March 11, 2011

Review : Hikayat Merong Mahawangsa

Syabas atas usaha KRU mengangkat Hikayat menjadi filem antarabangsa, bagi aku..standardnya sama dengan Puteri Gunung Ledang. oh satu lagi, lawa tak sandal adidas aku? kekekeke

Asslamualaikum...

Hari ni, adalah hari yang aku tunggu-tunggu untuk menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa, pertamanya sebab aku dah tengok gazet filem ni dekat youtube setahun yg lepas, filem ni berjaya digembar-gemburkan dengan baik oleh KRU production dari segi sneak peak di youtube..hype yang berjaya di corong2 radio dan money talk oleh blogger dan orang2 seni. Jadi aku pun dengan terpengaruhnya untuk menonton telah membawa aku ke TGV Bukit Raja pada pukul 8.15pm semalam....

Oh, aku berterima kasih kepada TGV dan NUFFNANG kerana telah memberikan tiket Free ini, memang aku dah simpan lagi dua Tiket lebih ni untuk filem ni.. Pass movie ni expired 15march..so aku tengok filem free hari ni. kalau nak tau cerita pasal aku dapat pass free ni boleh klik kat SINI...

Sedikit latar belakang sbg pemanas cerita pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni, diceritakan bahawa kosnya mencecah RM 8 Juta untuk produksi dan pemasaran, hak penayangan telah dijual ke lebih 71 satu negara di seluruh dunia, tajuknya juga telah ditukar mengikut selera tempatan.. The Malay Chronicle untuk pasaran USA dan Malay Bloodline utk pasaran eropah dan negara2 lain..dengar2 snipets bahawa ada producer di Hollywood yang menganggarkan bahawa kos produksi mungkin USD 20juta... nampak sangat diorang impress dengan filem keluaran KRU production ni.. patutla sampai 71 buah negara telah membeli hak penayangan filem ni.

Filem ni diarahkan oleh Yusry KRU dan penulis skrip adalah Edry Halim KRU, pelakon utama adalah Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, orang jahat nak mati adalah Khir Rahman sebagai Kemawas, ehh malas lak nak listkan pelakon2 semua, tak perlu kot, nanti korang baca paper korang tau, mari kita terus ke review filem ni ye kawan2 semua....(gaya cakap mcm along kucing tu)

1. Permulaan cerita yang mantap, cinematography yang cukup cun, filem yg cantik mcm filem hollywood, tak nampak kesan filem murahan macam guna filmstrip tahun 80-an mcm yg kita selalu tengok kat filem2 arahan Professor Razak Mohaiden tu. teknikalnya bagus, dari segi sudut camera, ada ikut celah kaki orang, celah pasir, aras laut... shoot dr tiang kapal layar... bagus bagus.. kagum dengan Yusry punya point of view...

2. Penerbit, penulis skrip dan penerbit sebenarnya cuba mencari logik dan kebenaran disebalik Hikayat Merong Mahawangsa yg asli, kan dalam hikayat tu banyak sangat keajaiban yang dicanangkan utk mengangkat kemuliaan susur galur kesultanan Melayu, aku ingat lagi aku ada Baca Buku Merong Mahawangsa... penulis tu ckp Keturunan ni dari Raja Iskandar Zulkanain, lahir dengan penuh keajaiban keris, kuasa hikmat dan beribu2 keajaiban dan keramat, jadi dengan filem ni, penerbit mengupas kejaiban itu semua dari sudut kebenaran dan kelogikan akal... contohnya : Merong Mahawangsa itu adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Lang (umie Aida) dengan pedagang dari rome/yunani yang mempunyai susur galur Iskandar Zulkarnain.

3. Pemilihan Stephen Rahman Hughes sebagai Hero : dia adalah seorang pelakon yang bagus, mempunyai karisma pelakon2 Hollywood, skill memek muka dan gaya badan yang bagus.. pertarungan yang bagus, muscle yang kemas, muka yang hensem, tapi.. telo englishnya terlalu pekat dan tak dapat disorokkan dalam dialognya semasa bercakap bahasa melayu... nak nak masa dia bagi kata2 ransangan dan semangat masa nak serang Garuda si lanun..

4. Latar Masa : latar masa di Semanjung emas iaitu Tanah Melayu digarap dengan bagus, nampak Telli, penduduk kampung masa tu sugguh kuno, pakai baju pun takde nilai2 ketemadunan yang tinggi, rumah pun dari kayu2 kasar dan rumput/daun kering, papan kasar sebagai dinding, jadi sesuai dengan latar masa yang berlaku iaitu awal kewujudan kesultanan Melayu... syabas kepada KRU sebab tak keliru...aku risau gak tadi takut dia pegi buat latar masa mcm zaman kegemilangan Parameswara plak.

5. Aksi : aksi sangat bagus...ada unsur2 pertarungan ala2 cerita ongbak masa Merong Mahawangsa gaduh dengan Kemawas. Pertarungan masa dekat Pelabuhan Goa pun bagus, masa bertarung dengan Pilus (jehan miskin) masa nak rebut takhta Raja antara dua kampung pun bagus...cuma... terlalu pendek dan tidak detail, sepatutnya perjuangan masa nak rebut takhta tu la diperhebatkan..itu bukan soal remeh tau..sapa menang jadi Raja tuuu....anyway.. lagak aksi bagus.

