakan kat SINI..


Semalam aku Join plak ekspedisi panjat Bukit Broga... Bukit Broga ni puncak tertinggi adalah 400 meter.. selepas dari puncak 400 meter tu ia dipanggil Puncak Tok Wan.. kalau dari Puncak Broga korang kena sambung pendakian lagi 3.7 Km lagi baru sampai Puncak Tok Wan. Disebabkan kami memang dah set Misi nak ke Broga, jadi kami tak teruskan mendaki Puncak Tok Wan atas beberapa faktor yang munasabah. (dah lewat petang, sampai puncak Broga pun dah pukul 5 petang..kang gelap pulak kalau teruskan lagi...)

Journey bermula dari Hq Office di Taman Samudra Batu Caves, kemudia konvoi ke semenyih mengikut Mrr2 dan kemudian exit ke Kajang.. lalu la highway yang ada banyak Tol tu.. ape tah nama dia, Metramac kot... kami sampai ke Broga dalam pukul 3.45 petang, kemudian pendakian bermula padal pukul 4 petang..ekspedisi disertai seramai 10 orang, termasuk peserta cilik Dini sofea yang masih bersekolah rendah (darjah berapa pun aku taktau, sebab lupa nak interview)

Bagi aku Trek Bukit Broga ni sangat mesra pendaki amatur :) ... tak terlalu semak samun, tak lecah, tak curam sangat, cuma 150meter dari puncak je pendakian menjadi curam secara drastik. pendakian memakan masa selama 40 minit je, tapi kalau banyak berhenti tangkap gambar.. posing sana posing sini.. mau la jadi sejam setengah :) ... tapi rugi la kalau gi mendaki tak tangkap gambor kan...Ok dah habis story mori... lepas ni sila tengok gambar.. dan entry ni menjadi entry gambar bercerita...Owh ye aku lupa, kalau korang sampai kat ladang sawit tempat parking tu kan, korang kena bayar parking RM2... sebab tuan ladang yang pow.. kalau taknak bayar.. korang boleh parking kereta tepi jalan.. tapi kalau kene sodok ngan lori pasir, korang meratib la kat kaki bukit Broga tu...hehe

Pendakian ke stop point pertama, yang org nampak kenit2 tu kire geng gunung la.. tengah nak mendaki,, kawasan sini pemandangan sangat menakjubkan..tapi aku cari KLCC tak jumpa pulak...

Nizar Jumaat, Noorbaya Jinal, Zulfikar Hazri, Shah ujang bergambar selepas berjaya menakluk stop point pertama..nanti dah complete training kami Insyallah akan ke G. Kinablu pulak..

Pendakian mula menjadi curam secara drastik di sini, pada yang tak biasa mcm kami, terpaksa merangkat panjat tangga2 semulajadi yang curam.. bila dah biasa..macam panjat Tangga Batu Caves je.. Lihat pemandangan!!! cantik kan cantik kan..(baca gaya eric leong ye)

Mana Geng2 aku ni...laaaa kat bawah rupe2nya tengah posing cupp capp cup capp tangkap gambor..

Beberapa Tips untuk kawan2 yg minat nak panjat bukit..

  1. Sediakan air yang mencukupi, jangan malas bawak air ye.. nanti haus korang akan menyesal
  2. Pakai Kasut yang sesuai, beli yg trekking atau Hiking...baru boleh mendaki dengan penuh keyakinan dan stylo... (tapi kami semua terkejut masa kat kaki puncak, ada makcik selamba je pakai Sandal wedges Vincci naik atas...gaya macam nak pegi pasar malam je.ootaaiii)
  3. Bawak bekalan makanan.. sebaik2nya roti, pisang dan cekelat.. sebab sampai puncak rasa lapor..
  4. Pakai seluar dan baju yang selesa, sebaiknya2 pakai baju belasahan..tshirt pakai tdo.. nanti nak main gelongsor2 ngan guling2 turun bukit senang.. tak sayang baju koyak... :)
  5. Jangan Lupa bawak duit..nanti tiba2 kene bayar parking macam mana? :) ... kalau nak beli 100plus dalam hutan mcm mana? kalau kasut tapak tercabut, korang nak beli selipar kat kedai runcit? semua pakai duit beb... :)

Kesimpulannya, pendakian Bukit Broga ni best, takde stress, takda tension, santai dan pemandangan yang sangat menakjubkan... lagi satu best sebab Bukit ni kering, takda lecah lecak semua..

P/s Puan Nonie, Kaknora, Kak leen, Kak ina.. sory gambar anda semua takda la.. sebab tak snap pict banyak pakai camera henpon nih.. tapi kat camera korang yg kaler pink, merah, silver kelabu bagai tu semua ada banyakkan? nanti kita tag mengetag kat FB yeeee :)

March 26, 2011

Setting Template Baru

Assalamualaikum.....

Okey, memandangkan aku telah mendapat banyak komen2 dan kritikan membina dari pembaca2 yang amat aku hargai, maka aku telah mengambil nasihat yang terbaik iaitu

  1. Jadikan entry kemas dan simple untuk mengelakkan mata diorang sakit masa membaca
  2. Tukar template background yang konon2 abstrack, buat semak je..
  3. Kemaskan header, sorry tang ni aku belum buat lagi, so sementara waktu aku letak Blog title ringkas je kat atas tu (RASA HATI)
  4. aku dah betulkan kaler2 yang terlibat, baru aku perasan selama ni banyak tulisan aku kat widget hilang, sebab aku salah setting tulisan warna hitam ikut background jugak...
  5. aku masih perlukan sebarang komen dari blogger2 yang memang terer dan rajin main setting2 template...
  6. tolonggg aku... bantu aku... sapa yang terer wat header, aku reti buat tapi aku tak cukup kreatif dan istiqamah (macam ke arah malas je)
  7. aku sendiri suka tengok template baru ni, tapi takkan aku nak syok sendiri je kan.. jadi pada sapa2 yang rasa template baru aku ni mcm hampeh.. sila komen ..aku hargai komen korang.. :)
  8. terus2kan membaca Rasa Hati aku.. semoga kita menjadi lebih rapat di dunia maya dan juga sebenar..

March 25, 2011

Lemon Tree Vs Teratai Layu di Tasik Madu...

Assalamualaikum....

Aku bila dengar je lagu lemon tree mesti teringat peristiwa masa aku darjah 6, peristiwa ni aku gelar sebagai peristiwa musibatul al harami....nak dijadikan cerita, aku ni dari kecik suka bermacam-macam hobi dan aktiviti, dari lasak, adventure, masuk longkang, panjat pokok, basikal, acara-acara seni dan sukan...Bab acara seni tu, seawal ingatan aku la, masa tadika aku dah masuk pertunjukan tarian kipas... semangat aku belajar menari semata-mata nak buktikan pada Cikgu Zawiyyah yang aku ni comel dan tak gentar dengan cabaran.. haha...

