March 16, 2011

Salah Paham Tentang Masak PART 1

Ganas tu ganas jugak, rock pun rock jugak, western? modern? bekerjaya? elite? manja? comel? tak biasa? semua tu bukan alasan untuk anda megah cakap anda tak reti masak. bak kata mak aku..."megah sangat la aku dengor kome tak tau siang ikan bilis! " (dalam gambar-- kenangan study kat UiTm)

Assalamualaikum...

Dalam dunia masak ni, terlalu banyak mitos dan salah paham yang telah berakar umbi. Akibat daripada beberapa salah paham ni menyebabkan ramai anak muda tak kira lelaki atau perempuan yang putus asa untuk belajar masak, dan ada sesetengah mereka yang terus phobia nak ke dapur..sebab apa??? sebab takut melecur?? salah.... takut makanan tak sedap? salah..takut masakan Mentah? salah jugak, takut nasik hangus? pun salah...ini semua simptom je, bukan faktor utama.... apakah dia Faktor Utama anak2 muda lari dari dapur dan jadi phobia nak masak? :-

Sebab Takut dimalukan oleh orang yang pandai masak! sebab takut orang judge kualiti seseorang dari hasil lauk yang dimasak!...

Dibawah ni aku nak kongsikan beberapa salah faham tentang memasak yang selalu berlaku, yang selalu dimomokkan oleh orang yang pandai memasak...aku pun taktau kenapa, tapi kalau benda basic ni anda boleh paham.. insyallah, esok anda takkan phobia lagi nak masuk dapur dan buat aksi comel depan mak atau mak mertua anda....

Mitos pantang larang memasak :

1. Korang baik2 masak nasik, sukat air beras tu, nanti nasik keras, tak boleh buat apa dah!...

Disebabkan salah faham ni, ramai la anak dara yang takut nak masak nasik hatta gunakan rice cooker moden...bila tengah basuh beras tu, muka duk pucat, takut2.. takut mak mertua marah sebab tak reti sukat air. takut nasik keras....sebab dari kecik dah diajar, kalau masak nasik keras...nanti tak boleh buat apa2 dah untuk repair....

"Ya Rabbi.....astgaha... Leen...Leen..Nasik ko masak ni keras Leen, habis la rugi beras kite segantang...ke reban ayam la jawabnya, Abah ko tu mana suka makan nasik2 keras ni, cekik katenye...hishhh.. nak mak jugak masak nasik.. kamu ni Leen malu la dah anak dara masak nasik keras, macam mana lah nanti ko dah kawen, jenuh kena marah ngan mak mertua ko... blaa blaa blaa blaa bek bek bek bla bla bla.. ngom ngam ngom ngam.."(tanpa disedari makcik Kiah pun telah berleter kepada Leen anak daranya)

Fakta : apa nak takut kalau anda masak nasik keras? bila anda bukak je tudung rice cooker tu tengok nasik jadi keras kejung...korang tadah air paip dalm mug... korang siram je la dalam rice cooker tu then tekan 'cooking rice' sekali lagi... Insyallah jadi lembut lepas tu... kalau bukak lagi, nasik keras lagi? tambah lagi air.. biarkan terus masak.. ape ade hal??? benda simple.. takda istilah "nasik dah masak keras, tak boleh repair dah..ngarut!"

Kalau anda masak nasik air lebih tu..nasik jadi lembik, tak dapek den nak nolong... nasihat yang mungkin aku boleh bagi adalah...tambah air banyak2 terus.... masak bubur terus... hehehe

2. Siang Ikan tu susah, perlu petua2 khas, potongan khas dan skill bertahun2 untuk siang ikan...

Apa yg susahnya nak siang ikan? kalau korang semua paling2 malas pun, korang boleh guna method satu potongan kecik je kat perut.... lepas tu sentap insang ikan keluar kat pipi dia, pastu korang tarik la perut ikan tu keluar di bawah aliran air paip? susah sangat ke?

Yang buat jadi susah tu, sebab ada pakar2 memasak yang saja momok2kan korang pasal peraturan2 nak siang ikan, kena belah perut 2 inci lah, kene potong sirip sampai had mana lah, ikan jenis ni elok potong hujung ekor ke tak, mulut ikan kene kerat ke tak..

Semua diatas adalah untuk tujuan kosmetik je... apa matlamat utama siang ikan?? nak memastikan ikan tu bersih dari isi perut dan insang.. tu je.. kalau korang rajin, korang trim je la ikut selera korang, Jangan jadi takut bukan2....takda orang nak judge anda kalau anda lupa nak potong hujung ekor ikan tu :)

Susah lagi???? pergi kedai runcit..beli ikan sekilo.. pastu cuba kaedah ni

"Bang..ikan kembung tu siang, buang perut semua bang ye" haaa selesai masalah nak siang ikan korang kan... :)

3. Potong bawang mestilah specific dan ikut hukum.. kalau tak gulai jadi tak sedap

Ade la istilah HIRIS, potong MAYANG, potong dadu, racik, cincang, potong 4, belah 2, potong ring dan macam2 lagi, Okey2 jangan panik....aku bgitau tips.