6. Romance : adengan romance dalam filem ni berjaya, aku tertelan airliur masa tengok putri china tengah mandi dalam Tub mandi sambil disiram Mak Inang.. nampak real mcm mandi tak berbaju..Umpan berjaya disorok2kan disebalik kelopak2 bunga kekwa atau itu. Maka hiruk pikuk la panggung dek kegelisahan budak2 remaja lelaki yang excited nak tengok dada si puteri cina tadi... hahahaha

Masa Merong Mahawangsa peluk dan terpana dengan Embuk pun membuatkan audience terdiam boleh tahan romentik..masa Kemawas nak Goda Puteri Cina sebab nak ajak berasmara pun menggairahkan..dialog yang tak tahan tu.. " jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"

7. Komedi : komedi sangat banyak dan halus. aku gelak masa Laksamana china, putera rome dan Merong mahawangsa duk borak, sekali merong cakap mandarin dengan laksmana china.. hampir terkantoi dia pernah menggatal kat pempuan bangsawan cina.. sekali dia buat lawak .. "oh itu mungkin pakcik saya.. merong mahasuasa" hahahaha

8. Saat kegemilangan/ klimaks cerita : penonton tepuk tangan dan bersorak gempita bila Merong Mahawangsa Bunuh Kemawas.. Kemawas tu Jahat nak mati!....

Shoot saat2 ending filem bila Sultan Muzafar Shah tamatkan cerita pun best... dan saat Merong Mahawangsa diangkat menjadi Raja purba pun best.

9. Faul/ detik hampeh : Yusry(pengarah) telah mengkartunkan cerita apabila buat scene Merong Mahawangsa mengalahkan angkatan perang Garuda menggunakan cermin pengfokus matahari Archimedes, Yeee aku tau, aku pernah tengok eksperimen cermin archimedes ni dekat Mythbuster, so aku tak rase kekok dan blur.. cuma sesetengah penonton yang malas tengok dokumentari discovery Chanel mungkin beranggapan ia kartun dan tak logik... bagi aku pula, benda tu logik.. cuma Props tak cukup Logik dan Gah untuk menghasilkan perasaan "FuYyyYYyooOOo"

Saat kelam kabut dan porak peranda berlaku apabila Puteri cina buat kacau masa tengah sibuk2 perang dan pertarungan... ade ke patut... tengah gaduh2 ni, Puteri tu angkat tangkal azimat cakap... "jangan risau, dia sudah tidak kebal sebab saya sudah ambil tangkal azimat dia" tak patut tak patut....potong stim.....

10. Cerita ni best, cinematography best, shot filem best, pelakon best, aksi best, lawak best, romance ok, logik ok, CGI best...cuma.. watak tak berkembang bagi Merong Mahawangsa, fokus cerita sempit..lebih fokus pada pertarungan dengan Garuda..aku expect cerita ni tentang perkembangan susur galur Merong Mahawangsa menjadi punca Kesultanan melayu..

11. Kesimpulan -- Cerita yang aku rekemen kepada pembaca untuk menonton.. cerita bagus, mungkin bagi aku, aku sedikit upset sebab aku over estimate...aku dah set minda aku, bahawa cerita ini bakal menjadi epic seperti Gladiator dan Trojan... Tapi.. tapi ia tetap bagus dan hebat...cuma mungkin sebelum anda pergi tonton.. anda perlu setkan minda anda bahawa ia bukanlah cerita epic yang detail.... anda mungkin boleh set minda anda bahawa Benchmark Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah Puteri Gunung Ledang..TEPAT!....

P/s Dengan banyak kali dan bersungguh-sungguhnya aku cuba mencari perbezaan antara wajah aku dengan Stephen Rahman Hughes... tapi aku gagal.. aku kecewe... kenapa muka aku ada iras2 dia?? kenapa???? adakah aku juga ada susur galur darah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain? atau muka aku ni ada darah2 mix? mengaaaaapaaaaaa!!!!

24 comments:

  1. jeless jeles jelsss...
    *menjeling...:P

    ReplyDelete
  2. ahahahaha.. :) tu la..takmau kontek aku... kalau tak aku dah bawak hang gi sekali dah... :)

    ReplyDelete
  3. best eh bro?aku tggu link download je laaaaaa

    ReplyDelete
  4. ahaha.. best tu best, tapi sebelum tengok jgn bygkan mcm Trojan atau Gladiator la.. bygkan mcm nak tengok puteri gunung ledang.. takut over estimate lak.

    p/s tanya sikit, setiap kali ko donload movie makan masa bape lama ha?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. demm!!! tu la yg ko tanye aku bile free tuh??? nguaaa!!! jeles33!! nape ko dapat tiket free??? aku tak dapat pon!!! jelesss!!!!! =.="

    ReplyDelete
  7. alaaaa nk tgk jugakkkk..uu kena tgu kua kat dunload rip la baru leh tgk..kekkee..:P yusry patut anta ke russia gak..