Okey, berbalik pada peristiwa Lemon Tree, dulu masa sekolah rendah, sekolah aku selalu buat Hari Kantin setiap tahun, jadi bila je hari kantin..Cikgu-cikgu akan bertungkus lumus buat macam2 aktiviti contohnya jual burger, buat peraduan teka kacang, treasure hunt, kuiz, convert kelas jadi kota sesat dan rumah hantu... *senang macam ni la, esok lusa aku buat entry khas pasal hari kantin ye.. hari ni kita fokus cerita lemon tree dulu.

Nak dijadikan cerita, masa hari kantin yang terakhir bagi aku, sebab aku darjah enam... aku telah dicabar dan diJEK oleh kawan2 sekolah supaya participate dalam pertandingan menyanyi yang dianjurkan oleh kelab muzik... pertandingan menyanyi ni aku selalu tengok je, takde pulak aku beriya2 nak join kan... tapi disebabkan aku nak mengekalkan status quo sebagai orang yg tak tahu malu @ berani menyahut cabaran.. aku pun pergi la daftar diri...

Tapi sebenar-benarnya aku rasa bukan kena cabar sangat pun, tapi disebabkan aku termakan jek Cikgu Hapis... Cikgu Hapis ni cikgu muzik aku, dia ni pernah masuk Sinaran Pasport Kegemilangan zaman hujung 90 -an dulu... dia dapat masuk round ke suku akhir kalau tak salah aku la.. sebab dia terer nyanyi sambil men keyboard.. sebabkan aku kamceng dengan dia, maka.. aku pun termakan la jek si Cikgu Hapis nih .....

" Eh Zulfikar, awak ni saya tengok berbakat la, pandai nyanyi, suara awak pun sedap, apa kata awak participate pertandingan menyanyi masa hari kantin nanti..nak?"

" Pertandingan menyanyi??? ala cikgu saya segan la cikgu, memang la saya suka nyanyi, tapi saya ni jenis susah hapal lirik la cikgu, taknak la...."

" Ala Zul... Camon.. i know u can do it... lagipun tahun ni kan last year awak kat sekolah ni kan? lepas ni awak dah masuk sekolah menengah, camonnnn... awak taknak ke tinggalkan kenangan manis kat sekolah rendah awak?"

" Heeeeee :D .... ye la ye la cikgu, saya cuba la.. tapi cikgu tolong cari minus-one boleh?"

"boleh je" (sengih menyeringai menampakkan kejayaan beliau menge'JEK' aku)

aaahhhhh sudahhhh..aku terjebakkkkk......

"Awak nak nyanyi lagu apa zul?"

"Saya nak nyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud boleh tak cikgu?"

"Ish awak ni, semua budak yang masuk mesti nak nyanyi lagu BM.. apa kata awak buat kelainan sikit, nyanyi lagu omputih nak? saya suggest awak nyanyi lagu Lemon Tree..saya buat spesel punya.. nanti awak sorang je nyanyi saya main keyboard..orang lain pakai minus one..amacam? set?"

"Hah.. ok gak tu cikgu..okey2. kira jadi la.. nanti balik saya pektis ye cikgu..." (sambil senyum2 membayangkan aku nyanyi Lemon Tree mcm masuk Sinaran pasport kegemilangan)

Jadi dalam tempoh 2 minggu sebelum pertandingan nyanyi tu, aku pun jenuh la dengar radio setiap malam sebelum tidur..zaman dulu paling Femes Radio Muzik la kan,(stesen muzik andaaaaa) Isma Halil Hamzah.. segmen lagu pilihan... aku tak berapa ingat, tapi yang aku ingat, sebelum dengar radio.. kami akan selak2 surat khabar, dekat area hiburan, ada kolum kecik kat bawah sebelah komik... dia letak list lagu2 pilihan untuk dimainkan pada malam/petang hari...

Masa tu zaman kanak2 seingat aku... lepas je Malaysia meletup dengan lagu 'i swear' dari band all 4 1.... datang pulak lagu Lemon Tree..masa tu budak2 kalau naik basikal kayuh keliling kampung memang nyanyi Lemon Tree je la kerje nye...so aku pun dengan semangat Curt Cobain nya....menyelak kolum list lagu2 pilihan... mengharap akan terpacul tajuk lagu Lemon Tree.. nak dijadikan cerita, penantian membuahkan hasil... pruuuppp... hah..malam ni ada lagu Lemon Tree.....jadi aku pun dah sediakan kaset nak record...hahahahaha.. zaman dulu dah ada Pirate.. :)

Ok lagu dah dapat record kat Radio Muzik... lirik pulak mcm mana???? jangan risau kawan2... cari kat majalah URTV.. dalam ruangan lirik lagu, mesti ada punya lah... kalau takda?? dont worry baibehhh... esok pegi sekolah ngecek kat budak2 perempuan.. diorang selalu gunting lirik lagu, tampal dalam buku nota sekolah...aku dah salin banyak lirik dari diorang, nanti balik sekolah aku belanja la budak2 pompuan tu aispop ungu (boleh patah duaaa)... :P

Di hari kejadian... Bangunan Blok 2 tingkat, kaler oren, 3 buah kelas dibukak penghadang tengah ditukar menjadi dewan mini, kelas hujung dipasang platform kayu pentas...budak-budak sekolah semua duduk di atas kerusi plastik manakala, guru besar, cikgu Hapis dan barisan2 exco kanan sekolah duduk di atas kerusi Kusyen Rotan kaler perang bercorak bunga2 besar kaler hijau... aku pun dengan semangat yang tidak kenal erti malu dan penuh perasan...menyanyikan lagu Lemon Tree..sedaya upaya membuat aksi comel dan menghiburkan...sambil cikgu Hapis berwajah riang memainkan keyboard lagu tu... aku kenal senyum itu.. aku kenal!!. itu adalah senyum kepuasan berjaya mengenakan aku..

Dengan penuh keriangan dan ambiance yang penuh dengan kenangan aku pun menyanyikan lagu ini....

Bila habis je nyanyi, aku pun turun pentas dengan penuh rasa puas dan lega walaupun tangan dan lutut aku masih belum berhenti menggeletar...semuanya berjalan lancar..elok dan tiada peristiwa yang memalukan terjadi.. kecuali ada satu musibat ni.. musibat ni la yang mencalarkan kredibiliti dan nama baik aku buat berpuluh tahun yang akan mendatang...

Datang si Hafiz (hafiz jugak nama dia..dia ni jadi MC masa hari tu)

" weeeihhh Zul... best la kau nyanyi...nyanyi lagu lemon Tree tuuuu.. best best best...."

"ehehehe best ke Pis? agak-agak ko aku leh menang tak?"

" Confirm kau menanglah, aku tadi dah tengok cikgu Saiful ngan hakim lain2 bagi markah, setakat ni aku tengok markah ko paling tinggi la.. tinggal Musfirah je belum nyanyi..kalau mcm tu...tak No 1.. No 2 la kau"

" Eh ye ke Pis? ko ni saje je kan, nak bagi aku syok kan kan kan.... mandai2 je la ko...."