Selagi mana, korang nak masak gulai atau lauk pauk yang memerlukan bawang itu di blend dan ditumbuk, siapa yang peduli macam mana rupa korang nak potong bawang tu??? korang siang je la bawang tu, buang kulit, lepas tu korang potong la ikut suka, last2 nak tumbuk jugak... yang korang awal2 dah gelabah, muka pucat lesi depan mertua korang tu apsal? rilek la. Mak mertua tu saja nak nyakat korang je... paling kuat pun diorang nak tau korang boleh bezakan tak Hiris dengan Mayang....

Setahu aku, masakan yang perlu potongan bawang yang specifik adalah Bawang satay.. korang kena belah 2 atau 4, lepas tu korang kopek satu persatu kelopak bawang tu... sebab apa? kalau korang hiris bawang tuk makan satay..mcm mana nak cucuk dengan lidi tu nak cicah kuah kacang kan?

satu lagi, Masak Gulai Tauchu, Sambal tumis dan Sweet n sour, korang kena potong ring secara kasar/besar2 la, sebab dalam lauk ni, bawang tu sendiri jadi penghias dan juga sayur... so mestilah nampak besar dan menarik..ye...ye.. yee aku tau, banyak lagi masakan yang bawang ada potongan spesifik, aku cuma bagi contoh ni je dulu.

Ingat!! selagi gulai tu memerlukan bawang tu utk dikisar/tumbuk, siapa peduli bagaimana rupa potongan dia... :)



Inilah rupanya Tender Loin, lain kali korang pergi Steak House, order.. korang sebut la "saya nak Terderloin steak , Half done"...mesti waiter dan chef tu impress sebab dia tau dia tengah serve orang yag tau pasal prime cut

4. Salah identify bahagian2 daging....

Okey, bab ni, bukan terjadi kepada Newbie je, banyak jugak terjadi dekat otai2 dan orang perasan otai... korang ingat semua bahagian daging tu sama ke? ingat takda efek? ada... Daging ni kalau bahagian keras kena masak lama, sejam, 2jam sampai hempuk..baru boleh makan dengan lazatnya..sebaliknya...

Kalau bahagian lembut, korang hanya perlu masak dengan cepat dan seringkas mungkin..sebab bahagian ni lembut..kalau korang rebus dia lama2,korang rugi la kemanisan daging tu dah hilang.. bahagian daging manakah yang lembut dan manakah yang keras?

Tenderloin/batang pinang adalah bahagian yang sangat lembut, dan bahagian ni jugak adalah bahagian yang paling mahal..paling sedap, paling senang nak masak, dan bahagian ini adalah top hidden secret bagi tukang2 lapah lembu masa majlis kahwin atau kenduri korban....

Tapi sebenarnya, ramai jugak yang taktau beza mana bahagian batang pinang/tenderloin...dan aku selalu perhati diam2 je masa lepak tolong dekat khemah melapah daging...

"hahahaha, ni batang pinang ni aku cop dulu ha!, jangan sapa2 amik, aku nak buat bakar.. goreng pun sodap nih.. lazat...hahaha...bahagian lain korang nak amik amik la..Pap pap pap" (sambil tepuk2 Kaki Lembu yang tergantung.....)

Batang pinang bukan bahagian kaki, betis, peha ye bang... Batang pinang adalah seketul daging berbentuk silinder memanjang yang terletak di sebelah tulang belakang seekor lembu..selain dari Tenderloin ni, bahagian lembut yg lain adalah sirloin... ok bahagian ni la yang sedap kalau nak buat bakar, steak atau stirfry, sebab daging ni memang lembut..korang goreng cincai2 je pun dah sedap...

Jadi elakkan la kalau korang beli batang pinang yang mahal rm27/kilo tu utk masak rendang dan sup... kalau nak buat masakan yang makan masa lama korang beli je daging murah macam bahagian kaki dan punggung... satu lagi tips!... bahagian keras seperti kaki dan bontot lembu adalah bahagian yang paling sedap dan mempunyai flavor, cuma murah sebab dia liat je....tenderloin tu sedap jugak...cuma mahal sebab ia adalah bahagian yang paling lembut.



Jangan cubit garam tu mcm ni masa korang nak masak gulai lemak seperiuk terak ye...abaikan iamginasi anda bahawa secubit garam itu adalah secubit..sebaliknya yang tepat adalah sejemput kecil garam :)

5. "Tambahkan secubit Garam...."

Ni lah masalah paling utama dan kronik, yang membezakan seseorang tu masak sedap ke tak... ramai yang dari kecik, bila nak belajar masak....ada dialog macam ni...

"Mak ...mak....ni masak gulai lemak ni nak guna berapa banyak garam mak?"

"banyak mana gulai kamu nak buat Faizah oiiiii?"

"ala mak.. standard la.. guna periuk biasa tu, yang mak selalu guna tu la.."

