January 31, 2011

Antara Pilihanraya Dun Tenang dan Penubuhan Blog GPK

Assalamualaikum

Kepada semua kenalan blogger dan kepada kawan2 rapat aku, dan kepada juga kenalan2....seterusnya pembaca yang dikasihi...aaaiiiii dah macam wakil rakyat nak bagi ucapan pulak...

takpe, ni namanya menaip sambil diresapi Mood pilihanraya kecil DUN Tenang....tadi dengar berita pukul 12.30 pagi, Barisan Nasional menang dengan majoriti 3ribu lebih mengalahkan Cikgu Mala.. wakil dari Parti PAS...ini adalah peningkatan Majoriti pengundi kepada BN..Tahniah kepada yang menang iaitu YB Tok Ai... (mcm mane dia boleh dapat nama Tok AI??? nama dia Azhar Ibrahim ..mana pulak datang Tok AI tu???,)

Skrg dah menang boleh start buat kerja, esok dah boleh jenguk rumah pengundi anda yang banjir.. sampaikan sumbangan.. gerakkan pemuda, puteri dan ahli UMNO Dun yg anda wakili untuk tolong angkut barang, pindahkan org, masak nasik kawah, menggulai sardin menggoreng ikan masin...

Kepada yang kalah, Mungkin anda boleh berusaha di lain masa, mungkin Khidmat anda tidak diperlukan di kawasan tersebut.. mungkin Khidmat Cikgu Mala lebih diperlukan sebagai pendidik, mendidik anak bangsa agar menjadi bangsa yang berguna di masa depan... tak menjadi penipu dan pembohong...ye laa.. siakap senohong gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 tercucuk duri...ehhh mcm tak kena je ... bercakap bohong lama2 mencuri...haaa baru kena... mencuri apa? mungkin curi duit, curi suar jeans yg jemur kat ampaian (org indon panggil maling jemuran..hahahahah)..curi kasut kat masjid takpun curi MC.... huhuhuuu...apaaaa?? curi MC?

Teringat aku zaman sekolah menengah dekat sekolah Sri mersing, ada kawan sekelas aku kena tangkap dengan cikgu displin dan pengetua sebab kes curi surat MC dari Hospital Daerah Mersing... budak ni punya kepala cerdik.... dia curi Borang MC kat meja doktor... masa doktor tu tengah pusing ke lain. dia pergi cop surat2 MC tu... pastu dia sain sendiri...haha, belum habis PMR tapi dah boleh sain MC mcm doktor pakar pulak.... laku pulak tu.. laku la sebelum Pihak hospital buat laporan.. kah kah kah.... lawak betul...(mesti si Zulkifli ingat kes ni) kawan aku tu dah jadi ape tah skrg, mungkin engineer kot, takpun jadi suami wakil rakyat??? hahh?? ada kene mengena ke? uiiikk??? melalut dahh... sorry2... berbalik kepada tujuan utama...


Di kesempatan Entry ni, aku nak mengucapkan Tahniah kepada sahabat aku Zulkifli sa'adon @ SM Banjamin selaku presiden dan founder Group Gerila penulisan Kreatif di Facebook kerana telah berjaya menubuhkan Blog Gerila penulisan kreatif, anda boleh menjenguk di web ini

http://gerilapenulisankreatif.blogspot.com

Apakah benefit yang anda akan dapat dari masuk dan Follow blog ni? benefit utama mungkin blog anda akan layak di review secara pro bono (percuma) tanpa apa2 kontest dan bayaran... hanya perlu join group Gerila Penulisan Kreatif di Facebook... dan kemudian follow http://gerilapenulisankreatif.blogspot.com

Anda Hanya perlu sediakan blog sebiji!!! betul ke imbuhan yg digunakan? ke sebuah blog? atau sehelai blog? sebuah la kot... okey... anda perlu sediakan sebuah blog, dan kemudian mari kita ramai2 menulis tanpa rasa terikat dan terkesima.. tulis apa yg hati anda rasakan...

Berkongsi Rasa Hati tidak perlukan juri!! Hanya baca dan selami rasa hati ini.

P/s bagi yg belum biasa...perkataan yg gelap kat atas tu.. kalau anda nak ke website tersebut, anda hanya perlu klik sahaja di tulisan gelap tu.. takyah taip balik adress atau korang pegi google lak...(aku tau aku mcm mak nenek, benda mcm ni pun nak ajar, tapi kenyataanya ramai yg sebenarnya taktau kegunaan hyperlink ni...yg dah terer internet atau blogger sila abaikan pesanan ni ye :) peacee)

Psstt : malam ni tulisan aku berunsur gedik bagi mengimbangi ketegangan blog2 politik yang rakus menghentam result yg keluar waktu ni :P ..hehe

January 30, 2011

Perjalanan hidup Aku sebagai Penghijrah Bab 5

Assalamualaikum...

Sambungan dari Perjalanan hidup Aku sebagai Penghijrah Bab 4

Menerobos sejenak ke dalam benak fikiranku, mencari saki baki memori yang mungkin bersisa, berjenuh aku menguak lumpur2 dan semak2 ingatan yang tidak bererti hanya untuk mencari memori tentang perjalanan hidup aku sebagai penghijrah... terlalu banyak kisah hidup yang aku masih dakap erat, namun untuk aku memilih peristiwa yang memberi erti bukan hanya padaku namun kepada pembaca yang berkemungkinan berminat untuk memahami dan menyelami apa dan siapa yang membentuk diri aku waktu ini...

Okey cukup dengan olahan bahasa bak dewan bahasa dan pustaka atau buku teks sastera tingkatan 4... pada bab yang lepas aku masih lagi cerita berkisar tentang kehidupan aku di Kg sungai Tua Baharu.....Chooopppp!! sebelum bergerak lebih jauh... dilema ini harus diselesaikan dulu... BAHARU, BARU, BHARU atau BAHRU???? nanti aku akan buat satu entry khas tentang dilema BARU....

Ok jom kita kembali ke tahun 90 an atau lebih tepat lagi tahun 1991- 1995... kenapa aku bahagikan hanya dari tahun 91-95??? sebab sampai tahun 95 je aku duduk di rumah kesayangan di jalan kenanga, kemudian kami sekeluarga pindah ke Bandar baru selayang....

Aku rasa masa ni sesuai tuk aku cerita beberapa peristiwa yang sekali fikir je, aku terus teringat zaman kecik... iaitu SUNAT.... Berkhatan.....aku bersunat masa umur aku 9 tahun nak masuk 10tahun... aku ingat lagi, masa tu cuti sekolah darjah3 nak masuk darjah 4.. aku sunat dengan abg aku dan seorang lagi kawan budak kampung, aku pun dah lupa nama dia, tapi mak dia cakap nak tumpang majlis sunat kami nak masukkan anak dia sekali...nama makcik ni makcik som.. makcik som jual nasik lemak.. nasik lemak dia sedap sangat, aku suka makan nasik lemak makcik som, sepanjang aku kecik duduk dekat Kg sungai Tua, aku banyak sarapan makan nasik lemak makcik som, boleh kata hari2..kecuali hari sabtu ahad .. sebab sabtu ahad abah akan bawak family makan Roti canai JKR tepi jalan kampung Nakhoda....takpun, kami anak beranak bangun lambat sampai nak tenghari. jadi takda la sarapan...bangkit terus tunggu lunch je la...

melalut lagi, Maaf.. ok berbalik pada cerita Sunat. Masa Kami sekeluarga duduk dekat Sungai Tua, tak dinafikan bapak aku dapat banyak rezeki melimpah ruah.. bapak aku naik pangkat lagi.. jadi Factory division manager... dengan pangkat tu, bapak aku entitle untuk Kereta syarikat, bilik opis sendiri dan elaun apa tah... jadi bapak aku pun berniat utk menjamu org kampung dan sedara mara makan lambang berkongsi kesyukuran..jadi datang la Idea kenduri sunat yang Grand....

Memori yang terpahat, masa kenduri sunat ni, Mak bapak aku siap buat pelamin, atas platform pelamin tu ada bantal besar bersarung kain satin ropol2.. ada 3 bijik... kami bertiga duduk la kat atas tu mcm pengantin... dengan baju melayu berkilat siap ngan sampin semua bagai. tak silap aku khemah Zin 2 khemah naik....tumbang lembu seekor, panggil opah ngan atuk dua2 belah...sedara mara... semua datang dari ipoh, stay rumah aku dekat nak seminggu. rewang kat dapur dengan padang tempat kami main bola sepak tu punya la havoc dah mcm kenduri kawen.. aku pun tak paham masa tu, kenapa bapak aku beriya nak buat majlis besar-besaran mcm tu... yang aku ingat aku ada tanya kat abah...

aku: apsal abah buat kenduri meriah sangat ni bah? sunat je pun....

Abah : abah nak buat sebab nak sekalikan bayar aqiqah kamu dengan abg kamu, masa kamu kecik2 dulu abah tak sempat nak buat....sekarang ada rezeki lebih sikit, abah buat la...lagipun kamu adik beradik buat sekaligus.. baru syok buat kenduri mcm ni...

Peristiwa yang aku tak boleh lupa masa kenduri ni, ada la pakcik2 kat kampung tu.. jiran2 jalan kenanga la.. ada pakcik Rahim, bandut ngan ramai lagi la... hahaha.. petang diorang rewang2, senja rehat, malam sikit diorang sambung rewang masak nasik minyak ngan lauk2 sikit... lepas rewang, sambil diorang bancuh Teh tarik dgn kopi dalam Tupperware Jug besar tu... diorang lepak kat khemah tengah2 malam... ada la sekor yang kepala hantu.. diorng bawak keluar TV dengan video tape player... mula2 diorang pasang Wrestling... dah bosan diorang pasang Dangdut.. agak2 dah nak pukul 1 pagi.. diorang gi pasang Citer BLue... cissss... habis kene hambat semua pakcik2 tu ngan bini diorang.. menggelupur tarik TV masuk umah balik...hahahahaha.....diorang ingatkan bini diorang sporting sebab kenduri kawen gamaknya... taaapi....... "tak dapek de jepp" bini diorang rupanya mmg dah agak acara menonton wrestling dan dangdut tu akhirnya akan ke filem berkaler Biru jugak akhirnya... huhuhuhu....

Esoknya, hari sunat yang ditunggu2.. belum sunat lagi, masih lagi pakai baju melayu kilat2..tak salah aku masa tu aku pakai baju kuning cair kilat rasanya....masa duduk atas pelamin tu... adalah persembahan Marhaban dengan Berzanji...marhaban ni bukan calang2... mama ngan abah sanggup berhabis charted (sewa) bas khas dari ipoh, bawak sedara mara dan group marhaban dari kampung Tengku Husin...hahaha... group marhaban ni diketuai oleh Opah aku..atau kami adik beradik panggil Pah Lamah....singkatan dari Opah.. Selamah....Masa ni pun aku tak boleh lupa... orang2 tua ni kalau marhaban, bila dah naik syeikh... diorg mula lawan2 suara sape paling nyaring.. paling dominant..ayat mudahnya.. berlawan2 sapa paling sedap nyanyi marhaban la...mula2 marhaban tu sedap.. merdu je... lama2 bila semua dah melawan2 merhaban tu dah jadi nyaring dengan suara makcik2 dan nenek2... mcm mane ye aku nak describe suara diorang... bunyi mcm mak2 dodoi anak2 tdo dlm buaian + jerit mcm kejar pencuri + suara orang azan kot.... senang cerita, korang datang jumpa aku lepak minum teh tarik, aku buat suara merhaban tu mcm mana...