"betul Zuuuul.......aku tengok tadi, dah tentu lah kertas markah tu aku yang susun kann..tak caya ko tengok la esok..masa bagi hadiah, tak no 1, no 2.. tengok lah....."

"okey2.. kita tengok esok, caya la pis, balik ti aku banje jambu depan pagar sekolah"

Aku pun dengan penuh keriangan, kayuh basikal mountain bike balik rumah, sambil kayuh basikal sambil senyum. Sampai2 rumah je...parking basikal.. belum sempat bukak kasut mak aku dah tunggu depan pintu.....

" Hah Ikar, mcm mana pertandingan nyanyi tadi? dapat nombor berapa?"

"Hish mama ni, (salam cium tangan..sambung sembang) belum dapat keputusan lagi la ma, keputusan esok baru tau, sekali dengan bagi hadiah ngan majlis penutup"

" agak-agak kamu ikar, kamu dapat nombor berapa?"

" ehehehe...ihik ihik (gelak2 gedik) hehe.. ikar bukan perasan tau Ma... tapi Hafiz cakap tadi, dia ada tengok kertas markah tu.. dia cakap tak No 1... No 2... sebab masa ikar perform ikar nombor 2nd last, masa tu markah dah paling tinggi dahh"

" ye ke ikar? ye ye je kamu ni, jangan esok dapat saguhati sudah"

" ish mama ni, macam mana la Melayu nak maju..kita mesti ada sifat keyakinan diri yang tinggi mama.. baru la kita boleh berjaya... mama tengok la nanti, ikar bawak balik hadiah...baru mama tau... kompem punyalah... dah la ikar sorang je nyanyi lagu omputih kan... uisshhh ishhh huh(bunyi dengusan nafas lambang semangat bekobar-kobar)

Esoknya...Mendung awan akan berlabuh dalam hati ku..... masa majlis penutup dan menyampaikan hadiah... para pemenang diumumkan...

"Diumumkan pemenang-pemenang pertandingan menyanyi hari kantin..Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua Baharu....Tempat ke-3... Musfirah.. dengan lagunyaaaa UNTUKMU dari kumpulan Feminin....

"dah agak dah, no 3 dia punya.. hehe lepas ni mesti nama aku, tak no 2.. johan...hehehe" (aku bermonolog dalam hati sambil cover2 senyum sambil buat muka tak mengharap)

"Naib JOooohaaann... dengan membawa lagu Aishah..Janji Manismu...Siti Sarah Abd Razak!!!"

"haaahhh.. sah dah aku Johan.. sah dahhh ...Yeeehuuuuuu.."*wink wink....(aku menggeletis dalam hati dan melonjak2 keriangan..sambil tetap kontrol macho taknak nampak over-excited)

"Dannnnnnn Johaaannnn adalaaaaahhhhhhhh..........( bunyi drum beat pasang pakai kaset)

^

^

^


" Nurul Hana.....Teratai Layu Di Tasik Madu.......!!!!!!!"



"Demmmmm, tak guna punya Hafiz... kenakan aku.. ko mainkan perasaan aku ye hafiz.. jaga ko.. jaga ko"

Dari jauh aku tengok Hafiz berdiri di sebalik daun pintu kaler oren, pandang muka aku sambil sengih....dengan tangan dirapatkan ke muka macam gaya sembah sultan..lambang mohon ampun dari jauh.....aku dapat baca dalam hati dia ngekek-ngekek gelakkan aku tu.. tapi nak buat mcm mana, aku yang syok sendiri, kalau aku cool je mesti aku tak bengang mcm ni.. hahaha

Balik rumah..korang pun boleh agak apa nak jadi kan???

"hah Ikar.. wahh bawak balik hadiah la... mesti dapat johan nih!.. meh mama tengok hadiah apa ni!!!!??"

Sambil aku menghempapkan badan jatuh ke sofa.. aku menghulurkan Hadiah berbalut dengan pembalut hadiah 50sen.."nah Mama" sambil mama belek2 hadiah..mama tanya...

"Dapat no berapa ikar???...."

"HuuUuUUhHHhhhh..SAGUHATI jeeeeeeeeeeeee"

"OOOooOooOooOOooOOoOOoooOo00.........."

Mama berlalu pergi ke dapur sambil sambung masak gulai lemak ikan rebus belimbing buluh....

##################

P/s JEK itu adalah puji-pujian yang tak ikhlas yang berniat untuk mengampu si mangsa sambil mengharapkan mangsa memakan pancing...... dan akibat Lemon Tree ni lah aku di ejek oleh family aku especially mama, abah dan abang aku sampai la sekarang..setiap kali dengar lagu Lemon Tree kat radio dalam kereta...hahahahahahha


March 23, 2011

Antara Tsunami Acheh, Jepun dan konspirasi Meru Klang.

Assalamualaikum..

Aku dengan ini mengucapkan sejuta rasa takziah kepada sesiapa saja mangsa Tsunami dan gempa bumi yang melanda Acheh, Jepun, china dan negara2 lain.. pada masa kini kepiluan yang tidak dapat digambarkan melanda rakyat Jepun... 9709 bilangan rakyat mati yang disahkan... manakala 12,645 orang masih hilang...

Maka dengan bencana yang melanda ini membuatkan aku merasa begitu kerdil jika dibandingkan dengan Kuasa Tuhan... begitu kecil dibandingkan dengan Ombak pantai, Tanah Pamah, air laut dan Getaran bumi... melihatkan akan kehancuran negara-negara berketemadunan maju dalam sekelip mata dibinasakan membuatkan aku insaf bahawa kalau tidak kerana kita ada kepercayaan, Wahyu, akal dan tamadun.. kita rupanya tiada beza dengan lalat, monyet, ikan, anjing dan segala haiwan yang ada di muka bumi ni...

Kerana akal jugak, jika kita salah kemudi tanpa simpati dan iman..maka kita akan selalu melakukan silap dan berkata bodoh....di Meru Klang semalam...

"Korang semua tau tak? yang Tsunami kat Jepun tu jadi sebab apa?

"ishk ko ni Zam, sebab gempa bumi la"

"apa pulak gempa bumi.. sebenarnya korang tau tak, Tsunami yang Jadi kat Jepun tu sebab Amerika yang buat, dia la yang buat jadi gempa bumi ngan Tsunami tu"

"Ishhkk.. Ko biar benar Zam... takkan sampai ke situ pulak ko ni, tu kan Kerja Tuhan. bencana alam...ape ke sampai amerika pulak yang buat, apsal lak amerika nak pedajal Jepun tu?"

" Betul la.. aku tengok kat Internet, benda ni betul... Amerika guna senjata warp.. dia gunakan getaran atmosphere kat langit sampai cetuskan getaran sampai bumi jepun bergetar... tu yang jadi Tsunami...kalau korang nak tau, masa Tsunami kat Acheh pun..sebab Amerika jugak la yang buat... masa tu dia uji senjata tu..skrg ni baru dia buat betul2 kat jepun"

"tapi Zam, kenapa masa ujian pulak mati sampai 200,000 orang, masa betul2 pulak mati tak sampai 20ribu orang? kan ke pelik tu? lagipun kenapa pulak amerika nak buat kat Jepun? jepun kat sekutu kuat amerika?"

