January 31, 2010

Bahasa tak selalu indah

Bahasa tak selalu indah, kata kadang tak lunak, hati mencipta lagu, lagu tak sering merdu....

Bahasa tak selalunya indah...
Mengharapkan telinga ini sentiasa mendengar segala butiran indah, namun apakan daya batinku bukan milik insan, jasad dan rohku milik Tuhan Azzawajal...aku tak akan menjualkan diriku dengan harta dunia, biarlah akhirnya aku hanya terapung di arus dunia dengan hanya maruah sebagai pelampungku, iman sebagai kemudiku, akal sebagai layarku, cekal sebagai dayungku..orang mungkin mencemuhku sebagai lagak jantan yg berkokok dan tidak berpijak dibumi nyata, namun biar ku bertempik ditelinga mereka, ego dan maruahku perlu ku pertahankan demi menghalang harga diri ini dilelong dengan nilai ringgit dan kebendaan. lama aku mendiamkan diri, aku tidak lantang seperti zaman pendidikan ku kerana aku mengimbangi realiti dan keperluan hidup yg mendesak, tetapi desakan telah sampai ke tembok dinding... aku perlu suarakan segala hasrat minda dan kata2 yg melantun2 didalm hati ini terhadap kesilapan dan segala kesalahan yg berlaku di depan mata..aku tidak rela falsafah dan prinsip ku dinilaikan dengan harta dunia. apabila kita terlalu menghias dunia, kita takut untuk meninggalkan dunia dan pergi ke akhirat yg abadi. akhirnya aku telah bersuara, suara yg aku harapkan akan mengejutkan sang gergasi yg selalu tidur. yg enggan mahu maju, yang masih lena dengan cerita menyedapkan hati.

Kata kadang tak lunak......
Dunia ini bukanlah seperti yang kita selalu fikirkan, kuasa yang ada ditangan perlu diimbangi dengan keadilan, kesopanan, kesusilaan, budi bicara, simpati ihsan dan kasih sayang. sebelum engkau mempunyai kuasa engkau perlu ingat dimana tempat mu, apakah asetmu? cakap perlu ditapis, difikirkan adakah ia lunak untuk didengar?, sebagai manusia yg ingin matang, kita mesti pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat, menghormati insan yg lebih tua, sopan dalam berbicara meskipun kita mempunyai kuasa dan mempunyai harta. selalu kata2 ku disalah erti sebagai memerli, menyindir, tapi maaf... ini bukan sindir, ini bukan perli, ini adalah kenyataan duniawi...ini mungkin satu peluang bagi engkau mengenali diri...muhasabah dan mungkin berubah... engkau boleh memilih samada mahu mendengar perkara yg benar atau engkau mahu mendengar hanya apa yang kau mahu dengar! aku sentiasa bersyukur dan berterima kasih jika aku mempunyai sahabat, pembantu, org, keluarga, kawan dan teman yg mempunyai keberanian untuk berkata benar, meskipun ia amat pahit, namun sekurang2nya aku dapat hidup dalam kebenaran walau mungkin 5minit dalam hidup kau.

Hati mencipta lagu,lagu tak sering merdu...
Bernafaslah engkau dengan udara yg memberikan engkau kesejukan kebenaran,
Melihatlah engkau dengan cahaya yg tidak menyerupai mimpi,
Menghidulah engkau dengan haruman kejayaan yg tulen, yg tidak olok2 menyedapkan hati
Berkata-katalah dari hati yg berpandu akal, dan bukan nafsu liar yg nampak bodoh,
Berdirilah engkau dengan maruah seorang insan yg mempunyai harga diri mencari sesuap nasi..

Selagi engkau bernama insan, engkau tidak lari dari realiti hidup, iaitu jasad dan rohmu milik TUHAN yg Esa..Ihsan mu, kasih mu, sayang mu,usaha mu,salah mu,benar mu,perilaku mu dan niat mu dihitung tanpa mengira darjat mu, tanpa mengira harta mu!!!

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...