Lepas Marhaban, ada pulak berzanji, berzanji ni kira sapa yang power je boleh baca sorang2, sebab sape suara sumbang kantoi jadi tak sedap... sebab takleh nak cover2.. sorang2 je berzanji.. yang lain2 support masa hujung2 ayat je...mak aku selalu la menang pertandingan berzanji peringkat daerah..aku rasa aku pun leh gak berzanji kot.. hahahah perasan... berzanji apa...berkanji boleh....lepas dah selesai upacara merhaban berzanji semua... semua yg hadir dijamu makan kenduri... makan la sesedap2nya... sama la ngan aku...tak ingat apa dah...masa makan ramai2 ni la... Pakcik2 mula buat mitos dan cerita lagenda sunat ni...

" masa acik sunat dulu kan, ada kawan acik yang sunat dia punya burung tu liat... kami semua pakai pisau je... dia tok mudim tu pakai kapak... sekali dia kapak.. putus.. habis tinggal kontot je.." (sambil gebang sambil tangan menggagau nak raba burung kami)

"korang tau tak, esok korang sunat diorang pakai gergaji....kalau korang untung diorang pakai Chainsaw, cepat sikit sebab pakai karen... cepat ptong cepat la hilang sakit..." (sambil gebang sambil buat tangan gaya tengah pegang chainsaw tebang pokok balak..siap mulut muncung2 bunyi mesin.. weeeennggggg wereeeeeepppp.. graaaanngggg...weeeereeenngggggg!!!)

kami pun mengkrekot2 la ketakutan.. tapi sumpah aku ckp aku tak takut sgt..takut sikit je... :P , aku excited, sebab konon2 nak jadi paling awal sunat kat sekolah tu... masuk darjah empat nk jd lelaki dewasa la.. ye la lepas sunat dah boleh sembahyang saf depan kat dalam masjid, tak payah berkumpul lagi kat bawah tempat parking basikal masa semayang jumaat.. tak payah semayang atas tikar plastik gulung2.. x payah semayang sebelah keranda stainless steel lagi.. dah boleh sembahyang tempat simen.. ada kipas, redup, sejuk.... bila dah sunat jugak boleh ngorat budak pompuan dah... sebab bapak aku ckp.. sapa dah sunat dia dah besar.. dah boleh kahwin... hahahahahahahaha... (aku gelak masa taip ni) punya la aku dah start gatal masa kecik2 kan.

Masa tu kami bertiga pergi sunat kat Klinik Putra.. kalau aku salah nama klinik nanti aku betulkan balik... okeyla masa sunat tu tak la sakit mana pun..sakit masa cucuk jarum bius je kat bahagian yg malu2 nak sebut tu... bila malu2 nak sebut maka ditambah dengan imbuhan maka ia jadilah kemaluan....ehh betul ke teori aku ni?

lepas dah sunat tu, sambil keluar operation room tu. aku ckp.. "okey abah, dah siap dah, tak sakit pun" lepas sunat semua kami balik umah sambil makan aiskrim dalam kereta... memang la masa tu tak sakit.. tapi bila dah habis ubat bius tu... semua pandang muka masing2.. adehhh adehhh adehhh.. pedih bah...abah pedih....berdongdang sayang la kami dalam kereta masa tu...abah pulak.. menghayati keseronokan menggelakkan kami sambil menepuk2 stereng masa tu...

Bemula la episod berpantang, kain pelikat gantung dengan tali, sambil baring sambil buat muka macho mintak simpati, cuma boleh makan nasik dengan ikan bilis je... tah apa significant ngan logik nya makan mcm tu...yang aku tau, kena la makan ayam, ikan, daging.. sumber protein yang bagus bagi menggalakan penyembuhan luka...dan jugak buah2 dan sayur sebagai vitamin c untuk membantu tubuh merawat luka dan menjana antibodi yang kuat... tapi masa ni jgn pandai2 nak keluar fakta saintifik... nanti opah2 dan makcik2 akan berebut untuk mengeluarkan hujah dan cerita2 kisah hidup dan teladan... "kamu degil la Ikar....kamu nak.. kamu makan la.. nanti bentan baru padan muka kamu" okey aku serender masa ni... biarkan opah dan makcik menikmati waktu mereka untuk berseronok menjadi doktor dan bidan berpengaruh seketika.. bukan lama pun.. 2 , 3 hari je... esok lusa semua dah balik.. sunyi dah rumah...

Hahah, kenangan yang mcam hampeh masa sunat kat kampung.. apa korang rasa???Teeeettt salah.....bagi aku kenangan yang paling hampeh masa sunat adalah, kawan2 sekolah menyebar2kan rumors ke ceruk2 kampung dan seantero alam... maka bersoksek soksek la mereka di padang permainan... di tembok jalan.. dia kedai runcit.. di lapangan pertarungan guli...."hah APE??? zul sunat??? jom kita pegi tengok dia nak? jom jom" bayangkan la... kawan2 kelas ngan kawan2 kampung datang rumah, datang duk sebelah kita, duk sembang citer pasal sunat, sambil curi2 nak bukak kain pelikat kita yang tergantung tu.. nak tengok hasil pembedahan kecil terhadap mahkota kebanggaan sang teruna... rasa hopeless gila..rasa mcm pasrah semacam je... masa tu yg aku bertambah pasrah adalah..Cikgu kelas aku Cikgu Shamsudin jugak datang melawat sambil bawak buah oren ngan epal.. bawak angpau.. sambil tengok aku terbaring. sambil senyum2 kambing..ugut nak cerita kat Lydia ngan Izzah pasal aku sunat... tah kenapa yang aku rasa segan sangat masa tu pun aku taktau... hahahaha

Tempoh berpantang dan Baik?? kejap je.. aku 3 hari je dah boleh pakai seluar mcm biasa, dah boleh main bola.. sebab klinik tu tak balut ngan kapas.. just lepas sunat sapu krim Vasellin tak salah aku.. cepat betul baik...lepas dah baik... abah banje kami semua pegi makan Dunkin Donut dekat Yaohan... masa zaman awal 90an.. orang asal KL tak sebut Yaohan tu The mall... diorang sebut Yaohan...sape sebut the mall.. semua tanya balik.. "hah ape?? the mall? mana tu?" heheh... masa tu yang paling hebat pun Dunkin Donut la..kedai dia kat lobi bawah.. mana ade lagi Big apple ke.. Jacko donut ke... krespe kreps ke.. ehh betul ke aku eje ni? sapa tau nanti betulkan ye...Flavor paling sedap masa tu Blueberry inti kat dalam,... kat luar serbuk gula putih.. tak pun coklat bavarian tak salah aku....




The Mall /yaohan sangat sinonim dengan memori masa kecik aku, sebab selalu shoping raya kat sini :)

P/s adakah berkhatan atau sunat itu wajib dalam islam? adakah sesiapa yang tidak bersunat maka tidak sah Islamnya??

Psssssttt : dulu masa kat sri mersing, ada kawan aku sunat masa form 2... aku terkejut mcm tak percaya, mcm terkena kejutan budaya aku.. hehehehe

January 29, 2011

Antara keyakinan, poyo, maruah diri dan malu tak bertempat Part 2

Sambungan.....dari Part 1

Maruah diri atau harga diri atau dlm bahasa inggeris dikenali sebagai Self esteem membawa maksud yg berbagai2. Ia kerap kali disalah anggap dan disalah tafsir sebagai self confidence...sebaliknya ia berbeza dan mempunyai sifat yg berlainan tapi tak dinafikan ia bersangkut paut.....

Seseorang mungkin Mempunyai Harga diri yang tinggi tapi dia tiada keyakinan diri, seseorang mempunyai keyakinan diri yang tinggi tapi dia tidak mempunyai perasaan harga diri yang tinggi....

Harga diri adalah tentang Prinsip yg dipegang oleh seseorang individu, harga diri ialah bagaimana seseorang insan menilai diri dia sendiri...contohnya :

1) Seorang supermodel Antarabangsa yang kurus kering mempunyai keyakinan diri yang tinggi utk berdepan dengan Crowd di pentas Catwalk.. tak malu untuk memperagakan tubuh badan dan wajahnya.. tapi kebanyakan mereka tidak mempunyai Self Esteem diri yang tinggi, sebaliknya mereka mempunyai masalah harga diri yg terlalu teruk, diorang ada masalah anorexia nervousa iaitu selalu merasakan diri diorg gemuk walaupun org sekeliling dah tengok diorg ni mcm mayat idup, tinggal kulit ngan tulang je...

2)Artis-artis juga banyak yg ada masalah murung yg berpunca dr low self esteem yg akhirnya merebak kepada kejadian bunuh diri... diorang amik dadah overdose dan akhirnya hidup dlm dunia tanpa penilaian dan judgmental dr org sekeliling, contohnya Kurt Cobain...korang nak persoal Confidence level dia ke????? korang boleh lawan tahap keyakinan diri dia masa atas stage??? aku rasa jauh panggang dari api, tapi nak sembang pasal self esteem ... dia ada masalah teruk, masalah dengan curtney love, masalah sejarah keluarga dr kecik.. ngan masalah krisis identiti....

Kesimpulannya.. setiap manusia yg ada akal dan bertamadun wajib mempunyai harga diri yg tinggi, yang boleh menilai harga diri anda, tidak menjual maruah, ada prinsip dan ada kod etika diri yang boleh membezakan insan dengan Haiwan...

MALU TAK BERTEMPAT

Malu tak bertempat ni banyak yg berlaku dalam kehidupan harian kita terutama pada masyarakat dunia ketiga ni, masalah malu tak bertempat ni muncul akibat dari kekurangan rasa self esteem dan keyakinan diri... apabila hal ni dibiarkan berlarutan, maka manusia menjadi malu kepada persekitaran, bukan saja malu kepada crowd malah lama2 dia akan start malu dengan perasaan diri sendiri....kalau dibiar melarat boleh jd punca kepada skizo Paranoid...(itu fakta aku tengok dlm Discovery chanel hehehe) aku percaya ramai antara kita yang malu tak bertempat....bila bersembang gah, mcm nak pecah kedai mamak, tapi bila suruh bangun mempertahankan hak sendiri semua jadi malu, segan....bila kita tanya kenapa tak ambik tindakan, jawapan standard yg diberi adalah "lantakla, aku malas nak cari gaduh"...bawah ni contoh situasi malu tak bertempat.

Jermain Kordi : eh sulaiman, tadi kita makan semua harga RM9.70 kan???

Sulaiman : Ha'ah ye lah, 9.70....

Jermain Kordi : bukan ke ko bayar rm 10 tadi? mana belen lagi 30sen?

Sulaiman : (sambil bangun nak berjalan ke kereta) ntah, aku tunggu mamak tu tak pulang pun belen 30sen aku...takpe la lantak la.., kira cincai je, jom blah!

Jermain Kordi : Eh sulaiman, mana boleh mcm tu.. tu hak ko tu. bukan masalah 30 sen, ni masalah tokey haram jadah ni nak menipu, nak amik kesempatan kat kita ni... baik ko gi mintak...

Sulaiman: ala jermain, aku SEGAN la... aku malas nak kecoh2.. lagipun 30sen je Jermain... lantak la.. bukan rm5 punnn.. ko ni berkira sangat la jermain....

Jermain kordi : ni bukan masalah berkira... ni masalah ko tu..nak pertahan hak sendiri pun malu tak bertempat, nak segan ape nye.. jap.. 1 minit!!..., DEYYYYYY MAMAKKKKK!!! mana saya punya belen 30sen???? ko buat2 lupe ye??? 30sen pun nak rembat?? kang dengan ko ko aku rembat kang!!!!...

SITUASI 2

Puan Kamsiah : Haaa.. kelas, kita dah cover chapter Food borne illnesses ye, i am sure all of u already understood what i have talking all day long... so skrg saya nak nak tanya satu soklan... kalau kamu semua dapat jawab, kamu semua boleh balik skrg, kalau takde sapa nak jawab, saya anggap kamu semua tak paham lah....saya terpaksa buat make up kelas...