    psst..potluck n potpurri mmglaaaaa samaaa kannnn.kekekke..gelak2 saya baca komen tuh:p

    ReplyDelete
  8. Along Ucop : sebab tu aku tanya ko bila free. aku nak bawak gi tgk wyg free...ape daaa... aku dapat tiket free sebab.. Nuffnang pilih blogger paling hensem kat lembah klang, jadi aku dlm topten list la...tu yg dapat tiket free tu.. :)

    ReplyDelete
  9. Alexa : nnti donload kat tenet ye... ehh lama tak kalau donload muvee?

    siyes tak tau potluck tu dulu ape.. hahaha

    ReplyDelete
  10. nice review, tp rasanya, masih banyak perlu diperbaik. kan?
    compare to PGL, way better than this.

    http://micinmyearphones.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

    ReplyDelete
  11. mantap la.. heheh.. nanti aku free aku roger2 ko.. =p

    ReplyDelete
  12. as salam..


    pergh! hang ni review tahap nak tengok sangat2~!
    napak penghayatan cerita lepas baca..cuma nak tau..watak jahat yang khir rahman bawa tu macam mana? ada yang kata tak senonoh.tak senonoh macam mana tu?

    baru baca kat blog adybudika. beliau kurang bagi penjelasan menyeluruh tapi tetap buat ku rasa teruja nak tengok berdasarkan komen2 membina beliau

    KRU memanga main mantap.dulu tengok cerita cicak man..
    dia punya latar cerita, fuyoooo.
    macam ala2 cerita batman and joker tu.sukaaa~

    tapi malangnya kerja..kerja..kerja..

    T__T

    tiket nuff? macam mana dapat? ku takde nuff dah.hoho.

    ikllan renungan bersama :


    Hari Ni Sangat PADAT

    ReplyDelete
  13. mic : saya bersetuju bahawa PGL way better than this, masih banyak perlu diperbaiki... sebab sneak peak yg kita tengok dah buat kita letak benchmark trojan dan gladiator..

    ReplyDelete
  14. MF : watak Khir Rahman tu takde la tak senonoh mana pun... biase2 je... takde la lucah mana.. cuma menjadi dia punya jahat dan miang...

    pergi la tengok citer nih..sekurang2nya dapat tengok dimensi baru dalam cerita Melayu...

    Tiket Nuff tu dapat sebab update Blogger info..dia bagi rawak dekat blogger yang dekat lembah klang sempena hadiah hari jadi.

    ReplyDelete
  15. bagi saya PGL menang dari segi jiwanya. Jiwanya sungguh terasa dalam hati~ =)

    ReplyDelete
  16. ahahha. puas hati aku bace review ko. dah tertulis semua yang ade dalam hati aku. aku da tengok mase isnn 7hb hr tu lagi. tket free gak. tapi aku tanak wat review sbb aku tau ramai tggu nk tgok cite ni. so tanak la spoilkan smgt diorg. hehe. mmg slek gile kat part cermin tu. tak mampu wat FUYYYOOOOO!!!! bak kate ko. hukhuk. overall mmg ok la. sampai hari ni aku termimpi2 lagi jumpe merong mahawangsa.

    Btw, dialog dia best kan!!

    ReplyDelete
  17. Kay : saya sangat setuju dengan awak... PGL lebih berjiwa....

    wath: ehh pendapat kita sama la... merong mahawangsa ni best, leh tahan citer dia.. tapi takde UMMPHHH... takde FUYYYOOOOOO.... :) kan kan kan

    ReplyDelete
  18. tbe2 t'ingin nak g tgk..
    :) ade tiket lebih?
    hehehe

    ReplyDelete
  19. ikar... siyes kalo contect nk bwk sekali???? :P

    hehe.. nice review.. hahaha.. part dialong khir rahman tu mmg x menahan kan....

    :P

    ReplyDelete
  20. heheh.. series la.. tadi baru lepas tengok screening World invasion dengan blogger gak.. :) hahahaha

    ReplyDelete
  21. arghhhhh tgk tu.. x ajak lg... huhuhu
    mls la nk kwn mcm nie...
    (budak2 dlu suka main nk tanak kwn) :P

    ReplyDelete
  22. sudah terlalu banyak komen or review tentang HMM di masa kini...Namun tiada satu pun yang sama tentang riwayatnya dan kisah perjalanan hidupnya hingga ke Perhentian terakhir di Nusantara...
    Memang tak dinafikan apa yang KRU lakukan sememangnya baik dan bagus serta membuka balik minda masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu, krn perjalanan sejarah beliau menjadi asas kewujudan Raja-Raja di Nusantara...Ia bukanlah cerita dongeng atau mitos semata2....Sejarah Merong Mahawangsa bermula kira2 200 tahun sebelum Kelahiran Nabi Isa as disebuah negara yang terletak di barat laut Caspian yang kini dipanggil Negara Turki.
    Secara ringkasnya ia perlu kajian mendalam sebelum menjadikan ia sebuah filem krn kita x mahu fakta sebenar diputar belitkan dan menjadi banyak persoalan.....

    ReplyDelete
  23. Pewaris Mutlak Sebenar Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...