"HIshhhh, ko ni mcam tak biasa pulak Faizah....mcm biasa la...buh secubit garam.. secukup rasa"

Korang pun cubit la garam tu, betul2 literally korang cubit garam guna ibujari dan jari telunjuk, pastu korang buh garam, lepas buh...korang rasa, masa ni korang dah taktau rasa masin ke tawar sebab korang tengah panik ngan excited...bila dah hidang kat meja je...makan... sekali tawar bese...takpun tawar heber.. org utara ckp tawaq hebeaq.. (eh betul ke aku ni ke aku mandai2 je?)

Tips : kalau korang masak Gulai dalam Periuk standard tu kan, untuk 5-6 orang makan, jangan la korang pergi betul2 guna garam se'cubit' mcm petua orang dulu2 tu...maksud secubit tu adalah untuk menunjukkan penggunaan garam yang tak banyak sampai segenggam.. tapi ia masih perlu gunakan lebih banyak dari secubit.. aku agak2 dalam separuh penuh sudu makan la...kalau guna skil 'cubit'.. agak2 garam tu penuh la dekat hujung 3 jari dewasa....nanti kalau korang guna tips ni takde la :

"Eeee Faizah, apsal tawar besee gulai lemak ko ni? tak bubuh garam ke?

"mak....Saya dah bubuh dah garam secubit yg mcm mak ckp tu... tapi tawar lagi ke mak? takut la nak buah banyak2 lagi, kang lebih secubit pulak kang.. takpe la mak, kalau tawar buh kicap yeee"

Anda sangka semua ni common? benda asas? simple? tak perlu kongsi dan mention? tak semestinya... berapa ramai kawan2 kita... termasuk sepupu, abang aku, makcik dan jiran aku yang tak reti masak dan takut ke dapur.. semuanya sebab point2 kat atas yang aku dah listkan. rupanya hal2 kecik dan asas mcm ni la yang telah menghambat anak2 dara, isteri2 newbie dan anak2 bujang jauh dari dapur!......

Okey sekian utk Part 1.. nanti akan bersambung ke bahagian seterusnya....

p/s aku suka makan nasik campur, aku bukan Fastfood type... :)

12 comments:

  1. lapo pulak bace entry ko nih...

    nanti2 blanje la satay tenderloin kat aku yep.. wakakak.. =p

    ReplyDelete
  2. apedehal makan satay....nanti aku beli 30 cucuk.. ko habiskan ye ucop.. tak habis aku ikat ko kat kedai satay.. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. wahhhhh. boleh buat menantu ni! tapi kne tunggu anak aku besar [tak tau bape ploh tahun lagi]

    hahahaahah

    ReplyDelete
  4. saya suka masak sbb saya suka makan n try resepi baru..tp sy tak kesa pon ptua2,cara2,etika potong ke ape smua..hehe main potong ikut suke jantung pastu cmpak je ikt resepi...asalkan jadik n bole telan..teheee..(terpksa blaja masak sbb sini ssh dpt fud..tak mcm msia,mamak bnyakkk)

    ReplyDelete
  5. Wath : errmmm awak dah ada anak dara ke? hehehehe

    Alexa : alah bisa tegal biasa.. selalunya, semanja mana pun anak muda.. bila jadi bujang dan duduk dperantauan.. skil masak akan datang sendiri.. :)..

    p/s perempuan yg berkeyakinan semasa di dapur adalah seksi di mata lelaki :)

    ReplyDelete
  6. lupe lak nk bgtau. lum kawen pn lagi. hahaha. so tambah la kne tggu lagi beratus tahun.

    ReplyDelete
  7. I TERER MASAK NASI.x terer msk lauk.. :-(

    ReplyDelete
  8. PZ: start dengan lauk simpel dulu... ie; telur mata sweet sour.. bleh kan???

    ReplyDelete
  9. as salam..

    haha. ada juga yang takut ke dapur. ku yang dari dulu memang zero, sekarang, dah boleh berpuas hati la juga. janji ada bahan. boleh masak.
    cuma satu je. ku tak suka kulit udang

    =_="

    kalau bab u=insang tu, sekali carik terus guna pisau bergerigi. kalau malas. potong terus kepal ikan. hehe.

    bab garam pun, ku letak secubit juga.lepas tu gaul2.bagi sekata..rasa jap.bila sedap..ada umph, terus taruk bahan yang lain. janji masa dah letak bahan2 mentahnya, rasa kuah dah sedap lagi neutral.
    hoho~

    dah amcam chef la pulaak.
    bagus2. nak tunggu part 2 pula

    =)

    ReplyDelete
  10. MF: Part2 akan menyusul selepas ini :)

    ReplyDelete
  11. wah!! bagusnya!!! kasilah tips lagi...
    sebab saya nih golongan dah kawen baru nak belajar masak elok2, dolu2 asal bleh makan, kira dah ok...
    masa zaman sekolah dulu, cuti panjang jer duk umah, lain tu duk asrama dan waktu mudanya umi saya, dia cukup cerewet soal masak memasak...
    jd, mcm byk sgt law nak kena hapal... sampai xsure mana yg utama n mana yg utk hiasan semata2...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...