Budak2 kelas : Baik Puan!!!!!!....

Puan Kamsiah : Sape boleh terangkan apa itu HACCP dan apakah prinsip2 utama untuk apply HACCP tu dalam foodservice industry?

Budak2 kelas: diam membisu...2 , 3 orang cuit2 si Siti yang terkenal sebab tau dan hafal benda alah HACCP tu...

Siti: apa ni korang, ala malas la aku nak jawab..malu la... korang ni, jgn la paksa2 aku... poyo la nak gi jawab kat depan tu.... eeee malu malu... korang nak korang jawab la.....

Geng siti : ala siti ko ni malu tak bertempat la... takde self konfiden lansung...

Siti : ckp kat aku konon... korang tu yang taknak jawab kenapa?

Geng2 : ala,... aku malas nak jawab, bukan ape... segan dowhhh.. nanti dorang ckp aku skema, poyo... lantakla.. kene kelas make up pun make up la... ramai2 kene baru padan muka kan....

Jadi beramai2 la lembu2 di atas terpaksa membuang masa ikut kelas tambahan lagi 2 jam pada hari tu, walhal... kalau tak kerana perangai malu tak bertempat itu.. dorang semua dah boleh balik umah sewe, lepak2 pastu naik bas Rapid 222 pergi KL lepak kat Bukit bintang ngan pakwe2... hahahahahaha.... alangkah ruginya kalau Anak2 muda dan kita semua kalau masih ada perangai malu tak bertempat ni....

Kadang2 tu terpaksa la ade sekor mamat hero yang tak tau malu, si Zul walaupun taktau sangat apa yg dia nak elaborate pasal HACCP tu... tapi berbekalkan semangat jitu dan skil goreng sichuan... dia pun bangun la membebel2.. sambil telinga nya menangkap mulut2 siti and the gang kat belakang kelas yang sok sek sok sek...

Siti n The Gang : ala Zul tu poyo sehhh.... kecoh.. nak menunjuk la tu dia tau... goreng je lebih..nyampahnya aku... eeee nyampah nyampah... L LLLLLLL......

Siti: ala Budget bagus la, nak bangun jawab2.. nak ngampu lecturer la tu.. mcm aku taktau... POYOOOO...

Jadi dengan Bangunnye si budak zul yang bukan scorer anugerah dekan dan yg suka menggoreng ini telah sedikit sebanyak menyelamatkan maruah kelas dan masa kelas.... walaupun kadang2 terdengar suara sumbang yg tidak senang dengan keberaniannya menampilkan diri ke depan.....

P/s lepas ni aku sambung part3.. tips2 bagaimana nak kurangkan rasa malu tak bertempat dan bagaimana nak polish self confidence...

Pssstt : sapa dapat jawab apa tu HACCP secara jujur tanpa google dan bukak buku, aku bagi hadiah masukkan blog korang dlm bloglist aku.. hehehehehhe

January 28, 2011

Review Teater Muzikal Tun Mahathir 2...

Pada Hari Rabu bersamaan dengan 26/1/2011, semalam la dengan lebih mudah, aku pegi tengok Teater Muzikal Tun Mahathir 2, mula2nya rancangan kami nak berjumpa dan berborak panjang je sesama kengkawan iaitu Aku,Zikry, Shahril dan Chewe... sempena si Shahril turun ke KL dari airbase Kuantan..Kapten ni datang sini atas urusan kerja.. ada masa terluang nak jumpa kawan2 lama... agenda biasa bila jumpa, lepak kopitiam atau mamak, borak sampai lebam... ulang lawak diploma ngan degree.. bahan membahan tanpa rasa bosan.. tapi kali ni, lain pulak jadi... 'Datuk Bandar Selayang iaitu Zikry amat berbesar dan bermurah hati untuk mensponsor kami semua pegi tengok Teater MUzikal Tun Mahathir 2....Terima kasih Ye Zikry, moga Tuhan murahkan kau rezeki.. nanti kami belanja tilam hadiah kawen yeee.. :)

Teater bermula pada pukul 8.30 mlm bertempat di Istana Budaya, boleh tahan meriah jugak la, seat 90% penuh, ramai golongan VVIP dan artis ada datang... tapi kami tak berapa teruja.. mungkin chewe dan shahril husin teruja la kot sebab diorang mmg peminat drama dan filem Melayu, terutamanya chewe yang suka tahap peluk bantal depan TV bila tengok NURKASIH... hahaha... aku??? aku pulak tak minat drama dan filem melayu, tapi teater melayu mmg aku minat... aku takde la terer sangat pun pasal teater ni, tapi kalau kira2 ada la dekat 6 kali dah pergi istana budaya tengok pementasan...

OK sedikit Ulasan tentang pementasan Teater Muzikal tapi maaf kalau aku sebut nama pelakon salah atau tak betul..tak hapal la... :)

Dari Kiri, Elly Mazlin, Esma Daniel, Chewe, Zulfikar,Zikry,Shahril, Misha Omar dan Ezani

1) cerita kehidupan Chedet sewaktu kecil diceritakan sewaktu dilahirkan dan cerita berkembang sampai ke usia kanak2 sekolah rendah.... Jalaludin Hasan sebagai Bapak.. tiada banyak emosi yang berjaya diputarkan pada masa ini, dan bagi aku...scene utk menceritakan kisah yg tidak significant terlalu pjg, rasanya pengarah boleh potong lagi scene2 yg meleret seperti scene jual balon ngan kejut Chedet bangun pagi.. tapi Kredit diberikan kepada watak kanak2 gemuk kawan Chedet yg buat lawak pancing ikan, walaupun kadang2 terlihat dia hampir terjerumus ke kancah Over Acting...tp takpe la... kasi can... :)

2) Kisah berkembang ke kehidupan Tun Mahathir sewaktu muda remaja dan di zaman sekolah menengah, Ezani berlakon Jadi chedet tak berapa best, sebab aku tak Yakin DR.Mahathir Masa muda ckp skema dan lemah lembut sangat mcm tu... kena nampak lebih natural dan semulajadi kot...tapi lawak AC mizal begitu menjadi, walaupun dalam dunia nyata aku tak berapa suka sangat kat dia sebab masalah Gelang Magnet Ajaib yg ngarut tu (puiihhh), tapi aku cuba asingkan kehidupan peribadi dia dengan watak dia dalam pementasan, tak dinafikan dia pandai berlakon.

3) aku lawak gila bila tengok byk watak lelaki yg sepatutnya menjadi 'jantan' dan 'kasar' tidak menjadi, sebaliknya pelakon yang lemah longlai dan terkepit2 menjadi watak ganas Tentera siam dan pemuda tampal poster... lawak aku tengok... Shahril ckp "haha muka ganas tapi jalan kepit" awwwww mak tak larat nok. tapi kau ada..MAmpu?? hahahahaha

4) Aku cukup geram tengok budak2 pompuan yang menari tu.. whoaaaaa membuatkan jantungku berdetuk detak.. membuak2 kan perasaan ku menggelojak umpama sang singa merayau mencari mangsa... auuuummmmmmm....... duduk pulak seat depan pentas... mmg seat terbaik yg di pilih Oleh Zikry.. caya la lu Zik!!!!....

5) kebaynyakan lawak2 didalam pementasan ni menjadi terutama lawak yang dilakukan oleh Sarimah Ibrahim sebagai "tukang cerita"..... setiap babak habis, dia akan keluar sebagai 'pencerita' dan buat selingan lawak jenaka sambil bercerita. mmg lawak.. walaupun dia berusaha bersungguh namun masalah overacting tidak timbul disitu.. Syabas betteyyy....

6) Aku secara personally memberi pujian kepada Esma Daniel sebab berjaya menghidupkan cerita, watak Tun mahathir berjaya ditiru hampir tepat, dari segi bongkok jalannya, senyum, cara cakap, cara jalan, cara gelak, pandangan mata... muka esma daniel pun lebih kurang sama dengan Tun M. Elly Mazlin yang Jadi Tun Siti Hasmah pun berlakon menjadi.. tak nampak kekok.. cuma...mekap dia menjadi tua kurang menjadi.. mungkin sebab Elly bergetah sangat kot.. so nak mengurangkan getahnya susah sikit... :P

7) Istana Budaya pada hari itu terdiam seketika.. yg terdengar bunyi org menarik2 ingus di hidung dan bunyi sebak... aku pun turut mengalir ayer mataaaa.. mungkin sebab banyak sangat habuk dalam dewan masa tu... serangga pun masuk mata aku.. sebab tu mata aku kuar air mata gamaknya..... aku pandang kiri kanan, semua nangis, shahril, zikry, chewe, makcik.. kiri kanan aku semua nangis bila datang scene Dr Mahathir mengumunkan meletak jawatan dan scene Dr M meluahkan rasa hati dengan Tun Siti Hasmah... ishhhh sedih sungguh masa tu... pandai esma daniel ngan Elly mazlin berlakon!!., baaaaaguihhh.... Yussuf haslam ckp mlm tu masa dia lalu sebelah aku nak kuar bila dah habis, dia ckp kat pengarah diri depan pintu.. "bagus bagus, good job... aku tengok sampai meleleh air mata aku"

8) Scene yg aku paling suka dan bagi kredit adalah scene masa muzikal nyanyi2 pertarungan antara Dr Mahathir dengan timbalan2 beliau... iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, dan Datuk seri Anwar Ibrahim.. hahaha masa Tun M ngan Anwar Besilat best, siap keluar keris.. last2 pangkat kene cabut kat lengan... tapi timbalan yg lain just serahkan pangkat tanda letak jawatan...best...

9) kesimpulannya, Lakonan Esma Daniel yg bagus dan berkesan.. cuma fokus sedikit lari... sepatutnya perbanyakkan kisah semasa era kepimpinan dan perjalanan politik Tun Mahathir, Kurangkan scene Zaman kecik dan muda mudi yg meleret2 yang memaksa pementasan direhatkan selama 15 minit, utk bagi peluang penonton membetulkan pinggang, makan minum, kencing, isap rokok dan menjadi pengulas tidak bergaji....

P/s Terima kasih Zikry sebab belanja Tiket Teater ye..Terima kasih Wan Narezuan aka Chewe belanja nasik kandar pelita... Terima Kasih Debe...sebab turun kuantan komited nak jumpa kawan2... Tahniah kepada Krew2 Teater Muzikal Tun Mahathir 2 kerana anda pada malam itu telah berjaya mencampuradukkan tangisan dan ketawa ...syabas.

PSSssSssttt: Zikry kecoh bila nangis nak kacau2 org, konon2 nak cover bagi org taktau dia nangis.. eleh mcm aku tak tau.. :)

January 26, 2011

Antara keyakinan, poyo, maruah diri dan malu tak bertempat Part 1

Duduk bersembang dengan sedara Zulkifli Sa'don aka SM banjamin kelmarin dari pukul 8 mlm sehingga 11 malam sedikit sebanyak memercikkan beberapa pandangan dan diskusi yang bagi aku bernas.... buah fikiran itu bersifat simbiosis antara aku dan juga Zulkifli.... perbincangan tentang perbezaan antara keyakinan, maruah diri, poyo dan malu tak bertempat sering diutarakan oleh sahabat2 aku, dan aku mencuba sedaya upaya utk tidak nampak poyo dan megah semasa cuba untuk berkongsi pengetahuan aku serba sedikit bagaimana untuk membezakan antara Keyakinan diri atau bahasa Inggerisnya Self Confidence dan harga diri atau bahasa inggerisnya Self esteem. Perbincangan rancak bermula apabila Zulkiflie menjadi Feeder memberi bola tanggung pada aku :

" Zul, apa beze keyakinan diri dengan self esteem, sama ke antara malu dengan kurang keyakinan diri? " lebih kurang mcm tu la persoalannya..