"Iskkk korang ni tu la, kolot, taktau citer terbaru, Amerika nak jahanamkan Jepun sebab ekonomi jepun dah menguasai dunia, diorang taknak ekonomi amerika kalah ngan jepun tau tak?"

"aku rasa ko ni ada masalah la Zam, kalau betul pun amerika boleh buat tsunami dengan gempa bumi, baik dia buat kat Korea utara..dah 50 tahun dah dia dendam ngan korea utara, apa payah sampai nak buat sekatan embargo bagai... kalau betul dia boleh kontrol tsunami ngan gempa, baik dia bagi tsunami besar kat china tu... china tu lagi la economic boom skrg ni"

"Kami ni kawan2 kau Zam, kami tak sampai hati la nak kecikkan hati kau, tapi bab ko merepek pasal Amerika buat Tsunami ni, aku tak boleh nak terima akal la.. aku tak boleh nak setuju dengan kau...aku harap ko astaghfar banyak2... ingat balik elok-elok.. bukan semua kat dunia ni pasal Konspirasi..bukan semua kat dunia ni bila orang meliwat jadi Konspirasi..bukan semua kat dunia ni pasal Konspirasi Illuminati, Freemason, amerika dajjal...Yahudi......sometimes kita kena berpijak bumi nyata Zam... Bencana alam tu..ketentuan Illahi...terjadi atas keizinan Tuhan....astaghfar zam...astaghfar...."

---Lantas Zam terdiam...bijik mata bulat tak berkedip., Nampak jelas di lehernya kesan menelan air liur kering, dan terkatup mulutnya, baru dia sedar dia telah hanyut dibawa arus teori konspirasi orang skizo paranoid-----

Datang Pak Jak.... "Hah zam...esok jangan ko terkentut ko cakap amerika tekan suis pulak....."

kah kah kah kah .... gelak dekah2 kawan2 bersama Zam sekali bagi meredakan ketegangan...

###########################

p/s aku tak faham betul la dengan manusia yang suka menuduh org suka buat konspirasi.. kalau kena dekat orang semua kospirasi..apa dia ingat mangsa2 yang di timpa bencana ni tak sedih ke? takda maruah ke? ingat orang yang kena liwat ni takda hati nurani? Ingat orang jepun ni takda hati perasan senang2 nak main2kan dengan teori konspirasi dajjal illuminati? cuba jadi kat anak sendiri? anak sendiri mati kena tsunami? rumah sendiri hancur kena gempa bumi? anak perempuan sendiri kena rogol dan liwat? korang tak dapat saksi.. korang boleh reda ke perogol lari depan mata???? korang boleh sabar ke dengan mulut orang yang suka2 menjaja cerita Konspirasi?

March 22, 2011

Muslihat Majikan Restoren terhadap Partimer PART 2

Asslamualaikum...

Semalam aku dah cerita pasal Muslihat majikan restoren perihal caruman KWSP atau EPF, kalau ada yang belum baca, anda boleh baca di SINI. kali ni aku akan sambung kisah lagi, apakah hak-hak pekerja Part time yang telah dicabuli sewenang-wenangnya oleh majikan.

2. Deposit Uniform yang lesap selepas uniform dipulangkan.


Aku tak tahu la macam mana dengan tempat kerja korang dulu, tapi masa aku kerja dekat Pizza Hut, aku kena tolak gaji bulan pertama sebanyak RM50.00 untuk duit deposit uniform, selalunya majikan akan ambil RM50.00 dari gaji samada pekerja setuju atau tak untuk memastikan mereka tak rugi bila staff berhenti kerja secara tiba-tiba dan tak pulangkan uniform.

Dalam kes aku, aku dah pulangkan baju tu seminggu awal sebulan gaji terakhir aku terima, tapi takda penyelerasan duit RM50.00 dipulangkan, tetapi disebabkan aku dah mengamuk macam beruang kutub tak dapat makan, KakChik manager tu dengan pantasnya memulangkan deposit Uniform tu hanya dengan sekali mintak je.

Tapi yang aku sedihkan ramai kawan-kawan aku yang kerja blah mcm tu je, tak mintak balik deposit tu, bagi diorang ni masalah enteng, tapi diorang lupa syarikat tu dah untung banyak .... cubalah fikir sikit, kalau korang simpan pun baju maroon pizza hut tu, apron hitam ngan topi tu nanti korang nak buat apa? nak buat parti costume pakai baju waiter pizza? last-last jadi kain buruk jugak. Boleh tahan mahal jugak beli kain buruk harga RM 50.00 kan...

3. Duit tip dari customer tak boleh ambil, kena masuk tabung, kumpul banyak-banyak dan lepas tu buat acara makan2...


Benda ni aku benci gila, bagi aku tak adil, korang penat-penat serve guest, layan kerenah anak kecik diorang, tahan telinga kena maki, sabar dengan mcm2 order dari pelanggan, sekali Manager datang cakap :

"Zul, hari tu kak chik nampak zul amik sendiri tip kan? kak chik nampak ade customer bagi zul tip, kat sini kita tak boleh ambik tip, kalau dapat tip, ko kena masukkan dalam tabung ni, nanti hujung bulan kita ambik duit ni kita pergi makan ramai-ramai. baru adil"


haha...adil la sangat, hujung bulan pertama aku kerja, duit tip tu kumpul-kumpul bawak pegi makan kat Restoren Muara Tanjung Harapan, Port Klang...dah la gaji ciput RM450 sebulan, lepas tu kena tambah pulak lagi RM50.00 sorang sebab duit tip tak cukup nak bayar makan... tobat aku dah tak masukkan duit tip tu dalam tabung dah...

Bila aku dapat je duit tip, terus aku slide masukkan terus dalam poket apron aku, setiap hari balik kerja paling sikit aku dapat la RM5.00 okey la tu...sekurang2nya dapat duit makan malam ngan minyak motor... zaman aku duduk rumah sewa belajar dulu, kalau miskin sangat..kami makan nasik lemak biasa..beli kat lori tepi jalan.. RM1.50 je tapi kenyang sampai esok pagi.

Adil apa??? kat mana adilnya? manager, asst manager, cashier, ngan orang yang malas kerja, kerja tak bagus, layanan pun nak tak nak.. sekali orang lain buat service bagus, dapat tip..korang semua balun duit tu.. adil ke? caaaiiitttt.......

4. Pekerja Part time kerja hari cuti umum, public holiday, extra hours dan double shift tak dapat bayaran double-pay sebaliknya hanya normal pay....


Mungkin yang masih belajar tak tahu selok belok bayaran kerja partime, ada yang ingat semua fastfood bayar gaji sama atau lebih kurang.