Jadi kat sini mari aku bantu diri aku dan korang semua bagi membezakan antara keyakinan diri dan harga diri dan pada masa yang sama membantu korang untuk merasa lebih yakin pada diri dan kurangkan rasa 'malu tak bertempat' itu....

* kemungkinan apa yg aku terangkan berlainan dengan pendapat pakar psikiatri dan wikipedia, tapi aku tak peduli... aku menulis hasil dari pengalaman aku sendiri dan praktikaliti...dan mungkin apa yang korang baca akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian korang.

KEYAKINAN DIRI

Pertama sekali, untuk korang paham secara harfiah (literally) korang kene bedah makna tu satu persatu... Keyakinan diri tu berasal dari maksud YAKIN pada diri sendiri....jadi bila masa korang nak rasa yakin pada diri sendiri ni????? aku tanya ni? bila korang nak rasa yakin????apa yang korang yakin?? korang confident apa pasal diri korang?

Kalau tanya pakcik nelayan Pukat cerut kat Mersing tu....

Tukang Interview : Pak awang, pak awang yakin tak pada diri pak awang? apa yang pak awang yakin? cuba cerita sikit kat saya"

Pak Awang : saya rasa yakin pada diri saya ni, saya yakin yang saya pandai memukat, saya yakin untuk jahit pukat sape2 pun sebab saya pandai menjahit pukat yang telah koyak, saya pandai tambat tali bot pukat cerut, saya kalau Tekong suruh saya tambat tali bot bila2 masa saya konfiden je pegi tambat tali bot.. tak kira la ikat bukusila ke, simpul manuk ke.. saya tetap yakin. tu belum mu nak aku cerita pasal tarik pukat lagi, masak atas bot lagi.. uuuuuuuhaiiiii.....bla bla bla bla blaaaa....

Tukang Interview : Ok2 pakcik...nampak sangat pakcik konfiden, kalau saya campak pakcik kat laut mana2 saya bagi bot, pukat, ngan minyak diesel, pakcik YAKIN tak nak sahut cabaran saya ni?

Pak awang : apa pulak tak yakin nya...bawak mari apa mu janji nak bagi tu.. aku konfiden habis nak pegi mukat niiiiehhhh!!!

Nampak tak moral of the story dari apa yang aku nak sampaikan dari perbualan kat atas tu? moralnya adalah, YAKIN tidak berdiri dengan sendirinya, YAKIN tak boleh wujud kalau korang sendiri tak tau apa kualiti yang korang ada untuk korang merasa YAKIN...dari situlah datangnya perkataan KEYAKINAN DIRI....

Korang kene Faham, bahawa sifat YAKIN itu tiada Standard, Tiada piawaian Khas utk ukur keyakinan.... mungkin korang pandai matematik tahap professor diraja, kalkulus pure Math metakondrion walfaklumal algebra..jadi korang yakin dengan field itu, korang develop perasaan superior dan berjaya membuang perasaan Inferior kompleks yg terbuku..

*Inferior kompleks adalah bermaksud rasa rendah diri yang kronik.

Ramai orang ada kepakaran dalam bidang masing2, tetapi ramai pulak yang tidak percaya dan yakin pada kepakaran dan kehebatan diri tu...Mungkin kawan aku terer Gila bab Food and beverages (F&B) pandai masak, pandai service guests.. jadi kau perlu yakin yang kau memang terer bab tu, apabila kau yakin, kau akan superb dalam lakukan kerja dan superb dalam menguruskan kehandalan diri untuk berjaya dalam lapangan yang kau ceburi.

"Eh, taknak la aku confident tak tentu pasal, nanti org ckp poyo, sikit2 nak kedepan, nak tunjuk poyo,buat malu je...."ok meh kita kupas pulak masalah yang disuarakan oleh kebanyakan budak2 kurang matang dalam hal begini...iaitu hal Poyo

POYO

Tidak dinafikan, Mitos, stereotype dan stigma POYO inilah yang banyak membelenggu anak-anak muda dari menjadi lebih maju ke depan, lebih terbuka, lebih bersikap Kepimpinan dan dan berdaya saing, tapi POYO itu memang wujud....

"EN Zulfikar, macam mana nak bezakan POYO dengan YAKIN? mcm mana nak elakkan diri kita jatuh ke lembah kehinaan kepoyoan itu? tolong la saya En Zulfikar, saya dah lama teringin nak Jadi org yang konfiden, tapi saya takut, bimbang dan malu orang akan melabelkan saya POYO"

Perbezaan besar antara POYO dengan YAKIN adalah..... :

1) orang yg poyo tidak tahu apa yang sedang dia lakukan, apa yang sedang dia sembangkan, yang dia persembahkan, dia present depan orang yang dia gebang...sebaliknya, orang yang YAKIN tau dan pakar/MASTER akan hal yang dia sedang katakan atau persembahkan..

Contoh: apabila orang yang nyanyi tak sedap, dia perasan sendiri yang dia suara sedap, bila dia ke depan khalayak ramai, dia nyanyi sambil buat muka perasan bagus dan tak pedulikan Menyampah orang pada diri dia.. maka dia telah jatuh hukum POYO..... tapi Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, M.nasir, Elton John ada korang dengar ke orang ckp diorg ni POYO? takda kan?

Tapi selalu tak korang dengar yang org cakp SCOIN, Budak kacamata tu poyo.., ade kan? ada kan korang bila pergi kenduri kahwin, ada pakcik nyanyi tak sedap gila, tapi dia pakai baju kot kilat2 dengan kasut kulit berseluar jeans....pakai spek mata, dia nyanyi sambil buat muka perasan... dia perasan dia bagus.. dia Rasa Dia YAKIN... tapi masalahnya.. dia Tiada Kualiti yang hendak diYAKIKAN... dia Hanya perasan yang dia ada kualiti itu.. iaitu kualiti suara sedap dan pandai nyanyi........Maka dengan itu... bergempitalah langit dan bergegarlah bumi... dan terpacullah dari mulut2 korang yg tengah sedap makan nasik minyak sambil minum sirap itu :

"EEEEEEEEEE POYONYEEEE PAKCIK TU" (dari sinilah munculnya sumpahan poyo)

Jadi situasi POYO dengan YAKIN diri amatlah berbeza...tapi pada sesiapa yang jenis Negatif, Pessimistic, rebellious dan murung plak taktau beze antara poyo dengan yakin, asal ada orang berani utk kedepan padahal dia tak berani dia akan start melabel semua org poyo.. sikit2 poyo... sikit2 poyo.. bila kita tanya dia apa yang poyonya??? dia tak dapat jawab.. dia hanya akan cakap..entah...ko memang poyo...jadi orang mcm ni..dah terkeluar dr perbincangan...tak masuk dalam hukum dan teori.

2) orang yang POYO dia akan sentiasa rasa dia bagus dlm semua bidang, apa saja yang orang tau. dia akan cakap dia tau, bila orang ckp pandai... dia pun ckp dia pandai...Berbeza dengan orang yang Berkayakinan... Orang yang YAKIN dalam bahagian Mekap2... bila orang lain terer pasal Photography DSLR... dia takkan cakp dia pun pandai....tapi dia hanya konfiden dan bangga dengan kepandaian dia mekap2 je... senang cerita mcm ni la... Orang poyo ni semua dia nak rasa bagus.

3)Orang poyo selalu iri hati, jeles dan sakit hati dengan perhatian yang crowd bagi pada seseorang individu... dia akan rasa cemburu yang amat2... sampaikan kalau boleh dia nak semua orang bagi perhatian kat dia sorang je, orang lain tak layak dapat perhatian.. bila orang lain dapat perhatian lebih dari dia, dia akan start buat perangai tarik perhatian, gebang cerita bohong, walaupun dia takda, dia tetap nak cerita jugak asalkan dapat tarik perhatian org terhadap diri dia. berbeza dengan orang yang Berkeyakinan tinggi, dia tidak akan berusaha bersungguh2 untuk tarik perhatian orang.. dia hanya buat apa yang dia bagus dengan yakin, berani, dan tidak segan2, dan kemudian orang akan melihat kehebatan dia lepas tu secara semulajadinya crowd akan memuji dan mengagumi dia.....

4) Orang Poyo suka GEBANG, hasil takda... Orang POYO suka cakap besar, suka menipu, tapi bila mintak BUKTI dia bagi macam2 alasan, orang poyo suka goreng benda yg sikit jadi banyak, walhal dia hanya tau sikit je... sembang je lebih... contohnya...

Mat yakin: aku terer berenang, aku yakin kalau aku kena campak dalam kolam 7kaki hapus.. aku insyallah boleh berenang selamatkan diri...kalau tak cukup stamina aku apungkan diri dan sambung berenang balik...

Si poyo : ko terer berenang??? aku lagi la terer berenang, ko nak aku berenang kuak ape? kupu2? rama2? bebas? kuak lentang??? jgn ckp kuak lentang, suh kuak altromen pun aku boleh buat... setakat ko badan gemuk mcm ni.. senang2 je aku tinggalkan ko kat belakang lawan berenang...

Mat Yakin: Owwhhh.. terernye ko berenang.... jom la berenang skrg.. dah depan kompleks renang dah pun...

Si POYO : ishkkk aku tak bawak Tight pants la... ishhhkkkk aku takleh berenang sekrg, aku ade lelah... iskkk aku malas nak berenang la.. dah 3 tahun aku tak berenang...malas aaahh... ishkkk aku bukan taknak berenang ngan ko, tapi aku tak boleh berenang kat kompleks renang awam mcm ni, kulit aku sensitif...nanti kene ruam pyrolexiakungkangfelesiawarbak...aku kalau nak berenang kene kat pool hotel 5star je takpun pool yang bersalut emas 450karat je...

Jadi... apa maksud sebenar Poyo ni? sebelum trend perkataan poyo ni timbul, orang zaman dulu panggil poyo ni apa? POYO ni lebih hampir kepada sifat =SYOK SENDIRI @ PERASAN BAGUS...

Mana datang perkataan POYO ni? aku taktau secara tepat, aku taknak poyo mengaku aku tau.. tapi aku ada teori aku sendiri hasil dari pengalaman masa kecik.... dulu masa sekolah rendah...bila ada budak ckp dia terer atau tau satu2 benda..maka budak2 KL atau org2 asal minang/negeri sembilan ni akan guna slang mcm ni :

Ahmad : woi woi...semalam kan bapak aku belikan aku gasing, ni ha gasingnye.. bapak aku cakap gasing ni spesel sebab buat pakai kayu jati....

Geng2 : Wuuiiiiyoooooooooo Mat... lawanya gasing ko, hebat betul la,.... betul arr kayu jati, mesti mahal kan mat kan???

Abu si poyo : elehhh gasing kayu jati buat apeee!!! bapak aku semalam belikan aku gasing gak, buat pakai Gading gajah. mahal nak mampus... 100 kali ganda lagi mahal dari gasing buruk amat ni.....

Geng2 dan ahmad: yeke abuuuu?? mana mana mana??? bak la sini kami nak tengok....

Abu si poyo : ada kat rumah...nanti aku bawak...

Geng dan Ahmad : jom kawan2.. kita gi skrg rumah abu tengok gasing gading gajah dia nak??

Abu si poyo : ehhhhhh, aku lupa la... gasing tu abang aku dah pinjam tadi bawak balik australia...

Ahmad : Iyo Iyo je ko ni abu!!!

Isa : Yo Yo Orrrr je ko ni abu...

Ali : hek eleh ali. yo po yo kau ni..kejap kata ada, kejap kat australia... yo po yo ko ni....

karim : Poyo poyo la ko ni abu... malas arrr lepak ngan ko... jom kawan2.. kita gi makan aispop.. jgn kawan ngan abu nih....di ni POYO POYO je lebih....

TARRRRAAAAAA... terciptalah perkataan POYO.... hehehehehhe.. :P

Tamat part 1.....

p/s akan bersambung esok...Insyallah.. sebab panjang sangat, nanti korang Mual lak baca.. tak pun korang skrol je taknak baca pun... :P

Pssttt : esok akan sambung bab maruah diri dan malu tak bertempat....

January 25, 2011

Tribute untuk SM Banjamin

Assalamualaikum....

Blog luahan rasa hati yang tiada nilai komersial ini telah direview secara jujur dan ikhlasnya Oleh SM banjamin merangkap sahabat seakal,sepena dan sekuali...pernah susah dan senang bersama, belajar bersama, gelak tawa dan nangis bersama (ehh pernah ke kita nangis bersama zul?) di sini di ruangan Segmen Blog Pilihan GPK....

Mohd Zulkifli Sa'don yang bernama pena SM Banjamin... walaupun dia tidak pernah mendedahkan rahsia di sebalik nama pena itu, tapi aku dapat meneka... mungkin S itu mewakili pangkal nama Ayahanda tercinta iaitu Sa'don, M itu mungkin nama pangkal ibunya, meskipun aku tak pernah tau akan nama ibu beliau, mungkin aku dapat agak Maryam mungkin?

Persahabatan aku dengan SM banjamin melebihi ruang lingkup blog saja, ia lebih kepada hubungan holistik di dalam kehidupan, mengenali beliau sejak dari sekolah menengah, dan mula rapat sewaktu tingakatan 3.... kehidupan Universiti menjarakkan kami sekejap dan kemudian bersama semula apabila bersua kembali di UiTm shah Alam... agaknya mmg seronok bertukar akal fikiran bersama, akhirnya duduk serumah.. bermulalah episod mengarang blog di platform blog Friendster, masak di dapur, dan borak depan tv.... masa dulu kami lebih ghairah untuk menulis di Blog friendster dan lama kelamaan tulisan itu ada yang disemadikan sesetangahnya di blogspot ni....

Apa yang menarik pasal SM Banjamin ni? pandai masak, rajin kerja ya amat, jujur, merendah diri, akal kreatif dan abstrak, Pak lawak ya amat dan tak suke menyusahkan orang lain.....Faktor2 ini dirangkulkan membuatkan aku berkawan lama dan memilih dia sebagai sahabat untuk sekian lama.

Kini Beliau bertugas di Uitm Shah alam, dan aktif didalam dunia blogging, menjadi pengasas kepada Group Gerila penulisan Kreatif di Facebook di mana aku sendiri juga adalah Co-founder.

Baru-baru ini, SM Banjamin selaku Pengasas/presiden Gerila Penulisan Kreatif telah melakukan satu langkah yang drastik utk menreview secara Pro Bono Blog2 pilihan (yg aktif di GPK kata beliau) iaitu Blog Rasa Hati milik aku sendiri, Lekat Lekit Gurl milik puan suria dan Shahazrin.com milik Shahazrin....

Sekali lagi terima kasih jujur dari tuan blog.. :)

January 24, 2011

Datuk Lee Chong Wei Menang Lagi dan lagi

Tahniah diucapkan kepada Pemain Badminton No 1 dunia dan wira negara kita iaitu Datuk Lee Chong Wei kerana telah memenangi Kejuaran Terbuka Malaysia Osim kali yang ke 7 secara berturut2... di bawah ni aku nak buat analisa pendek tentang kemenangan beliau dan juga corat coret sepanjang pertandingan..

1. Lee Chong wei adalah seorang gentleman dan bukan 'sang lengit'

Ok, Lee chong wei telah membuktikan bahawa beliau layak memegang status pemain nombor satu dunia mengatasi Lin Dan dan pemain-pemain lain, ada org selalu ckp mcm ni :

"ala chongwei tu boleh la, dapat menang ranking no 1 dlm superseries, tapi cuba lawan dengan Lin Dan mesti kalah punya, lin Dan tu bagus, dia pilih tournament yang besar2 je, pastu dia main menang, bukan mcm chong wei menang banyak tournament, tapi tournament besar mcm olimpik, world champion, asia, semua kalah ngan Lin dan"

Bagi pendapat aku, aku tak setuju lansung dengan statment di atas, walaupun statment tu majoriti org komen mcm tu, tapi aku berbeza pendapat, bagi aku..Datuk Lee chong wei adalah yg terhebat, bukan senang nak dapat ranking no satu, nak kene menang banyak open superseries, lawan bermati-matian dengan world class player, masalah tak lawan dengan Lin Dan tu bukan masalah Lee Chong wei, tu masalah Lin dan, yg tak gentleman, kalau masa kecik2 kami panggil BUDAK LENGIT... nak main..tapi pilih2 pulak padang ngan game yang dia boleh menang, kalau terer sangat, masuk la semua tournament, naikkan ranking, kalahkan title No1 lee chong wei tu...

Pada aku, kemuncak karier ahli sukan adalah menjadi NO SATU dalam permainan yg diceburi.. jadi ultimate champion mcm yang aku ngomelkan dalam entry aku Dilema si naib johan tu...orang yang komen "tak penting ranking no 1 tu" bagi aku adalah orang yang hipokrit dan diskriminasi, sebabnya bila dia rujuk sukan lain boleh pulak dia iktiraf macam Michael Schumacher dlm F1, Roger Federer & nadal dalam tennis dan Tiger woods dalam Golf.sekurang2nya kita bangga, 2 atlit negara kita berada di kemuncak ranking iaitu Datuk Lee Chong wei dan Datuk Nicole ann david. Syabas!!!

2. Apa dah jadi dengan pemain regu kita? Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong...

Analisa aku adalah, Koo Kien Kiat hanyut dalam imaginasinya sendiri, tak dinafikan beliau sangat bagus, dan pair ni adalah idola aku, tapi Koo Kien Kiat hanyut dalam angan2... kenapa dia masuk dalam acar mix double? mcm mana nak fokus tournament? dia nak kena bahagikan perhatian dlm bergu lelaki dan bergu campuran, tenaga nak kene kompromi, nak menang mix double.. tapi at the same time nak simpan tenaga untuk main bergu lelaki...akhirnya jadilah lebai malang...kenduri kat hilir sungai tak dapat makan, kayuh sampan kat hulu sungai pun terlepas, x dapat makan....kenapa jd macm ni?

Sebab Koo Kien Kiat terlamun dalam kemenangan bergaya dia 3 emas di sukan Komenwel kat india, dia menang emas double, emas mix double dan emas berpasukan, tapi dia lupa, masa dia menang 3 emas tu, dia tak lawan China, Indon, Korea, denmark, dan jepun... dia menang sebab lawan paling kuat masa tu hanyalah England dan India je...BAM sila analisis faktor ni (itupun kalau org BAM ngan Koo kien kiat ada bukak blog picisan aku ni la kan, kalau takda, jatuhlah hukum aku syok sendiri)

3.Monopoli pasukan china

Bergu lelaki, China menang lawan denmark, Bergu perempuan china johan lawan china jugak, Mix double pun dia menang, single perempuan pun dia menang lawan china jugak... single lelaki je diorang kandas, hanya Malaysia dan Indonesia di pusingan akhir. Puas hati aku tengok Lee Chong wei belasah budak Hingusan Cheng long under ten je kene titik, dapat 9 bijik je...Lin Dan lak tarik diri dengan alasan Perut Cramp.. alasan budak lengit la tu takut nak berdepan dengan Lee Chong Wei final... sebab Lee chong wei main open Malaysia ni berhantu sikit.. mana tak nya.. 7 kali menang berturut2.. rekod tu beb..ingat lagi chongwei belasah Lin Dan masa Open Malaysia kat Kota Kinabalu dulu... Lin Dan dah leading 20-12 tak salah aku..boleh kalah...

Analisanya, kalau ikutkan sportsman rules dan etika tournament, China layak menang dan boleh hantar berapa banyak player yang dia nak, nama pun Tournament Open/terbuka.. lantak la sapa nak masuk pun, even kalau Wak Sarip dari Klang nak masuk pun boleh, bayar yuran, masuk saringan, kalau lepas lepas la... boleh lawan star2 semua... kalau kalah boleh balik Pasar Meru sambung Jual Nenas :)......

Tapi mak aku bagi analisa :

"tak syoknye tengok final semua Player China main, patutnya BWF limitkan, satu negara hantar satu player je dalam setiap acara, baru syiok tengok"

aku lak.. " nak buat mcm mane mama, nama pun Open tournament, lantakla nak hantar banyak mana, sape terer dia menang la.. tapi kalau limitkan player best gak kan ma, dapat tengok mcm2 main.. takde la bosan tengok apek ngan amoi je....."

4. Kelibat Misbun Sidek di tepi gelanggang...

Taknak komen panjang....Misbun, wa salute lu la... datuk misbun walaupun dalam proses perletakan jawatan, namun demi tanggungjawab terhadap anak didik, tetap ke tepi gelanggang bagi advise dan moral support... BAM, jangan la asyik retorik politik polemik dramatic management risk evaluation bla bla bla bla cut costing bla bla bla bla pengurusan, ahli jawatankuasa merapu je kerja korang.. semua nak cantas, jasa orang korang tak kenang, yang korang tau nak jaga kerusi jawatan dlm persatuan dengan 'MASYUK' je... hampeh!

P/s korang tau tak kalau jadi presiden atau AJK persatuan sukan ni banyak masyuk wooooo... sponsorship juta2... belum campur bawak balik milo kotak dengan reket yonex bagi anak2 main kat rumah lagi :) (anggapan saja utk effect dramatik)

Psssst : sorry entry panjang, tulis tanpa berfikir... patutkah aku menjadi sarkawi jirim?

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI UNTUK KEMENANGAN 7 KALI BERTURUT-TURUT!


January 21, 2011

Dilema Si Naib Johan



Semua manusia ingin menjadi terbaik dalam satu2 perkara yg dilakukan, ianya adalah satu kepuasan didalam mencari matlamat hidup yg akan memenuhkan fungsi hidup seorang insan, wahima jika ada manusia yang begitu pakar semasa menoreh getah pun akan merasakan dirinya amat bermakna dan menyumbang kepada ketamadunan manusia...

" Ko kenal pak akob sukiman? dia tu terer noreh getah tuuuuu jidin!!, aku hari tu duk nuntut ngan dia la.. pergh pisau dia punya tajam, baru letak je pisau kat pokok getah dah keluar susu... sekali dia noreh, punya cun... dalam kampung ni takda sape la boleh lawan Pak akob" itulah kata2 anak muda yg tabik pada ke'otai'an pak akob sukiman, tok guru noreh getah di kebun sekentut.

Jadi di sini, point aku adalah,jika anda melakukan sesuatu dalam hidup anda, lakukanlah yg terbaik, tidakkkah anda ingin merasakan kepuasan bahawa anda bagus dalam satu2 bidang??? (cukup pendahuluan, punyalah tak ikut skema karangan, pendahuluan sampai 3 perenggan)

Aku dari kecik dididik supaya bersaing utk menjadi yg terbaik, cara didikan tu bukan mcm rotan ke, baca buku 12jam sehari ke, tak tak... cara didikan tu adalah dari mulut laser Abah aku yg suka perli dan mencabar dengan kata2 yg sinis dan pedas dengan niat menambahkan ransangan cabaran kepada anak2, kalau tak tahan boleh gaduh lari rumah woooo...