Sebenarnya, kalau ikut ingatan aku la (kalau salah nanti betulkan kat komen ye) seingat aku la. rangkaian restoren fast food yang bayar gaji paling hampeh dalam Malaysia ni adalah rangkaian restoren Dari QSR berhad... iaitu KFC, Pizza Hut dan RasaMas, zaman aku dulu gaji baru RM3.50 sejam.. korang bayangkan lah... sedangkan Macdonald, Nandos, Kenny rogers dan lain2 boleh bayar RM5.00 - RM 6.00 sejam.. sebab tu turn over pekerja kat KFC dan Pizza Hut tinggi.

Dah la bayar sikit, lepas tu takda istilah double pay kalau kerja waktu cuti umum.. atau extra hours...bila tanya Restoren Manager (RM) nanti RM cakap pekerja partime tak layak double pay..siapa cakap tak layak dapat double pay? mengikut akta buruh, sesiapa sahaja bekerja masa cuti umum layak dapat double pay tak kira la pekerja tu kerja part time ke, ikut shift ke, over time ke, hape ke.. mesti bayar double pay, kalau tak percaya boleh semak akta buruh.

###########

Kesimpulannya, korang tau kenapa banyaknya berlaku penyelewengan hak hak pekerja dalam industry restaurant dan Fast food nih? sebabnya

1. Sebab Manager Branch Restoran terima beban yang sangat besar dari HQ untuk control cost, jadi kadang2 restoren melakukan kesilapan macam ayam tak laku, pizza doh basi, pinggan mangkuk pecah banyak sangat, duit short dan collection tak sampai target, so diorang manipulate la the last frontier! apa lagi yg tinggal untuk di manipulate selain dari gaji staff.. hal ni la yang buatkan penyelewengan gaji dan hak2 pekerja berleluasa..dan merana.. pekerja partime yang miskin semakin miskin.. sebaliknya Manager kenyang....

2. Pekerja Part time takde kesedaran dan pengetahuan pasal hak-hak pekerja, sikap acuh tak acuh dan sambil lewa... malu untuk mempertahankan hak sendiri dan ada jugak yang bodoh sombong.

3. Diaorang (majikan & Manager) mengamalkan polisi 'take it or leave it' kepada budak-budak hingusan yang baru nak belajar pengalaman mencari kerja, diorang tau yang datang mintak kerja adalah budak2 yang terdesak nak kerja sementara tunggu result spm..atau cuti sem ... so management Fast food ni eksploitasikan kelemahan dan kesempatan yang ada...

"Korang nak kerje...kerje, taknak kerje korang boleh blah, banyak pulak songeh itu lah ini lah.. korang ingat ni company bapak korang???"

Cuba korang jawab mcm ni...

"Memang la cik, company ni bukan bapak saya punya, tapi cik kene ingat, company ni bukan bapak cik punya jugak...tapi takpela cik, walaupun bapak saya takda saham dalam company ni cik, tapi bapak saya kerja pejabat buruh....I see u in Court!!!... nanti tunggu lawatan pegawai buruh ye cik"

Atau.....


"Jangan bimbang la cik, kalau pegawai buruh tak datang sebab dia tak amik berat.....cik kena ingat jugak... Hal syurga, neraka, pasal dosa pahala tu antara hal cik dengan Tuhan....kalau Tuhan ampun dan bagi rahmat Insyallah kita ke Syurga akhirnya...tapi Hal HAK saya yang cik dah selewengkan dan tindas tu antara cik dengan saya...kalau saya tak halal, encik tunggu la kat padang Masyar nanti. itu pun kalau cik percaya lagi la yang Akhirat tu wujud..kalau cik jenis orang tak beriman...tak dapek den nak nolong!"

Sekian untuk kali ni, kalau ada penambahan di masa depan, aku akan sambung lagi... semoga kita sama-sama dapat sedikit penambahan ilmu dan kebaikan dari pembacaan kita dan penulisan saya...saya bukan orang pandai, cuma saya pernah alami..tu je...

P/s Budaya TIPS sangat tidak diambil berat di negara kita, jika waiter menerima TIPS di negara kita ibarat jumpa jongkong emas tepi jalan, sebaliknya Budaya TIPS di negara barat sudah jadi kewajipan...dalam range 5-10% dari jumlah bayaran akan di berikan kepada waiter untuk menghargai layanan baik mereka...
TIPS = To Insure Proper Service

March 20, 2011

Muslihat Majikan Restoren Terhadap Partimer PART 1

Assalamualaikum....
Kali ni aku nak cerita edisi muslihat lagi, sebelum ni aku ada ceritakan pasal muslihat peniaga di lowyat kat SINI...dan Muslihat Kaunter Perfume kat SINI.....jadi apa pulak isu yang nak aku ketengahkan kali ni? isu tikus dalam kfc? isu doh pizza basi? muslihat cas bil lebih? tak tak.... aku nak kongsi pengalaman dari aku sendiri tentang majikan Fast food yang membuli pekerja2 mereka....sebelum aku masuk ke isu utama, aku akan ceritakan sikit pendahuluan..

Aku kerja Partime kat sini masa musim cuti semester Uitm..standard cuti sem dalam 3 bulan, masa tu aku dah bosan nak kerja dekat Mersing, so aku balik ke rumah sewa aku di Shah Alam dan kerja sebagai pelayan/bartender/steward dekat Pizza Hut bersama2 dengan Chewe dan Sobri. Kerja okeyla seronok, kawan2 kerja pun seronok, dapat makan pizza staff's meal hari2... Manager dan Assistant manager pun baik dengan aku....tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari....

Tak sempat aku habis kerja 3 bulan, aku dapat panggilan kerja sebagai Pegawai pengiring atau Liaison Officer untuk Pemuzik2 dari seluruh dunia yang berkampung dekat KL dalam ISME KL.....tapi sebabkan aku nak berhenti cara baik aku pun served notis berhenti kerja seawal 2 minggu, walaupun sebagai partime aku tak perlu buat macam tu pun. tapi sebabkan aku nak berlaku baik, taknak manager terkejut dan terkial2..aku buat jugak atas dasar Good-willing... masa proses nak berhenti ini lah mulanya muslihat2 ni terbongkar....


Caruman di dalam KWSP atau EPF telah digazetkan di dalam akta Buruh oleh Kerjaaan, jadi hak anda mempertahankan Caruman itu tidak boleh dipertikaikan oleh Majikan anda.

1.Gaji aku dalam Payslip menunjukkan telah dipotong untuk KWSP / EPF tapi bila check tiada caruman dilakukan...


-Disebabkan bapak aku pernah jadi majikan, jadi bapak aku selalu sangat dengan urusan KWSP staff dia, so dia selalu advice aku pasal hak-hak pekerja..bila dia tengok Payslip aku, dia tanya ada tak cek kat kwsp? ada carum tak... bila aku cek, rupa2nya tak pernah ada akaun pun, borang KWSP yang aku isi masa mula2 awal kerja, manager tu tak pernah submit pun dekat KWSP.. sebaliknya hanya diperam dalam office... kenapa jadi macam ni?