Masa sekolah rendah tahap 1 iaitu darjah 1,2,3 aku boleh dikatakan scorer dalam kelas... tapi aku tak penah dapat No 1 dalam periksa, asyik2 no 2, no 3, no 2, no 3.... selang mcm tu je la... Dulu masa sekolah rendah, kedudukan kerusi dalam kelas disusun ikut pencapaian nombor dalam periksa... jadi aku selalu la duduk tengah2 antara Lydia Sahrin dengan Nurul Izzah Abd Aziz..kami ni bertukar2 tempat, tak Nurul Izzah no 1, lydia no 1.. aku lak no 2.. kadang2 lydia no 3... mcm tu je la.. sampai la darjah 3...jadi..dilema aku dr kecik adalah 'DILEMA SI NAIB JOHAN'

SOALAN : Apakah itu DILEMA SI NAIB JOHAN????

JAWAPAN : ia adalah satu perasan dimana rasa mcm tak best je, walaupun org rasa dah bagus sangat kita dapat no 2 atau no 3, tapi diri kita sendiri rasa tak puas hati dan rasa nak membuktikan sesuatu kepada seseorang (dalam kes aku adalah bapak aku) tapi at the same time bila kita ditemuramah atau bersembang, kita senyum dan berpura2 rasa kita seronok dengan pencapaian Naib johan... dan kita terpaksa hidup dengan perasaan tu sampaila dendam kita terhadap JOHAN/Champion kita tu terbalas....

PERASAAN INILAH YG DIRASAI OLEH RUBEN BARRICHELLO MASA TERSENYUM KELAT DAPAT NAIB JOHAN SAMBIL TENGOK MICHAEL SCHUMACHER TERLOMPAT2 JULANG TROPHY F1 BANYAK KALI TUUUUU.

Hasil dari keputusan peksa aku yg bagus2 ni, mcm2 hadiah la yg aku dapat. PAPAN KAROM, basikal BMX, mountain bike dan berbagai lagi hasil dr pemberian Abah. Tapi aku bukan nak sangat hadiah2 tu semua (ceh tipu je, sebenarnya mmg nak hadiah, dasar mata materialistik) aku cuma Mahukan NO 1 atau JOHAN...itulah hadiah paling berharga.,..kepuasan.

Apabila masuk darjah 4, aku mula menjinakkan diri dalam Badminton dan aku dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat zon gombak, sekali lagi aku mendapat Naib johan...walaupun bagi pihak sekolah, mak aku, sedara mara, dan org kampung merasakan ia pencapaian yg terbaik, namun aku sendiri merasakan dilema itu!!! dilema si naib johan....dilema dimana tidak mendapat pengiktirafan penuh dan kepuasan dipuncak kejayaan. (masa ni hero dan johan sekolah nama dia Lokman..aku hanya byg2 dia iaitu player no 2, ibarat Hafiz Hashim di sebalik Lee Chong wei)

Kemudian aku menjinakkan diri dlm pengakap, masa ni aku hanya pakai lencana gangsa pengakap..dan pengejaran aku untuk lencana emas pengakap tidak kesampaian... seperti satu sumpahan pulak bagi aku..kenapa aku tidak boleh jadi JOHAN? kurang sangatkan semangat juang aku?

Tamat zaman sekolah rendah dengan pelbagai pencapaian yg memberangsangkan...iaitu no2 atau 3 semasa periksa, pingat gangsa acara lontar peluru hari sukan sekolah, Naib Johan zon gombak Badminton berpasukan, No3 pertandingan menyanyi, No 2 pertandingan melukis hari keselamatan anjuran Jaya supermarket Petaling Jaya. (dapat voucher beli belah rm70..best wooooo) NAMUN..ia masih lagi melemaskan aku dalam dilema si naib johan....tiada apa untuk aku banggakan...walaupun bagi sesetangah orang, naib johan dan gangsa itu satu kepuasan yg bererti..

Tahun 1998, keluarga aku berpindah ke Mersing Johor, dan aku turut sama pindah ke sekolah menegah Kebangsaan sri Mersing. Disini entah mcm mana , semacam sumpahan Naib Johan itu telah terungkai sedikit demi sedikit. pada awalnya, aku masuk sekolah agama darjah 4, di Johor ni sistem sekolah agama dia lain sikit.. dah tua bangka pun masih kira darjah 1-6... yg paling terer dia amik darjah Khas..sape lulus darjah Khas boleh Mohon Jadi Ustaz...bagus Jugak Johor ni....

Aku lak belajar sampai darjah 4, sebabnya aku rasa boring oleh kerana aku dah habis darjah 6 kat sekolah agama Selangor dan aku dah cover silibus tu kat Sekolah Agama Menengah Rawang selama setahun...Masa kat sekolah agama darjah 4 ni la aku mewakili sekolah untuk pertandingan Tafsir Alquran dan aku dapat no 2 di peringkat daerah...

"HAH apa???? masih NO 2??? mana johan nye zulfikar?? apa point ko citer panjang lebar ni?" (bentak hati pembaca2 yg sudah tidak sabar utk mengetahui kisah selanjutnya)

Kemudian... Sumpahan dan dilema si Naib Johan berjaya dipecah dan dirungkaikan...jeng jeng jeng jengggggg.....pada Umur aku 17 Tahun, Aku berjaya menjadi Johan Badminton MSSD acara perseorangan. sambil disaksikan Mak dan Abah aku di tepi gelanggang, yang datang memberi moral support... aku yang bertarung di tempat tuan rumah, mengalahkan Hero Tuan Rumah dengan straight set, walaupun menerima dugaan dari urusetia, pengadil dan penjaga garisan....

Kemudian, aku menjadi Johan Badminton pertandingan terbuka Mersing bawah 18 thun dalam acara perseorangan.... dan kemudian pada Open yang sama, aku jadi Johan jugak bagi acara bergu...Kini aku merasa sangat puas, di mana..di dalam daerah Mersing aku telah pukul habis budak2 cina yg orang Melayu duk selalu overated... tak kira la dari Endau hingga ke tenggaroh atau ke kahang...sikit2 budak cina tu bagus la, terer la, smash letup2 la....stamina kuat la... (adakah tulisan aku ni makin menjurus kearah riak?? harapnya tidak...cuma berbau excited yg melampau je kot) dan dengan itu aku dapat merasakan Glame dan lime light hidup sebagai sport star daerah...( hahahaha) mana tahan, dulu asyik tengok Star lain je kan, nak gak rasa mcm mana jadi star... >:) rupa2nya...seronok jadi star ni... masuk kedai badminton org tengok, kerumun tengok kita nak pakai reket ape... kita main kat dewan org duk tengok kita tengah lompat2 main... whoaaaaa :)

Abdul Jaki Bin Kurdi : "Jakunnya ko ni Zulfikar, baru jadi johan daerah ko dah perasan bagus sangat, perasan star..aku ni lagila main bola state level tu....takde pun duk tulis blog nak canang satu dunia"

Aku : "ye la, aku tak biasa jadi star mcm ko, aku ni baru je merasa jadi star, jadilaaaa dapat johan daerah pun, sekurangnya aku ter'best' badminton player dlm daerah tu..lagipun ko tak reti taip blog, aku reti.. sebab tu ko tak citer pasal ko star bola" hehehe

Kemudian, momentum Johan itu tak berhenti disitu.. aku sekali lagi menjadi Johan Debat peringkat daerah sebagai wakil sekolah... bersama dengan ahli pasukan iaitu Azwan badmanhaj, Zamzani Saiful, Aizudin Azali di bawah latihan oleh Guru kesayangan iaitu Cikgu Aziz. kami berjaya menewaskan beberapa sekolah lain, dan menundukkan johan bertahan ..Sekolah NItar dengan mudah... aku jadi pembahas No 3, iaitu Pembidas dan penggulung Hujah... kerja aku susah, tapi aku degil, aku tak hafal ape satu pun, aku just hapal pembuka kata je.. yg lain, aku amik point dari pihak lawan, aku bidas dengan hujah dan fakta general knowledge aku (goreng je..bukan fakta sangat pun) hasilnya, dapat la jd pembahas terbaik dalam salah satu pusingan.. :)

Momentum itu berterusan, aktiviti Ko-Ko aku menjadi rancak sampai la tamat sekolah, drpada Tafsir Quran ke Badminton, Ke debat, ke pemuisi ke ahli panel forum, kadet polis dan mcm2 lagi...korang pun familiar dah sangat.. bila dah johan daerah..berjangkit pulak gi bertanding kat state level kan... bla bla bla bla blaa.aaaa... (kalau nak citer semua kan blog aku jd novel pulak dah)

Ah penatnye menaip....bila la nak rasa jd Johan penulis blog lak kan? ahhhh mengarut dah aku ni...so aku pesan pada kawan2 dan kenalan, jangan sedih dan rasa rendah diri dengan pencapaian diri anda, mungkin gelanggang anda bukan disitu.. mungkin anda tidak bagus dalam bersukan, tapi anda Johan Kuiz, mungkin anda tak pandai nari disko tapi anda sangat bagus memasak..

Mungkin anda tidak lawa dan jadi johan Ratu cantik tapi korang sangat pandai jahit baju dan pandai jaga baby...

mungkin aku dulu bukan star bolasepak daerah, tapi aku johan badminton dan debat, mungkin korang bukan menang akademi fantasia tapi anda johan pertandingan scrabble...Mungkin anda bengap tak pernah dapat no 1 dalam kelas, tapi anda JOHAN menari zapin peringkat Negeri. Piawaian penilaian tidak pernah sama dan ia tidak standard bagi mengukur kebolehan Insan.

POKOKnya... anda carilah kekuatan diri anda dan dimana anda rasa anda boleh jadi terbaik..lakukan yg terbaik didalam Field dan gelanggang yang anda pilih... ingatlah. hidup hanya sekali, jika anda tidak pernah dapat merasa menjadi Johan dalam satu2 perkara..mulakan sekarang!!!... lepaskan diri anda dari DILEMA si NAIB JOHAN!

P/s 3 gold medal acara badminton tu adalah antara benda yang aku paling sayang..sebab ia adalah GOLD medal... :)

pssssttt: meh kongsi... anda dah pernah dapat johan ape?

---------------------------MASYALLAH, ALHAMDULILLAH---------------------------------

January 19, 2011

Salam, Peluk,Laga pipi, kanan kiri kanan.tata..


Assalamualaikum..
Hari ni takde nak sembang berat2 dan panjang lebar, cuma nak kongsi apa yg aku tengah pikirkan, tadi ngan keluarga semua duk sedap tengok tv, berita.. sekali kuar klip makcik2, datin2 dan makcik perasan datin yang asal bila nak salam je, mula nak peluk2 lepas tu nak cium pipi.. nak cium pipi pun tak berape cium..tapi lebih kepada istilah laga-laga pipi....persoalannya.. sejak bila Adat/budaya ini bermula di kalangan orang melayu khasnya dan Rakyat Malaysia amnya????? lanjutan dari perbincangan ini maka mama dan aku pun berdialog ringkas :

AKU: mama, sejak bila pulak orang pompuan melayu, macik2 merhaban ni mula pandai nak main cium-cium pipi masa salam ni ma?

Mama: baru-baru ni je..dulu-dulu mana ada..

Aku: Asal nak salam je, mula nak peluk2 lepas tu, pastu laga-laga pipi, bibir duk muncung2 konon2 nak cium pipi, tapi tak kena.. jadilah laga2 pipi je...

Mama: Konon2 nak lebih mesra la mcm tu,...kamu ni pun, semua nak komen...hishhh..rilek sudah...

Aku: Setahu Ikar la kan ma kan, masa zaman duk Sungai Tua dulu, 90an sampai la hujung2 takda pulak tengok mama salam peluk cium pipi orang, ntah bila la start semua nak salam cium2 pipi ni...adehhhh

Mama: baru baru ni je, mama rasa sebab sekarang ni ramai org pergi mekah, bila balik konon2 jd orang arab, tu yang cium2 pipi tu...agaknye lahhh....

Car9 : hish...kalau pak arab kat masjid jumpa kawan2 dia lagi la teruk...salam kecepok kecepok cium pipi guna bibir tu....