Sebabnya, kemungkinan manager ni taknak susah2 uruskan KWSP..sebab dia beranggapan bahawa Partimer ni selalu berhenti kerja cepat, Partimer jugak selalunya orang yang tak berpelajaran tinggi, tak terdedah dengan pengalaman kerja & hak-hak pekerja dan tiada pengetahuan dalam mempertahankan hak mereka...Part timer jugak selalunya budak2 baru lepas SPM...kerja suka2 isi masa lapang... dia fikir budak2 ni takda la amik berat pun pasal KWSP... jadi diorang ingat diorang takkan tertangkap dan tak pernah menjangka benda ni boleh jadi besar.

Bila aku dapat tau pasal gaji aku dipotong tanpa dicarum, aku pergi bersemuka dengan Restaurant manager tu...

"Kakcik, saya nak tanya sikit boleh tak kak? kenapa dalam payslip saya ni ada tulis gaji saya dipotong untuk KWSP, tapi saya cek kwsp.... jangan cakap carum...akaun saya pun akak tak bukak?


"Erm...ala biasa la tu Zul, ko dah cek betul2 ke dengan KWSP? tah tah ko salah cek kot"


"Apa pulak salah, saya dah cek dah, takkan la saya bodoh sangat sampai IC ngan nama sendiri pun taktau kot kak"


"Takpe ar, nanti akak cek balik, tapi setahu akak, budak partime mana ada carum KWSP.. budak permanent je potong EPF"


"Oh macam tu. akak betul2 yakin ke ni taknak setelkan masalah saya ni? saya dah bincang elok2 dengan akak ni, jangan nyesal lak nanti kalau saya bawak isu ni ketengah"


"Kau nak report mana? gi ar report..suka hati ko la zul"


Esoknya, pukul 8 pagi aku pegi HQ dia dekat Jalan Sultan Ismail, aku naik kat HR department, aku jumpa dengan Manager HR region...mula2 dia hantar assistant dia je, tapi aku tak peduli, aku nak cakap dengan manager dia jugak..last2 dia mengalah, manager dia keluar jugak jumpa aku...

"Ye dik, ada apa masalah?"


"Takda ni ha, saya nak buat aduan dekat Puan ni, pasal masalah penyelewengan gaji saya oleh salah satu branch awak, dalam Payslip saya tunjuk saya punya gaji kena potong EPF, tapi saya cek EPF, jangan kata carum...akaun pun takda"


"ermm...entah2 adik ni Partime kot, kalau partime mana ada kena potong Epf dik"


"Takyah la akak nak pusing sana, pusing sini lagi, akak tau, saya pun tau... akak ni manager HR, janganlah cakap benda yang buat akak nampak mcm tak pandai...bukan ke semua pekerja wajib dibayar EPF? tak peduli la dia kerja sebulan ke seminggu ke"


"ermmm ermmm..ermm....err..ngaaa..err.."


"Lagipun, kalau betul akak cakap saya tak layak dapat caruman EPF, yang company ni potong gaji saya dalam payslip ni pulak buat apa? yang tulis potong KWSP dalam ni apa pulak? nak masuk tabung khairat kematian? bukan sikit, RM25.00 tu... tu tak kira sumbangan majikan lagi...ni baru saya sorang yang tau pasal ni dan buat aduan...tah berapa ribu partimer yang korang dah tipu kan??? berapa juta pulak korang songlap dari carum duit EPF ni kan?"


"sabar dik, sabar dik... er..er.. kami bukan tipu EPF, duit adik ada dalam tabung kami, adik dah bukak akaun KWSP? ada no ahli tak? meh akak wat caruman...."


" NO ahli apa? saya dah isi borang epf masa mula2 masuk kerja, tapi last2 tak submit jugak, bila tanya, takda no ahli mcm mana nak carum? habis tu mana nya no majikan? meh saya boleh bukak akaun sendiri, bukan susah pun....tabung konon..tabung apa? dah la tak carum duit orang satu hal, korang makan lagi duit staff korang... tanggung la korang kat akhirat nanti"


Lepas tu dia terus call Akak manager Branch tu...membebel 15minit dekat dia, ngamuk2 marah Kak Chik depan aku....pastu dia suruh aku balik ke restaurant sekarang untuk selesaikan hal bukak akaun kwsp...

"Okey akak, saya bagi masa 2 minggu je dekat company ni, kalau 2 minggu saya check takde caruman dalam KWSP saya, saya akan lapor dekat Labor Office dan KWSP"


Lepas aku dah bagi copy payslip dekat Manager HR tu..aku balik dan confront pulak manager Rest. Lepas dah bertekak semua, selesai la masalah aku... seminggu lepas insiden tu, aku check kat KWSP..dapat la caruman aku sebanyak RM74.59 ... :) tapi masa aku confront dengan manager restaurant tu..memang merah padam la muka dia, sampai mengamuk2..cakap kenapa pergi HQ.. haaa kan aku dah warning awal2... tapi dia yang degil..nasib la... dengar cerita..sebulan 2 lepas kes tu.. dia berhenti...kesian.

Jadi pengajarannya, korang yang kerja partime dekat mana2 fastfood tu kena alert, jangan senang2 kena buli dengan majikan, jangan diperbodohkan, hak-hak sebagai pekerja kena tahu, dan jangan sambil lewa.. jangan ambil mudah...menjaga hak sendiri adalah salah satu kualiti untuk menjadi lebih matang dan berpengetahuan...tapi yang aku sedihkan ada pulak kawan2 aku yang memperlekehkan hal-hal macam ni....

"Hek Eleh Zul.... Kecoh arr... benda kecik macam ni pun nak kecoh2...setakat kena potong 20 ringgit tu.. bukan banyak pun...Bodoh siot... rilek ar...chill.. Kakchik tu baik ar.. dia selalu belanja makan ciken wing.. hal kecik mcam ni pun nak kecoh" (kutuk2 aku sambil sengih2 gelak dengan kawan2)

Ataupun ada juga orang yang macam ni

" ErrRrRrrr.... ko nak pergi report kat HQ ke? ala.. aku segan la.. takpe laaa... benda kecik je ni..kira halal je la.. aku segan arr Zul"


Ini bukan hal kecik tau, kalau sorang partimer dia boleh swindle RM40.00 sebulan, kalau 10 staff dah RM400.00 sebulan, kalau 100 branch? darab dengan 12 bulan? berapa dah dia burn duit staff? tak ke RM 480,000 setahun??? 10 tahun...RM 4.8 juta, ingat.. tu bukan duit diorang atau duit EPF tau.. itu duit gaji kita.. dia potong dari duit titik peluh kita susun dan lap meja, setting pinggan mangkuk atas meja.. layan customer, basuh pinggan.. lap gelas, basuh water dispenser ngan angkut sampah berguni2 tiap2 malam masa closing.... bukan allocation dari duit diorang...

Allocation dari diorang pulak lain, sumbangan majikan pulak 12% dari gaji korang.. kalau gaji korang RM 400.00 maknanya dia dah save RM48.00.... (the rest korang leh buat calculation sendiri berapa banyak dia dah save) Ni hal kecik lagi ke? jangan jadi malu tak bertempat dan segan masa mempertahankan hak sendiri...ini yang membezakan samada kita ni jenis manusia yang berprinsip atau tak, matang atau tak & bermaruah atau tak.....

So kesimpulan?


1.Setiap pekerja Chain Restaurant dan Fast food contohnya Pizza Hut, KFC, Macdonald, Kenny rogers, Nandos, TGI fridays dan macam2 lagi la...mempunyai allocation dalam memberi potongan EPF / KWSP tidak kira lah partime ke, partime permanent ke, Fulltime, Manager, waiter atau sapa saja la.. sesiapa yang berstatus pekerja adalah wajib mendapat hak caruman KWSP...

2. Jika gaji anda didalam payslip menunjukkan terdapatnya potongan, anda secara automatiknya telah diperakui sebagai pekerja yang telah dicarum oleh majikan.

3. Jika anda dianiaya macam ni, anda boleh buat aduan di Ibu Pejabat syarikat berkenaan, jika tiada apa2 tindakan..panjangkan laporan ke Pejabat Buruh dan KWSP... cc kan laporan anda ke HQ berkenaan juga.

4. Sentiasa simpan salinan original payslip / penyata gaji anda, jika majikan meminta payslip yang telah sah sama dengan gaji yang anda terima, jangan bagi...anda mempunyai hak untuk bagi photostat copy sahaja.

5. Cek KWSP anda setiap bulan dan pastikan terdapat caruman daripada gaji anda iaitu 11% dan sumbangan majikan sebanyak 12%.... jika tidak ada, anda boleh bagi peluang selama 2 bulan kepada majikan anda, jika tiada tindakan...anda berhak membuat laporan kepada pejabat buruh.

6. Jangan malu tak bertempat dan terikut2 kawan anda yang suka memperlekeh anda.. tak untung pun ikut diorang..anda tidak akan nampak poyo jika mempertahankan hak sendiri... sebaliknya orang yang membiarkan Hak sendiri dipermainkan adalah orang yang bodoh.

Sampai sini saja untuk kali ni... nanti aku sambung lagi kat PART 2 pulak.

P/S Pizza Hut, Nandos, Kenny rogers, TGI friday dan seumpanya bukanlah Fast Food Restaurant, sebaliknya adalah di dalam category Waited Table/ table served & Theme Restaurant...sebab diorang tak terima order di kaunter dan serve makanan dengan cepat.

March 18, 2011

Nostalgia : Sebat dan kurung dalam jamban

Assalamualaikum...

Berbalik kita kembali ke mode nostalgia bersama abang ikar..... :) sambil aku menyelusuri memory lane yang masih bersisa dan berbaki, aku berusaha membayangkan memori lama ibarat projector menayangkan kembali wayang2 lama.. bak kata kawan aku Sobrie Said.. Ibarat wayang pacak lengkong...

Tadi aku balik, park kereta, aku tengok budak2 dekat jalan rumah aku main basikal sambil berlumba2, terus aku mengimbau kenangan di rumah No57 Jalan Kenanga.. Surat cinta sudah, Abang tipu pun sudah, kisah berniaga pun sudah, kali ni apa yang aku nak kongsi ngan korang lagi? kali ni aku nak kongsikan kisah-kisah rotan, hukuman dan denda yang aku pernah terima dari mak bapak aku masa kecik2 dulu...bila aku fikir2kan balik..aku sedar yang hukuman mcm ni la yang telah mencorakkan kehidupan dewasa aku...betul kata bapak aku, anak2 ni kalau dimua-muakan sangat nanti dia naik lemak, pijak kepala...tapi kalau asyik belasah je ikut suka hati.. budak-budak nanti jadi keras hati dan tak makan saman pulak. Jadi gabungan antara faktor ketakutan, malu dan sakit bisa mendewasakan.....nak tau kisah dan jenis hukuman yang aku pernah terima? jom...jom semua masuk dalam laci ni.... Mesin merentas maasaaa!!! (korang imagine konon2 masuk laci dlm bilik nobita tu la ye)

1. Kurung dalam jamban

Haha, ni kes betul2 nostalgia ni, kurung dalam jamban ni dipelopori oleh mak aku, aku pun tak tau mana dia dapat idea kurung dalam jamban ni, tapi hukuman ni aku perasan bila kenang-kenang balik dijatuhkan kepada sape2 yang suka kacau adik-beradik sampai nangis ngobak...atau pun dikenakan kepada siapa2 yang suka menangis/meragam tak berhenti takde sebab.



Sekadar Gambar Hiasan..Bukan jamban jenis mcam ni yang aku kene kurung, tapi jamban moden sikit, yang jenis dalam rumah tu..tapi masa aku duduk Kampung Jawa Klang, jamban mcm ni la kami guna pun...


"Maaamaaaaa....tengok la Abang Ikar nih... dia kan.. dia buat juliaaaaa.. UuUUuWwwAaa!!!"

"kamu ni Ikar, kenapa buat adik kamu? kamu nak kene kurung dalam jamban ke? kang mama kurung dalam jamban kang.."

Sambil tarik tangan aku acah2 nak bawak masuk jamban...aku pun apa lagi, terus memberatkan badan, melemahkan kaki, dan menjatuhkan badan ke lantai dengan harapan kepayahan mak aku nak seret aku..membuatkan dia berputus asa nak meneruskan hukuman kurungan...hahaha..tapi...tak dapat de jep!!!!....memang mendapat aku duduk dalam jamban tu setengah jam... bosan gila duduk dalam jamban tu..

Hukuman ni, takda la bagi efek apa pun kat badan dan kesihatan..tapi dia bagi efek dari segi moral dan mencetuskan panik melampau, takut kena kurung..kalau tak kuat semangat nanti dah besar boleh jadi claustrophobic tau....tapi aku tak takut sangat pun kene kurung dalam jamban ni, cuma 1st, 2nd time aku takut gila la... bila dah lama2 dah tak takut dah..tau sebab apa?

Sebab jamban ni bersambung dinding dengan bilik air aku, belah zink kat atas tu ada ruang besar jugak la.. so, bila dah besar2 sikit aku boleh panjat dinding tu, aku pijak kepala paip..pastu panjat dinding tu, aku keluar ikut bilik mandi.. pastu terus gi lepak main nyorok2 ngan Amy Aji..cuma kalau nasib tak baik, boleh jatuh bedebab kat bilik mandi bila lantai licin..bila dah jatuh, mak aku dapat tau.. memang kene hukuman macam tahanan perang la... Piappp piaapp..dapat dua tiga liang rotan kat betis... Kadang2 aku rasakan ekspedisi melarikan diri dari jamban dah macam scene cerita rambo pun ada.. hahahaha... :)

Bab kene kurung Jamban ni, aku paling respek abang aku la, hati dia cukup kering, dia kena kurung, dia tak nangis, tak kelam kabut, tak serabut2...tak cuak pun... dia rilek je... pastu bila malam nak tdo kat bilik aku tanya la dia :

"Karnain..Karnain tak takut ke kene kurung kat jamban?"