Aku & Mama : errrghhhhh..eeeuuwwww....

Bila sembang pasal salam kiss pipi ni, teringat masa zaman study kat Uitm dulu, amik French language, Madame Haslinda ckp..."kat Perancis sana, orang lelaki kalau salam goodbye leh kiss pipi pompuan, tapi dengan syarat kalau perempuan tu yang mulakan dulu, jangan lak lelaki yg gatal2 nak kiss pompuan tu, tak pasal2 nanti kene pelempang...sexual harassment"...Mr Alexander Xavier pun cakap mcm tu jugak.
* ishkk cute wo000 Madame Haslinda... teringat kami panggil dia La petite..tiap2 kali panggil muka merah padam..blushing2 malu2 la tu... (la petite tu cinonet,comel,kecik)
budaya ni kalau tak salah aku dinamakan La Bise @ Faire La bise ..pronounce Labis Segamat...ehh bukan2...hanya LABIS je....hehee...

Budaya Pak arab mmg diorang suka salam cium pipi, tapi diorang bukan laga2 pipi... diorang salam, peluk..pastu tangan diorang tu dua2 belah pegang kepala kawan mcm pegang bola, pastu cium kat pipi guna bibir.. MUUUuuUUUUAAHHh..ya ala ya alaa..ya alaa..ya le ya le ya le ya le... muacch muahhh muacchh...ha hambik korang kalau nak sangat salam cium pipi kan....tak aci la salam peluk cium pipi konon2...ada beran????




Ni plak namanya Nose kissing @ ciuman hidung, eh laga2 hidung lagi sesuai kot

* Rasa2 korang nanti ada tak budaya Nose kissing ni menular ke org Melayu?

P/s aku tak suka salam cium2 pipi ni...aku taknak hipokrit..ahhh rimas....Member opis aku ckp salam laga2 pipi ni namanya salam semut....

Blog Trivia : kenapakah salam laga2 pipi dinamakan salam semut???? hehehehehe :P

January 17, 2011

Jawatan Kosong Untuk diisi segera

Contoh produk yang dipasarkan.

Assalamualaikum
Kepada kawan2 dan rakan2 blogger, sesiapa yang berminat nak bekerja, atau tengah menganggur tak tau nak buat ape, takda kerja, ni aku nak tawarkan kerja kosong utk diisi di company tempat aku kerja, butir2 jawatan seperti tertera di bawah

Jawatan kosong yang diperlukan :

PEMBANTU JUALAN DAN PEMASARAN/SALES ASSISTANT
Gaji Basic antara Rm 750-800
Komisyen disediakan, minimum RM300 sebulan dan mampu untuk mencecah hingga
RM 2000++
Claim PETROL dan maintenance untuk kenderaan dan Bil telephone/topup
kelebihan utk pertimbangan : perlu ada kenderaan sendiri tak kisah samada kereta atau motor.

waktu kerja : isnin sampai jumaat 9 pagi - 5.30 petang
sabtu minggu pertama dan ketiga 9pagi -1 tengahri

Kelayakan memohon: ada sekurang2nya spm, rajin, tak segan2 x bertempat... ada inisiatif sendiri utk lebih maju, tidak keberatan untuk bekerja di luar kawasan, tidak berkira jika perlu bekerja lebih masa jika diperlukan.

Spesifikasi Kerja: Service di pasaraya2 sperti Mydin,giant,tesco,carrefour dan sebagainya, memeriksa baki stok/produk di rak dan stor, berjumpa Buyer untuk request order, menyertai expo dan karnival, mencari buyer2 baru, collect payment, rekod jualan dan kutipan.
Advantage jika anda mampu bertutur dalam bahasa inggeris untuk kemudahan naik pangkat. membantu jualan export bersama pengurus pemasaran.

Lokasi : Hq office di Taman samudra Batu caves Selangor,
Kilang di Pandamaran Port Klang dan Kampung Batu Kuala Lumpur.

suasana tempat kerja yang sangat kondusif untuk membina karier anda, dan ruang anda untuk pergi jauh dan dinaikkan pangkat terbuka luas dengan pembukaan kilang baru yang tidak lama lagi!

KEKOSONGAN UNTUK 3 TEMPAT SAHAJA!

tunggu apa lagi?
jika minat, hubungi Pengurus Pemasaran Aka Tuan Blog.
Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri
tinggalkan komen dan No telephone anda di ruangan komen, dan jika anda segan anda boleh tinggalkan pesanan di inbox Fb aku.

P/S aku tak letak no phone kat blog ni, bimbang nanti kalau ada buat entry panas org kacau plak....(adakah aku paranoid atau perasan lebih?) :) :P

January 16, 2011

Antara Fasha Sandha berbikini, Fitnah dan Riba'

Assalamualaikum..
Baru-baru ni gempar gambar Fasha sandha berbikini di Blog2...dan begitu ramai orang2 yang menghukumnya dan menyebarkan akan keaiban dia...menghukum dia seumpama dia telah melakukan dosa yang paling besar di dunia, dicampur dengan perasaan sentimen dan menyampah dengan sikap Fasha yg dianggap gedik dan gatal..maka dengan tersebarnya gambar2 bikini dia telah merancakkan lagi sektor umpat dan aib-mengaib. aku pulak malas nak masuk campur dalam hal2 ni dan malas nak upload picture Fasha sandha berbikini sebab... aku taknak jatuh dalam golongan Tajasus..(org yang mengintip akan keaiban org dengan niat utk menghukum)

Dan bagi aku, adalah lebih berat dosa orang yang mengumpat, memfitnah dan terlibat dalam riba' berbanding dengan dosa mendedahkan aurat (tapi bukak aurat tetap juga berdosa)... Namun Allah tidak menghukum Manusia secara pukal, dan bersangka baiklah sesama insan.. moga Tuhan ampunkan dosa fasha yg suka pakai bikini...dosa org yg umpat, org yg mendedahkan aurat dan org yg memfitnah...mungkin jika kita ada buat perkara baik maka jika berat timbangan kebaikan kita....kita akan dimasukkan ke dlm syurga..jika berat amalan dosa maka kita akan masuk ke dlm neraka. inilah Yg Allah Janjikan dalam Firmannya..

7 dosa paling besar dalam Hidup
1.Syirik
2.Sihir
3.Membunuh jiwa yang bukan patut dibunuh.
4.Makan Riba'
5.Makan Harta anak yatim
6.Lari dari medan perang
7.Memfintah perempuan baik berzina.

Tetapi amatlah malang manusia, bila dia lebih berpesta menghukum dan berbuat dosa, dengan selamba memfitnah tanpa segan silu...ada yang mengaku memperjuangkan islam dan kuat ibadat tapi tanpa segan silu bersubahat bersama2 menuduh fitnah kepada artis, jiran2, pemimpin dan bini pemimpin, ahli politik dan sebagainya. Sedangkan mereka sedar pada masa mereka mendengar, mengiyakan, menyebarkan dan menyampai2kan..mereka tiada asas bukti dan saksi pun.

Amat malang manusia yang suka menghina dan mencaci...memandang jijik org yg berjudi nombor ekor, tetapi dia selamba pergi ke bank membayar riba' bagi loan kereta, rumah, kad kredit dan personalnya...tidakkah dia sedar yang dia sedang melakukan salah satu dari dosa paling besar dlm islam?

Amat malang manusia yang mencaci maki dan menghina org yang tidak bertudung, tapi dia percaya pada sihir, menilik nasib, mandi bunga tujuh jenis buang sial, pakai tangkal dan berjumpa bomoh utk berubat. tidakkah dia sedar dia sedang terlibat dalam sihir dan menjurus kepada syirik..iaitu dosa paling besar dalam Agama?


Aku bukan Ustaz, aku bukan alim ibadah...aku hanya manusia biasa yang berjuang sedaya upaya utk tidak melakukan dosa besar kerana aku telah komited dengan Agama yg aku anuti ini.
Dan kini aku mengingatkan diri aku dan semua kawan2 aku supaya sama2 kita mencuba sedaya upaya untuk menghindar diri dari melakukan Dosa2 besar yang tidak terampun jika mati tidak bertaubat.

pssstt : malam ni aku tukar Mode Dakwah jap... takkan 24 jam 7 hari seminggu asyik nak seronok je kan.. ape salah kita ingat mengingati..

P/s aku bukan peminat Fasha sandha...aku tak minat pun filem dan drama melayu :) ...tapi kalau ada picture lisa surihani ngan Tiz Zaqiyah..aku klik tengok jugak kot.. :P huhuhuhu...

January 14, 2011

Pencungkil Gigi Sebatang Rm1.00

Assalamualaikum...

Bersempena dgn meraikan Bapak aku happy dengan dividen dan Bonus ASB, kami sekeluarga gi makan dekat Restoren Sri Thai kat Pj (berdepan dengan PJ hilton dan sebelah Victoria Station) Restoren ini salah satu Restoren favorite dalam list tempat makan family kami, kalau makan nasik ayam kami pergi kat bukit bintang yang citer dia sikit ada dlm entry Halal Vs Haram sebelum ni.


Restaurant Sri Thai

Jadi Abah dengan Rela hati menguatkan hati dan nurani untuk membelanja isteri dan anak2nya yang boleh tahan kuat makan ni hehe...kami pun order la
1) Ikan Senangin Thai style asam pedas Stim
2) Ayam pandan
3) udang goreng Butter
4) Tomyam campur
5) Bean sprout goreng -- Taugeh goreng la, ngade pulak.
6) Sotong goreng tepung
7) Dessert - sago gula melaka dan aiskrim vanila
8) 6 gelas Teh lemon
9) pencungkil gigi aka toothpick...haaa ape??? pencungkil gigi???
pengcungkil gigi sebiji mcm gambar ni


Ye, toothpick yang abg aku mintak lepas makan di caj dalam bil, patut la waiter tu tanya tadi, "toothpick for how many person sir?" abg aku jawab la "two".... tengok dalam bil yg bernilai RM 360.00 ada caj pencungkil gigi 2 toothpick = RM 2.00 gila babi tak?

Rasa2nya picture makan2 td ada dalam henpon adik aku, dan bil ada kat bapak aku, nanti aku rajin aku scan attach kat sini sebagai bukti, kalau rajin la kann...

Lain kali kalau makan kat restoren fancy mcm ni, belajarlah utk elakkan caj tersembunyi mcm wet towel, toothpick & kacang/kepek. masa makan kat sini dulu takde pulak kene caj cungkil gigi mcm ni, gila kapitalis betul. mesti tokey dia kalah judi kat genting ni.hampeh.

p/s kes terkena lagi, sebab dalam wallet bapak aku mmg ada simpan toothpick berlambak, dalam kereta aku pun ada. caiittt!

January 13, 2011

Halal Vs Haram Part 1

Assalamualaikum
Sebagai pembuka kata, aku akui bahawa tengok tajuk je,korang dah boleh agak aku nak bebel apa, mesti bab ayam tak sembelih, mesti bab Mcd halal tak halal..mesti pasal gelatin babi dan daging katak...takde2..secara kebiasaannya aku akan cuba buat Twist sikit penulisan aku ni, supaya tak kelihatan Cliche/klise atau senang sebut bahasa melayu Basi la....meh sini aku nak cerita pengalaman aku...

Suatu petang nak merangkap senja, aku berjalan2 dengan kawan sekelas zaman study, aku bawak jalan2 kat bukit bintang, bila lapar, semua org suggest nak makan kat mana, aku pun suggest la restoren feveret family aku, iaitu Nasi Ayam Hainan Chee Meng...bagi yg taktau, boleh google. tapi bagi food hunter, mesti tau yang kedai nasi ayam ni adalah antara yang terbaik dalam Malaysia, sultan dengan menteri pun ada makan kat sini..

Aku: woi korang nak makan kat mana? lapar dah ni.
Nur: Mana2 la damak, asalkan sedap, tak mahey...
AKu: jom makan kat kedai ni, kedai ni best, nasi ayam paling sedap aku pernah makan...
Nur: ikut ko la damak, aku follow je..

bawak jalan2 sambil aku jenguk2 belakang tengok budak pompuan lintas, takut pulak diorang kena langgar ngan mat rempit ke, kene ragut beg tengah2 jalan tu ke...

Aku: hah jom la gi makan, tunggu apa lagi?
Nur dan kawan2: kedai ni ke damak??? ni kedai cina ni wei, halal ke??? eee takmau la aku...tah2 ayam tak sembelih
AKu: laaahhh, dah terpampang Logo Halal Jakim sikit punya besar depan tu, apsal lak tak halalnye?
Nur: Ishkk, aku tak boleh la damak, tak lalu...bukan masalah Halal tu betul ke tak, tapi org cina tokeynye.. mana tau dia ikut betul2 ke tak sembelih ayam tu,... eee taknak taknak...takper la kalau korang nak makan, korang makan la, aku temankan je eh, minum air...aku kenyang lagi ni.aku makan roti dah tadi (la pulak)

Aku tak sampai hati, takkan nak buat benda mcm tu kan kat diorang, so aku mengalah dalam keadaan yang tak paham dan sedikit anoyying dan kami pun pegi makan kat kedai lain...aku pun tak ingat dah kami gi makan kat mana lepas tu.....apa yang aku nak berdiskusi kat sini???

1) Kedai tersebut disahkan Halal oleh Jakim..Badan yang bertanggungjawab memeriksa dan menjaga tatusila halal di negara kita, kalau kita sendiri was-was dan syak pada jabatan yg kita harapkan dan menjadi benchmark kehalalan...dimana lagi harus kita sandarkan keyakinan kita?camon la, negara Islam,majoriti penduduk islam, yg inspect tiap2 tahun atau tiap setengah tahun tu pegawai yg kita akui buat kerja untuk islam, tapi sijil halal dah keluar, korang boleh main syak wasangka pulak.

2) Double standard :- Cina bukak kedai nasik ayam, pekerja muslim majoritinya (dr indon)..ayam digantung di depan kedai korang persoalkan, tapi korang makan cikedis, jeruk, coklat, daging burger, megi, biskut butter, biskut Hup seng Cap pingpong, biskut Tiger,munchys, jajan2 dalam balang, hatta segala mcm produk dekat rak supermarket dan kedai runcit tu korang tak pernah persoalkan dan bubuh syak wasangka pulak??? majoriti tu kilang Cina, pekerja campur2, nepal, Melayu, Bangla, cina, India.. semua ada la senang citer.bila berhujah, korang cakap takper, sebab dah ada logo Halal kat packaging.... aikkk pulak dahhhhh..... boleh pulak korang tak persoalkan diorang ikut procedure secara jujur ke tak?

"ala damak, tu lain...tu kilang, ni Restoren, ko pernah tengok ke diorang sembelih ayam tu betul ke tidak? diorang beli ayam tu kat org islam ke apek?..ckp mcm bagus je ko ni damak, poyo la kau"

Hah sudah......la kuar hujah mcm ni pulak dah, habis tu aku nak tanya, selama korang hidup ni, makan Mcdonald, KFC, Nandos, SteakHouse, Foodcourt KLCC, ayam goreng pasar malam korang pernah pergi cek ke diorang beli ayam tu kat mana? korang pernah tengok kat dapur diorang sembelih ayam tu ikut procedure ke tak? double standard betul...

"Ala damak, tu lain...restoren2 tu ada logo Halal Jakim...kerajaan dah jamin" lah pulakkkk
Pusing lagi, dah macam main cawan gergasi pusing2 kat genting la pulak....
La...restoren2 mcm ni pun kan ada logo Halal Jakim...apa yg bezanya?

"Ah damak, ko ni macam bagus je, ikut suka hati kau lah, nak makan ko makan, aku taknak makan. aku was was...aku taknak sekongkol dengan benda Syubhah" (ayat standard bila dah takda hujah, ayat standard konon2 wakil sekolah Nasyid dah nak main keluar hukum)

Syubhah dengan sentimen adalah dua benda yang berbeza... syubhah adalah apabila kau tak tau akan status halal atau haramnya dan kau hindarkannya kerana tak yakin..sentimen adalah, ko dah tau benda tu halal dan dijamin halal oleh Tokey kedai, Jakim dan kerajaan negara Malaysia. tapi kau masih persoalkan berdasarkan Prejudis, subjudis dan anggapan kau sahaja. Jadi jangan Jatuh hukum pada sesuatu benda dengan dasar sentimen. dan jangan ko hukum pulak org yang tak sependapat dengan kau adalah tak Islamik dan tak jaga halal dan haram.. masalah bukan pada org yg yakin..masalah adalah pada kau yang ada penyakit was2.

Cuba korang tengok betapa Lunak dan Rasionalnya Rasulullah saw dan para sahabat dahulu kala dalam hal halal haram dan menghindarkan was-was ini....

Satu Hari, Rasulullah saw dan sahabat2 di beri makanan daging oleh orang yang baru masuk islam, Para sahabat merasa was-was dan ragu2..tertanya-tanya pandai ke org baru muslim ni sembelih..tah betul ke tidak... Rasulullah saw bersabda pada sahabat, "kamu bacalah bismillah dan kamu makan" takyah was-was (hadis ni sahih dalam Bukhari)

ada banyak lagi aku nak mengomel, tapi nanti org scroll entry ni tengok terlalu panjang terus taknak baca.. jadi aku buat part by part... lepas ni aku masukkan isu starbuck,coffee bean, dan haagen daz pulak...


Psstttt.... damak tu pun nama aku jugak, ada kawan panggil aku Zul, ada panggil Ikar, ada panggil damak :)

P/s cuba korang terbalikkan tulisan halal tu, apa yang korang nampak?

January 12, 2011

Kisah Seram Rumah Cik Murni..

Mama : Ikar, kamu tau tak?
aku: Entah tak tau, macam mana nak tau soalan pun tak tau..
Mama: Kamu nak tau tak?
Aku: taknak tau..
(wahahahahaha..gelak puas hati sebab membantutkan impian mak aku nak bergosip2 petang)
Mama: ishkkk kamu ni, meh sini mama nak citer sikit.. tadi petang kan aku duduk sorang kat rumah, kamu semua takda. eee seram... rumah sebelah kena kacau hantu, menjerit2, sekuat-kuat hati...agaknya satu jalan taman ni dengar....
Aku: eh ye ke ma??? huuwwaaaaaa seram ni, edisi boleh percaya ke, ke edisi mama tambah2 citer?
Mama: Beeeeetul (sebutan be dipanjangkan dan ditekankan lambang penegasan kebenaran tanpa berbelah bagi)
Mama: kamu takut tak?
Aku: tak takut punnnn...mama takut ke?
Mama: iskk mesti la takut, aku nak tido sorang2 kat atas pun dah tak berani, tunggu abah balik baru berani naik atas.
Dan selepas bersembang panjang dan mendengar versi mak aku, maka disimpulkan disini bahawa rumah sebelah aku yg berkongsi dinding dengan rumah kami dikacau Jin (entah mana ustaz tu tau jin ke iblis aku tak tau)...menurut sumber mama yang aku percayai (walaupun pernah kantoi menambah perisa penyedap rasa terhadap cerita) Cik murni dan Hana (anak cik murni) yang berusia 3 tahun telah diganggu makhluk Halus, Jin lembaga hitam sekeluarga, ada bapak, mak, anak.....
Menurut sumber dari Mak yg telah mengandung dan melahirkan aku, Cik Murni telah di ganggu dengan bermacam2 cara, seperti main2 pintu... bertegur sapa, dan bau-bauan... isk....
Petang tadi 6.15petang.....sedang aku membasuh kereta....
(terdengar Azan yang sayup) aku tengok jam, aik pukul 6.30 waktu semayang apa pulak ni?
Oh rupe2nya, Pakcik Namal (bapak cik murni) Azan sebagai petua-petua menghalau gangguan...dalam 5 minit pakcik keluar dan berborak dengan aku...
Pakcik Namal : Hye Zul... rajin basuh kereta!
Aku : Pakcik, boleh la sikit2, maklum la kereta lama, dah buruk, kalau tak rajin basuh, lagi tambah buruk la pakcik....
Pakcik Namal : Ihskkk, apa pulak buruk, pakcik tengok lawa la, pakcik suka kereta ni, berapa zul angkat?
Aku: Rm 9,500 je pakcik....Eh pakcik, mcm mana ngan rumah? semua dah ok? Kak Murni sehat? hana ok?

didalam gambar adalah tempat kejadian, tengah2 tu rumah aku, sebelah kiri anda tu adalah rumah kak murni, tetapi 7 lembaga di dalam gambar bukanlah lembaga hitam pengacau yang dimaksudkan, mereka adalah lembaga pengarah sahabat2 makan kenduri.hehehehe

Pakcik: Alhamdulillah, semua dalam kontrol lagi... biasala Zul, rumah lama kosong, ada la benda nak menumpang, pakcik pesan kat dia, korang dah duduk lama, bagi la can kami pulak duduk.

Aku: ye tak ye gak pakcik kan... pakcik sendiri ada nampak ke pakcik ??(dah lebih kurang macam mak nenek umur 50-65 thn keatas pulak aku interbiu pakcik ni)
Pakcik: nampak direct takdela (nama je pakcik, tapi org tua ni kerja Technician bantu mekanikal engineer..leh tahan power la) cuma, kalau tengah semayang tu naik la bulu roma.rasa mcam ada org intai....bunyi2 pintu...
Aku: ishkk... horror gak pakcik kan...
Pakcik: entahlah Zul, kadang2 nak kata tak percaya makhluk halus, tak boleh jugak, tapi pakcik rasa ni semua banyak pasal tekanan la, ada gak Psikologi yg main2kan.... bayang kipas hitam2 atas lantai pun kita boleh main perasaan lembaga hitam, jamban sumbat kita cakap bau busuk benda tu...daun pokok goyang angin tiup kita cakap benda tu goncang....
Aku: ha'ah la pakcik, betul3.... (dalam hati aku rasa mcm kagum, pakcik ni pun berpikir mcm aku, takda la 100% tahyul, ada gak dia masukkan unsur2 rasional dalam pemerhatian dia) Ni hitam-hitam ni lada hitam la pakcik ye? tak salah saya campur ngan garam kasar kan?
Pakcik: Ha'ah, mana Zul tau?ni ustaz2 darul syifa' datang buat berubat halau ngan pagar2 semalam...
Aku: apa pulak tak tau pakcik, dulu nak bukak kilang baru pun, kami panggil Darul syifa' jugak buat pagar kilang, tah ape yang di pagar, tah ape yang nak dihalau pun tak tau la pakcik... dah mcm orang menurun pun ada...
Pakcik: heheheheheh (menyengih kat aku sambil mata menggerenyet seakan2 setuju dan satu geng) okey la zul, pakcik masuk dulu.. dah nak maghrib.
Aku: okey pakcik, hati2 ye, semoga sukses! kirim salam anak pakcik yeee.. kekekekkekeke (sempat lagi nak usha anak dara no 3 dia, cun wooo bdn mcm model, ni kalau la blog aku ni Kak murni bukak mati aku pecah rahsia) hahahahahahahahahhahaha
Pakcik: heh.. ok2...
*Aku sambung basuh kereta dengan penuh skil dan kerajinan sambil menekan2 otot lengan dan pinggang dengan kuat, agar pakcik namal nampak tanda-tanda maskulin dan kehebatan aku...sebagai lambang jantan gagah yang mampu menjaga anaknya di kemudian hari kelak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...