"ala, nak takut ape? bukannya sakit pun..nanti lama2 mama bukak la...bukannya lama pun.."

perghhhh.. hati kering...tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan..(eh ade kene dengan situasi ke?)

2. Rotan sambil turut kat padang permainan...

Inilah hukuman yang paling aku takut sekali, uisshhhh memang takut la woiiii.......bukan apa, takut sebab hukuman ni kombinasi dari bermacam2 efek yang akan meleraikan pertahanan egois seorang budak nakal....

Kombinasi Sakit...Malu...panik...gerun....kelam kabut....ishhh semua ada lah...senang citer mcm org2 moden cakap la "sakit dapat, malu pun dapat".. kami ni especialy 4 orang sekawan.. aku ngan abang adik beradik, dengan amy dan aji adik beradik, kalau dapat main kat Taman Jasa.. memang tak tau nak balik...selagi tak kena turut.. selagi tu la macam monyet terkinja2 kat Padang permainan tu... tapi literally memang monyet pun sebab kami suka main dekat 'monkey bar' dan palang2 besi kotak2 susun mcam ala2 piramid tu....


Inilah Padang permainan Taman Jasa yang dah tinggal sejarah, 'Monkey Bar' ngan palang besi petak2 piramid tu dah takda...dah dialihkan sebab karat teruk...tinggal padang dengan gelung simen tu je.,.. :(


Kami suka main kejar2 kat palang tu, undang2 dia best, memang adventure.. main tak boleh pijak tanah kecuali 5 saat untuk balik ke 'rumah' ...kalau balik 'rumah' orang yg jadi tak boleh sep... kalau kat palang2 besi tu boleh sep, kalau taknak kena sep kena duduk..tapi dengan syarat duduk kat bahagian berkayu (platform) je. Bila semua yang kena kejar dah duduk... yang 'jadi' akan kira sampai 3, sapa yang paling lambat bangun..dia pulak yang kena 'Jadi'

Yang best main ni, sapa 'jadi' kalau tak kuat semangat boleh lengit wei.. tapi kami 4 orang satu kepala sebab takda sorang pun antara kami yang kuat lengit...sapa2 budak baru nak join geng kami kena ade syarat. tak boleh cepat lengit!!!hehe

Berbalik pada hukuman rotan sambil turut ni.... bila kami dah leka, pukul 7.00 mlm tak reti nak balik lagi, nanti akan kelihatan satu lembaga dari jauh....dengan mengayuh basikal Raleigh berbakul kaler hijau pekat..berkain batik...berbaju tshirt...dengan ranting pokok rambutan di tangan...datang dengan penuh kegagahan dan istiqamah yang tinggi.. bak pahlawan berkuda di medan perang, mengacu-acukan Ranting pokok rambutan di tangan ibarat pahlawan menghunuskan pedang Damsyik!....

Dan dengan imej kegerunan yang melampau itu.. maka dengan tidak semena-mena kedengaran la tempikan gempita bak halilintar membelah kesunyian desa nan permai....

KaaaaaaRRrrrrnain......Ikkkkkkaaaarrr... kamu baaalik...dah malam buta macam ni tak balik lagi ye..jaga kome.. jaga kome......BAAAAALIIIIKKKKKKKK!!!!!...

Kekuatan suara hampir mencecah 40 desibel....dan kenyaringan hampir mencapai frekuensi kelawar terbang malam...maka dengan tidak semena-mena semua budak2 yang main kat padang tu berpaling pada mak aku secara serentak.... macam sekawan arnab melihat rubah kutub datang menerkam...aku dengan penuh semangat kombet-kombet memainkan peranan aku sebagai siren/semboyan kehormat...

Karrrnaaaaainnnn... MAAAAMAAAAAAAAAA!!!!!!!.... Caaaaabutttt.. woi woi belah woi.........

Tanpa diskaun...tanpa toleh ke belakang, tanpa penyesalan dan tanpa segan silu..aku ngan abang aku memecut bak Watson Nyambek.. menyusup di celah2 parit dan longkang, kemudian lari tanpa sedikit pun rasa mengah...menyusup denai2 rumah pakcik jalan Kekwa dan Melur.. melalui reban2 ayam... melintasi angsa yang garang tanpa hairan.. matlamat kami????

Matlamat kami hanya untuk menghindarkan dari mendapat malu dirotan di tengah2 Pandang Permainan.. kena rotan kat rumah apa ada hal? biasa la budak2 kene rotan, 5minit pastu ilang la sakit.. tapi ..tapi tuan2..malu dirumah nampak parutnya...malu di padang permainan siapa yang tahu??? wei jangan main2 wei... malu woo kalau masa kecik2 kene turut ngan mak kat tempat main.. mau seminggu kena ejek kat kantin sekolah...

"hahaha..wei hari tu ko kena kejar ngan mak ko kan kat Taman Jasa? tu la ko...main tak ingat nak balik wakakakakakakakkaa......."(gelak macam tiada hari esok)

"weiii zul...hari tu aku tengok macam ko kene kejar ngan mak ko je kat Taman Jasa? amcam? best tak?" (agak2 korang malu tak kalau awek korang usha kat sekolah cakap mcm ni?)

"haha.. dah tua-tua pun kena kejar ngan mak lagi, ape la ko zul..kata terer sangat!!!!wahahahahahawahab.." (Mustapha kamal anak makcik kantin - 9 tahun)



Raket Yonex Carbonex....Ohhhh Reket Yonex Carbonex lapan.. sungguh enak walau hinggap di betis saja... owhhh Reket Yo0oo0onex...Sungguh Enak walaupun di betis saja (korang baca ni mcm lagu iklan gardenia tu ye)

Haaaa ayat2 kat atas tu la yang taknak dengar tu... bukan sakit yang dihiraukan.. tapi malu yang tak bertepian...tapi aku ngan abg aku masih memegang rekod cemerlang sepanjang abad.. kami belum pernah kena sebat kat Pdg permainan tu...mak aku gagal dalam misi beliau..hehe...sebab nya aku menjalankan tugas sebagai semboyan kehormat dengan cemerlang sekali.. dari jarak 200 meter aku dah perasan dah mak aku.. tapi...sayang seribu kali sayang...di manakah harus ku sembunyikan diri ini masa kat rumah? tadah je la betis..kena sebat dengan Reket YONEX carbonex 8...hahahahahahahahah....sakit tapi sengih.. sengih sebab takda kawan2 yang akan gelakkan aku kat sekolah esok.. :) mission accomplish!!!

P/s yee... Mak aku garang, tapi aku paling sayang mak aku, kalau tak sayang takkan aku nangis bila abang aku tipu mak aku balik kampung kan? hehehehe

*Gambar jamban diambil dari google, aku nak bagi credit tapi aku taktau sumber primary, banyak betul guna gambar jamban tu....Tuan Gambar jamban.. aku pinjam gambar ko ye..


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...